Anda di halaman 1dari 5

TIPS ELAK PERAGUT

• Sentiasa membawa wang secara minima.

• Selindung wang daripada pandangan umum supaya tidak menarik perhatian penjenayah.

• Sentiasa membimbit atau mengepit beg tangan dan tidak disangkut atau disandang pada baju.

• Elakkan dari berjalan seorang diri di tempat-tempat sunyi atau semasa menaiki lif.

• Jangan mendedahkan barang-barang kemas yang dipakai.

• Berjalan secara bertentangan dengan arus lalu lintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang
datang dari arah hadapan.

• Elakkan dari meletak beg tangan yang mudah dicapai oleh orang lain seperti di atas kaunter, bakul
pasar dan sebagainya.

TIP PENCEGAHAN JENAYAH


TIPS CEGAH JENAYAH

Walaupun secara asas, umum mengetahui dan pernah mendengar atau membaca sebelum ini,
beberapa info dan tips yang diperolehi kemungkinan dapat membantu sebagai langkah awal
mencegah dan menghalang daripada berlakunya jenayah dipersekitaran mahupun di kawasan
perumahan.
Berikut adalah tajuk-tajuk maklumat ringkas dan tips cegah jenayah :

1. Jangan melawan atau jadi Hero.

Jika berlaku atau anda berdepan dengan kejadian jenayah, lebih-lebih lagi anda menjadi mangsa,
dinasihatkan supaya anda tidak melawan atau menjadi hero dalam situasi tersebut.(melainkan yakin
dan berkemampuan untuk melawan). Bagi kes samun atau rompakan, serahkan sahaja apa yang
dipinta oleh penjenayah, kerana nyawa lebih penting daripada segalanya. Selepas kejadian, barulah
anda membuat laporan polis dengan segera. (Camkan wajah, warna pakaian, plat kenderaan atau apa
sahaja yang boleh membantu pihak polis)

2. Penyamaran sebagai polis.

Berlaku kejadian, pihak tidak bertanggungjawab atau individu tertentu menyamar sebagai polis dan
menahan mangsa untuk tujuan jenayah. Anda mungkin terpedaya untuk membezakannya.
Jika seseorang yang berpakaian preman (biasa,tanpa uniform) menahanan anda dan memperkenalkan
diri sebagai polis, minta individu tersebut menunjukkan kad kuasa mereka. Bagi Pegawai Polis, kad
kuasa mereka berwarna biru seperti menyerupai Mykad manakala polis berpangkat biasa kad kuasa
mereka berwarna kuning (kad yang laminate). Dari segi prosidur, anda hanya boleh melihat kad
mereka dan tidak sama sekali boleh memegang kad mereka.

3. Lap top (Komputer Riba) dan handpohone dalam kenderaan.

Jangan sekali-kali meninggalkan barangan berkenaan di dalam kenderaan anda hatta di dalam but
kereta ataupun di tempat yang tersorok. Penjenayah kini menggunakan peralatan canggih seumpama
'detector' atau alat pengesan yang boleh mengesan barangan terbabit ada di dalam kereta anda ataupun
sebaliknya. Modus operandi (MO) mereka lazimnya berada
di sekitar kawasan tempat letak kereta.

4. Mengeluarkan wang di bank.

Dinasihatkan supaya semua pihak yang ingin mengeluarkan wang di bank terutama dengan jumlah
yang banyak membawa teman atau ahli keluarga bersama untuk keselamatan. Taktik penjenayah kini
ialah berada di sekitar dalam atau kawasan bank dan mengecam kereta yang dipandu oleh mangsa.
Setelah itu, penjenayah tersebut akan ke kereta mangsa sewaktu mangsa berada di dalam
bank.Penjenayah akan berlakon seolah-olah sedang memeriksa tayar kereta anda dan menekannya
dengan kaki mereka. Sebenarnya pada kasut mereka sudah ada paku yang dipasang dan tujuannya
adalah untuk memancitkan tayar tersebut. Apabila mangsa memandu kereta, sudah pasti di
pertengahan jalan, tayar akan mengalami kebocoran ataupun pancit dan penjenayah yang sedari awal
mengekori mangsa akan memberhentikan kenderaan seterusnya menyamun anda. Ada kes yang
mereka sanggup memecahkan cermin kerta sewaktu mangsa masih berada di dalam kereta!

5. Jogging di Taman Tasik.

Lazimnya sebelum jogging, anda akan meletakkan atau menanggalkan semua barangan berharga
seperti handphone, dompet, cincin atau jam dan meninggalkannya di dalam kenderaan terutamanya
yang menyimpan di dalam kotak belakang motosikal. Awas, sudah ada kumpulan atau penjenayah
yang memerhati dan aktif di kawasn tempat jogging. Oleh itu tinggalkan barangan tersebut di rumah
sahaja atau bawa bersamasama dengan beg kecil (porsh bag).

6. Penempatan atau kawasan perumahan anda.

kumpulan orang bujang Jika terdapat kumpulan orang bujang di kawasan perumahan anda terutama
yang dicurigai sila maklumkan kepada balai polis yang berdekatan dengan memberi alamat lengkap
mereka. Usah bimbang, maklumat dan kerjasama anda dalam hal ini akan dirahsiakan. Polis akan
memantau rumah bujang tersebut dan jika perlu akan meminta kerjasama kumpulan bujang tersebut
kad pengenalan dan maklumat diri untuk direkodkan dan sebagai data simpanan pihak polis. Polis
sedang mengesan, kumpulan bujang yang tertentu yang aktif melakukan jenayah dan operasi mereka
ialah menyewa di kawasan rumah anda selama satu atau dua bulan kemudian berpindah ke tempat lain
untuk meneruskan operasi mereka.

7. Pencegahan maksiat.

Sekadar makluman, pencegahan maksiat di kawasan anda bukan terletak di bidang kuasa polis tetapi
di dalam penguatakuasaan jabatan agama Islam Negeri masing-masing. Hubungi penguatkuasa
kawasan masing-masing jika berlaku maksiat di kawasan anda. Pihak penguatkuasa agama akan
meminta kerjasama polis dalam hal ini.

8. Tangkapan Awam.

Orang awam boleh membuat tangkapan jika berlaku kejadian jenayah di kawasan anda dan di
nasihatkan supaya tangkapan dibuat secara berkumpulan dan tidak boleh melampaui batas seperti
mencederakan atau menyebabkan kematian penjenayah. Selepas tangkapan hubungi balai polis
berdekatan atau talian hotline.
9. Wanita dan beg tangan.

Wanita dinasihatkan untuk berjalan melawan arus jalan dan pastikan beg tangan anda berada di
sebelah bahu dan bukannya di sebalah menghadap kawasan jalan raya. Bagi beg tangan yang panjang
anda dinasihatkan untuk menyilangkannya.

10. Musim Perayaan.

Sila maklumkan kepada pihak polis jika anda sedang bercuti khususnya sewaktu musim perayaan
supaya polis dapat memberi rondaan dan tumpuan yang lebih di kawasan dan rumah anda.

11. Kesalahan memegang kad pengenalan diri.

Sekadar info, adalah menjadi satu kesalahan jika anda memegang kad pengenalan diri orang lain hatta
kad pengenalan isteri anda ataupun ahli keluaraga, jika ditahan polis anda boleh didakwa.

12. Piawaian polis tiba di tempat kejadian.

Piawaian masa PDRM seluruh Malaysia ialah mereka akan memberi respon kepada aduan atau
laporan anda (bagi kes jenayah berat seperti pergaduhan, pembunuhan, rompakan, rogol,samun, pecah
rumah dsb) dengan tiba ke tempat kejadian dalam masa 15 minit. Bagi Polis Kuala Lumpur, masa tiba
ke tempat kejadian ialah 12 minit. Jika melepasi waktu tersebut, anda di nasihatkan untuk
menghubungi semula pihak polis untuk memaklumkan kelewatan. Untuk maklumat lanjut atau
melaporkan jenayah, sila hubungi balai polis berdekatan ataupun talian 999. (Pastikan nombor telefon
balai polis berdekatan ataupun nombor telefon hotline disimpan dalam telefon bimbit anda)

KEJADIAN CABUL DAN ROGOL


Rogol

Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang
masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh
selepas dirogol. Bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang
gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka.

Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada
sentiasa:-

Bagaimana boleh berlaku?

Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi


Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya.
Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri.
Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks.
Bagaimana mengelakkannya?

Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian.
Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka.
Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama.
Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas,
stesen bas dan sebagainya).
Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.
Apakah langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa rogol?

Sentiasa gunakan jalan yang dilalui oleh orang ramai, jangan mengikut jalan yang dekat tetapi gelap
dan sunyi.
Cuba berada di tempat yang sibuk dengan orang ramai.
Berpakaian dengan sempurna kerana pakaian yang menjolok mata atau memberahikan menarik
perhatian perogol.
Jangan mudah terpengaruh untuk bersiar-siar, makan/minum, menonton wayang atau menghadiri
majlis sosial dengan orang yang tidak dikenali/baru dikenali.
Jangan layan teguran atau pelawaan untuk minum air semasa berada di dalam bas, teksi atau keretapi
Elakkan balik rumah larut malam dan berseorangan.
Jika ketinggalan bas, teksi atau keretapi, jangan tumpang kenderaan lain atau tidur di perhentian bas.
Biasakan diri bersiar-siar atau berjoging dalam kumpulan.
Ibu bapa atau penjaga janganlah menyuruh anak-anak perempuan pergi ke kedai untuk membeli
barang berseorangan.
Jerit minta tolong jika anda diganggu oleh lelaki yang tidak dikenali.
Gunakan kekerasan seperti meronta, mencakar dengan kuku atau menggigit badan perogol untuk
melepaskan diri.
Lapor kepada polis dengan segera apabila anda diganggu.
Jika Berlaku Ancaman
Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada dirogol dengan menggunakan
kekerasan ke atas penyerang (perogol) sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke
atasnya.
Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
Tidak lakukan sebarang tindakan yang terburu-buru.
Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar menguasai keadaan.
Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan,
payung, kunci dan sebagainya untuk melawan.
Camkan muka dan tanda-tanda yang ada pada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor
kenderaan yang digunakan.
Untuk membantu penyiasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian
yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.

Anda mungkin juga menyukai