Anda di halaman 1dari 14

KEDAULATAN MALAYSIA:

CABARAN, PUNCA & PENYELESAIAN

TEMA: jenayah
PENGAJIAN AM SEMESTER 1
01. Faktor
berlakunya jenayah
1. Faktor persekitaran
Sikap tamak seseorang individu akan mendorong mereka
melakukan jenayah bagi memaksimumkan kesenangan dan
mengurangkan penderitaan hidupnya.

Individu yang ingin memiliki kehidupan yang mewah dalam


masa yang singkat, sanggup melakukan apa-apa sahaja bagi
memperoleh wang dan harta walaupun terpaksa melakukan
sesuatu yang salah di sisi undang-undang.
2. Faktor kejatuhan ekonomi

Apabila seseorang individu sukar mendapatkan sesuatu kerana


tiada pekerjaan atau diberhentikan kerja, mereka mengambil
jalan mudah dengan melakukan jenayah seperti mencuri,
mengedar dadah dan menipu.

Terdapat beberapa kes kecurian di pasar raya membabitkan


golongan rentan yang mengalami desakan hidup kerap tular di
media sosial.
3. Faktor media massa

Pengaruh unsur ganas dan cara-cara melakukan jenayah


banyak disiarkan secara langsung atau tidak langsung di media
sosial Facebook, Live Chat dan Instagram. Hal ini akan ditiru
oleh pengguna atau mereka yang ingin melakukan jenayah.

Sebagai contoh, filem berkaitan buli juvana menarik minat


pelajar untuk menunjukkan mereka lebih hebat berbanding
rakan lain, khususnya yang tinggal di asrama.
4. Faktor pengaruh dadah

Mereka yang terlibat dengan penagihan dadah sanggup


melakukan apa-apa sahaja untuk mendapatkan wang bagi
membeli dadah.

Mereka sanggup membunuh, merompak dan meragut mangsa.


Lebih memeritkan ialah mangsa yang dibunuh terdiri daripada
ahli keluarga terdekat mereka.
5. Faktor penghayatan agama

Individu yang terlibat kurang menghayati ajaran agama masing-


masing. Semua agama di dunia menyarankan umatnya
berkelakuan baik dan tidak melakukan sesuatu yang
bertentangan dengan undang-undang.

Bagi mereka perbuatan seperti rasuah, pecah amanah,


penyelewengan dan lain-lain tidak lagi menjadi satu kesalahan
serta dianggap satu perkara biasa sahaja.
02. Langkah
mengatasi jenayah
1. memperkasakan penguatkuasaan undang-undang

Semua agensi keselamatan negara seperti PDRM, Jabatan


Pertahanan Awam, Jabatan Imigresen dan Kastam Diraja
Malaysia bekerjasama rapat bagi mencegah perbuatan jenayah.

Misalnya, pemantauan dan rondaan secara berkala di kawasan


panas diyakini mampu mengurangkan kadar jenayah di sesuatu
tempat.
2. mengadakan kempen kesedaran MEMERANGI JENAYAH

Kesedaran dalam kalangan orang awam penting dalam usaha


mecegah dan memerangi jenayah. Hal ini dapat mengelakkan
ruang dan peluang kepada penjenayah untuk melakukan
jenayah.

Kempen pencegahan jenayah hendaklah dipergiatkan menerusi


media massa untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada
masyarakat tentang pentingnya menjaga keselamatan diri,
keluarga dan harta benda mereka.
3. memperkasakan EKONOMI NEGARA

Bertujuan meningkatkan peluang pekerjaan terutamanya


kepada golongan rentan.

Ekonomi negara menjadi kukuh seterusnya mengurangkan


kadar jenayah.

Peluang kerja yang diberikan dapat mengelakkan golongan


terbabit terhindar daripada melakukan jenayah mencuri,
mengedar dadah dan menyamun.
4. mempergiatkan penglibatan masyarakat setempat

Masyarakat setempat menubuhkan Kelab Rukun Tetangga di


kediaman masing-masing untuk mengawasi perbuatan jenayah
setempat.

Selain itu, masyarakat harus peka tentang sebarang aktiviti


yang mencurigakan dan membuat laporan kepada pihak
berkuasa dengan kadar segera.
5. penggunaan teknologi dalam membendung jenayah

Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang


sering menjadi sasaran penjenayah dapat membantu mengesan
perbuatan ini dengan segera.

Sementara itu, penggunaan satelit, dron, kaedah analisis dan


ramalan biometrik boleh digunakan untuk menjaga keselamatan
masyarakat bandar dan luar bandar dengan lebih baik.
THANKS!
FOLLOW US AND SUBSCRIBE

anysfadzlyn
Pengajian Am Channel

Anda mungkin juga menyukai