Anda di halaman 1dari 7

CARA MENGATASI DAN MEMBENDUNG JENAYAH

 (Laman Sesawang Asal: http://transformasiummah.blogspot.my/2011/04/cara-mengatasi-dan-


membendung-jenayah.html )
 1.      Pengenalan
 
       Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini.Jenayah negeri dan tidak masuk
akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk beriadah, ke sekolah, berada di tempat kerja
dan berehat di kawasan Rehat dan Rawat di lebuh raya. Menurut Laporan Kualiti Kehidupan , kadar
jenayah setiap seribu penduduk meningkat 3.8 peratus pada kepada 6.2 peratus pada 2002.  Akibatnya,
kapasiti muatan penjara sudah melebihi. Mereka yang dihukum oleh sebab jenayah kini berada di
penjara yang sudah padat. Malah, nisbah warder dan banduan melebihi standard antarabangsa.
           Dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2004 pernah didedahkan setiap hari di negara ini
1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6 kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri
dan 41.9 insiden rompakan. Malah, jenayah membabitkan juvana juga meningkat. Mereka yang
terbabit nampaknya semakin muda termasuk yang terjebak dalam jenayah dadah dan seksual. Pada
2006 ada 8,113 kes juvana dan 3,545 pelajar ditahan. Pengaruh televisyen dan internet yang
mengandungi unsur ganas dan seks dikenal pasti mempengaruhi peningkatan jenayah di kalangan
remaja dan kanak-kanak.
 
           Seramai 1,831 membabitkan remaja bersekolah. Dalam sesetengah kes ada yang membabitkan
kanak-kanak seawal umur 7 hingga 10 tahun. Pelbagai langkah dilaksanakan untuk mencegah jenayah
di negara ini. Kami berpendapat selagi tidak ada suatu ketegasan dan kesungguhan untuk membanteras
jenayah daripada puncanya, selagi itulah peningkatan jenayah akan berterusan. Janganlah hendaknya
kenyataan negara maju seperti di Amerika Syarikat yang menjadi antara negara yang paling bahaya
untuk diduduki menjadi realiti di negara ini.
 2.      Konsep Jenayah
 Keamanan dan kestabilan sesuatu tempat atau negara bergantung  bukanlah sesuatu yang semula jadi.
Ia mesti diwujudkan dan dikekalkan . keamanan dan kestabilan tidak akan wujud jika terdapat anasir-
anasir yang menggugatnya seperti pengacau, pencuri, perosak, pemera, perasuah dan sebagainya.
Pengawalannya dan pembanterasan anasir-ansir tersebut menjadi tugasundang-undang jenayah.
Manakala perbuatan yang menggugat tersebut dekenali sebagai “jenayah”. 
  Perbuatan yang diakatakan jenayah itu mestilah dihalang atau diambil tindakan seperti menangkap
pelakunya. Mahkamah diperlukan untuk menentukan pelaku jenayah itu bersalah atau tidak. Selepas
dihukum bersalah, maka perlu pula dikenakan hukuman keseksaan supaya pesalah itu serik, orang lain
selamat dan akhirnya masyarakat menjadi selamat, tenteram dan stabil. Begitulah secara kasarnya
konsep jenayah, dan daripada konsep ini definisi jenayah dapat dibuat.
 2.1.Definisi Jenayah
      Daripada konsep undang-undang jenayah ciptaan tersebut maka definisi jenayah ialah sebarang
perbuatan (tinggalan) yang melanggar undang-undang yang boleh diambil tindakan (seperti ditangkap)
dan diadili (melalui mahkamah) dan apabila disabitkan bersalah dikenakan hukuman keseksaan. Idea
asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada
orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh
orang lain adalah perbuatan jenayah.
  
Jenayah di Malaysia disabitkan dengan :
“UNDANG-UNDANG MALAYSIA  Akta A324  AKTA KANUN ACARA JENAYAH (PINDAAN
DAN PERLUASAN) 1976 “
·         Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Keseksaan
·         Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia
Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah mana mana undang
undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang
dilakukannya di dalam malaysia.
·         Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi undang undang
dibicarakan dalam Malaysia.
Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar
Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa apa perbuatan yang
dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.
 3.      Senario  Jenayah Kini
        Kadar di Malaysia lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima di peringkat antarabangsa iaitu
1:3. Penjara kita hanya boleh memuatkan 31,000 tahanan tetapi kini ada 39,000 tahanan. Kini ada
9,974 warder dan ini menjadikan kadar kita ialah 1:4.5. Dilaporkan hampir semua penjara kita sudah
melebihi muatan. Kita juga menerima laporan bahawa 16 penjara lagi akan dibina. Baru-baru ini kilang
Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terbiar dicadangkan juga akan diguna untuk ditukar
menjadi penjara sementara.
  Sebagai reaksi, kerajaan menambahkan anggota polis di bandar raya itu di samping rondaan lebih
kerap termasuk rondaan helikopter pada setiap malam. Apa yang lebih mencemaskan kita ialah bukan
saja kekerapan jenayah meningkatkan namun lebih membimbangkan ialah jenis jenayah berat juga
meningkat. Kadar kes bunuh, rompakan bersenjata, ugut, rogol dan gangsterisme didapati meningkat
Angka semakin merisaukan kerana kini kadar jenayah dilaporkan meningkat lebih daripada 15 peratus
di seluruh negara. Hampir semua negeri mencatat kenaikan kadar jenayah
 
3.1.Statistik Jenayah Negara
   -tunjukkan jadual statistik-
 4.      Punca Berlakunya Jenayah
 4.1.Sistem  dan Persekitaran Sosial yang Tidak Sihat
Jenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran sosial
masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan mudah
menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat
tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan
sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning
merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif
sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang
terbabit.
Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa.
Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang buruk juga
boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik
minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan, dan
perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang
menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.
 4.2.Kelemahan Institusi Kekeluargaan
 Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah kemerosotan dari segi
asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap
mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak
kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama
lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup
sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.
Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai
contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu
banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka.
Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan
memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan
pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah
kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada
ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.
  Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah
alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam
keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan
tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga
membawa kepada kancah keruntuhan moral 
4.3.Pengaruh Rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam kalangan belia
dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Meeka  lebih banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di
tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan
sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka,
mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka
tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya
remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa
membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.
Memilih rakan-rakan yang tidak beriman dan tidak berakhlak mulia akan menjadikan remaja lebih
mudah tergelincir dan terperusuk ke lembah kemaksiatan. Pengaruh daripada rakan sebaya adalah lebih
kuat impaknya daripada pengaruh keluarga.  Seseorang remaja yang tidak kuat pegangan akidah Islam
dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang cetek akan berasa amat sukar dan tertekan untuk mematuhi
perintah dan larangan Allah SWT.  Mereka akan merasa lebih selesa untuk berkompromi ataupun
menyembunyikan keIslamannya di hadapan rakan-rakan yang membenci ajaran Islam. Sebaliknya,
mereka pula akan menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang mengajak kepada Islam kerana perasaan
khuatir akan kelihatan tidak cool apabila bersama dikalangan rakan-rakan pilihan mereka. 
          Apabila situasi sebegini berlaku, maka seseorang itu akan terjebak ke lembah kemaksiatan, di
mana tidak ada beza hidupnya daripada rakannya yang tidak beriman.  Akibat memilih rakan yang
salah, maka rosaklah kehidupan seseorang itu, hatinya menjadi rosak dan akan kehilangan pegangan
Deen Islam yang sepatutnya.
4.4.Kurang Penghayatan Agama dan Nilai Murni
  Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai murni
dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu akan
kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat semakin
hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan
nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah
         Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan keatas umat
manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek kehidupan.  Kepincangan sistem
sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di
negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan Islam.  Sudah tentunya, tiada yang
lebih menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya anak-anak remaja kita
dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang penuh dengan kekufuran, malahan lebih buruk
apabila sebahagian dari mereka seperti telah kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang
juga yang terpesong pegangan akidahnya.
5.      Langkah-Langkah Mengatasi dan Membendung Masalah Jenayah
Setelah dibuat kajian dan diteliti, maka dapatlah kiranya kami lampirkan disini sedikit ulasan kami
sebagai pendekatan untuk membanteras jenayah daripada terus menular di dalam negara kita. Langkah-
langkah yang kami sediakan ini merupakan langkah-langkah yang bersifat praktikal yang mampu
dilakukan oleh individu atau organisasi yang terlibat. Semoga ini akan dapat menjadikan negara kita
lebih selamat pada masa akan datang. Antara langkah-langkah tersebut ialah;
5.1. Penguatkuasaan Undang-Undang
Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan dan pada
amnya kebaikan sejagat manusia. Organisasi yang terlibat dalam menggubal undang-undang ialah
pihak kerajaan. Justeru undang-undang yang digubal mestilah menekankan aspek keselamatan secara
lebih serius. Hal ini kerana natijah daripada pelaksanaan undang-undang itu nanti ialah untuk
menyedarkan masyarakat dan setiap golongan individu agar saling menghormati nilai kemanusiaan
yang ada pada individu lain. Justeru mereka akan lebih menghargai dan berfikir panjang sebelum
melakukan sebarang bentuk jenayah.
Setelah undang-undang digubal oleh pihak yang berwajib, maka undang-undang tersebut akan
dilaksanakan oleh pihak lain pula seperti Polis Diraja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan lain-lain.
Namun begitu masih timbul keraguan dalam sistem perlaksanaan undang-undang pada masa kini. Hal
ini kerana badan-badan berwajib tersebut juga terdiri di dalamnya segelintir individu yang pecah
amanah dengan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral tersebut. Sebagai contoh, ada individu yang
telah ditahan oleh pihak tertentu tetapi dilepaskan atas alasan yang tidak munasabah dan dalam situasi
lain ada yang dilepaskan hanya kerana mereka terlibat dalam barisan kepimpinan negara. Pelu diingat
disini bahawa, setiap individu yang berada dibawah kawasan tanah Malaysia adalah bernaung dibawah
undang-undang yang sama.            
   Oleh itu sesiapa yang melakukan jenayah, maka dia perlu ditahan dan dikenakan tindakan, walaupun
dia mempunyai status atau kedudukan yang tinggi. Justeru pihakberwajib haruslah mempunyai suatu
mekanisme tambahan untuk membendung gejala pecah amanah dalam institusi mereka terus
bermaharajalela.
5.2.Mewujudkan Konsep Bandar dan Pekan Selamat
      “Definisi Bandar Selamat” Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental.
Pernyataan ini merujuk kepada persekitarannyayang  sentiasa berada dalam keadaan paling terpelihara.
Terpelihara di sini bermaksud mempunyai suatu struktur asas pencegahan jenayah yang mampu untuk
memelihara penduduknya atau orang awam daripada terbabit dengan jenayah atau menjadi mangsa
kepada penjenayah. Jika hal ini dipandang dan diteliti dengan lebih jelas, usaha-usaha kerajaan dalam
mewujudkan pecan atau Bandar selamat memang wujud. Namun begitu, ada sesetengah tempat yang
dilihat berlakunya pengabaian keselamatan. Dengan ini si pelaku jenayah akan mempunyai peluang
yang cerah untuk meragut, merompak, rogol dan sebagainya. Seharusnya kerja-kerja penambahbaikkan
ini dipercepatkan lagi dan diteruskan pula ketempat tempat panas lain yang mana menjadi sasaran
penjenayah.
        Antara usaha yang dilakukan ialah, membangunkan prasarana-prasarana keselamatan seperti
mengasingkan jalan untuk pejalan kaki dengan jalan raya, hal ini boleh mengelakkan jenayah ragut.
Seterusnya ialah mewujudkan pondok-pondok polis di kawasan tumpuan umum. Usaha ini boleh
membantu dalam mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikawasan terbabit.
  Seterusnya ialah setiap masyarakat yang berada di kawasan-kawasan panas ini semestinya wajib
untuk sama-sama menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling mereka. Mereka juga boleh sama-
sama turun padang membantu pihak yang berwajib menjaga keamanan setempat. Sebagai contoh
mengadakan rondaan secara bergilir-gilir pada waktu malam. Perkara ini jika dilakukan bukan sahaja
akan membuatkan penjenayah berfikir dua kali sebelum melakukan sebarang bentuk jenayah di
kawasan terbabit, malah akan mengeratkan lagi ukhwah antara mereka.
Pada masa kini ada kawasan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan. Hal ini bagi
memastikan keselamatan penduduk terjamin. Ini juga bertujuan untuk membantu golongan yang
berkerjaya yang mana mereka ini sukar untuk memberikan komitmen dalam aktiviti rondaan di sekitar
kawasan perumahan mereka terutama pada waktu malam. Justeru kaedah menggunakan pihak
pengawal keselamatan juga dilihat sebagai suatu inisiatif berkesan dalam membantu mengawal aktiviti
jenayah di sesebuah kawasan.
5.3.Memperkasakan Ekonomi Negara
  Antara faktor yang menjadikan seseorang itu berstatuskan penjenayah adalah akibat sistem kewangan
diri yang tidak stabil. Hal ini telah menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk keluar
daripada masalah yang mereka hadapi iatu dengan cara melakukan jenayah seperti meragut, merompak
dan pecah rumah. Justeru dengan saranan agar ekonomi negara diperkasakan, maka akan timbul
banyak peluang pekerjaan bagi menampung lambakkan golongan yang bergelut untuk hidup ini.
Mereka yang terpaksa memilih bidang jenayah sebagai alternatif untuk mereka menyara hidup mereka
tidak boleh disalahkan secara seratus peratus. Hal ini kerana desakkan hudup pada masa kini terutama
mereka yang tinggal diibu kota amat meruntun mereka untuk berjuang bagi mencari sesuap nasi.
    Para penganalisis dan perintis ekonomi kerajaan boleh merangka suatu pendekatan yang bersifat
sistematik dalam menyediakan pekerjaan kepada mereka. Hal ini kerana, ada dikalangan mereka yang
mempunyai latar belakang akademik yang tinggi namun sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka
ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi setempat. Antara cara untuk
memperkasakan ekonomi ialah dengan menarik masuk para pelabur luar untuk melabur dalam neagara
kita atau dengan lebih spesifiknya pada tempat-tempat yang mempunyai jumlah penggangguran yang
tinggi. Justeru peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan.
         Sistem ekonomi yang mampan dapat memastikan keberlangsungannya kemajuan sesebuah
negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun bolehlah menjadikan negara-
negara maju yang lain sebagai contoh dalam melaksanakan pembangunan ekonomi mereka. Sebagai
contoh di sini ialah negara Jepun, Jepun merupakan sebuah negara yang sering kali berada dalam
keadaan yang genting. Terbaru negara tersebut telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat
daripada bencana alam yang menimpa. Namun begitu, mereka yakni kerajaan Jepun telah merangka
suatu strategi susulan sekiranya mereka mengalami sebarang masalah akibat bencana alam. Seperti
menarik semula aset-aset mereka yang berada di luar negara masuk ke dalam negara mereka semula.
Ditambahkan lagi dengan kedudukan mereka sebagai salah sebuah negara G7 yang berpengaruh dalam
kuasa ekonomi dunia.
          Namun yang paling ketara dan perlu untuk kita contohi ialah berkenaan penggunaan sumber
tenaga manusia. Jepun merupakan sebuah negara yang begitu menitik beratkan masalah sumer tenaga
manusia. Mereka amat prihati dengan masalah pekerja sehinggakan mampu untuk menjadikan
seseorang pekerja itu sanggup bertungkus lumus bekerja bagi menjana ekonomi negara. Sikap dan
langkah sebegini yang harus ditiru oleh negara-negara lain seperti Malaysia untuk membangunkan
kuasa ekonomi Malaysia. Justeru masalah berkaitan jenayah ekonomi seperti pemerdagangan manusia,
rasuah, penipuan duit syarikat adalah sama sekali dapat dihapuskan kerena kesedaran yang timbul
akibat penjanaan ekonomi yang mampan.
5.4.Kempen-kempen Pencegahan Jenayah
kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja
terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana antara faktor yang menyumbang dalam
timbulnya minat untuk melakukan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah ialah kurangnya
pendedahan berkenaan jenayah dan akibat mereka melanggar undang-undang negara. Kempen yang
dilakukan haruslah mempunyaimatlamat yang jelas dimana para pelajar ini akan didedahkan dengan
pelbagai aktiviti berkenaan ancaman jenayah. Mereka akan dibawa untuk mendekati dunia penjenayah.
Di sana mereka akan menilai sejauh mana kehebatan seseorang penjenayah kerana akhirnya mereka
akan dihukum juga dengan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Secara tidak langsung,
mereka akan menanamkan dalam diri mereka bahawa penjenayah dan jenayah itu merupakan sesuatu
yang buruk dan jijik.
Sebagai seorang manusia yang sihat mereka tidak akan menerima sesuatu yang bertentangan dengan
fitrah mereka yang sukakan kebaikkan dan keindahan. Justeru pepatah ’melentur buluh biarlah
daripada rebungnya’ amat sesuailah dipraktiskan disini. Antara kempen pencegahan jenayah yang
sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan
mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah,
kesan dan hukuman kepada pesalah.
Kempen-kempen pencegahan jenayah ini bukan sahaja perlu dilakukan di sekolah-sekolah, malah
boleh juga dilakukan ditempat-tempat awam atau tempat yang menjadi tumpuan umum. Masyarakat
yang berpontensi untuk terlibat dengan jenayah ini akan mendapat input-input berguna untuk mereka
ketahui bagi berdepan dengan masalah jenayah ini. Antara tempat-tempat tumpuan orang awam ialah
pusat-pusat membeli belah, pasar-pasar malam dan taman permaianan. Diharapkan semua pihak yang
mendengar atau mengikuti kempen tersebut akan lebih berwaspada dengan kegiatan jenayah yang
mungkin berlaku dan seterusnya mengetahui langkah langkah yang berkesan sekiranya mereka
berhadapan dengan situasi tersebut.
Antara impak tambahan ialah dapat menyedarkan penjenayah yang berada dalam kawasan berhampiran
dengan kempen yang dijalankan. Si penjenayah pasti akan berfikir panjang sebelum melakukan
jenayah di kawasan terbabit kerana rata-rata pengunjung akan mengambil langkah keselamatan seperti
yang diajar dan hal ini akan meningkatkan risiko mereka akan ditangkap atas jenayah yang dilakukan.
Atau sekurang-kurangnya mereka akan sedar bahawasanya tiada gunanya mereka melaksanakan
aktiviti yang tidak bermoral terbabit dan insaf serta kembali kepangkal jalan.
5.5.Pengenalan Semula Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dapat membentuk keperibadian para remaja yang mulia
dan juga dapat berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Peribadi dan
nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang berkait rapat. Hal ini kerana nadi kepada pembangunan
negara pada masa akan datang adalah terletak kepada generasi muda pada masa kini. Justeru itu
individu ini perlulah dididik dengan didikan yang sempurna untuk membantu mereka membesar dalam
keadaan sihat dan berdaya saing. Perkara yang paling mustahak ialah agar mereka terhindar daripada
melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan jenayah. Sekiranya mereka terjebak, amat sukar
untuk kita membetulkan semula diri mereka.
 Justeru kata-kata ’mencegah lebih baik daripada menghormati’ perlulah dihayati oleh setiap pihak.
Saranan agar memberi penekanan kepada subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK)
merupakan suatu saranan agar kerajaan dan pihak sekolah melihat subjek ini sebagai suatu mekanisme
atau pendekatan yang efektif untuk menjadikan para pelajar celik jenayah.
Antara isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut ialah seseorang individu berupaya
menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian
agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Setiap individu perlulah
memahami hak dan keadaan orang lain agar mereka tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain.
Hasil positif yang akan wujud ialah apabila isi kandungan ini dihayati sepenuhnya oleh para pelajar,
maka mereka akan keluar ke dunia sebenar kelak dalam keadaan penuh berpelingdung yang dapat
menangkis sebarang godaan untuk mereka terjebak dalam kancah jenayah. Seterusnya bukan sahaja
dapat mengurangkan peratus jenayah, malah mungkin dapat membasminya secara total.
6.      Kesimpulan
 Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan peraturan
sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada
semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan
moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah
boleh menyebabkan wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak
tertentu untuk melakukan jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi
lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara
          Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras tanpa
kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras fenomena
tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan keselamatan,
untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan negara daripada ancaman sebarang bentuk jenayah.
Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab
mereka demi kesejahteraan rakyat.
 Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan lebih tegas bagi
mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang mempunyai pengaruh
termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat
merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep membebaskan
masyarakat dan negara daripada jenayah.

Anda mungkin juga menyukai