Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri Bandar Pintar

Pada era globalisasi ini, isu tentang pembangunan bandar pintar semakin hangat
diperkatakan.Tidak kiralah sama ada media massa mahupun media cetak acap kali
menyiarkan tentang kepentingan bandar pintar bagi melestarikan negara agar Malaysia
dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.
Sama ada sedar atau pun tidak negara lain sebenarnya sudah mula mewajibkan
konsep bandar pintar.Bandar pintar?Pernahkah anda dengar berkaitan bandar pintar ini
di sekolah , internet, berita dan sebagainya?Apakah yang dapat diinterpretasikan
dengan bandar pintar? Baiklah, di sini saya akan perjelaskan. Konsep bandar pintar
atau 'Smart City' adalah konsep yang berakar umbi dari pelaksanaan idea untuk
pengurusan sumber dan alam bina yang lestari serta mesra pengguna.Tambahan lagi,
bandar pintar ini menjadi popular di seantero dunia pada alaf baharu.Sedar atau tidak,
konsep bandar pintar ini sangat penting bagi memastikan kemajuan negara terus
berkembang pesat. Malah, jika sesebuah negara itu mahu berada di carta teratas
negara paling maju di dunia, semestinya kewujudan bandar pintar ini yang menjadi
taruhannya.Negara kita,Malaysia juga telah pun mengamalkan konsep bandar
pintar.Sebagai contohnya, Putrajaya, Kuala Lumpur,Cyberjaya,dan Hang Tuah
Jaya,Melaka telah pun diwujudkan.Pada hakikatnya, terdapat banyak ciri bandar pintar
yang menjadi punca betapa vitalnya tajuk hari ini untuk dibincangkan.Tidak mengapa,
persoalan tersebut akan dikupas satu persatu hingga ke akar umbi.

Umum mengetahui bahawa ciri bandar pintar yang paling utama ialah bandar
pintar mempunyai kemudahan sambungan internet menerusi super jaring.Ya betul,
bunyinya seakan-akan sama dengan iklan-iklan yang kita perlekehkan di televisyen dan
radio-radio sebelum ini.Namun janganlah kita lupa, rangkaian seperti ini yang
diidamkan setiap pengguna internet terutama lagi bagi remaja yang bakal memimpin
negara.Impian lazim manusia ini mampu direalisasikan di sini. Ya, di bandar pintar.Hal
ini jelas terbukti apabila segala kemudahan di sini sangat canggih yang membolehkan
pemiliknya mendapatkan maklumat dengan sangat pantas. Sepantas kerdipan
mata.Lantaran itu, si pemilik kemudahan dapat menyiapkan segala tugasan terutama
lagi yang melibatkan kemudahan internet seperti 'whatsapp', telegram, email, 'facebook'
dan lain-lain dengan cepat.Sebagai tamsilan, pelajar juga dapat mencari maklumat dan
menuntut ilmu atas talian tanpa sebarang masalah seperti terpaksa memuat naik dalam
tempoh masa yang terlampau lama. Impaknya, masa dapat dijimatkan sejimat mungkin
sekali gus juga menjimatkan wang kerana tidak perlu lagi membayar tambang untuk ke
perpustakaan mencari maklumat.Apa lagi yang dimahukan? Segalanya di hujung jari.
Jika difikirkan, teknologi makin maju.Kemajuan dan teknologi memang tidak dapat
dipisahkan bak kata pepatah, 'bagai isi dengan kuku'.Saya percaya masa depan kita
tidak akan ke mana-mana tanpa kemudahan ini.Izharnya,kemudahan sambungan
internet menerusi super jaring salah satu ciri penting bandar pintar.

Seterusnya,kemudahan rekreasi juga merupakan ciri bandar pintar.Logiknya,


kemudahan rekreasi memberi ruang dan peluang kepada kita untuk beriadah.Bandar
tanpa penduduk yang sihat tidak layak digelar bandar membangun.Apa guna sekiranya
teknologi bertaraf lima bintang akan tetapi kesihatan rakyat dipandang enteng.Oleh
sebab itu saya yakin bahawa Malaysia sangat memerlukan bandar pintar daripada
bangunan pencakar langit yang bertingkat-tingkat dipenuhi lif yang tali sawatnya sudah
nazak mengangkut manusia berlebihan berat badan.Bukannya untuk menghina, tetapi
supaya rakyat negara kita sedar bahawa negara kita sangat masyhur.Masyhur dengan
apa? Adakah dengan rakyat yang sentiasa memenangi sukan antarabangsa?Bukan itu
yang saya maksudkan akan tetapi masyhur dengan rakyat obesiti.Itulah pentingnya
taman rekreasi bandar pintar.Kemudahan rekreasi dapat menjamin rakyat yang sihat
melalui aktiviti yang boleh dilakukan di pusat rekreasi seperti bersenam, berjoging
mahupun bersukan.Lantaran itu, penyakit-penyakit yang berbahaya mampu
mengancam nyawa impak daripada pengumpulan lemak tidak terkawal seperti obesiti
dan artereosklerosis dapat dicegah.Maklumlah, mencegah itu lebih baik daripada
mengubati. Minda yang cerdas datangnya dari tubuh badan yang cergas.Sebagai
buktinya, negara Malaysia pastinya melahirkan lebih ramai intelek yang mampu
memajukan bangsa hasil daripada kesihatan dijaga rapi.Akibatnya, ramai rakyat
Malaysia yang sihat mampu bantu memajukan negara.Bukan itu sahaja, sama ada
anda perasan ataupun tidak, kawasan taman rekreasi dipenuhi tumbuhan hijau dan
salah satu kawasan dipenuhi flora dan fauna yang pelbagai.Tidaklah terlampau
pelbagai seperti di zoo mahupun taman negara tetapi cukup untuk menghilangkan stres
rakyat dan mampu mengurangkan kandungan udara tercemar di kawasan bandar.

Menurut akal saya yang bernas ini, ciri ketiga ialah pusat pengajian.Sudah
tidak dapat dinafikan lagi bahawa bandar maju kaya dengan intelek hasil tempat
pengajian yang terbaik. Sesuai dengan namanya, syarat bandar pintar yang paling
wajib ialah pusat.Pusat apa?Pusat yang saya maksudkan di sini ialah pusat utama
pendidikan.Di sinilah tempat mendidik dan membentuk intelek sains dan teknologi
mampu menyumbang kepada kemenjadian negara.Pusat pendidikan adalah tonggak
kecemerlangan individu bagi sesebuah negara.Sedangkan negara paling mundur pun
ada institusi pendidikan yang tersendiri, ini kan pula negara maju.Logiklah untuk saya
katakan bahawa kemudahan pendidikan yang disediakan di bandar pintar seperti
universiti, sekolah rendah dan sekolah menengah membuka peluang yang sangat
besar kepada rakyat yang berkemahiran tinggi untuk berbakti kepada negara.Apa
salahnya pelaburan bandar pintar yang kecil bagi mendapatkan impak positif yang
sangat besar nanti.Kemudahan lengkap dalam bandar yang tidak terlalu besar
semestinya dapat menjimatkan masa dan tenaga setiap rakyat yang mengaplikasikan
kemudahan yang disediakan dalam memenuhi matlamat membentuk rakyat yang
berdisiplin.Impaknya, masyarakat Malaysia bukan sahaja terdiri daripada golongan
berilmu tinggi malah mereka juga bersahsiah tinggi dan mulia.Oleh itu, pusat pengajian
juga sengat penting dijadikan ciri bandar pintar.

Kesimpulannya, konsep bandar pintar harus diamalkan dengan kesepakatan


rakyat bersama bagai aur dengan tebing bagi memastikan negara kita dapat mengejar
negara lain agar tidak terus ketinggalan di belakang.Sudah terang lagi bersuluh, bandar
pintar sangat penting.Buktinya,dengan mendalami tiga ciri-cirinya sahaja sudah dapat
kita ketahui kebenarannya.Bandar pintar bukan sahaja memupuk rakyat yang berintelek
tinggi, berdisiplin, cekap menyiapkan tugasan malah juga sihat dan bebas daripada
segala macam penyakit.Walau canggih seperti mana sesebuah negara sekalipun tetapi
rakyatnya sering diserang dan dihantui penyakit mampu membunuh pun tiada
gunanya.Pasti ekonomi negara kita mundur kerana kurangnya rakyat yang berkudrat
besar memimpin negara.Tambahan lagi, negara juga berkemungkinan besar mundur
dek kerana terpaksa menghabiskan perbelanjaan tinggi menggunakan simpanan
negara untuk sembuhkan rakyat seperti yang berlaku sekarang.Lebih baik kiranya bagi
saya jika negara bersiap sedia menghabiskan wang untuk kemajuan negara daripada
menghabiskan wang untuk selamatkan negara daripada mundur.Tidak kiralah walau
sesukar mana pun tindakan yang harus diambil bagi membangun negara yang dipenuhi
bandar pintar, saya percaya negara kita mampu hadapinya bersama.Jadi dalam situasi
ini, pepatah 'berat sama dipikul, ringan sama dijinjing perlu diadaptasikan ba gi
membentuk kerajaan yang lebih harmoni dipenuhi rakyat berkredibiliti tinggi.

Anda mungkin juga menyukai