Anda di halaman 1dari 2

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Puan Shazehan,guru Bahasa Malaysia dan rakan-

rakan yang saya kasihi sekalian. Pada pagi ini, saya ingin menyampaikan sebuah ucapan yang
bertajuk ‘Kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi’.

Apakah itu Teknologi Maklumat dan Komunikasi? Teknologi Maklumat dan Komunikasi
ialah pengunaan komputer yang merupakan penjana segala pengetahuan.Sebuah komputer
mampu menyiman dan memproses data yang banyak. Bagi memperluas pendapat saya, terdapat
perlbagai faedah kemajuan teknologi maklumat,baik dari segi pendidikan,pentadbiran,ekonomi
mahupun perubatan.

Pada zaman dahulu,para pelajar mebawa kalam dan papan batu ke sekolah.ini,kini
mereka tidak perlu berbuat demikian hal ini kerana,kewujudan disket telah memberi kesenangan
dalam hidup kita. Semua nota dan latihan boleh memyimpan dalam disket dan akan mucul di
depan skrin komputer apabila memasukkannya ke dalamCPU. Hal ini memudahkan pendidik dan
para pelajar menjadi celik teknolog maklumat. Ini juga dipratikkan di institusi pengajian tinggi.

Kini,pelajar tidak perlu ke perpustakaan untuk membuat rujuan. Hanya dengan satu
sentuhan pada tetikus, semua maklumat yang hendak dicari akan terpapar di depan skrin
computer. Sistem ini dikenali sebagai ‘on-line library’. Menyedari hakikat ini,universiti tempatan
juga menyediakan kemudahan seperti ini. Malah,boring kemasukan institusi pengajian tinggi
juga diperoleh melalui alat ini.

Selain itu, salah satu faktor yang mengawal sistem ekonomi Negara ialah sistem
teknologi siber ini. Kita tidak perlu ke luar negara untuk mengetahui keadaan mengenai pasaran
saham negara. Dengan menggunakan ‘on-line’, masyarakat dapat memperoleh maklumat terkini
tentang saham yang boleh dibeli. Dengan itu, taraf hidup masyarakat akan meningkat dan lebih
maju.

Teknologi juga memainkan peranan utama dalam bidang perubatan. Pada masa dahulu,
ika seseorang itu minghidapi penyakit,mereka pasti hanya menunggu saat kematian sahaja.
Kini,segala penyakit tidak lagi digeruni kerada dapat dikesan pada peringkat awal dengan
menggunakan mesin diagnosis. Para doctor juga dapat menjalankan pembedahan dengan cara
‘videoconferencing’.
Teknologi maklumat dan komunikasi juga berfungsi sebagai alat perhubungan dan
teknologi. Rakyat di seluruh dunia juga dapat bertukar pendapat dan fikiran melalui internet.
Dengan ini, masyarakat tidak akan dikatakan sebagai ‘katak di bawah tempurung’ bukan itu
sahaja, masyarakat juga dapat mengetahui adat resam dari negara lain dengan hanya
menggunakan internet.

Akhir kata,sampai di sini sahaja dapat saya sampaikan pada hari ini. Saya berpendapat
bahawa teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian kita.
Semoga hujah- hujah yang telah saya sampaikan menjadi renungan buat hadirin sekaian. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai