Anda di halaman 1dari 1

Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat. Kebaikan dan keburukan internet kepada masyarakat.

Internet merupakan teknologi asas dalam pembangunan teknologi maklumat. Kini, internet merupakan salah satu saluran rangkaian penghubung dunia yang telah mengecilkan dunia. Dunia tanpa sempadan dimungkinkan dengan adanya jaringan internet ini. Walau bagaimanapun, teknologi internet ini kerap disalahgunakan sehingga menjadi saluran yang boleh membawa kemudaratan. Internet merupakan saluran ilmu pengetahuan kepada semua pengguna. Kini, pelbagai pengetahuan terkini dapat disalurkan melalui internet. Internet merupakan khazanah ilmu yang membantu berjuta-juta pelajar untuk mendapatkan maklumat dalam proses pembelajaran dan penyelidikan. Tugas guru juga dipermudah melalui penggunaan internet yang membekalkan pelbagai ilmu terkini dan mudah. erkembangan sains dan teknologi serta ilmu canggih dipaparkan dalam internet. Ia juga membantu dalam proses penyelidikan dan pembangunan. !elain itu, internet merupakan saluran komunikasi antarabangsa. Teleperubatan dimungkinkan dengan adanya internet. akar-pakar perubatan dapat berkomunikasi dan berinteraksi dengan adanya internet. elbagai pembedahan dan diagnosis dimungkinkan melalui internet. Komunikasi dalam aspek ekonomi dan politik pula dapat dimungkinkan dengan telekon"erens. Ini memudahkan sesuatu urusan komunikasi dalam usaha membuat keputusan tanpa pergi ke sesuatu tempat. Di samping itu, pendidikan jarak jauh juga dapat dijalankan dengan adanya kemudahan internet. Internet ini memberi "aedah kepada pelbagai lapisan masyarakat untuk melanjutkan pengajian mereka tanpa menjejakkan kaki ke menara gading. Internet juga memudahkan urusan harian manusia di mana pembayaran bil elektrik, air, kad kredit dan bil-bil lain dapat dilakukan dengan mudah. #ubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan badan-badan pendidikan antarabangsa untuk memohon kemasukan ke kursus pengajian atau peluang kerja dapat dibuat melalui internet. $rusan menerusi internet bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi juga dapat memastikan kesesakan lalu lintas dan tekanan kerja dapat diuruskan dengan mudah.
Dengan adanya Internet, urusan permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi juga bertambah mudah. Selain daripada data terperinci tentang kursuskursus yang ditawarkan, pelajar-pelajar juga boleh mengisi borang permohonan secara talian terus. Bukan itu sahaja, pelajar-pelajar tidak perlu menunggu akan keputusan permohonan kerana mereka boleh menyemaknya dengan melayari Internet. Pendek kata, memang banyak kelebihan yang diperoleh apabila kita mahir menggunakan Internet. Kita mestilah berusaha untuk meraihsegala peluang yang ada kerana yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Anda mungkin juga menyukai