Anda di halaman 1dari 2

CONTOH KARANGAN

Guna Media Sosial Dengan Bijak


Media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter
tidak asing lagi dalam kalangan rakyat negara ini
khususnya generasi muda. Dianggarkan pada 2015,
terdapat 19.2 juta pengguna internet di Malaysia dan
daripada jumlah itu sebanyak 15.6 juta orang aktif
menggunakan Facebook. Data berkenaan jelas
menunjukkan rakyat Malaysia kerap menggunakan media
sosial.

Media sosial mempunyai pelbagai manfaat.


Antaranya membolehkan seseorang itu berkongsi
maklumat, mencari kenalan lama, mempromosikan
perniagaan dan berdakwah. Penggunaan media sosial
dengan bijak mampu memberi kebaikan kepada diri
sendiri dan juga orang lain. Bagi mahasiswa pula, mereka
dapat melakukan perbincangan secara berkumpulan
melalui Facebook yang turut disertai oleh pensyarah.
Namun, tidak semua orang menggunakan media
sosial dengan bijak. Terdapat segelintir pengguna yang
menggunakan medium berkenaan untuk memfitnah dan
menyebarkan maklumat tidak tepat. Hal-hal seperti ini
sangat tidak wajar dilakukan kerana kesannya sangat
buruk kepada rakyat Malaysia.
Kita juga cukup sedih dengan hujah segelintir rakyat
Malaysia yang beranggapan bahawa setiap individu
mempunyai hak untuk menggunakan media sosial
dengan cara mereka sendiri dan orang lain tidak berhak
untuk membuat teguran.
Hujah sedemikian perlu ditolak kerana kita tidak lagi
wajar berbicara tentang hak jika segala tindakan yang
dibuat telah memberi kesan negatif kepada orang lain.
CONTOH KARANGAN

http://www.utusan.com.my/rencana/forum/guna-media-sosial-8232-dengan-bijak-1.322049

Anda mungkin juga menyukai