Anda di halaman 1dari 2

Peranan Generasi Muda Dalam Pembangunan Negara

Peranan signifikan remaja ialah mereka perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen
yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek
merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Sehubungan
dengan itu, remaja kita perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga
menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai
wahana, seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan
sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan
akademik dan akan menjauhi gelaran katak di bawah tempurung. Remaja juga tidak harus
terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau
mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa. Tegasnya,
tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut.

Seperkara lagi, remaja juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara
yang gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif
dan mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam
industri teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba
sesuatu yang baharu akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu,
remaja kita harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan
aplikasi yang teratur. Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang
tidak terhingga jika anak mereka melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu
bukan rekaan Mat Jenin yang tidak berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam
konteks ini, penglibatan remaja dalam pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan,
kepimpinan atau keusahawanan berupaya menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek
kata, pembangunan negara akan tercapai jika negara kita mempunyai barisan pelapis negara
yang kreatif dan inovatif.

Akhir sekali, remaja juga dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara
dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat
sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam
nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka
dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi
pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan
kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk
mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung
yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Maka, sifat keterbukaan remaja sudah pasti
dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya
dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.
Selain itu, remaja juga berperanan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan
gejala sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi menyokong pembangunan negara.
Remaja masa kini hendaklah mengatakan tidak dan benci kepada pengaruh-pengaruh
negatif dan liar seperti gejala bohsia, menghisap dadah, melepak dan berpeleseran dan
sebagainya. Budaya-budaya kuning dari Barat hendaklah disingkirkan daripada minda
pemuda dan pemudi negara ini kerana budaya sebegini boleh bertindak seperti barah yang
akan mengancam keharmonian negara. Kerajaan pada masa kini terpaksa membelanjakan
berjuta-jutaan ringgit bagi melaksanakan program pemulihan penagih dadah. Bukankah elok
jika wang yang banyak ini dibelanjakan untuk pembangunan dan kemajuan negara?
Golongan penagih dadah ini merupakan duri dalam daging dan perosak negara. Oleh itu,
remaja kuhsusnya hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dalam najis dadah ini
serta gejala sosial yang lain demi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja hendaklah mempunyai
semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan kedaulatan negara. Remaja
perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan
negara daripada terjajah. Sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 1930-an, pemuda
merupakan golongan yang begitu lantang dalam perjuangan menentang penjajah yang
menindas rakyat pribumi negara ini. Sebagai contoh, Gerakan Islah di Tanah Melayu pada
suatu ketika dahulu dipelopori oleh golongan pemuda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan
Syed Syeikh al-Hadi. Mereka menjadikan karya-karya penulisan dalam akhbar, majalah dan
novel sebagai wadah unutk menyalurkan penentangan mereka terhadap penjajah. Hal ini
berikutan semangat patriotisme yang begitu tinggi dimiliki oleh golongan pemuda ini. Oleh
itu, saya akan menjadikan golongan pemuda terdahulu sebagai model ikutan agar
pembangunan negara yang dilaksanakan dapat ditingkatkan.

Sebagai seoang remaja yang berwawasan, kita juga berperanan unutk


menyokong usaha-usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan negara
pada masa hadapan. Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada usaha-
usaha kerajaan memerangi dadah yang menjadi virus pemusnah generasi muda di negara
ini. Antara usaha tesebut ialah kempen alam sekitar, kempen kitar semula, kempen Budi
Bahasa, kempen Bulan Keluarga Kebangsaan, kempen mencegah penagihan dadah dan
sebagainya. Golongan muda khususnya remaja seperti saya akan memberi sokongan dan
kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha tersebut demi meningkatkan pembangunan
kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan ini
menjadi batu loncatan untuk melahirkan masyarakat yang dinamik danprogresif serta dapat
memberi sumbangan kepada negara. Peranan ibu bapa juga penting dalam mendidik remaja
bak kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai