Anda di halaman 1dari 2

Remaja Aset Utama Negara

"Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara." Inilah cogan kata yang sering
diungkapkan bagi menggambarkan betapa besarnya tanggungjawab remaja dalam memacu
kegemilangan negara. Remaja merupakan penggerak dan aset utama negara di masa hadapan.
Tugas utama para remaja ialah untuk menimba ilmu kerana dengan ilmulah remaja dapat
memajukan diri dan seterusnya akan menjadi penggerak kepada pembangunan negara daripada
segi ekonomi, politik dan sosial. Golongan remaja hendaklah menjadikan perkara ini sebagai
pengajaran serta tidak bersikap seperti katak di bawah tempurung. Mereka hendaklah menimba
ilmu setinggi yang boleh sebagai bekalan di kemudian hari.
Selain itu, remaja juga hendaklah menjauhkan diri daripada gejala sosial dan masalah
keruntuhan akhlak. Oleh itu, remaja perlu pandai mengaplikasikan kemudahan media massa dan
Internet ke arah kebaikan. Mereka juga perlu pandai memilih alat-alat media sosial serta
mengelakkan diri dari mudah terpengaruh dengan gejala negatif yang boleh melumpuhkan
negara.
Seterusnya, remaja juga perlu mempunyai semangat patriotisme yang tinggi. Tujuannya
adalah untuk melahirkan perasaan cintakan negara dalam diri mereka sekali gus berusaha untuk
mengelakkan diri dan negara daripada gangguan anasir-anasir luar.
Di samping itu, remaja juga berperanan untuk mengharumkan nama negara ke peringkat
antarabangsa di dalam pelbagai aktiviti yang berfaedah. Antara aktiviti tersebut ialah dengan
menyertai pertandingan-pertandingan bertaraf dunia seperti badminton dan lain-lain acara sukan.
Remaja juga seharusnya menyokong aktiviti kemasyarakatan supaya mereka terdedah kepada
nilai murni seperti bekerjasama, tolong-menolong, bersatu padu dan hormat-menghormati.
Konklusinya, golongan remaja ialah aset yang amat penting sekali kepada sesebuah
negara Oleh yang demikian, remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah
untuk mencapai aspirasi negara agar matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan.

Anda mungkin juga menyukai