Anda di halaman 1dari 1

PERANAN GENERASI MUDA DALAM MENGEKALKAN KESTABILAN NEGARA

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Cogan kata merupakan cogan kata
terpenting dalam melahirkan generasi muda yang boleh memajukan negara. Kestabilan
negara semestinya perlu dikekalkan bagi memastikan negara kita sentiasa berada dalam
keadaan aman dan damai. Hal ini demikian kerana masa depan kestabilan negara
merupakan satu tanggungjawab yang perlu digalas oleh generasi muda. Kestabilan negara
merangkumi dalam pelbagai bidang seperti kestabilan dalam keselamatan, ekonomi,
pendidikan dan pentadbiran negara.
Peranan utama yang boleh dilaksanakan oleh generasi muda dalam mengekalkan kestabilan
negara adalah dengan menguasai dalam bidang ilmu pengetahuan. Secara umumnya, ilmu
pengetahuan merupakan elemen penting dalam mengharungi segala halangan dan masalah
yang dihadapi oleh negara. Pemantapan ilmu pengetahuan akan menjadikan generasi muda
sentiasa berfikir dan mencari pelbagai inisiatif dalam menstabilkan negara dalam pelbagai
bidang. Misalnya, dalam bidang pentabiran negara, generasi muda yang berilmu
pengetahuan tinggi mampu mentadbir negara dengan cara yang efisien sentiasa mencari
langkah yang terbaik untuk mengemudi kerajaan. Selain itu, dalam bidang pendidikan,
generasi muda atau para belia ini berkemampuan dalam mencipta serta menghasilkan
produk yang boleh memberi pelbagai manfaat untuk kepentingan bersama. Oleh hal yang
demikian, ilmu pengetahuan sangat diperlukan oleh generasi muda dalam memastikan
kestabilan negara dapat dicapai.
Seterusnya, peranan yang perlu dimainkan oleh generasi muda dalam mengekalkan
kestabilan negara adalah dengan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dalam diri.
Belia negara merupakan pewaris negara yang merupakan kunci kepada kestabilan negara.
Hal ini demikian kerana sikap rakyat muda kini sangat memberi kesan kepada kemajuan
negara. Oleh itu, generasi muda perlu menyemai semangat cinta akan negara dengan lebih
mendalam. Misalnya, para belia perlu mempunyai tekad dalam diri masing-masing untuk
sentiasa bersedia menangkis apa-apa jua halangan yang boleh memberi impak buruk
kepada kestabilan negara. Semangat cinta akan negara yang tinggi ini sudah semestinya
dapat menjaga identiti negara kita daripada dicemari oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Justeru, sifat patriotisme dalam diri para belia boleh memberi kelebihan
dalam menstabilkan negara.
Kesimpulannya, peranan generasi muda yang dinyatakan iaitu penguasaan dalam bidang
ilmu pengetahuan dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi boleh menjamin
kestabilan negara. Cogan kata “Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara” masih
relevan untuk digunakan kerana para belia kini dianggap sebagai generasi penting yang akan
membawa kemajuan kepada negara. Sebagai seorang remaja, saya merasakan bahawa
tanggungjawab ini perlulah digalas sehabis baik supaya kestabilan negara dapat dikekalkan
dan menjadikan negara Malaysia sebagai negara maju dalam kalangan negara-negara hebat
yang lain.

Anda mungkin juga menyukai