Anda di halaman 1dari 7

KARANGAN REMAJA DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

1)

Lebih separuh abad kita menghela nafas kemerdekaan, namun remaja yang merupakan bakal
tunjang negara masih terbelenggu oleh pelbagai kemelut sosial. Ternyata mentaliti generasi muda di
negara kita belum lagi mengalami anjakan paradigma selaras dengan arus pembangunan negara
kita. Menurut kata mutiara sarjana, “Jika ingin melihat masa hadapan sesebuah negara, lihatlah
generasi mudanya pada hari ini.” Mantan Presiden Indonesia, Soekarno pernah mengungkap, “Jika
diberikan aku seratus orang tua, nescaya aku mampu menterbalikkan perahu yang tertangkup
tetapi, jika aku diberikan sepuluh orang muda, nescaya aku dapat mengegarkan dunia”. Bait-bait
susunan retorik yang penuh puitis ini telah menjadi satu menifestasi dalam usaha membangunkan
golongan belia dan generasi muda. Ternyatalah di sini bahawa remaja mahupun golongan belia yang
berkualiti dapat memperkasakan kegemilangan nusa dan bangsa. Oleh itu, saya perlu memainkan
peranan saya dengan penuh tanggungjawab untuk merencanakan pembangunan negara.

Peranan saya yang signifikan ialah saya perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai
kecemerlangan dari aspek akademik.(memiliki ilmu pengetahuan) Kecemerlangan akademik
merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan yang pemimpin negara yang
berkualiti demi menjamin masa hadapan negar yang cerah terutamanya dalam aspek pembangunan
negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa.
Sehubungan dengan itu, saya perlu proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga
menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana,
seperti membaca buku, melayari lebuh raya maklumat di dunia maya dan sebagainya. Ketekunan
dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik dan akan menjauhi
gelaran katak di bawah tempurung. Saya juga tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan,
iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Ingatlah peribahasa, ikut
hati mati, ikut rasa binasa. Seorang tokoh cendekiawan Islam pernah berkata bahawa petanda
runtuhnya sesuatu bangsa itu dapat dilihat apabila bangsa tersebut amat mencintai hiburan
Tegasnya, tanpa remaja dan golongan yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut.

Walau bagaimanapun, kecemerlangan akademik semata-mata tidak dapat menjamin


pembangunan negara jika generasi muda kita seperti saya tidak memiliki kesihatan fizikal(Gaya
hidup sihat) dan mental yang seimbang. Generasi muda yang ingin membangunkan negara perlu
memiliki kekuatan fizikal dan mental untuk menempuhi segala kekangan. Pada alaf baharu yang
penuh dengan kompetitif, muda-mudi negara perlu memiliki kecergasan fizikal dan bersemangat
waja diri tanpa mengenal istilah putus asa supaya dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan generasi muda di negara maju. Untuk mencapai kesihatan fizikal dan mental, saya patut
mengamalkan pemakanan seimbang, menjaga kebersihan diri dan persekitaran, bersenam,
bersukan, beriadah dan tidak terlibat dalam pelbagai angkara sosial seperti minum arak, merokok,
kegiatan maksiat, najis dadah dan lain-lain lagi kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku
buruk padahnya. Remaja mahupun golongan belia harus sedar bahawa kesihatan merupakan aset
yang tidak ternilai. Tanpa kesihatan, segala-galanya tidak lagi membawa makna. Hal ini sangat
bertepatan dengan slogan rakyat sihat, negara maju. Jadi, muda-mudi negara yang sihat dan
mempunyai jati diri yang mapan baru dapat melaksanakan pembangunan negara.
Selain itu, saya juga mestilah memiliki etika atau personaliti(memiliki jati diri) yang luhur.
Golongan muda harus disuntikkan ajaran agama dan nilai moral sejak kecil lagi kerana melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Lantaran itu, saya haruslah mengamalkan segala suruhan agama dan
meninggalkan semua larangan agama. Remaja yang dangkal imannya sudah pasti akan terjerumus ke
dalam kebejatan sosial. Saya mestilah sentiasa mendekatkan diri kepada Tuhan dan menjauhkan diri
daripada melakukan perkara yang mungkar seperti menagih dadah, berzina dan mencuri. Selain
menitikberatkan ajaran agama dan pendidikan moral, golongan muda juga harus dibimbing supaya
melakukan kerja amal dan memberikan khidmat sosial, misalnya bergotong-royong, menziarahi
rumah kebajikan orang-orang tua dan kanak-kanak yatim, mengutip derma untuk membantu
mangsa bencana alam serta terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarela. Dalam konteks ini, saya dapat
membantu pembangunan negara dengan memastikan negara bebas daripada ancamana masalah
sosial. Dengan kata lain, golongan remaja dan belia negara harus bersahsiah mulia, berinsaniah,
berbudi bahasa dan berkasih sayang agar dapat melahirkan negara yang maju sama ada secara
luarannya dan dalamannya pada suatu hari nanti.

Seperkara lagi, saya juga perlu kreatif dan inovatif untuk memacu pembangunan negara yang
gemilang. Hal ini terjadi demikian kerana hanya mereka yang sentiasa berani berkreatif dan
mempelopori bidang yang baharu dapat mengecapi kejayaan yang terbilang. Dalam industri
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), umat yang gigih dan berani mencuba sesuatu yang baharu
akan menikmati buah kejayaan yang manis. Rentetan daripada itu, golongan remaja dan belia kita
harus dilatih supaya berani berimaginasi dan berkhayal tetapi disusuli dengan aplikasi yang teratur.
Ibu bapa harus memberikan sokongan yang padu dan galakan yang tidak terhingga jika anak mereka
melontarkan impian mereka. Namun demikian, impian itu bukan rekaan Mat Jenin yang tidak
berasas tetapi perlu disokong dengan praktikalnya. Dalam konteks ini, penglibatan remaja dalam
pelbagai bidang sama ada kebudayaan, sukan, kepimpinan atau keusahawanan berupaya
menjanakan kreativiti dan inovasi remaja. Pendek kata, pembangunan negara akan tercapai jika
negara kita mempunyai barisan pelapis negara yang kreatif dan inovatif.

Akhir sekali, saya juga dapat memainkan peranan saya untuk membangunkan negara dengan
memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila kita mempunyai sifat sedemikian, kita lazimnya
dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, kita dapat memberi
kesan kepada negara kita. Kita dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Kitalah
yang akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi
mewujudkan kesejahteraan sosial. Sebagai contohnya, saya mestilah sentiasa mengamalkan sikap
toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu
padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Hal ini bermakna saya
perlu mengamalkan perpaduan sama ada di sekolah atau di tempat-tempat lain. Dengan ini,
keharmonian negara dapat dipelihara dan pembangunan negara dapat dijalankan dengan lancar
dalam suasana negara yang aman harmoni. Maka, sifat keterbukaan golongan muda yang belum
keras ubun-ubunnya sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu
membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya.
Secara intihanya, semua remaja dan belia negara termasuklah saya mempunyai tanggungjawab
dan obligasi masing-masing untuk menjanakan pembangunan negara kerana pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Pemusa-pemudi negara merupakan tunjang yang bakal menerajui
kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja dan belia
yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika mereka tidak diasuh, dibimbing dan
dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata
dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, generasi yang merupakan aset negara ini perlu terjaga
daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat
menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita
dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan
terkenal di seantero dunia.
2)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa golongan remaja seperti saya merupakan modal insan
ataupun aset berharga kepada nusa dan bangsa. Demi pembangunan negara, negara berhasrat
untuk melahirkan modal insan yang berkualiti, yakni berpendidikan, berwawasan, berdedikasi,
berkaliber dan berdisiplin. Oleh hal yang demikian, dalam RMK-9, sebanyak 20.6 peratus
diperuntukkan untuk meningkatkan kualiti modal insan dengan meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu. (T) Dalam konteks ini, sasaran modal insan ialah remaja atau tenaga muda kerana
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Golongan mudalah yang dapat menyumbangkan
idea dan tenaga demi pembangunan negara dalam segala bidang, khususnya dari aspek iktisad. (A)
Jadi, apakah peranan remaja dalam usaha untuk merealisasikan visi kudsi kerajaan, yakni melahirkan
modal insan yang berkualiti?

(I) Sebagai bakal modal insan yang berkualiti, remaja haruslah mempunyai pendidikan formal yang
sempurna. (M) Kejayaan dalam pendidikan akademik merupakan satu platform yang amat penting
untuk memastikan saya dapat menjadi modal insan yang berkualiti lagi syumul. Tanpa pendidikan
akademik yang sempurna sudah pasti impian remaja untuk cemerlang dalam bidang yang diimpikan
akan menjadi angan-angan Mat Jenin. (BA) Oleh itu, remaja haruslah memerah otak sehingga
mencapai ijazah kelas pertama, sarjana muda, dan jika diizinkan Allah sehingga falsafah kedoktoran.
Remaja dapat mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan dengan berbekalkan semangat yang
kental dan usaha yang gigih. Demi mencapai kejayaan yang cemerlang, ruyung perlulah dipecahkan
untuk menikmati sagunya. (K) Dengan berbekalkan kejayaan akademik remaja dapat bersaing
dengan masyarakat global dengan penuh keyakinan dan sekali gus dapat mengharumkan nama
negara di pentas dunia. (P) Tegasnya, demi menjadi modal insan yang berguna kepada tanah air,
remaja perlulah bertungkus lumus untuk memperoleh pendidikan yang setinggi mungkin. Bukankah
genggam bara api biar sampai jadi arang?

(I) Selain melengkapkan diri dengan pendidikan, remaja haruslah mengamalkan gaya hidup sihat
. (M) Hal ini dikatakan demikian kerana kesihatan yang baik dapat menjamin kecergasan dan
kecerdasan seseorang individu sejajar dengan kata hikmat badan cergas, otak cerdas. Bukan itu
sahaja, kesihatan yang baik juga merupakan aset yang paling berharga dalam kehidupan manusia.
(BA) Jadi sebagai generasi muda yang berpendidikan, remaja haruslah mengambil inisiatif untuk
melakukan senaman secara konsisten, seperti bersenam di gim ataupun beriadah di taman rekreasi.
Selain itu, remaja perlu menjaga pemakanan setiap masa untuk meneruskan kehidupan di muka
bumi dengan kesihatan yang terjamin. Remaja haruslah mengamalkan falsafah Barat iaitu kita perlu
makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Seperkara lagi, rokok, najis dadah dan arak juga
perlu dihindari oleh remaja kerana mengundang pelbagai komplikasi. (K) Sekiranya remaja
membudayakan amalan gaya hidup yang sihat sudah pasti sayagolongan yang separa matang ini
dapat menjalankan kewajipan mereka sebagai modal insan negara yang berkualiti untuk memacu
pembangunan negara ke tahap yang lebih membanggakan. (P) Tegasnya, gaya hidup sihat hendaklah
menjadi antara agenda perdana dalam kamus hidup kita jika hendak menjadi modal insan yang
berkualiti.
(I) Di samping gaya hidup sihat, remaja haruslah mempunyai jati diri yang unggul demi menjadi
modal insan yang dapat menyumbang kepada nusa dan bangsa. Antara keperibadian unggul
termasuklah tingkah laku yang sopan dan mempunyai darjah kesusilaan yang tinggi berpaksikan
prinsip kelima Rukun Negara, yakni kesopanan dan kesusilaan. (M) Hal ini dapat memandu dan
memimpin remaja agar tidak terbabas dari landasan yang benar lalu terjerumus ke dalam lembah
laknatullah, seperti berjinak-jinak dengan najis dadah, yang menghancurkan wawasan negara, iaitu
Wawasan 2020. (BA) Menurut pakar motivasi yang tersohor dan disegani masyarakat Melayu, Datuk
Haji Dr. Fadzilah Kamsah, banyak anak muda yang terperosok ke dalam kancah maksiat, seperti
sumur di tepi jalan, siapa haus boleh minum, ekoran terhakisnya nilai-nilai moral. (K) Sehubungan
dengan ini, remaja haruslah menyemaikan nilai-nilai kemanusiaan dan kerohaniaan, seperti
amanah, tulus ikhlas, toleransi dan bertimbang rasa, dalam lubuk kalbu mereka agar menjadi modal
insan yang bersahsiah mulia serta menjaga imej tanah air yang tercinta ini. (P) Pendek kata, modal
insan yang berkeperibadian mulia bukan sekadar dapat menyumbang ke arah pembangunan negara
malahan dapat mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

(I) Tidak ketinggalan juga, remaja juga haruslah menghayati ajaran agama. Hal ini dikatakan demikian
kerana remaja yang mematuhi ajaran agama, bangsa Malaysia yang budiman dan disegani dapat
dilahirkan. (M) Dalam konteks ini, remaja dapat membezakan yang mana intan, yang mana kaca.
Remaja yang beriman dan berpaksikan akidah tidak akan menjadi hamba kepada hawa nafsu. (BA)
Anak gadis yang soleh, misalnya, akan menjaga gerak-geri apabila berinteraksi dengan kaum lelaki.
Tutur kata dan tingkah laku akan dijaga agar tidak mencemari imej keluarga. Kata orang, biar buruk
kain dipakai, asal pandai mengambil hati. Ajaran agama juga mencelikkan mata remaja bahawa dari
telaga yang jernih, tak akan mengalir air yang keruh dan dari telaga yang keruh, tak akan mengalir air
yang jernih. Benarlah kata Albert Einstein, “Agama tanpa ilmu akan buta tetapi ilmu tanpa agama
akan lumpuh”. (K) Dengan adanya kesedaran ini, tumbuk rusuk ataupun rasuah yang dapat
menghancurkan negara dapat dihindarkan. (P) Ringkasnya, nilai-nilai keagamaan haruslah
disemaikan dan disuburkan dalam lubuk diri remaja untuk menjadi modal insan yang berkualiti.

(K) Akhirulkalam, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa modal insan yang menjadi
harapan negara ialah generasi muda yang berpendidikan formal, berjati diri mulia, sihat walafiat dan
beriman. (C) Demi mendukung cita-cita dan hasrat negara ini, remaja hendaklah melakukan aktiviti-
aktiviti yang dapat membentuk jati diri yang unggul, bukannya membilang buah kerayung seperti
melepak di kompeks beli-belah, berlumba haram dan berjudi. Sebagai warganegara yang berjiwa
patriotik, remaja haruslah mengetepikan aliran politik yang sempit yang berorientasikan
komunalisme demi kepentingan nusa dan bangsa. Seperkara lagi, nilai-nilai negatif hendaklah dikikis
sama sekali kerana memang susah untuk mengikis tabiat buruk. Remaja juga sewajarnya berfikir
dengan semasak-masaknya sebelum bertindak dalam apa-apa juga aspek kehidupan kerana ingat
sebelum kena, jimat sebelum habis. (H) Tiada gunanya kita menyesali sesuatu tindakan yang sudah
menimpa diri kerana sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Dengan kesedaran ini,
remaja bukan sahaja akan menjadi modal insan kelas pertama bahkan dapat memperkasakan
bangsa Malaysia sebagai bangsa yang maju yang dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
dengan negara-negara maju yang lain.
3)

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Inilah cogan kata yang sering diungkapkan serta
selalu meniti di bibir-bibir segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan pemimpin tertinggi
negara. Golongan pemuda dan pemudi pada zaman ‘dunia tanpa semadan’ ini merupakan oengerak
kepada peningkatan dan pembangunan negara. Mereka ialah golongan yang akan memacu negara
ke arah yang lebih moden dan maju pada masa akan datang. Oleh yang demikian, sebagai seorang
remaja, saya mempunyai peranan dan tanggungjawab yang besar untuk membangunkan negara
yang kita cintai.

Demi membangunkan negara yang kita cintai ini, sebagai seorang remaja, saya berperanan
dan mempunyai tanggungjawab untuk belajar bersunggu-sungguh bagi memantapkan diri dengan
ilmu pengetahuan agar dapat memberi sumbangan kepada negara pada masa akan datang. Pada
masa kini remaja seperti saya hendaklah berlumba-lumba menimba ilmu pengetahuan dalam
pelbagai bidang agar dapat memajukan dan memodenkan negara. Pemuda dan pemudi yang
berpelajaran dapat menyumbangkan idea dan buah fikiran yang bernas dengan berfikiran kritis dan
kreatif. Jika dilihat dari sudut sejarah, Revolusi Thailand yang berlaku pada tahun 1932 adalah
dipeloposri golongan muda yang terpelajar. Kebanyakan mereka terdiri daripada pemuda yang
berpendidikan Barat serta terpengaruh dengan kemajuan yang dicapai oleh Barat. Oleh yang
demikian, apabila mereka pulang ke tanah air sendiri, golongan pemuda inilah yang menjadi
penggerak kepada pembangunan negara mereka dari segi ekonomi, politik dan sosial. Hal ini jelas
menunjukkan kehebatan dan kuasa ilmu mereka itu sendiri. Golongan remaja hendaklah menjadikan
perkara ini sebagai pengajaran serta tidak bersikap ‘seperti katak di bawah tempurung’. Mereka
hendaklah membuka minda kepada pengaruh luar yang baik serta wajar dicontohi dan
mengaplikasikan perkara tersebut untuk pembangunan negara.

Selain itu, saya juga berperanan untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala
sosial yang boleh meruntuhkan kerajaan demi menyokong pembangunan negara. Remaja masa kini
hendaklah mengatakan ‘tidak’ dan benci kepada pengaruh-pengaruh negatif dan liar seperti gejala
bohsia, menghisap dadah, melepak dan berpeleseran dan sebagainya. Budaya-budaya kuning dari
Barat hendaklah disingkirkan daripada minda pemuda dan pemudi negara ini kerana budaya
sebegini boleh bertindak seperti ‘barah’ yang akan mengancam keharmonian negara. Kerajaan pada
masa kini terpaksa membelanjakan berjuta-jutaan ringgit bagi melaksanakan program pemulihan
penagih dadah. Bukankah elok jika wang yang banyak ini dibelanjakan untuk pembangunan dan
kemajuan negara? Golongan penagih dadah ini merupakan ‘duri dalam daging’ dan perosak negara.
Oleh itu, remaja kuhsusnya hendaklah menghindarkan diri daripada terjebak dalam najis dadah ini
serta gejala sosial yang lain demi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Bukan itu sahaja, sebagai pemuda harapan bangsa, remaja seperti saya juga hendaklah
mempunyai semangat patriotisme yang tinggi dan utuh bagi mempertahankan kedaulatan negara.
Remaja perlu menyemai semangat cinta akan negara dan sanggup berjuang demi mempertahankan
negara daripada terjajah. Sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 1930-an, pemuda
merupakan golongan yang begitu lantang dalam perjuangan menentang penjajah yang menindas
rakyat pribumi negara ini. Sebagai contoh, Gerakan Islah di Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu
dipelopori oleh golongan pemuda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Syeikh al-Hadi. Mereka
menjadikan karya-karya penulisan dalam akhbar, majalah dan novel sebagai wadah unutk
menyalurkan penentangan mereka terhadap penjajah. Hal ini berikutan semangat patriotisme yang
begitu tinggi dimiliki oleh golongan pemuda ini. Oleh itu, saya akan menjadikan golongan pemuda
terdahulu sebagai model ikutan agar pembangunan negara yang dilaksanakan dapat ditingkatkan.

Selain itu, saya juga berperanan untuk mengharumkan nama negara di peringkat
antarabangsa selaku golongan remaja dan pemuda harapan bangsa. Pemuda dan pemudi negara ini
hendaklah berusaha melakukan perkara-perkara yang dapat mengharumkan nama negara di
persada antarabangsa. Sebagai contoh, jika dilihat pada masa kini, kebanyakan atlet yang mewakili
negara dalam aresa sukan antarabangsa terdiri daripada golongan muda dan remaja. Contohnya,
Hafiz Hashim yang merupakan pemuda yang mewakili negara dalam acara badminton perseorangan.
Terbaru, beliau telah menjuarai Terbuka Denmark dengan mengalahkan Bao Chun Lai dari China.
Selain itu, beliau juga pernah dinobatkan sebagai juara ‘ Kejohanan Badmintoh All England’ pada
suatu ketika dahulu. Hal ini dapar menaikkan martabat negara dalamarena sukan antarabangsa
seterusnya dapat mengharumakan nma negara seantero dunia. Tugas seperti hendaklah dipikul oleh
golongan muda seperti saya.

Sebagai seoang remaja yang berwawasan, saya juga berperanan unutk menyokong usaha-
usaha dan kempen yang dijalankan kerajaan unutk membangunkan negara pada masa hadapan.
Sebagai contoh, remaja hendaklah memberi sokongan kepada usaha-usaha kerajaan memerangi
dadah yang menjadi ‘virus’ pemusnah generasi muda di negara ini. Antara usaha tesebut ialah
kempen alam sekitar, kempen kitar semula, kempen Budi Bahasa, kempen Bulan Keluarga
Kebangsaan, kempen mencegah penagihan dadah dan sebagainya. Golongan muda khususnya
remaja seperti saya akan memberi sokongan dan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha-usaha
tersebut demi meningkatkan pembangunan kerohanian rakyat. Hal ini disebabkan kempen-kempen
yang dilaksanakan oleh kerajaan ini menjadi ‘batu loncatan’ untuk melahirkan masyarakat yang
dinamik danprogresif serta dapat memberi sumbangan kepada negara. Peranan ibu bapa juga
penting dalam mendidik remaja bak kata pepatah,’ melentur buluh biar dari rebungnya’.

Sesungguhnya, golongan remaja mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan


egara. Remaja hendaklah sedar akan perkara ini serta mengorak langkah untuk mencapai aspirasi
negara agar matlamat pembangunan negara dapat direalisasikan. Bagi diri saya, saya akan terus
berusaha gigih bagi mencapai kecemerlangan dalam pelbagai aspek kehadiran saya sebagai warga
Malaysia benar-benar bermakna dalam membantu pembangunan negara.

Anda mungkin juga menyukai