Anda di halaman 1dari 18

Pada zaman yang serba mencabar ini, banyak remaja Malaysia yang gemar

dengan hobi yang mencabar atau lasak.


Pada pendapat anda apakah faedah hobi yang mencabar atau lasak ini.

Pendahuluan

Golongan remaja dan aktiviti lasak memang tidak dapat dipisahkan

naluri remaja lebih cenderung untuk mencuba pelbagai perkara yang


memberi keseronokan dan mencabar dalam hidup mereka.

Hobi yang mencabar atau lasak bukan sesuatu yang baru di Malaysia.

Hobi lasak semakin popular terutama sekali dalam kalangan remaja

Semakin digemari - contoh: mendaki gunung, payung terjun, go-kart,


terjun bungee dan 'paintball'

Semuanya mencetuskan rasa teruja dan seronok kepada golongan remaja


yang gemar melakukan aktiviti hobi lasak lagi mencabar.

faedah-faedah hobi yang mewarnai fokus perbincangan akan dikupas


dengan lebih terperinci.
Isi-isi
Meningkatkan ketahanan fizikal badan

daya tahan kardiovaskular dapat ditingkatkan.

dapat meningkatkan imuniti daripada sebarang jangkitan penyakit seperti


demam, selesema dan batuk.

membantu -melaksanakan aktiviti harian secara efektif kerana badan


cergas, otak cerdas.

Perlu kekuatan dari dalam diri

Contoh, mendaki gunung, berkayak,terjun bungee perlu persediaan


fizikal- lakukan latihan kecergasan

Aktiviti memanjat dinding dan berjalan atas halangan yang tergantung di


udara dapat membina rasa berani dalam kalangan pengunjung, lebih-lebih lagi
kepada mereka yang mengalami masalah gayat.


Apabila perasaan yakin dan berani dicetuskan, golongan remaja akan
melakukan kerja atau perkara yang diminati dengan lebih bersungguh-sungguh
dan efisien.

Selain itu, aktiviti lasak juga dilihat mampu membentuk keperibadian yang
lebih terbuka dan tidak hanya tertumpu pada satu-satu bidang, selain menjadi
medium amalan hidup sihat.

Meningkatkan daya ketahanan mental seseorang

badan cergas, minda cerdas - jadi seorang yang lebih aktif

aktiviti lasak boleh meningkatkan keyakinan golongan remaja dalam


membentuk personaliti mereka untuk jangka masa panjang dan melahirkan
modal insan berkelas tinggi untuk negara.

Ubah diri lebih berani

Pertama kali mencuba aktiviti lasak, emosinya tidak menentu, rasa takut,
berdebar dan seperti ingin menangis.

Jika sebelum ini mudah berasa gementar atau gayat berada di tempat
tinggi, masalah itu boleh diatasi menerusi aktiviti lasak yang mengajar
bagaimana untuk mengawal emosi ketika berada di tempat tinggi.

Namun, keyakinan mental semakin tinggi, malah berani untuk mencuba


sesuatu yang lebih mencabar.

Menjadi remaja, adalah penting untuk mempunyai keyakinan kerana faktor


itu membantu golongan tersebut membuat pilihan yang bijak, selain tidak
mudah terpengaruh dengan anasir negatif.

Menjalin hubungan kerjasama/ silaturrahim

terdapat sesetengah aktiviti sukan lasak yang dilakukan secara


berpasukan - memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan dapat melatih
teknik komunikasi sesama ahli kumpulan

dapat membentuk semangat kerjasama antara satu sama lain dan


membina kepercayaan

Aktiviti lasak bukan sahaja melibatkan ketinggian, kelajuan dan kekuatan


fizikal semata-mata, malah dikatakan dapat membentuk semangat kerjasama
antara satu sama lain dan membina kepercayaan.


Sebagai contoh, sekumpulan remaja yang melakukan aktiviti lasak
bersama pasti memerlukan semangat kerjasama bagi memastikan aktiviti yang
dilakukan berjalan lancar dan selamat, sekali gus membuat semua pihak berpuas
hati.
Mengelakkan diri daripada gejala sosial

kebaikan aktiviti beriadah yang dapat dinikmati ialah menjaga disiplin


remaja dengan mengelakkan remaja daripada terlibat dalam masalah sosial.

Hal ini demikian kerana masa lapang remaja dapat diisi dengan aktiviti
yang menghiburkan dan menyeronokkan kerana masa itu emas.

Seandainya masa lapang itu tidak dipenuhi secara bijaksana,remaja akan


terjerumus untuk mendorong diri melakukan aktiviti yang kurang berfaedah
seperti melepak,bermain komputer tanpa batasan dan berbual-bual kosong
ibarat menghitung bulu kambing.

Dengan melibatkan diri dalam hobi lasak lagi mencabar ini,mereka tidak
akan melakukan aktiviti yang kurang berfaedah kerana telah merasai
keseronokan aktiviti riadah, bak kata peribahasa Melayu sambil menyelam
minum air. Oleh itu, remaja dapat menghindarkan daripada terlibat dalam
masalah sosial dengan melakukan hobi

Mengurangkan stres

Hobi lasak dan mencabar juga menjadi pemangkin untuk mengurangkan


tekanan dalam diri seseorang.

Kepenatan,keletihan dan beban kerja yang memberatkan akan


menyebabkan mereka menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti mudah
marah,letih,lesu dan tidak bersemangat.

prestasi - mengalami kemerosotan - mengundang pelbagai impak negatif

Dengan melakukan hobi lasak dan mencabar- melupakan beban yang


ditanggung dan menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Oleh itu, wajarlah hobi lasak dipraktikkan dalam kehidupan kita untuk
mengurangkan tekanan yang dialami.

Penutup

Golongan remaja merupakan generasi pemangkin negara untuk masa


depan dan sehubungan itu, mereka perlu mempunyai sikap sofistikated, komited
dan efisien.

Mencabar diri melakukan aktiviti lasak membantu golongan remaja


mengenali kelemahan diri mereka, sekali gus mencipta kesedaran untuk
membuat perubahan ke arah yang lebih baik

Adalah penting untuk setiap remaja dapat mengenali kelemahan mereka


supaya dapat mengubah diri ke arah yang lebih baik

Aktiviti lasak merupakan satu daripada kaedah yang terbaik untuk


menampilkan personaliti sebenar remaja lebih-lebih lagi apabila mereka
berdepan dengan situasi takut dan mendebarkan

Hidup dalam dunia yang serba canggih dan terkini, golongan remaja perlu
bersikap proaktif dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak
ketinggalan dan seiring dengan peredaran zaman

Hidup dalam dunia yang serba canggih dan terkini, golongan remaja perlu
bersikap proaktif dalam setiap perkara yang mereka lakukan supaya tidak
ketinggalan dan seiring dengan peredaran zaman


Negara juga menyasarkan untuk melahirkan lebih banyak modal insan
kelas pertama menjelang 2020 dan aktiviti sihat dilihat sebagai satu daripada
pencetus ke arah tersebut

UNCA REMAJA KURANG MELIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI KOMUNITI

Dalam menongkah arus modenisasi dan globalisasi ini, kita kian alpa akan
semangat kejiranan yang dapat dipupuk melalui aktiviti komuniti. Lantaran itu,
golongan generasi muda kita kini iaitu golongan remaja kurang melibatkan diri
dalam aktiviti komuniti. Senario ini dapat dikaitkan dengan peribahasa yang
berbunyi bagaimana rentak gendang, begitulah tarinya. Berdasarkan
peribahasa tersebut, barangkali sangat tepat jika kita mengaturkan gerak laku
ssebuah masyarakat dengan gelombang dan perkembangan semasa
masyarakat. Sikap menyalahkan remaja yang tidak mahu berjinak-jinak dengan
aktiviti kemasyarakatan seperti gotong rotong adalah umpama meludah ke
langit menimpa batang hidung sendiri. Memang benar remaja hari ini tidak
berminat dengan aktiviti seumpama ini akibat didalangi oleh pelbagai faktor
yang telah dikenal pasti yang menjadi latar kehidupan masyarakat pada masa
ini.

Punca prima remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti
ialah sikap masyarakat setempat yang telah mempengaruhi sikap dan minda
remaja. Masyarakat hari ini terutamanya golongan dewasa yang bekerja, sibuk
dengan urusan sendiri dan tidak sedar akan sikap mereka yang mengabaikan
aktiviti komuniti. Dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh
fatamorgana ini, memang tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari
ini terlalu obses untuk mencari kemewahan hidup demi memenuhi tuntutan
nafsu kebendaan mereka. Senario ini menyebabkan mereka tidak bertegur sapa
dengan jiran tetangga mereka apatah lagi ingin melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti seperti bergotong royong. Sikap mereka yang mementingkan diri
sendiri ini dapat diibaratkan bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk
masing-masing. Tanpa disedari, situasi ini turut mempengaruhi sikap dan
minda remaja untuk meminggirkan amalan kemasyarakatan dalam kehidupan
mereka.
Selain itu, punca lain remaja hari ini kurang melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti ialah hubungan remaja dengan golongan dewasa yang agak renggang.
Keadaan ini tercetus daripada pemikiran orang dewasa terhadap remaja yang
dianggap masih belum keras ubun-ubunnya dan tidak perlu menyertai aktiviti
komuniti seperti bergotong royong. Situasi ini bertambah rumit apabila terdapat
golongan dewasa yang menhalang penglibatan golongan remaja dalam aktiviti
komuniti seperti menyertai mesyuarat-mesyuarat yang diadakan di sesebuah
taman perumahan. Luka bertambah parah apabila remaja, iaitu insan kerdil
ciptaan Tuhan yang menjadi harapan negara ini mulai berasa tersisih kerana
tidak berpeluang untuk bersama-sama dalam aktiviti kemasyarakatan yang
dianjurkan. Impaknya, mereka tiada pendedahan dan bimbingan daripada orang
dewasa untuk menjayakan aktiviti komuniti pada suatu hari nanti. Tegasnya,
hubungan yang renggang antara orang dewasa dengan remaja menjadi

pemangkin kepada kurangnya penglibatan remaja dalam aktiviti


kemasyarakatan.

Jika kita lihat dari dimensi yang berbeza, remaja hari ini terpaksa
menerima tekanan tinggi dan bebanan berat daripada ibu bapa. Ibu bapa pada
hari ini terlalu menaruh harapan yang tinggi setinggi Gunung Everest agar anak
mereka berjaya dalam bidang akademik. Harapan ibu bapa yang tinggi ini
menyebabkan golongan remaja terpaksa memikul bebanan yang berat untuk
menrealisasikan harapan tersebut sehinggakan mereka tiada masa dan peluang
untuk melibatkan diri dalam aktiviti komuniti seperti bergotong royong.
Kebanyakan ibu bapa pada hari ini tidak mahu anak-anak mereka ketinggalan
dalam dunia pendidikan dan masa belajar remaja terlalu eksklusif serta tidak
harus dibazirkan dengan aktiviti komuniti. Mereka lebih rela anak remaja mereka
menjadi ulat buku dan antisosial asalkan anak mereka berjaya dalam bidang
akademik. Maka, tidak hairanlah jika kita lihat penglibatan remaja dalam aktiviti
komuniti kian merosot. Jadi, tekanan dan bebanan yang pikul oleh remaja dalam
bidang akademik mengekang mereka daripada melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti.

Seterusnya, perkembangan teknologi yang moden turut menghalang


penglibatan remaja dalam aktiviti kemasyarakatan. Dewasa ini, dunia kita
menghadapi ledakan teknologi maklumat yang kian canggih sehingga
mempengaruhi sikap dan minda remaja. Hal ini dapat kita lihat melalui kemajuan
teknologi maklumat, media massa dan hiburan yang bergerak pantas bagai
belut diketil ekor. Dengan pengaruh pemodenan teknologi dalam kalangan
remaja, mereka menganggap bahawa aktiviti kemasyarakatan sebagai tidak
relevan dan tidak menarik lagi. Mereka lebih suka bermain permainan menarik di
internet dan menonton rancangan yang menarik di kaca televisyen. Lebih
mengasyikkan mereka lagi apabila terdapat pelbagai laman sosial yang
berfungsi untuk berinteraksi secara maya dengan kawan-kawan mereka. Hal ini
menyebabkan remaja tidak berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti
komuniti. Jelaslah bahawa pengaruh pemodenan dan teknologi juga merupakan
antara punca remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.

Umum mengetahui bahawa kesan daripada penularan budaya kuning turut


menjadi dalang remaja semakin menjauhkan diri daripada menyertai aktiviti
komuniti. Remaja kita pada hari ini lebih gemar berpelesiran di pusat beli belah,
bergaul bebas antara lelaki dengan perempuan, ketagihan hiburan, melakukan
seks bebas dan merempit. Remaja kita pada hari semakin hilang maruah sebagai
akibat daripada pengaruh budaya kuning. Kesan-kesan ini menunjukkan betapa
runtuhnya nilai-nilai murni dalam kalangan remaja hari ini. Golongan remaja
lebih suka berbual dalam kelompok mereka dan menghabiskan masa dengan
aktiviti yang tidak berfaedah. Hal ini kerana remaja tidak terdidik dengan

kehidupan bermasyarakat yang mementingkan sikap saling membantu dan


bekerjasama bagai aur dengan tebing. Tegasnya, remaja tidak melibatkan diri
dalam aktiviti komuniti kerana mereka obses dengan pengaruh budaya kuning.

Sebagai konklusinya, ternyatalah bahawa segala bentuk tingkah laku


remaja amat berkait rapat dengan acuan kehidupan semasa mereka kerana
peribahasa Melayu pernah menyebut bahawa arus di muara dibentuk oleh
aur di hulu. Keengganan mereka melakukan aktiviti yang berfaedah seperti
bergotong-royong berkait rapat dengan asuhan yang diterima oleh mereka dan
faktor di sekeliling mereka. Kini, tibalah masanya untuk semua pihak menyedari
bahawa segala yang tersasar di hujung jalan perlu balik ke pangkal jalan.
Kegiatan komuniti seperti bergotong-royong hendaklah disuburkan semula dalam
kalangan remaja agar mereka dapat merasai roh dan nilai insaniahnnya secara
tersirat. Oleh itu, semua pihak perlu bersinergi dan memainkan peranan masingmasing untuk menggvb atasi kemelut ini. Semoga rakyat Malaysia bekerjasama
dengan pihak kerajaan untuk merealisasikan konsep gagasan Satu Malaysia dan
diharapkan semangat kemasyarakatan akan terus mekar dalam sanubari setiap
rakyat Malaysia.

Budaya membawa maksud akal budi, peradaban dan ketamadunan yang


terlibat dengan cara hidup, perasaan, pemikiran dan pergaulan. (I) Budaya tegurmenegur sinonim dengan teras kekuatan masyarakat dan sendi ikatan kesatuan
sesama masyarakat yang multietnik, multiagama, multibudaya dan
berlatarbelakangkan sosioekonomi yang heterogan.(I) Namun, budaya
mahmudah ini semakin sirna ditelan arus globalisasi yang melewati sempadan
dan mentaliti. (K) Tegal itu, Dasar Perpaduan Negara dan Strategi Lautan Biru
Kebangsaan telah digarapkan selari dengan konsep Gagasan 1Malaysia, yakni
mewujudkan masyarakat madani dan uthopia di negara kita. (U) scPersoalannya,
sejauh manakah strategi tersebut berhasil menghidupsuburkan budaya tegurmenegur sesama masyarakat majmuk? Apakah pula langkah-langkah untuk
mengembalikan budaya tersebut? (K)

Pepatah Melayu berbunyi, adat bersendi syarak, syarak bersendi adat,


yakni pergaulan dalam masyarakat mestilah bersesuaian dengan tradisi dan
kerukunan. Untuk menghidupsuburkan budaya tegur-menegur dalam
masyarakat, warisan tradisi bangsa mestilah dididik kepada seantero strata
masyarakat, khasnya generasi muda.(A) Amsalnya, Rumah Terbuka Kebangsaan
yang dianjurkan membayangkan budaya perkongsian etos dan jalinan antara
masyarakat yang berbeza latar belakang. (C)Semasa kunjungan ke rumah
terbuka sempena hari perayaan tertentu, masyarakat berpeluang untuk
menikmati juadah, makanan tradisional, sekali gus mengintegrasikan diri dengan
warisan tradisi masing-masing seperti kepercayaan dan adat resam yang
berbeza. (K) Mukhtasarnya, tahap kefahaman terhadap warisan tradisi
masyarakat silam dapat mewujudkan masyarakat yang mengenang budi, sekali
gus melapangkan dada untuk mengenali masyarakat lain kerana tak kenal maka
tak cinta.(P) Bertitik tolak daripada manifestasi ini, budaya tegur-menegur
seyogianya bermula daripada pengenalan dan persefahaman terhadap warisan
tradisi masyarakat silam, khasnya di negara bertuah yang sarat dengan
kebudayaan yang heterogan.(P)

Dari sudut keagamaan, budaya tegur-menegur merupakan tuntutan


agama yang perlu diamalkan. Bahawasanya, sifat kasih sayang merupakan
limpahan rahmat daripada Tuhan kepada umat di buana ini. Jadi, sifat ini
sepatutnya menjadi anutan manusia agar meluaskan kasih sayang kepada
semua makhluk sejagat. Secara fitrah, kehidupan hakiki manusia memerlukan
kasih sayang kerana manusia tidak dapat hidup bersendirian. Lantaran itu, jiran
tetangga amatlah diutamakan dalam agama Islam. Mengikut tafsiran syarak,
jiran ialah orang yang berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri,
di depan atau di belakang mahupun di tingkat atas ataupun di bawah hingga 40
rumah dari rumah kita. Nabi Muhammad bersabda, sebaik-baik manusia ialah
memberi manfaat kepada orang lain. Kami telah mencipta lelaki dan
perempuan, pelbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan
dan beramah mesra antara satu sama lain.. Maka, memanglah penting untuk

menuntut setiap hidayah dan petunjuk Tuhan supaya dilimpahi rahmat dan
keredaan dalam kehidupan kita. Contohnya, hari keluarga yang dianjurkan oleh
Jawatankuasa keselamatan dan kemakmuran kampung(JKKK) merupakan
platform untuk berkongsi suka duka sesama jiran tetangga. Solat berjemaah
atau aktiviti amalan beribadat juga dapat mengumpul semua komuniti setempat
di bawah payung yang sama. Ijmalnya, budaya tegur-menegur dapat dihidupkan
semula melalui pengukuhan keimanan yang kental pada setiap tuntutan agama.

Dari sudut etiket sosial, budi pekerti merupakan tanggar amanat dan
warisan tradisi golongan leluhur. Maka, amatlah penting nilai mahmudah ini
diterapkan dan bersebati dengan hidup kita sejak azali lagi. Walhasil, Imam AlGhazali pernah berkata, ingin mengenali diri, lihatlah pada cermin; ingin
mengenali peribadi, lihatlah pada wajah. Maksudnya, perwatakan kita
ditonjolkan melalui gerak laku, tutur kata, cara hidup, perasaan, pemikiran dan
pergaulan dalam hidup berkhalayak. Seyogianya, anak bangsa kita diakulturasi
sejak kecil untuk bermurah hati dan sifat bersederhana. Bagi manusia yang
beretika dan kerohanian, budaya tegur sapa, bersenyum dan berterima kasih
akan diterapkan dalam kehidupan rutin harian. Senario ini diterangkan dalam
gurindam di bawah;
Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.
Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.
Maka, setiap manusia mestilah berpegang pada prinsip hidup pokok biar
berkayu, hidup manusia biar berjasa dan ada ubi ada talas, ada budi ada balas
untuk mengembalikan kegemilangan tradisi silam ini.

Meninjau skop yang lebih lanjut lagi, kasih sayang sesama manusia
merupakan penawar segala kekhilafan dan tonik mujarab untuk memperkasakan
tautan bersama. Demi mengembalikan kegemilangan budaya ini, amalan
kunjung-mengunjung dan unjuk-mengunjuk sesama masyarakat
majmuk dan berbeza status amatlah penting kerana orang memberi kita merasa,
orang berbudi kita berbahasa. Dalam Teori Hierarki Maslow, keperluan asas
manusia ialah kasih sayang dalam hidup bersosial. Dengan nilai kasih sayang,
terwujudlah masyarakat yang saling memerlukan, saling membantu dan saling
merasai seperti peribahasa sedikit tanda ingat, banyak tanda ada. Tamsilannya,
semasa amalan kunjung-mengunjung pesakit atau mangsa musibah, kita akan
menyelami hati budi setiap manusia sekali gus merapatkan hubungan antara
satu sama lain. Senario ini didendangkan dalam lagu P Ramlee, lagu dengan
irama. Walhasil, hidup kita saling bergantungan dan hidup secara simbiosis,
budaya tegur-menegur merupakan pemangkin untuk memperkasakan konsep

memberi dan menerima dalam masyarakat. Pendek kata, kasih sayang yang
sejati mestilah diperkukuh melalui pengalaman yang luas, kerana jauh
perjalanan luas pandangan.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, jati diri bangsa merupakan
identiti nasional yang penting untuk mengembalikan budaya tradisi ini.(A)
Peristiwa Low Yat baru-baru ini merupakan satu petanda kepada masyarakat
Malaysia bahawa sebarang ketidaksefahaman dan konflik kebudayaan akan
membawa kemudaratan yang dahsyat. Hal ini mengingatkan kita tentang 13 Mei
Darurat yang pernah melibatkan pertumpahan darah di pawagam Odeon.(C)
Sesungguhnya, tak akan pisang berbuah dua kali kerana sekali bersengat, lain
kali kita tahu. Memetik kata Tan Sri Lee Lam Thye, krisis identiti bangsa
merupakan konflik yang mampu memusnahkan ikatan perpaduan negara.
Maka, budaya tegur-menegur dalam masyarakat majmuk melalui sekelumit
senyuman mampu menangani sebarang perbezaan. (C) Izharnya, sifat kekitaan
dan empunya terhadap bangsa dan nusa bukan lagi isu tabu yang perlu
diperkasakan dalam hidup bersosial. Dengan ideologi Gagasan 1Malaysia, kita
mendabik dada menyatakan bahawa Malaysia mampu berkongsi sebarang
kekayaan tanpa mengira bangsa, kedudukan, pangkat, sosioekonomi kerana
sudah lama negara kita mengamalkan prinsip berkuah sama dicolek, bersambal
sama dicecah. Pendek kata, budaya tegur-menegur perlulah dijadikan prinsip
dalam kehidupan selaras dengan doktrin Rukun Negara, kesopanan dan
kesusilaan.

Akhirulkalam, hidup sinonim dengan pohon yang perlu berbuah. Memetik


kata Confucius, ingin hidup sepuluh tahun, tanamlah pokok; ingin hidup 100
tahun, tanamlah manusia. Kesinambungan budaya tradisi masyarakat silam
amatlah penting agar hidup kita tetap berakar umbi dan berpokok pangkal.
Budaya tegur-menegur yang semakin mengikis lantaran pertembungan budaya
dan perkembangan peranti elektronik perlulah dikembalikan secepat mungkin
kerana
Tegak rumah kerana sendi,
Runtuh sendi rumah binasa;
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh Budi runtuhlah bangsa.
Janganlah kita bagai kacang melupakan kulit kerana amalan murni ini perlulah
ditegakkan demi menjanakan kelangsungan bangsa dan ne

Latihan 8 : Harapan ibu bapa terhadap anak-anak amatlah besar. Walau


bagaimanapun terdapat kes-kes seperti kacang melupakan kulit.

Pada pendapat anda, mengapakah wujud anak-anak yang bersikap


demikian.

Pendahuluan : Alam berumah tangga menjadi cukup berseri dengan kehadiran


cahaya mata. Si ibu dan si ayah akan segera mencapai kematangan dan mula
mengambil tanggungjawab untuk menyempurnakan si anugerah daripada Tuhan
itu. Itulah anak yang menjadi harapan kepada ibu bapa sama ada di dunia
mahupun di akhirat. Berbahagialah kedua-dua ibu bapa sekiranya anak yang
dilahirkan menjadi insan soleh, cemerlang dan tidak tersasar daripada asal usul.
Walau bagaimanapun, tidak kurang juga ibu bapa yang terpaksa menempuh
hari-hari emas mereka akibat dipinggirkan oleh anak-anak yang tidak berhati
perut umpama kacang lupakan kulit. Sebenarnya, banyak faktor yang boleh
dijustifikasikan sehingga wujud anak-anak seumpama itu.

Isi 1 : Anak-anak yang cepat lupa daratan lupa asal usul lalu menjadi
anak derhaka tidak mahu berkorban untuk ibu bapa yang telah banyak
berkorban untuk mereka

Isi 2 : Anak-anak tidak mempedulikan halal haram jahil agama tidak


menghayati balasan syurga a alah dengan reda ibu bapa

Isi 3 : Anak pascamoden yang terlalu leka dengan kebendaan mengejar


keselesaan dunia menganggap ibu bapa sebagai beban sengaja membiarkan
ibu bapa menderita di desa pedalaman yang daif

Isi 4 : Sikap ibu bapa sendiri segelintir ibu bapa yang tidak mempedulikan
tanggungjawab terhadap anak-anak lalai dengan keseronokan tidak sedar
akan nasib pada hari itua

Isi 5 : Masalah kebobrokan dan rumah tangga ibu bapa yang


berantakan berlaku perceraian anak-anak hidup terbiar dan melarat anakanak membawa haluan masing-masing hilang mawaddah terhadap ibu bapa.

Kesimpulan : Sudah menjadi resam dunia, hidup ibarat putaran roda.


Demikianlah tentang hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Andai ibu bapa
melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas terhadap anak-anak, insyaAllah balasnya akan baik juga. Malang sekali keadaan yang berlaku adalah amat
berbeza. Oleh itu, antara ibu bapa dan anak-anak seyogia laksanakan
tanggungjawab masing-masing semoga hidup memperoleh rahmat daripada
Allah SWT.

Soalan 10 : Sokongan daripada anak-anak amat penting dalam usaha


mewujudkan persekitaran keluarga yang bersih, sihat, dan ceria.

Bincangkan pendapat anda tentang sumbangan yang boleh anak-anak


berikan untuk mencapai matlamat di atas.

Pendahuluan : Keluarga bahagia adalah menjadi impian semua orang.


Matlamat Rumahku Syurgaku menjadi hasrat semua ibu bapa. Namun
demikian, tidak semua hasrat tersebut mencapai matlamat. Ada yang kecundang
dan terbentur di tengah-tengah gelora samudera. Semua orang sentiasa
menyimpan hasrat yang amat tinggi agar anak-anak menjadi insan mulia yang
tahu membalas budi dan jasa induk mereka. Oleh yang demikian, bagi
merealisasikan matlamat keluarga yang bersih, sihat, dan ceria anak-anak
hendaklah berperanan penting untuk menyuburkan persekitaran rumah tangga
yang bahagia dan kondusif.

Isi 1 : Patuh dan hormat kepada kedua-dua ibu bapa tidak melawan dan
menyanggah cakap ibu bapa tunaikan dan penuhi segala hasrat mereka tidak
melakukan aktiviti yang boleh menyekitkan hati ibu bapa

Isi 2 : Menjalinkan hubungan yang akrab sesama anggota keluarga


bercakap secara hormat dan lemah lembut sesama saudara mara tidak
bersikap ego dan mementingkan diri sendiri

Isi 3 : Merancangkan perjumpaan keluarga secara berkala bersamasama pulang ke induk kesempatan pada cuti hujung minggu, cuti am, dan
musim perayaan menganjurkan aktiviti mesra keluarga seperti makan
bersama-sama

Isi 4 : Mengadakan program fizikal dan kerohanian secara bersama


aktiviti riadah, gotong royong dan solat berjemaah ziarah

Isi 5 : Menjalinkan hubungan persaudaraan dengan sanak saudara


sama ada di sebelah ibu mahupun bapa memperluas rangkaian kaum
keluarga membantu yang memerlukan dan menyokong usaha memajukan
tabung ekonomi keluarga

Kesimpulan : Keluarga bahagia merupakan teras masyarakat yang maju dan


harmoni. Masyarakat yang harmoni dan dinamik bermula daripada sistem
keluarga yang teratur dan sejahtera. Oleh itu, setiap keluarga sama ada keluarga
nukleus mahupun keluarga besar hendaklah menjalinkan kehidupan yang saling
menyokong dan bertoleransi.

Peranan Remaja Untuk Menjayakan Wawasan Negara.


Remaja terdiri daripada golongan muda yang berusia 13 tahun hingga 18 tahun.
Remaja memainkan peranan penting dalam memajukan negara dan golongan
inilah yang mudah terpengaruh dengan gejala sosial. Dalam hal ini, pelbagai
pihak perlu berusaha untuk memastikan remaja kini dapat memainkan peranan
dalam menjayakan wawasan negara iaitu menjadikan Malaysia sebagai negara
maju menjelang tahun 2020.
Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh. Hanya dengan pelajaran
sahajalah,seseorang itu boleh mengubah nasib dirinya,keluarga,masyarakat dan
juga negara. Tanpa ilmu pengetahuan,remaja tidak boleh mencipta rekaanrekaan baru dan dengan ini kita masih bergantung kepada negara luar dari segi
teknologi. Remaja sepatutnya modal insan cemerlang yang boleh mereka cipta
sesuatu kerana remaja perlu menjadi penyumbang teknologi, bukannya
pengguna teknologi semata-mata.
Selain itu, remaja perlu menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang terjebak
dalam masalah sosial. Janganlah melibatkan diri dalam
vandalisme,gengsterisme,peras ugut dan penyalahgunaan dadah. Kesemua
gejala ini akan merosakkan diri remaja itu dan memalukan keluarga. Kerajaan
pula terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyelesaikan masalah
ini. Alangkah baiknya jika remaja menggunakan masa yang terluang dengan
aktiviti- aktiviti yang berfaedah seperti membaca buku dan mengumpul setem.
Lantaran itu,remaja yang berwawasan perlu menghargai masa dengan sebaikbaiknya kerana masa itu emas.
Di samping itu, remaja juga perlu mematuhi segala peraturan dan undangundang negara agar negara aman dan rakyat dapat hidup dalam harmoni.
Apabila remaja mengamalkan sikap yang terpuji dan tidak melanggar undangundang negara,barulah segala wawasan negara dapat dijalankan dengan
sempurna.
Remaja juga perlu menjayakan segala program yang dianjurkan oleh kerajaan.
Remaja sepatutnya menjadi teladan yang baik kepada adik-adik mereka dengan
berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan kempen-kempen seperti
Kempen Anti merokok,Kempen Cintailah Sungai kita dan Kempen Galakan

Membaca. Remaja yang menjadi tonggak negara akan dapat memainkan


peranan penting dalam menjayakan wawasan negara.
Dalam usaha menjayakan wawasan negara, remaja boleh memberikan
sumbangan tenaga dan idea yang berterusan agar aspirasi negara untuk
menjadi negara maju akan terlaksana. Untuk mencapai hasrat itu,remaja yang
berwawasan perlu banyak membaca bahan-bahan berbentuk pengetahuan dan
berusaha untuk meningkatkan keupayaan diri dari pelbagai aspek seperti
pengetahuan ICT yang membolehkan mereka memperoleh pengetahuan tanpa
batasan menerusi Internet. Mereka boleh bertukar-tukar idea dengan remaja dari
negara lain dan seterusnya boleh menjana idea untuk menjayakan wawasan
negara.
Konklusinya,remaja memainkan peranan penting dalam menjayakan wawasan
negara. Remaja yang berkualiti,merupakan pemangkin kecemerlangan negara.
Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk mewujudkan remaja
yang benar-benar berwawasan,berdedikasi dan berketerampilan dan akhirnya
negara kita akan maju setanding negara maju yang lain.
KESAN-KESAN OBESITI
Aktiviti bersukan terhad
Kurang produktif
Perbelanjaan meningkat
Terdedah kepada penyakit kronik
Keluarkan makanan ringan sepenuhnya daripada diet anda. Makanan ringan
tinggi dalam kandungan lemak dan kalori kosong yang terlalu banyak kepada
badan, sesuatu bahawa ia tidak memerlukan.
Cuba dan juga mengurangkan jumlah yang anda makan, secara beransur-ansur.
Jangan jadi semua sekali gus seperti yang anda mungkin mengalami serangan
keletihan atau pening.
Mengambil hanya jumlah makanan yang diperlukan oleh badan anda untuk
melakukan aktiviti harian. Semua makanan tambahan yang diambil hanya terus
mengumpul sekitar perut anda dan menimbulkan beberapa ancaman kepada
jantung anda.
Bersenam secara kerap adalah penting semasa melawan obesiti. Selain
daripada membantu dalam penurunan berat badan, bersenam juga akan
membantu dalam keberkesanan keseluruhan badan.
Menetapkan kehilangan matlamat yang mudah untuk mencapai berat badan
yang kecil. Matlamat yang realistik, apabila mencapai, akan membantu anda
mendapat insentif untuk menurunkan lebih banyak lagi. Memberi ganjaran
kepada diri anda dengan sesuatu yang anda mahukan untuk masa yang lama
apabila anda mencapai kejayaan.
Mengekalkan rancangan diet yang sihat walaupun selepas anda kehilangan
semua yang tambahan flab. Obesiti perlu berjuang pada tempoh yang tetap

kerana semua berat yang anda kehilangan terikat untuk datang kembali jika
anda tidak mengekalkan ia. Anda boleh bercakap dengan seorang kaunselor diet
untuk membentuk pelan diet untuk anda.

mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk.

mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni, aman damai dan sejahtera.

mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

menjamin keselamatan kawasan kejiranan.

memupuk semangat bekerjasama dan tolong-menolong.

membantu meningkatkan perkembangan ekonomi masyarakat dan


negara.

membantu menjayakan projek masyarakat setempat.

mengelakkan berlakunya kes-kes jenayah seperti pecah rumah, kecurian


dan lain-lain.

menghapuskan perasaan hasad dengki, fitnah-memfitnah dan berburuk


sangka antara jiran.

menjana perkembangan dan kemajuan sesebuah kawasan kejiranan.

membantu mengatasi masalah kemiskinan, pengangguran, buta huruf


dalam kawasan kejiranan.

memberikan gambaran yang positif kepada masyarakat sekeliling,


pelancong dan lain-lain.

Anda mungkin juga menyukai