Anda di halaman 1dari 4

Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlaku kegiatanan vandalisme dalam masyarakat.

Punca
ini boleh dikategorikan kepada 2 aspek iaitu dipengaruhi oleh faktor luaran dan faktor dalaman diri
sendiri. Contoh pengaruh luaran adalah ialah pengaruh rakan sebaya dan keluarga, manakala pengaruh
dalaman diri sendiri adalah dipengaruhi oleh emosi dan tekanan.

Antara faktor-faktor luaran,pengaruh rakan sebaya adalah faktor utama yang menyebabkan remaja
melakukan kegiatan vandalisme.Lazimnya remaja yang terlibat dalam vandalisme menpunyai sesuatu ciri
yang tertentu iaitu suka ponteng kelas atau sekolah dan melepak di kawasan awam semasa atau di luar
waktu sekolah.Pada zaman sekarang,golongan remaja lebih mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya
melalui meniru perbuatan,tingkah laku,nilai dan sikap rakannya.Mereka melakukan vandalisme tanpa
tujuan munasabah, sebaliknya mereka merosakan kemudahan awam atau harta orang lain semata-
matanya untuk menyonokan sendiri ,menunjuk kebolehan mereka dan menarik perhatian orang
lain.Selain daripada pengaruh rakan sebaya,kebanyakan remaja yang menlakukan vandalisme adalah
disebabkan kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibupaba.Dalam era globalisasi zaman ini
,kebanyakan ibubapa lebih mementingkan kerja mereka.Mereka berfikir bahawa menberi wang saku
yang mencukupi sudahlah bermaksud melaksanakan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka.Ini
bermaksud mereka hanya memuaskan keperluan anak-anak mereka dari segi fizikal,tetapi bukan dari
segi mental.Apa yang diperlukan oleh kanak-kanak bukanlah saja wang saku yang mencukupi,apa yang
diperlukan oleh mereka adalah permehatian,pengajaran dan dapat berinteraksi dengan ibubapa dalam
pengaulan seharian. Justeru,ibubapa hendaklah menberi nasihat,membantu dan menberi kasih sayang
kepada anaknya apabila mereka memerlukan.

Faktor- faktor dalaman seperti emosi atau tekanan jugalah akan menyebabkan aktiviti vandalisme
berlaku. Bagi orang yang menpunyai keupayaan kawanlan emosi yang agar rendah,emosi mereka
mudah dipengaruhi oleh kawan dan sekelilingnya.Ketika berasa marah, mereka akan melakukan sesuatu
seperti mencontengkan perkataan-perkataan kasar di dinding,atau menulis sesuatu mengutuk orang
mereka benci untuk membantu meredakan kemarahkan.Selain itu,tekanan juga adalah salah satu faktor
yang mendorong vandalisme berlaku.Antaranya ialah tekanan daripada pelajaran atau tekanan dari
perkerjaan.Ini bermakna jika seseorang tidak ada cara lain untuk menlepasi tekanan yang
dialami,mereka sanggup melakukan sesuatu seperti conteng atau menrosakan benda-benda awam agar
mendapat kesenangan sementara untuk menlupakan tekanan-tekanan yang dihadapi.
Sekiranya perbuatan vandalisme tidak dikawal dengan baik,ia akan membawa kesan buruk kepada
masyarakat dan keamanan masyarakat akan terjejas.Sebagai contoh ,kerosakkan harta benda awam
seperti telefon awam akan menyebabkan ia tidak dapat berfungsi pada masa kecemasan dan perkara ini
mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa atau mengalami kerugian kepada orang lain.Walaupun
vandalisme bukan sesuatu jenayah yang sangat serius tetapi perbuatan ini akan menburukan nama dan
ekonomi sesebuah negara. Hal ini kerana kegiatan vandalisme telah menyebabkan pelabur asing
menghilangkan keyakinan kepada negara tersebut dan akhirnya menyebabkan kerugian yang besar
dalam sektor ekonomi yang sedang membangun.

Jadi untuk menhapuskan fenomena vandalisme ini, tindakan yang tegas perlu diambil dengam segera.
Pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa mempunyai tanggungjawab dalam menbendung
gejala ini.Pihak kerajaan perlu memberi hukuman yang lebih berat seperti berpenjara dan hukuman rotan
bagi orang yang melakukan vandalisme. Tujuan menberatkan hukuman adalah untuk menakutkan orang-
orang yang ingin menjalankan vandalisme supaya mereka dapat bertimbang rasa konsikuensi sebelum
melakukan.Selain itu,ibupaba juga memainkan peranan yang penting dalam usaha menbanteraskan
gejala ini .Mereka hendaklah menluangkan masa mereka untuk berinteraksi dengann anaknya.Mereka
perlu tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak mereka supaya boleh memberi nasihat positif kepada anak
mereka.Di samping itu,fungsi media massa memainkan watak yang penting dalam mengubah sikap
remaja masa sekarang.Media massa boleh menbawa kesan buruk kepada remaja,tetapi ia juga akan
menbawa kesan yang baik kepada remaja.Isi-isi yang dipapar patutlah bermakna dan berpendidikan dan
media massa hendaklah mengurangkan menawarkan program-program yang akan menberi idea yang
negatif dan tidak bermoral kepada remaja seperti menawarkan iklan rokok,dan drama-drama yang tidak
berfaedah.
Kesimpulannya, gejala vandalisme akan menpengaruhi keamanan dan kejahteraan bagi sesebuah
negara yang sedang menbangun .'Sediakan payung sebelum hujan', pelbagai langkah yang berkesan
perlu diambil dengan segera supaya masalah ini tidak akan menjadi batu penghalang kepada
pembangunan negara.Dengan kata lain, pihak kerajaan,institusi keluarga dan media massa perlu
berkerjasama antara pihak satu sama lain supaya masalah vandalisme dapat diselesaikan dengan lancar
and effektif
Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah
meniru dan terpengaruh oleh rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai
dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga.
Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan,
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah
menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga


Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme dalam kalangan remaja. Contohnya, ketika
memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di
samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam
gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya
hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin
bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang
sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala
negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa


Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari Barat yang mempunyai unsur-
unsur perlakuan ke arah vandalisme juga boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme.
Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk
media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar yang sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik


Remaja ialah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan
melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah anggota masyarakat kini yang mementingkan
soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah
yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja
menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang
dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli
terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka
bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta
benda awam.

Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah
Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati
merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih
setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah
vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan
pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-
belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga


Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan
harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya
menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya
anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari
ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan
dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang
sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.


Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberikan perhatian kepada anak mereka
agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di
kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan
kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan
bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan
dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada
pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka
tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang
pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa


Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga
seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan
mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai
maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam
media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar
masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya
iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan
keberkesanannya.

Anda mungkin juga menyukai