Anda di halaman 1dari 4

Vandalisme dalam Kalangan Remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme


i.Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja
biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh
rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih
lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya,
golongan remaja yang melakukan vandalism merupakan remaja dalam kumpulan,
Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea
termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.
ii. Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya,
ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti
rambutan dan limau disamping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan.
Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada
keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif.

Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang
ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya
kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama
mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.
iii. Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali
dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau
rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme
boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya
mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa,
apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat


Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang
akhirnya akan melahirkan produk yang pincang. Sikap sesetengah masyarakat kini
yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial
sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah
vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan
merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang
dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya
tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu
golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini
tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah perlu diambil


i. Penguatkuasaan Undang-undang
Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak
berkenaan. Dibawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil
Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh
didenda yang membabitkan RM 2,000 ataupenjara tidak lebih setahun jika sabit
kesalahan.
Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme
menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan
pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti
pusat membeli-belah) Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar
menjadi teladan kepada rakan-rakan.
ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah
kepentinganharta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anakanak tentang pentingnyamenganggap harta benda orang lain sama seperti harta
sendiri. Secara tidak langsung sekiranyaanak sudah diingatkan dengan falsafah ini
maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seterukhari ini. Ibu bapa perlu
mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlakukebosanan
dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk
jiwaremaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam
dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.


Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada
anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu
peka terhadap apa yangberlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif
terhadap gejala vandalisme yang berlakudi kawasan mereka. Selain itu anggota
masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa
buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut member nasihat dan bimbingan
kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda
perluditerangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta
benda awam.Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah
mereka diconteng ataudikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran
seumpama itu akan sedikit sebanyakmemberi gambaran tentang pentingnya sikap
dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa


Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa
juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
memainkan peranandan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran
memperoleh kerjasama danmenyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa
bentuk rancaangan yang tersiar atau yangterdapat dalam media massa.Media massa
juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen
agar masyarakat faham dan menghayati kempen Harta Awam Milik Bersama
kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen
ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

(UNIT B&K SMK ST JOSEPH)

Anda mungkin juga menyukai