Anda di halaman 1dari 4

TAJUK: Keruntuhan Akhlak Remaja

Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja pada masa kini semakin kritikal.
Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, namun masih belum menampakkan hasil
yang diingini nyatakan punca-punca berlakunya masalah tersebut.

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja semakin


bertambah. Di dada akhbar, saban hari pelbagai masalah yang
berkaitan dengan keruntuhan akhlak diberitakan. Antaranya
termasuklah kes buli, gangsterisme, dan vandalisme. Justeru,
tidak hairanlah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini
semakin membimbangkan.

Banyak faktor yang mendorong kepada keruntuhan


akhlak dalam kalangan remaja. Namun begitu, punca utama ialah
kegagalan remaja itu sendiri mengawal diri dalam mengharungi
kehidupan yang penuh dengan cabaran. Mereka hendak mencuba
perkara baharu tanpa memikirkan kesannya. Mereka terlalu
ghairah menunjukkan kehebatan diri sehingga mendorong
golongan remaja terlibat dalam gejala merokok, penyalahgunaan
dadah, dan vandalisme.

Selain itu, golongan remaja agak mudah dipengaruhi


oleh kawan sebaya. Mereka akan terburu-buru menurut ajakan
dan suruhan kawan sebaya, apatah lagi jika remaja berkenaan
bergaul dalam kumpulan remaja yang bersikap negatif dan
bermasalah dalam kehidupan sehari-hari.

Seterusnya, remaja juga agak mudah terpangaruh oleh


paparan negatif dalam media massa. Pada masa yang sama juga,
kemudahan Internet, yakni dunia tanpa sempadan turut
menawarkan cukup banyak laman negatif yang mudah dilayari
oleh remaja. Laman-laman inilah jika tidak dikawal selia akan
mempengaruhi jiwa raga remaja pada hari ini.

Akhir sekali, keluarga yang porak-peranda turut


menyumbang kepada keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja
kini. Ibu bapa remaja kurang menunjukkan teladan yang dapat
dijadikan ikutan atau contoh yang baik. Sebaliknya, sesetengah
ibu bapa kurang mengambil tahu masalah anak-anak mereka.
Justeru, anak remaja yang terbiar tanpa bimbingan dan kasih
sayang yang sepatutnya mula mencari jalan keluar dan bergaul
dengan anasir-anasir negatif di luar rumah. Mereka mula
bergentayangan di pusat beli-belah, kafe-kafe siber dan menjadi
ahli samseng jalanan.

Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan


remaja kini haruslah ditangani dengan bijak dan segera. Semua
pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah, jiran
tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding
bahu dan bersama-sama mengatasi masalah yang kian runcing di
negara kita pada hari ini. Sesungguhnya, para remaja pada hari
ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa
depan.

Nama
Suhaili

: Nur Anis Nabilah Bt Ahmad

Kelas

: Perakaunan (BAK 1)

Tajuk
Kalangan

: Keruntuhan Akhlak Dalam

Remaja
Nama Pensyarah : Pn.Norlida Bt Mat Som
Semester

: Semester 2

Anda mungkin juga menyukai