Anda di halaman 1dari 36

LENGGONG, PERAK DARUL RIDZUAN

DIPLOMA HERBA DAN HASILAN SEMULAJADI (SAINS HERBA)


SESI NOVEMBER – APRIL 2021

PESPEKTIF ISLAM
DUS 10042

Tajuk Tugasan:
PEMBENTUKAN SAHSIAH TERPUJI DALAM KALANGAN REMAJA
Disediakan Oleh:
Bil. Nama pelajar No. Matrik
1. NUR SYAFIQAH BINTI SHAHARIL LG2002658
2 ADIBAH ADAWIYAH BINTI YUNUS LG2002640
3. NUR SYAMIMI BINTI MOHAMMAD ROSHIDI LG2002659
4. NUR KHALEEDA HANIS BINTI MOHD ZAID LG2002654
5. NUR AMIRAH BINTI ZULKIFLE LG2002651

Pensyarah
USTAZ MOHD NABIGH BIN HASHIM
Page |2

BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. ABSTRAK 3
2. PERHARGAAN 4
3. PENGENALAN 5
4. PENYATAAN MASALAH 6
5. LATAR BELAKANG 7
6. KAEDAH KAJIAN 8
7. PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN 9-16
8. CADANGAN 17-18
9. RUMUSAN 19
10. LAMPIRAN 20-33
11. SENARAI RUJUKAN 34
SENARAI KANDUNGAN
Page |3

1.0 ABSTRAK

Pembentukan sahsiah terpuji dalam kalangan remaja merupakan asas penting


dalam melahirkan masyarakat yang bertamadun.Pembentukan sahsiah terpuji ini mampu
mengurangkan masalah sosial dalam kalangan remaja dan melahirkan negara yang aman lagi
harmoni.Seringkali dilihat di dada-dada akhbar mengenai masalah sosial dan jenayah yang
dilakukan oleh remaja seperti membuli,ponteng sekolah,merempit,merokok,pengambilan
dadah malah kes bunuh juga semakin berleluasa yang dilakukan oleh remaja sama ada di
sekolah atau tempat awam.Masalah social dan jenayah yang dilakukan oleh remaja pada
masa kini seringkali dikaitkan dengan kekurangan pembentukan sahsiah terpuji dalam
kalangan diri remaja seiring dengan kurang didikan dan kasih sayang daripada ibubapa
mereka. Melihat akan kepentingan pembentukan sahsiah dalam kalangan remaja ,menjadikan
pembentukan sahsiah ini sebagai satu aspek penting yang harus diberikan penekanan dalam
kehidupan manusia.Oleh hal demikian,kajian yang di lakukan keatas penduduk Kampung
Manir ini bermula dengan mengenalpasti dan mengetahui mengenai masalah-masalah dan
cabaran yang dihadapi oleh remaja, terutamanya pada masa kini,dimana remaja banyak
terdedah kepada media sosial..Selain itu,kajian ini dapat menjelaskan jugakepentingan
pembentukan sahsiah terpuji dalam diri remaja bagi melahirkan generasi yang bersahsiah dan
berguna kepada masyarakat dan negara tidak kiralah sama ada pada zaman kini atau masa
hadapan.Seterusnya,kajian ini amat diperlukan untuk merangka langkah-langkah yang patut
diambil bagi memberi kesedaran kepada pihak yang bertanggungjawab seperti ibubapa dalam
mendidik anak-anak mereka menjadi remaja yang bersahsiah tinggi dan terpuji seiring
dengan melahirkan insan yang berkualiti demi masa hadapan negara..Akhir sekali,kajian ini
dilakukan bagi mengenalpasti kesan kekurangan pembentukan sahsiah kepada
diri,keluarga,negara,masyarakat malah agama sekiranya remaja tidak mempunyai sahsiah
diri.
Page |4

2.0 PENGHARGAAN

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana


dengan izin kurnianya dapat kami menyempurnakan tugasan kajian kes bagi subjek
Perspektif Islam (DUS10042) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini kami amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Ustaz Mohd Nabigh bin Abu Samah ,selaku Pensyakah kami bagi subjek
ini kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk melunaskan
tugasan yang diberikan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah
kami Ustaz Mohd Nabigh bin Abu Samah atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar
sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada ibu bapa
kami,ahli keluarga dan rakan-rakan seperjuangan kami yang lain kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan
ini dengan baik.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung terutama sekali kepada semua
responden-responden.Segala kerasama yang telah mereka berikan amatlah kami hargai 
kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat
dilaksanakan dengan baik
Page |5

3.0 PENGENALAN

Sahsiah merupakan perkataan Arab yang membawa maksud keperibadian atau


peribadi (menurut Kamus Dewan edisi keempat, 2010). Peribadi pula bererti manusia
sebagai diri sendiri, sifat-sifat (kelakuan, sikap) seseorang individu yang sudah sebati dengan
diri sendiri bagi membentuk watak dirinya sendiri. Kenyataan ini dapat menggambarkan
bahawa seorang individu itu berbeza dengan individu yang lain. Sahsiah juga dapat
menjelaskan sistem tingkah laku seseorang iaitu boleh dikatakan bahawa perlakuan atau
tingkah laku itu dapat dilihat sebagai lebih kurang sama dari sehari ke sehari dan telah
tertanam sejak dari kecil dan menjadi rutin. Maka untuk mengubah peribadi mengambil
masa dan memerlukan pendekatan yang sangat efisien. Hal ini dapat diibaratkan dengan
menarik rambut di dalam tepung. Rambutnya tidak putus dan tepungnya tidak berselerak.

Menurut perspektif Islam, sahsiah juga membawa maksud akhlak. Seperti yang kita
sedia maklum, akhlak yang digariskan dalam Al-Quran terbahagi kepada dua iaitu sifat
mahmudah dan sifat mazmumah. Rasulullah SAW telah diutuskan oleh Allah SWT bagi
menyempurnakan akhlak yang terpuji iaitu akhlak yang berlandaskan Al-Quran.
Diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang bermaksud “ agama itu ialah kemuliaan budi
pekerti”. Islam bermatlamatkan akhlak yang mulia dan terpuji. Hal ini tidak dapat lari
daripada sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji dan sifat mazmumah yang membawa
maksud sifat tercela.

Sahsiah dari kalangan remaja dulu dan kini memang terlalu banyak perbezaan ketara
yang dapat dilihat pada hari ini. Sahsiah memberi kesan terhadap kualiti hidup setiap
individu sama ada dari aspek penampilan diri, sikap, tingkah laku, pemikiran, perasaan,
sosial, dan rohani. Remaja yang mampu membangunkan sahsiah ke arah yang lebih baik
dan membentuk pemikiran yang sihat akan menjalani kehidupan yang lebih sempurna.
Sahsiah yang berkualiti akan terbentuk apabila remaja mampu berfikir dengan baik. Budaya
berfikir yang sihat dan pemikiran kritis amat penting bagi seorang individu. Hal ini
adalah kerana setiap apa yang dilakukan oleh mereka adalah berasaskan panduan
agama. Oleh itu, pemikiran yang sihat diperlukan oleh remaja untuk menilai sesuatu
perkara itu sama ada baik dan buruk.
Page |6

4.0 PENYATAAN MASALAH

Sahsiah atau akhlak adalah satu element penting yang harus diterapkan dalam setiap individu
di dunia ini. Setiap orang yang beriman itu dituntut untuk mencontohi sifat-sifat yang terpuji.
Ini kerana, agama Islam amat menitik beratkan keindahan akhlak. Membentuk akhlak dan
sahsiah remaja menurut Islam adalah merupakan kewajipan semua pihak, bermula dari ibu
bapa, pendidik, masyarakat, pemimpin dan yang lebih penting adalah diri remaja itu
sendiri.Melalui kajian ini,kami ingin merungkai tentang sejauh manakah kesedaran
masyarakat akan pentingnya pembentukan sahsiah terpuji dalam diri mereka khususnya
golongan remaja.Selain itu, Justeru,kajian ini dilakukan untuk mengupas sebab-sebab
mengapa perkara ini sering diamalkan walhal segelintir dari mereka mengetahui bahawa
amalan yang mereka lakukan tidak membawa faedah kepada mereka.Kajian ini dilakukan
dengan lebih tererinci dengan menyoal sendiri mereka dengan mengedarkan borang soal
selidik keatas beberapa orang remaja di sebuah lokasi untuk merumuskan masalah ini.
Page |7

5.0 LATAR BELAKANG

Kajian yang kami lakukan adalah bertajuk sahsiah terpuji dalam kalangan remaja.
Kajian ini bertujuan untuk menkaji adakah remaja mengambil berat akan kepentingan
pembetukan sahsiah terpuji dalam diri mereka sendiri.Remaja dan belia pada masa kini
banyak terdedah kepada pelbagai bentuk cabaran sama ada dari segi pengaruh media massa,
pengaruh atau desakan daripada rakan sebaya serta ibu bapa.Para belia yang ditarbiyah harus
memainkan peranan penting dalam mempamerkan akhlak yang baik sesuai dengan imej
pelajar yang ditarbiyah di ipt atau di mana-mana sahaja pada bila-bila masa. Akhlak yang
baik termasuklah menghindarkan diri daripada pergaulan bebas, menjaga batas-batas aurat,
serta menjaga hubungan baik sesama individu di sekeliling kita.

Tajuk ini dipilih kerana masalah keuntuhan akhlak sering kami lihat dimata kami
sendiri dimana remaja masa kini melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan
mengamalkan tabiat buruk seolah-olah mereka tidak mementingkan sahsiah diri
mereka.Perkara ini seharusnya dipandang serius kerana tabiat yang dilakukan oleh golongan
remaja masa kini menggambarkan masa depan negara.Antara akhlak remaja yang amat
membimbangkan adalah seperti merokok,merempit,mengabaikan pelajaran dan
sebagainya.Sebagai contoh,sering dilihat berlaku di sekolah,segelintir remaja sering ponteng
sekolah,tidak menghormati guru dan mengabaikan kepentingan prestasi pelajaran.Bukan itu
sahaja,malah pelajar ipt juga tidak menghormati pensyarah dan sering ponteng kelas dan
melanggar peraturan-perturan di istitusi pengajian.Di samping itu,remaja juga dilihat sering
mengenakan gaya pemakaian yang tidak menutup aurat dengan sempurna dan sering tidak
menjaga pergaulan antara lelaki dan perempuan.

Kajian ini dilakukan untuk melihat sendiri dengan lebih jelas akan kesedaran individu
remaja itu sendiri terhadap kepentingan mempunyai sahsiah yang terpuji.Di samping itu
dalam kajian ini juga akan mengupas antara faktor atau punca mengapa segelintir remaja
mengabaikan perkara ini.Kajian ini juga ingin membuktikan adakah pengaruh rakan
merupakan salah satu faktor pembentukan sahsiah remaja dengan menyelidik para responden
akan kenalan rapat mereka iaitu dengan siapa mereka berkawan.Akhir sekali,kajian ini juga
adalah untuk merungkai kepentingan pembentukan sahsiah terpuji dan mencari solusi
keruntuhan sahsiah dalam kalangan remaja.
Page |8

6.0 KAEDAH KAJIAN

1.KAEDAH SOAL SELIDIK

Kajian soal selidik ini bertujuan untuk mengetahui tahap kesedaran remaja tentang
pembentukan sahsiah terpuji dan masalah yang dialami oleh segelintir remaja di Kawasan
Manir, Kuala Terengganu, Terengganu. Penyelidik mendapatkan data dan maklumat ini
melalui form.Remaja di kawasan Manir perlu menjawab soalan yang ditanya tentang
peribadinya sendiri melalui link yang diberikan. Seramai 84 responden untuk form berkaitan
tahap kesedaran remaja dalam pembentukan sahsiah diri manakala seramai 123 responden
melalui form yang berkaitan masalah yang dihadapi oleh segelintir remaja di Kawasan
tersebut. Kelebihan mengunakan form ini adalah memudahkan penyelidik mendapatkan
statistik.

2.KAEDAH TEMU BUAL

Seramai 5 orang penduduk di Kawasan Manir telah ditemu bual oleh penyelidik.
Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan faktor yang menyebabkan
sahsiah terpuji dalam kalangan remaja semakin berkurang, cara untuk membentuk sahsiah
terpuji dalam kalangan remaja, akibat yang akan berlaku di Kawasan manir sekiranya
terdapat ramai remaja yang bermasalah dan kepentingan pembentukan sahsiah terpuji. Temu
bual ini hanya dilakukan di platform WhatsApp atas kekangan yang berlaku disebabkan oleh
covid-19.

3.KAEDAH RUJUKAN

Penyelidik telah melayari internet untuk memperoleh maklumat umum yang berkaitan
dengan masalah remaja dan pembentukan sahsiah terpuji. Penyelidik juga menggunakan
Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk mengetahui maksud sahsiah terpuji secara terperinci. Kaedah
ini sangat mudah untuk memperolehi maklumat secara terperinci kerana kecanggihan
teknologi pada zaman millennium ini.Bakkata pepatah melayu, maklumat dihujung jari.
Akhir sekali, penyelidik juga mengunakan buku sebagai sumber rujukan am dalam kajian ini.
Page |9
P a g e | 10

7.0 PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN

Hasil Dapatan Kajian Melalui Soal Selidik.

Hasil kajian ini telah dilakukan ke atas remaja-remaja di Kampung Manir ,Kuala
Terengganu.Hasil maklumat daripada kajian soal selidik dikemukakan di bawah ini untuk
mengenalpasti tahap kesedaran diri dalam kalangan remaja di Kampung Manir,Kuala
Terengganu dari aspek rohani dan jasmani.Melalui kajian ini kami mendapati bahawa
kebanyakkan remaja di kampung ini mempunyai tahap kesedaran tinggi yang
memuaskan.Data yang diperolah daripada remaja-remaja di Kampung Manir,Kuala
Terengganu adalah seperti berikut.

GRAF TAHAP KESEDARAN PEMBENTUKAN SAHSIAH TERPUJI DI


KAWASAN MANIR
P a g e | 11
P a g e | 12

Berdasarkan graf bar di atas ia menunjukkan bahawa ,majoriti remaja-remaja di kampung ini
berfikiran positif dan mempunyai kesedaran ini yang dapat melahirkan remaja yang
bersahsiah tinggi.Selain itu ,kajian turut dijalankan di atas remaja-remaja ini untuk
memehami dan mengetahui masalah pelajar terhadap diri sendiri yang boleh membawa
kepada keruntuhan sahsiah diri.Berikut adalah data yang diperoleh dalam kajian ini.

GRAF MASALAH YANG DIHADAPI OLEH REMAJA DI KAWASAN MANIR


P a g e | 13
P a g e | 14

Berdasarkan graf bar di atas,ia menunjukkan kesukaran dan masalah yang dihadapi oleh
pelajar.Kebanyakan remaja di kampung ini tidak menghadapi banyak kesukaran dalam
kehidupan mereka malah mereka juga bijak dalam memilih kawan kawan bagi membantu
mereka menjadi lebih bersahsiah dan berjaya di dunia dan akhirat.
P a g e | 15

HASIL DAPATAN TEMU BUAL

Kajian mengenai kepentingan pembentukan sahsiah dalam kalangan remaja diteruskan


melalui kaedah temubual.Seramai 5 orang penduduk dari Kampung Manir,Kuala Terengganu
telah ditemu bual untuk mengkaji mengenai kepentingan sahsiah dalam kalangan remaja di
Kampung Manir,Kuala Terengganu.Hasil dapatan daripada temubual adalah seperti berikut.

1.APAKAH FAKTOR SAHSIAH TERPUJI DALAM DIRI REMAJA SEMAKIN


BERKURANG?

Melalui temubual yang dilakukan,kebanyakkan responded mengatakan bahawa faktor utama


yang menyumbang kepada pengurangan sahsiah terpuji dalam kalangan remaja adalah kerana
pengaruh rakan dan juga pengaruh terhadap persekitaran mereka.Hal ini kerana remaja
banyak menghabiskan masa bersama rakan mereka sama ada di sekolah atau di alam
maya.Selain itu juga,ibubapa kurang menghabiskan masa dan kurang memberi perhatian
kepada anak anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja menyebabkan remaja kurang mendapat
didikan agama daripada ibubapa mereka dan sukar membezakan diantara perkara baik atau
buruk.Tambahan pula remaja masa kini banyak terdedah dengan sosial media yang
mempunyai pengaruh terhadap remaja menyebabkan remaja mudah terikut dengan segala
yang dipaparkan oleh sosial media.

2.APAKAH FAKTOR YANG MENYEBABKAN REMAJA DI KAMPUNG INI


MUDAH TERJERUMUS DENGAN MASALAH SOSIAL?ADAKAH BERPUNCA
DARI RAKAN SEBAYA ATAU TIDAK?

Tidak dinafikan majoriti responded memberi jawapan ya,bahawa rakan sebaya menyumbang
kepada seseorang remaja itu terjerumus dengan masalah sosial.Hal ini kerana rakan
mempunyai ikatan yang kuat dengan remaja terutamanya mereka yang sering diabaikan oleh
ibubapa.Mereka lebih banyak menghabiskan masa mereka dengan rakan- rakan mereka
berbanding keluarga mereka.Oleh itu rakan mempunyai daya tarikan yang kuat kepada
remaja untuk melakukan sesuatu perkara baik mahupun buruk sekiranya diajak oleh rakan
rakan mereka.Selain itu juga,remaja mempunyai tahap penyesuaian diri yang lemah yang
P a g e | 16

menyebabkan mereka mudah terjerumus dengan masalah sosial kerana mereka sukar
menerima sesuatu benda baru secara drastik menyebabkan mereka sukar mengendalikan
perkara baru yang dilihat atau dialami terutama bagi remaja yang tinggal di kampung.

3.CARA UNTUK MEMBENTUK SAHSIAH DIRI DALAM DIRI SEORANG


REMAJA.

Belajar menuntut ilmu agama serta mendalami dan menghayatinya merupakan jawapan
responded untuk soalan ini.Remaja kini hidup dalam zaman serba canggih dan penuh dengan
pancaroba,oleh itu penerapan ilmu agama dalam kalangan remaja dapat membentuk identiti
dan jati diri anak muda supaya dapat mengelakkan diri dari terpengaruh dengan perkara yang
negatif, responded memberi cadangan dengan menghadiri majlis motivasi dan melayari
tazkirah dapat meningkat pengetahuan yang baik dalam diri remaja.Seterusnya,peranan
ibubapa dalam membentuk sahsiah dalam diri remaja amatlah penting.Ibubapa perlu
mengawasi anak mereka supaya mereka tidak tersilap memilih jalan,ibubapa juga dinasihati
untuk tidak terlalu mengongkong anak anak mereka supaya anak mereka tidak tertekan dan
salah memilih kawan.

4.APAKAH AKIBAT YANG AKAN BERLAKU DI KAMPUNG MANIR


SEKIRANNYA TERDAPAT RAMAI REMAJA KURANG SAHSIAH DIRI DAN
MEMPUNYAI MASALAH SOSIAL?

Semua responded memberi jawapan yang serupa iaitu penduduk penduduk di Kampung
Manir akan hidup dalam keadaan kurang aman dan sentiasa ketakutan.Hal ini
kerana,sekiranya ramai remaja kurang mempunyai sahsiah diri secara tidak sengaja masalah
sosial akan meningkat.Masalah-masalah sosial seperti pecah rumah,ketagihan
dadah,merempit dan membunuh menyebabkan penduduk di Kampung Manir ini hidup dalam
serba kebimbangan mengenai keselamatan mereka dan ahli keluarga mereka.Selain itu juga,
pemimpinan ketua kampung akan kelihatan lemah kerana gagal mengendalikan masalah-
masalah sosial dalam kalangan remaja yang berlaku di kampung tersebut.
P a g e | 17

5.APAKAH KEPENTINGAN PEMBENTUKAN SAHSIAH TERPUJI DALAM DIRI


REMAJA?

Penting untuk memelihara generasi akan datang,itulah jawapan yang majoriti responded
berikan.Generasi pada masa kini memainkan peranan yang penting dalam memastikan
keselamatan diri,masyarakat dan negara terjamin.Hal ini kerana remaja dan belia merupakan
masa hadapan negara,sekiranya remaja mempunyai sahsiah yang terpuji ia akan melahirkan
negara yang lebih kehadapan dan dipandang tinggi oleh negara lain seiring itu dapat menjadi
contoh kepada generasi-generasi akan datang.Pembentukan sahsiah ini juga dapat melahirkan
remaja yang berakhlak tinggi,dimana sentiasa disengani dan dihormati oleh orang sekeliling
mereka.
P a g e | 18

8.0 CADANGAN

Berdasarkan dapatan-dapatan daripada temubual bersama penduduk Kampung Manir


terdapat beberapa cadangan penyelesaian dan cara-cara membentuk sahsiah terpuji dalam diri
remaja di Kampung Manir khususnya,agar mereka dapat menjadi seorang insan yang
berguna.Hasil dapatan ini juga boleh dijadikan sebagai panduan kepada seluruh masyarakat
di Malaysia bagi melahirkan generasi remaja yang mempunyai akhlak dan sahsiah yang
terpuji.

Antara cara membentuk sahsiah terpuji dalam diri remaja ialah ibu bapa perlu
meluangkan masa bersama anak-anak dengan melakukan aktiviti yang berfaedah supaya
mereka tidak berasa diabaikan oleh ibu bapa mereka sendiri kerana hal ini akan menyebabkan
mereka mudah terjerumus kepada unsur -unsur yang negatif,seperti merokok,ponteng
sekolah,mencuri dan lain-lain lagi seterusnya akan merosakkan sahsiah terpuji dalam diri
remaja.Oleh sebab itu,ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak -anak agar mereka
tidak mudah terjebak dalam perkara yang negatif dan sahsiah terpuji juga dapat dibentuk
dalam diri mereka selagi mana mental mereka tidak dipengaruhi dengan perkara yang
negative apabila ibu bapa dapat meluangkan masa bersama mereka dan memberi sokongan
kepada mereka.

Selain itu,remaja perlu melibatkan diri dengan aktiviti kerohanian atau menghadiri ke
majlis motivasi supaya dapat meningkatkan pengetahuan yang baik dalam diri remaja supaya
mereka dapat mengamalkan pengetahuan yang mereka ada dalam kehidupan mereka agar
akal fikiran mereka tidak mudah dicemari dengan perkara-perkara negatif yang boleh
menyebabkan mereka akan kecundang ke jalan yang salah dan boleh membinasakan diri
mereka sendiri.Bukan itu sahaja,dengan mempertingkatkan pengetahuan yang baik ini juga
dapat membuatkan remaja terus bermuhasabah diri dalam melakukan sesuatu perkara yang
berfaedah dan sentiasa mengajak rakan-rakan sekeliling untuk melakukan kebaikan agar
dapat membentuk sahsiah yang mulia dalam diri remaja.
P a g e | 19

Impaknya,mereka akan saling hormat menghormati antara satu sama lain serta dapat
mewujudkan rasa kasih sayang antara satu sama lain dan melahirkan seorang modal insan
yang sahsiah terpuji dan berakhlak mulia.Oleh sebab itu,melibatkan diri dalam aktiviti
kerohanian atau menghadiri ke majlis motivasi juga dapat membentuk sahsiah terpuji dalam
diri remaja kerana mereka akan didedahkan dengan beberapa perkara yang positif yang boleh
mendorong mereka ke jalan kebaikan.

Kesimpulannya,semoga dengan usaha-usaha seperti ini dapat mempertingkatkan


pembentukan sahsiah terpuji dalam diri remaja masa kini supaya dapat melahirkan generasi
remaja yang sahsiah terpuji dan berwawasan tinggi kerana mereka adalah generasi
penyambung yang akan menggantikan pemimpin masa kini dalam mentadbir negara dan
memimpin seluruh rakyat di Malaysia di masa hadapan.Oleh sebab itu,pentingnya
pembentukan sahsiah terpuji ini dalam diri remaja masa kini.
P a g e | 20

9.0 RUMUSAN
Rumusan yang dapat disimpulkan daripada hasil kajian yang telah di lakukan bahawa
sahsiah terpuji di kalangan remaja merupakan sesuatu yang amat diimpikan oleh semua
peringkat lapisan masyarakat. Golongan remaja yang menjadi pewaris negara ini di harap
dapat bersosial dengan baik seperti mana yang di harapkan oleh masyarakat. Remaja
memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya suatu bangsa.Malah
remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja juga disebut sebagai generasi penerus yang
berperanan penting dalam perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda
dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.

Remaja adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan mencorakkan landskap
negara masa depan. Jikalau rosak akhlak remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang
akan datang juga terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak bermoral.Disebabkan
inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan didikan serta pengetahuan yang cukup
sebagai persediaan membina barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.Persediaan
awal ke atas remaja mestilah memfokuskan kepada tiga peranan yang utama iaitu remaja
sebagai individu, remaja sebagai anak dan remaja sebagai ahli masyarakat.

Daripada Abdullah bin Amru bin al-As RA katanya, tidaklah Rasulullah SAW seorang
yang bersifat keji, dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang keji, Baginda bersabda,
“Sesungguhnya di antara orang-orang yang terpilih di antara kamu ialah orang yang paling
mulia akhlaknya.”(hadith Riwayat al -Bukhari dan muslim)

Hadis di atas menggalakkan bahawa seseorang supaya sentiasa menghindari diri daripada
sifat-sifat keji dan berusaha memperbaiki dan membekalkan dirinya dengan sifat- sifat
mahmudah iaitu sifat yang terpuji dari semasa ke semasa. Kemerosotan sahsiah dalam
golongan remaja harus ditangani dengan sebaik mungkin agar ia tidak mempengaruhi
generasi yang akan datang. Walaupun di katakan remaja sekarang berkelakuan dengan
kelakuan yang melanggar adat budaya masyarakat serta bertentangan dengan agama, namun
semua ini boleh ditangani dengan kerjasama semua pihak.
P a g e | 21

10.0 LAMPIRAN

KAMUS DEWAN
P a g e | 22

BUKU
P a g e | 23

SOAL SELIDIK
MASALAH REMAJA : MASALAH TERHADAP DIRI
P a g e | 24

MASALAH REMAJA: MASALAH DENGAN RAKAN


P a g e | 25

MASALAH REMAJA : MASALAH TERHADAP GURU


P a g e | 26

MASALAH REMAJA : MASALAH TERHADAP IBU BAPA


P a g e | 27

SOA
P a g e | 28

L SELIDIK TAHAP KESEDARAN PEMBENTUKAN SAHSIAH TERPUJI


P a g e | 29
P a g e | 30
P a g e | 31

TEMU BUAL

TEMU BUAL ORANG PERTAMA


P a g e | 32

TEMU BUAL ORANG KEDUA


P a g e | 33

TEMU BUAL ORANG KETIGA


P a g e | 34

TEMU BUAL ORANG KEEMPAT


P a g e | 35
P a g e | 36

TEMU BUAL ORANG KELIMA


11.0 SENARAI RUJUKAN

1.KAMUS
• Kamus Dewan Edisi ke-4 (M/S 4)

2.BUKU.
• Haji Johari Haji Alias, Siri Pendidikan Islam 3, Asas Pembentukan
Akhlaq,1997. (M/S 68-69).

3. LAMAN WEB
• Ahmad Ayoup,M.M.(2018,November 23).IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-
304: HADITH BERAKHLAKLAH SEPERTI AKHLAK ALLAH.6 Disember 2020
diambil dari https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-al-hadith/2796-irsyad-al-hadith-
siri-ke-304-hadith-berakhlaklah-seperti-akhlak-allah .

• Syira.(n.d).Peranan Remaja Dalam Membentuk Sahsiah Diri Yang Terpuji.6


Disember 2020 https://www.termpaperwarehouse.com/essay-on/Peranan-Remaja-
Dalam-Membentuk-Sahsiah-Diri-Yang-Terpuji/45133

• JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA- akhlak yang mulia (2016)


http://www.islam.gov.my/e-hadith/419-akhlak-yang-mulia

4.PLATFORM SOSIAL MEDIA


FACEBOOK: Norlela Hassan https://m.facebook.com/story.php?
story_fbid=2930163213689206&id=100000866677501

Anda mungkin juga menyukai