Anda di halaman 1dari 6

Mengenai BeritaBenar

Pemimpin ASEAN Bertemu, Desak


Dihentikan Segera Keganasan Di Myanmar
Namun, gesaan pemimpin Indonesia dan Malaysia agar Naypyidaw membebaskan tahanan politik tidak pula
disenaraikan dalam konsensus tindakan ASEAN.
Ahmad Syamsudin & Ronna Nirmala

Jakarta

2021-04-24

Presiden
Indonesia
Joko
“Jokowi”
Widodo
(dua dari
kiri) dan
Perdana
Menteri
Malaysia
Muhyiddin
Yassin
(pertama
dari kanan)
bersama-
sama
dengan
para
pemimpin
dan
pegawai
negara-
negara
anggota
ASEAN
pada
sidang
kemuncak
khas
mengenai
Myanmar
di ibu
pejabat
badan
serantau
itu di
Jakarta, 24
April 2021.

Pemimpin-pemimpin Asia Tenggara mendesak supaya "dihentikan segera" pembunuhan di Myanmar serta
memulakan rundingan diusahakan ASEAN melibatkan regim tentera dan kerajaan bayangan awam negara
itu, ketika mereka dan pemimpin junta Myanmar mengadakan pertemuan dalam sidang kemuncak khas di
Jakarta pada Sabtu bagi membincangkan mengenai pergolakan yang berlaku di negara itu selepas
berlakunya rampasan kuasa.

Pernyataan pengerusi Persatuan Negara-negara Asia Tenggara yang dikeluarkan pada akhir mesyuarat
sehari itu, yang berlangsung kira-kira tiga jam, menyatakan bahawa ASEAN akan melantik seorang utusan
khas untuk memudahkan rundingan dalam usaha mencari "penyelesaian damai demi kepentingan rakyat"
di Myanmar.

Menurut pernyataan itu, badan serantau berkenaan juga sepakat untuk memberikan bantuan kemanusiaan
kepada Myanmar.

"Kami, sebagai sebuah keluarga ASEAN, telah mengadakan perbincangan mendalam mengenai
perkembangan di Myanmar baru-baru ini dan menzahirkan kebimbangan kami berhubung situasi di negara
itu, termasuklah mengenai laporan kematian dan meningkatnya keganasan,” menurut Pernyataan
Pengerusi ASEAN itu yang dkeluarkan oleh Brunei, yang kini merupakan penyandang jawatan pengerusi
secara penggiliran badan serantau itu.

Dalam usaha badan serantau itu "untuk mengukuhkan solidariti dan ketahanan serantau, kami mengulangi
bahawa kestabilan politik di negara-negara anggota ASEAN adalah amat penting bagi mencapai matlamat
mewujudkan Komuniti ASEAN yang aman, stabil dan makmur," menurut pernyataan itu.

Selain itu, ia menyatakan bahawa negara-negara anggota ASEAN juga memperakukan komitmen
menyeluruh terhadap prinsip-prinsip yang termaktub dalam piagam badan serantau berusia 54 tahun itu
“termasuk mematuhi kedaulatan undang-undang, tadbir urus yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan
berperlembagaan, menghormati kebebasan asasi serta menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia.
"

"Konsensus Lima Perkara" mengenai Myanmar yang disepakati oleh 10 negara anggota ASEAN itu pula
mendesak supaya "dihentikan segera keganasan" dengan semua pihak mengambil langkah ‘bertahan dan
bertenang’; mengadakan dialog konstruktif antara semua pihak terbabit; melantik seorang utusan khas
pengerusi ASEAN yang dibantu oleh setiausaha agung badan serantau itu dalam memudahkan
perantaraan proses dialog; memberikan bantuan kemanusiaan yang diselaraskan oleh ASEAN; dan
mengadakan lawatan ke Myanmar oleh delegasi ASEAN diketuai oleh utusan khas untuk bertemu dengan
semua pihak berkenaan.

Namun, konsensus lima perkara itu tidak menyenaraikan mengenai pembebasan tahanan politik Myanmar
di mana presiden Indonesia - negara terbesar dalam ASEAN - dan Perdana Menteri Malaysia telah
mendesak tindakan itu semasa mereka masing-masing berucap pada sidang kemuncak khas tersebut
pada Sabtu.

Pernyataan itu, bagaimanapun, adalah yang paling lantang disuarakan ASEAN setakat ini mengenai krisis
di Myanmar, dan konsensus yang disepakati itu menampilkan tindakan yang jarang dilakukan berkaitan
prinsip tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara anggota badan serantau itu.

Walaupun pernyataan itu menyatakan bahawa "keluarga ASEAN" telah "mencapai kesepakatan"
berhubung lima perkara tersebut, namun tidak diketahui apakah reaksi Jeneral Kanan Min Aung Hlaing
iaitu pemimpin junta Myanmar, yang pasukannya telah membunuh ratusan penunjuk perasaan awam sejak
rampasan kuasa pada 1 Februari lalu menggulingkan kerajaan awam pimpinan Aung San Suu Kyi.

Min Aung Hlaing tidak memberikan sebarang kenyataan rasmi, menurut laporan Agence France-Presse.

Sidang kemuncak khas itu, yang merupakan mesyuarat bersemuka peringkat tinggi pertama dalam
kalangan pemimpin ASEAN sejak pandemik koronavirus menular awal tahun lalu, tidak dibuka kepada
media kerana mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan COVID-19.
"Ini di luar jangkaan kami," kata Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin kepada pemberita selepas
sidang kemuncak itu.

"Kami berusaha untuk tidak menuduh pihaknya terlalu banyak kerana kami tidak kisah siapa yang
menyebabkan masalah itu," lapor Reuters yang memetik Muhyiddin. "Kami hanya menekankan bahawa
keganasan harus dihentikan. Bagi beliau, pihak lain yang menyebabkan masalah itu. Namun, beliau
bersetuju bahawa keganasan perlu dihentikan."

Presiden Indonesia Joko "Jokowi" Widodo lantang dalam ucapannya pada mesyuarat itu, yang kemudian
dinyatakan beliau dalam sidang media selepas sidang kemuncak itu.

"Situasi di Myanmar adalah sesuatu yang tidak boleh diterima langsung dan ia tidak boleh berlanjutan,"
katanya.

"Keganasan mesti dihentikan dan demokrasi, kestabilan dan keamanan di Myanmar perlu dipulihkan
segera," kata Jokowi kepada wartawan.

Jokowi berkata pada mesyuarat itu, Indonesia mendesak supaya junta Myanmar membuat tiga komitmen
iaitu menghentikan penggunaan pasukan keselamatannya, memulakan dialog inklusif di antara pihak
terbabit dengan membebaskan serentak kesemua tahanan politik dan membenarkan bantuan kemanusiaan
disampaikan di bawah penyelarasan setiausaha agung ASEAN.

"Indonesia komited untuk memastikan komitmen ini diteruskan agar krisis politik di Myanmar dapat
diselesaikan dengan segera," kata Jokowi.

Dalam ucapannya pada sidang kemuncak khas itu, Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin
menyuarakan sokongan terhadap ucapan Jokowi.

"Selain menghentikan segera keganasan, saya juga menggesa supaya diadakan dialog politik yang inklusif
dan penuh bermakna yang hanya dapat dilakukan dengan pembebasan tahanan politik pada kadar segera
dan tanpa syarat," kata Muhyiddin.

"Ini akan menjadi satu permulaan yang baik dan mengurangkan tekanan antarabangsa terhadap Myanmar
dan ASEAN," katanya.

Muhyiddin berkata pengerusi dan setiausaha agung ASEAN mesti diberi kebenaran untuk ke Myanmar
bagi bertemu dengan semua pihak berkenaan.

"Ini sangat diperlukan bagi membolehkan ASEAN melakukan pemantauan yang jujur dan tidak berat
sebelah. Sekiranya ASEAN dibenarkan masuk, ini dapat menunjukkan kepada dunia bahawa ia berada di
landasan yang betul dalam membantu Myanmar memulihkan keadaan di negara itu,” kata pemimpin
Malaysia itu.

Para pemimpin Indonesia dan Malaysia telah menggesa sidang kemuncak khas itu diadakan setelah pihak
junta gagal mematuhi desakan supaya dihentikan keganasan dan membebaskan tahanan politik termasuk
Aung San Suu Kyi.
Jeneral Kanan Myanmar Min Aung Hlaing (kiri) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di
Tangerang di pinggir Jakarta, 24 April 2021. [Gambar edaran daripada Istana Presiden Indonesia]

Min Aung Hlaing tiba di lapangan terbang Jakarta dengan penerbangan Myanmar Airways International
pada awal tengah hari.

Jeneral itu menuju ke ibu pejabat Sekretariat ASEAN di mana sidang kemuncak khas itu diadakan, selepas
menjalani saringan COVID-19, menurut pejabat presiden Indonesia.

Selain pemimpin junta itu, negara-negara lain ASEAN diwakili oleh pemimpin tertinggi mereka kecuali
Filipina, Thailand dan Laos yang menghantar menteri luar masing-masing.

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte, menyatakan
bahawa penularan pandemik COVID-19 yang semakin buruk di negara masing-masing adalah sebab
mengapa mereka tidak dapat menghadiri sidang kemuncak itu.

Pada Sabtu juga, Christine Schraner Burgener iaitu utusan khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
(PBB) ke Myanmar telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Vietnam Bui Thanh Son di luar
sidang kemuncak itu, lapor media Vietnam. Utusan PBB itu mengunjungi ibu negara Indonesia tersebut
kerana mahu bertemu para pemimpin ASEAN untuk perbincangan yang "menumpukan kepada
penyelesaian politik" bagi krisis di Myanmar, kata badan dunia itu pada awal minggu ini.

Kumpulan hak asasi manusia turut mengecam ASEAN kerana membenarkan pemimpin junta Myanmar
mewakili negara itu pada sidang kemuncak berkenaan dan mengecualikan pegawai daripada Kerajaan
Perpaduan Nasional (NUG) yang baru dibentuk untuk menghadirinya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan pada lewat Sabtu di laman Facebook, NUG menyatakan bahawa
pihaknya menyambut baik "berita yang menggembirakan bahawa para pemimpin ASEAN telah mencapai
kata sepakat agar keganasan tentera Myanmar mesti dihentikan dan tahanan politik dibebaskan."

Tetapi, tidak dapat dipastikan sama ada kerajaan bayangan itu mengulas pernyataan pengerusi ASEAN
atau ucapan Jokowi.

"Kami menghargai kelantangan Presiden Widodo Indonesia dalam mendesak pembebasan wira-wira kami,"
kata Dr. Sasa, menteri kerjasama antarabangsa dan jurucakap NUG dalam kenyataan itu.
"Kami mengalu-alukan tindakan tegas ASEAN untuk menyusuli kesepakatan ini dan berusaha
mengembalikan demokrasi dan kebebasan bagi rakyat kami dan rantau ini."

Muzliza Mustafa di Kuala Lumpur turut menyumbang kepada laporan ini.

Berita Berkaitan
Sidang Kemuncak Khas ASEAN: Malaysia Mahu Gesa Junta Myanmar Benarkan Kunjungan Pemerhati
Utusan Khas PBB Mahu Bertemu Pemimpin ASEAN Di Luar Sidang Kemuncak Khas Mengenai
Myanmar
Selepas 102 Hari, ASEAN Akhirnya Lantik Utusan Khas Ke Myanmar
AS Desak Pengerusi ASEAN Minta Junta Myanmar Bertanggungjawab Terhadap Konsensus Yang
Dicapai
Perdana Menteri Malaysia Enggan Letak Jawatan, Adakan Undi Percaya Bulan Depan
Agong Malaysia Amat Dukacita Kerajaan Kelirukan Parlimen
Parlimen Akan Bersidang Semula Seawal September, kata Perdana Menteri Malaysia
ASEAN Berusaha Ketepikan Gesaan Embargo Senjata Dalam Resolusi PBB Mengenai Myanmar
Sokongan Masyarakat Melayu Terhadap Perdana Menteri Kekal Tinggi, kata Merdeka Center
Kerajaan Malaysia Digesa Umum Laporan Mengenai Kubur Pemerdagangan Manusia

Muatnaik komen

Tambah komen anda dengan mengisi borang di bawah dalam teks biasa. Komen diluluskan oleh moderator dan
boleh disunting mengikut Syarat Penggunaan BeritaBenar. Komen tidak muncul dalam masa nyata. BeritaBenar
tidak bertanggungjawab ke atas isi kandungan kiriman. Tolong hormati pendapat orang lain dan lapor ikut fakta.

Nama

Komen

Captcha

I'm not a robot


reCAPTCHA

Komen

Laman Utama
Berita
Komentar
Galeri Foto
Video

Anda mungkin juga menyukai