Anda di halaman 1dari 3

Assalamualaikum warahmatullahi wabakatuh.

Yang saya hormati, Tuan Pengerusi Majlis,


para hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan. Tampilnya saya di atas
pentas ini adalah untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk “Adab Terhadap Ibu Bapa”.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Sebelum saya mengupas tentang adab terhadap ibubapa, izinkan saya menjelaskan
dengan lebih lanjut tentang tajuk syarahan saya. Adab dari segi bahasa, bermaksud
kesopanan manakala dari segi istilah bermaksud, kesopanan dalam melakukan sesuatu.
Seperti yang kita tahu, adab menggambarkan kecantikan akhlak seseorang muslim. Dengan
beradab kita dapat melatih diri untuk berdisiplin sejurus itu dapat meraih redha Allah dan
disenangi oleh masyarakat.

Ibubapa adalah insan yang melahirkan, membesarkan, mendidik, menyediakan segala


keperluan dan menyayangi anak dari bayi sehingga dewasa. Mereka inilah yang sanggup
berkorban demi kebahagiaan anak-anak mereka. Pengorbanan ibubapa amat besar. Islam
mengajar kita untuk menghargai pengorbanan serta jasa yang telah mereka lakukan. Sudah
menjadi kewajipan seorang anak untuk beradab kepada kedua ibubapanya. Hal ini banyak
diperintahkan dalam al-Quran, menunjukkan betapa ia dititik beratkan dalam kehidupan
seorang muslim. Antaranya seperti dalam surah Luqman ayat 14.

---Wawassaynal innsana biwalidayhi hamalathu ummuhu


wahnan ‘alaa wahn---

---Wahnan ‘alaa wahniwwafisoluhu fii ‘amayni anishkurli


waliwali dayka ilayyalmasiir.

”Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah
mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal
mengandung hingga menyusukannya) dan tempoh menceraikan susunya adalah dalam
masa dua tahun. (dengan yang demikian, bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua
ibubapamu dan ingatlah kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”

Ayat ini menjelaskan bahawa, sebagai seorang muslim kita diwajibkan untuk berbuat baik
kepada kedua ibubapa kita kerana mereka telah bertarung nyawa untuk melahirkan kita.
Maka dengan itu, kita seharusnya bersyukur kepada Allah dan kepada kedua ibubapa kita.
Dan tempat Allah lah juga kita kembali.

Hadirin yang dikasihi,


Terdapat beberapa adab terhadap ibubapa yang dapat kita lakukan. Antaranya ialah,
dengan menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Anak yang patuh dan taat
kepada ibubapa dan ibubapa redha ke atasnya, maka Allah redha dengannya. Hal ini
kerana, redha Allah terletak pada redha kedua ibubapa. Maka untuk mendapat kesenangan
hidup di dunia dan akhirat kita sebagai anak harus patuh terhadap kedua ibubapa. Misalnya,
andai seorang anak berada dalam kesukaran untuk membuat keputusan dan memerlukan
pendapat kedua ibubapanya maka sebagai anak kita sewajarnya patuh terhadap pendapat
yang mereka berikan dan menjadikannya sebagai bimbingan. Kita haruslah patuh dan taat
kepada kedua ibubapa selagi ia tidak bertentangan dengan syarak kerana taat kepada
kedua ibubapa adalah suruhan Allah yang wajib kita patuhi.

Selain itu, adab terhadap ibubapa ialah dengan bersopan santun dalam melemparkan kata-
kata. Merendahkan suara apabila berbicara kepada kedua ibubapa adalah amalan yang
mulia. Selain dapat menjaga hati mereka, ia juga sebagai tanda penghargaan ke atas apa
yang telah mereka lakukan terhadap kita seperti bermanis muka apabila berbicara di
hadapan mereka, menjaga tatasusila berbicara, berhati-hati dalam berkata-kata serta lemah
lembut. Tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun, sebagai seorang anak kita
seharusnya bercakap dengan lemah lembut dan tidak menguris hati kedua ibubapa. Tidak
seharusnya berkasar atau meninggikan suara terhadap mereka kerana ia akan
mengundang kepada kemurkaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Para hadirin yang saya hormati sekalian,

Adab seterusnya adalah dengan mendahulukan mereka dalam apa jua urusan. Kita sebagai
anak, sentiasalah mendahulukan kedua ibubapa lebih daripada diri kita sendiri kerana
ibubapa ialah insan yang wajib dihormati. Mendahulukan mereka juga merupakan salah satu
adab yang senantiasa kita lakukan dalam kehidupan seharian kita seperti, mendahulukan
mereka untuk menjamah makan, mendahulukan mereka dalam berbicara, bersembang dan
sebagainya. Jangan sesekali bersikap biadab dengan membelakangkan kedua ibubapa
atau mendahulukan sesuatu lebih daripada mendahulukan mereka kerana ia boleh
menyumbang kepada wujudnya perasaan tidak senang dalam jiwa ibubapa menyebabkan
mereka terasa hati dengan perbuatan kita.

Hadirin sekalian,

Di samping mendahulukan kedua ibubapa dalam apa jua urusan, adab yang seterusnya
ialah membantu kedua ibubapa dalam melakukan sesuatu. Adalah menjadi tanggungjawab
kita untuk membantu mereka dikala mereka memerlukan bantuan. Tidak kiralah dalam apa
bentuk bantuan sekalipun contohnya seperti, membantu mereka dikala sakit, membantu
menghidangkan makanan dan sebagainya. Bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan
beban kedua ibubapa kita yang sehari suntuk berpenat lelah mencari rezeki demi menyara
kehidupan keluarga.

Saya teruskan lagi dengan adab yang terakhir iaitu memohon kemafaan daripada kedua
ibubapa. Kita, manusia yang sering melakukan kesilapan. Kemungkinan, tanpa kita sedari
kita telah menguris perasaan ibu dan bapa kita dalam setiap perbuatan yang kita lakukan.
Maka dengan itu, pohonlah kemaafan sekerap yang mungkin daripada kedua ibubapa
kerana bimbang kita tidak sempat mohon keampunan daripada mereka. Misalnya,
memohon ampun setiap kali selepas solat, bergerak ke sekolah, berjalan jauh dan
sebagainya. Jangan segan silu untuk meminta maaf setiap kali melakukan kesalahan sama
ada sedar atau tidak kerana kita tidak tahu sampai bila kita akan bersama kedua ibubapa
kita. Sesungguhnya ajal maut jodoh pertemuan di tangan yang Maha Esa.

Hadirin yang dikasihi Allah sekalian,

Tanpa ibu dan bapa, kita mungkin tidak dapat melihat dunia. Tanpa mereka, siapalah kita.
Intipatinya, sebagai seorang anak kita hendaklah beradab terhadap kedua ibubapa kita
kerana mereka telah banyak berkorban demi anak-anak sehingga tidak terkira dan tidak
terbalas jasa yang telah mereka curahkan. Ingatlah, kasih ibu membawa ke syurga kasih
ayah kekal selamanya. Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum
warahmatullahi wabakatuh.

Anda mungkin juga menyukai