Anda di halaman 1dari 4

Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, kita dapat sama-sama

berkumpul pada hari ini sempena Majlis Sambutan Hari Alam Sekitar anjuran Pandu
Puteri Tunas SK Perempuan Methodist.
Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi ucapan
penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir bagi menjayakan kempen
murni ini.
Saya yakin, kehadiran kita pada hari ini menunjukkan keprihatinan serta komitmen
padu kita untuk sama-sama menyemarakkan lagi semangat menyayangi, melindungi,
memelihara dan memulihara alam sekitar yang merupakan khazanah berharga negara
dan juga dunia.
Kita sedia maklum bahawa pokok merupakan sumber asli dunia yang penting sejak
zaman-berzaman lagi.
Sesungguhnya pokok adalah sumber oksigen utama yang turut sama membantu
mengurangkan pencemaran udara yang semakin berleluasa kini.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berbangga kerana sering menitik beratkan
pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah berharga iaitu hutan hujan khatulistiwa kita.

Kesedaran bagi menjaga dan memelihara khazanah hutan serta alam sekitar ini turut
diterjemahkan di peringkat dunia menerusi sambutan Hari Perhutanan Sedunia dan
Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut pada setiap tahun.

Apa yang kita harapkan ialah agar kedua-dua hari penting ini akan terus disambut
secara besar-besaran supaya semangat sayangkan hutan dan alam sekitar dapat
dipupuk dan disemai secara berterusan dalam kalangan masyarakat terutamanya
generasi muda dari peringkat sekolah lagi.

Pelbagai program dan aktiviti yang berkaitan dengan usaha menyayangi, melindungi,
memelihara dan memulihara hutan dan alam sekitar hendaklah terus diperhebatkan.

Aktiviti menanam pokok-pokok hendaklah dijadikan sebagai aktiviti utama pada

setiap tahun dalam usaha kita memelihara dan memulihara alam sekitar ini.

Saya difahamkan, pelbagai jenis pokok seperti pokok buah-buahan, pokok pelindung,
pokok bunga, pokok hiasan dan pokok herba boleh ditanam dalam kempen ini.

Apa yang pasti, penanaman pelbagai jenis pokok ini yang turut memiliki pelbagai
kegunaan bukan hanya sekadar memenuhi matlamat kempen ini sahaja, tetapi juga
dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
Oleh itu, saya berharap agar kempen-kempen seperti ini akan diperbanyakkan lagi
pada masa akan datang supaya kita dapat merealisasikan hasrat menanam sejuta
pokok di negara ini.

Saya berpendapat ada baiknya generasi muda khususnya anak-anak yang masih
berada di bangku sekolah inilah yang harus didedahkan dengan pendidikan alam
sekitar secara formal supaya mereka memperoleh pengetahuan tentang pentingnya
penjagaan alam sekitar kepada kehidupan manusia sejagat.

Pendedahan awal seperti ini sememangnya berbaloi memandangkan generasi muda

sekarang akan mewarisi kehidupan pada masa akan datang dan merekalah yang
menjadi harapan untuk meneruskan serta memperkasakan lagi dasar-dasar
pemuliharaan alam sekitar pada dekad seterusnya.

Sebelum mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya merakamkan ucapan penghargaan
dan terima kasih kepada semua yang hadir pada hari ini bagi menjayakan Sambutan
Hari Alam Sekitar anjuran Pandu Puteri Tunas ini.

Mudah-mudahan usaha murni yang sama-sama kita jayakan ini akan membolehkan
kita terus menikmati suasana kehidupan yang makmur dan sejahtera, yang pasti akan
turut dikongsi bersama oleh seluruh hidupan dunia yang lain.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya melancarkan Majlis

Sambutan Hari Alam Sekitar: 1 Murid 1 Pokok ini dengan rasminya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai