Anda di halaman 1dari 7

UNIT 6 : PRINSIP-PRINSIP PENTING DALAM AJARAN PELBAGAI AGAMA

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini , murid dapat :
- Menerangkan nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama
- Menyatakan amalan ajaran agama masing - masing dan pelbagai agama
lain di Malaysia
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan amalan ajaran agama masing-masing
dalam kehidupan
- Menghormati nilai-nilai murni dan amalan ajaran pelbagai agama lain

1. Agama merupakan pegangan hidup manusia. Prinsip, amalan dan nilai yang terkandung dalam agama tersebut
dijadikan panduan dalam menjalani hidup dan seterusnya dalam menghadapi cabaran.

2. Agama rasmi negara kita ialah agama Islam, namun agama-agama lain bebas diamalkan secara aman. Malaysia
kaya dengan pelbagai agama seperti agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh, ajaran Confucius dan Taoist.

3. Kesemua agama memberi panduan dan ajaran agar penganutnya menjadi manusia yang baik, taat kepada ajaran
agama masing-masing dan mengamalkan nilai-nilai murni untuk mencapai kecemerlangan diri.

4. Agama Islam mengajar umatnya untuk berlaku adil kepada manusia lain dan menyebarkan ilmu yang dimiliki
kepada orang lain tanpa mengira waktu.

5. Nilai lain yang ditekankan oleh agama Islam ialah tidak bersifat pilih kasih, bersifat ihsan, sentiasa sabar untuk
menghadapi segala penderitaan dan kesusahan, merendah diri dan tidak memandang rendah pada orang lain, selain
benar dan amanah.

6. Agama Buddha pula menekankan keyakinan yang berdasarkan kepada pengetahuan. Seseorang penganut
agama Buddha mestilah mempunyai pemikiran yang rasional dan mengambil keputusan yang bijak tanpa
menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

7. Ajaran Hinduisme mengajar penganutnya untuk mempercayai Tuhan dan segala-galanya datang daripada Tuhan
dan Tuhan akan memberikan keputusan yang bijak tanpa menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

8. Agama Kristian juga mengajar umatnya untuk mempraktikkan nilai-nilai murni dalam kehidupan serta berkhidmat
untuk masyarakat agar sentiasa dirahmati Tuhan.

9. Prinsip-prinsip ajaran dalam Pelbagai Agama


- Mempercayai kewujudan Tuhan
- Menyediakan hukum dan peraturan
- Menekankan konsep ganjaran dan pembalasan terhadap segala perlakuan
manusia ketika masih hidup
- Mengangkat martabat dan menyatukan manusia

10. Nilai- nilai Murni


- Bertitik tolak daripada prinsip agama
- Dituntut oleh agama untuk mengamalkannya
- Antara contohnya termasuklah nilai-nilai amanah , bertanggungjawab
,kesederhanaan,toleransi, kesyukuran dan kasih sayang

11. Amalan
- Merupakan perlakuan yang sudah menjadi kebiasaan
- Ada amalan yang bertentangan dengan agama
- Amalan yang selari dengan prinsip agama dan mempunyai nilai-nilai murni perlu dikekalkan
- Amalan yang bertentangan dengan ajaran agama dan nilai-nilai murni perlu ditinggalkan
UNIT 7 : KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN TERTENTU DALAM
PERAYAAN PELBAGAI KAUM

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir unit ini , murid dapat :
- Menjelaskan kepentingan amalan-amalan perayaan pelbagai kaum
- Menyertai sambutan perayaan mengikut kaum masing-masing
- Melaksanakan amalan-amalan tertentu semasa sambutan perayaan mengikut
kaum masing-masing
- Menghormati amalan dan sambutan perayaan pelbagai kaum

1. Malaysia terdiri daripada masyarakat majmuk yang kaya dengan pelbagai perayaan.

2. Perayaan-perayaan yang disambut setiap tahun ini mempunyai keunikannya tersendiri dan ia dirayakan bersama-
sama dengan kaum lain dengan perasaan muhibah dan perpaduan.

3. Antara perayaan-perayaan penting yang disambut di negara ini ialah Hari Raya Puasa, Tahun Baru Cina,
Deevapali, Thaipusam, Hari Wesak, Krimas, Hari Raya Aidil Adha, Hari Gawai, Tadao Keamatan, Perayaan Ponggal
dan Vaisakhi.

4. Keunikan ini juga menjadi daya penarik pelancong ke negara kita.

5. Amalan baik kampung menjadi tradisi semua kaum apabila menjelangnya sesuatu perayaan untuk meraikannya
dengan keluarga dan sanak-saudara.

6. Amalan ziarah-menziarahi merupakan fenomena yang biasa ketika sambutan perayaan. Secara tidak langsung
perpaduan antara kaum dapat dipupuk.

7. Islam menyarankan umatnya memohon maaf ketika perayaan Hari Raya Puasa. Amalan ini dapat menjernihkan
sebarang perselisihan faham dan memulihkan kasih sayang antara anggota keluarga.

8. Semangat komuniti atau kemasyarakatan dapat dilihat ketika sambutan perayaan-perayaan ini. Amalan memakai
pakaian dan memasak makanak tradisional menyerikan lagi sambutan tersebut.

9. Mengadakan rumah terbuka merupakan satu lagi amalan yang sering diadakan oleh kerajaan Malaysia untuk
menjalinkan perpaduan antara kaum. Pelbagai acara dan aktiviti serta juadah tradisional akan dihidangkan untuk
semua lapisan masyarakat.

10. Amalan-amalan ini mewujudkan rasa hormat, persefahaman dan tolak ansur antara pelbagai kaum di negara ini.

11. Kelebihan sambutan pelbagai perayaan


- Mengeratkan hubungan pelbagai kaum.
- Mengekalkan amalan dan tradisi setiap kaum.
- Mewujudkan perasaan hormat, toleransi dan saling faham-memahami
antara kaum.
- Daya penarik pelancong.

12. Amalan-amalan penting ketika perayaan :

HARI RAYA AIDILFITRI


- Wajib berpuasa selama sebulan (bulan Ramadan) sebelum berhari raya.
- Membayar zakat fitrah.

HARI RAYA AIDILADHA


- Menunaikan solat sunat Aidiladha pada pagi hari raya.
- Penyembelihan binatang akan dilakukan dan dagingnya akan disedekahkan kepada
fakir miskin dan jiran-jiran yang beragama Islam.

TAHUN BARU CINA


- Mengadakan makan besar bersama semua angggota keluarga .
- Tradisi mengunjungi dan memberi angpau kepada mereka yang belum berkahwin.

HARI DEEPAVALI
- Menyalakan pelita di kawasan rumah.
- Amalan mandi minyak geliga bertujuan untuk penyucian badan dan pembuangan dosa.

HARI KRIMAS
- Menghias pokok Krimas dan bertukar-tukar hadiah dengan kaum keluarga.
- Berkumpul bersama keluarga untuk makan malam.

TADAO KEAMATAN
- Mengadakan upacara kepada semangat padi sebagai tanda kesyukuran.
- Menjamu makanan tradisional dan minuman tapai.

HARI GAWAI
- Mengadakan upacara sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran .
- Menghidangkan air tuak.

HARI VAISAKHI
- Berkumpul untuk mendapat restu daripada guru di Gudwara.
- Menggantikan bendera suci di Gudwara.
- Membaca kitab suci (Guru Granth Sahib)

Anda mungkin juga menyukai