Anda di halaman 1dari 3

6 CARA BERKESAN MENABUNG 

1. Menabung dengan konsisten 

Pastikan kamu menabung setiap bulan iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah
pendapatan. Setelah menetapkan jumlah tabungan setiap bulan, pastikan jumlah itu
disimpan dahulu sebelum mula membuat pembayaran bil dan pelbagai pinjaman yang
ada.

Jika kamu tidak mampu menabung 10% daripada jumlah pendapatan, itu tidak
mengapa. Jangan putus asa. Yang penting ialah mewujudkan tabiat
menabung. Mungkin pada awalnya cuma tetapkan untuk jimat RM20 setiap minggu
dan kamu akan ada simpanan RM80 setiap bulan. Teruskan menyimpan. 

Lebih baik sekiranya boleh diatur untuk membuat potongan gaji dimasukkan terus ke
dalam simpanan. Ada banyak institusi kewangan yang menawarkan khidmat ini,
misalnya Tabung Haji dan ASB. Anda boleh memohon kepada majikan untuk membuat
potongan ini. 

2. Pantau pengeluaran ATM 

Sentiasa awasi pengeluran wang melalui ATM. Bukan sekadar mengelak supaya ada
orang menipu dan mengguna kad kamu, tetapi juga perlu kawal diri kamu sendiri
beberapa kali dan berapa jumlah yang boleh dikeluarkan. 

Sebaik-baiknya tetapkan dalam satu minggu hanya satu pengeluaran. Pastikan


anda tahu jumlah yang diperlukan. Jangan terlalu banyak dan terlalu sedikit. Cukup
untuk sekadar guna. Jika ada lebihan daripada wang itu, terus depositkan dalam akaun
simpanan. 

3. Buat belanjawan atau bajet keluarga 

Dengan bajet kewangan keluarga kamu dapat pastikan bagaimana wang kamu
digunakan sebaiknya untuk keluarga. Kamu dapat lihat corak bagaimana kamu
berbelanja. Dari sini lebih mudah kamu lihat apakah perbelanjaan itu satu
keperluan atau keinginan. Daripada analisis arah aliran itu kamu boleh cuba
kurangkan atau hapuskan perbelanjaan yang hanya satu keinginan.

Sebabnya, perbelanjaan seumpama inilah yang menyebabkan kamu selalu ‘pokai’ setiap
bulan. Dengan adanya bajet, kamu tahu bagaimana kamu membelanjakan wang dan
kamu tahu cara menjimatkan wang, seterusnya dapat menyimpan lebihan wang
berkenaan. 

4. Sediakan senarai membeli-belah 

Apabila keluar membeli barangan keperluan rumah, pastikan kamu sudah ada senarai
barang yang hendak dibeli. Hanya beli barang yang ada dalam senarai! Jangan mudah
tergoda dengan jualan murah sehingga kamu membeli barang yang bukan keperluan.
Ingat, berbelanja barang keperluan bukan barang keinginan.

Ada juga yang beri petua, kalau hendak membeli-belah – pastikan perut kamu kenyang.
Apabila perut lapar ada kecenderungan meningkatkan nafsu membeli dan ada
kemungkinan kamu membeli barang yang tidak diperlukan. Ada kebenarannya petua
ini– mungkin kamu perlu mencuba! 

5. Kurangkan penggunaan kad kredit 

Kad kredit kini semakin mudah diperoleh. Untuk kecemasan, kad kredit amat berguna
tetapi kini penggunaannya amat berleluasa. Ia digunakan secara meluas untuk
menggantikan wang. Jadi kamu sentiasa tidak sedar berapa banyak wang yang
digunakan. Mudah sahaja membeli barang keinginan dan bukan keperluan. 

Dengan bayaran minimum setiap bulan, hutang kita akan bertambah dan berpanjangan.
Kadar faedah yang dikenakan juga tinggi. Jika tidak percaya cuba kira berapa kadar
faedah yang dikenakan setiap bulan. 

Sebagai contoh, katakan kamu membeli televisyen baru yang bernilai RM2000
menggunakan kad kredit dengan kadar faedah 18% setahun. Jika kamu hanya
bayar kadar minimum setiap bulan, kamu mungkin mengambil masa selama 6 1⁄2
tahun untuk melupuskan hutang itu. Dan jumlah sebenar yang dibayar ialah
RM3300. Bayangkan duit yang belebihan itu, sudah cukup untuk membeli sebuah
mesin basuh baru! Jadi lebih baik kamu kumpul duit dan beli barang secara tunai. Atau
gunakan kad kredit dan pastikan bayaran penuh dibuat dalam masa 20 hari ataupun
sebelum dikenakan sebarang faedah. 

6. Kurangkan keluar rumah 

Mungkin ramai yang tidak dapat terima cadangan ini. Tetapi banyak kebenarannya. Jika
kamu kurang keluar rumah, kamu tidak mungkin tergoda membeli barang- barang yang
bukan keperluan. “Ala, window shopping je!” Ini selalunya tidak berlaku. Apabila kamu
sudah keluar rumah pastinya banyak idea untuk kamu membeli. Lebih banyak
godaannya dan lagi banyak alasan kenapa kamu mudah keluarkan duit ataupun
kad kredit. Ini tidak termasuk lagi duit petrol, tempat letak kereta, makanan, minuman
dan banyak lagi.

Jika perlu keluar, pastikan keluar ke tempat yang kamu boleh lebih berinteraksi dengan
keluarga secara baik. Misalnya, pergi ke taman, berkelah atau ke tempat yang kurang
godaan. Ada banyak cara untuk berekreasi bersama keluarga, tidak semestinya ke pusat
membeli- belah sahaja.

Sebenarnya menabung bukanlah satu perkara yang sukar. Yang penting mesti tukar
tabiat kepada tabiat kewangan yang lebih baik untuk diri kamu dan keluarga. Jadi
pastikan minda kamu bersedia membuat perubahan. Semuanya terletak di tangan kamu
– disiplin mesti kuat! 

PASTIKAN 

 Minda dan azam bersedia untuk menabung. 


 Tetapkan sasaran menabung yang realistik. 
 Rancang kewangan keluarga.
 Konsisten. 
 Kuatkan disiplin. 

Anda mungkin juga menyukai