Anda di halaman 1dari 55

Simpan Challenge Bersama AbangAbu

Tip Hari #1: Sediakan Tabung


Tahniah kerana anda menyertai kempen SIMPAN Challenge. Kempen untuk
memupuk sifat menabung dikalangan masyarakat melayu.
AbangAbu syorkan supaya seluruh keluarga bersama sama bincang dan lakukan tip
tip yang diberi dalam kempen SIMPAN Challenge kerana cara ini memberikan kesan
yang paling baik
Sediakan satu tabung kosong (container kosong) Jangan beli !sebaliknya gunakan
yang mungkin sudah ada didalam rumah anda.
*Hari pertama AbangAbu mahu anda sediakan satu tabung kosong.
*Mulai hari ini semua duit syiling yang anda bawa pulang kerumah hendaklah
dimasukan kedalam tabung ini.
*Duit syiling yang anda jumpa di lantai, bilik atau dimana mana dalam kawasan
rumah anda mesti dimasukkan kedalam tabung ini.
*Duit yang masuk kedalam tabung ini tidak boleh dikeluarkan untuk apa apa tujuan
sekalipun sehingga diberitahu kelak.
Contoh :
Jika anda hanya masukan RM2 sehari maka itu sudah mencapai RM60 dalam masa
30 hari
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ankabut ayat 17, yang bermaksud: Oleh itu
carilah rezeki dari sisi Allah, dan sembahlah akan Dia, serta bersyukurlah
kepadaNya; (ingatlah), kepada Allah jualah kamu akan dikembalikan
Dalam kita menabung atau berbelanja, hendaklah kita pastikan sumber kewangan
kita hanya dari hasil yang diyakini bersih serta diredhai Allah s.w.t. Sumber yang
halal merupakan salah satu faktor pencorak personaliti individu Muslim yang baik.

Simpan Challenge
Tip Hari #2: Minta diskaun / Tawar
oleh AbangAbuAbangAbu pasti semua sudah jalankan TIP Sebelum ini.
Hari ini AbangAbu ingin kongsikan satu tip yang boleh membuatkan anda kurang
senang.
Mulai hari ini anda harus minta diskaun dalam apa jua yang anda perlu
bayar.Walaupun anda pasti tempat itu tidak akan memberi diskaun , tanya saja.
How to Save Money by Shopping Online
AbangAbu serta rakan rakan telah mengamalkan tip ini dan telah berjaya mendapat
diskaun yang tidak disangkakan. Pernah dapat diskaun di KFC hampir 20% ( RM6),
tambang taxi (extra fare diberi diskaun RM7.20), di pelbagai pasar raya juga.
AbangAbu mahu ini menjadi satu sifat anda , dan dengan amalan ini anda akan
terkejut jumlah diskaun yang akan anda perolehi dalam masa 30 hari. Lebih lebih
lagi di musim perayaan. INGAT dimana jua MINTA DISKAUN.
Semua diskaun yang anda perolehi juga harus dimasukan dalam tabung yang telah
anda sediakan.
Contoh:
Dengan amalam meminta diskaun anda boleh menjimatkan dan menabung diantara
RM20 RM200 sebulan mengikut pendapatan serta perbelanjaan anda.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Islam telah memberikan kita pelbagai panduan dalam kehidupan termasuk cara
menguruskan kewangan dan perbelanjaan. Panduan tersebut hendaklah dijadikan
rujukan utama agar kita mempunyai pertimbangan yang baik dalam membuat
keputusan untuk membeli sesuatu benda sebagai contoh. Seorang Muslim yang
bijak akan membuat pertimbangan dari segi keperluan, kemahuan serta
kemampuan terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Furqan ayat 67, yang bermaksud: Dan juga
mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya,
tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan
mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

TIP HARI #3 SIMPAN Challenge Pelan Belanja Dapur Keluarga


oleh AbangAbu
Bila belanja dapur , lega semua kaum adam kerana selalunya hanya kaum hawa
yang selalu pening kepala memikirkan ini. Mulai hari ini kaum Adam juga harus
bersama sama dalam menjalankan tip ini.
Ini adalah perbelanjaan paling penting kerana selalunya membentuk sebahagian
besar jumlah perbelanjaan.Dapatkan anggaran yang selalu anda berbelanja untuk
dapur secara purata sebelum ini.
Matlamat tip hari ini untuk anda berjimat diantara RM80 RM200 dengan
melakukan sedikit perubahan dalam cara anda berbelanja .Plan Budget your
spending,Buat Pelan Belanja Kunci Utama Paling penting untuk menbolehkan anda
berjimat adalah membuat pelan sebelum berbelanja di pasar atau pasaraya.
Luangkan sedikit masa juga pelan masakan untuk minggu tersebut boleh
menjimatkan sehingga 30%. Hanya beli apa yang di tuliskan. Pastikan berapa hanya
untuk barang dapur sahaja. Makanan sahaja. Buat aktiviti ini bersama keluarga.
Makan dahulu sebelum berbelanja. Ini mungkin sesuatu yang aneh , tetapi benar.
Inilah salah satu punca kenapa ramai yang berbelanja lebih dari hari biasa di bulan
puasa. Perut yang lapar akan mengakibatkan perbelanjaan lebih 20%. Bukan
AbangAbu cakap tapi kajian. Jadi , selepas ini pastikan anda tidak akan berbelanja
barang dapur dengan perut yang kosong. Di bulan puasa anda boleh berbelanja
tetapi ingat sebelum anda bayar apa apa yang andabeli itu tidaklah berlebihan.
JANGAN berbelanja di kiosk kiosk serbaguna 24jam Kebiasaan membeli di kedai
sebegini adalah kurang bijak kerana biasanya anda akan membayar 30% 50%
lebih dari pasaraya. AbangAbu selalu lihat ramai membeli air minuman selalunya
tetapi tanpa sedari akan beli juga jajan(makanan ringan). Bawa botol air dari rumah
adalah terbaik. Jika tiada jalan lain hanya beli satu barang sahaja.
Gerai Ubat ( Watson dan lain lain)
Barangan seperti sabun, shampoo, ubat gigi serta barangan keperluaan harian
yang bukan makanan adalah baik jika dibeli di kedai seperti ini. AbangAbu dah
pastikan harga untuk barangan seperti ini adalah lebih murah 15 -30% dari
pasaraya biasa.
Pasaraya
Dalam berbelanja barang dapur , dapatkan barangan dengan harga yang murah,
contohnya dapatkan barangan storebrand ( jenama pasaraya) yang biasanya lebih
murah, serta qualiti yang sama sahaja. Juga gunakan kupon kupon yang anda
boleh dapati dari akhbar , mahupun di pasaraya itu sendiri , tetapi perlu berhati hati
, hanya beli apa yang anda perlu sahaja. Luangkan sedikit masa untuk mencari
kupon yang boleh membantu menjimatkan perbelanjaan anda dari akhbar seperti
Today, Stairts Times sebelum berbelanja.
Jangan Bawa anak anak kecil . Ini adalah sesuatu yang memang sukar bagi
setengah orang macam AbangAbu buat dulu, selalu belanja lebih RM10 RM20
sekali pergi dengan anak anak. Bila saya amalkan berbelanja barangan dapur tanpa

anak anak saya berjaya menjimatkan hampir RM150 sebulan. Melakukan ini sahaja
boleh membantu anda berjimat diantara RM30 RM200 sebulan. Bukan AbangAbu
tak kasi beli apa apa tapi kalau bawak anak-anak akan pasti belanja lebih.
AbangAbu pasti tip hari ini akan membantu anda berjimat dalam berbelanja dapur.
INGAT duit yang berjaya dijimatkan harus dimasukan dalam tabung Simpan
Challenge anda.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah s.w.t yang telah banyak meminjamkan
kita serta memberi kita peluang untuk merasakan nikmat-nikmat di dunia ini. Selain
dari nikmat Iman, Islam dan kesihatan, memiliki harta juga merupakan nikmat yang
besar dari Allah s.w.t. Ini kerana pelbagai nikmat yang lain boleh kita kecapi atau
rasakan melalui empat nikmat yang besar ini. Dalam masa yang sama, kita juga
akan dipersoalkan tentang nikmat-nikmat tersebut. Sebagai contoh nikmat memiliki
harta, kita akan ditanya dari mana dan cara kita mendapatkannya, serta ke mana
dan bagaimana kita belanjakannya. Oleh yang demikian, manfaatkanlah serta
uruskanlah harta kita dengan baik agar ia tidak menjadi bebanan kita di akhirat
nanti.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Balad ayat 7, yang bermaksud:
Adakah dia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan
mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu)?

TIP #4 SIMPAN Challenge Mulakan Buku Nota Belanja


oleh AbangAbu
AbangAbu dapati ramai sudah mempraktikan semua tip yang telah diberi. Tahniah
bagi anda. Juga ada pengumuman. Anda juga boleh membincangkan tip tip ini di
blog www.abangabu.com di SIMPAN Challenge Daily Tip Discussion.
Semalam , AbangAbu berikan tip berbelanja untuk keperluan dapur. Tip hari ini
adalah penting tetapi amat mudah sekali untuk anda semua lakukan.
Mulakan satu buku nota ( bersaiz kecil /pocket size) , kalau dulu orang panggil buku
555.
Mulai hari ini anda perlu mencatitkan semua perbelanjaan yang anda lakukan
sekecil mana sekalaipun. Anda perlu tulis tarikh , jumlah yang dibelanjakan dan
untuk apa.Buku nota ini perlu dibawa bersama sama anda kemana sahaja anda
pergi. Macam I/C.
Contoh:
04/09/2009 RM4.70 Mee Hoon Goreng
04/09/2009 RM12.40 Tambang Taxi
04/09/2009 RM10.00 Top Up
AbangAbu syorkan kalau boleh semua anggota keluarga mempunyai buku nota kecil
masing masing . Ini penting kerana biasanya anda mudah lupa sesudah membayar
sesuatu.
Dengan mengamalkan tip ini , ramai yang mengikuti kelas -kelas AbangAbu telah
mendapati bahawa mereka mula berbelanja apa yang perlu sahaja.
Ada pula tidak berbelanja benda yang tidak penting kerana malas untuk menulis di
buku nota. Apa sekalipun alasan anda apa yang penting anda berjaya mengawal
perbelanjaan anda.
AbangAbu ingin anda mengamalkan tip ini kerana ada perkara yang akan AbangAbu
suruh anda lakukan di tip tip akan datang. Jadi mulakan dari hari ini.
Anda juga boleh adakan buku nota utama dirumah ,dimana setiap hari semua
anggota keluarga yang berbelanja pada hari tersebut akan mengemaskini ( update )
di nota utama seperti mana contoh diatas.
Buku Kompas Wang telah diterbitkan untuk tujuan ini.Keep Track of your spending
Dengan mengamalkan tip ini anda boleh berjimat diantara RM20 RM300 sebulan
mengikut pendapatan serta perbelanjaan anda.

Selamat memulakan nota belanja SIMPAN Challenge. Bincangkan pendapat anda


mengenai tip ini di blog www.abangabu.com
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Selagi mana kita diberikan peluang untuk hidup, selagi itulah kita akan diberikan
ujian dari Allah s.w.t. Untuk mengatasi ujian tersebut, Allah s.w.t telah memberikan
kita panduan kehidupan melalui Al-Quran dan mengutuskan RasulNya, Nabi
Muhammad s.a.w sebagai pembimbing kita secara praktikal. Oleh yang demikian,
kita perlulah bersedia untuk menghadapi ujian mendatang. Antara ujian yang
mungkin kita hadapi di masa hadapan adalah kesempitan kewangan. Seorang
Muslim yang bijak akan mengetepikan pendapatannya terlebih dahulu untuk
menabung sebelum berbelanja.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Tidaklah akan rugi orang yang suka
beristikharah. Dan tidaklah akan bersedih hati orang yang suka bermusyawarah,
serta tidak akan kelaparan orang yang rajin menabung (berhemat). HR Thabrani
dari Anas.
Tujuan menabung bukan sahaja untuk mengatasi kesempitan kewangan, bahkan ia
secara tidak langsung mengajar kita dalam membuat perancangan kehidupan yang
lebih baik.

TIP #5 SIMPAN Challenge Batalkan Niat Membeli barangan ansuran


bulan ini
Semangat AbangAbu semakin kuat dengan respon respon dari semua peserta
SIMPAN Challenge. Hari ini adalah Tip 5. Harapan AbangAbu semua yang sudah
mendapat Tip harian dah mula lakukan.
INGAT !
ILMU untuk diAMALKAN !
TIP untuk di PRAKTIKKAN!
Membeli barangan barangan keperluan dalam bentuk ansuran adalah satu
kesilapan yang besar dikalangan masyarakat kita.
Hari ini adalah satu cubaan besar untuk ramai peserta, kerana dengan musim
perayaan ramai tidak mahu ketinggalan dalam memperbaharui perkakas serta
barangan lama.
1) Hari ini AbangAbu mahukan anda batalkan semua barangan yang anda cadang
untuk membelinya dalam bentuk ansuran bulanan.
2) Anda hanya boleh membeli barangan tersebut jika anda mempunyai wang tunai
yang di peruntukan untuk barangan tadi. ( mulakan menabung sebahagian wang
anda untuk membelinya dengan tunai)
3) Barang Barang seperti TV, Peti Ais, Audio, Perabut , Home Movie System atau apa
apa jua barangan sama sekali pun termasuk carpet, baju exclusive dan sebagainya.
Tidak boleh anda membeli jika tidak mempunyai wang tunai yang telah anda
kumpulkan untuk membeli benda benda tersebut.
4) Walaupun anda mempunyai wang tambahan , jangan membeli dalam bentuk
ansuran. Kerana anda akan membayar lebih 30% hingga 300% kali lebih dari harga
belian anda.
Contoh : Harga Barang RM600 , bayar RM39 sebulan X 48bulan = RM 1881
( bayar lebih RM1200)
5) Gunakan perkakas dan barang barang yang sudah ada dan masih boleh
digunakan. Hanya beli jika anda betul betul perlu menukarkan dengan wang yang
telah anda kumpulkan untuk barang tersebut.
INGAT ! Anda tidak boleh gunakan wang tabung SIMPAN Challenge. Sebaliknya jika
anda ingin membeli barangan tersebut mula masukan duit ansuran yang mungkin
anda perlu bayar jika anda membelinya sekarang ke tabung Simpan Challenge dan
tuliskan di satu nota sebagai ingatan anda.

TIP ini membawa kembali pada satu ketika dulu AbangAbu juga pernah melakukan
kesilapan ini yang menyebabkan AbangAbu terkandas dalam kancah tikus dimana
bayar macamana sekali pun masih bertimbun dengan hutang ansuran. Dan masa
itu AbangAbu sedar akan bahaya pembelian ansuran lebih lebih lagi yang tidak
mempunyai pendapatan yang mencukupi.
Jadi , Batalkan Niat anda untuk membeli secara ansuran.
Dengan tip hari ini anda boleh menjimatkan diantara RM20 RM 300 sebulan.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Seperti mana yang diketahui, Allah s.w.t telah menyediakan banyak rezeki untuk
manusia di muka bumi ini. Setiap di antara kita mempunyai ujian yang berbezabeza dalam mendapatkan rezeki. Untuk mendapatkan rezeki tersebut, kita perlu
berusaha dengan gigih selain bersabar dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Ini
kerana sebaik-baik rezeki adalah dari hasil usaha diri kita sendiri.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: Tidaklah seorang di antara kamu makan
suatu makanan lebih baik daripada memakan hasil keringatnya sendiri. (HR
Baihaqi)
Dalam hadis lain Nabi bersabda: Tiada makanan yang lebih baik daripada hasil
usaha tangannya sendiri. (HR. Bukhari)
Janganlah kita jemu untuk berusaha kerana seorang Muslim yang berjaya akan
terus berusaha dan tabah menghadapi ujian selain bersyukur kepada Allah s.w.t.
dengan setiap rezeki yang diberikan.
Ok, macamana dgn tip hari nih. Ish yelah kan. Kalau beli secara ansuran, mmg
kita bayar bunga je. Cukup2lah kita beli rumah dgn kereta dan bayar secara
ansuran. Mmm.. wishlist Cik Yut lepas ni nak buka tabung utk beli laptop. Simpan
sket2 dlm tabung tu spy dpt beli netbook utk diri sendiri..huhuhuIngat, jangan
guna wang yg dikumpul dalam tabung Simpan Challenge!!

Sampai jumpa lagi!!

TIP #6 SIMPAN Challenge HARI TIDAK BOLEH BERBELANJA


oleh AbangAbu
Anda dah sampai ke tip hari 6. AbangAbu pasti tip tip selama ini ada yang
mencabar sekali buat anda sekeluarga. Kongsikan pengalaman anda bersama
abangabu ke email simpan@nowasia.sg atau abangabu@nowasia.sg
Hari ini satu lagi tip yang amat mencabar untuk dimulakan tetapi akan menjadi satu
tip yang boleh memberikan RM50 RM500 sebulan ke tabung SIMPAN Challenge.
Buy nothing day How To Survive A No Spending Day To Save Money
Hari ini anda harus bincangkan dengan keluarga anda berapa anggaran
perbelanjaan setiap hari.
Contohnya belanja- Hari ahad RM20 , Hari Isnin RM40, Hari selasa RM30, Hari Rabu
RM60 , Hari Khamis RM50 , Hari Jumaat RM45 , Hari Sabtu RM15. Jumlah RM260.
Dapatkan jumlah purata harian = RM260/7 = RM37.15
Setelah anda sudah dapatkan purata perbelanjaan harian anda , kini anda harus
memilih satu hari dalam seminggu yang anda tidak akan berbelanja. Bincangkan
bersama keluarga anda dan sama sama tetapkan hari tersebut.
Untuk hari yang telah ditetapkan itu anda sekeluarga tidak boleh berbelanja malah
jumlah purata yang anda kirakan tadi harus dimasukan kedalam tabung SIMPAN
Challenge.
Anda tidak boleh membeli apa apa pun hari tersebut samada mengunakan wang
tunai atau kad kredit anda.
AbangAbu pasti ramai akan mempunyai soalan mengenai tip hari ini kerana ianya
mencabar sekali. AbangAbu akan menjawap segala pertanyaan anda , itulah
matlamat AbangAbu.
Pastikan hari yang dipilih disetuji oleh semua ahli keluarga dan praktikan tip ini.
AbangAbu ingin sekali tahu apa anda semua lakukan dengan tip ini.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Wang dan harta adalah merupakan antara perkara yang terpenting dalam
kehidupan manusia. Ini adalah kerana banyak perkara dalam kehidupan seharian
kita berkaitan dengan urusan wang. Tidak terlepas juga dalam urusan ibadah, wang
juga turut berperanan seperti contoh ibadah haji dan waqaf. Oleh yang demikian,
agama Islam telah banyak memberikan panduan dan peringatan tentang
pengurusan kewangan seharian kita, iaitu dari cara mendapatkannya,
menyimpannya hingga membelanjakannya. Seorang Muslim yang berjaya
menguruskan kewangan dengan baik akan diberkati dirinya serta hartanya di dunia
dan mendapat keselesaan di akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Allah memberikan rahmat kepada


seseorang yang berusaha mencari harta dengan jalan yang halal dan
membelanjakannya dengan cara sederhana dan berhemat serta menabung
kelebihannya untuk hari susah dan hajatnya. [Riwayat Ibn an-Najjar

TIP #7 SIMPAN CHALLENGE BANK & ANDA


oleh AbangAbu
Kalau dalam tip 2 AbangAbu minta anda semua meminta diskaun sebelum
membuat bayaran apa apa sekalipun, tip hari ini sedikit berlainan tetapi akan
menguntungkan anda.
AbangAbu pasti ramai antara anda yang membayar macam macam bil bulanan.
Contohnya , Bil elektrik, bil air, bil internet dan macam macam lagi.
Hari ini AbangAbu ingin anda bincangkan mengenai urusan dengan bank. Yang tidak
mempunyai pinjaman bank , mungkin anda ada pinjaman dari syarikat atau dari
skim pinjaman di tempat kerja anda.
BANK
Adakah anda mempunyai akuan bank? Jika ada, pernah kah anda melihat statement
bulanan.
Pastikan anda tidak membayar sebarang yuran atau monthly fee. Ini kadang kadang
berlaku jika akaun anda tidak mencukupi , tetapi anda masih boleh minta pihak
bank supaya tidak mengenakan anda sebarang bayaran untuk itu.
Kadang kala anda juga akan membayar sesuatu perkhidmatan yang anda tidak
gunakan , Anda boleh minta pihak bank menghentikan perkhidmatan tersebut.
INGAT ! Anda tidak perlu rasa takut untuk berbincang dengan pihak bank. Ini sebab
AbangAbu sendiri dulu memang takut untuk berjumpa pihak bank.
Bagi anda yang mempunyai hutang bank ( loan) dan tidak dapat membayar dengan
tepat pada waktu pasti anda akan dikenakan denda lewat, Anda perlu menghubungi
pihak bank dan minta supaya denda tadi dimansuhkan (dipadamkan).
Denda lewat ini telah menyebabkan ramai terpaksa membayar dari RM40 hingga
RM60 untuk satu pembayaran lewat. Bayangkan jika anda mempunyai 3 bank yang
anda bayar lewat. Ini akan menyebabkan anda kehilangan diantara RM120 hingga
RM180 sebulan.
Ini juga selalu berlaku dalam bayaran kad kredit, pinjaman persendirian ( personal
loan).
Hari ini, bincangkan dengan keluarga anda serta semak semua urusan dengan bank
anda . Pastikan anda tidak membayar sebarang kos yang anda tidak harus
membayarnya.
Anda pasti akan berasa senang hati setelah anda berbincang dengan pihak bank.
Jangan putus asa jika pada panggilan pertama mereka tidak memberikan butir
butir , sebaliknya berjumpa dengan mereka.

Banyak perkara yang akan anda ketahui yang akan membantu anda menjimatkan
wang di masa hapadan juga.
Hubungi simpan@nowasia.sg , jika anda mempunyai pandangan serta soalan
mengenai tip ini
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Kita sedari bahawa rezeki adalah dari Allah s.w.t dan setiap manusia telah
ditetapkan akan rezekinya. Walaubagaimana pun, ketetapan yang dimaksudkan
adalah berkaitan dengan usaha dan masa. Sebagai contoh, Allah s.w.t telah
menetapkan rezeki Ahmad RM50 sekiranya dia berusaha untuk 5 jam, dan telah
menetapkan RM100 sekiranya dia berusaha untuk 8 jam. Begitu juga dengan
kesungguhan, ketekunan dan kerajinan yang dilakukan oleh seseorang itu juga
mempunyai kaitan dengan ketetapan rezekinya. Apakah sama ganjaran bagi
mereka yang berlainan usahanya? Mereka yang berusaha lebih akan mendapat
lebih, itulah janji Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa ayat 32, yang bermaksud: Dan janganlah
kamu terlalu mengharapkan (ingin mendapat) limpah kurnia yang Allah telah
berikan kepada sebahagian dari kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi
sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat
kebesaran). (Kerana telah tetap) orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang
mereka usahakan, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang
mereka usahakan; (maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada Allah akan
limpah kurnianya. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap
sesuatu.
Seorang Muslim yang cemerlang akan terus meningkatkan lagi usahanya serta
menetapkan sendiri hala tuju kehidupannya, dan tidak membiarkan masa yang
menentukan kehidupannya.

TIP #8 SIMPAN CHALLENGE- UBAH-ELOK RUMAH (DIY)


oleh AbangAbu
Pasti di musim perayaan anda akan terfikir untuk melakukan perubahan didalam
rumah anda. Mungkin ubah suai bilik, ruang tamu atau dapur , serta perkara
perkara yang kecil yang lain.
Sudah tentu perubahan sebegini akan memeriahkan suasana perayaan. Biasanya
anda akan mendapatkan perkhidmatan professional. Dengan kos barangan serta
kos perkhidmatan akan menjadikan kerja ubah suai yang sedikit pun menelan
belanja yang tinggi.
Ada yang menghabiskan semua simpanan mereka , ada pula membuat pinjaman
untuk itu.Ini adalah kesilapan. Kini telah ada pakej (DIY) ,dimana semua kerja ubah
suai yang sedikit boleh dilakukan oleh anda sendiri.
Ikuti tip tip AbangAbu ini yang membolehkan anda menjimatkan wang anda dalam
melakukan kerja kerja ubah suai.
1. Buat Kajian
Sebelum membuat sebarang kerja ubah suai , buat selidikan mengenai harga harga
pakej ubah suai di pasaran. Dapatkan harga dari sumber yang berlainan. Biasanya
harga pakej bermula RM1000 RM10000 atau lebih.
2. Dapat harga anggaran
Sekiranya anda ingin mendapatkan perkhidmatan Anda boleh dapatkan harga pakej
supaya anda tahu anggaran wang yang perlu anda sediakan untuk kerja kerja ubah
suai itu.
3. Buat kira kira
Anda perlu membuat kira kira dalam mendapatkan harga untuk bahan bahan yang
diperlukan untuk ubah suai yang anda inginkan.
Ini amat penting sekali sekiranya anda perlukan perkhidmatan professional , kerana
anda sudah tahu akan kos bahan bahan yang diperlukan, Maka anda tidak boleh
diperdayakan oleh sesiapapun.
Anda juga harus beri perhatian hanya kepada yang paling perlu untuk ubah suai jika
bajet anda tidak mencukupi untuk semua.
4. Bolehkah ini dilakukan sendiri?
Jika anda ingin berjimat maka pastikan samada anda betul betul perlukan
perkhidmatan professional , atau anda boleh lakukan sendiri.
AbangAbu ingin ada pastikan supaya anda membuat keputusan yang tepat. Ini
kerana walaupun anda melakukan kerja kerja ubah suai sendiri kadang kala boleh

merugikan kerana anda mungkin tidak mahir dalam sesuatu dan kos akan
bertambah jugak.
5. Dapatkan pendapat
Dapatkan pendapat dari jiran atau saudara yang mungkin baru melakukan kerja
kerja ubah suai. Ini akan memberikan anda idea apa yang perlu dan apa yang tidak
perlu anda lakukan. Ini menjimatkan wang diantara RM200 hingga RM2000
bergantung apa kerja ubah suai yang anda lakukan.
AbangAbu sendiri kini banyak melakukan kerja kerja pembaikan dirumah.
Sebagai contoh satu kerja pembaikan besen air yang abangabu lakukan sebelum
ini.
Jika mendapatkan perkhidmatan tukang RM20 yuran professional sebab datang
rumah, RM40 upah kerja, RM15 bahan yang harus ditukar ganti. Jumlah RM75
AbangAbu lakukan sendiri dengan hanya membeli bahan yang digantikan sahaja.
Abangabu dapat jimat RM60 dalam contoh ini.
Adalah baik sekiranya anda masukan 50% duit yang di jimatkan tadi kedalam
tabung SIMPAN Challenge.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Seperti yang diketahui, setiap manusia mempunyai peranan dan tanggungjawab
tersendiri, terutama sekali seorang ketua keluarga. Antara peranan seorang bapa
dalam keluarga adalah untuk memastikan tanggungannya mempunyai tempat
berteduh, pakaian serta makanan seharian yang mencukupi untuk seisi keluarga.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Tinggalkan anak dan isteri kamu
dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan
meminta-minta. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Hadis di atas, menyuruh kita memandang ke hadapan dan membayangkan
bagaimana keadaan tanggungan kita seandainya kita dijemput Allah s.w.t kelak.
Oleh kerana kita tidak tahu bila kita akan meninggalkan dunia ini, maka kita
perlulah sentiasa bersiap sedia. Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah
menabung bagi masa-masa sukar, ia mungkin bukan untuk kegunaan kita tetapi
ahli keluarga kita yang lain. Seorang Muslim yang bijak akan sentiasa memandang
ke hadapan serta mempersiapkan diri untuk setiap kemungkinan yang akan berlaku
pada dirinya serta keluarga.

TIP #9 SIMPAN CHALLENGE- BELAJAR DARI KESILAPAN LALU


oleh AbangAbu
Tip hari ini adalah untuk anda belajar dari kesilapan anda sendiri mahupun orang
lain dalam membuat keputusan kewangan.
mistakes and three tips on
Untuk memulakan , AbangAbu ingin memberikan kesilapan yang telah AbangAbu
lakukan sebelum ini dan sebagai pelajaran kepada diri AbangAbu sendiri dan pada
yang lain supaya anda tidak melakukan kesilapan ini.
Ada 7 kesilapan yang AbangAbu lakukan pada pendapat AbangAbu telah
merugikan.
1. Berbelanja melebihi pendapatan
AA( AbangAbu) pernah berbelanja lebih dari pendapatan untuk waktu yang panjang.
Sentiasa membeli apa yang ingin walaupun tidak perlu. Ini telah menjadikan
keadaan kewangan yang tertekan sehingga mengakibatkan hutang.
Pelajaran yang AA dapat: Perbelanjaan mesti kurang dari pendapatan.
AbangAbu telah membuat keputusan semenjak hari itu untuk berbelanja kurang
dari pendapatan. Yang terbaik 70% dari pendapatan anda.
2. Beli kereta baru
AA merasakan satu kesilapan yang AA lakukan dengan membeli kereta baru . Ini
kerana sebaik sahaja saya memandu dari bilik pameran harga kereta tu dah turun
30%.
Adalah lebih baik jika AbangAbu beli kereta terpakai 2 tahun kerana harga untuk
kereta yang sama lebih 40%murah. Jangan ingat AA tak minat kereta baru,malah
AA suka dengan kereta, Bagaimana pun untuk sekarang AA belum mahu memiliki
apa apa kereta pun.Pelajaran yang AA dapat: Beli kereta yang sudah dipakai 2
hingga 3 tahun supaya dapat menjimatkan wang yang banyak.
3. Tidak bayar bil Kad Kredit
Dulu AA memang selalu lambat bayar hutang kredit. Setiap kali lambat akan
didenda sehingga RM30 dan ini menyebabkan jumlah hutang melebihi kredit yang
diberi.
Kini, AA masih gunakan kad kredit tetapi sebagi kad debit dimana hanya gunakan
apa yang ada didalam akaun.Pelajaran yang AA dapat: Bayar bil kad kredit sebelum
1 minggu dari tarikh digunakan. Ada kad kredit yang menawarkan 25 hari tetapi
ingat kadang kala akan ditukar oleh pihak bank. Jika anda punyai hutang kredit
pastikan anda bayaran bulanan min tetap pada waktu. Tetapkan satu tarikh yang
tetap setiap bulan untuk membayarnya.
4. Tidak ada simpanan kecemasan

Simpan kecemasan( Emergency Fund) pada pandangan AA adalah yang kedua


penting selepas berbelanja kurang dari pendapatan.
AA telah mengalami keadaan yang tertekan kerana tidak menyediakan simpanan
kecemasan yang mencukupi sebelum membuat satu pelaburan yang menyebabkan
kerugian yang besar. Dengan mempunyai simpanan kecemasan anda tidak akan
terasa tertekan jika sesuatu kesulitan berlaku.
Pelajaran yang AA dapat: Sediakan simpanan kecemasan yang tidak boleh
dibelanjaan kan. Juga pastikan mempunyai simpanan kecemasan yang mencukupi
sebelum membuat sebarang pelaburan.
AA ada banyak lagi yang boleh dikongsikan tetapi ini antara yang memberikan
pelajaran yang amat berguna untuk AA.
And I would be embarassed in
Kini giliran anda.
Apa kesilapan yang pernah anda lakukan? Apakah yang anda buat sekiranya diberi
peluang untuk membetulkan kesilapan tersebut?
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Islam telah mengajar kita erti kehidupan dan menyuruh kita merancang sebaik
mungkin masa depan kita dengan memanfaatkan ilmu pengetahuan serta berusaha
dan bertawakal kepada Allah s.w.t. Marilah kita bersama-sama menghayati sebuah
hadis yang mana Nabi Muhammad s.a.w menekankan kepentingan untuk
merancang masa depan tanpa mengira waktu dan usia, sama ada kita sihat atau
tidak, muda mahupun tua.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Jika datang hari kiamat dan di
tangan seorang daripada kamu ada satu bijian tanaman, maka jika dia mampu
menanamnya, hendaklah dia melakukannya. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Ahmad)
Seorang Muslim yang berjaya akan terus memanfaatkan rezeki yang dimiliki dengan
sebaik mungkin serta mencari jalan untuk menggandakannya dengan cara yang
halal.

TIP #10 SIMPAN CHALLENGE- BERBELANJA MUSIM PERAYAAN


oleh AbangAbu
Hari ini tip yang amat penting sekali untuk diamalkan dimusim perayaan supaya
anda masih boleh menyimpan dan berjimat.
Menyimpan duit di musim perayaan adalah paling mencabar sekali dimana
perbelanjaan adalah sesuatu yang amat perlu dalam musim perayaan.
Jadi bagaimana? Mudah sahaja ;
1) Anda harus membuat bajet raya dalam memastikan apakah yang anda perlu beli
sebelum berbelanja.Semua anggota keluarga mesti setuju pada bajet serta semua
barangan yang perlu dibeli.
Anda juga dilarang untuk menukarkan senerai dengan membeli barangan yang
tidak dituliskan dalam senarai bajet anda.
INGAT ! hanya beli apa yang telah pun anda tulis dalam bajet anda.
2) Setelah sudah mempunyai bajet , pastikan semua anggota keluarga dapat
membeli apa yang mereka perlukan. Ini adalah supaya anda tidak berbelanja lebih
untuk seseorang setibanya di tempat membeli belah .
3) Kalau benda yang anda bajetkan itu lebih murah , maka beli dengan harga yang
lebih kurang dari bajet anda , maka ini boleh menjadi duit untuk tabung SIMPAN
Challenge anda. Pentingnya anda sudah mendapatkan barang yang diperlukan tadi,
jangan cuba mencari barang yang harganya seperti yang anda bajetkan sekiranya
anda boleh mendapatkan dengan harga potongan.
4) Jika anda mempunyai masa membuat kuih sendiri di rumah adalah lebih baik dari
membelinya. Tetapi sekiranya ia memerlukan anda mengambil cuti kerja tanpa gaji
AbangAbu cadangkan, supaya dapatkan kuih kuih raya yang telah disiapkan.
Jika anda buat kira kira , anda masih boleh mendapatkan harga yang amat
berpatutatan seperti mana wang yang anda perlu belanja jika membuatnya sendiri.
5) Jika anda bercadang untuk membeli hadiah untuk kaum keluarga yang lain,
pastikan anda tidak membeli barang barang yang mewah dengan mengunakan
wang kredit yang boleh menyebabkan anda menghadapi kesukaran kewangan
dimasa akan datang.
INGAT ! Hanya beli hadiah yang sesuai dengan keadaan kewangan anda, Jangan beli
hadiah jika anda tidak bayar secara tunai.
AbangAbu pasti anda boleh menjimatkan antara diantara RM50 hingga RM500
dalam perbelanjaan Hari Raya keluarga anda.
AbangAbu baru sahaja menjimatkan RM500 wang perbelanjaan hari raya tahun ini.
Bagaimana?

Tahun lalu AA berbelanja lebih RM1000 untuk perbelanjaan keluarga yang


mengandungi 4 orang anak, isteri dan AA.
Tahun ini AA berjaya menjimatkan RM500 RM , pada barangan yang hampir sama ,
malah lebih sedikit dari tahun lalu.
Tip ini adalah tip yang mungkin tidak sesuai untuk semua , tetapi ini satu cara yang
AA rasa sesuai pada diri AA. AA berbelanja hari Raya tahun ini di Johor Bharu.
Walau bagaimanapun anda juga perlu tahu dimana untuk membeli belah di sana
kerana harga di kompleks sama juga seperti di Singapura dan ini akan merugikan
anda .
Tempat yang sesuai di Johor Bharu adalah di Plaza Angsana.
AA cadangkan anda membuat perancangan yang rapi sebelum membuat keputusan
untuk berbelanja hari raya.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Islam adalah agama yang mementingkan prinsip keseimbangan, menolak sifat
bakhil dan mengharamkan pembaziran atau menggunakan harta untuk hal-hal yang
tidak bermanfaat. Marilah kita renungkan dan menghayati ayat dibawah ini sambil
menjadikannya panduan kita dalam persiapan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Israa ayat 26-27, yang bermaksud: Dan
berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya
masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang
melampau.Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara
Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada
Tuhannya.
Seorang Muslim yang bijak akan mencari jalan untuk terus memanfaatkan barangbarang yang dimiliknya sebaik mungkin, bagi menggelakkan sifat boros sdan
pembaziran berlaku.

TIP #11 SIMPAN CHALLENGE- RILEX


oleh AbangAbu
Sudah 10 TIP SIMPAN Challenge yang di berikan. Dimana kah anda dalam mencapai
matlamat anda dalam SIMPAN Challenge ini.
Hari ini adalah untuk anda melihat kembali kesemua tip tip dan memastikan anda
sudah melaksanakan semua tip.
Bagi anda yang masih belum dapat melaksanakan tip tip ini cuba lakukan hari ini
semua tip yang masih belum dilaksanakan.
Dalam mencapai matlamat kewangan adalah baik untuk anda memastikan satu hari
untuk melihat kembali dan mengetahui sejauh mana anda berada dari matlamat
anda serta apa yang anda harus lakukan supaya matlamat tersebut boleh dicapai.
Ini sebab utama AbangAbu mahu anda semua lihat semua apa yang anda telah
berjaya lakukan dan apa yang anda perlu lakukan.
Antara perkara yang AbangAbu ingin anda lakukan;
1) Dapatkan jumlah yang telah anda kumpul sejauh ini?
2) Kalau masih jauh dari matlamat simpanan anda, bincangkan dengan keluarga
anda, apakah yang masih anda belum lakukan serta apakah yang anda rancang
lakukan dalam mencapai matlamat simpanan anda.
INGAT ! Matlamat SIMPAN Challenge adalah RM1000.
3) Tuliskan Matlamat SIMPANAN Keluarga anda dan juga berapa yang anda sudah
capai di atas sekeping kad (Drawing Block) yang boleh dilihat oleh semua anggota
keluarga.
Matlamat AbangAbu adalah untuk menjadikan semua anggota keluarga
bersemangat dalam mencapai matlamat yang telah dipersetujui.
Dengan melihat KAD , akan dapat membuat anda fokuskan minda anda dalam
mencapai matlamat anda.
Hari ini, tugas anda adalah untuk pastikan semua tip telah dilaksanakan. Bagi
mereka yang dah buat semua tip, AbangAbu ucapkan Syabas dan yang masih
belum usahakan hari ini juga.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Alhamdulillah, banyak yang telah kita pelajari dari tips-tips Simpan Challenge, dan
telah mula mengumpul serta berjimat seberapa mungkin. Tahniah bagi mereka
yang telah memanfaatkan ilmu tersebut. Dalam masa kita mengumpul dan
menabung, kita juga perlu memahami bahawa bukan semua wang atau harta yang
ada dalam tangan kita merupakan milik kita secara mutlak.

Ini kerana Allah s.w.t telah meletakan sebahagian rezeki orang lain pada
pendapatan kita. Ia bertujuan untuk memupuk dalam kehidupan kita erti kasih
sayang, ihsan serta rasa tanggungjawab terhadap sesama manusia, selain menjadi
ujian untuk melihat sama ada kita ini mempunyai sifat bakhil, lokek dan
sebagainya. Oleh yang demikian, telah diwajibkan ke atas kita untuk mengeluarkan
zakat serta digalakkan untuk bersedekah bagi memastikan setaip manusia
mendapat hak mereka.
Firman Allah s.w.t dalam surah az-Zariyat ayat 19, yang bermaksud: Dan pada
harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk
orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada
meminta).
Firman Allah s.w.t dalam surah at-Taubah ayat 35, yang bermaksud: (Iaitu) pada hari
dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar
dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (sambil
dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu
sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu.
Marilah kita menjalankan tanggungjawab kita dengan menderma serta
mengeluarkan zakat. Lebih-lebih lagi kita sedang berada bulan Ramadhan yang
mana diwajibkan kita mengeluarkan zakat Fitrah dan sangat-sangat digalakkan
untuk memperbanyakan bersedekah dibulan yang mulia ini.

TIP #12 SIMPAN CHALLENGE- MENJAGA BARANGAN DENGAN RAPI


oleh AbangAbu
Hari ini semua peserta yang telah menghantarkan pandangan serta soalan pada
AbangAbu akan menerima hadiah ebook misteri yang amat berguna sekali untuk
kejayaan kewangan anda.
Bagi anda yang belum berpeluang untuk memberi pandangan anda boleh juga
menceritakan pengalaman anda kerana ada hadiah misteri menunggu semua
peserta SIMPAN Challenge yang mengambil bahagian.
Tip hari ini memang amat mudah sekali, tetapi ramai tidak memberikan perhatian
pada perkara yang AbangAbu akan bincangkan. Tip hari ini boleh menjimatkan anda
diantara RM20 hingga RM500 sebulan .
Tip hari ini adalah, anda sekeluarga harus berjanji untuk menjaga semua barangan
yang digunakan dengan baik. Ini adalah tanggungjawab sekeluarga.
Apa yang dikatakan AbangAbu adalah perkara perkara seperti membersihkan
rumah, membasuh kereta, menjaga pakaian, komputer, T.V, serta pelbagai
barangan yang anda gunakan seharian.
Menjaga semua ini dengan baik akan menjadikan alat perkakas serta barangan ini
boleh bertahan lebih lama yang dengan sendirinya menjimatkan wang anda serta
memberikan pandangan positif pada personaliti anda .
Contohnya, jika anda mempunyai kasut kulit yang berharga, dengan membersihkan
setelah diguna (polishing) akan menjadikan kasut itu bertahan lebih lama. Kerana
jika tidak dibersihkan, kasut ini akan rosak dengan cepat.
Anda terpaksa membeli kasut setiap 3 bulan seperti AbangAbu sebelum
mengamalkan tip ini. Dengan mengamalkan sifat ini juga akan memberikan kesan
positif terhadap personaliti anda, kerana kasut yang dijaga dengan rapi akan
menampakkan anda sebagai seorang yang bersih dan bertanggungjawab , seperti
juga dengan pakaian anda. Ini akan menaikan taraf anda di tempat kerja dan juga
tempat awam. Beg , telefon bimbit, komputer riba, serta semua alat perkakas di
rumah boleh bertahan lebih lama jika dijaga dengan rapi. Juga barang barang yang
mudah pecah seperti barangan kaca dan gelas. -Handle With Care Tag Word
Anda juga boleh membahagikan tanggung jawap untuk menjaga sesuatu barang
pada seseorang yang tertentu.
AbangAbu juga mempunyai bajet untuk membeli pakaian untuk anak-anak setiap 2
bulan, dan jika mereka yang menjaga dengan baik tidak perlu membeli pakaian tadi
, abangabu akan memberikan wang bajet pakaian mereka untuk ditabungkan.
Ini menjadikan mereka bersemangat untuk menjaga semua perkakas dengan rapi
serta bertanggungjawab.

Satu lagi cara adalah untuk menulis tarikh anda membeli sesuatu produk , ini dapat
memberi anda untuk mengetahui berapa lama produk itu dapat bertahan.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Wang dan harta yang ada pada kita adalah dari Allah s.w.t, maka segala urusan kita
berkaitan dengan wang dan harta hendaklah juga kerana Allah s.w.t. Ia bermaksud
sekiranya kita ingin menyimpan, membelanjakan, menggandakan atau
bersedekahkan wang dan harta kita, hendaklah kita berfikir dahulu apakah
matlamat kita untuk melakukan amalan tersebut.
Oleh yang demikian, marilah kita tetapkan segala amalan kita hanya untuk Allah
s.w.t, iaitu demi untuk mendapatkan keredhaannya. Ini adalah kerana setiap kerja
amalan kita sangat bergantung kepada niat kita. Dengan melakukan sedemikian, ia
dapat membantu kita untuk menggelakkan dari bersikap boros, lokek serta
menyalahgunakan wang dan harta kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 272, yang bermaksud: Dan apa jua
harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan
pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan
sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu
dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada
kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.
Seorang Muslim yang berjaya akan melakukan setiap kerja atau amalannya hanya
untuk mendapatkan kasih sayang serta keredhaan dari Allah s.w.t.

TIP #13 SIMPAN CHALLENGE- BIL TALIPON BIMBIT


oleh AbangAbu
Antara bil yang sering memerlukan sebahagian dari pendapatan anda adalah bil
telefon. Dengan adanya telefon bimbit, kini sudah menjadi lumrah setiap anggota
keluarga memiliki satu atau dua hp.Ada keluarga yang membayar hampir RM500
sebulan bayaran bil hp walaupun mereka tidak mempunyai apa apa urusan penting
atau perniagaan.
AbangAbu juga dapati bahawa ramai keluarga yang berpendapatan rendah juga
membayar bil telefon yang tinggi.
Tip hari ini akan membincangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk
mengurangkan bil telefon anda.Matlamat anda adalah untuk mengurangkan 20%
dari jumlah bil telefon bimbit anda.
1) Pastikan anda hanya membuat panggilan jika perlu dan bukan kerana anda
mempunyai telefon bimbit. Ramai menggunakan hp untuk berbual panjang untuk
perkara perkara yang tidak penting.
2) Dapatkan pelan yang sesuai untuk anda, juga pastikan anda tidak membayar
yuran untuk perkhidmatan yang anda tidak perlu , seperti call waiting, call transfer,
voicemail, dan sebagainya.
Nota Cik Yut : Kenalpasti anda pengguna yg bagaimana. Adakah yang jenis kerap
membuat panggilan atau yg jenis suka menghantar SMS, atau yg jenis suka terima
panngilan sahaja? Dapatkan pelan yg bersesuaian dgn diri kita. Bukan mengikut
orang lain.
3) Tetapkan masa maksima yang akan anda gunakan setiap kali membuat
panggilan dari telefon bimbit. Misalnya 3 minit sahaja untuk setiap panggilan. Jika
terdapat talipon awam berdekatan dengan tempat anda berada maka gunakan
talipon awam. Ini amat menjimatkan.
4) SMS , kadang kala dengan menggunakan khidmat sms akan lebih menjimatkan
serta juga memudahkan, tetapi anda harus berjaga jaga tidak melebihi had yang
diberi dalam pelan anda.
5) Jika anda selalu ke luar negara pastikan anda hanya gunakan jika penting sahaja
kerana caj yang tinggi. Misalanya jika dari Malaysia setiap sms yang dihantar di caj
RM0.50 , maka berhati hati .
AbangAbu pernah menerima bil sebanyak RM300 hanya untuk sms yang dilakukan
dari Malaysia ketika AbangAbu berada disana.
6) Jika anda tidak mempunyai displin untuk mengikut semua diatas serta selalu
menerima bil yang tinggi maka adalah baik untuk anda mendapatkan prepaid . Ini
akan menjimatkan serta mendisplinkan anda.

Rakan AbangAbu yang menerima bil bulanan sehingga RM250 RM300 setiap bulan
mendapati menelan sebahagian wang gaji beliau. Setelah gaji beliau di turunkan ,
beliau menghadapi masalah kewangan. Maka beliau menamatkan khidmat bulanan
dan mendapatkan khidmat prepaid. Kini sudah hampir 4 bulan beliau hanya
membayar RM50 setiap bulan untuk kad prepaid. Ini menjimatkan hampir RM200
setiap bulan.
Nota Cik Yut : Nak guna prepaid pun kenalah pandai merancang. Ikut cara no 1 tadi,
guna bila perlu saja. Kalau tak, sama jugaklahh postpaid ke prepaid
AbangAbu mahu anda sekeluarga berbincang untuk memastikan anda tidak
membayar bil talipon secara berlebihan. Buat satu perancangan yang anda tidak
akan melebihi bajet bil talipon setiap bulan.
Bincangkan juga cara lain yang anda sekeluarga boleh gunakan utk mengurangkan
bil talipon anda sekurang kurangnya sebanyak 20% pada bil yang akan datang. Duit
yang berjaya dijimatkan boleh dimasukan ke dalam tabung SIMPAN Challenge.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid


Umat Islam telah disebut sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk
manusia. Itulah gelaran yang telah diberikan kepada kita semua. Kita merupakan
umat yang telah diajarkan atau diterapkan erti ihsan, kasih sayang dan
berperihatin. Dalam masa kita sibuk mengumpul wang, janganlah kita lupa akan
nasib golongan yang menghadapi kesempitan kewangan dan yang memerlukan.
Marilah kita membelanjakan sebahagian daripada harta yang Allah s.w.t kurniakan
kepada kita untuk membantu mereka yang memerlukan, tanpa batasan agama,
bangsa mahu pun negara.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 92, yang bermaksud: Kamu tidak
sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna)
sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa
jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Dan juga firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 133-134, yang bermaksud:
Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat)
keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas
segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; Iaitu
orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan
kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat
perkara-perkara yang baik.
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa mendermakan sebahagian wangnya
sama ada dirinya dalam keadaan senang atau pun susah. Kerana tidak akan
seseorang itu menjadi papa dengan menderma.

TIP #14 SIMPAN Challenge BERKONGSI Bersama Keluarga


oleh AbangAbu
AbangAbu pasti anda telah melaksanakan semua tip tip yang telah diberikan sejauh
ini.
Hari ini AbangAbu akan berikan satu tip yang akan menjimatkan. Tip hari ini adalah
untuk anda bincangkan apakah barang barang yang boleh dikongsikan oleh semua
anggota keluarga.
How well do you share?
Lihat kembali semua barang-barang yang anda gunakan. Adakah ianya boleh
dikongsikan. Contohnya , permainan komputer, PSP , kamera, perakam video dan
lain lain lagi.
AbangAbu sering melihat dalam satu keluarga yang mempunyai 3 orang anak
mempunyai 3 PSP. Apa kata kalau alat itu boleh dikongsikan bersama sama. Ini
boleh menjimatkan hampir RM600 yang boleh digunakan untuk perkara yang lain.
Begitu juga pakaian mewah , bag dan sebagainya , boleh dikongsikan bersama
diantara ahli keluarga.
Tip ini juga telah dikongsikan oleh salah seorang peserta Simpan Challenge dimana
beliau telah menjimatkan wang bajet pakaian beliau dengan berkongsi pakaian
mewah dengan adik beliau.
Bagaimana pun kesemua anggota mestilah bersetuju dengan apa yang ingin
dikongsikan.
Tip hari ini boleh menjimatkan antara RM50 RM500 dalam sesebuah keluarga.
Apa pendapat anda dengan tip ini ?
Nota Cik Yut : Sila tinggalkan komen kalian ye. Cik Yut nak juga tahu apa pendapat
kalian dalam setiap tip yg Cik Yut kongsi nih.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Boleh dikatakan setiap manusia mempunyai impian serta matlamat dalam
melakukan sesuatu perkara. Islam juga telah mengajarkan kita bagaimana
menjadikan impian atau matlamat yang baik satu realiti. Impian dan matlamat tidak
akan tercapai sekiranya kita tidak mengorak langkah, berusaha, bersungguhsungguh, selain berdoa dan bertawakkal.
Di dalam perjalanan mencapai impian dan matlamat, kita pasti akan diujian oleh
Allah s.w.t. Begitu juga dengan matlamat yang telah kita tetapkan dalam Simpan
Challenge ini, kita juga akan diuji yang berkemungkinan melalui nafsu kita sendiri.
Oleh yang demikian, hendaklah kita jujur dengan niat serta matlamat kita sendiri,
iaitu melakukan sesuatu perkara dengan sungguh-sungguh.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya Allah s.w.t


menyukai apabila sesuatu pekerjaan, ia melakukannya bersungguh-sungguh.
(Hadis riwayat Imam al-Baihaqi, daripada Syaidatuna Aisyah RA)
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa melakukan segala perkara atau
urusannya dengan sebaik mungkin, bersungguh-sungguh, bersandarkan ilmu
pengetahuan, memohon pertolongan dari Allah s.w.t dan bertawakkal.

TIP #15 SIMPAN CHALLENGE CARA BAYAR HUTANG KAD KREDIT


oleh AbangAbu
Atas permintaan ramai peserta, AbangAbu mahu tip hari ini berkenaan hutang Kad
Kredit. Hutang kad kredit selalu menjadi beban ramai anggota masyarakat. Ada
yang memang bayar secara konsisten tetapi masih tidak melihat hutang mereka
berkurangan. Banyak pembaziran wang yang berlaku kerana ini. Jadi bagaimana
anda boleh melunaskan hutang kad kredit anda supaya dapat menjimatkan wang
anda .
Tip hari mungkin tidak releven kepada orang yang tidak mempunyai kad kredit ,
tetapi ini boleh memberikan anda satu pelajaran yang baik. Tip hari ini adalah cara
untuk membayar hutang kad kredit dan bukan cara mengunakan kad kredit akan
AbangAbu bincangkan dalam tip hari 19.
Jika anda mempunyai hutang kad kredit maka ini adalah cara membayar yang betul,
lebih lebih lagi jika anda mempunyai lebih dari 3 kad. Buku Kompas Wang
menyediakan sistem tulis bayaran balik hutang kad kredit secara terperinci.
Bayar hutang yang kecil dahulu
Selepas habis bayar hutang kecil itu, gunakan wang yang dibayar hutang kecil tadi
ditambah dengan hutang yang kedua, dengan ini anda bukan membayar wang yang
lebih tetapi wang yang sama tetapi hutang akan langsai dengan lebih pantas.
Lihat contoh yang AbangAbu berikan dibawah.
Permulaan , nama bank, jumlah hutang serta bayaran minimum anda.
Nama bank, Jumlah Hutang, Bayaran MIN Bulanan
C bank Visa RM3,800 RM134
D Bank RM3,500 RM129
Nations Bank RM2,000 RM71
B of A (Visa) RM1,500 RM66
TOTAL RM10,800 RM400
Sekiranya anda bayar semua dengan minima sahaja maka hutang kad kredit anda
tidak akan berkurangan sama sekali. Maka anda harus membayar lebih dari
bayaran minima jika anda ingin lunaskan dengan cepat.
Mungkin ada yang memang selalu bayar lebih tetapi sama juga, ini adalah kerana
cara bayaran anda yang salah.
Nama Jumlah Hutang Bulanan Dibayar Cara Betul

C bank Visa RM3,800 RM134 RM150 RM134


D Bank RM3,500 RM129 RM150 RM129
Nations Bank RM2,000 RM71 RM100 RM71
Bank A (Visa) RM1,500 RM66 RM100 RM166
TOTAL RM10,800 RM400 RM500 RM500
Kebiasaanya , walaupun jumlah minima adalah RM134 selalunya anda akan
membayar RM150 ( merah) dan juga pada hutang kad kredit yang lain, dan ini
adalah cara yang salah.
Cara yang betul adalah anda perlu bayar sekurang kurangnya dua kali bayaran
minima jika anda ingin melunaskan dengan cepat . Jika anda bayar seperti model
merah, hutang anda tidak akan berkurangan . Ada sistem perkiraan sebenarnya.
Lihat yang biru
Langkah langkah
1) Pilih kad kredit yang hutang yang paling kecil , dalam contoh di atas Bank A .
2) Bayaran kad kad lain hanya bayar minimum yang perlu dibayar sahaja. Contoh
diatas yang berwarna biru.Jangan bayar sesen pun lebih dari bayaran minima.
3) Bayaran Bank A Kad kredit yang hutangnya paling kecil perlu dibayar sekurang
kurangnya 2x bayaran minimum atau lebih.
4) Anda tidak boleh mengunakan kad kredit untuk berbelanja sehingga hutang anda
dilunaskan. Terbaik jika anda hentikan semua khidmat kad kredit anda.
5) Pastikan anda tidak di kenakan denda lewat lagi.
6) Anda juga boleh menghubungi pihak bank untuk mengurangkan interest kad
kredit anda.( Cuba sahaja)
Dengan cara bayaran ini anda akan dapat melunaskan Bank A dalam 12 15 bulan.
Dalam masa 15 bulan , keadaan pembayaran anda akan kelihatan lebih kurang
seperti dibawah.
Nama Jumlah Hutang Bulanan DibayarCara Betul
C bank Visa RM3,200 RM134 RM134
D Bank RM2,800 RM129 RM129
Nations Bank RM1,700 RM71 RM71 + RM166 = RM237

Bank A (Visa) RM0 RM0 Dicampurkan Lebih dari bayaran Bank A RM166) untuk
bayaran Nations Bank.
TOTAL RM7,700 RM400 RM500
Kini anda ambil kad kredit yang kedua pula. Nations Bank dan campurkan wang
anda bayar ke Bank A itu ke kad kredit Bank Nation , Ini akan menjadikan anda
membayar RM237 pada kad kedua.
Ikut cara ini seterusnya sehingga semua hutang anda akan selesai.
Dengan kaedah ini , membayar hutang bank kecil dahulu dan menambah wang
bayaran pada kad atau hutang kedua, anda akan menglangsaikan hutang anda
menjadi separuh dalam masa 18 bulan sahaja.
Anda juga boleh menambah wang yang lebih keatas kad yang sedang anda
lunaskan. Ini akan membantu mempercepatkan penyelesaian hutang kad kredit
anda.
Jika anda kurang faham akan cara ini sila email simpan@nowasia.sg .
Apa pendapat anda , bincangkan di www.abangabu.com
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Kebaikan menabung jelas terbukti melalui amalan Baginda Rasulullah s.a.w. sendiri.
Ketahuilah bahawa menabung untuk keperluan keluarga merupakan sunnah
Rasulullah s.a.w. Seseorang yang suka menabung mampu mencerahkan masa
depannya. Marilah kita tanamkan kepada ahli keluarga, teman-teman, serta orangorang sekeliling kita sifat suka menabung. Bekongsilah kepada mereka ilmu-ilmu
yang telah dipelajari melalui Simpan Challenge ini.
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim berbunyi: Adalah
Rasulullah s.a.w. menyimpan keperluan setahun untuk keluarganya. Dalam riwayat
lain pula disebutkan: Rasulullah s.a.w menyimpan gandum bagi keperluan asas
keluarganya.
Seorang Muslim yang berjaya akan berusaha mengikuti Sunnah Rasulullah s.a.w
semampu mungkin, termasuklah sifat baginda yang rajin menabung.

TIP #16 SIMPAN CHALLENGE JAGA KESIHATAN


oleh AbangAbu
Selalu berjumpa doktor? Ada keluarga yang sering berjumpa doktor kerana mudah
menghadapi sakit. Sama ada demam selsema dan juga macam macam lagi. Sekali
jumpa RM30 hingga RM50. Kalau sebulan ada 4 anggota yang perlu berjumpa
doktor, itu sudah hampir RM200.
Bincangkan dengan keluarga berapakah wang yang telah dibayar untuk perubatan
selama ini. Anda pasti akan terperanjat dan juga anda mungkin akan berkata
bahawa sudah takdir dan terpaksa merawat.
Benar, tetapi tahukah anda dengan menjaga kesihatan membantu anda dapat
menjimatkan wang yang perlu di bayar untuk perubatan anda, malahan ia
membantu anda menjana pendapatan yang lebih.
Kajian menunjukan orang yang sihat lebih produktif , serta kurang meminta cuti
sakit, ini boleh membantu mereka naik pangkat dan sebagainya.
Nota Cik Yut : Saya tak minta cuti sakit, doktor yg nak bagi!!
Antara perkara yang harus diberi perhatian telah AbangAbu tulis dibawah. Ini
adalah tip hari ini. Bincangkan bersama keluarga supaya anda tidak melakukan
aktiviti tidak sihat.
Merokok
Buangkan tabiat ini dan anda akan segera dapat menyimpan diantara RM10 hingga
RM20 sehari. Bayangkan apa akan berlaku jika anda simpan duit yang digunakan
untuk membeli rokok untuk masa setahun? Bukan hanya anda boleh menyimpan
malahan dengan buangkan tabiat ini anda akan juga mengurangkan risiko keluarga
anda dari dihinggapi penyakit juga.
Minuman Ringan serta FastFood
Jangan amalkan makanan segera selalu, ini bukan sahaja membazir malahan tidak
baik untuk kesihatan anda. Orang yang selalu mengamalkan makanan segera
mudah terkena penyakit serta akan menjadi gemuk juga. Belajar masak dan makan
dirumah kerana ianya menguntungkan serta lebih sihat.
Juga dengan minuman ringan yang berkarbonat seperti cola dan lain lain. Ini juga
akan menyebabkan penyakit mudah hinggap. Adalah baik jika anda mengamalkan
minuman air bersih (paip). Ini bukan hanya murah tetapi lebih sihat.
Nota Cik Yut : Kat Singapura, air paipnya sudah ditapis berkali2. Kat Malaysia?.
Senaman

Ini adalah sesuatu yang penting juga dalam menjaga kesihatan anda. Buat senaman
senaman yang mudah sahaja sudah mencukupi. Misalan berjalan ke sekolah anak
anak , menaiki tangga di blok adalah antara senaman yang boleh diamalkan.
Ini adalah antara tip simpan yang tidak di beri perhatian oleh ramai orang yang
dalam kesukaran kewangan.
Jadi AbangAbu mahukan anda sekeluarga bincangkan mengenai tip ini dan
bagaimana anda boleh membantu sesama anggota keluarga dalam mengamalkan
tip hari ini.
Apakah yang anda lakukan serta pendapat anda? Bincangkan di blog
www.abangabu.com
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Zakat adalah salah satu ibadah dari segi harta. Ia merupakkan sesuatu lambang
keadilan sosial Islam, mensucikan jiwa, membersihkan dan menambahkan harta
sambil membantu orang yang susah. Zakat adalah rukun Islam yang ketiga dan
merupakan penyerahan sejumlah harta tertentu yang diwajibkan Allah s.w.t kepada
8 golongan yang berhak menerimanya. Lafaz Zakat disebut hampir 30 kali dalam
Quran dan sering dikaitkan dengan solat. Ini menunjukkan bertapa pentingnya
Zakat disisi Allah s.w.t. Marilah kita menjalankan kewajipan kita sebagai seorang
Islam, yang berperihatian, ihsan dan kasih-mengasihi antara Muslim. Lebih-lebih
lagi zakat fitrah, yang mana hanya boleh ditunaikan pada bulan Ramadhan sahaja.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa ayat 162, yang bermaksud: Tetapi orangorang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di antara mereka dan
orang-orang yang beriman, sekaliannya beriman dengan apa yang telah diturunkan
kepadamu (Al-Quran) dan kepada apa yang telah diturunkan dahulu daripadamu,
khasnya orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang
menunaikan zakat, serta yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; mereka itulah
yang Kami akan berikan kepadanya pahala (balasan) yang amat besar.
Sekiranya tiada halangan, maka janganlah kita memperlambatkan menunaikan
zakat, agar kita tidak diperlambatkan untuk dimasukan ke syurga. Seandainya kita
telah menunaikannya, ingat-ingatkanlah pada keluarga, teman-teman dan orangorang sekeliling kita agar mereka juga mendapat pahala di dunia dan balasan
syurga di akhirat.

TIP #17 SIMPAN CHALLENGE- PERCUTIAN


oleh AbangAbu
Ada anda membuat pelan untuk bercuti ke luar negeri bulan ini? AbangAbu mahu
anda fikirkan kembali. Bincangkan dengan keluarga untuk membatalkan jika boleh.
Ini akan menjimatkan anda wang yang banyak sekali.
AbangAbu ingin anda memikirkan bersama keluarga jika percutian itu boleh
ditangguhkan dan digantikan dengan tip percutian yang akan AbangAbu
bincangkan dalam tip hari ini.
AbangAbu dengan famili sebenarnya dah plan bercuti ke Australia baru baru ini,
tetapi kami sekeluarga batalkan. Sebaliknya kami mencari satu cara bersama
keluarga dengan perbelanjaan yang lebih murah sekali.
Dengan fokus untuk bebas dari hutang maka kami sekeluarga berbincang untuk
menggunakan duit tersebut untuk membayar hutang yang ada. Kami
menghabiskan masa kami bersama di dalam rumah sahaja.
Hari ini AbangAbu ingin memberikan tip tip untuk bercuti tanpa mengeluarkan wang
yang banyak.
Mungkin ada yang tidak berminat untuk camping tetapi ianya boleh menjadi satu
aktiviti yang menyeronokan dan juga menjimatkan wang. Anda hanya perlu
membeli khemah , bag yang boleh didapati dengan harga yang murah. Tempat
tempat seperti east coast , changi adalah murah jika dibandingan bercuti di luar
negeri.Bawa Bekalan Makanan Jika anda sudah membuat keputusan untuk
berkhemah , maka jangan lupa untuk membawa makanan serta minuman. Ini akan
menjimatkan kerana membeli dikawasan sebegini adalah lebih mahal. Membawa
bekalan dan masak sendiri adalah lebih sihat disamping menjimatkan.
Sediakan aktiviti
Anda boleh membuat pelan mengadakan aktiviti riadah sendiri yang tidak perlu
mengeluarkan duit. Membawa permainan dari rumah , atau adakan permainan di
tempat perkhemahan dan juga aktiviti yang anda boleh fikirkan. Membuat kajian
dan persedian akan menjimatkan serta tidak akan membosankan ketika
perkhemahan.
Bercuti di rumah.
Ini adalah sesuatu yang paling baik. Gunakan cuti panjang anda untuk bersama
keluarga di rumah sahaja. Juga ambil peluang untuk pergi ketempat tempat
dikawasan anda yang mungkin anda belum berkesempatan melawat lagi. AbangAbu
amat minat ini kerana , ianya paling menjimatkan serta tidak memenatkan
langsung.
Lawatan di waktu tidak sibuk

Bagi anda yang ingin sekali melancong , anda masih boleh melakukan di masa dan
waktu lain. Pilih satu masa yang tidak sibuk di kawasan atau tempat yang anda
ingin lawati. Jika anda tahu ramai agensi pelancungan menawarkan harga pakej
yang murah di waktu yang tidak sibuk. Juga tambang penerbangan yang boleh
didapati dengan harga yang 70% lebih kurang dari harga di waktu sibuk dan musim
percutian. Lakukan sedikit penyelidikan dan anda sekeluarga akan dapat berjimat .
AbangAbu mahukan anda sekeluarga membincangkan destinasi yang anda ingin
pergi. Bincangkan juga apa yang terbaik dan boleh menjimatkan.
INGAT! anda tidak boleh berhutang untuk melancong.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Sifat berterusan juga dinamakan Istiqomah merupakan sifat yang sangat mulia.
Sifat tersebut mampu memupuk sikap berdisiplin dan menjadi budaya kehidupan
seseorang itu. Sifat berterusan patut dikekalkan dan itu lebih baik daripada amalan
yang banyak tetapi hanya dilakukan sekali sahaja.
Sebagai contoh, seandainya kita ingin menabung RM4 sehari, perkara yang perlu
difikirkan adalah: adakah kita mampu tetap pada kadar tersebut dengan
menyimpannya setiap hari? Sekiranya kita merasakan hanya mampu menyimpan
RM2 setiap hari dan dapat memastikan ianya berterusan, maka itu adalah lebih
baik.
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menyatakan: Bergaul dengan mereka yang
beristiqamah merupakan suatu kebajikan, manakala meniru cara hidup mereka
merupakan satu kejayaan.
Biarkan kita memulakan sesuatu amalan dengan sedikit atau setakat kemampuan
kita, dan kemudian kita pastikan amalan tersebut dapat dilakukan berterusan. Ini
kerana Allah s.w.t menyukai orang-orang yang melakukan sesuatu perkara secara
berterusan.
Janganlah kita memberatkan diri kita dengan sesuatu yang sukar untuk
dilaksanakan, kerana ia mungkin tidak dapat dilakukan berpanjangan.

TIP #18 SIMPAN CHALLENGE JIMAT AIR = JIMAT WANG


oleh AbangAbu
Ramai yang tidak begitu memberi perhatian kepada perkara ini. Kerana biasanya
ramai akan menumpukan perhatian dalam mengurangkan bil elektrik.
Ada satu kisah benar yang AbangAbu rasakan baik untuk di kongsikan dengan anda
semua. Sebuah keluarga di Australia yang hanya mempunyai pendapatan yang
kecil serta tidak mampu menyimpan apa apa simpanan berjaya menyimpan hampir
AUS30 sebulan setelah mengamalkan penjimatan dalam penggunaan air.
Ini membuktikan, dengan berjimat dalam menggunakan air sebenarnya anda boleh
menjimatkan wang setiap bulan.
AbangAbu mahu anda sekeluarga membincangkan tip ini. Yang baik sekali buat satu
poster dan tuliskan tip tip penjimatan air agar semua anggota keluarga akan
mengamalkan tip ini bersama sama.
AbangAbu akan berikan beberapa tip dan AbangAbu mahu anda juga berikan tip tip
yang boleh menjimatkan air dan bincangkan di blog http://abangabu.com/beritakelab-ekoniaga/simpan-challenge-updates-and-comment-and-views/ agar lebih
ramai peserta akan dapat berkongsi tip dan pengalaman mereka.
Tempat permulaan yang biasa menggunakan air yang banyak adalah tandas serta
bilik mandi. Jadi AbangAbu akan mulakan dari situ.
1) Mandi Ini adalah satu perkara yang menggunakan banyak air. Jangan jadikan
bilik mandi sebagai studio nyanyian. Anda harus habis mandi dalam masa 4 minit
sahaja. Ini dilakukan oleh keluarga yang abangabu katakana di atas .
2) Jangan mengosok gigi anda dan membiarkan paip mengalir. Gunakan air dalam
gelas ketika menggosok gigi.
3) Juga pastikan paip anda tidak bocor. Memeriksa sekali setiap minggu atau
sebulan untuk memastikan tidak ada kebocoran adalah baik.
4) Mengunakan mesin basuh hanya setelah penuh akan mengurangkan
penggunaan air. Jangan gunakan mesin basuh hanya untuk membasuh sehelai dua
pakaian sahaja.
5) Di dapur, ketika memasak dan membersihkan sayuran jangan biarkan paip anda
terbuka mengalir. Penuhkan separuh besen dan basuh menggunakan air itu.
6) Ketika membasuh pinggan mangkuk juga tunngu sehingga penuh dan basuh
sekali jalan. Ini boleh menjimatkan penggunaan air.
7) Gunakan air hujan untuk membasuh lantai dan kawasan depan rumah, juga
untuk membasuh bilik air dan dapur anda.

Sekarang AbangAbu mahu anda sama sama berikan tip tip yang anda boleh fikir
agar ini boleh membantu semua peserta juga. Anda boleh juga email ke
simpan@nowasia.sg

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid


Sekiranya kita ingat lagi tips yang diberikan oleh Abang Abu semalam, beliau
menyentuh tentang hutang. Pedoman Hidup hari ini ingin mengajak anda semua
untuk lihatnya dari aspek Islam pula.
Memberi pinjamam dan meminjam wang atau harta dibenarkan oleh Islam.
Walaubagaimana pun terdapat panduan yang telah ditetapkan serta diajarkan oleh
Islam.
Antaranya, setiap pinjaman yang diberikan perlulah bertulis dari segi nama
pemberi, penerima, saksi, jumlah, tarikh memberi serta tempoh peminjaman
tersebut. Pemberi pinjaman tidak boleh meminta lebih dari apa yang diberikan dari
peminjam. Bagi penerima pinjaman pula, terdapat amanah yang perlu
dilaksanakan, antaranya membayar hutang mengikut waktu yang telah dipersetujui.
Digalakkan juga si peminjam memberikan lebih kepada pemberi, secara ikhlas
sebagai hadiah.
Hutang seharusnya menjadi jalan terakhir, sekiranya kita ingin mendapatkan
sesuatu yang kita betul-betul memerlukan. Ini adalah dengan berhutang, ia juga
bermaksud kita secara rela bersedia untuk memikul beberapa lagi amanah
tambahan seperti yang dinyatakan di atas tadi. Oleh yang demikian, walau pun
hutang dibenarkan dalam Islam, haruslah kita berhati-hati serta berhemat agar kita
dapat elakkan diri dari berhutang. Janganlah kita membiasakan diri dengan
berhutang, ini kerana seandainya kita meninggal dunia sebelum menjelaskan
hutang, ia akan menjadi bebanan kepada ahli keluarga kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Baqarah ayat 282, yang bermaksud: Wahai
orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan
hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu maka
hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang
penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seseorang
penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu,
hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi
surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya,
dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu.
Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak
dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya
dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari
kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah,
seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui
menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang

berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu
enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis
perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya.
Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan)
keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu.

TIP #19 SIMPAN CHALLENGE DIMANA ANDA SEJAUH INI


Oleh Abang Abu
Hari ini AbangAbu ingin sekali tahu sejauh mana anda sudah dalam perjalanan
kempen SIMPAN Challenge?
AbangAbu juga ingin kerja sama dari anda semua untuk menjawap soalan yang
telah disediakan.Ini akan membolehkan AbangAbu dapat tahu akan keberkesanan
SIMPAN Challenge dalam membantu masyarakat melayu .
Bagaimana pula anda boleh membantu orang lain mula menabung.
AbangAbu mahu anda membuat analisa tentang diri anda dalam melakukan semua
tip yang diberi.
Jawab soalan di bawah ini dan hantarkan ke simpan@nowasia.sg .Semua yang
hantarkan jawapan ini akan menerima bonus istimewa.
Nota Cik Yut : Tak payahle email. Korang jawab le sendiri ye!! Apakata korang reply
je tru komen.
Jawap semua soalan dengan jujur. KLIK DISINI 3minit sahaja.
Anda juga boleh menghantar kembali email ini dengan menjawap soalan soalan ini.
1. Apakah matlamat kewangan yang anda tetapkan pada permulaan SIMPAN
Challenge
2. Berapa jumlah wang yang telah anda kumpulkan sejauh ini
3. Apakah satu tip yang paling anda suka sejauh ini dalam SIMPAN Challenge
4. Apakah satu perubahan dalam diri anda yang anda dapat rasakan setelah
menyertai SIMPAN Challenge
5. Berikan pendapat anda mengenai SIMPAN Challenge
6. Inginkah anda terus mendapatkan tip tip untuk menjana duit setelah kempen
SIMPAN Challenge ini berakhir untuk selama 3 bulan?
7. Berapakah yuran yang anda rasa boleh di bayar untuk terus mendapatkan tip tip
menjana duit serta membaiki keadaan kewangan anda selama 90 hari
A) RM5
B) RM10
C) RM15

TIP #20 SIMPAN CHALLENGE BAWA BEKAL MAKAN


oleh AbangAbu
Mulai minggu ini AbangAbu mahu anda jadikan sekurang kurangnya 3 hari dalam
seminggu anda dan keluarga anda akan bawa bekal makan ke tempat kerja atau
sekolah.
Makan di luar sudah menjadi satu trend masa kini , dan tanpa anda sedari banyak
wang yang dibelanjakan.
Berapa kalikah anda atau anggota keluarga anda yang makan di luar. Sama ada
makan tengahari, malam atau bila bila masa. Dapatkan jumlah wang yang di
belanjakan untuk tujuan tersebut.
Contohnya:
5 hari makan tengah hari di luar RM8 x 5 = RM40 seminggu = RM160 sebulan . Ini
tidak termasuk makan malam atau sarapan.
Jika anda kurangkan makan di luar untuk hanya 2 kali sahaja dalam seminggu.
RM8 x 5 = RM40 untuk 5 hari RM8 x 2 = RM16 untuk 2 hari RM4 x 3 = RM12 ( untuk
sediakan bekal)
RM40 RM16 RM12 = RM12 .
Anda akan menjimatkan RM12 seminggu atau RM48 sebulan.
Kini anda sekeluarga, bincangkan berapakah yang anda boleh jimatkan jika semua
bersetuju untuk membawa bekal dari rumah.
AbangAbu mahu anda pastikan anda kurangkan makan di luar pada bulan ini dan
teruskan pada bulan bulan seterusnya.
Tip ini boleh menjimatkan diantara RM30 hingga RM300 untuk sesebuah keluarga.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisa ayat 36-37, yang bermaksud: Dan
hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan
sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan
kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga
yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir
yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka
kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; Iaitu
orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya bakhil serta
menyembunyikan apa-apa jua yang Allah berikan kepada mereka dari limpah
kurnianya. Dan (sebenarnya) Kami telah sediakan bagi orang-orang kafir itu azab
seksa yang amat menghina.

Ayat diatas menyentuh beberapa golongan yang harus diberi perhatian. Antara
perkara yang perlu diberi perhatian adalah dari segi kelakuan kita, sumbangan kita
dan juga keperluan mereka. Sebagai seorang Muslim kita tidak boleh bersifat bakhil,
dari segi perkongsian ilmu dan juga harta lebih-lebih lagi golongan yang diatas.
TIP #21 SIMPAN CHALLENGE KEMAS DAN URUS STOR ANDA
Mulai hari ini anda akan juga dapat tip simpan dan buat duit dari AbangAbu dan
juga Sujimy Mohammad
Oleh Sujimy & Abangabu
Pernahkah anda membeli sesuatu barang kemudian mendapat tahu bahawa anda
sebenarnya terlupa anda sudah memiliki barangan itu? Ini sering terjadi kerana
barangan yang anda beli dahulu terperuk di stor atau almari yang tidak terurus.
Jadi kemas segala barangan kita dan pastikan kita tahu segala barangan yang kita
sudah miliki. Dengan itu kita tidak berbelanja sebarangan dan dapat mengelakkan
membeli barangan yang sama buat kali kedua.http://www.sujimy.com/
Setelah anda mengemas stor anda , AbangAbu pasti anda akan menemui banyak
barangan yang anda tidak gunakan lagi oleh anda. Barang barang seperti ini boleh
dijual di pasar pasar malam atau flea market.
Dari barang barang kegunaan harian seperti pinggan mangkuk hinggalah alat alat
elektronik , anda boleh mendapatkan pembeli di flea market ini.
Begitu juga dengan pakaian lama yang tidak anda gunakan lagi.
Hari ini , AbangAbu mahu anda bincangkan bersama keluarga anda, dimanakah
terdapat flea market di serata Malaysia. Barang barang yang telah anda pasti tidak
akan anda gunakan lagi adalah baik jika dijual di sini.
Cara lain adalah melalui ebay juga.
Nota Cik Yut : Boleh berjualan di flea market yg terdapat di MAEPS, MARDI Serdang
(rindunyeee tempat nih!!) atau di Summit USJ!
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Sempena musim raya ini, kita kerap ziarah menziarahi keluarga, teman-teman, jiran
tetangga dan sebagainya. Alhamdulillah ia adalah amalan sunat yang sangat mulia,
lebih-lebih dari apabila menonjolkan sifat maaf-memaafkan. Walaubagaimana pun,
dalam kita melakukan amalan mulia ini janganlah kita membazir pada masa yang
sama. Seperti contoh, tidak merancang pejalanan untuk menziarahi sanak saudara.
Untuk menggelakkan berlaku pembaziran semasa berziarah ini, hendaklah kita
merancang perjalanan kita iaitu mengkelompokan rumah-rumah mengikut kawasan.
Apabila kita berbuat demikian, kita bukan sahaja dapat menjimatkan wang
tambang/minyak bagi perjalanan bahkan kita dapat menjimatkan masa juga.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Asr ayat 1-2, yang bermaksud: Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.

Seorang Muslim yang bijak akan sentiasa merancang masanya dengan baik dan
sedaya upaya mengelakkan dari berlaku pembaziran.
TIP #22 SIMPAN CHALLENGE JANGAN BELANJA UNTUK MENUNJUK
Oleh AbangAbu
Nasihat Sujimy : Jangan berbelanja bila baru dapat gaji
Selalunya bila kita baru terima gaji kita, itulah cobaan yang paling besar kerana
semangat kita berkobar-kobar untuk meneroka barangan baru. Kalau boleh biarlah
gaji itu duduk di dalam akaun simpanan kita sehari dua sebelum kita
membelanjakannya.
Jangan kita terus ke pusat membeli belah bila saja kita terima gaji kerana ini serupa
dengan membeli makanan bila kita sedang betul-betul lapar. Semuanya kita ingin
rasa. Ada yang tidak perlu kita beli juga menjadi pilihan. Orang yang baru dapat gaji
itu sama seperti orang yang lapar, jadi hati-hati.
Buat perkiraan agar semua kos perbelanjaan bulanan diambil kira dahulu sebelum
membuat sebarang perbelanjaan yang baru. Dan jangan lupa menabung 10%
hingga 20% wang gaji sebagai simpanan tetap.Tetapkan matlamat simpanan tetap
anda. http://www.sujimy.com/
AbangAbu ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mengingatkan anda supaya
tidak membeli sesuatu itu hanya untuk menunjuk nunjuk.
Ramai diantara anda yang mungkin sedar bahawa apa yang anda beli itu bukanlah
keperluan sebaliknya hanya sesuatu yang ingin anda tunjukan pada orang lain.
Amalkan sikap ini dan anda akan dapat menjimatkan wang beratus RM. Jadi hari ini ,
berjanji pada diri anda bahawa anda tidak akan membeli sesuatu barang sekadar
hanya untuk menunjuk nunjuk.
AbangAbu mahu anda sekeluarga memikirkan satu skil yang terdapat pada ahli
keluarga anda yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan.
Contoh seperti kebolehan membuat kuih, menjahit , melukis , menulis dan pelbagai
skil yang boleh dijadikan sebagai satu sumber pendapatan tambahan.
Aktiviti ini amat penting kepada semua yang masih menghadapi kesulitan untuk
menyimpan. Bagi yang sudah menyimpan ini akan memberikan anda peluang untuk
menggandakan simpanan anda.
Contohnya , jika anda minat pada sesuatu perkara atau mempunyai minat menulis.
Anda boleh mulakan satu blog dan mula menulis. Ini adalah permulaan yang baik
untuk menimba ilmu serta maklumat. Ia juga akan memberi kesempatan untuk
anda mendapatkan pendapat orang lain mengenai perkara yang anda tuliskan.
Bagi yang tidak mempunyai idea, anda boleh menulis blog mengisahkan cerita
keluraga anda sejak menyertai SIMPAN Challenge.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid


Alhamdulillah kita masih lagi berada di bulan Syawal yang mulia ini serta meraikan
suasana hari raya. Setiap tahun apabila musim raya, kita dengan rasa murah hati
dan ikhlas menyediakan juadah serta makan-makan istimewa untuk para tetamu
kita. Sifat murah hati ini sangat baik. Walaubagaimana pun, dalam sibuk kita
menjamu tetamu kita, hendaklah kita pastikan pembaziran itu tidak berlaku. Tidak
eloklah jika kita melakukan berkara yang baik dan yang tidak baik dalam masa yang
sama. Ini kerana kita semua ketahui mereka yang suka melakukan pembaziran itu
telah dianggap seperti kawan kepada syaitan. Oleh yang demikian, marilah kita
fikirkan apa yang perlu disediakan bagi juadah serta anggarkan berapa ramai yang
akan kunjung ke rumah kita. Dengan melakukan sedemikian, kita dapat elakan dari
berlaku pembaziran. Lebih-lebih lagi seandainya kita ingin mengadakan rumah
terbuka.
Kita perlu ingat bahawa tetamu yang hadir ke rumah kita sebenarnya matlamatnya
adalah untuk memohon maaf saling mengkuatkan lagi ikatan hubungan. Walaupun
kita masih boleh menyediakan jamuan kepada mereka tatapi jamuan yang kita
sediakan itu bukan tujuan utama mengapa mereka hadir ke rumah kita. Oleh yang
demikian, pastikan sifat murah hati yang kita tonjolkan ini selari dengan ajaran
Islam, iaitu menyediakan juadah tersebut dengan bersederhana agar tidak berlaku
pembaziran.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Sebaik-baik pekerjaan itu adalah
pertengahan. Ia juga membawa erti kita perlu bersederhana dalam setiap perkara.
Seorang Muslim yang bijak akan sentiasa melakukan setiap perkara dengan sebaik
mungkin dan bersikap sederhana. Semoga dengan perkongsian di atas akan
mempercepatkan lagi dalam mencapai matlamat Simpan Challenge anda

TIP #23 SIMPAN CHALLENGE- BACA SATU BUKU KEWANGAN


oleh AbangAbu
Hari ini AbangAbu ingin memberi satu rahsia yang paling penting dalam
memperolehi kejayaan dalam segala apa jua perkara. Baca adalah perkataan
pertama yang diwahyukan. Dan sudah tentu membaca ini mempunyai rahsia yang
paling penting untuk manusia.
Tip hari nampak mudah sahaja tetapi dengan mengamalkan tip ini anda akan
memperolehi banyak idea idea serta ilmu kewangan anda akan meningkat dan
seterusnya menjimatkan banyak wang.
Ada sebuah buku yang AbangAbu ingin anda membacanya. Rich Dad Poor Dad.
INGAT! Anda boleh meminjam buku ini dari perpustakaan. AbangAbu pasti anda
akan mendapat banyak jawapan bagi soalan soalan anda selama ini serta menukar
minda anda mengenai bab kewangan.
Antara perkara yang AbangAbu sendiri belajar dari buku ini
1) Minda orang KAYA dan apa yang mereka lakukan.
2) Aliran kewangan yang betul
3) Pendapatan Pasif.
Kepada anda yang sudah membacanya , anda boleh membacanya sekali lagi atau
dapatkan buku ini pula One Minute Millionaire .
Kongsikan panduan serta pelajaran yang anda dapat dari buku tersebut dengan
anggota keluarga anda.
Tip buat duit Irfan Khairi
Zaman Internet ini, produk yang paling laris terjual adalah produk informasi. Seperti
ebook! Mentor Jutawan di http://www.irfankhairi.com adalah contoh ebook.
Oleh kerana informasi adalah produk yang paling laris di Internet, fikirkan apa yang
yang ada pada diri anda, sama ada kebolehan, kepakaran atau minat anda yang
boleh dibukukan dalam bentuk ebook.
Tak kira apa sahaja industri anda berada, pastinya terdapat idea yang boleh
dibukukan. Fikirkan buku yang ada pada diri anda. Sekiranya anda seorang penulis,
buku apa yang anda akan tulis?
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Di musim perayaan ini, ramai ahli keluarga, teman-teman, jiran tetangga serta
kenalan kunjung ke rumah kita. Ia merupakan suatu amalan yang mulia. Kita pula
sebagai tuan rumah perlulah menerima mereka dengan hati terbuka, ikhlas serta
wajah yang ceria. Mereka yang hadir ke rumah kita pula selalunya tidak
bersendirian, kadang-kadang bersama ahli keluarganya atau pun rakan-rakannya.

Telah menjadi amalan masyarakat kita untuk memberikan duit raya kepada kanakkanak serta mereka yang masih dibangku sekolah. Amalan ini juga sangat mulia.
Apa yang mustahak disini adalah, disebabkan ia telah menjadi suatu kebiasaan
untuk memberikan duit raya, kita hampir terlupa bahawa ia sebenarnya adalah
Sedekah. Oleh yang demikian, kita perlu mempunyai niat bersedekah tiap kali kita
memberikan kepada kanak-kanak tersebut. Dikhuatirkan sekiranya kita hanya
memberikan kerana ia telah menjadi suatu kebiasaan, iaitu tanpa niat bersedekah
maka sia-sialah amalan tersebut.
Untuk memberikan duit raya atau bersedekah ini, kita perlulah mempunyai
keikhlasan dan sifat suka memberi. Apabila telah kita berikan duit raya kepada
kanak-kanak tersebut, janganlah kita mengatakan sesuatu yang kurang baik kerana
akan sia-sialah pahala sedekah kita, seperti contoh: Budak-budak ini tak ada kerja
lain, collection sahaja!
Firman Allah s.w.t dalam surah an-Imran ayat 92, yang bermaksud: Kamu tidak
sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna)
sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa
jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
Dalam surah al-Baqarah ayat 254 pula, yang bermaksud: Wahai orang-orang yang
beriman! Sebarkanlah (agihkanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan
kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan
tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan
syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.
Walaupun kita sedang sibuk menabung sekarang ini, janganlah kita terlupa untuk
bersedekah. Ini kerana seorang Muslim yang berjaya akan kekal bersedekah
walaupun jumlahnya kecil, kerana yakin dengan keberkatan yang ada pada sedekah
itu.

TIP #24 SIMPAN CHALLENGE CARA KURANG BELANJA PENGANGKUTAN


oleh AbangAbu
Satu perbelanjaan yang memang menjadi sesuatu yang amat penting ialah
perbelanjaan pengangkutan. Tip hari ini lebih kepada orang yang berkereta .
AbangAbu juga sertakan tip dan idea untuk yang menggunakan pengangkutan
awam juga.
Tip A : Berkongsi kereta( car pool).
Ini sebenarnya akan menjimatkan perbelanjaan anda. Tidak perlu untuk berkongsi
setiap hari , tetapi boleh anda mulakan seminggu sekali atau dua. Anda boleh
menjimatkan lebih RM20 RM hingga RM80 sebulan. Kalau dilakukan selalu anda
boleh menjimatkan sehingga RM200.
Pastikan anda membuat pelan perjalanan yang bijak dan pada masa yang sesuai
agar anda boleh mengurangkan bayaran ERP. Elakan masa masa sibuk kerana anda
tidak membuang minyak dan masa yang akan menjimatkan wang anda.
Tip B : Menggunakan kenderaan awam.
Tetapkan satu hari dimana anda akan hanya mengunakan kenderaan
awam.Mulakan dengan sekali seminggu dulu. Bagi anda yang menggunakan
kenderaan awam , anda juga boleh mengurangkan perbelanjaan pengangkutan
dengan membuat sedikit persedian. Misalanya, jika mengambil teksi , pastikan anda
tahu akan waktu waktu yang bayaran lebih tidak dikenakan. Jika anda membuat
pelan menaiki bas atau lrt , pastikan anda mempunyai masa yang cukup untuk
perjalanan. Ini kerana ramai terpaksa menggunakan teksi kerana tidak memberi
perhatian kepada masa.
Juga dapatkan kad kad konsensi bagi anak anak anda serta orang tua anda. Jika
anda banyak mengunakan kenderaan awam dapatkan kad kad bayaran bulanan
yang sebenarnya menjimatkan. Jika anda membuat pelan untuk melancung juga
baik jika anda dapatkan tiket tiket penerbangan seawal mungkin. Bincangkan
dengan keluarga. Berikan juga pendapat anda atau pengalaman anda.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Islam telah menyuruh kita untuk merancang dan mencorak masa depan kita sendiri.
Untuk merancang masa depan, kita perlu ilmu pengetahuan yang luas serta
memahami isu semasa serta halangan-halangan yang ada. Marilah kita melihat
kisah Nabi Yusuf a.s bagaimana beliau membantu untuk menghadapi musibah
menerusi perancangan harta yang baik.Al-Quran menceritakan ketika utusan Raja
Aziz Mesir datang kepada Nabi Yusuf di dalam penjara meminta beliau
mentakwilkan mimpi,
ia berkata, Yusuf, wahai orang yang amat dipercayai, terangkanlah kepada kami
(mimpi) tujuh ekor lembu betina yang gemuk-gemuk yang dimakan oleh tujuh ekor
lembu betina yang kurus-kurus; dan tujuh tangkai (gandum) yang hijau dan (tujuh)

lainnya yang kering (terangkanlah takwil mimpi itu) agar aku kembali kepada orangorang (yang mengutus itu), semoga mereka akan mengetahuinya.
(Surah Yusuf, ayat 46)Kisah ini dinukilkan menerusi firman Allah, Yusuf menjawab:
Kamu akan berladang tujuh tahun dengan kerja yang keras. Maka apa yang kamu
tuai, hendaklah kamu tinggalkan pada tangkainya, kecuali sedikit dari yang akan
kamu makan. Kemudian akan datang sesudah yang demikian itu, tujuh tahun yang
payah; dia akan memakan apa yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit dari
yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
(Surah Yusuf, ayat 47 & 48) Berdepan dengan tugas itu, Nabi Yusuf ternyata tidak
hanya mentakwilkan mimpi saja, bahkan baginda memberi petunjuk supaya
membuat perancangan untuk mengatasi kesukaran dan bahaya kelaparan yang
diramalkan akan menimpa Mesir. Nabi Yusuf a.s juga menasihatkan raja supaya
berusaha mengatasi akibat yang ditunjukkan dalam mimpi itu dengan
mencadangkan langkah yang sesuai.Berdasarkan cadangan itu, jelas menampakkan
betapa pentingnya cara penyimpanan yang baik untuk menjaga keutuhan hasil
bumi dan kepentingan menyimpan, cara hidup berekonomi, tidak boros dan tidak
berlebih-lebihan. Dalam perancangan mengatasi kesulitan yang ditunjukkan Nabi
Yusuf itu, terdapat dua perkara perlu diberi perhatian iaitu berhati-hati dalam
membelanjakan harta dan tidak melakukan pembaziran. Perbelanjaan ditentukan
kepada keperluan utama seperti yang dikatakan Nabi Yusuf, Kecuali sedikit untuk
kamu makan.
(Surah Yusuf, ayat 47)
Antara perkara lain yang boleh kita pelajari iaitu, Nabi Yusuf a.s juga memberi
petunjuk mengenai keharusan menggunakan harta simpanan dengan cara sebaikbaiknya, terutama pada masa kesulitan. Marilah kita renungkan kembali
perancangan yang telah kita fikirkan sebelum ini, adakah ia sebaik-baik
perancangan?
Libatkanlah ahli keluarga kita untuk sama-sama memberi sumbangan buah fikiran
semasa kita ingin membuat setiap perancangan untuk keluarga, lebih-lebih lagi
perancangan kewangan. Ingatlah bahawa Nabi Yusuf membuat persediaan awal
iaitu usaha selama tujuh tahun untuk menghadapi apa-apa kemungkinan bagi tujuh
tahun yang akan datang. Bagaimana pula dengan kita? Berapa awalkah
perancangan kita? Perancangan seperti ini akan dapat menyelamatkan kita
daripada masalah pada masa depan.

TIP #25 SIMPAN CHALLENGE KURANGKAN KELUAR DARI RUMAH


oleh AbangAbu
Pernahkah anda keluar rumah anda untuk membeli saesuatu atau untuk melakukan
sesuatu perkara dan kembali ke rumah tanpa dapat melakukan perkara tersebut.?
Ramai melakukan kesilapan ini yang bukan sahaja membuang waktu sebaliknya
juga wang kerana membelanjakan wang dengan membeli benda benda yang tidak
perlu seperti minuman ringan dan lain lain juga.
Cuba fikirkan berapakah kali anda telah melakukan perkara diatas dan cuba imbas
kambali wang yang dibelanjakan secara anda tidak sedari. AbangAbu dalam tip hari
ini, ingin meminta anda memastikan anda tidak akan ke tempat yang anda rancang
tanpa dapat melakukan matlamat anda.
Safety of Internet Banking Contohnya, membayar bil, boleh dilakukan melalui
internet banking yang boleh menjimatkan wang dan masa. Ramai yang keluar untuk
membayar bil dan balik dengan membelanjakan wang untuk tujuan lain juga.
Juga, pastikan waktu waktu tempat yang anda ingin tujui itu dibuka dan ditutup. Tip
hari ini amat mudah tetapi selalu diambil ringan. Jika diteliti dengan betul tip ini
boleh menjimatkan diantara RM30 RM200 sebulan. Bincangkan tip ini dengan
keluarga anda dan buatlah perancangan yang sesuai.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Harta kekayaan adalah nikmat dari Allah s.w.t untuk setiap manusia. Islam tidak
melarang manusia untuk mengumpul harta asalkan mengikut panduan yang telah
ditetapkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Antaranya adalah mendapatkannya
melalui saluran yang halal, mengunakan secara sederhana dan mengagihkan
sebahagiannya kepada yang memerlukan. Ini kerana Allah s.w.t mencintai orang
kaya yang soleh lagi merendah diri.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Hampir-hampir kefaqiran itu
membawa kepada kekufuran.
Seorang Muslim yang berjaya hanya akan membelanjakan hartanya untuk
mendapatkan keredhaan Allah s.w.t sambil bersederhana dalam perbelanjaannya

TIP #26 SIMPAN CHALLENGE BAYAR SEBELUM GUNA


oleh AbangAbu
Ini adalah satu idea yang amat menarik dan juga menyeronokan. Disamping ianya
adalah satu challenge untuk anda sekeluarga, ianya akan dapat menambahkan
simpanan anda.
Banyak perkakas dirumah anda selalu digunakan oleh semua anggota keluarga.
Misalanya komputer, tv, radio, vcd, laundry, dryer dan macam macam lagi.
Bincangkan dengan keluarga anda apakah alat alat yang jika digunakan perlu
dibayar.
Misalnya AbangAbu sendiri mengamalkan dalam menonton TV. Setiap kali
menonton harus masukkan RM1 ke dalam tabung. Jika melebihi 2 jam harus
masukan RM1 untuk setiap jam selepas itu. Apa yang berlaku selepas itu, kami
mula kurang menonton dan menumpukan kepada perkara perkara yang lain. Dan
setiap kali menonton dimasukkan duit di dalam tabung.
Tip ini boleh digunakan untuk pelbagai perkakas dirumah. Anda juga boleh
menukarkan perkakas yang harus dibayar jika digunakan setiap minggu atau bulan,
mungkin minggu pertama TV, minggu kedua boleh ditukarkan ke radio dan
seterusnya.
Anda akan terkejut dengan jumlah yang anda boleh simpan dengan tip ini. Anda
boleh menyimpan diantara RM30 hingga RM300 sebulan.

PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid


Antara sifat yang boleh membuat seseorang manusia itu jatuh miskin adalah sifat
sombong. Ini kerana sebahagian manusia seringkali ingin mendapatkan perhatian,
dan selalunya orang yang ingin mendapatkan perhatian mempunyai niat yang
kurang elok, iaitu bukan untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Sifat sombong
ini boleh mendorong manusia membeli sesuatu benda yang bukan keperluannya
hanya untuk menunjuk-nunjuk, mendapatkan perhatian atau membanggakan diri.
Sekiranya sifat ini tidak diatasi, agak sukar untuk kita memasuki Syurga Allah s.w.t.
Ketahuilah sifat sombong ini juga telah membuat Iblis terkeluar dari Syurga. Marilah
kita jahui sifat ini dengan merendahkan diri, bersederhana dan membantu orangorang sekeliling kita.
Firman Allah s.w.t dalam surah Luqman ayat 18, yang bermaksud: Dan janganlah
engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka
kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa menonjolkan akhlak yang mulia walau
dalam apa juga keadaan.

TIP #27 SIMPAN CHALLENGE DENDA JIKA NEGATIF


oleh AbangAbu
Tip hari ini juga sesuatu yang menarik untuk dilakukan. Setiap perkataan negatif
yang di ucapkan oleh sesiapa dalam keluarga anda perlu membayar denda.
Bincangkan denda yang perlu dibayar jika perkataan yang negatif digunakan.
Misalnya sesiapa sahaja yang didapati membuat kesilapan tadi perlu membayar 50
sen. Dengan mengamalkan tip ini, semua anggota akan mula mengawasi semua
perkataan yang dituturkan. Anda juga boleh berbincang dengan keluarga dalam
menentukan perkataan apakah yang tidak boleh digunakan.
Contohnya, perkataan SIAL adalah perkataan yang dilarang untuk digunakan.
Maka jika sesiapa didapati mengunakan perkataan ini perlu membayar denda. Duit
ini perlu dimasukan dalam tabung simpan challenge.
Tip ini dengan sendiri akan mendidik anda dan keluarga menghormati antara satu
sama lain dan tidak menggunakan perkataan perkataan yang dilarang. Semua
anggota perlu bersetuju dalam menentukan apakah perkataan perkataan yang
dilarang dan harus dibayar denda jika digunakan.Mulakan hari ini juga.
Denda pada tabiat yang ingin dihentikan
oleh Irfan Khairi
Selain daripada denda pada perkataan negatif dan kurang enak didengar, anda juga
boleh mengambil peluang tip kali ini untuk membuang sesuatu tabiat yang ingin
buang, tetapi asyik bertunda sahaja.
Sebagai contoh, sekiranya anda ingin membuang tabiat merokok, jadikan merokok
sebagai satu denda! Setiap kali mencapai rokok, masukkan RM5 ke dalam tabung
Simpan Challenge anda! Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, setiap kali
anda ingin makan coklat, masukkan RM5 kedalam tabung anda! Sekiranya anda
ingin hentikan sebarang tabiat anda, jadikannya sebagai denda dan masukkan
wang denda tersebut ke dalam tabung Simpan Challenge!
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 275, yang bermaksud: Allah
menghalalkan berjual beli dan mengharamkan riba.
Dalam ruang Pedoman Hidup hari ini ingin membincangkan salah satu sumber
pendapatan kita iaitu perniagaan. Berniaga adalah salah satu bentuk mualamat
yang disyariatkan oleh Islam. Agama Islam juga telah memberikan garis panduan
dalam jual beli agar tidak ada penipuan yang berlaku di antara penjual, pembeli,
pemilik harta dan juga sesiapa yang terlibat dalam urusan tersebut. Lebih-lebih lagi
setiap perniagaan melibatkan urusan kewangan, yang mana manusia sering diuji
Allah s.w.t dalam hal kewangan, seperti keinginan untuk mengambil kesempatan
terhadap yang lemah, keinginan untuk mengunakan kewangan dengan cara yang
salah dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mesti mengetahui garis panduan

Islam tentang jual beli, isu undang-undang, cara terbaik menjalankan perniagaan
dan sebagainya sekiranya kita ingin memulakan sesuatu perniagaan.
Terutama Islam sangat menggalakkan umatnya berniaga kerana dikatakan sembilan
persepuluh rezeki datangnya daripada perniagaan. Dalam masa yang sama,
walaupun kita digalakkan untuk berniaga ia sebenarnya bermaksud agar kita
mempelajari selok-belok perniagaan atau mendapat nasihat dari pakar terlebih
dahulu sebelum kita memulakannya. Ini kerana Islam juga melarang kita untuk
meletakkan diri kita dalam kebinasanaan.
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 195, yang bermaksud: dan
janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.
Seorang Muslim yang berjaya akan memastikan setiap perkara yang ingin
dilakukannya dirancang dengan teliti terlebih dahulu serta meminta pendapat dan
nasihat dari beberapa pakar dalam bidang tersebut sebelum melakukannya, dan
diikuti dengan tawakkal kepada Allah s.w.t.

TIP #28 SIMPAN CHALLENGE CUKAI BELANJA


oleh AbangAbu
Anda pasti tahu apa itu GST. AbangAbu pasti seringkali perbelanjaan yang anda
lakukan perlu membayar 7% GST dari jumlah yang anda harus bayar.
Mulai hari ini anda juga akan membayar cukai belanja untuk setiap perbelanjaan
yang anda lakukan. Anda boleh mengenakan cukai sebanyak 1% atau 2% untuk
setiap kali anda berbelanja. Misalnya , Anda membayar bil berjumlah RM200 , maka
cukai untuk tabung anda adalah RM2 hingga RM4 yang anda harus masukkan ke
dalam Tabung Simpan Challenge.
Bincangkan dengan keluarga anda dan mulakan tip ini. Tip ini juga akan
memastikan anda dapat menyimpan dalam satu cara yang menyeronokan. Tip ini
boleh membantu anda menyimpan diantara RM20 hingga RM500 setiap bulan.
Semua yang anda perlu bayar mesti anda kenakan cukai tabung Simpan Challenge.
INGAT! Bil PUB, belanja pasar hingga semua sekali. Sebagai permulaan tentukan
beberapa perbelanjaan sahaja yang anda perlu membayar cukai dan anda boleh
menambahkan bilangan setiap bulan.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Memandangkan Pedoman Hidup hari ini merupakan tips ketiga terakhir bagi
program pendidikan Simpan Challenge ini, marilah kita renungkan beberapa potong
ayat Al-Quran serta Hadis yang telah memberikan beberapa panduan untuk kita
amalkannya agar dimurahkan rezeki.
Pedoman Hidup hari ini ingin berkongsi 5 tip, dan insya Allah esok lagi 5 tip amalan
murah rezeki akan diberikan.
1- Menyempatkan diri beribadah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Wahai anak Adam,
sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan
menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi,
Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2- Memperbanyak istighfar
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Barang siapa memperbanyak
istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan
segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak
disangka.(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim dari
Abdullah bin Abbas r.a.)
3- Tinggalkan perbuatan dosa

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Dan seorang lelaki akan
diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya. (Riwayat at-Tirmizi)
4- Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin
panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya
dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: Siapa berbakti
kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan
umurnya. (Riwayat Abu Yaala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya
terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
5- Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Tidaklah kamu diberi
pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan
kamu.(Riwayat Bukhari)

TIP #29 SIMPAN CHALLENGE DAPATKAN SECARA PERCUMA


oleh AbangAbu
Berapa kali anda membeli sesuatu dan hanya digunakan untuk tujuan yang sekali
sahaja. Misalanya tukul besi yang anda beli hanya digunakan untuk sekali sahaja,
ada barang barang yang di beli digunakan sekali sahaja dan terus terperuk didalam
stor dan sebagainya.
AbangAbu juga telah melakukan perkara ini dan kini telah mengubah ke satu cara
yang lain dalam mendapatkan barang yang hanya akan digunakan sekali dua
sahaja. Ada diantara anda yang membelanjakan sehingga ratusan RM untuk
mendapatkan barang tersebut dan tidak digunakan lagi.
Tip hari ini adalah untuk mendapatkan barang barang yang digunakan sekali sekala
dengan meminjam , menyewa atau percuma.
Jika anda perlu membaiki paip di rumah anda misalanya, anda memerlukan
perkakas perkakas pembaikan yang berharga diantara RM20 hingga RM100. Anda
boleh memdapatkan alat alat ini secara percuma dengan meminjam dari jiran atau
saudara mara anda, atau anda boleh menyewa dari kedai kedai.
Mencari dan membeli barangan terpakai (second-hand) boleh menjimatkan. Lebihlebih lagi jika barangan terpakai itu untuk kegunaan sementara. Seperti barangan
anak-anak yang sedang membesar walker, pram, meja mainan dan sebagainya.
Carilah yang masih bersih dan selamat digunakan. Ini adalah kerana barangan ini
tidak lama digunakan dan boleh dikitar semula.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Memandangkan Pedoman Hidup hari ini merupakan tips kedua terakhir bagi
program pendidikan Simpan Challenge ini, marilah kita renungkan beberapa potong
ayat Al-Quran serta Hadis yang telah memberikan beberapa panduan untuk kita
amalkannya agar dimurahkan rezeki.
Pedoman Hidup hari ini ingin berkongsi 5 lagi tip amalan murah rezeki, yang mana 5
lagi tips telah diberikan semalam.
6- Tunaikan hajat orang lain
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Siapa yang menunaikan hajat
saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya. (Riwayat Muslim)
7- Menjalin silaturrahim
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Barang siapa ingin dilapangkan
rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanaksaudaranya. (Riwayat Bukhari)
8- Melazimi kekal berwuduk

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Sentiasalah berada dalam


keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki. (Diriwayatkan
daripada Sayidina Khalid al-Walid)
9- Bersyukur kepada Allah
Firman Allah s.w.t, yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur,
nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu
kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras. (Surah Ibrahim, ayat 7)
10- Bertawakal
Firman Allah s.w.t, yang bermaksud : Barang siapa bertawakal kepada Allah,
nescaya Allah mencukupkan (keperluannya). (Surah At-Thalaq, ayat 3)
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Seandainya kamu bertawakal
kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti
burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang. (Riwayat
Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

TIP #30 SIMPAN CHALLENGE DERMA itu MEMBERSIHKAN


oleh AbangAbu
Syabas AbangAbu ucapkan kepada anda semua yang mengikuti dan mengamalkan
semua tip Simpan Challenge selama ini.
Hari ini adalah tip yang terakhir. AbangAbu ingin mendapatkan dari anda jumlah
yang dikumpulkan oleh anda , AbangAbu ingin mendapatkan jumlah dari setiap
peserta dan ingin kumpulkan jumlah keseluruhan dan ingin AbangAbu tuliskan
dalam Blog abangabu supaya untuk membuktikan kejayaan anda semua.
Sila balas email ini dengan menyatakan jumlah yang terkumpul. MESTI BUAT!
Hari ini adalah tip yang paling penting. Jumlahkan semua simpanan anda selama
ini.
Setelah mendapatkan jumlah, kini anda harus mendermakan sebahagian, samada
1% atau 10% peratus terpulang pada diri anda. Yang paling penting adalah IKHLAS.
Dermakan wang tersebut kepada sesuatu pertubuhan atau rumah anak yatim atau
masjid masjid .
INGAT! Yang penting bukanlah berapa yang anda dermakan sebaliknya keikhlasan
anda. Sikap menderma ini adalah menandakan anda bersyukur keatasa pemberian
dari Allah.
Moga moga derma anda ini akan membawa berkat dan memperbanyakan rezeki
serta simpanan anda.
PEDOMAN HIDUP Bersama Ustaz Abdul Rahman Md Sahid
Alhamdulillah, kita telah pun bersama program pendidikan SIMPAN Challenge ini
selama 1 bulan. Dan sepanjang 29 hari yang lalu, ruang Pedoman Hidup telah
banyak berkongsi tentang urusan kewangan, sifat peribadi, berniaga, kepentingan
merancang, keperluan berusaha, amalan-amalan murah rezeki, isu halal haram,
hutang-piutang, jenis ujian Allah s.w.t, peranan seorang Muslim serta
tanggungjawabnya, dan sebagainya dari perspektif Islam. Kesemua itu adalah Ilmu.
Dan Pedoman Hidup hari ini ingin berkongsi tentang ilmu dan kepentingan
mengamalkannya.
Ilmu merupakan sebuah alat yang membolehkan kita mencapai segala keinginan
kita sama ada di dunia mahu pun di akhirat. Ilmu bukanlah terhad kepada
pengetahuan sahaja, tetapi adalah kombinasi diantara informasi (sama ada dari
pelajaran, penyelidikan, pengalaman atau penyampaian dari yang lain),
kemampuan untuk mengamalkan pengetahuan tersebut, serta kebolehan untuk
menyampaikannya kepada yang lain, dan sebainya. Segala nasihat atau tips yang
diperolehi sepanjang Simpan Challenge ini, jaganlah dijadikan sebagai informasi
sahaja. Sebaliknya harus diamalkan dan dibudayakan selamanya. Sekiranya
pengetahuan kita dapat disesuaikan dengan perubahan kehidupan, maka disitu
proses Ilmu sebenarnya telah terjalin. Oleh yang demikian, kita perlu sentiasa

meningkatkan ilmu kita kerana perubahan dunia ini tidak akan terhenti sehinggalah
Hari Kiamat nanti.
Akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t ini tidaklah ada nilainya sekiranya kita
tidak dapat menempatkan ilmu di dalamnya. Ini kerana akal memerlukan ilmu untuk
memperoseskan setiap keputusan atau tindakan kita. Ilmu yang luas membolehkan
kita mempuat pertimbangan yang baik lantas menghasilkan kepetusan yang bijak.
Marilah kita memandang serius dalam perkara ini, agar ia menjadi pelita kehidupan
kita dan ahli keluarga kita. Lebih-lebih lagi, ilmu mempunyai nilai yang lebih tinggi
berbanding harta kekayaan. Dalam masa kita sibuk menabung, jaganlah kita
terlupa kepentingan ilmu untuk diri kita dan juga ahli keluarga kita.
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya: Sesiapa yang menginginkan
dunia (kebahagian dunia),maka hendaklah ia berilmu dan siapa yang menginginkan
akhirat (kebahagian akhirat) maka hendaklah ia belajar dan berilmu,Dan siapa yang
mengkehendaki kedua-duanya,maka ia pun harus berilmu.
Seorang Muslim yang berjaya akan sentiasa dan bersungguh-sunguh meneroka ilmu
yang baru dengan niat yang ikhlas dan suci.

Anda mungkin juga menyukai