Anda di halaman 1dari 4

7 Strategi Saya Bebas Dari Hutang!

by Mohd Zulkifli Shafie on August 22, 2011


Sejak tahun 2003 lagi saya azam nak bebas daripada segala hutang. Masa tu,
kami terbeban dengan 5 hutang iaitu PTPTN saya, PTPTN isteri saya, Study Loan
Yayasan Johor saya, Computer Loan, dan Car Loan. Lepas berhempas pulas
selama 4 tahun, alhamdulillah, 4 Januari 2007 kami bebas dari segala hutang!
Sejak hari tu, tak ada lagi hutang berbaki walaupun satu sen. Dan kami suami
isteri kekal sebagai orang yang bebas hutang hingga ke saat saya menulis artikel
ni.
Ada juga kawan yang mintak saya kongsikan cara untuk bebas hutang, tapi saya
bukanlah orang layak untuk ajar cara bebas hutang. Cuma sekadar berkongsi tu,
insyaAllah. Langkah pertama, saya boleh cadangkan sahabat semua baca buku
Petunjuk Jalan Kekayaan, tulisan Chef Li. Buku tu banyak bagi motivasi dan
membuatkan saya insaf untuk jauhkan diri dari hutang. Lepas menyelami betapa
susah hatinya Chef Li masa dikelilingi hutang, saya sendiri pun rasa fobia dengan
hutang.
4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi
Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang,
mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai. Henti dan jauhkan segala urusniaga yang
dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah
dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu.
So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan. Beli ikut
keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu
pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Persona jer lah dulu. Buang lah dulu
perkataan bergaya dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benarbenar mampu untuk bergaya.

Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan. Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya
dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun
Tabung Haji. Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung
Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk

dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu
ke akaun bank.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua. Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan
skim-skim bisnes. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan
bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%.
Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%!
Second income penting sebagai backup income utama, dan untuk
tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang
perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza
antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!
Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah
Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya
rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu
pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian
anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan
kebajikan mak bapak jer
Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua
suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak?
Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk
bebas hutang dalam masa 4 tahaun.
7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun
Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam
masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi. Selagi kita boleh hidup tanpa hutang tu,
jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa
berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu.
Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car
loan (3% 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada
mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang berkat seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali
sebabnya ia dikategorikan sebagai good debt iaitu hutang yang membuatkan

kita bertambah kaya! Baca artikel Hutang Berkat, Hutang Mudarat untuk
fahami topik ni.
Strategi #3: Buka Dana Full-settlement Hutang. Buka akaun khas di bank
untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang
yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit
lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus.
Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah
nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai pokok jer,
ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai pokok + interest!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh
sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!
Strategi #4: Gunakan duit durian runtuh seperti bonus tahunan untuk
langsaikan hutang dulu. Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian
besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus
masa tu. Kena mujahadah la sikit.
Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Fullsettlement Hutang. Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji,
saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang.
Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab
seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200
RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan
seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang. Contohnya, bila dah buat fullsettlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu
masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu
sebagai kenaikan gaji, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik! Buat potongan gaji atau standing
instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi
tertunggak tu.

Tip terakhir, baca banyak buku-buku kewangan. Buku seperti Jutawan Dari
Planet Jupiter (Azizi Ali), Nota Jutawan, Nota Kewangan (Irfan Khairi) tu wajib
baca. Mana-mana buku yang saya baca, mereka akan cakap benda dan tip yang
sama dengan apa yang saya kongsikan ni. Bezanya cuma samada kita AMAL
ataupun tidak. Itu jer.
Moga tips ringkas ni dapat bantu sahabat semua untuk jadi G.O.O.D person. Iaitu
Get Out Of Debt kata rakan saya, David Lee (Certified Financial Planner)
Wallahu alam.
Zulkifli

11 Julai 2011
10 Syaban 1432
Damansara Damai
Artikel berkaitan:

Seronoknya Hidup Tanpa Hutang!


Kaya atau Sempit, Di Mana Silapnya?
Hidup Di Bawah Kemampuan
Hutang Berkat, Hutang Mudarat
Jalan Sebenar Bebas Kewangan
Beli Kereta, Kesilapan Biasa Graduan Baru

Anda mungkin juga menyukai