Anda di halaman 1dari 90

Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.

0 Oleh: Faris Osman


Tipniagaonline.com

‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬


Selamat Datang Usahawan

Assalamualaikum & salam ceria. Terlebih dahulu, saya perkenalkan diri saya. Hai,
Saya Faris Osman, merupakan seorang Perunding Pemasaran On/Off Line dan
Penulis Iklan Berkhemah. Bertanggungjawab membawa nama Mazhab Copywriting
di bawah jenama farisosman.com

Tahun 2009,
Mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan online pada tahun 2009, sewaktu di
bangku sekolah lagi.

Saya bermula dengan menjual koyok tapak kaki, minuman herba, ubat kurus di
pasar borong secara offline dan medium blogspot di pasaran online.

Dikesempatan ini,
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana anda telah membuat pembelian
yang sah daripada saya.

Sebelum kita masuk isi kandungan, kita refresh dulu minda kita, bila dah tenang dan
segar, baru kita start. Boleh? 

Insyaallah, ebook ini saya terang seringkas dan sepadat yang mungkin agar anda
senang faham penyampaian saya. 

Sebelum itu, saya ada beberapa pesanan ringkas.

2
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

PESANAN RINGKAS

PERTAMA
Baca ebook ini ketika hati tenang. Fikiran tengah lapang. Emosi stabil. Sebab,
berkemungkinan apa yang ingin saya sampaikan tidak anda terima 100% jika fikiran
serabut % kusut. 

KEDUA
Pasang niat untuk dapat ilmu baru. Insya Allah, anda bakal jumpa sesuatu yang
baru dalam ebook ini.

Jangan tanamkan sifat “aku dah tahu”. Berkemungkinan ilmu yang anda belum
tahu, tak sudi masuk dalam lubuk hati. Kosongkan minda anda, agar ia boleh diisi
dengan sesuatu yang baru.

KETIGA
Beri peluang kepada diri anda. Bunyi macam pelik. Ya, saya kena beritahu satu
ungkapan, “Semua orang boleh berjaya, cuma lambat & cepat, hanya Allah SWT
yang tentukan”.

Tanam dekat hati; “Aku pasti berjaya 6 bulan daripada sekarang”. Insya-Allah,
anda akan lebih fokus tahun ini.

KEEMPAT
Doa sebelum mulakan sesuatu. Bagi yang muslim; “Ya Allah, bantulah aku dalam
berniaga, aku ingin selesaikan masalah mereka yang memerlukan bantuanku, kau
berilah kejayaan dalam perniagaan ini”.

Soalan: Salah tak doa macam ini? Jawapannya: Tak salah, sebab kita bukan doa
nak khianat orang lain. Kita doa untuk kebaikan diri kita. Hukumnya Harus &
digalakkan. 

KELIMA
Tulis melalui hati dan perasaan. Baru kempen iklan @ pemasaran anda berhasil.
Konsepnya mudah, semakin anda ikhlas nak bantu orang lain, semakin banyak
Allah SWT bantu anda. Insyaallah. 

3
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

PERCAYA <VS> YAKIN

Konsep asas perhubungan itu adalah dasar percaya & yakin. Percaya merujuk
kepada sifat penjual.

************************************************************************************************

➽ Siapa dia penjual ni?

➽ Penjual ini penipu ke tidak?

➽ Sudah berapa lama dalam perniagaan?

➽ Senang berurusan atau tidak?

➽ Ada Bad-Story tak?

************************************************************************************************

Ia sesuatu yang normal dalam fikiran semua manusia. Tak banyak, sikit. Dalam fikiran
manusia, ada dua jenis. Fikir baik atau fikir buruk.

Biasanya yang buruk datang dulu. Namun jika elemen percaya ini sudah terpatri di
dalam hati manusia. Belum buka mulut, orang nak beli. 

4
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

Manakala, yakin pula lebih kepada sifat produk. Anda jual tudung, jam, seluar,
kasut, produk kecantikan, kesihatan, affiliate, software dll.

Hakikat nyata, persoalan di bawah akan terlintas dalam fikiran prospek kita.

************************************************************************************************

➽ Produk ini untuk aku ke?

➽ Berbaloi atau tidak dengan harga?

➽ Popular ke tidak?

➽ Ramai ke tidak orang beli?

➽ Berkesan ke tidak?

************************************************************************************************

Cuba jawab satu per satu. Jadikan anda di tempat pembeli.

Pembeli tak kenal anda. Jadi, sebagai penjual. Bagaimana cara nak jawab semua
soalan ini?

Insyaallah, akan diterangkan dalam modul selanjutnya. Sekian dahulu bahagian


pendahuluan. Jom kita masuk bahagian isi. Selamat

Faris Osman
Penulis: Mazhab Copywriting Junior v2.0
☎ 013-7670983
Blog Rasmi: www.farisosman.com

5
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁ISI KANDUNGAN❁

MODUL #1
1.0 - Pendahuluan.

1.1 - 7 Konsep Mazhab Copywriting Junior.

1.2 - 7 Teknik Ajaib Kepala Iklan.

MODUL #2
2.0 - 50 Perkataan Mahal Kepala Iklan.

2.1 - Info Tambahan: 4 Trik ‘Super Header’.

2.2 - 11 Simbol Penyengat Mata.

MODUL #3
3.0 - Apa itu Direct Copywriting?

3.1 - 5 Elemen Bina Sub-Header

3.2 - Skrip Isi Tempat Kosong. [Menarik]

MODUL #4
4.0 - Apa itu Content Copywriting?

4.1 - 7 Fasa Wajib Mesti Ada.

4.2 - Skrip Isi Tempat Kosong. [Menarik]

4.3 - 4 Skrip Lengkap Content Copywrting.

4.4 – 3 Pesanan Emas Content Copywriting. [Latest!]

MODUL #5
5.0 - Apa itu Call To Action? [Penting!]

5.1 – 3 Teknik Minta Respon Pelanggan.

6
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

MODUL #6
6.0 - Apa itu ‘Closing Sale’ (Pengunci Jualan)?

6.1 - 7 Strategi Closing Jualan.

6.2 - 5 Skrip Closing Sale. [Terkini]

MODUL #7
7.0 - Apa itu ‘Follow-up’?

7.1 - 7 Strategi Follow-up Prospek Liat Membeli. [Terkini]

7.2 - 8 Ikatan Rahsia Memujuk [RM100++]

7.3 - 8 Skrip Follow-Up Prospek Liat. [Terkini]

PENUTUP
Pelan Tindakan. [Senarai Cara Untuk Bermula Bina Ayat Iklan].

7
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁MODUL 1❁

1.0 – Pendahuluan
Saya yakin, sebilangan besar daripada anda tertanya-tanya. Kenapa ebook ini
dinamakan Mazhab Copywriting Junior. Kenapa tak nama lain. Ok, saya beritahu
sebabnya.

Mazhab ini saya ambil daripada perkataan arab yang bermaksud pandangan.
Sama seperti mazhab dalam agama juga. Ada Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi &
Hanbali. Maka dalam ebook ini, mazhab bermaksud pandangan saya mengikut
pengalaman saya. 

Copywriting pula diambil daripada perkataan inggeris yang bermaksud penulisan


iklan. Seperti yang kita tahu, penulisan ini luas. Ada penulisan artikel, cerpen, novel,
blog dan bermacam-macam lagi. Namun dalam ebook ini, fokus kepada penulisan
iklan. 

Junior pula disebabkan ebook ini khas untuk orang baru dalam dunia perniagaan
online. Namun saya akan selitkan juga, poin-poin mahal dalam ebook ini.
Insyaallah, mudah difahami. 

Baik,

Bolehkah anda bina ayat iklan sendiri selepas ini? Boleh. Ya, insyaallah boleh.
Sebab saya terang satu per satu berserta contoh skrip dan template. Dengan
syarat, anda baca modul-modul ini ikut tertib. Siapa ikut turutan akan faham. 

8
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

1.1 – 7 Konsep Mazhab Copywriting Junior.


Konsep adalah peraturan. Dalam Mazhab Copywriting Junior (MCJ) saya ada
beberapa peraturan yang harus dipatuhi. Mudah dan ringkas. 

#Pertama - Bullet Point | Mudah Faham.

Buat ayat iklan dalam bentuk poin. Sebab apa. Sebab lebih mudah faham. Mata
manusia lebih senang fokus benda yang mudah dan ringkas. Contoh:

Kelebihan Produk XYZ:-

 …
Bentuk Poin-poin.
 …

 …

#Kedua – New Line | Baris Baru.

Manusia suka baca benda yang kemas. Untuk kelihatan kemas, kita kena langkah
satu bahagian dengan bahagian yang lain. Contoh:

Suka makan DODOL? (Header) Diselangi ‘spacing’

Ketahui teknik TERKINI kacau dodol dalam


Masa 30 minit. (Sub-Header)

Header satu bahagian. Sub-header satu bahagian. Tujuannya, agar pembaca


mudah faham apa yang kita sampaikan. Satu per satu. Lebih nampak tersusun.

9
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Ketiga – Maksimum 6 perkataan sebaris.

Sebab apa 6 perkataan? Sebab nampak pendek dan mudah dibaca. Tidak
meleret. Boleh tulis lebih daripada enam, tapi buat perenggan. Contoh:

6 Perkataan Sebaris

Berapa ramai yang ingin saya BANTU


buang tabiat merokok dalam masa dua
minggu dari SEKARANG!

#Keempat – Uppercase Font | Penggunaan Huruf Besar.

Huruf besar penting untuk membezakan perkataan lain. Biasanya huruf besar
digunakan sebagai simbol penegasan, amaran, tawaran, tarikan dan perhatian.
Contoh:
Kata Kunci, Huruf Besar

Buang JERAWAT dalam masa 1 hari!

‘Jerawat’ adalah kata kunci yang kita ingin pembaca pandang. Sekarang bukan
perang harga, tapi perang perhatian. Semakin tinggi anda boleh tarik perhatian
pembaca, semakin mudah jualan terhasil. 

#Kelima – Penanda Wacana | Soalan @ Seruan

Apabila kita ingin soal, letak tanda soal [?]. Jika nak beri penegasan, letak tanda
seruan [!]. Agar pembaca boleh membezakan, antara soalan dan pernyataan.
Contoh:

Soalan: “Nak JANA RM100 Sehari?”


Akhiri dengan ‘?’ @ ‘!”
Seruan: “JANA RM100 Sehari Hari Ini!”

10
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Keenam – Banyak Nombor | Rating Tinggi.

Apabila kita log masuk FB. Kita akan lihat, lebih banyak huruf berbanding nombor.
Untuk menarik perhatian lebih, gunakan nombor dalam tulisan ayat iklan. Contoh:

Kerapkan guna nombor


 7 Langkah BINA Kredebiliti
 37 Rahsia Coklat Moist Sedap
 18 Ilmu Urutan Tapak Kaki

#Ketujuh – Simbol Pemikat | Jadikan Ia Unik

Hebat mana pun ayat kita, kalau tidak dibaca. Maka tidak berguna. Bagaimana
orang nak tertarik untuk membeli, jika mereka tidak baca. Betul tak kata saya? Ya.
Jadi…

Salah satu simbol tarikan adalah lain dari lain (asing). Nak jadi lain, anda boleh cari
simbol-simbol yang boleh didapati secara percuma di internet. Saya akan ceritakan
lebih lanjut di modul 2 selepas ini. Insyaallah. 

11
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

1.2 – 7 Teknik Ajaib Kepala Iklan


Dalam apa jua ayat pengiklanan, mesti ada kepala (header). Ini penting untuk
anda.

David Ogilvy (Pakar Copywriting) mengatakan, seorang penulis iklan yang bagus, ia
hanya memerlukan 5 patah perkataan untuk beri impak kepada pembaca.

Oleh itu, apabila menulis kepala ayat. Fikirkan tentang ringkas, pendek, teruja,
menusuk qalbu dan mudah difahami. Namun, jika anda belum mahir. Sebolehnya
maksimum 10 perkataan sahaja. Boleh kita teruskan? Ok, jom. 

#Pertama - Ketot dan Pendek.

Kepala ayat tak perlu panjang. Tugasnya hanya untuk tarik perhatian. Jangan bagi
serabut otak pembaca. Contoh:

 Muka anda KUSAM!


 POKET Sudah KOSONG!
 Nak NIAGA Online?

#Kedua - Bersahaja dan Sempoi.

Gunakan bahasa yang anda biasa guna. Jangan nampak skema sangat. Sebab
ada sesetengah pembaca tak selesa dengan ayat ‘ikut peraturan’. Mereka sangsi
dan janggal.

 Siapa nak saya bantu buat WEBSITE?

 Samsung S5 baru keluar!

 Capal |100% buatan bumi putera.

12
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Ketiga – Harapan Biar Logik.

Beri harapan yang logik akal. Jangan sesekali membunuh karier anda dengan
harapan palsu. Manusia suka berimaginasi, beri harapan kepada mereka menjadi
yang lebih baik. Mereka akan suka anda.  Contoh:

 Mahu tak LEMAK anda MUSNAH?

 Jom saya beritahu cara lulus MUET!

Jika tepat kepada sasaran, maka mereka akan tumpu setiap baris yang anda tulis.
Percayalah, manusia ingin berubah, cuma mereka terlalu berhati-hati dalam
memilih kaedah perubahan. Jika kena tempat, masa & keadaan, anda untung. 

#Keempat – Kontroversi Hangat.

Salah satu rahsia Harian Metro menggondoli carta pertama bacaan akhbar di
Malaysia adalah elemen ini. Iaitu kontroversi. Sebagai usahawan, jangan pandang
rendah elemen ini. Guna situasi semasa sebagai modal. Contoh:

 Metro: “Bomoh Terbang punca MH370 dijumpai”

 Iklan: “Kek HANGUS punca BOS Naik Angin”

Nak jual kek sebenarnya. Tapi masukkan elemen kontroversi. Tujuannya supaya
pembaca dapat info tentang produk kita. Walaupun dia tak beli hari ini,
sekurangnya dia tahu kita adalah penjual kek. 

13
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Kelima – Nombor Ajaib

Gunakan nombor dalam kepala iklan anda. Antara tujuannya, agar pembaca tahu
berapa info yang mereka bakal peroleh. Nampak isi dan poin utama mesej kita.
Pembaca teringin nak tahu apa yang kita tulis. Contoh:

 11 Strategi HANGIT Psikologi Pelanggan.

 7 Langkah Mudah BINA Minisite.

 5 Ciri-ciri Handphone BERKUALITI 2014.

#Keenam - Tawarkan Khidmat Bantuan

Ada masalah, ada peluang. Mereka yang bermasalah, butuhkan penyelesaian.


Anda sebagai agen penyelesaian kena ambil tahu masalah mereka. Semakin
cepat dikesan, semakin penuh tabung jualan.  Contoh:

 Servis Surat Jualan harga RUNCIT.

 Saya boleh tukar NAMA FB Page anda!

 Nak saya bantu DESIGN gambar?

14
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Ketujuh - Masa Singkat

Tujuan anda bina kepala ayat adalah supaya pembaca segera bertindak.
Bertindak untuk baca ayat anda. Maka di sini, elemen masa dititik beratkan.
Contoh:

 PERCUMA sehingga 12:00 malam ini!

 30% Diskaun Selama 3 Hari SAHAJA.

Jika anda terbaca kepala ayat seperti di atas, mesti tangan anda gatal nak klik. Tak
kiralah produk itu berkaitan dengan anda atau tidak. 

15
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

1.3 – Skema Singkat Kepala Ayat Jualan


Di bawah ini, saya sediakan skema atau susunan bina kepala ayat. Ini adalah
ringkasan umum cara membina header (Kepala Ayat Iklan).

Bilangan | Langkah/Rahsia | Produk/Servis | Tempoh

************************************************************************************************

 7 Cara Jana RM100 Dalam Masa 3 Hari.

 3 Rahsia Buat Kerepek Pisang Rangup tahan 5 Jam.

 11 Step Buat Minisite Secepat 60 Minit.

 5 Formula Jadi Pakar Penulis Blog kurang SEMINGGU.

************************************************************************************************

P.S:

Bagaimana? Anda dapat sesuatu pada modul awal ini. Jika masih blur atau
kebingungan nak cipta kepala ayat.

Teruskan membaca. Saya sediakan 50 jenis perkataan ajaib untuk dihidangkan


kepada anda. 

16
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁MODUL 2❁

2.0 - 50 Perkataan Mahal Kepala Iklan.


Modul 2.0 ini adalah kesinambungan daripada modul sebelum ini. Di sini, saya
hidangkan 50 Perkataan Mahal berserta ayat contoh. Anda boleh gunakan
perkataan ini mengikut kesesuaian produk anda. 

1. PELUANG - PELUANG Korek RM10 Pertama.

2. TERBUKTI - TERBUKTI Berkesan Sejak 1998.

3. PUAS HATI - 100 Orang Dah PUAS HATI.

4. HILANGKAN - HILANGKAN Selsema Hari Ini.

5. MAHU - MAHU Saya Tunjuk Lubuk Ikan Patin.

6. RAHSIA - RAHSIA Mawar Bertudung Litup.

7. SIMBOL - 7 SIMBOL Wanita Melayu.

8. TERBUKTI - TERBUKTI Berkesan Lebih 10 Tahun.

9. KECEWA - KECEWA Di Usia Muda.

10. TERMANTOB - Servis Tukar Like TERMANTOB.

11. TANDA - 5 TANDA Suami Sayang Anda.

12. PATUT - Mahasiswa PATUT Tahu Awal

13. HADIAH - 10 HADIAH Untuk Diragut.

14. RISAU - RISAU Anak Anda Dibuli.

15. BONUS - 3 BONUS Untuk 1 Pembelian.

16. DISKAUN - DISKAUN 50% Untuk Warga Mas.

17. JUALAN MEGA - JUALAN MEGA 2014.

18. LUPAKAN - LUPAKAN Kisah Dengan Awek Lama.

17
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

19. SEMPENA - SEMPENA Raya Cina Sahaja.

20. POTONGAN - POTONGAN Separuh Harga.

21. KUPON - Dapatkan KUPON Pembelian Pertama.

22. MAMPU MILIK - Miliki Gajet Samsung MAMPU MILIK

23. ADVANCE - PAKEJ ADVANCE dengan Harga Basic.

24. MISTERI - 10 Jenis Cerita MISTERI Pelanggan Kami.

25. JANGAN - JANGAN Makan Duit HARAM.

26. TERKINI - Produk TERKINI Jamu Mak Jah.

27. BAUCAR - Tebus BAUCAR Sebelum 30hb.

28. PERHATIAN - PERHATIAN Bagi Mereka Yang Ingin Kaya

29. BAZIRKAN - Jangan BAZIRKAN Wang Anda.

30. BARU JUMPA - BARU JUMPA Cara Rawat Resdung.

31. NAK - NAK Hilangkan Dengkur Malam.

32. CERITA - CERITA Ini 10 Tahun Dulu.

33. HANYA - HANYA Dibuka Sekali Setahun.

34. DIBUKA LAGI - Jualan DIBUKA KEMBALI.

35. TERHAD - Dikongsi TERHAD 5 Orang Sahaja.

36. SELESAIKAN - Jom SELESAIKAN Hutang Anda.

37. SAMBUTAN - SAMBUTAN Hangat Di Johor.

38. BUANG - BUANG Rasa Takut Nak Berjaya.

39. FANTASTIK - Kaedah FANTASTIK Pernah Saya Jumpa

40. HARGA NAIK - HARGA NAIK Esok Petang.

41. JUAL SEMULA - Produk Boleh JUAL SEMULA

42. UNTUNG - Beli Sekali UNTUNG Berkali-kali.

43. PERCUMA - Beli Satu PERCUMA Dua.

18
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

44. MAIN KASAR - Jangan MAIN KASAR Dengan Kak Ton.

45. TOLONG - TOLONG Fikirkan Tahap Kewangan Anda.

46. SEKARANG - Dapatkan SEKARANG.

47. TERHANGAT - Teddy Bear TERHANGAT di Pasaran.

48. TUNAIKAN - Sila TUNAIKAN Janji Anda.

49. CEPAT - Siapa CEPAT Dia Dapat.

50. FIKIRKAN - FIKIRKAN Sejenak Tahap Kesihatan Ibu Anda.

19
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

2.1 – Info Tambahan | 4 Trik Super Header.

#Pertama – HURUF BESAR


Huruf besar menandakan perkatan itu penting. Namun penggunaan huruf besar
perlu kena pada tempatnya. Jika tidak, kita akan dianggap seakan-akan menjerit.
Contoh:

***********************************************************************************************

✔ Hilangkan JERAWAT Kurang 2 Hari!

✖ HILANGKAN JERAWAT KURANG 2 HARI!

***********************************************************************************************

Konsep Dia Mudah!

Bila kita ada masalah, maka kita akan terfikir-fikir masalah tu. Selagi belum selesai,
selagi itulah masalah tu berbisik-bisik di telinga kita.

Jadi, sesiapa yang ada jerawat, mereka pantang dengan perkataan jerawat. Pasti
mereka ambil berat tentang info tersebut.   

#Kedua – Tanda Wacana.


Icon menentukan intonasi nada. Nada sedih, gembira, suka, duka semua
ditentukan melalui icon. Jadi, gunakan fungsi ini sebaiknya. Jika kita hendak
bertanya letak icon ‘?’… Penegasan ‘!’… Pembahagi ‘|’…

***********************************************************************************************
 3 Strategi Tawar Harga Barang!

***********************************************************************************************

SUMBER: 【http://fsymbols.com/emoji/】

20
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Ketiga – Underline
Fungsi underline sama macam huruf besar. Tarik perhatian prospek. Anda boleh
letak line bawah perkataan dengan fsymbols.com. Klik link di bawah untuk belajar.
Contoh:

***********************************************************************************************
 Bagaimana nak KURUS tanpa diet?

***********************************************************************************************

Klik Sini »【http://fsymbols.com/generators/underline/】

#Keempat – Icon Penarik


Fungsi simbol seperti teropong atau sniper. Maksudnya tumpu. Kita cuba buat
prospek tumpu dekat header. Contoh:

***********************************************************************************************
 Siapa Pernah Hidap Resdung? 

***********************************************************************************************

Klik Sini »【http://fsymbols.com/all/】

21
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

2.2 - 11 Simbol Penyeri Ayat


Dalam modul ini, saya kongsikan simbol-simbol penyeri ayat agar iklan kita lebih
mesra untuk dibaca. Ia penting untuk membezakan iklan kita dengan iklan-iklan
lain. Anda boleh tiru simbol-simbol di bawah. 

1st – Simbol Sama Dengan


# Contoh: Header

=============================
Ingin Kelihatan 10 Tahun Lebih Muda
=============================

2nd – Simbol ‘Dash’


# Contoh: Header

-------------------------------------------------
Dapatkan KUPON Pembelian Pertama!
-------------------------------------------------

3rd – Simbol Titik


# Contoh: Header

………………………………………………………
Kecapi NIKMAT Kecantikan Sebenar
………………………………………………………

22
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

4th – Simbol Fokus


# Contoh: Header

»» Sila TUNAIKAN Janji Anda ««

5th – Simbol Apitan


# Contoh: Header

::: SIMBOL JANTAN SEJATI :::

6th – Simbol Anak Panah


# Contoh: CTA

DOWNLOAD SINI >> Link Url

7th – Simbol Right [✔]


# Contoh: Kelebihan

✔ Mampu Hilangkan KEDUT Dahi.


✔ Mampu BINA Otot Kendur.
✔ Mampu REDAKAN kesakitan sendi.
✔ Mampu Jadi Body Builder.
✔ Mampu Berlari 100 METER.

23
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

8th – Simbol Panah Bawah.


# Contoh: CTA

Klik Bawah:
▼▼▼▼▼
[Link URL Anda]

9th – Simbol Gunting Harga.


# Contoh: Diskaun

[✄] DISKAUN 50% Hari Ini.

10th – Simbol Mahkota.


# Contoh: Bonus

╔════════════♚♚♚════════════╗
:: BONUS BONANZA SETAHUN SEKALI SAHAJA ::
╚════════════♚♚♚════════════╝

11th – Simbol Tembok.


# Contoh: Header

▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓
HILANG JERAGAT DALAM MASA 3 HARI!
▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓▓

Untuk pengetahuan, anda boleh juga mendapatkan simbol-simbol ini di sini.

【HTTP://FSYMBOLS.COM/】

24
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁MODUL 3❁

3.0 – Apa itu Direct Copywriting?


Direct Copywriting adalah ayat jualan terus. Maksudnya tanpa selindung. Kita terus
beritahu hasrat kita.

Kita beritahu pembaca bahawa kita ialah penyelesai masalah mereka. Kita
tawarkan produk dan servis secara langsung kepada mereka.

 Tiada yang tersembunyi.


 Tiada hidden agenda.
 Terus beritahu maksud kita.

Persoalannya, boleh ke? Ya. Boleh. Tapi kita kena ikut format agar ayat kita tidak
kelihatan mendesak dan memaksa.

Dalam modul 3.1, saya akan beritahu bagaimana hendak buat sub-header (ayat
yang sokong kepala ayat).

Direct Copywring ini duduk di dalam sub-header. 

25
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

3.1 - 5 Elemen Bina Sub-Header

Dalam modul 3.1, saya akan terangkan bagaimana membina sub-header untuk
produk anda. Kesemuanya ada lima bahagian penting.

Sediakan kertas A4 atau buka Microsoft Word, untuk anda senaraikan apa yang
saya beritahu di bawah.

Jangan scroll-down mouse anda, jika anda belum sedia. 

#Pertama – Nama Produk.


Langkah pertama anda pilih satu sahaja daripada nama produk atau nama servis
yang anda tawarkan. Lagi bagus nama yang unik. Contoh:

Produk:

 Krim Limau Nipis

 Kek Lapis Serawak

 Jam Tangan Alba

 Software Ajaib.

 Tudung Munawwarah

 Ubat Kuat Lelaki

 Cadar 3 Dimensi.

Servis:

 Letak nama website

 Nama Syarikat

26
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Kedua – Kepada Siapa Ditujukan?


Langkah kedua anda bagi satu sahaja jenis prospek yang menjadi sasaran anda.
Contoh:

 Mahasiswa

 Cikgu Pencen

 Peniaga Online

 Remaja 20 an

 Para Ibu

 Pencinta Gajet

 Penulis Blog

 Pelukis Jalanan

 Gadis Remaja

 Kanak-kanak

 Warga Mas

 Orang Rabun

#Ketiga – Masalah Mereka


Langkah ketiga, sediakan dua masalah tegar dan kritikal mereka. Contoh:

 Memiliki masalah kedutan kulit wajah.

 Mempunyai jeragat & jerawat.

 Menghidapi resdung dan gatal-gatal.

 Tidak tahu bina website menawan.

 Risau jualan semakin merundum.

 Kosong ilmu memikat pelanggan.

27
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Keempat – Penyelesaian & Harapan


Langkah keempat, sediakan keberkesanan selepas mendapatkan produk atau
servis anda. Contoh:

 Muka kelihatan lembap dan berseri sepanjang hari.

 Jerawat hilang dengan sendiri tanpa disedari.

 Memiliki website yang kelihatan profesional.

 Menikmati resepi tradisi kek coklat moist.

 Lebih ceria bersama suami tercinta.

 Anak kita bijak dan berfikiran luar biasa.

#Kelima – Elemen Masa Perubahan


Langkah kelima, masukkan elemen masa perubahan itu berlaku. Contoh:

 2 Jam.

 3 Hari.

 7 Minit.

 3 Saat.

 3 Bulan.

 1 Tahun.

Dalam modul 3.2, saya akan gabungkan 5 Elemen ini menjadi satu ayat. Secara
langsung ia dinamakan Direct Copywriting. Jom teruskan bacaan. 

28
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

3.2 - Skrip Isi Tempat Kosong. [Menarik]

Anda telah ketahui 5 elemen penting dalam bina sub-header (Ayat Penyokong
Header). Sekarang sudah tiba masanya, anda gabungkan elemen tersebut di
bawah satu bumbung Direct Copywriting (Ayat Jualan Terus).

Skrip contoh:

************************************************************************************************

Nama Produk membantu/menolong Kepada Siapa Ditujukan yang memiliki


@ mempunyai Masalah Mereka supaya @ agar Penyelesaian & Harapan
dalam tempoh @ masa Elemen Masa Perubahan.

************************************************************************************************

#Template 1 – Produk Kesihatan

Produk ABC membantu Warga Mas yang memiliki SAKIT LUTUT dan SENDI
BENGKAK supaya dapat sembuh dan sihat dalam masa 7 hari.

#Template 2 – Produk Kecantikan.

Produk XXX menolong Gadis Remaja yang memiliki TOMPOK HITAM dan KULIT
KUSAM supaya kelihatan bersih berseri dalam tempoh 24 jam.

#Template 3 – Produk digital

29
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

Produk XYZ memudahkan Peniaga Online yang mempunyai masalah


membina minisite hodoh agar kelihatan cantik, kemas dan pro dalam jangka
masa 60 minit.

# Template 4 – Servis & Perkhidmatan.

Syarikat ABC menawarkan perkhidmatan kepada Penulis Blog yang


kehilangan idea menulis supaya memiliki artikel yang fresh dan berkualiti
tinggi dalam masa 3 hari.

#Template 5 – Servis & Perkhidmatan

Namaanda.com menolong peniaga online yang buntu idea memasarkan


produk supaya jualan mereka mencanak tinggi dan disukai ramai dalam
tempoh 2 jam.

P.S: Bagaimana? Dapat sesuatu pada modul 3. Bersemangat lagi untuk teruskan.
Jika ya, jom kita belajar pula Content Copywriting. 

30
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁MODUL 4❁

4.0 - Apa itu Content Copywriting?


Content Copywriting (CC) adalah Ayat Jualan Informasi. Ia sedikit berbeza dengan
Direct Copywriting (DC). Di mana kita tidak jual terus. Kita jual ilmu kita, pengalaman
kita, kata-kata pelanggan kita. Secara mudahnya:

 Kita semai kelebihan produk kita dalam hati pembaca.

 Kita benihkan maklumat dan info dalam jiwa mereka.

 Kita tanam nama produk atau servis kita dalam diri mereka.

Supaya kita dapat tuai hasilnya pada masa akan datang. Namun tidak di nafikan
bahawa teknik ini agak lambat. Namun, faedah guna teknik ini amat
memberangsangkan. Apa yang kita akan dapat:

 Kita akan dikenali sebagai tempat rujuk untuk bertanya.

 Kita akan disayangi, sebab tambah nilai hidup mereka.

 Pelanggan suka dan senang beli berkali-kali daripada kita.

Saya yakin, sebahagian kita sudah pernah dengar teknik ini. Namun apa yang saya
ingin kongsikan adalah susuk-susuk penting dalam content copywriting. Supaya kita
tidak lagi kekok melancarkan kempen iklan nanti. 

Satu Berita Penting.


Ia sesuatu yang mudah & senang. Syaratnya anda kena ada dua sifat.

 Suka dapat ilmu.

 Suka kongsi ilmu.

31
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

Faris, kalau kongsi je bila nak untung?


Ini soalan biasa saya terima.

Dulu saya pun rasa begitu juga. Namun kita sering terlupa, untuk seseorang itu
membeli daripada kita. Kita mesti jadi kawan dan sahabat mereka. 

Poinnya mudah:

“Orang lebih rela beli dengan orang yang mereka kenal, berbanding orang yang
mereka tidak kenal”. Walaupun kadangkala, harganya mahal sedikit.

Satu lagi, orang akan beli produk kita, jika mereka yakin produk kita membantu
menyelesaikan masalah mereka.

Masukkan keyakinan dan kepercayaan dalam diri prospek bahawa anda adalah
orang yang tepat sebagai tempat rujuk.

Kenapa saya cerita panjang dalam modul ini?


Jawapannya, sebab saya hendak anda betul-betul faham kenapa saya wujudkan
modul ini dalam MCJ v2.0.

Dalam modul 3.2, saya akan beritahu apa yang perlu dikongsikan kepada umum
tentang produk kita.

Ok, jom kita teruskan. Insyaallah, bila anda sudah bermula. Maka anda akan sebati
dengan konsep ini. 

32
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

4.1 - 7 Fasa Wajib Mesti Ada.


Hai, bertemu kembali. Dalam Modul 4.1 ini saya akan terangkan, bagaimana anda
boleh bina sendiri content copywriting untuk produk/servis anda. Ringkasnya, ada 7
fasa penting dalam modul ini.

Macam biasa. Sediakan kertas A4 atau buka Microsoft Word. Anda akan bersama
saya bina ayat Content Copywriting. Dah sedia. 

#Pertama – Tajuk.
Apa-apa penulisan, yang penting adalah tajuk. Tajuk yang menentukan artikel @
ayat iklan itu dibaca atau tidak.

Tajuk dalam CC ini berbeza dengan DC. Sebab, kita bukan nak jual. Tapi kita nak
kongsi cerita & informasi murni kepada pembaca. Contoh:

 5 Tip Kecantikan Asli Melayu.

 7 Rahsia Turun Temurun Produk XXX.

 9 Cara Mudah Tukar RM kepada USD.

 3 Jenis Fesyen Terbaru Kebaya 2014.

 6 Bahan Penaik Pau Kak Siti.

 7 Ciri-ciri Minisite Mesra Pengguna.

33
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Kedua - Fakta
Masukkan statistik, laporan, survey, result dan artikel rasmi. Anda boleh dapat fakta
tentang produk anda dalam majalah, tv, radio, internet, website rasmi produk dan
kajian anda sendiri.

Ia penting untuk tarik minat membaca. Biasanya, pembaca suka baca cerita yang
realiti berlaku berbanding imaginasi atau kes percubaan. Contoh:

 Laporan SKMM: “Lebih RM1 Billion dibelanjakan dalam


penghantaran SMS sebulan”

 Kajian Kes: “100 Responden Sg. Limau bersetuju, bahan


pewarna membahayakan kesihatan”.

 Surver UITM Skudai: “3/10 daripada kita, terdedah


menghidapi penyakit alser mulut”

 Utusan Malaysia: “90% usahawan gagal disebabkan tiada


sistem jualan yang tersusun”

Anda boleh inovasi ayat di atas berdasarkan produk & servis yang anda tawarkan.
Yang penting, ia adalah fakta yang benar. 

34
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Ketiga – Selang.
Tujuan selang adalah membezakan satu komponen dengan komponen yang lain.
Jangan campur aduk, nanti pembaca pening.

Fakta:
“Mata kita cepat bosan, mulut kita cepat menguap dengan tulisan panjang”.

Macam buku sejarah lama yang tidak bergambar. Ok, jom saya susunkan untuk
anda. Contoh:

************************************************************************************************
Langkah satu
per satu
5 Teknik Berkesan Elak Ngantok!

Metro Ahad: “70% pelajar mengantok dalam


kelas disebabkan makan malam.”

************************************************************************************************

Sekarang anda nampak, ia lebih tersusun. 

35
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Keempat – Pembukaan.
Pembukaan cerita diperlukan agar pembaca tahu berapa banyak info yang bakal
mereka terima.

Mereka lebih bersedia membaca kempen kita. Mereka akan rasa ingin tahu apa
yang ingin kita sampaikan. Akhirnya, mereka membaca sehingga ke akhir. Contoh:

************************************************************************************************

Ramai yang rasa kecewa bila suami


kata, bau anda busuk!

Hari ini saya akan kongsikan 5 jenis


pewangi kekal 12 jam:

************************************************************************************************

Ini contoh pembukaan yang membuatkan si pembaca teringin sangat nak tahu
apa nama pewangi tu.

Konsep mudahnya, mula dengan situasi masalah kemudian bagi hint (tanda) kita
nak kongsi benda penting bagi mereka. 

36
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Kelima – Nombor
Kongsikan poin-poin kita mengikut tertib. Untuk lebih jelas gunakan nombor.
Tujuannya, supaya isi anda tersusun. Contoh:

************************************************************************************************

-----------
No. 1 > Jenama Boss
-----------

-----------
No.2 > Jenama Dunhill
-----------

************************************************************************************************

Nombor juga berperanan mengelakkan kita daripada tersasar dan meleret. Ya,
meleret jauh.

Pembaca pun jelas dengan info yang bakal kita kongsikan.

37
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Keenam – Bullet Point.


Seperti yang saya terangkan sebelum ini. Formula bullet point memang
menyeronokkan. Sebab, pembaca jelas dan mudah faham apa yang kita
sampaikan.

Kita anda boleh dapat macam-macam symbol bullet point di sini. Contoh:

[❤♛❉★✔✘]

************************************************************************************************

★ Timun segar [Satu Batang]


★ Tepung Gandum [Semangkuk]
★ Gula Kasar [3 Sudu]
★ Rempah Produk XX [2 Cubit]
★ Air Masak [1 Liter]

************************************************************************************************

Ini contoh penyediaan resepi. Namun tidak semua perlukan bullet point. Ia
terpulang kepada kreativiti anda. 

38
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Ketujuh – Pemisah & Pesanan


Sekiranya ada pesanan atau Call To Action (Arahan Bertindak). Anda boleh
gunakan pemisah sebagai komponen dalam CC. Biasanya diletakkan di sudut akhir
kempen.

Penting untuk membezakan kempen CC dengan pesanan anda. Pesanan


merangkumi tawaran, jemputan dan penjenamaan. Contoh:

************************************************************************************************

3 Benda Wanita Mahukan!


Majalah Wanita: “ 35% punca penceraian
disebabkan lelaki sambil lewa”

-----------------

Sebenarnya ada tiga benda penting


wanita anggap lelaki dah tahu:

NO.1 – Kejujuran.
…..
NO.2 – Toleransi.
…..
NO.3 – Kesetiaan.
…..

-----------------

Saya jemput anda sertai kami untuk


Selongkar rahsia wanita.

Klik Sini > [Link Group] Percuma!

***********************************************************************************************

Jika anda perhatikan, saya pisahkan mereka dengan ----------. Untuk membezakan
kempen CC dengan jemputan ke group kita. 

Call to action akan diterangkan ada modul yang berikutnya. Insyaallah. 

39
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

4.2 – Skrip Isi Tempat Kosong. [Menarik]


Dalam modul 4.2, anda akan gabungkan 7 fasa sebelum ia menjadi satu. Ia mudah
untuk dipraktikkan. Jom lihat caranya. 

Skrip Contoh:

************************************************************************************************

Template Contoh Bahagian


3 Bahan RAHSIA Kek Kukus Kg. Jawa!
Tajuk
Master Chef: “Ramai orang boleh buat
kek kukus, tapi tak ramai yang tahu resepi Fakta
asli kek tersebut”

----------- Selang

Hari ini saya berjaya interview


Cik Sal untuk kongsikan resepi Pembukaan
Kek kukus Kg. Jawa:

*Pertama: Bahan Bancuhan Nombor.

 Air masak (1/2 cawan)


 Tepung XX (Satu cawan)
 Minyak masak (3 sudu) Bullet Point
 Garam laut (3 cubit)
 Serbuk Coklat (10 Sudu)

----------- Pemisah

Sesiapa yang teringin resepi baru


daripada kami, boleh kunjung blog Pesanan
kami di sini > [Link Blog]

************************************************************************************************

P.S: Bagaimana? Nampak susunannya. Untuk pengetahuan, (Nombor & Bullet Point)
boleh ditambah lagi. Mengikut keselesaan anda. 

40
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

4.3 – 4 Skrip Lengkap Content Copywriting.

#Template 1 – Produk Kesihatan

3 Kaedah Cegah KANSER Percuma!

==========
AMARAN!
Kata Dr. Asmah (Pakar Kanser Perut)
“80% makanan asid yang kita makan
menyumbang kepada kanser usus”
==========

#Pertama: Waktu Makan

 8:00 pagi – 9:00 pagi.


 5:00 petang – 7:00 petang.

#Kedua: Makan Buah

 Buah Tembikai
 Buah Mangga
 Buah Betik.

#Ketiga: Air Masak

 3 kali sehari.
 Sebelum makan.
 1 gelas 200 ml.

----------------

P.S: Sumber Asli >> www.anda.com

Kongsi tip, trik, kaedah, teknik dan solusi setiap hari. Motif agar pembaca tahu anda
memang seorang yang pakar. 

41
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Template 2 – Produk Kecantikan

3 Rahsia KULIT KEKAL Remaja!

“3 kaedah penjagaan kulit yang ramai lupa


padahal ia percuma”
CC: Mariah Samsuri (Ratu Kebaya Johor)

+++++++++

Mariah sendiri beritahu rahsianya


kelihatan 10 tahun lebih muda:

***
NO. 1 > Mandi Subuh
***

Ion positif di waktu pagi, sangat sesuai


Untuk kulit. Selain segar, ia juga membantu
Mempercepat proses tumbuh kulit baru.

***
NO.2 > Natural Beauty
***

Jangan guna krim kimia. Ia merosakkan


kulit kita. Gunakan sapuan gel herba,
bagi mengelakkan kulit kusam.

***
NO.3 > Air Masak
***

Selalukan minum air masak bertapis.


Sebab, air yang berkalorin, menyebabkan
Sel tubuh kita terbantut tumbesarannya.

============

Dapatkan khidmat nasihat PERCUMA


kecantikan.

Like page ini: [Link URL]

P.S: Ini adalah contoh sahaja. Saya cuma nak tunjuk gambaran. Supaya lebih
mudah faham susunannya. 

42
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Template 3 – Produk Blogging

3 Peranan Blog Untuk Usahawan!

100 Responden Blogger1M.com:


“75 mengatakan, pendapatan melalui
Blog lebih tinggi berbanding FB”

---

Ramai yang tak percaya, tapi ia realiti.


Ada sekurangnya tiga manfaat blog:

[1] Kredebiliti

Channel penting membina kredebiliti


Anda sebagai seorang usahawan.

[2] Senang Popular

Tidak dinafikan, blogger Malaysia juga


senang jadi popular di dunia maya.

[3] Mesra

Channel blog merupakan medium info


yang lebih digemari remaja 20-an.

=========

P.S: Jemput datang seminar percuma,


Buat duit dengan blog di JB.

Daftar Sini > [Link URL]

PS: Bagaimana? lebih jelaskan. Lakukan banyak perkongsian, insya-allah anda akan
dikenali sebagai pakar. 

43
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Template 4 – Produk Accessories. (Pakaian, Tudung, Jam, Kasut, etc)

3 Fesyen Tudung 2014 [Terkini]

[Wanita Hari Ini]


“Mac, 2014 telah diadakan satu pameran
tudung antarabangsa, pelbagai fesyen
tudung diperagakan.”

***
Ada tiga jenis tudung menduduki
tempat teratas:

===========
#Pertama – Silang Para
===========

Tudung yang diperagakan daripada


Indonesia, mendapat undian tertinggi
para juri. 

===========
#Kedua – Molek Mawar
===========

Tudung yang melabuhi dada ini berasal


daripada Vietnam, ia sesuai dipakai pada
majlis-majli rasmi perkahwinan. 

===========
#Ketiga – Litup Songket
===========

Tudung tenunan benang perak, yang


Berasal daripada Brunei. Sungguh cantik
dipakai pada majlis VVIP. 

---

Nak tahu lebih banyak fesyen tudung,


Di sini > [Link FB Page Anda]

P.S: Bagaimana? Ini contoh sahaja. Tiada pun pameran. Tugas anda kena tahu,
event-event penting. Kemudian hubungkan dengan bisnes anda. Kempen CC
anda tidak jual. Tugas anda bagi informasi. Lama-kelamaan, mereka akan rasa nak
beli tudung anda. 

44
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

4.4 – 3 Pesanan Emas Content Copywriting.

1- Knowledge of your product | Tahu Serba-serbi.


Nak jadi pengamal Content Copywriting.

Anda wajib ada Ilmu tentang produk atau servis yang anda tawarkan. Ya, penting.
Sebab anda akan dijadikan tempat rujukan. Tempat mengadu masalah. 

Ringkasnya, tempat bergantung jika berlaku masalah. Tunjukkan kepakaran anda,


baru orang boleh nilai siapa anda.

Contoh:

Andaikata anda seorang Penjual Tudung XXX. Maka syarat wajib ilmu yang mesti
ada seperti:

 Tahu jenis-jenis tudung terkini 2014.

 Tahu jenis warna yang sesuai untuk remaja.

 Tahu harga pasaran tudung.

 Tahu jenis kain tudung yang sedap dipakai.

 Tahu sesuaikan tudung dengan muka.

 …

 …

Naluri manusia, bila dia lihat kita berilmu tentang apa yang mereka minat. Maka
mereka akan semakin rapat dengan kita. Nak tahu siapa kita. Nak follow info kita.

Sampai satu masa mereka akan bertanya kepada kita: “Sis, Apa trend tudung XXX
2014 yang latest ya? saya nak beli lah.” 

Jangan percaya cakap saya. Tapi bila anda praktikkan nanti, anda akan tahu
impaknya. Insyaallah, ada orang yang mula follow informasi daripada anda.

Bila mereka follow, tanda mereka percaya. Bila mereka percaya, tanda ‘hijau’
jualan anda akan meningkat semakin cerah. 

Semoga berjaya.

45
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

2- Jual faedah & kelebihan| Bukan diskripsi @ ciri-ciri.


Ringkasnya, anda jangan banyak cerita tentang cirri-ciri produk, tapi cerita apa
manfaat & kelebihan yang produk boleh bagi pelanggan anda.

Contoh: Kasut Jenama Nikki

Ciri-ciri Manfaat & Kelebihan

Kami sediakan Warna hitam agar ia lebih


Warna hitam & putih.
nampak esklusif dan korporat buat anda.

Tapak yang nipis membolehkan anda bergerak


Tapak nipis 2 inci.
lebih pantas dan lebih selesa dipakai.

Kulit asli membuat anda seperti orang berkaliber


Kulit asli 100%.
dan nampak berkredebiliti.

Nampak perbezaannya? Kita cerita cirri-ciri dalam bentuk faedah & kelebihan yang
bakal pelanggan peroleh. Mereka akan rasa, kasut anda serasi untuk diri mereka.

3- Jual bukti | Testimoni


Tidak dinafikan, kata-kata orang ketiga tentang perniagaan kita, merupakan
pengaruh besar untuk pelanggan baru membeli. Ya, jika anda ada bukti ‘puas hati’
pelanggan lama. Masukkan dalam FB Page atau FB Group anda.

Bagaimana nak tunjukkan?

Anda boleh guna teks, gambar atau video (jika ada). Bagaimana nak ambil bukti
gambar teks? Ok.

1. Khas untuk pengguna Window 7.

2. Klik butang start window

3. Taip ‘Snipping Tool’

4. Mulakan crop gambar

5. Kemudian ‘Save’

6. Jika nak crop lagi, klik butang new.

46
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

Jika anda bukan pengguna Window 7. Anda boleh gunakan butang Print Screen di
keyboard.

Caranya,

1. Cari butang ‘Prt Sc’ di sebelah kanan atas keyboard anda. (Biasa sebelah ‘delete’)

2. Klik ‘Prt Sc’ untuk ambil gambar paparan computer.

3. Buka ‘paint’ (Start > Program > Accessories > Paint)

4. Klik ‘Ctlr+V’ (Paste).

5. Klik butang

6. Klik-Kanan tetikus anda, pilih ‘Crop’.

7. Kemudian ‘Save’.

47
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁MODUL 5❁

5.0 - Apa itu Call To Action? [Penting!]


Call To Action (CTA) adalah arahan untuk bertindak.

Tujuannya, memberikan arahan kepada pelanggan untuk membuat sesuatu


tindakan, selepas membaca skrip iklan/kempen kita.

Penting atau Tidak? Penting. Ya! Semua ayat jualan yang anda bina tidak berguna
jika tiada bahagian ini.

Sebab, manusia suka dipimpin. Untuk dipimpin, mereka perlukan arahan. Arahan ini
yang menyebabkan manusia membeli 

“Sebaik-baik arahan adalah arahan yang mudah”

Saya senaraikan 3 jenis CTA yang boleh anda gunakan;

1. Komen

2. Private Message

3. SMS

48
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

5.1 – 3 Teknik Minta Respon Pelanggan.

#Pertama: Jenis Balas Komen


Bahagian akhir ayat jualan anda, mesti ada CTA. Untuk bahagian pertama modul
CTA. Anda akan belajar bagaimana suruh pembaca komen. Ia sesuai untuk
Content Copywriting (Ayat Jualan Informasi).

************************************************************************************************



Berminat nak tahu lebih lanjut,
Sila Komen: “Nak Tahu”

************************************************************************************************

P.S: CTA jenis komen lebih untuk memperkenalkan produk anda.

Selain itu, anda nak survey berapa ramai pembaca yang responsif dengan ayat
jualan anda. Jika tiada komen. Bagaimana Faris?

Kali pertama gagal itu biasa, orang yang luar biasa adalah mereka yang mencuba
banyak kali untuk berjaya, walaupun dugaan yang datang berkali-kali. 

Nak dapat info PERCUMA lagi,


Katakan: “Nak bos”

_________________________

Ilmu premium, khas untuk


mereka yang komen:
“Nak info lagi”

_________________________

Saya ingin lihat mereka yang


cintakan ilmu masakan.

Katakan: “Sayaaaa”

49
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Kedua: Jenis Private Message


CTA jenis ini sesuai untuk Direct Copywriting. Biasanya untuk menjual terus. Bila
pembaca klik pautan, mereka terus di bawa ke ruangan mesej anda. Contoh:

1. Mula, pergi ke FB Profile anda.

2. Lihat alamat FB profile anda. Ini contoh Alamat FB Profile saya:


https://www.facebook.com/ifarisosman.

3. Atau mungkin id anda dalam bentuk nombor seperti


https://www.facebook.com/111000191 (Sebab anda belum kemas kini
FB Profile)

4. Tambah perkataan ‘messages’ seperti di bawah:

5. [ https://www.facebook.com/messages/Ifarisosman ]

6. Siap.

Contoh template:

 Untuk Tempahan Klik Sini » [Link Mesej Anda]

 Berminat nak tanya? Di sini > [Link Mesej Anda]

 5 Terawal, 30% Diskaun, dapatkan segera > [Link Mesej Anda]

 Tempah awal, dapat RM5 PERCUMA ::: [Link Mesej Anda]

 10 Kod Diskaun untuk direbut,

Mesej “Nak Kod” di sini > [Link Mesej Anda]

50
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#Ketiga: Jenis SMS


CTA jenis ini juga mudah. Ia memudahkan pelanggan dan penjual. Anda tentukan
kod tertentu bagi produk tertentu. Contoh:

 Untuk tempahan: SMS [Kasut10] ke 012-345 6789 [Produk: Kasut]

 Nak diskaun? SMS [DIS30] ke 012-345 6789 [Produk: Niece Kesihatan]

P.S:

Selepas pelanggan mesej, anda boleh reply segala butiran yang diperlukan. Apa
butirannya? Modul selepas ini saya terangkan. 

51
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁MODUL 6❁

6.0 – Apa itu ‘Closing Sale’?


Closing Sale ini apa?

Bahasa mudahnya, ‘Closing Sale’ adalah respon balas yang membuatkan


pelanggan membeli segera.

Dalam modul ini, anda akan belajar, cara balas mesej pertanyaan daripada
pelanggan. Penting! Sebab ia menentukan, sama ada barang kita dibeli atau tidak.

6.1 - 7 Strategi ‘Closing Sale’. [Terkini]

#PERTAMA – Pantas lekas.


Setiap persoalan, wajib dibalas kurang 5 minit. Kenapa? Sebabnya…

 Pelanggan ada banyak benda lain nak buat.

 Nak tengok efisyen kita dalam berinteraksi.

 Kalau lambat, pelanggan lari.

 Persaingan tinggi di dunia siber.

 Lambat sikit, pelanggan hilang.

Buktinya, setiap syarikat jutaan ringgit, akan melantik pegawai khas untuk
menjawab soalan daripada pelanggan mereka.

Malah, ada yang merekod setiap minit perbualan. Ini semua kerana, kepuasan
pelanggan menentukan hidup mati sebuah perniagaan.

52
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#KEDUA – Perkenalkan Diri


Ramai yang lupa untuk perkenalkan diri. Perkenal diri bertujuan mengingatkan
pelanggan. Siapa kita. Sebab apa kita mesej mereka.

Ini penting, sebab kadang-kadang, pelanggan terlupa dengan tawaran kita. Ada
sebilangannya, tak akan berurusan dengan orang yang tak dikenali.

Jadi, sebagai usahawan, perkenalkan diri bagi memudahkan pelanggan ingat.


Secara tidak langsung, mereka akan fikir. Kita seorang yang senang bawa runding.
Mereka akan rasa, kita tak sombong. Mereka rasa selamat, bila kenal kita.

Baik, nanti saya ada sediakan skrip khas untuk perkenal diri dan ayat susulan. Kita
lihat pula strategi ketiga.

#KETIGA – Sebut Syarikat/Jenama


Sekarang anda jual apa. Mungkin ada yang jual, produk kecantikan. Ada pula
yang jual, produk kuruskan badan. Ada yang tawarkan servis perkhidmatan. Apa
yang penting?

Anda bawa jenama apa. Jenama apa yang anda hendak pelanggan ingat.
Jenama itu termasuk nama syarikat, nama blog/website, nama produk atau nama
anda sendiri.

Sebagai contoh, Ali jual beg umrah jenama ‘alium’. Nama syarikat ali, World Travel
Sdn. Bhd. Tapi Ali tidak mahu orang kenal nama syarikat. Apa yang cuba Ali tanam
di fikiran pelanggannya adalah nama beg.

Maka, apabila pelanggan pesan beg umrah. Ali akan bawa jenama beg bukan
nama syarikatnya. Mudahkan kaedahnya?

#KEEMPAT – Jawab soalan.


Perasan atau tidak? Apabila pelanggan bertanya, berapa harga Produk XYZ.
Maka, ada peniaga yang senaraikan daripada A-Z ciri-ciri dan faedah produknya.

Ini menyerabutkan otak pelanggan. Bila pelanggan tanya harga, jawab berapa
harganya. Jika Tanya saiz, jawab saiznya S, M, L, XL atau XXL. Jika tanya tempoh
keberkesanan, jawab berapa lama kesannya dilihat.

53
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#KELIMA – Tanya Soalan.


Punca pelanggan menyepi adalah mereka tak tahu nak balas apa. Percaya atau
tidak, inilah puncanya.

Ada beberapa sebab mereka tidak respon:

 Golongan Pertama: Mereka memang tidak minat.

 Golongan Kedua : Keinginan mereka silih berganti. Nak beli ke tak.

 Golongan Ketiga : Mereka minat, tapi tak tahu nak jawab apa.

Jadi, sebagai peniaga. Akhiri perbualan dengan menyoal. Supaya mereka tahu
nak jawab apa. Sama ada mereka jadi beli atau tidak, itu soalan kedua. Yang
penting mereka ada respon.

Maka golongan kedua dan ketiga masih lagi di bawah kelolaan kita.

Golongan pertama, tidak minat. Maka kita sebagai jurujual, kena hormat. Jangan
paksa. Nanti mereka rimas dengan kita. Mereka anggap buruk pada diri kita. 

54
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#KEENAM – Mudahkan.
Dalam modul CTA, saya ada terangkan tiga kaedah.

 Guna SMS.

 Private Message

 Minta komen.

Semua ada kelebihan dan kekurangan.

Kelebihan SMS, respon cepat. Mudah kepada pelanggan nak bertanya.


Kekurangan SMS, kos agak mahal. Jika tak guna sistem, kelam kabut nak balas SMS.
Bayangkan kalau sekali masuk 10 mesej. Nak balas satu-satu, memang penat dan
memeningkan.

Kelebihan PM, respon cepat. Kos percuma. Pelanggan suka sebab lebih privasi.
Kekurangan PM, penat nak jawab satu-satu. Sehingga kini, saya belum jumpa sistem
kendali mesej PM.

Kelebihan komen, status iklan jadi berangkai (viral). Status anda tersebar meluas.
Kekurangan komen, ada pelanggan tak suka komen.

Mereka segan, jika rakan mereka tahu bahawa mereka berurusan dengan kita. Lagi
satu, kadang-kadang kita terlepas pandang ada orang komen.

55
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

#KETUJUH – Tawaran.
Tawaran ini pelbagai. 

Bonus itu tawaran. Jaminan juga tawaran. Maka banyak benda boleh ditawarkan
kepada pelanggan.

Ada orang suka beri jaminan pulangan wang.

Sebab mereka yakin dengan kualiti produk mereka. Secara tak langsung, jaminan
juga menjadi sebab utama, pelanggan beli daripada anda.

….

Saya teringat kisah saya beli tablet untuk ibu. Tablet A beri jaminan setahun dengan
harga RM300. Manakala, tablet B beri jaminan 2 tahun dengan harga RM350.
Spesifikasi dua-dua sama. Jenama sahaja berbeza.

Maka saya buat keputusan, beli tablet B. Sebab jaminan melambangkan kualiti.
Walhal sebenarnya, tablet itu sama sahaja. Cuma tempoh jaminan yang
membezakan.

Selain jaminan, banyak lagi jenis tawaran.

Insyaallah, dalam contoh skrip, anda boleh lihat bagaimana saya tawarkan bonus.

56
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

6.2 – 5 Skrip Closing Sale. [Terkini]


Setelah anda ketahui 7 strategi pengunci jualan (closing sale). Kini tiba masanya
untuk anda tiruvasi (Tiru, Olah & Inovasi) skrip contoh. Insyaallah, ia boleh dimurnikan
dalam perniagaan anda.

Sebelum itu, fahami bahasa pendek yang saya gunakan, seperti berikut:

Hormat Beri salam atau kata hormat.


Kenal Perkenalkan diri
Jenama Beritahu jenama produk / syarikat / website/ blog.
Harga Sebut harga produk.
Soalan Selitkan soalan.
Sebab Nyatakan sebab anda kirim pesanan mesej.
Kata Manis Ucapan terima kasih kerana berminat.
Jaminan Jaminan tempoh masa pulangan wang.
Kouta Terhadkan kouta pembelian.
Arahan Arahkan pelanggan bertindak sesuatu.
Tarikh Mula Tarikh anda buka tawaran dalam status iklan.
Tarikh Tamat Tarikh anda tamatkan promosi atau tawaran harga.

57
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

✍Template 1 – Sebut Harga | Tanpa Berbelit

Format: Hormat. Kenal. Syarikat. Harga. Soalan.

************************************************************************************************

Assalamualaikum, saya Faris daripada


Farisosman.com

Harga kasut adidas hanya RM70 sahaja.


Promosi: Beli 2 pasang, hanya RM100.
[Jimat RM40]

Boleh saya tahu cik guna CIMB ke Maybank?

************************************************************************************************

P.S:

 Mulakan Hai/salam(Muslim).
 Kemudian sebut nama anda.
 Sertakan anda daripada syarikat/blog/jenama/FB Page. 
 Sebut harga terus, sebab ada orang tak suka ayat bunga-bunga. Elok-
elok nak beli, kang terus tak jadi.
 Cadangkan beli dua. (Upsell)
 Sebut jimat, agar mereka terfikir mengambil tawaran kita.
 Akhiri dengan soalan, agar perbualan tidak berhenti. 

58
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

✍Template 2 – Beri Bantuan | Kenal pasti Masalah

Format: Hormat. Kenal. Syarikat. Sebab. Soalan.

************************************************************************************************

Hai, Saya Faris daripada Servis2u Sdn. Bhd.


Pesanan ini dihantar sebab sis/cik berminat
mendapatkan servis buat website.

Sebelum itu, Sis ada apa-apa soalan


berkaitan website?

Insyaallah, saya bantu apa yang patut 

************************************************************************************************

P.S:

 Skrip ini diajukan, sekiranya produk anda bersifat subjektif.


 Contoh, website. Kita harus kenal pasti keinginan sebenar pelanggan.
Jangan terus letak harga.
 Pelanggan nak lihat, anda betul-betul pakar atau tidak.
 Mereka nak lihat, apa yang anda boleh bantu mereka.
 Beri idea percuma dahulu. Tak mustahil, satu hari nanti mereka ambil khidmat
anda secara berbayar.

59
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

✍Template 3 – Tawarkan Jaminan | Hilang Keraguan.

Format: Hormat. Kenal. Jenama. Kata Manis. Harga. Jaminan. Soalan.

************************************************************************************************

Assalamualaikum sis,
Saya Faris daripada Magis Trading Sdn. Bhd.
Terima kasih kerana berminat dengan Produk XYZ.

Harga promosi RM25 sahaja.


[Jaminan Puas Hati 6 Bulan]

Sis nak berurusan guna CIMB ke Maybank ya?

************************************************************************************************

P.S:

 Dalam skrip ini, saya tambah dua elemen.


 Pertama, kata manis sebagai tanda penghargaan kerana berminat.
 Ini tanda mesra pelanggan.
 Elemen kedua, jaminan puas hati 6 bulan.
 Tujuannya, buang segala keraguan di minda pelanggan. 
 Pelanggan rasa selamat kerana ada jaminan.

60
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

✍Template 4 – Sempitkan Kouta | Terhadkan Pembelian.

Format: Hormat. Kenal. Jenama. Kata Manis. Harga. Kuota. Arahan.

************************************************************************************************

Salam sis/cik,
Saya Faris wakil syarikat Ibnur Razi Enterprise.
Tahniah sis, kerana terpilih dikalangan 10 terawal.

Harga Servis Like Pro hanya RM25 sahaja.


[Khas untuk 7 orang terpantas]

Sekiranya berminat, reply: ‘Book satu bos’ 

************************************************************************************************

P.S:

 Dalam skrip kali ini, saya tambah dua elemen baru.


 Pertama, kuota.
 Manusia sukakan terawal. Dalam masa sama, suka melambat-lambatkan
kerja. Satu cara nak bagi cepat adalah wujudkan kouta.
 Kedua, arahan.
 Saya arahkan pelanggan lakukan sesuatu. Dalam konteks ini, pelanggan di
arah supaya reply ‘book satu’ jika berminat.
 Sekiranya berminat, mereka pasti reply. 

61
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

✍Template 5 – Tetapkan Tarikh | Nampak Masa Penutupan.

Format: Hormat. Kenal. Jenama. Tarikh Mula. Tarikh Akhir. Soalan.

************************************************************************************************

Hai Farah,
Saya Farishah, perwakilan daripada Women Agency Trading.

Pada 21/4/2014, Farah berminat nak dapatkan tudung XYZ.


Harga lelong hanya RM43 sehingga 25/4/2014.
(Harga kembali RM60 pada keesokkannya)

Berminat grab satu?


Reply: “Nak satu shah”

************************************************************************************************

P.S:

 Dalam skrip ini, saya gunakan nama sebagai panggilan (Nampak Mesra).
 Taip nama agak rumit, cuma ia lebih mesra.
 Skrip ini saya banyak bermain dengan tarikh.
 Ikut kajian psikologi, manusia suka bermain dengan masa.
 Cepat dan lambat pembelian bergantung pada masa. Inovasikan skrip ini
untuk perniagaan anda.
 Semoga berjaya. 

62
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

❁MODUL 7❁

7.0 – Apa itu ‘Follow-Up’?


Ringkasnya,

Follow-up adalah cara atau kaedah pujuk prospek supaya membeli dengan rela
hati.

Ada beberapa fakta pelanggan:

 Mereka bukan taknak beli, tapi kadang-kadang mereka lupa nak beli.

 Mungkin juga mereka berbelah bahagi, nak beli ke tak!

 Jadi, tujuan follow-up adalah meyakinkan dan tolong beritahu mereka, kenapa
produk anda bagus untuk mereka.

Dalam bab ini, saya akan terangkan.

Bagaimana kita nak yakinkan pelanggan supaya membeli produk anda.

Ada dikalangan pelanggan yang sunyi menyepi. Walaupun, kita sudah guna ayat
closing sale. Jadi, inilah fungsi follow-up. Insya-Allah, akan diterangkan.

Saya sediakan eksklusif buat anda. 

Hanya masukkan beberapa elemen, supaya prospek rasa, mereka untung, kita rugi.

Teruskan bacaan…

63
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

7.1 – 7 Strategi Follow-up Prospek Liat. [Terkini]

*STRATEGI 1* Perkenalkan Diri.

Ya, sama seperti strategi pengunci jualan (Closing Sale). Manusia akan sentiasa
lupa. Itu satu lumrah. Jadi, dengan memperkenalkan diri. Kita bantu mereka ingat
dengan mudah.

Elemen ringkas kenalkan diri, sama seperti bab closing sale. Perkenalkan nama dan
syarikat/jenama anda. 

*STRATEGI 2* Budi Bahasa.

Jangan terus terjah. Orang tak suka diterjah. Sesuatu bangsa terkenal dengan
adabnya. Ya, memang anda nak jual produk. Seeloknya, tanya khabar dulu. Sihat
ke tidak.

Tak nampak sangat kita terdesak nak jualan.

Sebuah kajian mendapati, bertanya khabar boleh melembutkan hati dan


menenangkan jiwa.

*STRATEGI 3* Beri Tempoh Masa.

Suatu ketika, mereka berminat, tapi mereka tengah sesak. Maksud saya, mereka
nak produk anda, tapi mereka kekurangan duit.

Solusinya, beri mereka masa. Bagi mereka peluang.

Insyaallah, orang macam anda akan diingati dan dihargai.

64
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

*STRATEGI 4* Masa Operasi

Masa follow-up penting. Jangan mesej waktu sibuk. Mesej waktu santai. Antara
waktu yang sesuai adalah:

 Waktu rehat makan tengah hari. 1:00 – 2:00 petang

 Waktu pagi hari Jumaat, Sabtu & Ahad. 8:00 – 10:00 pagi

 Waktu malam masih muda. 9:00 – 11:00 malam. (Paling Best)

Poinnya, pilih waktu ramai orang.

Nak tahu? Cuba jeling dekat ruangan FB Chat. Ada berapa ramai yang sedqng
online. Itulah kayu ukur, waktu jumlah trafik paling tinggi.

*STRATEGI 5* Tawaran Luar Jangkaan.

Kalau produk utama tak jalan, bagi tawaran. Cerita tentang tawaran, skopnya luas.

Insyallah, dalam bab selepas ini, anda akan lihat ayat-ayat follow-up tawaran yang
boleh disesuaikan dengan produk anda.

Secara ringkasnya,

Tujuan tawaran adalah membuatkan pelanggan terdetik. “Memang berbaloi aku


beli”. 

65
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

*STRATEGI 6* Masa Kita Lapang.

Follow-up ketika anda lapang.

Jangan follow-up, jika anda rasa tidak dapat beri komitmen 100% kepada
pelanggan.

Ia akan menurunkan kredebiliti anda.

Apa yang eloknya, anda selesaikan dulu urusan anda. Setelah itu, baru buat sesi
follow-up. 

*STRATEGI 7* Persediaan Awal.

Sediakan ayat-ayat yang bakal anda ‘copy-paste’.

Maksud saya, anda telah siapkan skrip ayat, sekiranya pelanggan bertanyakan
soalan.

Anda boleh gunakan ‘sticky note’ untuk mempercepat kerja anda.

Macamana nak dapat sticky note?

Caranya:

Start > All program > Accessories > Sticky notes

66
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

Atau sediakan ‘notepad’.

Start > All program > Accessories > Notepad

Atau ‘Microsoft Word’.

Start > All program > Microsoft Office > Microsoft Word

67
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

7.2 – 8 Ikatan Rahsia Memujuk [RM100++]


Ini adalah modul tambahan. 

Ikatan adalah simbol kepada mengikat. Bagaimana nak ikat prospek supaya beli
dengan rela hati.

 Tanpa rasa terpaksa.

 Tanpa rasa dianiaya.

 Tanpa rasa menjadi mangsa.

KENAPA RAHSIA RM100++?


Sebenarnya, ini adalah ilmu premium personal coaching saya dengan pelanggan
VIP (RM100++).

Namun, saya dedahkan di sini.

Tujuannya, agar anda faham selengkapnya, apa yang ingin saya terangkan.

Tapi, satu yang pasti. Masih ada yang tercicir. Maklumlah, bila personal coaching.
Banyak perkara boleh beritahu, berbanding menulis. 

Semoga anda mendapat manfaat daripada modul ini. Saya berusaha sehabis baik,
untuk modul ini.

68
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Satu $$ - Ikatan Khabar.

Tanya khabar adalah elemen penting.

Penting sebab naluri & fitrah manusia, mereka suka orang lain ambil berat tentang
diri mereka. Suka orang lain dengar cerita mereka.

Sebagai usahawan, ambil peluang ini. Peluang untuk anda rapat dengan
pelanggan.

Semakin rapat, semakin mudah untuk menjual.

 Bila kita rapat, kita mengenali.

 Bila sudah kenal, senang nak jual.

 Setuju? 

69
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Dua $$ - Ikatan Harga.

Ikatan harga menyebabkan pelanggan kata, ‘yang ni memang berbaloi’.

Ada dua jenis:

 Pertama - Jual Harga Promosi @ Harga Murah.

Nak jual murah tiada masalah.

Tetapi jangan sampai bawah harga pasaran, nanti kita yang mati akal nak
bertahan.

Caranya, sebut berapa harga asal. Kemudian disusuli oleh harga promosi.

 Kedua - Jual Harga Premium @ Harga Mahal.

Ramai anggap, siapa murah dia laku. Tidak semestinya. Ada kawan kita jual mahal,
laku juga.

Ini berkaitan rezeki & strategi kita.

Jika produk anda berjenama, berkualiti, tahan lasak, original & cantik. Jual harga
mahal. Jangan murah. Nanti orang kata barang ciplak. 

…..

Jika anda bertindak jual murah. Maka ia seakan barang murah. Tiada nilai eksklusif
dan berjenama.

Produk anda akan sebaris dengan ‘barang pasar malam’.

Tugas anda, berikan sebab kenapa harga produk anda berharga tinggi. Saya
yakin, jika kita beritahu elok-elok. Orang akan terima.

70
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Tiga $$ - Ikatan Fakta.

Manusia banyak jenis & ragam.

Ada yang suka berimaginasi. Ada yang suka fikir logik. Ada pula yang bersandar
kepada fakta.

Bagi ikatan ketiga, cara pujuk mereka adalah dengan fakta.

Cerita macam-macam, tapi tak ada fakta. Maka, omongan anda itu umpama
setitis air di daun keladi. (sia-sia)

Cara beri fakta:

 Siapa yang kata. (Tun Mahathir, Donald Trump, Dr. Fadzilah, Jon Loomer)

 Jawatan/Kepakaran. (Pakar Ekonomi, Pakar Kek, Pengasas)

 Sumber. (Malaysia Kini, Utusan, Majalah IM, Radio, Rakaman, Akhbar)

 Apa yang dikata. (Kata-kata mereka, Quotation Word)

71
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Empat $$ - Ikatan Masalah.

Manusia benci dengan masalah. Tapi masalah itu tetap datang & terus ada.

Sebagai usahawan, kita adalah agen penyelesai masalah. Tugas kita adalah
selesaikan masalah & jana pendapatan.

Cara kenal pasti masalah:

1. Buka FB Profile mereka.


2. Lihat apa mereka likes. (Klik seperti dalam gambar)
3. Lihat, kategori yang sesuai dengan produk kita.

4.
5. Catat masalah/minat mereka di atas kertas A4.
6. Jalankan sesi follow-up berdasarkan minat mereka.

72
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Lima $$ - Ikatan Bonus.

Bonus adalah elemen manusia suka. Saya pun suka. 


Manusia suka bayar sikit, dapat lebih. Ya, saya pun macam itu juga.
Jadi, tugas kita. Pilih salah satu bonus untuk ditawarkan bersama produk utama.

Apa Yang Saya Nak Tawarkan? Tak Rugi Ke?


Banyak jenis bonus anda boleh tawarkan. Rugi? Tak rugi kalau anda pandai. Saya
senaraikan tawaran yang boleh diinovasikan:-

 Ebook: Panduan Tutorial Produk Utama. (Penjual kek: Ebook Resepi Kuih Raya)

 Video Cara Menggunakan. (Tutorial cara menggunakan)

 Diskaun Sempena Hari Tertentu. (Mengikut kreativiti anda)

 30 Minit Sesi Soal Jawab. (Fb Chat/Google Hangout)

 Jadi Bisnes Partner (Jv). (Jadi Agen percuma/rakan kongsi)

 Baucar Untuk Diguna Semula. (Mengikut kreativiti anda)

 Rebet Untuk Ditebus. (Mengikut kreativiti anda)

 Servis Kemahiran Anda. (Beri percuma servis yang anda tahu)

 Katalog Bulanan Online. (Produk pakaian/accessories)

 Akses Group Vvip Percuma. (Kongsi ilmu di group)

 … banyak lagi.

73
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Enam $$ - Ikatan Kuota.

Tujuan kouta mempercepatkan tindakan!

Tapi jangan bohong, nanti orang tak percaya kita. Jika kuota 17 orang, maka orang
ke-18 terkeluar.

Adakah Ia Berfungsi Baik?

Ya, masih berfungsi. Bahkan, ia salah satu elemen wajib dalam ilmu follow-up.
Contohnya,

 “Personal Coaching hanya untuk 7 orang terpantas”


 “7 reply pertama dapat bonus misteri”

KUOTA JUALAN
Mainkan nombor di bawah:

(3) (5) (7) (11) {17}

74
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Tujuh $$ - Ikatan Inspirasi.

Setiap manusia mesti ada orang yang memberi inspirasi @ rangsangan kepada
mereka.

Selalunya orang itu adalah keluarga. Kadang-kadang melalui kawan dan sahabat.
Ada pula disebabkan pasangan kekasih. 

Maka, gunakan kesempatan ini untuk pujuk mereka. (bunyi macam jahat, tapi itulah
strategi).

*Inti – Orang yang mampu menyentuh perasaan mereka

Bagaimana Caranya Faris?

1. Lihat ‘relationship FB’ pelanggan yang PM kita.


2. Kalau sudah kahwin, maka intinya adalah isteri.
3. Jika, bertunang. Intinya adalah tunang.
4. Jika single maka intinya adalah ibu dan ayah.
5. Jika ada adik-beradik, intinya adalah adik, akak & abang.

Cara Nak Tengok Relationship (Hubungan)?

1. Klik FB Profile prospek (Bakal pelanggan)

2.
3. Rujuk pada bahagian basic information.

75
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

4.

Contoh: Jual Biskus Raya.

 Maka masukkan keenakkan yang bakal dirasai ‘inti’ mereka.

 Bagaimana perasaan ‘inti’ mereka setelah dapat hadiah.

 Bayangkan keriangan wajah ‘inti’ mereka.

 Maka, situasi inilah yang menyebabkan produk kita menerawang di umbun-


umbun fikiran pelanggan.

Ps: Inti – Orang yang mampu menyentuh perasaan mereka.

76
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

$$ Ikatan Lapan $$ - Ikatan Jaminan.

Orang lain gerun nak bagi jaminan pulangan wang.

Jaminan adalah salah satu daripada 8 ikatan utama harus ada.

Teorinya mudah, jika anda diberi pilihan untuk beli 2 barang; A & B.

************************************************************************************************

 Jenama : Sama.
 Kualiti : Sama.
 Spesifikasi : Sama.
 Harga : A - RM50 … B - RM 70
 Jaminan : A - Tiada … B - 6 Bulan Pulangan Wang.

************************************************************************************************

Kalau saya, pilih B.

Sebab lebih terjamin. Kalau ada apa-apa masalah, boleh pulang balik. Boleh
dapat semula wang kita.

Jaminan bukan hanya dapat pulangan duit. Jaminan adalah satu perkataan yang
menyebabkan orang rasa selamat beli dengan kita.

77
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

7.3 – 8 Skrip Follow-up Prospek Liat. [Terkini]


Anda sudah tahu 8 jenis ikatan rahsia follow-up. Bagaimana, sudah khatam?

Jika belum, mohon and abaca modul 7.0, 7.1 & 7.2 dahulu. Jika sudah, jom kita
teruskan.

Sekarang, tiba masanya untuk buat skrip follow-up.

Bahan-bahan yang perlu disediakan adalah Sticky Notes, Notepad atau Microsoft
Word.

Caranya:

#Sticky Note: Start > All program > Accessories > Sticky notes

78
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

Atau sediakan ‘notepad’.

Start > All program > Accessories > Notepad

Atau ‘Microsoft Word’.

Start > All program > Microsoft Office > Microsoft Word

79
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 1] – Skrip Ikatan Khabar.

************************************************************************************************

Assalamualaikum sis, apa khabar?


Semoga sis sihat dan dipayungi rahmat Allah SWT.

Saya Faris wakil daripada MF Design.


Semalam sis ada berminat nak tahu tentang harga
servis kami.

Sis boleh ziarah link ini >> [Link Url]

************************************************************************************************

Huraian:

 Gunakan untuk hari kedua.


 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.
 Perkenalkan diri dan dari mana.
 Ingatkan balik, kenapa kita mesej mereka.
 Dalam ayat jualan, apa yang kita janji nak beritahu?
 Janji nak bagi free gift / senarai harga / contoh produk.
 Akhiri dengan maklumat yang kita janjikan.
(Jika harga, sebut harga. Jika info, beri link URL)

80
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 2] – Skrip Ikatan Harga


 Pertama - Jual Harga Promosi @ Harga Murah.

************************************************************************************************

Assalamualaikum sis, sihat?


Semoga bisnes sis semakin maju.

Saya Faris daripada farisosman.com.


Semalam saya ada mesej sis berkaitan
senarai harga servis.

Tahniah, sebab hari ini sis bertuah.


Kami buka harga promosi 30% Off.
(Semua Jenis Servis)

Sekiranya sis berminat,


Reply: “Saya nak dulu ”

Ps: Hanya 7 Orang Terawal. 

************************************************************************************************

Huraian:

 Sesuai untuk hari keempat & kelima. (Nak guna hari lain pun boleh)
 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.
 Perkenalkan diri dan darimana.
 Ingatkan balik, kenapa kita mesej mereka.
 Masukkan tawaran harga promosi.
 Tunjukkan cara untuk bertindak dapatkan promosi.
 Wajib letak PS (post script). Kuota yang dibuka.
 Icon senyum jangan lupa.
 Insya-allah, berjaya.

81
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

 Kedua - Jual Harga Premium @ Harga Mahal.

************************************************************************************************

Assalamualaikum sis, sihat?


Semoga bisnes sis semakin maju & berkat.
Amin Ya Rabb.

Saya Faris daripada Tudung2u.com


Semalam saya ada mesej sis berkaitan
senarai harga tudung terkini.

Umur sis berapa?


Jika awal usia 20-an. (Gadis Sunti)

Saya sarankan Tudung Shawl Biruni,


Sekarang trend ini tengah panas. 

Pasti sis akan kelihatan ceria & bergaya,


Dengan memperagakan tudung ini.

Sekiranya sis berminat nak tahu harga,


Reply: “Harga paling best, boleh bagi berapa?” 

************************************************************************************************

Huraian:

 Gunakan untuk hari keempat @ kelima. (Terpulang kepada anda)


 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.
 Perkenalkan diri dan darimana.
 Ingatkan balik, kenapa kita mesej mereka.
 Tanya umur berapa. (Sebenarnya kita dah lihat dekat basic information
mereka)

82
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

 Beri saranan produk yang sesuai & sebab kita sarankan.


 Masukkan elemen emosi bayangan.
 Sediakan skrip untuk mereka balas mesej kita.
 Icon senyum jangan lupa.
 Insya-allah, berjaya.

83
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 3] – Skrip Ikatan Fakta.

************************************************************************************************

Hai bro, semalam tengok bola?


JDT vs Kelantan.

Al-Ikhsan melaporkan:
“Lebih 50,000 jersi JDT dijual,
sekali gus menduduki Ranking
Pertama Bestseller 2014”

Saja nak offer, kalau bro minat


nak dapatkan harga jersi
JDT jenis A++.

Boleh rujuk link [URL Album FB].

Kalau rasa nak cuba satu,


Reply mesej ini: “Bpe hrga bro?” 

************************************************************************************************

Huraian:

 Sesuai hari ketiga @ keempat. (Kalau nak buat hari lain pun boleh)
 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.
 Sertakan fakta yang berkaitan dengan produk kita.
 Kalau lelaki Bahasa mudah, bual macam kawan-kawan.
 Sediakan link untuk mereka usha-usha dahulu.
 Dalam masa yang sama, boleh sediakan skrip untuk mereka balas.
 Kalau dengan remaja muda, guna bahasa sempoi. Tak perlu sopan sangat,
nanti mereka segan.
 Insya-allah, berkesan.

84
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 4] – Skrip Ikatan Masalah.

************************************************************************************************

Assalamualaikum puteri,
Apa khabar? Semoga puteri kaya & berjaya.

Puteri ada masalah jangkitan resdung?


Jika ada, ini senarai puteri tak boleh makan.

 Kacang Tanah.
 Telur Goreng.
 Kerang & sejenisnya.

Resdung ada tiga tahap:

1. Stage 1 – Hidung gatal.


2. Stage 2 – Muka tumbuh jerawat.
3. Stage 3 – Mata kabur (bahaya)

Alhamdulillah, kami ada cara rawat pantas.


Jika sis berminat, reply:
“Sis nak tahu jugak”

************************************************************************************************

Huraian:

 Tiada hari tertentu untuk skrip ini.


 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.
 Soal prospek tentang masalah mereka dengan satu syarat.
 Syaratnya, kita memang dah tahu masalah mereka. (Rujuk semula modul 4.5
– Ikatan Masalah | Cara kenal pasti masalah mereka)
 Sertakan cara mengelakkan daripada terkena masalah.
 Beritahu implikasi masalah jika tidak dirawat awal.
 Sediakan alternatif, kita sebagai penyelamat mereka.
 Sediakan skrip untuk mereka balas mesej kita.
 Insya-allah, anda akan dihormati. 

85
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 5] – Skrip Ikatan Bonus.

************************************************************************************************

Assalamualaikum aiman,
Apa khabar? Semoga tuan kaya & berjaya.

Saya Faris daripada farisosman.com


Kepakaran saya adalah dalam bidang
susun atur website.

Tuan teringin ada website?


Ya, www.aiman.com.my (Pro & Berkredebiliti)

Khas untuk tuan,


saya bagi semua bonus ini. Mahu?

+ Percuma 50 template premium. #RM150


+ Percuma 6 bulan sesi nasihat. #RM250
+ Percuma naikkan trafik 50,000 views. #RM100
+ Percuma 5 artikel berkualiti daripada saya. #RM70
+ Percuma 5 software premium. #RM250

Bagaimana? Berminat.
Jika nak grab, saya buka sehingga 11:58 malam ini sahaja.

Reply pantas: “Book saya duluuu”

************************************************************************************************

Huraian:

 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.


 Perkenalkan diri dan darimana.
 Beritahu kepakaran kita, kalau ada pengiktirafan lagi bagus.
 Tanya perkara yang penting untuk mereka.
 Beri sebab kenapa produk/servis kita patut diambil.
 Tawarkan bonus yang sukar ditolak.
 Sediakan skrip untuk mereka balas mesej.
 Insya-allah, berjaya. 

86
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 6] – Skrip Ikatan Kuota.

************************************************************************************************

Assalamualaikum siti,
Hai, apa khabar? Semoga sis sentiasa
dipayungi rahmat Allah.

Saya Faris daripada Kek4u.com


Masih ingat dengan Crunchy Cake Moist.
(Kek mentega disaluti cecair coklat)

Sesuai untuk ole-ole balik kampung.


Sis nak satu? Sebab saya buat lima je hari ini.

Boleh rasakan mak ayah. 

Jika nak, reply: “Nak satu faris”


(Harga Istimewa diberi)

************************************************************************************************

Huraian:

 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.


 Perkenalkan diri dan dari mana.
 Ingatkan tentang produk kita.
 Bayangkan keenakkan produk kita.
 Beri cadangan bagaimana nak guna produk kita.
 Bagi hint (tanda tersirat) bahawa ia adalah terhad.
 Sediakan skrip untuk mereka balas mesej.
 Insya-Allah berkesan. Amin. 

87
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 7] – Skrip Ikatan Inspirasi.

************************************************************************************************

Assalamualaikum Dila.
Apa khabar? Sihat. 

Saya Faris daripada Jam Qiblat Dot Com


Nak tanya sikit boleh? 

Dila ada ayah, umur berapa?


Jika ada, jam ini sesuai sangat dengan ayah.
(Ringan. Ada azan. Waktu solat)

Ayah mesti suka dapat jam tangan baru.


Sekadar makluman, saya ada tawarkan
harga promosi 20% diskaun. 

Jika dila nak lihat muka ayah tersenyum,


Reply mesej: “Faris, saya nak satu berapa?”

************************************************************************************************

Huraian:

 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.


 Tiada hari tertentu.
 Perkenalkan diri dan dari mana.
 Buka soalan untuk minta kebenaran.
 Soal tentang orang yang mungkin beri inspirasi kepada pelanggan. Dalam
skrip di atas, saya gunakan ‘ayah’ sebagai inti inspirasi.
 Sebut ringkas, bahawa produk kita sesuai dengan inti.
 Cuba bayangkan kepada mereka tentang kegembiraan inti inspirasi.
 Lancarkan tawaran.
 Sediakan skrip untuk mereka balas.
 Insya-Allah, berjaya. 

88
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

[TEMPLATE 8] – Skrip Ikatan Jaminan.

************************************************************************************************

Assalamualaikum Samad.
Saya faris daripada kurus.my 

Terima kasih kerana berminat dapatkan


Ebook Preview Rahsia Kurus.

Sekiranya tuan rasa tiada perubahan setelah


mengaplikasikan teknik kami dalam 60 hari.

Saya sediakan jaminan/warranty


“60 hari pulangan wang 100%.”

Jika tuan berazam nak kurus & tegap tahun 2014,


maka tuan boleh cuba dengan reply mesej ini:

“Booking satu faris”

Ps: Kalau tak berhasil, kami pulang balik duit, tanpa


banyak soal. 

************************************************************************************************

Huraian:

 Sesuai hari ketiga, jika pelanggan menyepi.


 Mulakan dengan tanda hormat & bertanya khabar.
 Perkenalkan diri dan dari mana.
 Ucapan terima kasih tanda penghargaan.
 Tawarkan jaminan pulangan wang 100%.
 Sertakan berapa hari tarikh luput jaminan.
 Cadangkan azam mereka sempena tahun baru.
 Sediakan skrip untuk mereka balas.
 Insya-Allah, berjaya. 

89
Hak Cipta Terpelihara | Mazhab Copywriting Junior v2.0 Oleh: Faris Osman
Tipniagaonline.com

Penutup
Alhamdulillah, selesai sudah. Diakhir penutup ini, saya sediakan turutan pelan
tindakan, agar anda tidak blur nak bertindak.

No. Tindakan Catatan

1 Sila cetak (Print) kesemua modul Mazhab Copywriting


Junior V2.0. (Untuk lebih fokus & senang dirujuk)

Kenal pasti 5 kelebihan produk anda. Kelebihan yang


2
terbukti berkesan. (Rujuk Modul 3)

Kenal pasti masalah pelanggan anda. (Rujuk Modul


3
3)

Fikirkan header yang paling sesuai digunakan. (Rujuk


4
Modul 2)

5 Buka Notepad atau Microsoft Word untuk catatan.

Mulakan bina skrip iklan ringkas pertama. (Rujuk


6
Modul 2 |Direct Copywriting )

Kemudian, sediakan skrip ‘Closing Sale’ untuk respon


7
atau balas pesanan. (Rujuk Modul 6)

Kemudian, sediakan skrip ‘Follow-up’ sebagai


8
persiapan tindakan jika pelanggan menyepi.

Kumpul bahan-bahan @ sumber untuk sediakan skrip


9
‘Content Copywriting’. (Rujuk Modul 4)

10 Lancarkan kempen ‘Content Copywriting’.

Berdoa, sedekah, solat dhuha. Insya-Allah, kita pasti


11
berjaya. Lambat atau cepat yang membezakannya.

90

Anda mungkin juga menyukai