Anda di halaman 1dari 112

BANK!

TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 2


BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 3

BANK! TOLONG AKU


Penulis :
Melastik Bintang
Blog :
www.melastikbintang.com
Facebook :
@melastikbintang
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 4

ISI KANDUNGAN

Penafian 5

Prakata 7

1.0 - Mukadimmah 10

2.0 - Profil Kewangan 27

3.0 - Tips Sebelum Memohon Pembiayaan 34

4.0 - Apa Yang Institusi Kewangan Lihat 39

5.0 - Surat Tawaran Pembiayaan Perumahan 43

6.0 - Fi Dan Cas Guaman 53

7.0 - Kemampuan Bayar Balik Pembiayaan 57

8.0 - Info Pembiayaan 60

9.0 - Pakej Pembiayaan 63

10.0 - Hukuman Penalti 66

11.0 - Isi Perjanjian 68

12.0 - Hak Peminjam Dan Institusi Kewangan 71

13.0 - Tanggungjawab Peminjam Dan Institusi Kewangan 74

14.0 - Tiada Komitmen Mohon Pembiayaan 77

15.0 - ASB Loan Ganggu Debt Service Ratio 80

16.0 – Tips Mudah Lulus Pembiayaan 83

Soal Jawab Pembiayaan Perumahan 86

Keyword Pembiayaan Perumahan 98


BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 5

Sila gunakan modul ini untuk rujukan anda. Anda dibenarkan


mencetak modul ini hanya untuk kegunaan sendiri sahaja bagi
memudahkan rujukan.

Anda TIDAK DIBENARKAN mengedarkan mana-mana bahagian


modul ini dalam apa bentuk dan cara sekalipun sama ada elektronik,
mekanik, fotokopi, rakaman atau pengstoran maklumat dalam
bentuk softcopy melalui CD, disket dan bahan-bahan lain.

Anda dilarang sama sekali duplikasikan fail ini dan mengedarkannya


semula kerana ia tergolong di dalam kesalahan harta intelek (cetak
rompak).

Hakcipta Terpelihara 2016 © MB Media Network. Sekiranya anda


telah menerima modul ini secara percuma atau berbayar dari
sumber selain daripada MB Media Network, sila laporkan kepada
hy.mbmedianetwork@gmail.com

Kerjasama anda amat dihargai dalam menangani kesalahan harta


intelek. Pihak MB Media Network amat mengambil berat isu ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2016


BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 6

LEGAL DISCLAIMER

Penulis tidak akan bertanggungjawab jika terdapat apa-apa masalah


berhubung kesilapan atau kesalahan maklumat, apa-apa risiko, sama
ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku atas penggunaan
aplikasi e book ini secara langsung atau tidak langsung. Hasil
kandungan e book ini adalah berdasarkan pengalaman, kajian dan
pemerhatian yang dilakukan oleh penulis semasa tulisan e book ini
dibuat.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 7

Segala puji ke hadrat Allah yang telah mencetuskan ilham dan idea
kepadaku untuk diterjemahkan ke dalam e book ini.

Secebis kasih sayang buat isteri, anak-anakku dan ahli keluargaku


yang memahami diriku dan menyokong minatku di dalam bidang
hartanah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan buat guru-guruku yang telah mengajarku


tentang pentingnya ilmu di dalam mengharungi hidup ini.

Juga kepada mentor dan rakan niagaku saudara Meor Zaidee ( Abang
Ensem ) kerana telah membuka peluang kepada diriku menceburkan
diri dalam bidang hartanah. Banyak ilmu yang telah aku pelajari
dengan beliau serta selok belok hartanah.

Ucapan terima kasih buat rakan-rakanku yang sanggup meluangkan


masa mendengar dan berkongsi pendapat denganku di dalam dunia
hartanah ini. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada pembaca-
pembaca setia blog www.melastikbintang.com, rakan rakan di
media sosial yang sentiasa menyokong aku sehingga ke hari ini.

Juga pada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung,
terima kasih kerana sudi membantuku di dalam penghasilan e book
ini.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 8

Semoga Allah membalas jasa kalian di dalam membantu


pengembangan ilmu ini.

“Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT & yang
buruk itu datangnya dari kelemahan diriku sendiri”

Sekian,

Melastik Bintang
Penulis
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 9

En. Salman maaf permohonan


pembiayaan perumahan anda
tidak diluluskan. Sebabnya
komitmen En. Salman terlalu tinggi

Maafkan saya En. Rizal, tapi


permohonan pembiayaan
perumahan anda tidak diluluskan..
Sebabnya rekod CCRIS ada
menunjukkan pinjaman PTPTN
masih lagi tertunggak

Dukacitanya dimaklumkan
permohonan pembiayaan
perumahan En. Abu ditolak kerana
tidak rekod komitmen
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 10

Membeli rumah memang menyeronokkan. Mungkin ia adalah


aset paling berharga yang dibeli dalam seumur hidup anda.
Memahami langkah-langkah yang terlibat di dalam pembiayaan
perumahan boleh membantu anda menjimatkan masa dan
mengelakkan keraguan dan keresahan.

Ebook ini bertujuan untuk menyumbang idea kepada anda


mengenai pelbagai isu yang berkaitan dengan pembiayaan
pembelian rumah dan menggariskan langkah utama yang perlu
dibuat. Ia menyediakan panduan asas dan mengupas istilah-istilah
teknikal serta memberikan tip-tip berguna kepada anda sewaktu
memohon pembiayaan perumahan anda sendiri nanti.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 11

Apakah Pembiayaan Rumah?

Pembiayaan perumahan adalah pembiayaan yang digunakan


untuk membeli hartanah. Pembiayaan rumah juga sering dirujuk
sebagai "gadai janji". Di Malaysia, pembiayaan rumah boleh didapati
dari bank-bank, syarikat pembinaan atau pemberi pembiayaan pakar
gadai janji.

Jika anda sudah mempunyai pembiayaan perumahan yang


sedia ada dan ingin menukar kepada produk lain atau menukar
pembiayaan tanpa berpindah rumah, ia dikenali sebagai
"pembiayaan semula aka Refinancing".

Bagaimana Pinjaman Rumah Di Malaysia Berfungsi?

Apabila anda membuat pembiayaan perumahan di Malaysia,


anda memasuki satu perjanjian dengan pemberi pembiayaan
(biasanya bank) dan berjanji untuk membayar balik pembiayaan
anda dalam jangka masa yang dipersetujui (juga dikenali sebagai
"tempoh pinjaman").

Kadar faedah bagi pembiayaan perumahan di Malaysia


biasanya diambil sebagai peratusan di bawah Kadar Asas / Base Rate
(BR). Sebagai contoh, jika BR semasa ialah 4.00%, kadar faedah ke
atas "BR + 0.45%" pembiayaan akan menjadi 4.45%.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 12

Dalam pembiayaan rumah yang biasa di Malaysia, anda


membuat bayaran bulanan bagi tempoh yang dipersetujui (iaitu
tempoh pinjaman) sehingga anda telah membayar sepenuhnya
kedua-dua pembiayaan pokok dan juga faedahnya. Pada tahun-
tahun awal pembiayaan perumahan, majoriti pembayaran balik
bulanan anda digunakan untuk membayar faedah ke atas
pembiayaan itu. Bagaimanapun, selepas beberapa tempoh,
sebahagian besar bayaran balik anda akan diperuntukkan kepada
penjelasan pembiayaan pokok.

Oleh sebab faedah pembiayaan perumahan anda dikira


berdasarkan jumlah hutang pembiayaan rumah setiap bulan, dengan
membayar lebih sedikit pada setiap sebulan, faedah ke atas
pembiayaan anda pada bulan-bulan berikutnya akan menjadi lebih
rendah.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 13

Membeli rumah adalah satu peristiwa besar dalam kehidupan


seseorang. Oleh itu, pertimbangan dan perancangan yang rapi dan
teliti adalah perlu. Jika anda ingin membeli rumah yang masih
dalam pembinaan, anda perlu mengkaji latar belakang pemaju
berkenaan. Anda hendaklah memastikan bahawa pemaju:

 Mempunyai lesen sah yang dikeluarkan oleh Kementerian


Perumahan dan Kerajaan Tempatan (belum luput)
 Mempunyai lesen pengiklanan dan permit jualan sah yang
dikeluarkan oleh penguat kuasa tempatan.

Anda berhak bertanya kepada pemaju maklumat mengenai


lesen dan permit tersebut. Anda juga boleh merujuk kepada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk
mendapatkan maklumat lanjut. Pemaju yang mempunyai rekod
yang baik akan mengurangkan risiko projek terbengkalai.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 14

Sebelum memasuki sebarang perjanjian untuk membeli rumah,


anda perlu terlebih dahulu menyiapkan belanjawan diri dan keluarga,
untuk mengenal pasti harga rumah yang mampu dimiliki.

Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran rumah dan


kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi
rumah. Sumber kewangan untuk membiayai pembelian rumah,
adalah terdiri daripada kesemua atau sebarang kombinasi perkara-
perkara berikut:

a) Tabungan
b) Pengeluaran daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) dan/atau
c) Kemudahan pembiayaan daripada institusi kewangan
d) ASB Loan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 15

Anda hendaklah mempunyai simpanan peribadi yang


mencukupi untuk menjelaskan bayaran muka dan kos sampingan
yang lain.

Anggaran yang bijak ialah di antara 10%-20% daripada harga


rumah sebagai bayaran muka dan di antara 3%-5% lagi adalah
sebagai kos sampingan, seperti bayaran guaman dan duti setem.

Jadi cuba biasakan dan disiplinkan diri anda setiap bulan apabila
dapat gaji, ambil sedikit amaun dari gaji tersebut untuk dijadikan
simpanan tetap setiap bulan sebagai modal membeli rumah apabila
cukup nanti.

Jika sebulan dapat simpan sebanyak RM 500 pun sudah cukup


jika 12 bulan simpanan sudah bertambah sebanyak RM 6000.
Tabungan sangat penting dilakukan jika tiada modal untuk membeli
rumah.

Ini tips berguna untuk anda jika ingin menabung :

Gaji Bersih – Simpanan = Perbelanjaan

Maksud disini ialah setelah dapat gaji kita asingkan dahulu amaun
untuk kita simpan. Kemudian lebihan gaji itulah perbelanjaan yang
akan digunakan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 16

Anda juga boleh mengeluarkan wang daripada ‘Akaun 2’ untuk


membuat bayaran muka 10% ataupun 7% deposit daripada harga
rumah.

Sila hubungi pejabat KWSP yang berdekatan untuk membuat


pertanyaan berhubung dengan kelayakan untuk membuat
pengeluaran tersebut.

Pengeluaran untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki


pembiayaan untuk rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama
dijual atau berlaku pelupusan pemilikan.

Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas


rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’
atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui
perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah
musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah
terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 17

Syarat Memohon :

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres /


berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ /
‘service apartment’ / ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai
dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui ;

i ) Pembiayaan perumahan daripada mana-mana institusi seperti


berikut :-

 Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan


Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
 Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan
kerajaan
 Majikan ahli
 Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia).
 Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia
 Pemberi pembiayaan yang dibenarkan oleh KWSP;

ATAU

ii ) Secara tunai.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 18

3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak


melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Ahli


telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan
telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian
membeli rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah
pertama perlu dikemukakan.

5. Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli
daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak


secara pakej (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh
perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 19

Ahli Tidak Layak Memohon :-

 Tujuan pembiayaan adalah untuk mengubahsuai, membaiki


atau membuat kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
atau bagi tujuan peribadi.
 Pembiayaan berbentuk overdraf.
 Pembiayaan diambil daripada individu.
 Pembiayaan untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki
pembiayaan untuk rumah ketiga.
 Pembiayaan untuk mengurangkan atau menyelesaikan baki
pembiayaan rumah yang dibeli di luar negara.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 20

Senarai Dokumen Utama :-

1. Borang Pengeluaran KWSP 9C (AHL) (D5)

2. Kad Pengenalan Diri

a ) MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin


Tetap (MyPR)

ATAU

b ) Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan


menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada
orang yang sama ( jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis
yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri )

ATAU

c ) Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli


KWSP sebelum 1 Ogos 1998

Nota :

 Salinan kad pengenalan tidak perlu sekiranya ahli adalah


pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu Jari ahli dengan
Pengkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 21

 Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau permohonan melalui


pos/ wakil masih perlu mengemukakan salinan dokumen
pengenalan diri masing-masing.

3. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli

 Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun


Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran
Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun
Melalui Laman Web.

Nota :

 Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik


 Akaun bank mestilah yang masih aktif

( Dokumen asal dikecualikan jika ahli dapat memberi maklumat


akaun bank dengan betul tanpa merujuk kepada dokumen asal.
Ketepatan maklumat penting bagi mengelakkan pengkreditan terus
ke akaun ahli gagal )

4. Permohonan Secara Pos

 Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat


(KWSP 3)
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 22

Dokumen Sokongan Jika Pembelian Subsale:-

1. Surat Perjanjian Jual Beli ( Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun


dari tarikh permohonan)

Nota :

Sekiranya pembelian rumah daripada keluarga terdekat


(suami/isteri, ibu bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa
angkat, anak, anak tiri, anak angkat atau adik beradik) ahli perlu
mengemukakan bukti transaksi pembelian iaitu ‘Deed of Assignment’
yang telah disempurnakan.

2. Surat Pengesahan Daripada Pemaju Mengenai Butiran Rumah


Yang Dibeli;

ATAU

Surat Kebenaran Pindahmilik Dari Pihak Berkuasa Tempatan ( jika


ada sekatan pindahmilik daripada pihak berkuasa);

ATAU

Surat Ikatan Serahak ( Deed Of Assignment ) di antara penjual


dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem
(atau mengemukakan sijil setem) 1% dari harga penjualan.

3. Surat Kelulusan Pembiayaan Perumahan ( sekiranya kelulusan


Pembiayaan kurang daripada setahun )
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 23

ATAU

Surat Kelulusan Pembiayaan Perumahan DAN Surat Perjanjian


Pembiayaan Perumahan ( sekiranya pembiayaan melebihi setahun )

4. Surat Ikatan Serahak ( Deed Of Assignment ) di antara penjual


dan ahli yang sempurna dan mesti mempunyai cop duti setem (
atau mengemukakan sijil setem ) 1% dari harga penjualan.

5. Surat Pengesahan Belian Tunai daripada Peguam yang


menguruskan proses jualbeli yang mengandungi maklumat butiran
harta.

6. Bukti bayaran tidak kurang 20% daripada harga rumah.

7. Pembelian bersama ahli keluarga terdekat ( suami/isteri, ibu


bapa, ibu bapa mertua, ibu bapa tiri, ibu bapa angkat, anak, anak tiri,
anak angkat atau adik beradik ), sekiranya pemohon bukan
peminjam

Maklumat lanjut : http://www.kwsp.gov.my/


BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 24

Anda perlu membuat tinjauan dan perbandingan terhadap


produk pembiayaan yang terdapat di pasaran sebelum memilih
institusi pembiayaan. Sila ambil ingatan bahawa, setelah mengambil
pembiayaan perumahan, anda akan sering berurusan dengan
institusi kewangan berkenaan untuk tempoh yang begitu lama. Ambil
kira faktor-faktor lain dan tidak tertarik kepada kadar faedah yang
rendah sahaja.

Berikut ialah antara faktor yang harus diambil kira:

 Bagaimana profesionalnya sikap institusi kewangan sewaktu


berurusan dengan pelanggan?
 Adakah ia menawarkan perkhidmatan yang berkualiti dari segi
kecekapan dan kebolehpercayaan?
 Apakah pakej yang ditawarkan dan pakej yang mana satukah
yang paling sesuai untuk anda?
 Apakah caj-caj yang dikenakan kepada anda?
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 25

Anda juga hendaklah dimaklumkan bila dan berapa kerap


pembayaran caj-caj tersebut harus dibuat. Institusi kewangan yang
inovatif biasanya menawarkan pakej pembiayaan yang lebih menarik
dan sesuai untuk anda dan tambahan pula permohonan diproses
dengan lebih cepat dan tanpa banyak kerenah.

Masa yang diambil untuk pembiayaan anda diluluskan dari tarikh


mengemukakan permohonan yang lengkap ialah lebih kurang satu
hingga dua minggu.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 26

Institusi kewangan yang inovatif


biasanya menawarkan pakej
pembiayaan yang lebih menarik
dan sesuai untuk anda
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 27

Sebelum anda pergi lebih lanjut lagi, apa kata anda buat
pengiraan tentang tahap kelayakan pembiayaan perumahan terlebih
dahulu dengan membuat pengiraan bajet untuk mengetahui
berapakah harga rumah yang anda layak serta pengiraan peratus
DSR ( Debt Service Ratio ).

Ini bertujuan untuk anda dapat tahu lebih awal samada anda
layak atau tidak untuk membuat pembiayaan perumahan dengan
pengetahuan tambahan tentang DSR.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 28

Rashid ingin membeli rumah berharga RM 170,000 tetapi layak


atau tidak dia membelinya ?

 Gaji Pokok : RM 3,800 (andaikan)


 Gaji Bersih : RM 3,500 (andaikan)
 Komitmen Kereta : RM 400 (andaikan)
 Komitmen Rumah Baru : RM 800 ( kiraan dalam apps iMoney
jika harga rumah RM170,000)
 Kos Sara Hidup : RM 900

DSR = ( Jumlah Komitmen + Komitmen Rumah Baru ) / (Gaji Bersih ) X


100%

= ( RM 400 + RM 800 + RM 900 / RM 3,500 ) X 100%

= 60%

( DSR kurang daripada 60% adalah selamat )

Maklumat rumah yang nak dibeli dengan harga RM 170,000

 Loan Tenure : 35 Tahun


 Loan Margin : 90%
 Monthly Installment : RM 800 ( kiraan dalam apps iMoney)
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 29

Berdasarkan nilai DSR ialah 60% Rashid memang layak untuk


membeli rumah tersebut berdasarkan kiraan DSR beliau yang tidak
melebihi 60%.

 DSR bagi setiap bank adalah berlainan, disarankan jika anda


berurusan sendiri melalui bank pastikan dahulu nilai DSR yang
dikenakan oleh bank tersebut bagi mengelakkan berlakunya
kesilapan semasa membuat pengiraan DSR.

Untuk tahun 2016 ini dikatakan ianya tahun yang agak getir
kerana kemerosotan ekonomi yang berlaku di negara kita ini. Pihak
bank juga telah mengambil langkah selamat dengan mengenakan
syarat-syarat yang lebih ketat sedikit berbanding tahun-tahun
sebelumnya. Seperti Maybank jika gaji kurang dari RM 3000 DSR
tidak boleh melebihi 40%, jika gaji 3000 keatas DSR ialah 60%.

Sebagai langkah penjagaan, anda yang ingin memohon


pembiayaan perumahan hendaklah bersedia dari segi DSR dan
jumlah amaun dalam akaun simpanan kerana pihak bank juga turut
melihat jumlah amaun dalam akaun simpanan anda samada cukup
atau tidak untuk membayar 10% deposit yang anda perlu bayar.

Selain itu juga tahun 2016 juga pihak institusi kewangan telah
memandang serius untuk memasukkan kos saraan hidup dalam
pengiraan DSR. Setiap institusi kewangan berbeza amaun kos sara
hidup, tanyakan pada setiap institusi kewangan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 30

Anda perlu menghantar dokumen-dokumen asas berikut sebelum


institusi kewangan memproses permohonan anda:

Jika permohonan perseorangan :

 Salinan kad pengenalan atau passport anda


 Slip gaji untuk 3 / 6 bulan yang terkini
 Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang
EA
 Dokumen perjanjian jual beli/resit pembayaran deposit atau
tempahan/surat tawaran daripada pemaju
 Salinan surat hakmilik rumah (jika ada)
 Penyata bank 6 bulan terdahulu ( wajib jika tiada slip gaji /
borang J/EA ) / buku akaun simpanan / resit simpanan tetap
 Salinan penyata KWSP
 Salinan surat tawaran berkerja
 Dokumen simpanan seperti ASB/Tabung Haji dll
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 31

Jika anda bekerja sendiri / berniaga ( tiada payslip gaji ) :

 Salinan dokumen pendaftaran perniagaan ( SSM minima


sekurang-kurangnya 2 tahun )
 Penyata bank untuk 6 /12 bulan terakhir
 Penyata kewangan terkini dan dokumen lain yang boleh
menyokong sumber pendapatan anda.
 Borang Cukai Pendapatan
 Kontrak perniagaan yang dimenangi jika masuk tender

Walau bagaimanapun, sesetengah institusi kewangan mungkin


memerlukan dokumen sokongan tambahan seperti ASB, Tabung Haji,
Perjanjian Sewa Rumah dan apa saja bukti pendapatan yang anda
ada asalkan telah diistiharkan.

Info Pembiayaan Perumahan :

 Rumah Pertama – 90% Pembiayaan


 Rumah Kedua – 90% Pembiayaan
 Rumah Ketiga dan seterusnya – 70% Pembiayaan

Dinasihatkan anda menghantar permohonan pembiayaan


perumahan kepada semua institusi kewangan secara serentak.
Pastikan juga harga rumah dijual mengikut harga pasaran yang
ditentukan oleh Penilai atau Institusi kewangan, elakkan Overvalue.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 32

Contoh pengiraan bagi yang berniaga sendiri :

Contoh Penyata :

Bulan 1 : RM42,000

Bulan 2 : RM43,000

Bulan 3 : RM49,000

Bulan 4 : RM42,000

Bulan 5 : RM45,000

Bulan 6 : RM42,000

Pendapatan purata perniagaan anda ialah lebih kurang RM43,800.


( Jumlah kesemua pendapatan bulanan di bahagi dengan 6 bulan ).

Bank ambil hanya 20% dari purata pendapatan bulanan sahaja


sebagai gaji pemilik.

Pendapatan bulanan : 20% x RM43,800 = RM8760


BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 33

Pastikan juga harga rumah dijual


mengikut harga pasaran yang
ditentukan oleh Penilai atau
Institusi kewangan, elakkan
Overpriced
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 34

Ada 4 perkara yang anda perlu SEMAK sebelum memohon


pembiayaan perumahan dengan bank :

a) Tahap Kesihatan CCRIS

CCRIS ataupun ( Central Credit Reference Information Systems


). Sistem CCRIS dipanggil pengkalan data bersama. Mana-mana bank
yang berdaftar boleh mencapai maklumat kredit seseorang atau
sesebuah syarikat pada bila-bila masa apabila diperlukan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 35

Maksudnya, tidak kira anda peminjam bermasalah atau tidak,


maklumat anda memang sudah sedia ada di dalam sistem CCRIS
sekiranya anda mempunyai rekod meminjam dengan bank. Untuk
semakan CCRIS anda boleh pergi ke Bank Negara Malaysia.

Jika laporan CCRIS anda berangka 01010101 anda masih lagi


dalam keadaan yang selamat untuk memohon pembiayaan. Tetapi
jika berangka seperti 122122 maka peluang permohonan anda untuk
lulus adalah sangat rendah.

b) Nama Tersenarai Dalam CTOS

CTOS ialah pengkalan data yang mengandungi maklumat


bankrupsi, maklumat petisyen terhadap orang perseorangan dan
syarikat, yang sedang, atau sudah bebas dari bankrupsi. Laporannya
mengandungi maklumat seperti no fail mahkamah, lokasi, tarikh
notis atau arahan mahkamah, nama individu, no kad pengenalan,
dan jika dalam perbicaraan, tarikh sebut kes di mahkamah. Anda
boleh mendapatkan laporan percuma CTOS dari :

CTOS Data Systems Sdn Bhd

Unit A-9-6, 9th Floor, Megan Avenue 1,

No. 189 Jalan Tun Razak,

50400 Kuala Lumpur, Malaysia

Website : www.ctoscredit.com.my/
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 36

c) Komitmen Pinjaman Tinggi

Komitmen tinggi bermaksud anda mempunyai komitmen yang


banyak dengan bank, samada dari segi pembiayaan bank,
pembiayaan peribadi, pembiayaan kereta, kad kredit dan lain-lain.

Jika anda berurusan pembelian rumah dengan ejen hartanah,


ejen hartanah akan membuat pre-scanning terhadap pembeli
tentang tahap kesihatan profil kewangan dan tahap DSR anda.

Jika pengiraan DSR anda melebihi peratus yang telah


ditetapkan oleh setiap institusi kewangan maka permohonan
pembiayaan perumahan anda akan mengalami risiko untuk tidak
lulus.

d) Peminjam PTPTN

Berkuatkuasa pada tahun 2015 semua rekod peminjam PTPTN


akan dimasukkan juga dalam CCRIS.

Oleh itu jika anda mempunyai tunggakan bayaran pinjaman


PTPTN sila jelaskan semua tunggakan tersebut sebelum membuat
pembiayaan perumahan dan sila dapatkan juga surat pelepasan dari
pihak PTPTN menyatakan anda tiada masalah tunggakan PTPTN
untuk rujukan institusi kewangan beserta jadual bayaran balik
pinjaman PTPTN.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 37

Untuk makluman juga, pihak PTPTN telah memperkenalkan


kaedah melanjutkan tempoh pembayaran balik pinjaman sehingga
berumur 60 tahun dengan kadar bayaran bulanan yang rendah.
Struktur semula pembayaran pinjaman anda.

Uruskan tunggakan anda segera di mana mana cawangan


pejabat PTPTN.

 Dapatkan jumlah tertunggak pinjaman PTPTN anda


 Struktur semula bayaran ansuran bulanan pinjaman
PTPTN
 Jelaskan amaun tunggakan yang perlu dibayar
 Dapatkan surat pelepasan dari pihak PTPTN
 Serahkan surat pelepasan PTPTN kepada pegawai institusi
kewangan untuk urusan permohonan pembiayaan
perumahan anda.
 Jika menggunakan KWSP untuk menyelesaikan tunggakan
PTPTN sila bawa penyata pinjaman yang terbaru kepada
KWSP untuk proses permohonan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 38

Mana-mana bank yang berdaftar


boleh mencapai maklumat kredit
seseorang atau sesebuah syarikat
pada bila-bila masa apabila
diperlukan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 39

Selama saya menguruskan permohonan pembiayaan pelanggan


pelanggan saya yang ingin membeli rumah, tidak semua
permohonan mendapat khabar berita yang gembira bermaksud ada
permohonan yang lulus ada permohonan yang gagal.

Pelbagai sebab yang boleh menyebabkan permohonan


pembiayaan itu gagal antaranya pemohon mempunyai komitmen
yang tinggi ataupun nama pemohon sudah disenarai hitamkan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 40

Apa yang institusi kewangan lihat semasa memproses permohonan


pembiayaan individu ?

 Umur
 Pekerjaan
 Syarikat berkerja
 Tempoh berkerja
 Pengalaman berkerja
 Tahap pendidikan
 Rekod CCRIS
 Mempunyai simpanan atau tidak
 Baki akaun simpanan di dalam bank
 Berapa banyak pembiayaan kita ada
 Status pekerjaan ( Kontrak / Tetap )

Itu antara titik titik penting yang institusi kewangan akan lihat
semasa proses permohonan pembiayaan anda.

Setiap institusi kewangan berbeza beza kriteria yang mereka lihat.


Semua perkara di atas sangat penting dalam menentukan
permohonan pembiayaan anda kerana ianya ada kesan ke atas

a) Status pembiayaan
b) Amaun pembiayaan
c) Kadar faedah ( Interest Rate )
d) Margin pembiayaan ( 90% , 80% dll )
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 41

Bagi anda yang ingin memohon pembiayaan perumahan atas


nama perniagaan sendiri ( enterprise ) berlainan pula kriterianya.

 Perniagaan ditubuhkan sekurang-kurangnya 2 tahun


 Berapa lama perniagaan dijalankan
 Jenis perniagaan yang dijalankan
 Premis perniagaan yang dijalankan
 Kontrak perniagaan jika menang kontrak dibida ( Kerajaan )
 6 bulan penyata akaun syarikat
 Siji pendaftaran syarikat ( SSM )
 Resit-resit cukai
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 42

Setiap institusi kewangan berbeza


beza kriteria yang mereka lihat.
Jadi jangan hairan jika bank A
lulus, Bank B tidak lulus, Bank C
tidak lulus.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 43

Setelah permohonan pembiayaan perumahan anda lulus,


institusi kewangan akan menghubungi anda untuk memaklumkan
tentang status pembiayaan dan ketika ini sebagai pembeli anda
perlulah bertanya kepada pegawai bank tersebut tentang
pembiayaan perumahan yang sudah diluluskan. Ingat, KENAL
pegawai yang menguruskan pembiayaan perumahan anda.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 44

Ada 6 perkara asas anda perlu tahu tentang surat tawaran


pembiayaan perumahan :

a ) Jenis Pembiayaan Perumahan

 Islamic Loan
 Conventional Loan
 Flexi Loan
 Traditional Term Loan

b ) Margin Pembiayaan ( Loan Margin )

Margin pembiayaan antara institusi kewangan adalah berbeza,


ianya bergantung kepada beberapa faktor seperti nilai rumah dan
juga ‘track record’ kita pada institusi kewangan tersebut seperti
adakah anda mempunyai pembiayaan lain. ‘Credit scoring’ juga
mempengaruhi nilai pembiayaan perumahan anda. Ada yang margin
80% ada yang diberi margin 90% tetapi semua ini bergantung kepada
syarat dan kondisi institusi kewangan itu sendiri.

c ) Tempoh Pembiayaan ( Loan Tenure )

Bermaksud tempoh pembiayaan perumahan anda yang


diberikan oleh institusi kewangan. Maksima tempoh pembiayaan
perumahan adalah selama 35 tahun tetapi walaupun anda layak
selama 35 tahun belum tentu lagi institusi kewangan akan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 45

memberikan tempoh selama 35 tahun ini semua bergantung kepada


faktor umur dan komitmen juga.

e ) Kos Guaman Pembiayaan ( Loan Legal Fee )

Kos guaman pembiayaan perumahan ( tidak semua kos, boleh


rujuk institusi kewangan untuk kepastian ) juga boleh dimasukkan (
Zero Moving Cost ) sekali dalam pembiayaan perumahan anda atau
pembeli juga boleh membayar sendiri jika tidak mahu masukkan ke
dalam pembiayaan tadi. Antara kos guaman adalah seperti Yuran
Guaman, Duti Setem, Disbursement Fees, Valuation Report.

f ) Lock In Period

‘Lock-in Period’ bermaksud penalti (denda) yang kebiasaannya


antara 2-3 % dari nilai prinsipal pembiayaan jika anda memilih untuk
membayar sepenuhnya pembiayaan perumahan sebelum tempoh
‘Lock-in Period’ tamat.

Sebagai contoh, jika ‘Lock-in Period’ pembiayaan perumahan


yang diambil adalah 3 tahun, dan jika anda memilih untuk menjual
rumah tersebut sebelum tempoh 3 tahun, bank akan mengenakan
denda kepada anda.

Sebaiknya, pilih pembiayaan yang berikan ‘Lock-in Period’


sependek yang mungkin. Terdapat juga sesetengah bank yang tidak
mengenakan ‘Lock-in Period’.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 46

g ) Jenis Perlindungan

Perlindungan yang dibuat khusus untuk menyelamatkan pihak


yang memberi pembiayaan (institusi kewangan) dan juga pihak yang
meminjam ( pembeli ) sekiranya pihak yang meminjam tidak dapat
meneruskan bayaran ansuran pembiayaan disebabkan telah
meninggal dunia atau pun hilang upaya kekal.

Jenis perlindungan:

i) MLTT – Mortgage Level Term Takaful

ii) MRTT – Mortgage Reducing Term Takaful

iii) MLTA – Mortgage Level Term Assurance

iv) MRTA – Mortgage Reducing Term Assurance

h) Kadar Faedah ( Interest Rate )

Ini bahagian yang paling penting pembeli perlu tahu iaitu kadar
faedah pembiayaan perumahan.

Sebagai pembeli sudah pasti anda akan memilih bank yang


mampu memberi kadar faedah terendah dan menjadi pilihan semua
orang. Sebagai contoh, pembiayaan perumahan sebanyak RM
400,000 untuk tempoh 35 tahun, perbezaan kadar faedah 4.55% dan
4.65%, walaupun bezanya hanya 0.10%, sudah tentulah anda akan
memilih kadar faedah paling rendah.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 47

Makin tinggi harga rumah maka nilai kadar faedah pembiayaan


perumahan anda akan jadi lebih rendah. Apa yang mempengaruhi
peratus kadar faedah pinjman perumahan ialah Credit Scoring
peminjam yang ditentukan oleh pihak institusi kewangan.

Selepas bersetuju untuk menerima surat tawaran pembiayaan,


anda perlu melantik seorang peguam untuk menyiapkan
dokumentasi pembiayaan. Biasanya, anda akan memilih peguam dari
senarai panel peguam yang disediakan oleh institusi kewangan
tersebut. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan
kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada
Pejabat Setem untuk pembatalan setem.

Selepas proses di atas selesai, dokumen- dokumen berdaftar ini


hendaklah diserahkan kepada institusi kewangan berkenaan dan
anda akan diberikan salinan Surat Tawaran Perjanjian Pembiayaan.
Pada amnya, masa yang diambil untuk menyiapkan proses undang-
undang dokumentasi ini adalah tidak melebihi 6 bulan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 48

MRTA

MRTA ialah Mortgage Reduced Term Assurance merupakan


perlindungan insurans untuk Pembiayaan Perumahan. Insurans ini
yang biasa diambil oleh kebanyakan kita yang membeli rumah. Ini
kerana insurans ini yang selalunya ditawarkan oleh pihak institusi
kewangan ke atas pembeli rumah.

Tujuan nya adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap


baki pembiayaan yang belum di bayar sekiranya pembeli meninggal
atau ditimpa musibah kecacatan kekal.

Jika berlaku musibah ini, pewaris tak perlu membayar apa-apa


dan bayaran bulanan rumah akan dilangsaikan oleh pihak penyedia
insurans anda.

Jika pembeli rumah meninggal atau mengalami cacat kekal


sehingga putus punca pendapatan, maka Pewaris tidak akan
dibebani untuk terus membuat bayaran ke atas baki pembiayaan
yang masih ada.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 49

MLTA

MLTA atau Mortgage Life Term Assurances merupakan


insurans takaful hayat yang juga bertujuan untuk menjamin bayaran
kepada institusi kewangan terlaksana andai kata terjadi musibah
kepada pembeli rumah.

Perbezaan antara MLTA dengan MRTA ini adalah dari segi


kaedah bayaran.

MRTA dikenakan bayaran secara lump-sum manakala MLTA


boleh dibuat secara bulanan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 50

Bil MRTA MLTA

1 Bayaran sekali gus ( lump– Boleh dibayar secara bulanan.


sum ). Tidak perlu pening kepala nak
menghabiskan duit untuk
bayaran selama tempoh
tempoh pembiayaan rumah
dibuat.

2
Jika digabung dengan Tiada interest bank kerana
pembiayaan perumahan, bayaran boleh dibuat secara
amaun fee insurans MRTA bulanan.
akan meningkat 3 kali ganda
( termasuk interest bank )

3
Tiada saving. 100% fee MRTA Sebahagian daripada caruman
akan diambil oleh syarikat bulanan akan dipulangkan
insurans sebagai tabungan simpanan
anda.
(ada cash value disini)
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 51

4
Kadar perlindungan ( sum Sum covered tidak menurun (
covered ) akan menurun dari tetap sehingga tamat tempoh
setahun ke setahun kontrak )

5
Tidak boleh dipindah milik. Boleh ditentukan hibah dan
Benificiari sebenar adalah faraid kepada mana-mana ahli
pihak Bank. keluarga yang lain. Pemegang
polisi adalah anda sendiri.

6
Sekiranya berlaku kematian Sekiranya meninggal, insurans
kepada pembeli, Syarikat akan bayar semua baki
insurans hanya membayar pembiayaan DAN juga
baki pembiayaan perumahan simpanan tunai yang tersimpan
anda sahaja dalam akaun Insurans anda
akan dipulangkan sama.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 52

Makin tinggi harga rumah maka


makin rendah kadar faedah yang
dikenakan. Kebiasaan rumah yang
berharga RM 100,000 ke bawah,
kadar faedahnya tinggi sedikit iaitu
5.7% ke atas berdasarkan kes yang
saya pernah uruskan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 53

Anda adalah juga dikehendaki menjelaskan kos kos berkaitan


seperti fi perkhidmatan profesional dan caj yang dikenakan oleh
pihak yang berkaitan. Berikut ialah senarai sebahagian daripada fi
dan caj yang bakal dikenakan ke atas anda:

JENIS KADAR
Duti Setem
• Perjanjian jual beli -1% ke atas RM100,000 pertama
-0.5% untuk RM4,900,000
seterusnya
-0.5% daripada jumlah pembiayaan
atau RM5 bagi setiap RM1,000
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 54

• Perjanjian pembiayaan -1% ke atas RM100,000 pertama


-2% untuk RM400,000 seterusnya

• Pindah hakmilik
(untuk rumah
sudah siap sahaja)

Fi Pengeluaran Pembiayaan Mungkin berbeza bagi negeri,


Termasuk fi untuk pejabat tanah dan jenis harta yang
pendaftaran cagaran, berlainan. Sebagai contoh, di
caj untuk carian Selangor and Wilayah Persekutuan, fi
tanah dan fi untuk carian dan caj yang dikenakan berada
kebankrapan dalam lingkungan RM300 hingga
RM700.

Fi Pemprosesan KOS HARGA RUMAH


Dikenakan sekali sahaja untuk RM50 Sehingga 30K
tujuan memproses RM100 30,001 – 100K
permohonan pembiayaan RM200 100,000 ke atas
anda
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 55

Sila ambil makluman bahawa jenis caj dan jumlah caj yang
dikenakan akan berubah dari semasa ke semasa.

Anda perlu berjumpa dengan pegawai institusi kewangan anda


untuk mendapatkan nasihat lanjut dan mengadakan perbincangan
jika ada sebarang kemusykilan berhubung dengan jenis fi dan
khidmat guaman.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 56

Sila ambil maklum bahawa jenis caj


dan jumlah caj yang dikenakan
akan berubah dari semasa ke
semasa
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 57

Berdasarkan kriteria umum, jumlah ansuran bulanan rumah


anda tidak sepatutnya melebihi 1/3 daripada jumlah pendapatan isi
rumah. Jika anda mempunyai deposit tabungan atau deposit tetap,
fakta ini boleh digunakan untuk menyokong permohonan
pembiayaan anda memandangkan ianya akan turut diambil kira oleh
institusi-institusi kewangan dalam menilai kelayakan pembiayaan
anda.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 58

Institusi kewangan mempunyai kriteria yang berbeza dalam


menentukan kemampuan membayar balik pembiayaan. Bagi
pembiayaan yang berkadar faedah terapung, anda juga perlu peka
bahawa pembayaran bulanan anda akan meningkat dengan ketara
apabila kadar faedah meningkat.

Sebagai contoh, sekiranya kadar pembiayaan asas (BLR)


mengalami kenaikan, kadar faedah bagi pembiayaan anda juga akan
naik dan begitulah juga dengan ansuran. Walau bagaimanapun,
dalam kebanyakankes, institusi kewangan akan membenarkan anda
membayar ansuran mengikut jumlah bulanan asal dan kemudiannya
pelarasan dibuat dengan melanjutkan atau mengurangkan tempoh
pembayaran balik. Anda bolehlah bertanya kepada institusi
kewangan anda berhubung perkara ini.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 59

Institusi kewangan mempunyai


kriteria yang berbeza dalam
menentukan tahap kemampuan
membayar balik pembiayaan
perumahan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 60

Jumlah pembiayaan yang disediakan oleh institusi kewangan


bergantung kepada nilai pasaran (bagi rumah sudah siap sahaja) atau
harga belian rumah, mengikut mana yang lebih rendah.

Margin pembiayaan boleh mencecah sehingga 95% daripada


harga rumah. Margin pembiayaan mungkin dipengaruhi oleh faktor-
faktor berikut:

 Jenis hartanah
 Lokasi hartanah
 Umur peminjam
 Jumlah pendapatan peminjam
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 61

Tempoh pembiayaan boleh ditetapkan untuk sebarang tempoh


asalkan ianya tidak melebihi 35 tahun atau sehingga peminjam
mencapai umur 65 tahun (atau sebarang umur lain yang ditentukan
oleh institusi kewangan), mengikut mana yang dahulu.

Lain institusi kewangan lain pakej yang ditawarkan. Anda perlu


meneliti kesemua ciri pakej pembiayaan dan tidak hanya membuat
keputusan berdasarkan kepada satu ciri tertentu sahaja. Kadar
faedah hanyalah satu faktor yang perlu dipertimbangkan tetapi ciri-
ciri lain seperti terma pembayaran balik yang fleksibel boleh
menjadikannya seimbang, malah mungkin lebih menjimatkan.

Umumnya, pakej pembiayaan yang ditawarkan oleh institusi


kewangan adalah sama ada dalam bentuk pembiayaan berjangka
atau kemudahan overdraf atau kombinasi kedua-duanya.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 62

Jumlah pembiayaan yang


disediakan oleh institusi kewangan
bergantung kepada nilai pasaran
(bagi rumah sudah siap sahaja)
atau harga belian rumah,
mengikut mana yang lebih rendah
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 63

 Pembiayaan dengan kadar bayaran ansuran bulanan yang tetap


untuk tempoh tertentu, misalnya selama 30 tahun
 Bayaran ansuran merangkumi jumlah pokok dan faedah yang
dikenakan

 Kemudahan kredit yang boleh digunakan bila-bila masa


berdasarkan had kredit yang telah ditentukan
 Bayaran ansuran bulanan tidak ditetapkan tetapi faedah dikira
berdasarkan baki harian
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 64

 Keperluan membayar balik pembiayaan adalah fleksibel dan


peminjam bebas untuk menggunakan semula kemudahan
pembiayaan yang telah dibayar balik
 Faedah yang dikenakan adalah biasanya lebih tinggi daripada
pembiayaan berjangka

Kombinasi Pembiayaan Berjangka dan Kemudahan Overdraf

 Kemudahan yang menggabungkan pembiayaan berjangka dan


overdraf. Sebagai contoh, 70% diberi sebagai pembiayaan
berjangka dan 30% sebagai overdraf
 Bahagian pembiayaan berjangka perlu dibayar balik
 Pembayaran balik overdraf diberi kefleksibelan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 65

Bayaran ansuran merangkumi


jumlah pokok dan faedah yang
dikenakan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 66

Institusi kewangan mungkin mengenakan penalti apabila


pembiayaan diselesaikan sepenuhnya lebih awal. Pada amnya,
penalti yang dikenakan adalah sama ada berasaskan kadar sama rata
atau faedah untuk ‘x’ bulan (contohnya, 1 bulan faedah).

Apabila institusi kewangan meluluskan sesuatu pembiayaan


untuk tempoh tertentu, institusi berkenaan telah mengunjurkan
bahawa pembiayaan tersebut akan dijelaskan sehingga selesai
seperti mana yang telah dipersetujui.

Berdasarkan unjuran ini, institusi kewangan telah membuat


perancangan aliran wang tunai dan sebarang penyelesaian awal akan
menggangu perancangan aliran.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 67

Institusi kewangan mungkin


mengenakan penalti apabila
pembiayaan anda diselesaikan
sepenuhnya lebih awal
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 68

Perjanjian Pembiayaan ialah kontrak yang ditandatangani di


antara peminjam dengan institusi kewangan. Perjanjian Pembiayaan
mengandungi peruntukan utama seperti terma-terma pembiayaan,
pembiayaan pokok, kadar faedah, kadar faedah ingkar, caj penalti
dan syarat pembayaran balik. Ia turut menghuraikan kewajipan
peminjam dan pembiaya serta hak-hak dan bentuk tindakan setiap
pihak sekiranya berlaku pelanggaran syarat-syarat perjanjian.
Dokumen-dokumen lain yang memerlukan tandatangan anda ialah “
Surat Ikatan Serah Hak ”, “ Dokumen-dokumen Cagaran ” dan “
Surat Kuasa Wakil ”.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 69

Sila ambil ingatan bahawa di sepanjang tempoh pembiayaan


tersebut, rumah anda telah dicagarkan kepada institusi kewangan
berkenaan ( iaitu institusi kewangan mempunyai tuntutan ke atas
rumah anda ). Sama ada anda membeli rumah sudah siap atau masih
dalam pembinaan, anda perlu meminta penjelasan daripada peguam
mengenai peruntukan-peruntukan utama yang terkandung di dalam
perjanjian serta implikasinya.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 70

Perjanjian Pembiayaan ialah


kontrak yang ditandatangani di
antara peminjam dengan institusi
kewangan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 71

PEMINJAM

 Hak untuk mendapat akses kepada segala maklumat yang boleh


mempengaruhi keputusan untuk membuat pembiayaan
 Hak untuk dilayan secara profesional, bersopan dan tanpa
prasangka
 Hak untuk berunding terhadap perubahan pada syarat-syarat
dan terma pembiayaan
 Hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar
mengenai akaun pembiayaan
 Hak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya
berlaku pelanggaran kontrak
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 72

INSTITUSI KEWANGAN

 Hak untuk mendapat maklumat lengkap mengenai kedudukan


kredit peminjam.
 Hak untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar
mengenai peminjam
 Hak untuk menerima pembayaran balik faedah/ansuran
bulanan ke atas pembiayaan mengikut jadual
 Hak untuk mengambil tindakan undang- undang sekiranya
berlaku keingkaran pelanggaran kontrak
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 73

Hak untuk mengambil tindakan


undang- undang sekiranya berlaku
keingkaran pelanggaran kontrak
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 74

PEMINJAM

 Bertanggungjawab untuk memahami keseluruhan terma dan


syarat pembiayaan
 Bertanggungjawab untuk sentiasa mematuhi terma dan syarat
yang telah ditetapkan
 Bertanggungjawab untuk mengajukan pertanyaan dan
mendapat penjelasan yang memuaskan mengenai semua aspek
pembiayaan
 Bertanggungjawab untuk membayar fi, caj, faedah dan
bayaran ansuran mengikut jadual
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 75

INSTITUSI KEWANGAN

 Bertanggungjawab untuk melaksanakan segala yang perlu bagi


pihak peminjam seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian
pembiayaan
 Bertanggungjawab untuk berunding dengan peminjam sebelum
membuat sebarang perubahan terhadap terma dan syarat, fi
dan maklumat lain yang berkaitan
 Bertanggungjawab untuk menjawab sebarang persoalan yang
dibangkitkan oleh peminjam
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 76

Institusi kewangan berhak untuk


mendapatkan maklumat yang
tepat dan benar mengenai
peminjam mereka
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 77

Soalan yang kebiasaan yang saya dapat ialah ‘ kalau tiada


komitmen boleh ke mohon pembiayaan ? ‘

Sebenarnya boleh sahaja anda mohon pembiayaan dan tak


semestinya kalau tiada komitmen langsung institusi kewangan
takkan luluskan permohonan pembiayaan perumahan anda.

Benar, sesetengah bank akan ambil kira bab tiada komitmen


langsung dalam memproses permohonan anda, dan keputusannya
memang mengecewakan kerana permohonan anda tidak diluluskan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 78

Tetapi ada juga kes kes yang lulus pembiayaan walau tanpa
sebarang komitmen, mungkin margin pembiayaannya tidak sepenuh
90%, ada yang dapat 80% ada yang dapat 85%.

Jadi jangan takut untuk mencuba memohon pembiayaan


perumahan jika tiada sebarang komitmen langsung.

Jika tidak berani juga, ciptalah satu komitmen yang kecil seperti
kad kredit atau membuat pembiayaan ASB yang minima amaunnya
supaya ada rekod dalam CCRIS anda, jangan ambil amaun yang
maksima kerana ia akan mengganggu DSR anda.

Cipta komitmen yang bawah RM 150 sebulan, jika dapat amaun


yang lagi minima lagi bagus kerana ianya bakal mengurangkan nilai
DSR anda. Sekurang-kurangnya anda mempunyai rekod di dalam
CCRIS.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 79

Ciptalah satu komitmen yang kecil


seperti kad kredit atau membuat
pembiayaan ASB yang minima
amaunnya supaya ada rekod
dalam CCRIS
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 80

Untuk bab ini, saya akan terangkan benar atau tidak ASB loan
akan mengganggu DSR anda jika ingin memohon pembiayaan
perumahan.

Rata-rata kes yang saya uruskan, mereka yang memohon


pembiayaan mempunyai komitmen ASB loan yang tinggi. Ada yang
mempunyai nilai paling maksimum iaitu RM 200K dengan bayaran
bulanan sebanyak RM 1200 dan pembiayaan RM 100K dengan
bayaran bulanan sebanyak RM 600.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 81

Jadi anda bayangkan jika seseorang itu bergaji bersih sebanyak


RM 2200 ditambah pula dengan komitmen kereta sebanyak RM 600
dan komitmen ASB loan sebanyak RM 1200 setiap bulan.

Setelah dihitung kira hanya tinggal sebanyak RM 400 sahaja


baki dari gaji bersih tadi. Anda rasa bagaimana dengan DSR nya ?
Sudah tentu melebihi 60%.

Ada dividen ? Ok, sesetengah institusi kewangan akan ambil


kira ASB loan sebagai KOMITMEN dan sesetengah lagi diambil
sebagai PENDAPATAN. Seeloknya semasa memohon pembiayaan
tanyakan pada pihak institusi berikut mengenai ASB loan anda lebih
selamat.

Jadi bila waktu yang sesuai memohon ASB loan ini ?

Pada pendapat saya, pohonlah ASB loan sementara anda belum


lagi nak beli rumah. ASB loan sangat sesuai digunakan untuk
mengumpul modal/deposit untuk membeli rumah. Katakan anda
pinjam selama 3 tahun dan selepas itu batalkan urusan pembiayaan
ASB tersebut dan kira berapa pulangan dividen yang anda akan
dapat.

Kemudian gunakan dividen tersebut sebagai modal untuk


membeli rumah idaman anda. Selepas berjaya dalam permohonan
pembiayaan rumah, pohonlah semula ASB loan semula.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 82

ASB loan sangat sesuai digunakan


untuk mengumpul modal / deposit
untuk membeli rumah. Jika ada
dividen ia juga akan dikira sebagai
pendapatan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 83

Bab yang paling disukai ramai iaitu tips bagaimana hendak


mudah lulus pembiayaan perumahan anda.

Kebanyakkannya mereka di luar sana walaupun tahu


bagaimana hendak memohon pembiayaan perumahan tetapi mereka
kurang teknik dan ilmu bagaimana nak menjadikan permohonan
pembiayaan perumahan mereka mudah untuk lulus.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 84

1. Simpanan

Institusi kewangan sangat memandang berat jika pemohon ada


simpanan yang cukup.Bagaimana simpanan diistiharkan cukup ?

Simpanan sekurang-kurangnya 6 bulan ansuran bulanan


pembiayaan perumahan.Jika nilai simpanan melebihi setahun
ansuran bulanan itu lebih bagus dan tinggi harapan untuk lulus
permohonan.

2. Baki Amaun Dalam Akaun Gaji

Tugas anda untuk pastikan ada sufficient balance pada setiap


hujung bulan sementara hendak menunggu gaji bulan hadapan.
Sekurang-kurangnya tinggalkanlah amaun yang munasabah pada
setiap hujung bulan seperti 40% dari gaji anda perolehi.

3. Penggunaan Kad Kredit

Elakkan menggunakan credit card sehingga 70% daripada credit


limit anda. Elakkan membayar amaun yang minimum sahaja 5%, jika
boleh bayar lah lebih sedikit. Kalau dapat langsaikan semua juga
bagus untuk credit scoring.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 85

4. CCRIS

Cuba kekalkan rekod CCRIS dengan nombor “ 0 ” sahaja. Jika


ada rekod hutang kereta atau apa sahaja komitment dengan institusi
kewangan, sila bayar ansuran bulanan awal sebelum due date. Ia
boleh dijadikan rekod baik untuk pihak institusi melihat keupayaan
anda membayar ansuran bulanan.

5. Dokumen Lengkap

Pastikan dokumen asas untuk memohon pembiayaan lenagkap.


Jika ada dokumen lain yang diistiharkan sebagai pendapatan ( rumah
sewa, pendapatan online, dll ) juga sila kepilkan bersama untuk
mengukuhkan permohonan anda.

6. Semak Kelayakan

Sebelum memohon pembiayaan perumahan pastikan anda


menyemak kelayakkan anda setakat mana anda boleh atau layak
memohon pembiayaan. Kira DSR anda sendiri dan dapatkan nasihat
dari ejen hartanah atau banker dalam pengiraan semakan kelayakan
memohon pembiayaan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 86
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 87

Berapakah harga rumah yang saya mampu?

Ini bergantung kepada pendapatan dan jumlah komitmen


kewangan lain anda. Mengikut amalan biasa, kebanyakan pembeli
rumah membeli rumah berharga di antara 1.5 dan 2.5 kali
pendapatan tahunan mereka. Sebagai contoh, jika seorang pembeli
memperolehi pendapatan RM40,000 setahun, dia mungkin akan
membeli rumah berharga RM60,000 hingga RM100,000. Di samping
itu, bayaran ansuran bulanan tidak seharusnya melebihi 1/3 daripada
pendapatan kasar bulanan anda.

Berapa banyakkah saya boleh pinjam ?

Ini bergantung kepada nilai rumah anda, pendapatan anda dan


keupayaan anda untuk membayar balik. Margin pembiayaan boleh
menjangkau sehingga 95% (termasuk MRTA). Semakin tinggi margin
pembiayaan, semakin tinggilah ansuran yang perlu anda bayar. Di
samping itu, pada kadar faedah yang tertentu, tempoh pembiayaan
yang lebih pendek memerlukan anda membayar ansuran yang tinggi.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 88

Berapa lamakah pembiayaan diproses ?

Biasanya masa yang diambil ialah di antara satu hingga 3


minggu untuk pembiayaan anda diluluskan bermula dari masa
dokumen lengkap dikemukakan. Tetapi ada juga yang menambah
masa dari 3 minggu ke 4 minggu supaya ada masa yang lebih untuk
permohonan pembiayaan perumahan.

Apakah perbezaan di antara pembiayaan konvensional dan


pembiayaan secara Islam?

Dalam pembiayaan konvensional, pembiayaan belum jelas


anda terdiri daripada jumlah pembiayaan pokok dan faedah yang
dikenakan.

Kadar faedah ini adalah sebenarnya kos yang ditanggung oleh


institusi kewangan untuk mendapatkan dana.

Pembiayaan secara Islam mengamalkan konsep menjual dan


membeli di mana institusi kewangan membeli rumah tersebut dan
kemudiannya menjual semula kepada anda pada harga yang
melebihi harga belian.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 89

Kenapakah penilaian ke atas rumah diperlukan?

Penilaian diperlukan jika anda membeli rumah yang telah siap.


Institusi kewangan menghendaki penilaian dibuat untuk menentukan
sama ada harta berkenaan menyediakan nilai cagaran yang
mencukupi untuk pembiayaan yang diberi. Ia juga menyediakan
anggaran sama ada harta yang anda beli adalah berpatutan dengan
apa yang anda bayar.

Perlukah saya melantik seorang peguam ?

Bolehkah saya memilih peguam saya sendiri ?

Ya. Anda perlu melantik seorang peguam untuk menyiapkan


dokumentasi pembiayaan anda. Biasanya, institusi kewangan akan
mengajukan senarai panel peguam yang sudah biasa dengan segala
keperluan dokumentasi mereka untuk anda membuat pilihan. Jika
anda ingin memilih peguam anda sendiri, anda perlu berbincang
dengan institusi kewangan berkenaan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 90

Siapakah yang membayar yuran guaman?

Sekiranya ini berlaku, anda perlu menghubungi institusi


kewangan anda untuk berbincang dan merumuskan skim
pembayaran balik yang sesuai, termasuk langkah memanjangkan
tempoh pembiayaan anda.

Bolehkah saya membayar balik keseluruhan pembiayaan lebih


awal dari tempoh yang telah dipersetujui?

Biasanya, institusi kewangan akan mengenakan penalti bagi


penyelesaian awal. Penalti yang dikenakan adalah di antara 2% - 5%
daripada jumlah baki pembiayaan belum jelas, bergantung kepada
institusi kewangan. Ini juga bergantung kepada jenis produk yang
anda pilih dan bila anda mengambil keputusan untuk menebus
pembiayaan anda. Sila ambil maklum bahawa terdapat keperluan
tempoh minimum yang perlu anda patuhi sebelum penyelesaian
penuh boleh dibuat.

Bolehkah pengecualian penalti diberi untuk pembayaran


terdahulu?

Sebarang pengecualian adalah berdasarkan budi bicara pihak


institusi kewangan semata-mata.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 91

Mengapakah baki pembiayaan saya masih tinggi di peringkat awal


tempoh pembiayaan walaupun pembayaran ansuran telah dibuat ?

Pada tahun-tahun awal pembiayaan, sebahagian besar ansuran


disalurkan untuk pembayaran faedah pembiayaan. Jadi, jika anda
membayar sebahagian daripada pembiayaan lebih awal dari
jadualnya untuk mengurangkan jumlah pembiayaan pokok, beban
faedah dapat dikurangkan dengan banyaknya dan ini memendekkan
tempoh pembiayaan anda.

Bolehkah saya membayar ansuran melebihi jumlah ansuran


bulanan?

Ini bergantung kepada terma dan syarat-syarat seperti yang


dinyatakan dalam perjanjian pembiayaan anda. Dengan membayar
lebih setiap bulan, anda boleh mempercepatkan proses membayar
balik pembiayaan. Bila anda membuat bayaran lebih, pastikan
bayaran itu digunakan untuk mengurangkan pembiayaan pokok.

Walau bagaimanapun, jika anda membayar balik pembiayaan


sepenuhnya dengan sekali gus atau membayar balik sebahagian
sahaja daripada pembiayaan, anda dikehendaki memberi notis
kepada institusi kewangan anda. Tempoh notis biasanya adalah di
antara 1 hingga 3 bulan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 92

Adakah saya memerlukan penjamin ?

Ini bergantung kepada budi bicara institusi kewangan dan


status kredit peminjam.

Adakah institusi kewangan berhak untuk mengenakan caj pelbagai


ke atas akaun pembiayaan saya seperti caj bayaran lewat, kos
guaman, insurans dan sebagainya?

Hak institusi kewangan untuk mengenakan caj tersebut adalah


seperti yang dinyatakan di dalam terma dan syarat-syarat
pembiayaan.

Berapa lamakah tempoh tangguh (grace period) untuk membayar


ansuran/faedah?

Pada amnya, institusi kewangan membenarkan tempoh


tangguh di antara 7-14 hari untuk anda membayar ansuran. Ada juga
kes dimana terlewat 2-3 hari daripada tarikh akhir pembyaran akan
dikenakan denda lewat.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 93

Bilakah institusi kewangan melepaskan pembiayaan kepada


pemaju?

Untuk rumah yang dalam pembinaan, institusi kewangan akan


membuat bayaran progresif apabila siap setiap peringkat pembinaan
seperti yang diakui oleh Sijil Perakuan Arkitek. Untuk rumah yang
telah siap, pembiayaan anda akan dilepaskan apabila lengkap proses
dokumentasi atau kelulusan daripada pihak berkuasa berkenaan
diperolehi, seperti kelulusan daripada Kerajaan Negeri.

Bolehkah saya membeli rumah secara bersama tetapi pembiayaan


perumahan dipohon atas satu nama sahaja?

Institusi kewangan akan mempertimbangkan permohonan anda


berdasarkan merit setiap permohonan, dalam keadaan berikut:

 Pemilik bersama adalah pasangan suami isteri, dan salah


seorang daripada mereka tidak bekerja dan yang seorang lagi
bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pembiayaan
 Pemilik bersama mempunyai hubungan kekeluargaan seperti
antara anak dengan ayah/ibu, dan kedua ibu bapa tidak bekerja
dan si anak yang bertanggungjawab ke atas pembiayaan

Walau bagaimanapun, peraturan di atas adalah terpulang kepada


budi bicara institusi kewangan dan mereka boleh juga
mempertimbangkan keadaan lain yang tidak disebutkan di atas.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 94

Jika pemaju menjadikan projeknya terbengkalai, adakah saya masih


perlu membayar faedah dan bayaran ansuran ?

Ya. Anda masih bertanggungjawab membayar balik


pembiayaan berdasarkan kepada perjanjian pembiayaan yang
ditandatangani antara anda dan institusi kewangan. Walau
bagaimanapun, memandangkan institusi kewangan mempunyai hak
ke atas harta tersebut, anda perlu membincangkan cadangan
pembayaran balik dengan institusi kewangan. Anda juga patut
melaporkan hal ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan.

Apakah akan berlaku bila pembiayaan dijelaskan sepenuhnya ?

Bila pembiayaan telah dijelaskan sepenuhnya, institusi


kewangan, melalui peguamcaranya, akan melepaskan cagaran ke
atas harta tersebut. Institusi kewangan juga akan menarik balik
sebarang tuntutan ke atas harta berkenaan. Dengan ini, hakmilik
akan dipindahkan kepada anda.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 95

Apakah akan berlaku sekiranya peminjam yang tidak membeli


insurans meninggal dunia ?

Ahli keluarga terdekat si mati boleh membuat tuntutan melalui


mahkamah ke atas harta si mati. Beliau boleh membuat pilihan sama
ada meneruskan pembayaran balik pembiayaan atau menebusnya
kembali. Walau bagaimanapun, kebanyakan institusi kewangan
mewajibkan peminjam membeli perlindungan Insurans Nyawa Gadai
Janji (MRTA) untuk memastikan keadaan seperti ini tidak berlaku.

Apakah tindakan yang boleh diambil oleh institusi kewangan jika


saya gagal membuat pembayaran balik ?

Kalau anda gagal membuat pembayaran balik sebanyak 3 kali


berturut-turut, institusi kewangan akan mengambil langkah
sewajarnya untuk membatalkan pembiayaan tersebut. Berdasarkan
keadaan paling buruk, institusi kewangan akan merampas harta
berkenaan untuk dilelong bagi membayar balik pembiayaan.
Sekiranya masih tidak mencukupi, peminjam masih perlu membayar
perbezaan di antara harga lelong dan baki pembiayaan tersebut.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 96

Apakah cara paling mudah untuk membuat pembayaran ke atas


pembiayaan saya ?

Institusi kewangan menawarkan rangkaian perkhidmatan yang


pelbagai untuk menjadikan urusan anda lebih mudah. Di antara
kaedah alternatif untuk membuat pembayaran balik pembiayaan
ialah:

 Membuka akaun tabungan/semasa dan mengeluarkan arahan


pindahan tetap pada kadar fi yang minimum (dikecualikan jika
anda menyimpan deposit dan membuat pembiayaan juga di
institusi yang sama)
 Melalui pemindahan ATM
 Perbankan Internet
 Khidmat Perbankan Telefon
 Mendeposit cek di mesin automatik atau menghantar cek anda
terus kepada institusi kewangan
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 97

Adakah wajar saya mempertimbangkan untuk membiayai semula


pembiayaan jika saya ditawarkan kadar faedah yang lebih rendah ?

Pertimbangan utama yang diberikan dalam pembiayaan semula


ialah apakah kos yang terlibat. Seperti yang anda sedia maklum,
anda telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pembiayaan
pertama anda. Sebagai contoh, anda perlu membayar yuran
pemprosesan, yuran guaman, fi setem dan yuran pemindahan
hakmilik. Pembiayaan semula bermakna anda perlu mengulangi
pembayaran caj-caj yang sama sekali lagi.

Sebelum anda bercadang untuk membiayai semula, anda perlu


memastikan bahawa penjimatan kadar faedah rendah adalah
mencukupi untuk mengatasi keseluruhan kos yang berkaitan dengan
pembiayaan semula, termasuk caj penalti, jika ada.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 98
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 99

Amaun Pokok

Jumlah yang dipinjam daripada institusi kewangan tetapi tidak


termasuk faedah dan caj-caj yang lain.

Bayaran Muka

Jumlah permulaan yang perlu dibayar kepada penjual oleh pembeli.

Borang Permohonan

Borang yang digunakan untuk memohon pembiayaan.

Cagaran

Harta persendirian yang digunakan untuk menjamin pembayaran


bagi sesuatu pembiayaan.

Peminjam menghadapi risiko kehilangan harta tersebut sekiranya


pembiayaan tidak dibayar.

Caj Lewat

Penalti yang dikenakan oleh institusi kewangan kerana gagal


membuat bayaran ansuran mengikut jadual.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 100

Dokumentasi

Satu set dokumen yang perlu ditandatangani berhubung dengan


sesuatu pembiayaan seperti perjanjian pembiayaan, borang dan
dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Keseluruhan dokumen ini
akan membentuk satu set rekod yang lengkap bagi sesebuah
pembiayaan.

Fi Iltizam

Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan kerana mengetepikan


sejumlah tertentu dana yang tidak digunakan oleh peminjam.
Biasanya dikenakan ke atas kemudahan overdraf.

Fi Pengeluaran Pembiayaan

Pelbagai jenis fi yang berkaitan dengan pengeluaran pembiayaan


seperti fi pendaftaran cagaran, fi carian tanah dan fi carian
kebankrapan yang dilakukan oleh pihak institusi kewangan dan
peguam yang mengendalikan proses dokumentasi berhubung
pembiayaan tersebut. Fi tersebut dibayar dahulu oleh pihak institusi
kewangan atau peguam dan kemudiannya dikenakan ke atas
peminjam.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 101

Hartanah

Merujuk kepada harta di atas tanah (seperti rumah, pangsapuri,


kondominium dan tanah lapang (seperti lot banglo).

Ingkar

Kegagalan untuk membayar balik ansuran/faedah bulanan kepada


institusi kewangan apabila tiba tempoh matang.

Institusi Kewangan

Kesemua bank perdagangan dan syarikat kewangan yang berlesen di


bawah ABIK 1989 dan juga bank Islam yang dilesenkan di bawah Akta
Perbankan Islam 1983.

Insurans Nyawa Gadai Janji (MRTA)

Insurans Nyawa Gadai Janji adalah sejenis insurans berjangka yang


nilainya berkurang mengikut tempoh pembiayaan. Insurans jenis ini
memberi perlindungan gantirugi ke atas baki terhutang pembiayaan
sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kekal kepada
peminjam. Insurans ini biasanya dikira bagi memenuhi keseluruhan
jumlah terhutang sesuatu pembiayaan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 102

Kadar Faedah ( Interest Rate )

Amaun yang dikenakan ke atas peminjam oleh pemberi pembiayaan


dalam bentuk peratusan daripada jumlah pembiayaan.

Kadar Faedah Terapung ( Flactuated Rate )

Istilah yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu


pembiayaan di mana faedah yang dikenakan boleh berubah akibat
kenaikan atau kejatuhan sesuatu penunjuk seperti Kadar
Pembiayaan Asas.

Kadar Pembiayaan Asas ( BLR )

Kadar faedah minimum yang dikira oleh sesebuah institusi kewangan


berdasarkan satu formula yang mengambil kira kos dana dan lain-lain
kos pentadbiran.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 103

Kadar Sama Rata

Istilah yang digunakan untuk menerangkan sifat kadar faedah yang


dikenakan sebagai peratusan tetap ke atas sesuatu pembiayaan di
sepanjang tempoh pembiayaan. Pembayaran balik bagi jumlah yang
tetap ke atas pembiayaan jenis ini biasanya ditentukan sebelum
jadual pembayaran balik berkuat kuasa. Misalnya, jumlah faedah
bagi pembiayaan sebanyak RM10,000 pada kadar sama rata 10%
ialah RM1,000 setahun, yang dikenakan sehingga pembiayaan ini
selesai dijelaskan.

Laporan Penilaian

Sebuah laporan analisa bertulis yang disediakan oleh jurunilai


bertauliah yang menyatakan maklumat berhubung dengan nilai
sesuatu hartanah.

Margin Pembiayaan

Amaun pembiayaan yang diberi oleh institusi kewangan yang


dinyatakan secara peratusan ke atas nilai harta benda yang
dicagarkan untuk pembiayaan tersebut.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 104

Overdraf

Sejenis kemudahan kredit yang diberikan kepada pemegang akaun


semasa yang layak. Peminjam dibenarkan untuk mengeluarkan cek
dengan jumlah yang melebihi baki kredit yang terdapat dalam akaun,
tetapi terhad kepada jumlah maksimum yang telah diluluskan dahulu
oleh institusi kewangan.

Pembayaran Berperingkat

Suatu skim pembayaran pembiayaan yang memberi fleksibiliti


pembayaran ansuran rendah pada tahun-tahun awal pembiayaan
tetapi beransur-ansur meningkat pada tahun-tahun berikutnya
selaras dengan peningkatan kuasa membeli peminjam.

Pembayaran Terdahulu

Pembayaran sebahagian atau keseluruhan daripada pembiayaan


sebelum tempoh matang.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 105

Pembiayaan Semula ( Refinancing )

Proses pembayaran balik sebahagian atau keseluruhan pembiayaan


yang sedia ada dengan tujuan untuk mendapatkan pembiayaan baru
sama ada daripada institusi kewangan yang sama atau institusi
kewangan yang lain.

Perampasan

Tindakan perundangan yang boleh diambil oleh pihak institusi


kewangan untuk mendapatkan semula jumlah yang terhutang
daripada seorang peminjam yang telah ingkar membayar balik
pembiayaannya. Harta benda yang dicagarkan oleh peminjam bagi
pembiayaan berkenaan akan dijual untuk menjelaskan jumlah yang
terhutang tersebut.

Penalti Pembayaran Terdahulu

Fi yang dikenakan oleh institusi kewangan ke atas pembayaran


terdahulu keseluruhan pembiayaan. Fi yang dikenakan biasanya
dikira berdasarkan peratusan tertentu daripada jumlah pembiayaan
atau bersamaan dengan jumlah faedah untuk tempoh ‘x’ bulan.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 106

Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah

Hasil campuran pendapatan kasar bulanan kesemua ahli keluarga


yang bekerja sebelum ditolak cukai pendapatan, Socso, KWSP,
ansuran pembiayaan atau potongan-potongan lain, dicampur pula
dengan pendapatan tambahan seperti gaji kerja lebih masa, komisen
dan lain-lain.

Penjamin

Orang perseorangan atau entiti yang terikat oleh undang-undang


untuk menjelaskan pembiayaan yang diambil oleh seseorang
peminjam, jika peminjam tersebut gagal menjelaskan
pembiayaannya.

Perjanjian Jual Beli

Kontrak bertulis yang ditandatangani oleh pembeli dan penjual, di


antaranya menyatakan terma dan syarat-syarat bagi penjualan
hartanah.

Pembiayaan Belum Jelas

Baki hutang, termasuk faedah dan lain-lain yang belum dijelaskan.


BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 107

Pembiayaan Berjangka

Sejenis pembiayaan yang mana pembayaran semula telah ditentukan


untuk satu tempoh masa yang tetap, misalnya selama 10 tahun.

Polisi Insurans Pemilik Rumah/Kebakaran

Sejenis insurans polisi yang menggabungkan tanggungan dan


perlindungan kepada pemilik rumah terhadap kerugian yang
disebabkan oleh ribut taufan, kebakaran, perbuatan khianat dan
risiko-risiko lain.

Surat Hakmilik

Satu surat perundangan yang mengesahkan hakmilik ke atas


sesebuah harta.

Surat Kuasa Wakil

Dokumen perundangan formal yang memberi kuasa kepada


seseorang untuk bertindak bagi pihak seseorang yang lain.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 108

Surat Pentadbiran

Geran representasi yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi kepada


seseorang yang membolehkan beliau menguruskan harta seseorang
yang meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat.

Surat Penerimaan Tawaran

Surat yang menyatakan kesediaan pemohon untuk menerima


tawaran pembiayaan yang telah diluluskan oleh pihak institusi
kewangan.

Tempoh Pembiayaan

Jumlah tahun yang diambil untuk membayar balik keseluruhan


jumlah pembiayaan dan faedah mengikut jadual pembayaran balik
yang telah dipersetujui.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 109

SENARAI NAMA INSTITUSI KEWANGAN YANG BENARKAN


PINJAMAN PERUMAHAN RUMAH MASTER TITLE LEBIH 10 TAHUN

Saya banyak menerima soalan dari rakan rakan bahawa mereka


mempunyai masalah dalam memohon pembiayaan rumah untuk
rumah yang mereka beli dalam status Master Title sudah melebihi 10
tahun.

Betul, rata-rata institusi kewangan sekarang sudah agak ketat


dalam memproses permohonan pembiayaan rumah yang masih
berstatus Master Title lebih 10 tahun kerana bagi mereka tiada
jaminan untuk rumah ini.

Tetapi jangan khuatir kerana ada beberapa institusi kewangan


yang masih membenarkan pembiayaan perumahan untuk rumah ini.
Antaranya ialah :

1. Bank Simpanan Nasional


2. Affin Bank
3. Bank Rakyat
4. Public Bank
5. Bank Muamalat

Ini 5 institusi yang masih membenarkan lagi pembiayaan kepada


hartanah yang masih Master Title lebih 10 tahun. Insyaa allah
mereka dapat membantu anda.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 110

KADAR FAEDAH BAGI 2 INSTITUSI KEWANGAN

1. INTEREST RATE HOUSING LOAN PUBLIC BANK

Harga Rumah : 50K - 99K 5.25%

Harga Rumah : 100K - 199K 4.65% - 4.75%

Harga Rumah : 200K - 250K 4.55% - 4.65%

Harga Rumah : >250K 4.45% -4.55%

Harga Rumah : >400K 4.4% - 4.45%

1. Kos Sara hidup sebanyak RM1000 akan ditolak dari gaji bersih.

2. Islamic Financing tiada Lock In Period

3. Conventional Financing 3 tahun Lock In Period

4. Joint Name atau Guarantor boleh kawan atau saudara mara

5. Mesti ada 20% saving dari Loan Amount jika scoring tidak cantik
atau ada masalah lain untuk lepas kelayakan pembiayaan. (
supporting document )
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 111

2. INTEREST RATE HOUSING LOAN BSN

Zero Moving Cost

1. <100 : 6.95%

2. 100K-300K: 5.05%

3. 300K Keatas : 4.95%

Non Zero Moving Cost

1. <100 : 6.95%

2. 100K - 300K : 4.65%

3. 300K Keatas : 4.55%

Masih lagi terdapat Skim Belia 100% untuk yang dah berkahwin dan
rumah pertama.
BANK! TOLONG AKU | MELASTIK BINTANG 112

PENUTUP

Diharapkan segala penerangan di dalam e book Bank ! Tolong Aku ini


dapat memberikan panduan kepada anda di luar sana yang masih
lagi samar-samar tentang urusan pembiayaan perumahan.

Semoga segala perkongsian tips, info dan prosedur yang saya tulis ini
bermanfaat untuk anda gunakan sebaik mungkin semasa membeli
hartanah.

Sesungguhnya ‘ Yang Baik Datangnya Dari Allah SWT Dan Yang


Buruk Itu Datangnya Dari Saya Sendiri ’ . Harap dimaafkan jika
ada kekurangan di dalam perkongsian saya ini.

Anda mungkin juga menyukai