Anda di halaman 1dari 34

100 Idea Bisnes

Zaman sekarang untuk mengharapkan satu sumber pendapatan sahaja agak


susah untuk kita menjadi kaya raya. Lebih – lebih lagi jika dalam dunia pekerjaan. Untuk
mendapat pendapatan 5 angka dalam perkerjaan mungkin mengambil masa selama
puluhan tahun. Tapi jangan risau, banyak cara sebenarnya untuk menjana pendapatan.
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Saya kongsikan sebanyak 100 Idea jana
pendapatan yang boleh membantu anda menambah pendapatan.

1/34
Terdapat banyak cabang untuk menjana pendapatan antaranya yang kebiasaan
orang buat ialah

1) PERNIAGAAN – Yang mana anda perlukan produk untuk menjual kepada


pelanggan yang memerlukan produk anda. Pelanggan membeli produk anda
dan anda dapat duit.

2) PERKHIDMATAN – Yang mana anda menggunakan kepakaran anda untuk


menyelesaikan masalah orang lain. Pelanggan menggunakan perkhidmatan
anda dan anda dapat duit.

Perniagaan dan perkhidmatan boleh di buat secara sampingan . Tidak mustahil


jika anda buat bersungguh – sungguh pendapatan sampingan anda dapat menandingi
pendapatan utama anda. Pada halaman seterusnya saya akan kongsikan 100 idea untuk
menjana pendapatan.

2/34
1) Bekam

Antara Sunnah Rasululllah adalah berbekam. Ramai yang mahu berbekam tetapi tiada
masa. Hadir ke kursus berbekam dan jadikan ini sebagai sumber pendapatan anda.
Fokus waktu malam dan hujung minggu sahaja di kawasan rumah anda. Jika satu sesi
RM 50 , Satu minggu sudah RM 350, 1 bulan telah mencecah RM 1,400! Ini pendaptan
sampingan anda.

2) Membersih Rumah

Masa kini ramai yang suami dan isteri kedua – duanya bekerja sehingga tidak sempat
untuk membersihkan halaman rumah mahupun dalaman rumah. Jika ada pokok – pokok
di kawasan rumah pasti banyak daun yang luruh dan menyebabkan rumah nampak kotor.
Manakala kerja-kerja membersih dalaman rumah seperti memncuci tndas, mengelap tingkap,
mengemop lantai dan sebagainya juga memerlukan pembersihan berkala. Ambil peluang ini
untuk anda membersihkan rumah mereka. Sambil senaman anda boleh jana
pendapatan.

3) Potong rumput

Jika di kawasan rumah teres biasanya akan mengalami masalah ini. Tahukah anda
warga asing membuat servis ini dapat menjana hampir mencecah RM 5000 sebulan!?
Hanya berbekalkan mesin rumput dan basikal. Pendapatan lebih tinggi dari orang yang
kerja di pejabat. Fokuskan dulu di satu kawasan.

4) Tuisyen

Pembelajaran di kelas yang mungkin mencecah 30-40 orang menyebabkan pelajar tidak
dapat fokus untuk belajar. Ramai ibubapa yang inginkan yang terbaik untuk anak – anak
mereka dan mereka akan merasa bangga jika anak mereka mendapat keptusan yang
cemerlang. Jika anda lepasan Universiti ambil peluang ini untuk buat duit. Contohnya
mengajar matematik , bahkan anda juga boleh mengajar membaca untuk darjah 1. Buat
secara santai dan efektif di rumah pelanggan anda.

3/34
5) Pereka grafik

Dalam perniagaan ramai yang ingin menampakkan perniagaan mereka berstyle dan
mahu post sesuatu di facebook dengan design yang menarik untuk menarik perhatian
pelanggan untuk membeli. Tetapi ramai yang tidak tahu menggunakan perisian mengedit
gambar seperti Photoshop. Anda boleh belajar photoshop, bermula dulu belajar dari
youtube. Bila anda sudah tahu menggunakan photoshop, anda sudah boleh menjana
pendapatan! Bermula dulu ambil servis yang simple seperti design cover timeline
facebook ataupun design bisnes kad.

6) Buat laman web

Tahukah anda syarikat gergasi sanggup membayar puluhan ribu untuk mencipta laman
web mereka agar nampak professional? Mungkin agak sukar untuk mendapatkan job
syarikat gergasi kerana anda memerlukan portfolio yang betul mantap. Tetapi kenapa
tidak anda bermula untuk laman web untuk peniaga – peniaga internet? Bila anda sudah
mahir membuat website pasti ramai akan berpusu – pusu mencari anda.

7) Sewa kenderaan

Jika anda lebihan kereta contohnya anda ada kereta Myvi dan kereta kancil. Kenapa
tidak anda sewakan sahaja kepada orang lain. Jika tempat anda dikawasan universiti
sangat mudah untuk anda mendapat pelanggan. Kebanyakan pelajar belum lagi memiliki
kereta. Pastikan anda belajar selok belok perniagaan in dengan orang yang sudah
berpengalaman. Jika RM 1000 untuk satu bulan satu tahun ada sudah untung RM12000.

8) Servis komputer

Zaman sekarang ramai orang sudah memiliki laptop ataupun komputer. Ramai yang
tahu menggunakannya tetapi ramai yang tidak tahu untuk menjaganya. Malah ada
yang tidak tahu laptopnya sudah menjadi “ Peternak Virus “. Ambil peluang ini untuk
anda belajar servis laptop dan jadikan ia salah satu punca pendapatan anda. Anda
boleh offer kepada office – office dikawasan rumah anda, rakan sekerja ataupun
pelajar – pelajar universiti.

4/34
9) Mengasuh

Majoriti rakyat malaysia suami dan isteri adalah bekerja disebabkan kekangan ekonomi
yang semakin mencabar. Bila sudah memiliki anak mereka sudah pening kepala kepada
siapa mereka mahu hantar. Setiap masalah adalah peluang untuk anda buat duit.
Sediakan satu tempat yang khas. Hiaskan dengan pelbagai hiasan yang menarik ibu
bapa untuk menghantar di tempat anda. Sediakan juga aktiviti belajar. Jika satu orang
kanak- kanak ibubapa sanggup membayar RM 300- RM 400. Jika 10 orang kanak –
kanak? Sudah tentu banyak.

10) Membaiki kasut/menjahit pakaian

Ini antara perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar. Anda boleh lihat di kaki
lima ramai yang membuka meja dan menyediakan perkhidmatan ini. Untuk peringkat
awal tidak perlu membuka kedai lagi, hanya sewa dihadapan kedai – kedai yang banyak
pelangganya. Anda juga boleh mengupah tukang jahit untuk berkolaborasi dengan anda.
Saya pasti ramai yang akan membaiki kasut berbanding membeli baru disebabkan
kekangan kewangan. Membaiki lagi menjimatkan.

11) Khidmat penghantaran

Menjadi runner sudah menjadi kebiasaan pada zaman sekarang. Ramai yang ingin
menghantar barang tapi mempunyai kekangan masa. Manfaatkan sepenuhnya waktu
terluang anda untuk membantu orang lain untuk menghantar barang. Jika anda sudah
dikenali ramai lebih senang anda untuk buat pendapatan sampingan ini. Pastikan
bayaran yang anda terima berbaloi dengan usaha anda.

12) Motivator pelajar

Pelajar merupakan golongan yang senang dibentuk. Di waktu inilah waktu terbaik untuk
membentuk nilai – nilai murni dan memberikan motivasi. Jika anda mempunyai bakat
untuk momotivasi kan orang lain. Anda sangat disarankan untuk menjana pendapatan
melalui motivasi. Setiap sekolah sudah mempunyai bajet kewangan untuk seminar.
Lebih – lebih lagi diwaktu hampir peperiksaan.

5/34
13) Membaiki & Servis kereta

Servis kereta antara perniagaan yang menguntungkan. Majoriti rakyat malaysia memiliki
kereta. Ramai yang tahu untuk bawa kenderaan, tetapi ramai yang tidak tahu untuk
servis kereta . Ada juga yang tahu hanya mengisi minyak sahaja. Jika anda ada minat
yang mendalam dan ada pengetahuan tentang kenderaan gunakan peluang ini untuk
membantu orang ramai. Semakin ramai orang yang ambil service anda, semakin
bertambah kaya anda. Tekankan kepada pelanggan betapa pentingnya penjagaan
kereta.

14) Perunding perniagaan

Perunding perniagaan antara perkhidmatan yang sangat bagus. Anda dapat membantu
orang lain untuk mencari rezeki. Ramai yang mahu berniaga tetapi tidak tahu cara yang
betul, lebih lebih lagi orang yang makan gaji yang mempunyai masalah kewangan. Masa
kini ramai guru - guru perniagaan muncul. Jika anda sudah berjaya didalam satu bisnes
dan anda boleh kongsikan kepada orang ramai. Jika anda tidak mampu untuk membuat
dalam jumlah peserta yang ramai, bermula dulu dengan personal coaching. Bila sudah
ada keyakinan diri, buat secara besar - besaran.

15) Konsultan Kesihatan

Ramai yang memiliki kebebasan kewangan, sehinggakan dalam misi mencari duit ada
yang mengabaikan soal kesihatan. Pemakanan abad ini yang kurang berkhasiat
menyebabkan ramai yang terkena penyakit seperti kencing manis, darah tinggi , diabetes
dan lain-lain. Nikmat kesihatan adalah lebih penting dari duit. Jika anda ada latar
belakang pembelajaran dalam bidang kesihatan, anda digalakkan untuk menjadi
konsultan kesihatan. Kongsikan dahulu tips kesihatan di facebook , bila orang tahu anda
adalah orang yang betul untuk mereka rujuk, makan berdesuplah duit masuk ke poket
anda.

6/34
16) Menulis blog/artikel

Di dalam perniagaan internet, kredibiliti seseorang itu sangat penting. Pelbagai cara
untuk meningkatkan kredibiliti antaranya adalah mempunyai website dan blog.
Disebabkan kekangan masa, ramai orang tidak dapat kemaskini blog mereka dengan
kerap. Ingat masalah adalah peluang. Offer kepada mereka tentang servis anda. Ada
juga yang mahu menulis ebook tetapi mereka tidak mampu. Ambil bayaran berdasarkan
jumlah perkataan sangat lumayan. Contohnya untuk 100 patah perkataan anda
mendapat RM 10. Jika 1000 patah perkataan berapa pula yang anda dapat? Lumayan
bukan?

17) Agen pelancongan

Tempat pelancongan tempatan menjadi tumpuan ramai apabila krisis ekonomi melanda.
Mahu ke luar negara terpaksa mengeluarkan kos yang banyak , lagi - lagi untuk yang
bekeluarga. Ramai yang ambil peluang untuk bercuti di dalam negara sahaja. Apabila
anda menjadi agen pelancongan anda mesti kerap melihat promosi - promosi terkini di
tempat pelancongan Malaysia. Banyak tempat yang cantik di malaysia terutamnya di
Sabah. Buat pakej pelancongan dan promosi kepada orang ramai.

18) Khidmat menghapus serangga/haiwan perosak

Rumah yang bersih adalah rumah yang bebas dari serangga/haiwan perosak. Serangga
dan haiwan perosak ini sebenarnya sangat berbahaya kepada penghuni rumah. Antara
yang ditakuti ramai orang adalah penyakit kencing tikus. Perkhidmatan ini sangat
diperlukan oleh orang ramai. Ambil peluang ini untuk menjadi pakar penghapus
serangga/haiwan perosak. Kuasai wilayah di kawasan anda. Menurut pakar pemasaran
Dr Azizan Osman, gantung sebanyak 30 banner di kawasan anda. Ini akan membantu
mempercepatkan ramai orang tahu apa yang anda buat.

7/34
19) Penasihat tax

Ramai yang tidak tahu menguruskan tax sehingga terpaksa membayar sehingga 6
angka dan terus terduduk. Dan ramai juga yang mengambil ringan tentang perkara ini.
Apabila sudah dikejar pihak yang berkenaan baru mahu belajar. Dan ramai juga yang
tahu menjana pendapatan tetapi tidak tahu menguruskannya dengan betul sedangan
pengurusan tax ini sangat penting. Anda belajar tentang pengurusan tax in dan targetkan
kepada orang - orang yang kaya.

20) Membaiki alat elektrik

Peralatan elektrik menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ada yang bertahan lama
ada yang guna sekejap sahaja sudah rosak. Jika anda ada kemahiran membaiki ini
adalah bonus untuk anda. Ramai yang mahu baiki sahaja peralatan elektrik mereka
kerana jika membeli baru mengambil kos yang banyak. Pastikan perkhidmatan anda tip
top kerana layanan yang baik akan menarik lagi ramai pelanggan kepada anda. Pada
peringkat permulaan buat dahulu secara part time.

21) Mengajar Al-Quran

Kesibukan warga kota mencari duit menyebabkan ramai yang terlupa mahu membuat
perkara yang penting iaitu membaca Al-Quran. Bila ayat ayat Quran dilupakan hati akan
mati. Jika anda ada kelebihan didalam mengajar Alquran jadikan ini sebagai sumber
pendapatan anda. Bayangkan dalam anda menjana pendapatan anda dapat
menyebarkan ilmu yang bermanfaat. Semoga ini dapat menolong anda di akhirat nanti.
Sediakan juga perkhidmatan Home Quran Base yang mana anda pergi ke rumah
pelanggan anda.

8/34
22) Mengajar memasak

Salah satu cara untuk isteri memikat hati suami ialah dengan menjaga 'perutnya' .
Semakin sedap masakan si isteri semakin bertambah kasih sayang. Ramai yang ingin
memasak sedap untuk keluarga tetapi ramai juga yang tidak tahu memasak. Tidak
hairanlah rancangan tv mendapat sambutan hangat apabila ada rancangan masakan.
Anda mahirkan satu masakan contohnya seperti Nasi Gulai Kampung Selera Pantai
Timur. Sedap hingga menjilat jari. Kemudian anda boleh jadikan ianya sebagai sumber
pendapatan anda pula.

23) Servis cuci karpet

Jika pakaian ramai yang boleh basuh sendiri. Masuk saja mesin basuh automatik, tunggu
satu jam masuk dalam blower terus boleh pakai. Tetapi karpet tidak semudah itu. Kena
jemur ditempat yang luas kemudian tepuk - tepuk bagi kotoran keluar dan jemur sehingga
kadang - kadang setengah hari. Kesusahan mencuci karpet ini menyebabkan orang
malas mahu mencucinya dan lebih suka hantar ke tempat mencuci karpet terus. Jika
anda pandai mengambil peluang ini, berkerjasamalah dengan pencuci dobi. Anda buat
pakej cucian di kawasan rumah anda. Lakukan juga servis penghantaran.

24) Servis basuh kereta

Dengan adanya pinjaman bank mudah untuk rakyat malaysia memiliki kerata sendiri
samaada kereta dalam malaysia ataupun luar negara. Sudah tentunya bila memiliki
kereta mereka mahukan kereta mereka dalam keadaan bersih , wangi dan bebas dari
kotoran. Asap-asap dari kenderaan lain menyebabkan kereta mudah berdebu. Ini
mungkin masalah untuk orang yang berkereta tetapi peluang untuk anda buat duit. Tidak
perlu buka tempat mencuci kereta yang terpaksa menelan kos ratusan ribu. Target kan
kepada penduduk aparment , beli satu troli untuk letak alatan mencuci. Lakukan promosi
untuk penduduk apartment tersebut . Buatkan pakej untuk sebulan. Anda hanya perlu
upah orang dan minta dia cuci setiap malam. Buat hanya cuci luaran sahaja.

9/34
25) Hantar pelajar ke sekolah

Servis menghantar pelajar antara servis yang mendapat sambutan yang hangat di
penduduk bandar. Kesibukan ibubapa warga kota menyebabkan ini menjadi masalah
kepada mereka. Bayangkan jika servis anda bagus. Ibu bapa ambil servis anda dari
anaknya darjah 1 hingga darjah 6. 6 tahun duit berdesup masuk ke akaun anda.
Bayangkan juga ada 10 pelanggan tetap :D

26) Hantar pekerja ke kilang

Kilang yang besar majoritinya mempunyai ratusan pekerja. Bermula dari pengawal
keselamatan, operator pengeluaran dan lain-lain . Biasanya jawatan ini biasanya terdiri
daripada warga asing yang turut membantu kilang-kilang tempatan. Biasanya mereka
tinggal beramai -ramai di satu tempat dan pihak kilang ada yang tidak menyediakan
perkhidmatan mengambil perkerja ini. Offer servis ini kepada kilang atau agen perkerja
tersebut. Dapatkan bayaran secara bulanan. Ambil juga servis untuk menghantar mereka
ke masjid pada setiap hari jumaat. Semakin ramai ambil servis dengan anda semakin
bertambahlah pendapatan anda setiap bulan.

27) Menghias pokok hiasan

Hobi mengias pokok hiasan merupakan hobi yang unik. Tidak semua orang ada bakat
untuk menghias pokok hiasan. Kebanyakkan orang - orang yang berada banyak
meluangkan masa lapang dengan menghias kawasan rumah. Jika anda mempunyai
kepakaran ini, kenapa tidak anda membantu mereka - mereka yang tidak ada bakat
dalam menghias. Tonjolkan kepakaran anda dan tunjukkan kan hasil kerja menghias
pokok hiasan kepada pelanggan.

28) Agen pelancongan

Waktu cuti merupakan waktu buat duit bagi agen - agen pelancongan. Selepas penat
bekerja ramai orang meluangkan masa bercuti bersama keluarga tersayang sama ada di
dalam negara ataupun di luar negara. Sambil anda menjadi agen pelancongan anda juga
dapat merasai keindahan alam sekitar ciptaan Ilahi. Buat satu pakej yang sukar untuk
ditolak oleh pelanggan. Targetkan kepada orang yang berkeluarga.

10/34
29) Training kepimpinan atau leadership

Tahukah anda kepimpinan dan leadership sangat penting dalam sesebuah organisasi.
Tanpa ada leader yang betul, perancangan syarikat akan jadi kelam kabut. Malah akan
merugikan syarikat. Masalah ini menjadi masalah yang besar untuk pekerja di kilang dan
juga orang yang buat bisnes. Jika anda ada keupayaan untuk membantu orang lain
memimpin maka anda boleh buat duit besar. Syarikat gergasi mengeluarkan kos yang
agak besar untuk kursus kepimpinan, ambil peluang ini untuk anda membantu ramai
orang.

30) Training seni mempertahankan diri

Gejala - gejala sosial yang semakin meningkat saban tahun menyebabkan orang takut
untuk keluar rumah. Anda boleh lihat di dada - dada akhbar ramai yang meninggal
disebabkan kes ragut , rogol dan sebagainya. Ilmu pertahankan diri sangat penting dan
ramai yang tidak tahu untuk mempertahankan diri. Taekwondo , silat dan sebagainya
antara ilmu pertahanan diri yang sangat penting. Jika anda ada kelebihan ini bantulah
orang - orang yang tidak tahu. Lakukan training seminggu sekali setiap hujung minggu
sudah mencukupi.

31) Ajar berenang

Kalau warga kampung mungkin selalu terdedah sungai dan dari situ mereka belajar
berenang. Untuk penduduk bandar jarang sungai yang ada, yang adalah cuma
swimming pool. Ramai yang tidak tahu berenang. Bila berdepan dengan kecemasan
boleh mengakibatkan kematian. Lagi - lagi jika ketua keluarga melihat anak-anaknya
lemas, adakah hanya berputih mata melihat anak - anak kelemasan? Begitulah
pentingnya pembelajaran berenang. Jika anda tahu teknik berenang, kongsikan dengan
orang ramai. Ramai yang memerlukannya.

11/34
32) Khidmat menjaga orang tua

Ramai yang tidak sanggup menghantar ibubapa yang semakin dimamah usia ke tempat
penjagaan orang - orang tua. Risau dikatakan anak tidak kenang budi. Tetapi kalau
mahu jaga dirumah warga kota ada komitmen bekerja. Cara yang terbaik adalah upah
penjaga rumah untuk menjaga ibubapa di rumah. Untuk mencari orang menjaga orang
tua sangat susah. Untuk anda yang ingin menambah pendapatan, jadikan ini sebagai
lubuk duit. Anda iklankan jawatan pembantu menjaga orang tua kemudian selesaikan
masalah orang yang mempunyai masalah ini.

33) Juru alih bahasa

Jika anda lulusan luar negara sudah pastinya anda mengetahui bahasa yang digunakan
contohnya anda belajar di jepun selama 5 tahun. Apabila anda mengetahui bahasa asing
anda ada kelebihan berbanding orang lain. Sebagai contohnya pelancong jepun ingin
melancong di Malaysia, tidak semua orang tahu berbahasa English disini peranan anda
untuk membantu pelancong asing tersebut. Secara tidak langsung duit masuk ke poket
anda. Begitu juga alih bahasa rancangan televisyen. Anda boleh translatekan bahasa
asing ke bahasa malaysia.

34) Apps developer

Teknologi kini semakin meningkat naik. Jika dulu mungkin apps developer ini tidak
terkenal, tetapi sekarang makin ramai yang mahir tentang apps developer. Antara
perisian yang terkenal adalah Android. Kini banyak aps yang membantu kehidupan
manusia. Kenapa tidak anda belajar tentang apps developer ini jika ada mampu belajar?
Pengguna android telah mencecah jutaan orang.

12/34
35) Penulis novel

Minat yang mendalam tentang penulisan akan membuahkan hasil yang lumayan. Bakat
ini mestilah diasah sehari ke sehari. Kini banyak dipasaran lahir novel - novel yang
bestseller. Jika anda menggunakan masa terluang anda untuk menulis sehari 10 muka
surat ,sebulan anda telah menulis sebanyak 300 muka surat. Design cover yang menarik
dan hantar kepada syarikat penerbitan. Bila proposal anda diterima kebanyakan syarikat
penerbitan akan memberikan komisyen berdasarkan jumlah yang terjual. Ada juga yang
menjadikan ini sebagai kerjaya utama.

36) Kartunis melukis kartun

Tidak semua orang mempunyai bakat untuk melukis. Anugerah ini anugerah yang tidak
ternilai. Jika anda mempunyai bakat ini jangan sia siakan begitu sahaja. Anda boleh
bermula secara freelance terlebih dahulu. Ramai syarikat penerbitan memerlukan bakat
seperti anda. Jika dahulu majalah Ujang menjadi sebutan orang. Tidak mustahil revolusi
terjadi sekali lagi.

37) Mencipta Video marketing

Orang ramai sudah lali dengan iklan yang "skima" dan hanya ikut skrip. Zaman sekarang
orang mahu kelainan , iklan yang mamainkan emosi mereka. Ada yang menghiburkan
ada yang menyedihkan. Anda boleh melihat video - video yang dihasilkan oleh syarikat-
syarikat gergasi dan juga dari negara luar seperti Thailand. Ada juga video video
tempatan yang dihasilkan oleh anak muda seperti page "Zukieeeee" . Video nya yang
sangat menarik dan memberikan impak yang tinggi kepada pelanggan untuk membeli.
Selain itu beliau menyediakan video - video parody yang sangat kelakar.

38) Tukang besi / welder

Rakan saya memiliki minat yang mendalam dalam bidang welding. Ini memberikannya
peluang untuk menjana pendapatan lebih pada setiap bulan. Pada setiap hari balik dari
kerja dia akan singgah ke bengkel kawannya dan melakukan kerja - kerja welding ekzos.
Tidak mustahil pada suatu hari nanti beliau akan memiliki kedai ekzos nya sendiri.
Kepakaran ini banyak diperlukan oleh makenik.

13/34
39) Blogger

Menjadi blogger sangat senang. Anda boleh bermula dengan blog yang percuma seperti
blogspot dan juga wordpress. Jadikan blog anda blog yang mempunyai maklumat yang
banyak dan berguna. Contohnya niche blog anda tentang makanan. Kongsikan tentang
resepi - resepi makanan. Bila orang suka blog anda, anda boleh menjual apa sahaja
tentang makanan. Contohnya anda buat resepi istimewa Nasi Ayam Bonda dan bukukan
di dalam premium ebook. Jika satu ebook beharga RM 20. 100 pelanggan anda sudah
mencecah RM 2000.

40) Kaunseling

Jika anda lihat berita-berita semasa ramai orang membuat keputusan yang gila seperti
membunuh diri apabila putus cinta, keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan
ataupun bercerai dengan pasangan. Ini berlaku kerana emosi tidak stabil dan tidak dapat
berfikir dengan baik dan berfikir segala - galanya telah berakhir. Jadi mereka memilih
jalan singkat untuk membunuh diri. Disini pentingnya peranan Kaunselor untuk
menasihati orang - orang yang bermasalah. Banyakkan masa anda bersama kaunselor
dan tidak mustahil suatu hari nanti anda jadi pakar dalam kaunseling.

41) Dobi

Ramai orang malas untuk basuh sendiri walaupun ada mesin basuh dirumah
terutamanya orang bujang. Saya suka melihat servis di sebuah apartment yang mana dia
menyediakan perkhidmatan penghantaran dobi. Market beliau hanya penduduk
apartment itu sahaja. Cas penghantaran hanyalah RM 1. Jika 100 orang sudah
mendapat RM 100. Tidak termasuk keuntungan dobi lagi. Ambil peluang ini. Jika anda
tidak mempunyai kedai dobi sekali pun anda jadi servis penghantaran sudah memadai.

14/34
42) Pengacara majlis

Di Malaysia banyak majlis dibuat antaranya majlis perkahwinan, majlis pertungan, majlis
maulidur rasul, majlis sambutan kemerdekaan dan banyak lagi. Majlis ini lagi berseri bila
ada nya pengacara majlis. Lebih - lebih lagi pengacara majlis yang dapat menambat hati
orang ramai. Jika tiada pengacara , sesuatu majlis akan kelihatan muram. Bakat ini boleh
diasuh, permintaan sangat tinggi semasa cuti sekolah kerana ramai yang membuat majlis
perkahwinan pada masa ini. Jika ada suka bercakap kenapa tidak jadikan ini sebagai
sumber pendapatan anda?

43) Mengedar risalah

Biasa tak jika kita pergi masjid ataupun pasaraya apabila kita kembali ke kereta ada
sahaja booklet atau risalah di wiper kereta. Biasanya syarikat - syarikat gergasi akan
mengupah orang untuk mengedarkan risalah ini. Ini untuk memberitahu orang ramai
tentang promosi yang diadakan di syarikat tersebut. Ada juga yang meletakkan di postbox
setiap rumah. Luangkan masa terluang anda untuk mengedar risalah ini. Jumpa orang -
orang bisnes dan offer servis yang anda buat. Fokuskan dulu dikawasan rumah anda.
Buat juga servis untuk menggantung bunting atau banner.

44) Freelance Akauntan

Tidak dinafikan sesebuah syarikat akan lingkup jika kewangan tidak diuruskan dengan
betul. Jualan telah banyak tetapi tidak tahu kemana duit hilang. Ramai kesilapan orang
berniaga ialah mencampurkan duit peribadi dan juga duit syarikat. Ini menyebabkan
tidak tahu secara tepat duit keluar masuk. Jika anda dalam bidang akaun, gunakan skill
anda untuk menguruskan akaun syarikat. Syarikat yang ingin pergi jaun akan
mementingkan kewangan syarikat. Alang - alang anda sudah belajar selama 4-5 tahun
dalam bidang akaun kenapa tidak jadikan sebagai pendapatan ke dua anda?

15/34
45) Membuat thesis

Untuk orang yang mengambil master & PHD thesis memainkan peranan penting untuk
menentukan kejayaan mereka. Ada juga yang mengambil master sambil bekerja
menyebabkan masa mereka sangat terhad. Anda boleh offer servis anda untuk
membantu mereka. Membuat thesis memerlukan research yang banyak. Pelbagai buku,
dan maklumat di internet anda perlu baca. Jika servis anda bagus pasti mereka akan
recommend anda kepada rakan dan saudara saudara mereka.

46) Servis mengecat bangunan

Apabila bangunan sudah lebih 10 tahun tidak cat, bangunan tersebut akan kelihatan
usang. Apa tidaknya 10 tahun hujan panas, kadang -kadang ada yang terkena banjir.
Sesebuah syarikat atau kedai sudah tentu pentingkan kedai mereka kelihatan gah dan
tidak usang. Ambil peluang ini untuk membantu para usahawan mengecat
bangunan/kedai mereka. Anda juga boleh upah pekerja - pekerja lain untuk membantu
anda. Offer juga untuk mengecat rumah sekolah dan lain - lain. Bermula dulu kecil - kecil
lama lama akan menjadi besar.

47) Interior Designer

Rumah yang besar akan kelihatan kecil jika anda tidak tahu cara sususan perabot yang
betul. Warna di ruang tamu juga memainkan peranan penting. Jika anda ada minat dan
pengetahuan tentang interior designer, offer servis ini kepada kawasan - kawasan
perumahan rumah anda. Setiap kali selesai menyusun atur sesebuah rumah. Ambil
gambar dan kumpulkan portfolio. Semakin kukuh portfolio anda semakin tinggi
kepercayaan orang terhadap anda.

16/34
48) Mengajar penggunaan first aid kit

Kemalangan kebakaran dan lain - lain bencana datang tidak diundang. Bila berlaku
sesuatu kecemasan pasti akan dihantar ke hospital tetapi ia mengambil masa. Sebelum
ambulans datang seseorang mestilah membantu mangsa sementara menunggu
ambulans sampai. Sebagai contoh, kemalangan di tempat kerja terkena air panas
hingga menyebabkan satu badan melecur. Jika tidak dirawat secepat mungkin sesuatu
yang parah boleh berlaku. Jika anda ilmu pengurusan first aid , anda boleh membantu
pesakit tersebut. Ilmu ini sepatutnya disebarkan kepada semua orang. Sebab itulah di
syarikat gergasi mengadakan kursus khas untuk penggunaan first aid kit. Jika anda
berpengalaman anda boleh offer kepada syarikat tentang perkhidmatan pengurusan first
aid kit ini. Ia akan membantu orang ramai dikala kecemasan.

49) Pusat pengiklanan

Bagi orang bisnes pengiklanan dan marketing sangat penting. Banyak individu yang
perniagaannya bungkus apabila pengiklanannya tidak effektif. Pengiklanan ada pelbagai
cara online dan offline. Sejak lahirnya facebook lebih mudah untuk membuat
pengiklanan. Sesuatu cerita mudah disebarkan dan diviralkan. Sebagai contoh ada di
tubuhkan satu page di facebook , fokuskan dulu pada hiburan. Rakyat malaysia sukakan
hiburan berbanding dengan fakta. Apabila follower anda bertambah dan orang selalu ke
page anda lebih senang anda untuk mengiklankan produk orang lain.

50) Perkhidmatan Pembersihan Premis

Bagi orang berniaga kebersihan merupakan perkara yang utama. Sekali sahaja diperiksa
oleh pihak berkuasa dan didapati tidak bersih nama sesebuah premis itu akan tercemar
dan akan menjejaskan keuntungan. Jika kita singgah di R&R anda akan melihat setiap
kedai akan di tulis tahab kebersihan A , B atau C. Sudah tentunya anda akan memilih
yang paling bersih bukan? Jadi perkhidmatan ini sangat diperlukan untuk para peniaga.
Ambil peluang ini untuk anda menjana pendapatan.

17/34
51) Bisnes kad

Bisnes kad antara bisnes yang sangat popular. Majoriti bisnesman dan juga penjawat
awam memiliki bisnes kad untuk diberikan kepada orang lain. Bisnes kad ini diibaratkan
seperti pengenalan diri anda. Pelbagai jenis bisnes kad ada. Untuk lebih jimat anda boleh
membuatnya sendiri tidak perlu tempah di kedai. Beli alat untuk membuat bisnes kad,
dan mulakan perniagaan anda ini dari rumah. Antara tempat yang biasa orang cari
adalah di Facebook dan juga Instagram. Sediakan juga beberapa template untuk client
pilih. Sediakan juga servis design untuk client yang mahu custom.

52) Soft ice cream

Musim panas yang melanda Malaysia menyebabkan ramai orang mencari sesuatu yang
sejuk. Bayangkan semasa panas terik , di tepi jalan ada orang menjual aiskrim yang sejuk,
pasti anda akan menelan air liur mahukan aiskrim tersebut. Lagi - lagi jika aiskrim ini
beharga RM1, sekejap sahaja jualan akan habis. Jadikan ini sebagai sumber
pendapatan anda. Bermula dahulu pada setiap hujung minggu. Target lokasi adalah
dikawasan permainan yang ramai kanak - kanak dan ibu bapa. Mahu dapat RM 100
sehari memang boleh dapat.

53) Button Badge

Pelbagai jenis button badge kita boleh nampak dipasaran. Ada yang bulat kecil, ada
yang bulat besar ada yang petak ada yang magnetik. Button badge mendapat
permintaan yang tinggi lebih lebih lagi jika ada sesuatu event dan juga majlis seperti
majlis perkahwinan, seminar bisnes. Button badge juga digunakan oleh orang bisnes
untuk menaikan brand mereka. Jika di instagram anda boleh melihat ramai yang menjual.
Ini bermakna ia mendapat permintaan yang sangat tinggi.

18/34
54) Cenderahati

Kedai cenderahati antara kedai yang mendapat sambutan hangat. Ada yang mahal ada
yang murah. Rakyat malaysia sebenarnya suka memberi lebih - lebih lagi kepada orang
tersayang. Apabila anda pergi sesesuatu tempat contohnya Sunway Lagoon, Pulau
Perhentian, Pantai di Sabah tentunya anda inginkan membeli sesuatu sebagai kenang
kenangan. Begitu juga dengan orang lain. Jika anda di kawasan pelancongan saya
suggestkan anda untuk memulakan perniagaan ini. Lebih mendapat sambutan hangat
apabila nama pembeli boleh ditulis di cenderahati tersebut.

55) Kraftangan

Kraftangan merupakan sesuatu yang sangat unik. Ada yang menggunakan bahan
terpakai untuk membuatnya. Sebagai contohnya sebelum ini saya pernah bercuti di Krabi
Island. Banyak kraftangan yang ada seperti bakul yang diperbuat dari surat khabar
terpakai. Ada juga dikawasan pantai penduduk membuat handbag menggunakan rotan.
Rakyat malaysia sukakan kraftangan. Ambil peluang ini untuk anda membeli secara
banyak dan menjualkannya di kawasan - kawasan yang susah untuk ada kraftangan.
Belum cuba belum tahu. Sekali anda cuba pasti ramai pembeli.

56) Mug Custom Design

Antara barangan yang hot pada zaman sekarang adalah Mug custom design. Apa yang
seronoknya pelanggan boleh meletakkan pelbagai gambar di mug tersebut. Ada yang
letak gambar sendiri dan keluarga. Ada yang letak kata-kata hikmah dan bermacam
macam lagi. Ada juga keluar gambar apabila air panas dituang ke dalam mug tersebut.
Anda boleh membuatnya sendiri dirumah. Hanya mebeli alat untuk melekatkan gambar di
mug. Promosi kan juga di online. Targetkan juga kepada syarikat - syarikat gergasi.

19/34
57) Kad Kahwin

Perkara yang boleh dikatakan wajib dalam perkahwinan adalah kad kahwin. Tidak kira
murah ataupun mahal. Setiap pasangan mesti ada kad kahwin. Saya suggestkan anda
untuk membuat kad perkahwinan yang mampu milik. Disebabkan kekangan ekonomi
sekarang ramai yang memilih untuk memilih kad kahwin yang bajet. Buatkan kad kahwin
nampak grand walaupun murah. Pastinya ramai bakal pengantin akan mencari anda.
Sediakan juga hadiah hadiah percuma kepada pelanggan anda jika mereka membeli
secara banyak.

58) Doorgift

Perkahwinan merupakan satu cabang yang boleh buat duit besar. Jika servis anda bagus
mereka akan suggestkan kepada kawan - kawan mereka juga. Salah satunya adalah
doorgift perkahwinan. Berapakah jemputan kebiasaan pengantin? Kebiasaan nya 500
orang. Sudah tentunya mereka akan mencari doorgift yang istimewa untuk jemputan-
jemputan mereka. Ambil peluang ini untuk anda membantu para pengantin sambil buat
duit besar. Perkahwinan sekali seumur hidup sudah pasti mereka mahukan yang terbaik.

59) Pelebat rambut

Kepala botak, rambut jarang , rambut gugur antara masalah yang dihadapi ramai orang.
Ini berlaku kerana keturunan , pemakanan dan penggunaan minyak rambut yang tidak
sesuai. Sudah tentu seseorang yang menghadapi masalah ini mahu selesaikan segera.
Banyak produk yang dapat membantu masalah ini. Anda boleh bermula dahulu dengan
dropship. Selepas jualan anda meningkat upgrade kepada agen. Jika anda ada modal
sendiri lagi banyak keuntungan anda.

60) Pemutih muka

"Qu putih Qu putih baru lah putih" ini tagline Dato Vida yang menjadi viral satu
Malaysia. Malah kanak-kanak pun tahu tagline nya! Hebat marketingnya. Jika anda tanya
kawan - kawan anda terutamanya perempuan sudah semestinya mereka mahu kelihatan
putih. Produk pemutih muka sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Lebih - lebih lagi
jika sudah banyak testimoni yang menggunakan produk anda sudah putih. Masalah
orang lain adalah peluang yang besar untuk anda buat duit.

20/34
61) Pemutih gigi

Muka dah putih gigi kuning. Malu malu. Nak sengih nampak gigi pun malu. Anda rasa
berapa ramai yang memerlukan produk pemutih gigi? Katakan lah rakyat malaysia
mencecah 24 juta. Hanya 1% sahaja yang menggunakan produk anda dan anda
mengambil keuntungan RM 30 setiap satu. 240000 x RM 30 = 7.2 juta!!! Jika ambil 10%
daripada 7.2 juta anda sudah dapat RM 720000. Yang penting anda mempunyai usaha
yang padu. Masalah gigi kuning ini menjadi masalah kepada ramai orang.

62) Suppliment kurus

Bila timbang berat hampir mencecah 100 kg. Siapa tak takut kan. Cara pemakanan yang
tidak betul dan juga makan makanan segera menyebakan berat naik mendadak. Berat
badan yang berlebihan menyebab kan seseorang itu nampak tidak hensem atau tidak
cantik. Selain itu akan menyebabkan pelbagai penyakit datang seperti obesiti. Ramai
yang mencari cari formula untuk kurus dengan segera. Anda cari produk kurus yang ada
dan jual kepada orang yang mempunyai masalah ini. Pastikan produk tersebut sudah
mendapat kelulusan KKM & sudah terbukti keberkesanannya.

63) Buku fizikal

Ilmu itu cahaya. Ramai yang mempunyai perpustakaan mini dirumah. Anda boleh mula
menjual buku fizikal kepada yang minat membaca. Anda boleh membuat promosi di
online dan juga offline. Tips untuk jualan anda meningkat adalah anda menguasai
sesesuatu bidang dan anda menjual buku fizikal berkaitan dengan bidang yang anda
kuasai. Sebagai contohnya anda meminati bidang masakan, anda kumpulkan semua
resepi yang anda buat dan bukukan. Sudah tentu orang yang selalu mengikuti
perkembangan anda akan mudah untuk membeli dengan anda.

21/34
64) Aksesori telekomunikasi

Zaman sekarang telefon tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pelbagai jenis telefon
keluar dan syarikat pembuat telefon berlumba - lumba untuk memenuhi keperluan
pelanggan. Bila ada telefon sudah tentu ada aksesorinya seperti Cover, screen protector,
casing dan sebagainya. Seseorang itu boleh buat duit besar apabila ramai orang
menggunakan smart phone. Ada kenalan saya membuat casing custom. Yang mana
seseorang itu boleh request untuk meletakkan gambar di casing tersebut. Menarik bukan
jika ada gambar anda di casing telefon. Kenapa tidak jadikan ini sebagai sumber
pendapatan anda?

65) Kiosk makanan frozen

Jika dulu kita mahu makanan seperti karipap, roti canai dan sebagai nya kita terpaksa
menunggu masa yang lama sebab kena beli tepung, uli tepung dan kadang kadang
mengambil masa sehingga 2 jam. Sekarang sudah tersedia makanan makanan frozen.
Yang mana ada boleh lihat dipasaraya seperti karipap frozen, roti canai frozen dan
bermacam macam lagi. Anda hanya perlu simpan dalam peti. Jika mahu makan hanya
ambil dan goreng sahaja. Jika anda membuka kiosk makanan frozen ini di pasaraya
sudah tentu ramai yang akan membeli.

66) Ice blended

Musim panas yang melanda malaysia menyebabkan perniagaan ini mudah maju.
Brandingkan ice blended ini supaya nampak premium. Warwarkannya di media sosial,
cuaca panas minum ice blended sedap juga kan. Ice blended tidak memerlukan kos yang
banyak. Buka saja petang - petang di kawasan perumahan rumah anda. Apabila sudah
mendapat permintaan yang tinggi upgradekan gerai anda. Buat sesuatu yang unik
supaya anda berbeza dengan orang lain. Seperti "Ice Blended Doraemon" yang mana
anda sediakan ruangan bergambar dengan patung doraemon. Idea-idea yang unik ini
akan membantu perniagaan anda menjadi viral.

22/34
67) Cup cake

Cup cake antara perniagaan yang sangat berpotensi. Lebih - lebih lagi jika melibatkan
event seperti seminar dan juga majlis perkahwinan. Cupa cake yang comel dan murah
akan menambat hati pelanggan. Banyakkan juga bernetworking dengan orang - orang
bisnes. Apabila mereka membuka booth anda boleh tumpang sekali meletakkan cupcake
anda. Jika mereka membuat seminar anda boleh promosikan kepada peserta
pesertanya. Kerapkan juga untuk membuat sponsorship , ini untuk membrandingkan
produk anda

68) Minyak wangi

Minyak wangi juga merupakan perniagaan yang meningkat naik. Ramai yang melakukan
perniagaan ini sehingga bergelar jutawan. Ini memberikan signal kepada anda bahawa
perniagaan ini mempunyai potensi yang besar. Minyak wangi dalam bekas yang kecil
akan membuatkan orang akan cepat repeat order sebab cepat habis. Pastikan minyak
wangi anda betul - betul wangi dan tahan lama. Bila pelanggan puas hati mereka akan
repeat order dan memberikan testimoni yang positif sekaligus akan meningkatkan
keuntungan perniagaan anda. Cari supplier minyak wangi dan packagingkannya kedalam
botol yang kecil.

69) Barang permainan kanak – kanak

Ibu bapa semestinya mahu yang terbaik untuk anak - anak mereka. Banyak barang
permainan terjual kerana keunikannya. Saya cadangkan anda untuk menjual barang
permainan pakej dengan pembelajaran. Antara alat permainan kanak - kanak yang
menjadi viral di facebook yang dikongsikan oleh ribuan orang adalah kad 3D. Yang mana
jika di scan di smartphone objek di kad tersebut akan keluar. Ini adalah salah satunya
yang akan menarik minat kanak kanak untuk mengenal objek.

23/34
70) Kuih muih

Setiap pagi kuih muih menjadi kegemaran ramai orang yang ingin memulakan kerja.
Breakfast dengan kuih muih sudah mencukupi sementara menunggu waktu tengah hari.
Jika waktu pagi anda boleh buat gerai di tepi jalan di taman anda dan lakukan ala - ala
drive thru. Ini memudahkan pelanggan untuk membeli. Sebagai contohnya kuih muih
anda 4 biji RM 2. Masukkan terus ke polystren lutsinar dan bagi kepada pelanggan
melalui tingkap. Pelanggan tidak perlu keluar dari kereta untuk membeli. Bila anda
memudahkan pelanggan, keuntungan anda akan meningkat.

71) Roti canai

Roti canai merupakan makanan yang boleh dikatakan wajib di setiap kedai. Bermacam
macam roti canai yang wujud seperti Roti canai pisang, roti canai Milo & bermacam -
macam lagi. Makanan ini sudah menjadi kebiasaan rakyat malaysia. Apabila roti canai
anda lembut dan sedap ia akan menarik ramai pelanggan anda kekedai anda. Anda
tidak perlu membuka satu kedai untuk berniaga roti canai. Apa yang ada perlu buat
adalah sewa partion dengan kedai makan. Jika anda tidak pandai tebar roti canai tidak
mengapa, cari orang & upah penabar roti canai. Bayangkan anda mempunyai 10
cawangan roti canai di bawah nama anda. Jika waktu bulan puasa buat pula murtabak,
kenalan saya berjaya mengumpul keuntungan puluhan ribu ringgit di bulan puasa hanya
dengan menjual murtabak.

72) Waffle

Biasanya di R&R anda akan lihat perniagaan waffle, pelbagai jenis waffle di jual. Ini
perniagaan yang menguntungkan. Perniagaan ini juga boleh dibuat di kawasan
universiti, pasar malam dan pasar raya. Ruang niaga hanya perlu lebih kurang1.5 meter
x 1.5 meter sahaja. Tidak perlu untuk membuka kedai yang besar. Jika anda berminat
dalam perniagaan ini saya suggestkan anda untuk membuka website
www.usahawan.com . Disini anda boleh mendapat peralatan dengan harga yang
berpatutan. Platform sudah ada cuma perlu diusahakan saja.

24/34
73) Pokok hiasan

Pokok hiasan antara hiasan yang dapat mencantikkan laman dan rumah. Ramai yang
lebih suka meletakkan pokok hiasan berbanding dengan pokok hidup kerana pokok
hidup memerlukan masa untuk membersihkannya. Anda sebenarnya boleh buat duit
dengan pokok hiasan. Sebagai contohnya daun - daun plastik, pokok kaktus , bunga
palsu. Sentiasa update media sosial tentang kecantikan pokok hiasan ini. Tarik perhatian
bakal pelanggan anda dengan gambar - gambar yang memukau. Antara media sosial
yang boleh digunakan ialah Instagram dan juga Facebook.

74) Frame keluarga

Sesebuah rumah nampak kosong apabila tiada gambar - gambar keluarga di dinding
rumah. Lebih - lebih lagi gambar kahwin, gambar bergraduasi dan gambar percutian ke
luar negara. Saya cadangkan anda untuk membuat tawaran kepada keluarga untuk
gambar pakej di studio. Ramai yang mahu gambar bahagia mereka terpampang di
dinding. Buat secara premium dan pastikan pelanggan berpuas hati. Biarkan gambar tu
menjadi memori manis mereka. Apabila jiran - jiran dan saudara mereka nampak sudah
pasti mereka mahu juga dan mereka akan suggestkan anda untuk membuatnya.

75) Gambar - tempat pelancongan

Jika anda pernah pergi rombongan ke pulau - pulau terkenal anda boleh perhatikan
perniagaan ini kawasan tersebut. Antara perniagaan yang menarik adalah mengambil
gambar pelancong - pelancong di sana. Semasa saya bercuti di Krabi ada fotographer
bebas untuk mengambil gambar. Semasa saya mahu pulang ada dibuka di booth
gambar saya sudah siap di print di frame bertuliskan "Krabi" . Mereka menjualnya
kepada saya, 80% daripada pelacong membelinya. Jika di convert duit malysia sebanyak
RM10 satu gambar dengan frame. Bayangkan jika 100 orang? Anda juga boleh buat
bisnes ini.

25/34
76) Hamper hadiah

Setiap pertandingan semestinya ada pemenangnya. Kebiasaan di Malaysia pemenang


mendapat hamper yang mengandungi biskut - biskut beraneka dan juga air berkabonat.
Jika anda ada bakat untuk menghias hamper ini adalah peluang untuk anda buat duit.
Targetkan kepada sekolah dan juga syarikat - syarikat , komuniti komuniti di kawasan
perumahan ada. Jika anda lihat di pasaraya- pasaraya banyak hamper yang sudah
tersedia. Beli beberapa biskut dan juga air buatkan pakej yang dapat menarik untuk
orang membeli.

77) T-shirt

Perniagaan T-Shirt merupakan perniagaan yang boleh mendapatkan keuntungan yang


besar. Sama ada baju Tshirt, baju berkolar ataupun baju Korporat. Kenalan saya
membuat baju yang hanya fokus kepada pelajar universiti berjaya mengaut keuntungan
5 angka sebulan. Jika anda peniaga Tshirt anda wajib belajar tentang jenis - jenis kain
dan juga jenis printing. Ini akan memudahkan anda untuk meyakinkan pelanggan anda.
Cadangkan juga kepada bakal pelanggan pakaian yang terbaik. Terangkan secara
terperinci jenis - jenis kain yang akan ditempah. Bayangkan juga jika anda mendapat
projek kerajaan yang bernilai ratusan ribu ringgit :D

78) Buku terpakai

Jika dirumah anda terdapat banyak buku terpakai seperti buku novel, buku rujukan dan
juga buku bisnes yang anda tidak gunakan kenapa tidak anda jual sahaja? Anda juga
boleh buat sewa buku. Saya melihat dipasaraya sudah membuat perniagaan seperti ini.
Ramai orang berpusu - pusu untuk menyewa. Ini kerana jika membeli harganya lebih
mahal. Sebgai contonya anda menyewa satu hari dengan kadar RM 4 satu buku. Sudah
tentu orang yang suka membaca tidak akan membaca satu sahaja buku. Maka banyak
lagi yang mereka akan sewa.

26/34
79) Barangan terpakai - mudah.my

Mudah.my antara platform pengiklanan terbesar di malaysia. Ramai yang ada barang
terpakai dirumah tetapi tidak menggunakan platform ini untuk menjual. Sebagai
contohnya anda membeli sofa atau beli tv baru. Adakah yang lama anda simpan atau
bagi kepada orang lain sahaja? Kenapa anda tidak menjualnya ke Mudah.my? Ramai
yang mencari barang - barang secondhand terutamanya pasangan yang baru sahaja
memulakan perkahwinan. Jika banyak barang lama yang disimpan dirumah anda
menyebabkan ruangan menjadi sempit. Anda juga boleh membuat perniagaan sebagai
contohnya anda membeli barang orang lain dengan harga yang murah dan semasa
menjualnya anda markup harga. Jika satu barang anda untung RM 30. 10 barang sudah
RM 300.

80) Jual Burger

Antara makanan kegemaran rakyat malaysia pada waktu malam adalah burger.
Perniagaan burger mempunyai potensi yang sangat besar dan anda tidak memerlukan kos
yang sangat besar. Apa yang perlu ada stall burger dan juga boleh dibuat di waktu malam
selepas balik dari bekerja. Ciptakan stall anda unik dan lain dari yang lain. Saya tertarik
di stall burger di bandar baru bangi yang mempunyai banyak menu seperti daging arnab,
daging rusa, burger roti besar. Ini menyebabkan orang tertarik ke kedai tersebut. Selain
itu ada lampu yang menyinar dan muzik yang mengasyikkan. Sementara menunggu
pelanggan tidak bosan. Ada juga yang menyediakan air percuma. Bila air percuma mesti
ramai yang suka terutamanya student :)

81) Air buah – buahan

Apabila bulan ramadhan tiba, jualan air buah buahan sangat mendapat permintaan yang
tinggi. Apa tak nya seharian dahaga berpuasa melihat air buah yang sedap semestinya
orang lebih mudah untuk membeli. Pelbagai kan air buah yang anda jual untuk menarik
perhatian ramai. Pastikan juga air buah yang anda jual betul - betul kaw. Apabila sedap
dan pelanggan berpuas hati pada hari keesokan dan seterusnya pelanggan akan
sentiasa membeli dengan anda. Disini anda sudah mendapat pelanggan setia. Ada yang
berjaya mencecah keuntungan bulanan sehingga puluhan ribu pada bulan puasa sahaja.

27/34
82) Pisang goreng

Waktu petang merupakan waktu terbaik untuk menjual pisang goreng. Saya suka
melihat pasangan di kawasan perumahan saya bermula dengan menjual pisang goreng &
juga keropok lekor. Pada peringkat permulaan tidak ramai yang membeli, apabila mereka
konsisten semakin ramai repeat customer datang. Kini mereka bukan sahaja menjual
pisang goreng dan juga keropok lekor malah juga menjual menu-menu lain seperti bubur,
ubi tumbuk, air dan bermacam lagi. Setiap petang pasti ramai yang akan singgah untuk
membeli. Dan saya melihat sudah ada 2 orang pembantu kerana terlalu ramai yang
membeli. Kenapa tidak anda mulakan perniagaan ini juga?

83) Baju besar,kecil

Pelbagai koleksi baju yang terjual di pasaraya. Untuk mereka yang saiz badan biasa
banyak pilihan di pasaraya tetapi kepada yang mempunyai badan yang terlampau besar
dan juga terlampau kecik pilihan nya sangat sedikit. Ini menjadi masalah kepada
mereka. Saya cadangkan anda untuk membuka website atau facebook page khas untuk
koleksi baju besar dan juga baju kecil. Orang - orang yang berbadan besar dan juga
orang yang berbadan kecil pasti akan menjadi pembeli setia anda. Berganding bahu juga
tukang jahit supaya pelanggan dapat request untuk baju custom.

84) Coklat

Perniagaan coklat merupakan antara perniagaan yang terkenal di Malaysia. Pelbagai


jenis coklat terjual terutamanya jika anda pergi ke langkawi. Coklat merupakan makanan
yang boleh menghilangkan stress. Pembuat kek juga menggunakan coklat untuk
menaikkan seri kek mereka. Jika anda di musim perayaan anda pasti melihat biskut
almond london yang berasaskan coklat mendapat jualan yang tinggi. Jadi coklat ini
sangat sangat diperlukan oleh para usahawan kek dan biskut. Saya cadangkan anda
untuk menjadi pembekal coklat lepada mereka.

28/34
85) Packaging air

Air juga merupakan perniagaan yang kos rendah dan keuntungan tinggi. Cuba anda kira
kos untuk untuk membuat kos air teh o. Hanya sedikit serbuk teh dan juga gula, kemudian
letakkan air panas. Harga dijual ada yang mencecah RM 1.50 sedangkan kos satu gelas
tidak sampai pun 50sen. Jika di pasaraya anda boleh lihat syarikat syarikat gergasi
menjadikan packaging air sebagai bisnes utama sebagai contohnya pepsi dan juga coca
cola. Jika mereka dapat menembusi pasaran dunia tidak mustahil anda juga boleh
bermula dahulu dikedai - kedai runcit.

86) Kedai alat tulis dan fotostat

Perniagaan ini mendapat sambutan yang tinggi di kawasan-kawasan universiti. Cuba


lihat di kawasan universiti seperti UPM , UITM Banyak kedai - kedai potostat ada. Ini
kerana setiap pelajar wajib menghantar assignment dan tidak semua mempunyai printer
di rumah. Bayangkan jika di satu universiti ada 5000 pelajar. Semua ini adalah market
anda. Tidak campur lagi bisnes hard cover yang diwajibkan untuk setiap pelajar tahun
akhir untuk meghantar Final year project. Apabila anda dapat memberikan harga yang
murah, pelajar akan memberitahu juga rakan-rakan mereka. Sekaligus meningkatkan
pendapatan perniagaan anda.

87) Tudung

Wanita islam dan juga tudung tidak dapat dipisahkan. Beratus jenis tudung dijual
dipasaran. Bermula dari RM 10 sehingga beratus ringgit setiap satu. Jika anda melihat
tudung jenama Fareeda orang sanggup beratur sepanjang malam untuk mendapat
koleksi tudung yang ekslusif. Anda boleh fokuskan kepada tudung instant yang tidak
memerlukan masa yang lama untuk memakainya. Sudah banyak ada dipasaran
membuktikan pasarannya sangat luas. Jika anda tidak mampu untuk keluarkan produk
sendiri anda boleh bermula dulu dengan dropship. Jika tudung orang lain dahulu. Apabila
cukup duit anda boleh bermula denga tudung design sendiri.

29/34
88) Barangan kosmetik

Ramai jutawan lahir dari bidang kosmetik. Bidang ini merupa kan bidang yang tidak akan
surut. Yang penting anda mengetahui teknik marketing yang betul. Jangan menjadikan
persaingan sengit menyebabkan anda tidak mememulakan perniagaan di dalam bidang
ini. Kuasai dahulu satu niche sebagai contonya anda pakar untuk menjadikan
menjadikan muka seseorang yang kusam menjadi lembut dengan produk anda.
Banyakkan testimoni dan aktif dalam bidang marketing. Buka juga untuk agen untuk
mempercepatkan proses branding produk anda.

89) Sabun hilang gatal

Gatal gatal di tempat - tempat tertentu boleh dihilangkan dengan penggunaan sabun
yang sesuai. Sebagai contohnya sabun limau purut dapat menghilangkan gatal tersebut.
Ramai yang tidak mengetahui khasiat limau purut. Di sini anda boleh membantu rakyat
malaysia untuk menghilangkan masalah ini di samping anda dapat menjana pendapatan
yang sangat tinggi. Pastikan bahan campuran yang anda gunakan tidak membahayakan
pelanggan anda. Anda boleh memilih untuk membuat dalam bentuk sabun buku ataupun
sabun cecair.

90) Produk digital, video

Produk digital dan video merupakan satu perniagaan yang buat sekali tapi untung berkali
kali. Anda pilih satu niche yang betul - betul orang perlukan. Sebagai contohnya anda
merupakan penasihat kesihatan. Anda mengajar tentang senaman yang boleh buat
dirumah. Buat video yang menunjukkan orang tidak perlu bersusah - susah ke gym untuk
work out,di rumah juga boleh buat work out. Promosi awareness tentang kepentingan
senaman dan anda jual pakej video itu di internet. Banyak lagi sebenarnya niche yang
orang perlukan. Contohnya tutorial design menggunakan photoshop, tutorial memakai
tudung, tutorial memasak, tutorial setting facebook ads, tutorial pemasaran di instagram.

30/34
91) Power bank

Setiap penggunaan smartphone pasti menghadapi masalah bateri cepat habis. Jika data
on setiap masa waktu tengah hari sudah habis. Ini membuka peluang perniagaan
kepada usahawan power bank. Pelbagai jenis power bank terjual di malaysia seperti
Pineng Power Bank. Bermula dahulu menjual kepada rakan - rakan sekerja, apabila
mendapat demand yang tinggi beli power bank secara pukal dan mulakan menjual di
internet yang mana pasarannya lebih tinggi. Pastikan anda menjual yang original dan
tahan lama. Jika anda menjual power bank yang fake. Anda akan menghadapi masalah
di kemudian hari.

92) Aksesori kereta

Kereta pada zaman sudah menjadi keperluan. Pelbagai kereta ada samaada keluaran
malaysia ataupun luar negara. Bila ada kereta semestinya seseorang mahu kereta
mereka dipenuhi dengan aksesori seperti Sport Rim, bagi seorang lelaki kereta
diibaratkan seperti 'isteri kedua '. Sudah pasti akan memberikan yang terbaik untuk
kereta mereka. Ini membuka peluang kepada anda untuk membuka kedai aksesori
kereta. Selain itu masukkan sekali produk seperti smart tag, GPS , tinted dan
sebagainya untuk perniagaan tinted banyak yang memberikan voucher kepada
seseorang yang baru memiliki kereta. Sudah tentu orang yang baru memiliki kerta mahu
cermin mereka dipasang dengan tinted.

93) Bisnes jeruk

Jeruk merupakan makanan yang disukai rakyat malaysia sejak zaman dahulu lagi. Jika
anda pergi ke pasaraya - pasaraya anda pasti melihat antara yang terjual adalah jeruk
buah - buahan. Antara jeruk yang dikenal ramai ialah Jeruk Pak Ali yang berjaya
menembusi pasaran di dalam malaysia. Ada juga usahawan mengambil peluang
membuka booth berukuran 1.5 meter x 1.5 meter untuk menjual jeruk sahaja. Potensinya
untuk habis sangat tinggi dengan modal yang rendah.

31/34
94) Perabot rumah

Rumah akan kelihatan kosong apabila ruangan terbiar tanpa di isi dengan perabot. Antara
perabot yang wajib ada sepertil katil, almari baju, almari solek , meja makan. Pelanggan
akan membeli di tempat yang sama jika membeli secara pakej lebih murah berbanding
membeli satu persatu. Jika anda lihat di kawasan anda adakah ramai yang membuat
promosi tentang perabot rumah? Jika belum ini adalah peluang anda untuk menguasai
pasaran kawasan anda. Perbanyakkan aktiviti marketing seperti meletakkan banner di
kawasan - kawasan perumahan. Sediakan juga servis penghantaran untuk
memudahkan urusan pengangkutan.

95) Salun rambut

Salun rambut antara perniagaan yang menguntungkan. Ramai yang ingin nampak
bergaya dengan anugerah yang tidak ternilai ini. Lelaki mahupun wanita pasti mahu yang
terbaik untuk rambut mereka. Zaman sekarang pelbagai style rambut yang ada. Jadikan
anda pakar dalam bidang rambut pasti ramai yang berpusu pusu datang ke tempat anda.
Salah satu yang dapat menarik adalah strategi menarik pelanggan yang unik. Sediakan
kad kupon yang mana pelanggan akan dapat harga promosi bila datang kali kedua.
Apabila pelanggan datang berkali - kali mereka akan menjadi pelanggan setia anda.

96) Cermin mata

Pelbagai jenis cermin mata kini dijual. Jualan yang begitu laris di internet membuka mata
ramai orang tentang potensi perniagaan ini. Antara cermin mata yang mendapat
sambutan hangat ialah cermin mata hilang silau semasa memandu. Ramai yang
mempunyai masalah ini semasa memandu, ini membuka peluang kepada usahawan
untuk menjana pendapatan. Apa yang lagi menarik design cermin mata itu sangat
berstyle. Ini membantu anda untuk melariskan lagi jualan.

32/34
97) Bantal kekabu

Hari yang produktif apabila anda mendapat tidur yang betul - betul berkualiti. Salah satu
cara mendapat tidur yang berkualiti adalah mempunyai bantal yang empuk. Ramai yang
bangun pagi leher sudah sakit kerana bantalnya keras. Antara bantal kegemaran orang
ramai adalah bantal kekabu. Tidak hairanlah ada yang berniaga ditepi jalan semata -
mata untuk menjual kekabu. Potensi keuntungan perniagaan ini sangat tinggi, buat
bantal yang berlainan daripada orang lain sebagai contohnya pelanggan boleh request
untuk meletakkan gambar sendiri di bantal tersebut. Sudah tentu pelanggan lebih gembira
apabila mempunyai bantal yang custom.

98) Peralatan haji

Setiap tahun ramai yang menunaikan rukun islam yang ke lima iaitu menunaikan haji.
Peralatan haji seperti pakaian ihram, jubah , kopiah , tasbih dan sebagainya sangat
diperlukan oleh seseorang yang mahu menunaikan umrah mahupun haji. Peralatan haji
sangat jarang dijual di pasaraya raya, jadi ini merupakan signal yang bagus kerana
kurangnya persaingan. Apabila anda menjadi tempat menjual peralatan haji sudah tentu
agen - agen yang membawa romnongan umrah akan cadangkan tempat anda.
Perniagaan ini sangat digalakkan kerana anda membantu seseorang untuk ke tempat
suci. Semoga usaha anda diberkatiNYA.

99) Karpet

Jika di Malaysia anda boleh nampak warga Pakistan mendominasi pernigaan ini.
Kadang terfikir macam mana mereka boleh membuka satu lot kedai yang hanya menjual
karpet sahaja. Ada juga yang datang rumah ke rumah untuk mempromosikan. Ramai
yang ingin membeli karpet tetapi tidak tahu di mana tempat yang karpet cantik dan juga.
Para isteri merupakan antara yang berminat untuk membeli karpet untuk pastikan rumah
keluarga mereka dalam keadaan yang ceria. Jika anda terlibat dalam perniagaan ini
banyakkan perkongsian karpet anda di media sosial terutamanya instagram. Tunjukkan
koleksi - koleksi karpet anda yang dapat mengabur mata para wanita.

33/34
100) Kurma

“Keenakan buah kurma dari timur tengah..Yusuf Taiyoob..Kelazatan buah kurma yang
tiada bandingannya..Yusuf Taiyoob..Buah kurma Safia,Wasem, Safina dan banyak
lagi..Pastinya menjadi pilihan anda setiap masa..Pilihan eksklusif..Yusuf Taiyoob~~”

Saya sangat pasti anda sudah biasa dengan pengiklanan ini. Kedengaran suara wanita
berbisik Yusuf taiyoob~~ akan mengigatkan anda bulan puasa tidak lama lagi.
Keuntungan syarikat ini berlipat kali ganda apabila menjelang bulan ramadhan. Selain
daripada jenama ini banyak lagi jenama kurma yang lain dijual dipasaran. Saya
cadangkan anda untuk membeli kurma secara pukal kemudian brandingkan. Fokuskan
pada bulan puasa sudah mencukupi.

34/34

Anda mungkin juga menyukai