Anda di halaman 1dari 38

nur aliah mohd nor

Businesswoman
76,000 followers
F O RM ULA R A H SIA
PERSONAL BRANDING
&
penulisan viral
di

Hakcipta Terpelihara
Sebarang bahagian di dalam naskhah Formula Rahsia Personal
Branding & Penulisan Viral di Facebook ini dilindungi hakcipta dan
TIDAK DIBENARKAN untuk diterbitkan semula, disebarkan, dijual,
dikongsi atau diberikan kepada pihak lain kecuali mendapat
keizinan rasmi daripada pihak penerbit ProParenting Resources.

Barang dan produk yang berbentuk digital berbeza dengan barang


yang berbentuk fizikal kerana barang fizikal yang dikongsi oleh 2
orang, tetap dikira sebagai 1 unit tetapi barang digital akan dikira
sebagai 2 unit jika dikongsi oleh 2 orang.

Terima kasih kerana menjaga amanah dan hakcipta naskhah ini.


u lisla h d eng a n
Men erana
tenang kn adalah
a
ketenangseorang
tanda s itu
penuli
ya i
mempunawalan
&k
kredibilitidiri

Nur Aliah Mohd Nor


Businesswoman
Followed by

76,000
People on Facebook
Assalamulaikum dan salam sejahtera daripada saya,
Nur Aliah Mohd Nor. Ini nama penuh Lia, ini juga nama
yang tertera di facebook Lia. Bila Lia letak nama penuh, yang
melibatkan nama ayah Lia sekali, bermaksud Lia membawa 1
nama besar dalam dunia social media.

Sebab itu lah Lia sentiasa tulis yang baik-baik sahaja,

“InshaAllah kalau nama Lia baik,


nama ayah Lia sekali pon baik.
Dan sebaliknya juga.”
Sebelum Lia kongsikan tips untuk menjadi penulis yang hebat di
Facebook, Lia nak perkenalkan diri sikit. Mesti ramai yang tak
kenal Lia lagi kan.

Tahun ini Lia berumur 27 tahun. Belum berpunya lagi. Merupakan


anak bongsu dari 4 orang adik-beradik. Tinggal di Lembah
Keramat, Kuala Lumpur. Kalau tahu Zoo Negara, rumah Lia depan
Zoo Negara lah. Hehe.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 1 Businesswoman
Lia merupakan CEO untuk syarikat Chettaki Omey Sdn Bhd.
Mempunyai 8 orang staf. Sekarang ini menjalankan perniagaan
Dexandra Perfume dan memikul 1 tanggungjawab besar, iaitu
sebagai seorang stokis terbesar Dexandra dan no.1 di Malaysia!

Alhamdulillah, team Chettaki Omey sekarang ini ada lebih kurang


300 orang agen dan dropship. Lia juga ada 1 outlet Dexandra di
Wangsa Maju dan ada 10 kiosk Dexandra di bawah jagaan team
Lia.

Pada waktu eBook ini ditulis,

Followers di Facebook Subscriber di channel


Personal Lia Telegram Lia

75,426 followers
27,560 followers

Lia juga sama seperti anda semua, yang bermula dari zero (0). Lia
bukannya naik sebab artis, instafamous, founder atau sebagainya,
tetapi Lia naik sebab 1 je, iaitu penulisan Lia di facebook!

Penulisan kita boleh jadi sangat berpengaruh kalau kita tahu


rahsia menulisnya. Dan hanya dengan penulisan kita, orang akan
sanggup meletakkan kita sebagai role model mereka!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 2 Businesswoman
Walaupun kita ini bukan siapa-
siapa pon asalnya. Jom kita
tengok sejarah followers Lia di
19,297
followers
facebook.

Bermula tahun 2017, iaitu


1/9/17 followers Lia 7,654
orang sahaja. Kemudian
semuanya bermula apabila
facebook
ada seorang
influencer ini (mempunyai
100k followers) petik nama Lia
di facebook, terus followers 7,654
followers
Lia naik mendadak sehingga
mencapai 19,297 orang!

Dekat sini Lia nak bagitahu,


walaupun nama kita
pernah di petik dari
FB influencer, tetapi
kalau kita tidak
mencantikkan profile
kita, tidak menulis
dengan baik dan
tidak menunjukkan Ini lah orangnya, Khairul Ezuwan.
Pernah viralkan Lia pada 1/9/17
contoh yang bagus,
mungkin followers Lia
tidak akan sampai ke
tahap ini.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 3 Businesswoman
Point di sini adalah, ketika orang ramai mula follow Lia, stalk
facebook Lia, pada ketika itu lah Lia ambil kesempatan untuk
menulis perkara-perkara yang sangat bermanfaat.

Sebelum ini, mungkin tulis syok sendiri je, tetapi sekarang ini
setiap posting Lia mendapat ribuan likes dan shares di facebook!

Bukan itu sahaja, penulisan Lia banyak disiarkan oleh portal


media yang terkenal antaranya Mingguan
Wanita,
Siakap Keli, Oh Bulan, BeautifulNara dan banyak
lagi.

Bukan itu sahaja, Syukur Alhamdulillah setiap kali Lia buat iklan di
facebook atau telegram, 1 kali iklan boleh dapat 50 ke 100 nombor
baru masuk. Dan rekod paling tinggi Lia pernah jual adalah eBook
Mudahnya Kawal Emosi Ibu dan Anak, mencapai sales
RM10,000 dalam masa 1 minggu sahaja!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 4 Businesswoman
Kalau dalam Dexandra pula, Alhamdulillah Lia berjaya buat sales 6
angka setiap bulan. Pernah juga dalam masa 30 minit je
terjual 1000 produk Dexandra!

Dan dalam masa 1


bulan lebih berjaya rekrut 300
orang dropshipper di bawah team Chettaki Omey!
Dasyatkan?

Semua ini kerana penulisan kita yang sangat berpengaruh!

Sebenarnya, pada awalnya dulu semua penulisan Lia di facebook


di pantau oleh mentor viral Lia, iaitu Dr Taufiq Razif yang
mempunyai 224,000 followers di facebook!

Sebelum post artikel Lia di facebook, Lia akan minta dia baca dan
semak dahulu. Selepas buat semakan, baru Lia akan post di
facebook. Banyak yang beliau ajar pada Lia, dan semua itu Lia
akan bongkarkan pada anda semua di eBook ini. Jom!

Terima kasih
,
Dr.!
a,
-sam
Sama murid
an ak

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 5 Businesswoman
7 Menjadi
Langkah
Mudah

Penulis
Terhebat di

Ada 7 langkah mudah yang


anda boleh ikut untuk
menjadi penulis yang hebat
di facebook. Setiap kali kita
post, orang akan mudah
share posting kita. Malah
kita boleh buat sehingga
orang ternanti-nanti artikel
kita yang seterusnya.

Langkah 1
Buat penulisan yang pendek,
padat dan ringkas sahaja.

Ya, kita tak perlu pon nak tulis karangan yang panjang-panjang
atau meleret-leret kalau kita tahu macam mana nak buat
penulisan yang orang suka.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 6 Businesswoman
Sejujurnya, Lia sendiri tak ada masa sangat untuk baca posting
facebook yang jenis karangan. Jenis yang 1 perenggan ada 7-9
baris. Jadi apa yang Lia buat ini, mungkin 70% pengikut di
facebook Lia pon begitu juga.

Ini kerana Lia kenal SIAPA pembaca di facebook Lia. Pembaca di


facebook Lia :

+
Lelaki Bekerja di Tinggal di Sudah berkahwin
Berumur lingkungan pejabat Kuala Lumpur/ dan mempunyai
25-40 tahun Selangor 2-3 anak

Nampak, begitu jelasnya Lia kenal audience avatar Lia ini siapa,
kan. Sebab nanti lagi banyak idea kita nak tulis bila kita betul-
betul kenal siapa sebenarnya pembaca kita.

Jadi bila Lia kenal audience avatar Lia ini, Lia tahu mereka ini
berminda analitik.

Kami suka baca penulisan yang pendek,


padat, ringkas, tunjukkan solusi yang jelas,
ada angka dan kira-kira, tak suka meleret-
leret, dan suka straight to the point. Kami jenis
yang nak terus kepada solusi, dan tak ada
ayat bunga-bunga apatah lagi ayat emosi.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 7 Businesswoman
Sebenarnya, kalau kita dapat audience yang berminda analitik ini,
lebih mudah dan senang untuk kita menulis.

Cuba bayangkan, tulis pendek-pendek je, tetapi dapat banyak


shares. Dan ramai orang tekan butang follow di facebook kita.

Ini contohnya :

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 8 Businesswoman
Cuba teka, untuk posting ringkas dan padat ini dapat berapa
shares? Lihat gambar di bawah ini.

Alhamdulillah, tulisan ini mendapat lebih 6,000 shares! Nampak


tak, semakin spesifik dan ringkas kita selesaikan masalah
pembaca kita, semakin tak sabar pembaca kita nak jadi followers
dan pelanggan kita!

Makanya, anda pon boleh buat. Yang penting kita kena ingat,
apabila pembaca kita jenis analitik (banyak guna otak kiri), jadi
kita post yang ada banyak kira-kira, nombor, dan praktikal, di
mana mereka boleh belajar dan terus buat.

Langkah 2
Buat penulisan yang ada
tunjukkan cara-caranya

Setiap penulisan kita itu masukkan terus ‘cara-caranya’ atau


bagaimana kalau saya nak terus buat. Sebenarnya soalan ini lah
yang kita kena tanya bila nak menulis.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 9 Businesswoman
Adakah bila pembaca kita baca mereka boleh terus buat? Ini lah
yang dimaksudkan tulisan yang teknikal dan praktikal!

Pembaca kita tak nak ilmu surface sangat


sebab dah ramai orang pandai menulis ilmu
surface ini.

Contohnya 7 tips jadi usahawan yang berjaya atau 3 tips untuk


bina team yang hebat.

Sekarang ini, letakkan diri anda sebagai seorang pembaca, kalau


anda baca, adakah anda akan simpan tips tersebut? Atau sekadar
baca dan kemudian scroll baca penulisan dari orang lain pula.

Kita dah rugi dekat 1 pembaca tadi, lebih sedih lagi jejakkan
komen pon tidak! Kita tak nak dah jadi macam itu lagi. Apa yang
perlu kita perbaiki adalah kita
membuat posting yang
ada tunjukkan cara-cara untuk pembaca terus
buat (apply).

Apabila kita buat penulisan yang ada cara-cara atau langkah-


langkah seperti ini, kebanyakkannya pembaca akan rasa

Aku
. In i ya ng simp nak ken
Ya.. cari nak ban info a
a ku ini! keluaagi dekini
a m a bacarga akuat
sel nanti
.

Apabila kita dapat buat pembaca kita cakap macam ini, 90%
mereka akan share posting di facebook kita, dan kita dah berjaya
tangkap mereka masuk dalam kolam kita!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 10 Businesswoman
Contoh posting yang ada tunjukkan cara-cara ini ada banyak. Ini
antaranya :

Nampak tak, Lia cuma kongsikan je cara paling mudah untuk edit
gambar bergerak menggunakan apps Loopsie. Bila kita
berkongsi macam ini, siap dengan step by step, orang nak simpan
tak artikel ini?

Ya! Ramai orang nak simpan untuk rujukan mereka bila mereka
nak edit gambar dan upload ke instagram. Tak percaya? Tengok
berapa shares Lia dapat untuk penulisan yang ada tunjukkan
terus cara-caranya ini.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 11 Businesswoman
Artikel yang comel-comel ini pon boleh dapat lebih 900 shares.
Kenapa Lia bagi contoh ini sebab Lia nak bagi anda nampak tulis
pasal 1 apps pon boleh dapat banyak shares.

Jadi cuba anda cari apps apa yang orang tak pernah buat review
lagi, tapi apps itu bagus untuk orang guna, dan anda share di
facebook anda menggunakan tips yang Lia kongsikan di atas.

AlphaPost Buffer Buzzoole

Desygner Engage Followers Insight

Pixlr Postcron PowerDirector

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 12 Businesswoman
Ini salah 1 contoh juga, penulisan tentang cara nak simpan duit
raya anak ke dalam akaun Tabung Haji. Pastikan tulis dengan
ringkas dan padat, kemudian masukkan pula cara-caranya
bagaimana.

Macam mana kalau pembaca kita nak terus buat, jadi


kongsikannya dengan sangat spesifik dan mendalam. Sebab
status facebook yang boleh selesaikan masalah kepada pembaca
sebenarnya boleh membuatkan mereka mengidolakan anda!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 13 Businesswoman
Alhamdulillah, penulisan ini pasti sangat bermanfaat buat ramai
pembaca sehingga jumlah shares yang terkini mencecah lebih
4,400 share!

Langkah 3
Buka mata pembaca di
perenggan pertama dengan
menulis masalah

Untuk jadikan penulisan kita ini baik,


sebenarnya pada perenggan pertama kita
kena pastikan apabila pembaca sedang scroll
facebook sekali jarinya akan berhenti pada
penulisan kita!

Inilah yang di panggil sebagai attention grabbing headlines!


Headline ini memainkan peranan yang sangat penting dalam
penulisan kita, dan kita nak memastikan penulisan kita ini
berbeza dari penulisan orang lain.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 14 Businesswoman
Kita bukan tulis headline tajuk penulisan kita, tapi kita tulis
masalah yang mereka akan hadapi kalau mereka tak ikut cara
kita. Fuh! Bunyi nampak kejam je kan? Tetapi ini lah rahsia Lia
buat untuk buat orang berhenti baca posting kita dan terus tekan
butang shares!

Cara mudah untuk buat headline:


Buat headline yang sangat
menarik (bombastic)

Rumuskan penulisan kita dalam


1 ayat yang santai

Pastikan headline kita pendek


(1 baris sahaja)

Letak angka atau nombor

Masukkan keyword dalam


headline

Kena ada perkataan sentap


emosi

Contoh perkataan sentap emosi ini :

Dahsyat Sebak Misteri Rahsia

Menakjubkan Melampau

Cumanya kalau nak guna perkataan rahsia dalam headline, anda


kena pastikan penulisan anda itu betul-betul ada rahsia di
dalamnya.

Apabila pembaca baca, mereka memang nampak rahsia sebenar


itu. Bukan cuma acah-acah sahaja, baca sampai habis tak ada
rahsia apa pon.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 15 Businesswoman
Akibatnya anda akan nampak di penulisan anda yang seterusnya
jika anda guna lagi perkataan rahsia, orang dah tak ada rasa
‘excitement’ untuk baca, malah pembaca mungkin akan skip
penulisan mahal anda itu!

Apa-apa pon, ayat kena santai dan jangan kaku.


Bila orang baca jadi relaks sahaja.

Contoh headline kaku vs santai

Headline 1

Headline Sebagai Usahawan Hebat Kita Kena Tahu


Kaku
Rahsia Potensi Dalaman Diri Kita Ini.

Headline Semua Usahawan Wajib Kenal Potensi Diri


Santai
Yang Ada Pada Diri Korang!

Headline 2

Headline Tak Tahu Cara Nak Setting Auto Transfer


Kaku
Duit Di Maybank2u? Ini Caranya.

Rupanya Mudah Je Nak Tolak Duit Setiap


Headline
Santai
Bulan Untuk Mak Ayah Di Kampung Guna
Maybank2u Ni

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 16 Businesswoman
Untuk dapatkan headline santai ini, anda kena baca berulang kali.
Sambil baca sambil bercakap, bayangkan
macam kita sebut di mulut. Adakah kita rasa headline
itu kena? Atau bila kita baca dan cakap pon jadi susah sampai
lidah terbelit-belit? Haa!

Nak tengok contoh lain lagi Lia post di facebook personal Lia?
Anggukkan kepala dulu baru Lia share, hehe. Muka jangan stress
sangat tu, tenang-tenang sahaja ya.

Nampak tak di setiap headline Lia ada masukkan kesemua cara


mudah untuk buat headline? Kalau tak boleh masukkan semua,
sekurang-kurangnya ada masukkan 2 – 3 tips di atas.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 17 Businesswoman
Langkah 4
Masukkan unsur-unsur viral
dalam penulisan

Orang kita suka benda rahsia atau baca


benda baru yang orang tak pernah dengar.
Sebenarnya nanti penulisan kita pasti akan jadi lebih menarik.

Contoh 5 unsur-unsur viral dalam penulisan :

Penulisan yang ada plot twist, di


1 pengakhiran cerita itu tidak sama dengan
apa yang pembaca bayangkan

Ilmu yang sangat baru dan pembaca tak


2 pernah baca pun tentang kisah yang nak di
sampaikan itu di tempat lain

Penulisan yang membuat pembaca rasa


3 takut kalau benda itu terjadi kepada diri dia
atau keluarga dia

Benda tragis, iaitu bila baca orang akan


4 rasa sayu dan sebak

Benda ajaib atau ada keajaiban yang


5 berlaku. Contoh selepas sedekah tiba-tiba
agen restock 1,000 botol dengan kita.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 18 Businesswoman
Tetapi, kena
hati-hati juga jika anda nak
gunakan unsur viral dalam penulisan ini. Bukan
apa, takut apa yang anda cerita tidak sama
dengan cerita yang sebenarnya, sehinggakan boleh
menimbulkan banyak pertanyaan dan persoalan daripada
pembaca.

Untuk unsur viral nombor 5 itu, Lia tidak menggalakkan anda


gunakannya selalu walaupon itu jalan paling mudah untuk viral!
Sebab Lia takut timbul riak dalam hati kita.

Namun, kita boleh kongsikan sekali sekala sahaja dan jika ianya
benar-benar ajaib yang kita pernah rasainya sendiri.

Dalam ke 5-5 unsur viral ini, Lia memilih nombor 3 iaitu


penulisan yang membuat pembaca rasa takut.
Kalau perasan kebanyakkan artikel Lia, menggunakan unsur viral
ini.

Teknik ini sebenarnya selalu di pakai oleh pakar hartanah. Dan


tahu tak, teknik ini lagi dasyat daripada teknik ‘motivation and
positivity’!

Serius! Kalau anda guna teknik ini, penulisan anda boleh jadi
sangat-sangat viral! Sehinggakan pembaca rasa TERPAKSA share
untuk tunjukkan pada suami / keluarga sebab dengan penulisan
itu boleh selamatnya nyawa atau harta mereka! Dan cara untuk
atasi pembaca rasa ketakukan ini adalah dengan tunjukkan
tutorial, di mana pembaca boleh terus praktik.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 19 Businesswoman
Boleh juga terus masukkan unsur viral ini dalam headline anda.
Contohnya. Bila Lia masukkan contoh teknik menakutkan ini,
nampak lebih jelaskan? Di bawah ini Lia tunjukkan lagi contoh
nak buat ayat menakutkan pembaca ini.

Ni 5 tips
Kalau tak Kalau tak
supaya
buat…. labur dekat
korang tak
Korang sini…
hilang duit
akan hilang korang akan
kalau buat
duit RM100K! hilang…
bisnes…

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 20 Businesswoman
Boleh nampakkan macam mana cara nak guna unsur viral dalam
penulisan ini? Anda boleh baca facebook influencer kewangan
dan hartanah yang lain banyak gunakan teknik ini.

** Dalam penulisan Lia sarankan guna saya / korang / kita daripada guna
‘anda’. Bukan apa, kalau guna yang Lia sarankan itu pembaca akan rasa lebih
dekat dengan kita.

Langkah 5
Buat Penulisan Yang Ada
Fakta

Penulisan yang baik jika kita boleh masukkan banyak nombor


dan nama-nama tokoh. Tahu tak artikel jenis fakta ini
akan jadi sangat powerful dan inspiring!

Jadi jangan takut bagi fakta nombor dan nama tokoh ini. Letak
nama dan pangkat sekali untuk bagi kesan authority di
facebook kita.

Anda kena kaitkan dengan nama tokoh-tokoh atau company yang


femes dalam setiap tips yang anda tulis. Untuk dapatkan fakta,
kita kena berani dan rajin buka Google.

Supaya bila kita masukkan fakta, kita nak pembaca bila baca dia
akan bercakap,

Sa ya
h , Sa y
a simp nak ke
W a untua n tips na
ru tahu kb ini
b a
l ini! sayaisnes
p a sa .

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 21 Businesswoman
Bukan setakat itu sahaja, untuk dapat fakta yang best kita kena
bagi fakta yang luarbiasa dan orang jarang dengar. Boleh juga
guna istilah-istilah bombastic supaya sebuah tips itu nampak
power di mata pembaca.

Jom kita tengok contoh di


bawah.

Dekat gambar di sebelah kiri


ini, dalam artikel ini Lia ada
masukkan nama-nama tokoh
yang terkenal di dunia.

1 Tan Sri Syed Mokhtar

2 Bill Gates

Kalau anda nak bercerita


pasal bisnes, anda kena tahu
audience anda mengidolakan
siapa dalam bisnes mereka?
Siapa role model
dalam bisnes
mereka?
Contoh, orang bisnes sangat mengidolakan Jack Ma, Bill Gates,
Steve Jobs, Mark Zuckerberg dan ramai lagi public figure yang
lain-lain.

Jadi anda kena masukkan nama-nama ini ke dalam penulisan


anda supaya menjadi kegilaan pembaca pada sosok public figure
ini.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 22 Businesswoman
Sini Lia kongsikan lagi 2 contoh supaya anda lebih nampak
macam mana nak masukkan nama tokoh atau fakta :

Contoh 1

Usahawan jangan takut untuk berfikir di luar kotak.


Cuba tengok Samsung tu. Korang tahu tak Samsung
tu dulu masa tahun 1938 ia hanyalah sebuah syarikat
pengeksport ikan kering ke Cina? Bayangkan
bagaimana Samsung berjaya mengubah diri mereka
untuk menjadi antara syarikat paling berjaya dalam
dunia pada hari ini!

Contoh 2

Jangan selalu tengok berita ataupun baca maklumat


tentang kegagalan. Tahu tak nanti bila kita asyik baca
yang negatif je otak kita ni akan asyik fokus pada
kegagalan? Biarpun 99 kejayaan di depan kita, otak
kita akan terfokus hanya pada 1 kegagalan itu je
asbab kita asyik tengok berita tentang kegagalan!

Langkah 6
Pastikan penulisan kita ada
isinya iaitu content

Jangan biarkan sampai pembaca gelarkan


kita ‘TSS’ iaitu Tulis Syok Sendiri!

Maksudnya buat penulisan yang kosong, tak ada isi. Anda kena
kenalpasti penulisan kita menepati kehendak audien. Cari titik
persamaan yang besar dengan audien.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 23 Businesswoman
Contoh audien kita suka cerita tentang makanan, barang make-
up, barang keperluan rumah, shopping, keluarga, parenting, anak-
anak, lifestyle, travel dan macam-macam lagi.

Biasanya apa yang kita suka, audien akan suka juga. Kita tinggal
nak tulis content sahaja dalam penulisan kita.

Selain itu, untuk hasilkan penulisan yang hebat, penulisan


kita kena betul-betul bagi MANFAAT pada
orang yang membacanya.

Mudah je kalau nak tahu tulisan kita ini memberikan manfaat


kepada orang atau tidak, apabila pembaca mula komen

Tuan Ismi Jadus Cafe Shahzan Sulaiman


Terima kasih sudi Saya share ya. Ilmu yang bagus!
berkongsi.

Jika anda terima komen sebegini dari pembaca, ini tandanya anda
sudah berjaya kuasai penulisan yang hebat!

Salah 1 cara untuk hasilkan penulisan yang ada isi adalah kita
kena banyakkan membaca. Kita boleh sahaja nak baca buku jenis
apa sahaja, tetapi cadangan Lia anda boleh mulakan membaca
buku mengikut niche audience di facebook anda.

Contoh, jika anda nak fokus pada


penulisan kewangan, anda fokus pada
buku-buku dan ebook kewangan. Jika
anda nak fokus pada penulisan
parenting, anda fokus pada buku-buku
parenting, keluarga atau buku tentang
anak-anak.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 24 Businesswoman
Boleh juga baca buku bukan fiksyen yang bermanfaat, seperti
‘self-improvement’ dan sebagainya.

Sebab buku-buku ini dapat tingkatkan taraf diri kita. Sebab bila
banyak membaca, buku-buku ini lah dapat membantu kita dari
segi idea, semangat, dan gaya fikir (mindset) yang baik untuk
menulis di facebook.

Selain kita tulis dalam bentuk point, sekali sekala kita menulis
sesuatu dalam bentuk cerita. Sebab kita pon tahu facebook ini
bersifat story. Untuk tips penulisan bercerita ini, masukkan 4
elemen penting ini iaitu :

1 2 3 4
Fakta Emosi Impak Bahasa
Positif

Contoh kita ambil gambar dari dalam kereta suasana jalan tengah
sesak dan hujan lebat.

Posting yang Salah

Tengok lah sesaknya jalan sebab hujan lebat.


(posting yang tidak memberi impak kepada
pembaca)

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 25 Businesswoman
Posting yang Betul

Aduh! Mesti lambat sampai ni. Yela, biasa kalau aku


balik kerja, jalan lancar je. Tapi, sebab hujan lebat ini,
jalan jadi sesak sikit dari biasa. Tak apa la ini tandanya
Allah nak bagi kita peluang untuk berdoa dalam suasana
alpha (gelombang tinggi).

Jadi aku doakan dari sini semoga semua pembaca aku


baik-baik sahaja, anak-anak dan keluarga kita sihat, dan
dilimpahkan rezeki yang sangat banyak. Jom semua
siapa dekat tempat dia tengah hujan lebat ini banyakkan
berdoa ya? Hujan lebat ini tandanya waktu doa kita
mustajab!

Nampak tak, Lia campurkan ada elemen fakta, emosi dan


nada impak positif kepada orang lain. Untuk elemen
bahasa, hanya jaga ejaan sahaja. Jelaskan?

Kalau kita nak tulis kisah kehidupan kita pula, kita boleh mulakan
dengan kisah tragedi dan kejatuhan, lepas itu tunjukkan cara
kebangkitan dan ada pencapaian. Cerita ini akan jadi dalam
kategori kisah inspirasi.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 26 Businesswoman
Contoh seperti gambar di bawah :

Tahu tak, dengan menulis kisah inspirasi pon kita boleh dapat
share yang tinggi juga!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 27 Businesswoman
Untuk kisah inspirasi yang Lia tulis ini, Lia masukkan beberapa
point yang penting dalam penulisan Lia iaitu :

Siapa Lia dulu?


Bermula daripada zero tiada apa-apa

Kisah tragedi yang paling tragis yang buat Lia


rasa nak ubah hidup

Apa Lia buat untuk ubah hidup Lia

Apa yang Lia capai selepas sudah buat


keputusan terpenting itu

Masukkan pengajaran atau ibrah dari kisah


inspirasi ini

Langkah 7
Pastikan setiap penulisan akhir
kita ada ‘result’ atau ‘ibrah’

Kita nak pembaca dapat sesuatu daripada perkongsian kita, atau


hikmah selepas mereka baca penulisan kita. Sebabnya ibrah
itu paling penting dalam penulisan, orang
mencari ibrah.

Dan kita pun sebelum menulis dah kena tahu apa ibrah dari
penulisan kita. Iaitu pengajaran atau hikmah di sebalik fakta yang
kita tulis itu, hikmah itu yang akan jadikan penulisan kita nampak
lebih mahal!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 28 Businesswoman
Untuk mencantikkan lagi di perenggan akhir, masukkan tulisan
yang ada punchline
irama, elemen ibrah,
pengulangan kata dan call to action (CTA)
viral.

Teknik Ayat Irama


Jom bersama Lia simpan emas bermula hari ini kerana jalan
sebenar kekayaan bermula dengan menjadikan emas
sebagai simpanan dan pelaburan.

Dalam bisnes ini tak ada yang mudah, semua peniaga akan
mengeluh sebab rasa payah, namun yang akan terus bersinar
terang adalah mereka yang tak pernah menyerah kalah!

Teknik Pengulangan Kata

Jom bersama Lia terbang ke awanan impian kerana sebaik-


baik penerbangan adalah terbang bersama Dexandra!

Dalam sentuhan itu ada jambatan emosi yang hanya seorang


ibu je boleh rasakan saat menyentuh anaknya dengan
sentuhan cinta!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 29 Businesswoman
Teknik CTA Viral

Minta tolong sebarkan info yang bermanfaat ini kepada


yang lain ya sebab info ini akan jadi sangat bermanfaat bagi
orang lain juga.

Tolong ajarkan juga ilmu ini pada usahawan yang lain


ye sebab mungkin masih ada yang tercari-cari solusi ini.

Elemen Ibrah
Ajaib kan? Kadang tu kita ingat semua duit dalam bank tu duit
kita. Kadang
kita ingat semua harta kita tu
semuanya milik kita.

Padahal rezeki anak isteri, rezeki pekerja, rezeki orang di sekeliling


hatta rezeki binatang pun Allah 'bank-in' pada akaun kita supaya
rezeki tu boleh mengalir kepada mereka semua melalui tangan
kita!

(tajamkan part ibrah, pembaca suka kalau kita jawab HOW dan
WHY yang bermain dalam minda mereka)

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 30 Businesswoman
Selain keempat-empat teknik di atas itu, Lia selalu gunakan 1
template yang sama di setiap penghujung penulisan Lia di
facebook.

Lia yakin, kalau orang tengok penulisan Lia di mana-mana dia


tahu itu adalah penulisan dari Lia sebab kita dah buatkan
penulisan kita ini jadi 1 stail yang sama.

Caranya mudah je, di bawah artikel dan status kita itu nanti tulis
je macam ini :

Boleh follow @namafacebook &


set see first saya ye supaya tak
tertinggal info, ilmu dan tips yang
lebih mahal nanti.

Walaupun nampak biasa tetapi impaknya sangat tinggi! Ni la


antara rahsia terbesar kenapa penulisan di facebook Lia boleh
viral setiap hari dan berkali-kali!

Ingat ye, sentiasa memastikan pembaca dan audien kita follow


dan set see first profile facebook kita agar kita tidak rugi
besar setiap kali buat penulisan yang hebat dan bermanfaat.

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 31 Businesswoman
Bonus!
Menulis Dengan Ejaan
Yang Penuh

Ada 1 lagi bonus yang Lia nak berikan kepada anda semua. Iaitu
menulis dengan ejaan yang penuh.

Tahu tak ejaan yang penuh ini akan


menaikkan seri penulisan. Ejaan penuh ini juga boleh
naikkan followers kita dengan cepat, orang mudah percaya dan
kredibiliti kita semakin tinggi.

Jadi elakkan menulis dengan menggunakan ayat short form dan


elakkan juga menggunakan istilah yang sukar difahami.

Jadi tipsnya di sini adalah di dalam mana-mana social media


mana-mana pon kita praktiskan dengan taip ejaan yang penuh.
Contoh tengah whatsapp dengan pelanggan, dengan keluarga,
atau dengan kawan, pastikan kita membiasakan jari kita ini untuk
mengeja dengan betul.

Tips ini walaupun biasa sahaja tetapi tips ini lah dapat menaikkan
satu taraf yang lebih tinggi dari orang lain. Orang
luar akan
lebih percaya kepada kita, kredibiliti semakin
tinggi, penghormatan yang lebih baik dan
followers semakin bertambah. InshaAllah, hanya
dengan bahasa menjadikan kita lebih berilmu dan berkeyakinan
tinggi!

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 32 Businesswoman
Tips pantas

9
Langkah
Menulis
Gaya Nur Aliah Mohd Nor
di

1
Kenalpasti pembaca dan
panjang konten yang hendak ditulis

2
Lakukan hantaran berbentuk tutorial /self help

3
Buat headline dan perenggan pertama
membuka mata pembaca

4
Masukkan unsur viral di dalam hantaran

5
Buat hantaran yang berfakta

6 7
Buat hantaran yang Buat hantaran
mempunyai persamaan yang bermakna
dengan pembaca dan mempunyai
isi bermanfaat

8 9
Hantaran mempunyai Menulis dengan
results / ibrah ejaan penuh

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 33 Businesswoman
Apa info dan formula berguna yang saya dapat daripada
naskhah ini?

Info dan formula berguna yang akan saya amalkan pada


penulisan di Facebook saya nanti adalah :

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 34 Businesswoman
Mulai hari ini saya akan konsisten :

“ Ilmu yang tak diamalkan


umpama nak kaya raya tapi tak
mahu bersedekah“

Formula Rahsia Personal Branding & Nur Aliah Mohd Nor


Penulisan Viral di Facebook 35 Businesswoman

Anda mungkin juga menyukai