Anda di halaman 1dari 16

U L T

S
RE YA
SA RI
N DI N
SE DH A
A M A
R 2021

#1 PENJUAL MAKANAN DAN MINUMAN


WAJIB BACA NI

200 BUNGKUS
NASI AYAM
TERJUAL
SATU HARI
DENGAN '0'
KOS
MARKETING

Syaiful Iqram Bin Shuhaimi


Apa yang bakal anda pelajari..

PRODUK 4-5

GAMBAR DAN VIDEO 6-7

COPYWRITING 8-10

TEKNIK PENGIKLANAN 11-12

TEKNIK FOLLOW UP 13

Hak Milik Syaiful Iqram 2021


2
Assalamualaikum & Selamat Datang

Terima kasih kerana mendapatkan E-book ‘0’ Kos Marketing Kedai


Makan

Saya harap ilmu dalam panduan E-book yang saya kongsikan ini bakal
memberikan impak ke dalam bisnes anda

Kita semua tahu sekarang kita kembali berada dalam PKP 3.0

Pendapat saya , kita kena memaksimumkan segala usaha untuk


kenalkan bisnes kita dengan minimumkan kos yang perlu dikeluarkan

Perkongsian yang saya muatkan dalam e-book ini diambil melalui


PENGALAMAN SEBENAR saya sendiri

Yes betul! Saya berniaga tanpa sebarang BANNER dan boleh saya
katakan 100% order setiap hari melalui online sahaja, sehinggakan
ada yang nak beli 1 bungkus pun tak dapat sebab memang tiap-tiap
hari tak cukup .

Untuk pengetahuan semua , saya baru berniaga dalam bidang


makanan sebulan tanpa ada sebarang nama dan orang kenal.

Saya hanya berniaga nasi ayam. Semua orang tahu dekat mana-mana
kedai pon boleh dapatkan nasi ayam . Pada hari pertama , TANPA
saya menggunakan ONLINE untuk promote hanya mengharapkan
orang datang beli nasi ayam di kedai , saya BERJAYA menjual 2 ketul
ayam sahaja daripada 15 bungkus yang telah saya sediakan. Haha
biasa lah , hari pertama lah katakan tanpa sebarang perancangan
yang rapi.

TAPI bisnes saya terus naik mendadak selepas saya menggunakan


platform online Boleh katakan naik 200% hasil jualan. Sejujurnya
kalau anda ada tenaga pekerja , anda mungkin dapat tambah
production anda.

Sewaktu saya berniaga , saya lah tukang iklan , saya lah tukang
bungkus makanan dan saya lah tukang jual . Cari pengalaman
kononnya

Jadi teknik yang saya nak kongsikan ini masih fresh dan relevan untuk
digunakan dalam kempen marketing anda pada PKP 3.0 ini

Tanpa melengahkan masa , jom kita mulakan dengan sesi

3
perkongsian saya

Hak Milik Syaiful Iqram 2021


PRODUK

Saya hanya berniaga nasi ayam.

Semua orang tahu dekat mana-mana kedai pon boleh dapatkan nasi

ayam . Apa yang saya lakukan adalah saya bina KEUNIKAN terhadap

Nasi Ayam saya . Saya membuatkan setiap bakal pelanggan saya

teringat nasi ayam , mereka ingat nasi ayam keluaran saya setiap

hari .

Ini caranya :

1. Nasi Ayam itu diberi nama NASI AYAM MAK LANG sebagai

branding bisnes bersempena dengan nama panggilan mama saya

2. Resepi Ayam pula saya lakukan perubahan dengan sediakan

ayam goreng berempah dengan perbanyakkan rempah-rempah

perapan ayam

3. Nasi pula saya menggunakan Beras Basmathi . GILER..ingat hotel

ke pakai beras basmathi

4
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
Mungkin ada yang tanya dengan saya , untung ke ?

Rasanya margin untung sikit?

Sebenarnya untung agak besar kalau anda sebagai usahawan bijak

mengatur strategi bahagian production anda

POINT PENTING CHAPTER PRODUK :

1. Branding Produk Makanan / Kedai Anda

2. Resepi lain dari yang lain

Pesanan saya

: Bina kelainan produk anda sama ada melalui segi packaging, resepi ,
bentuk / rupa

5
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
GAMBAR DAN VIDEO

Antara elemen yang penting untuk menarik hati pelanggan adalah melalui
kualiti Gambar dan Video

Saya yakin 100% , pelanggan akan mudah tertarik dengan gambar produk
makanan atau minuman kita yang sangat sharp, tambahan pula gambar yang
CLOSE UP

Apa yang saya lakukan adalah :

1. Saya ambil gambar segala bahan untuk tumisan nasi dan perapan ayam.
Ps: saya bukanlah jenis tidak suka berkongsi resepi , niat saya adalah saya
ingin pastikan pelanggan saya tahu apa yang saya sediakan untuk mereka

2.Saya ambil gambar sewaktu proses ayam digoreng

3.Saya ambil gambar sewaktu saya tengah packing makanan , sambal ,


kicap dan sebagainya

Gambar tengah ketuk ayam Gambar bahan untuk


tumis dan perapan

Gambar Ayam Goreng Berempah Meleleh


sewaktu diangkat dari kuali

Gambar sayur pelanggan akan dapat


Gambar perapan ayam
6
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
KENAPA SAYA LAKUKAN DEMIKIAN ?

Saya merasakan pelanggan suka sekiranya penjual transparent dengan


mereka . Walaupun ada yang beritahu saya , ada penjual yang akan tiru ,
bagi saya tak mengapa, rezeki Allah luas , apa yang perlu saya takut
adalah saya kurang marketing dan brandingkan kedai saya .

Perhatian : Apa yang saya kongsikan di atas adalah prinsip saya, anda
mempunyai hak dan prinsip anda tersendiri

Nota :

Pastikan anda sediakan satu folder ringkas untuk segala bahan


material anda seperti di Google Drive , Whatsapp Group atau
Telegram Group supaya memudahkan anda

Seperti :

Gambar dan Video sewaktu proses tumisan dan perapan

Gambar dan Video sewaktu proses masakan

Gambar dan Video sewaktu proses penjualan

7
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
Copywriting
Ini adalah copywriting yang saya guna untuk menarik pelanggan
sehinggakan 200 bungkus terjual.

Permulaan ayat saya menggunakan


TEKNIK PERSOALAN
Bahagian ini saya mengajak bakal
pelanggan saya soal diri mereka
sendiri sama ada pernah cuba tak
nasi ayam saya.

Bahagian ini saya tegaskan APA YANG


SEDANG BERLAKU SEKARANG terhadap
penjualan nasi ayam saya

Saya letakkan ciri-ciri produk


makanan saya

Saya terapkan unsur TRANSPARENT


mengenai nasi ayam saya.
Saya bermain dengan emosi dan
menunjukkan kepada mereka NASI
AYAM MAK LANG sentiasa
mengutamakan kasih sayang dalam
perniagaan.
Konteks di situ adalah lebih kepada
untung nombor 2, kepuasan
pelanggan nombor 1

Ini adalah Call to Action , iaitu


menyuruh bakal pelanggan anda
terus tekan dan order pesanan
kepada anda

8
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
INI ADALAH FULL
COPYWRITING SAYA
YANG HASILKAN
JUALAN RM 1,000
SEHARI ONLINE
DENGAN PRODUK
MAKANAN

SAYA
MENGGUNAKAN
COPYWRITING +
GAMBAR 4 KEPING

9
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
ELEMEN PENTING SEWAKTU ANDA BUAT
COPYWRITING

1. HEADLINE YANG BERITAHU BISNES ANDA BUKAN


BIASA-BIASA
2. AYAT YANG BERBENTUK SOALAN
3. MENERANGKAN KELEBIHAN MAKANAN YANG
DISEDIAKAN ( EMOSI )
4. MEMBERITAHU CIRI-CIRI MAKANAN TERSEBUT
5. PASTIKAN ADA TULISKAN LOKASI KEDAI
6. WAJIB ! CALL TO ACTION

Copywriting ini sangat penting ! Kita perlu bermain dengan ayat


yang menunjukkan pelanggan sentiasa di hati kita sebagai
penjual.

Pendapat saya , copywriting yang menarik adalah melalui


penceritaan anda yang ikhlas mengenai penjualan anda.

10
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
TEKNIK PENGIKLANAN

✅ Apabila Gambar/Video dan copywriting saya dah ready , saya


kena pastikan saya TARGET tepat kepada pelanggan yang
berhampiran dengan kawasan saya .

✅ Sebabnya saya tiada aplikasi yang boleh hantar jauh lebih dari
5km , Rider saya hanya hantar area yang berdekatan sahaja
dalam lingkungan 3km, jauh sikit 5km tapi jarang sangat berlaku

Untuk anda yang mempunyai aplikasi Grabfood, Food Panda dan


sebagainya , itu adalah bonus !

✅ Okay kita sambung , cara saya pastikan TEKNIK 0 KOS


MARKETING SAYA BERKESAN

Lokasi: Saya berniaga di Kangar, Perlis .


Masa Perniagaan : 4 petang hingga 5.30 petang

⭐ Saya kena pastikan saya sertai semua kumpulan di PERLIS


kecuali FREE GROUP yang memang fokus kepada satu tempat
contoh Padang Besar.

⭐ Pendapat saya , kebarangkalian ahli dalam group adalah dari


padang besar . Saya tak mampu nak hantar makanan jauh sana

⭐ Saya lebih fokus kepada kumpulan yang mempunyai bilangan


ahli lebih dari 30,000 member

KENAPA ?

Semakin ramai dalam kumpulan tersebut , semakin ramai yang


akan engage dengan posting saya seperti like , komen dan tag ,
Apabila ramai yang engage maka dari situ wujudnya posting
saya yang viral

11
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
Ini adalah Group yang saya sertai di Perlis.
Saya akan terus mencari group sebanyak yang mungkin. Walaupun
saya fokus kepada group yang lebih dari 30k members tapi saya tetap
akan buat posting. Cumanya kalau saya sibuk, group ahli bawah 30k
ini saya abaikan dulu

Group yang ahli group tinggi saya pinned kan

Bagaimana saya posting di Free Group ?

Setiap hari selepas subuh , saya akan post iklan di setiap group
yang ada. Saya tidak lakukan di start selling tetapi saya lakukan
posting di start discussion . Ada sesetengah group yang tidak ada
start discussion, saya post di ruangan write something

Maka dari situ , saya akan pastikan setiap 1 jam saya akan post
copywriting dan gambar iklan yang sama

Bila saya akan tukar gambar ? Apabila jam 12 tengahari ke atas,


saya pilih gambar atau video yang saya dah prepare awal tadi dan
posting materials tersebut secara rawak.

NOTA ! Mungkin anda pernah buat sedemikian rupa tapi belum nampak hasil ?
Cuba anda nilai semula adakah mengikut step yang saya
kongsikan di atas

12
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
TEKNIK FOLLOW UP

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian ! Apabila kita buat bisnes makanan


,perkara yang paling menyeronokkan adalah apabila REPEAT ORDER
berlaku dengan sangat cepat.

Contoh : semalam dah beli , harini pun tinggi peluang untuk mereka
membeli

Apa cara yang saya buat ?

1. Saya simpan semua nombor customer saya


2. Saya akan berinteraksi dengan setiap seorang customer saya untuk
dapatkan feedback mengenai makanan saya
3. Saya akan menghantar kelebihan-kelebihan mengenai makanan saya 2
hari sekali

Contohnya :

Nasi ayam mak lang menggunakan beras basmathi

Apa kelebihan beras basmathi ni ?

Bagi saya , kunci untuk mendapatkan repeat order dari pelanggan adalah
sentiasa follow up dengan mereka TAPI tidak terlalu HARD SELL setiap
masa. Kemungkinan anda akan di block

Ingat lah mereka juga manusia , mereka inginkan seorang penjual yang
memberitahu mereka kenapa mereka kena pilih makanan ini dari itu.
Saya pasti teknik ini sangat PROVEN !

13
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
Group Whatsapp ( Sangat Limited Untuk Pakej PRO)

Jadi itulah antara Case study tentang bagaimana saya membuat


jualan 200 bungkus sehari tanpa perlu berdiri lama di kedai atau
mengharapkan customer datang beli minit demi minit

Seperti anda sedia maklum , setiap group Whatsapp cuma boleh


ada 255 ahli sahaja

Tapi saya tak mahu group ini jadi terlalu padat jadi saya nak
buka lagi kepada 30 orang sahaja

Tempat dalam group whatsapp ini sangat limited and based on


first come and first serve basis

Anda taknak terlepas diskusi hangat tentang cara marketing


pemasaran melalui Facebook ?

Saya juga akan update segala info terkini dalam group tersebut

14
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
CARA JOIN GROUP WHATSAPP

Berikut adalah cara dapatkan tempat dalam group whatsapp ‘0’ kos
marketing

#1 Buka page business saya ( Master Arpol ) dan pergi ke halaman “


REVIEW”

#2 Tulis feedback mengenai E-Book ‘0’ kos marketing. Panjang


mestilah melebihi 20 patah perkataan

Ceritakan secara ringkas bagaimana e-book ini berikan impak untuk


pemahaman anda

Lepas dah post review di page, PM saya dengan mesej “ Done Review “

Nanti saya akan hantar link untuk join group Whatsapp

15
Hak Milik Syaiful Iqram 2021
Syaiful Iqram , Signing Out

Saya berharap Ebook ini bermanfaat dan akan memberikan impak


dalam bisnes anda.

Saya doakan anda berjaya mengharungi PKP kali ini

Maafkan saya kalau ada bahagian yang terkurang , saya akan cuba
perbaiki lagi pada masa akan datang

Sekiranya ada apa-apa info yang perlu saya tambah, sila email ke
syaiful_2806@yahoo.com untuk saya tambahkan lagi info

Terima kasih sekali lagi kerana mendapatkan Ebook ‘0’ kos


marketing

Selamat Berjaya dan Assalamualaikum

Ikhlas ,
Syaiful Iqram

16
Hak Milik Syaiful Iqram 2021

Anda mungkin juga menyukai