Anda di halaman 1dari 13

5 CARA

IKLANKAN
BISNES
SURPRISE
BOUQUET
BY MEI HALIM WONG

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


PENDAHULUAN
Seiring dengan berubah zaman, cara pembelian
pengguna juga sudah banyak berubah. Dulu orang pergi
ke kedai fizikal untuk membeli atau survey
barang/servis. Namun sekarang mereka hanya perlu
buka smartphone dan buat carian di google sahaja.

Aktiviti ini kita panggil Zero Moment Of Truth(ZMOT).


Jadi, sebagai peniaga sangat penting kita sediakan info
lengkap supaya sewaktu bakal pelanggan anda sedang
Mode ZMOT mereka dapat membuat keputusan untuk
memilih anda dengan mudah.

Untuk pemula bisnes, anda perlu pandang perkara ini


dengan serius kerana keputusan pertama yang
dilakukan semasa prospek membuat survey adalah di
ZMOT.
HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING
TIPS UNTUK SEDIAKAN INFO LENGKAP SUPAYA PROSPEK
MUDAH MEMBUAT KEPUTUSAN DI ZMOT
1. Jika perniagaan anda mempunyai premis atau anda
membuat perniagaan dari rumah, letak info lengkap
seperti Alamat, No Phone, Link Carian Waze/Google Map,
Gambar 3-4 posisi dari luar kedai untuk mudah pelanggan
yang nak datang buat carian dan juga arahan panduan ke
kedai. Gambar dalam kedai, peralatan yang diguna juga
sangat penting untuk memudahkan pelanggan buat
keputusan. (anda boleh tengok contoh iklan-iklan hotel)

2. Sediakan pelbagai channel/platform pengiklanan untuk


mudah pelanggan mencari anda
- Facebook Page
- Youtube
- Instagram
- Blog/Website
- Tiktok
- Telegram

3. Setiap Platform/channel yang anda guna pastikan ada


info lengkap yang sama, dan kena ada banyak feedback
/testimoni dari pelanggan. Jika tiada letak gambar/video
contoh bouquet yang pernah anda buat.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


5 CARA
IKLANKAN
BISNES
SURPRISE
BOUQUET
HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING
#1
IKLAN DI GROUP
KAWASAN/KOMUNITI
Cara mudah untuk beriklan/dapat pelanggan berdekatan
dengan lokasi rumah anda, adalah dengan iklan di group-
group iklan Telegram/Whatsapp kawasan anda atau group
komuniti di Facebook.

Untuk group komuniti di Facebook anda hanya perlu buat


carian di bahagian Facebook group tempat anda menetap.
Contoh Gombak, taip saja Gombak di bahagian search,
nanti akan keluar list group-group yang ada.

Tekan saja join group yang ada dan boleh


promote dalam group.

Untuk group whatsapp atau telegram, anda


boleh bertanya jiran atau rakan-rakan
berdekatan rumah anda jika mereka ada
group untuk anda boleh beriklan, jika tiada
anda boleh cari atau bertanya dalam group
komuniti Facebook yang anda join tadi.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


TIPS UNTUK POST DI FB GROUP:
Kena Kerap Post – Boleh buat jadual untuk posting : 8.00
pagi, 10.00 pagi, 1.00 petang, 5.00 petang, 9.00 malam.
Pastikan post secara konsisten pada waktu dan di group yang
sama, Kerana pengiklanan adalah untuk buat orang tahu dan
nampak.

Be Creative - Gambar/Video wajib jelas, cantik dan menarik.


Gunakan ayat-ayat iklan yang pendek serta cacthy untuk tarik
perhatian orang baca. Bila mereka suka lihat gambar/video
anda, bila mereka nak buat surprise pasti ingat anda.

Profile picture meyakinkan – letak muka sendiri yang


nampak friendly supaya orang trust. Nama pun perlu letak
nama manusia,guna nama sebenar lagi bagus. Bakal
pelanggan biasanya senyap-senyap akan intai siapa kita.

Nombor Untuk dihubungi – Setiap iklan wajib letak link


whatsapp samada di posting atau di ruangan komen, supaya
pelanggan mudah untuk menghubungi anda. Cara ini juga
mudah untuk pelanggan, tak perlu nak copy number dan
save, berkemungkinan salah copy, kan dah rugi.

Cara buat link whatsapp : Taipkan ayat di bawah ini, Ia akan


automatik jadi link. wasap.my/60123456789 (tukarkan
nombor kepada number phone anda)
Jika post di Facebook group tapi
tiada yang komen, jangan give up.

Cuba lagi dan lagi. Kerana


kebiasaannya orang akan beli
selepas 7 kali tengok iklan yang
sama.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


#2
IKLAN DI SOCMED
Sekarang ada banyak platform sosial media yang anda boleh
gunakan untuk beriklan, antaranya adalah :-
Facebook (Personal/Page/Group/Story)
Whatsapp (Group/Story)
Intagram (Post/Story/Reel/IGTV)

Anda boleh memilih salah satu atau boleh beriklan di semua


platform yang ada.

Jika menjual di Facebook personal anda kena bina trust dulu,


kerana pelanggan membeli dari orang yang mereka percaya.
Perlu ada strategi untuk membuat pengiklanan. Jangan 24
jam menjual sahaja, perlu juga di selang selikan dengan
content, lifestyle, aktiviti jualan seperti buat penghantaran,
packing, belakang tabir penyediaan bouquet, gambar/video
pelanggan bersama bouquet.

Bisnes bouquet ni mudah saja nak jual, pelanggan tengok


bouquet menarik, cantik dan nampak mewah, cepat saja
dapat pelanggan. Kepercayaan adalah kunci utama nak
dapatkan pelanggan di Facebook.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


Anda juga boleh share setiap posting/iklan anda di
Facebook story, page dan group.

Jika beriklan di Instragram pula, pastikan gambar atau video


mestilah jelas kerana gambar memainkan peranan penting.
untuk pengguna di Instagram.

Mereke lebih suka tengok gambar/video berbanding


penulisan. Jangan lupa untuk buat posting di insta story
juga.

Selain gambar, Hashtag juga memainkan peranan besar


dalam data carian di instagram, ia merupakan kunci untuk
pelanggan mencari anda.

Jangan letak terlalu banyak hashtag dalam 1 posting, cukup


sekadar 10 hashtag supaya posting anda tidak di shadow
ban oleh team instagram.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


SERVIS
BOUQUET

#3
PASANG BUNTING/
BANNER DI PAGAR
RUMAH
Untuk kuasai kawasan sekeliling anda, anda perlu war-
warkan yang anda ada menyediakan servis surprise
bouquet.

Selain mempromosikan di group-group wasap/


facebook kawasan anda. Anda juga boleh letak bunting
di hadapan rumah anda atau anda boleh saja
sewa/tumpang di kedai-kedai kek berdekatan dengan
rumah anda.

Untuk buat 1 bunting ni, tak mahal kosnya. Tak sampai


RM30 untuk 1 bunting.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


#4
TAMPAL IKLAN DI
NOTICE BOARD
Jika anda tinggal di rumah pangsa/aparment/condo atau
kejiranan anda ada bangunan-bangunan kediaman begini,
kebiasaannya kediaman begini ada papan kenyataan.

Jika ia tidak menyalahi undang-undang dan ia boleh


digunakan oleh semua orang untuk tampal iklan, anda
boleh mengguna peluang ini untuk tampal iklan anda juga.

Jika anda bekerja, kebiasaannya di pejabat pun ada notice


board di kawasan-kawasan awam seperti di luar surau, di
luar kedai serbaneka, di luar pintu masuk jabatan dan
sebagainya.

Jika ia tidak menyalahi undang-undang dan ia boleh


digunakan oleh semua orang, anda boleh mengguna
peluang ini untuk tampal iklan anda juga.

Jika anda tidak bekerja, boleh minta suami, adik-bradik atau


kenalan anda bantu anda tampal iklan di notice board
pejabat mereka.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


#5
WUJUDKAN GROUP
IKLAN SENDIRI
Jika anda lihat sekarang tengah trend orang membeli
dari group whatsapp di kawasan sekitar mereka. Jadi,
anda boleh ambil peluang ini dengan membuka group
whatsapp dan group telegram untuk beriklan.

Dan anda boleh war-warkan pada kenalan, jiran, rakan


kerja, geng surau,cikgu sekolah anak yang anda ada
group whatsapp untuk iklan. Dalam masa yang sama
anda boleh buka peluang pada orang lain untuk
beriklan sekali.

Anda juga boleh buka 1 group khas untuk pelanggan


yang pernah beli bouquet dengan anda, dalam group
tu anda boleh share aktiviti-aktiviti jualan anda pada
mereka.

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING


HARAPAN SAYA, ANDA DAPAT
MENYUSUN PLANNING ANDA DENGAN
BAIK UNTUK MENGGUNAKAN KELIMA-
LIMA CARA PENGIKLANAN YANG
SAYA SEDIAKAN KHAS UNTUK ANDA
NI.

INGAT, MARKETING TIDAK BOLEH


STOP WALAU SEHARI, KERANA UNTUK
ORANG TAHU KEWUJUDAN ANDA,
ANDA PERLU WAR-WARKAN
SENTIASA, SELALU DAN SETIAP HARI.

KENA SENTIASA KUAT SEMANGAT


DAN TERUSKAN USAHA SEHINGGA
ANDA BERJAYA.

SEKIAN, SELAMAT MAJU JAYA


MEI HALIM WONG

HAK MILIK EMPAYAR DIGITAL MARKETING

Anda mungkin juga menyukai