Anda di halaman 1dari 12

Bersama

https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate

Tarikh kemaskini: 22 April 2016


Apakah itu ‘Jom Gegar Siber Bersama PTPTN’?

 ‘Jom Gegar Siber Bersama PTPTN’ adalah satu program yang dianjurkan oleh PTPTN
bagi menggalakkan penyertaan warganegara Malaysia dalam menjana pendapatan
lumayan tanpa memerlukan modal.

 Melalui program ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai Ejen Online PTPTN dan
memasarkan link kami secara online. Anda akan mendapat komisen bagi setiap akaun
SSPN-i Plus yang dibuka melalui link anda.

 Penyertaan PERCUMA.

Siapakah *Ejen Online PTPTN?

 Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus
secara online dan layak diberi komisen pada kadar yang ditetapkan bagi setiap transaksi
pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO
sahaja).

*Ejen Online PTPTN mestilah warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.

Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN

Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i
Plus secara online sahaja.

Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri
kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara
online dan bersemuka.

1
Apa Yang Perlu Saya Pasarkan?

1. Anda hanya perlu memasarkan produk SSPN-i Plus dengan hanya mempromosikan link
affiliate anda sahaja.

2. Anda juga berpeluang memasarkan produk SSPN-i Plus secara bersemuka (EPO sahaja).

Apakah itu SSPN-i Plus?

 SSPN-i Plus adalah produk simpanan yang menggabungkan keistimewaan SSPN-i


dengan kelebihan perlindungan takaful yang komprehensif.

 Terdapat enam (6) pakej yang ditawarkan dengan amaun komitmen serendah RM30
sehingga RM500 sebulan dengan manfaat perlindungan sehingga RM1 juta.

2
PELAN SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN PAKEJ SSPN-i Plus

BAYARAN INTAN DELIMA TOPAS ZAMRUD NILAM BERLIAN


BULANAN
RM RM RM RM RM RM
Simpanan SSPN i 20 40 90 180 270 200
Takaful 10 10 10 20 30 300
Jumlah Bayaran
30 50 100 200 300 500
Bulanan
PERLINDUNGAN TAKAFUL
Kematian/Ilat Kekal
40,000 40,000 40,000 80,000 120,000 1,000,000
(kemalangan)
Kematian/Ilat Kekal
20,000 20,000 20,000 40,000 60,000 500,000
(Biasa)
36 penyakit kritikal 10,000 10,000 10,000 20,000 30,000 100,000
Elaun Kemasukan
20 20 20 40 60 200
Hospital
(a) 18,000
(pendeposit)
(b) 9,000
(a) 2,500 (pendeposit dan pasangan) (pasangan)
Khairat Kematian
(b) 1,000 anak - maksimum 3 orang) (c) 2,000
(anak -
maksimum 3
orang)

Apakah Kelebihan Ejen Online PTPTN?

 Komisen Lumayan
 Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan
 Tanpa Modal Perniagaan
 Waktu Kerja Fleksibel
 Mudah
 Latihan/Bimbingan Diberikan
 Sokongan Pemasaran Berterusan
 Pasaran Luas Tanpa Sempadan
 Tidak Melibatkan Transaksi Tunai
 Menggalakkan Masyarakat Menabung
 Produk Patuh Syariah

3
Berapakah Komisen Saya Akan Dapat?

Rakan Niaga Affiliate (RNA) Ejen Pemasaran Online (EPO)


15% untuk pembukaan akaun baharu a) 25% untuk pembukaan akaun baharu
Plus Plus
SSPN-i (one-off) SSPN-i (one-off)
b) 0.25% dari amaun simpanan bulanan
selama 24 bulan

Simulasi Komisen

KOMISEN (RM)
AMAUN JUMLAH
RNA EPO
PAKEJ PAKEJ PEMBUKAAN
(RM) AKAUN One-Off One-Off *Bulanan
JUMLAH
(15%) (25%) (0.25%)

Intan 30 40 180 300 48 348


Delima 50 30 225 375 72 447
Topas 100 20 300 500 108 608
Zamrud 200 15 450 750 162 912
Nilam 300 10 450 750 162 912
Berlian 500 5 375 625 60 685
JUMLAH 120 1,980 3,300 612 3,912
*Bayaran komisen bulanan selama 24 bulan selagi pendeposit mencarum.

Saya Amat Berminat Untuk Menjadi Ejen Online PTPTN. Apakah Syarat-Syarat
Untuk Saya Menyertainya?

Sekiranya anda warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun dan ke atas, anda telah layak
untuk mendaftar sebagai Ejen Online PTPTN.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat terlebih dahulu
semasa anda mendaftar.

4
Bagaimanakah caranya untuk saya mendaftar?

1. Layari URL https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/affiliate/

2. Masukkan maklumat berikut:


Nombor Mykad
Status warganegara
Emel
Tarikh lahir
ID Pengguna
Kata laluan

3. Klik ‘Bersetuju Terma dan Syarat’ dan seterusnya klik ‘Daftar’.

4. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran RNA Berjaya’ di emel yang dinyatakan ketika
pendaftaran. Klik pautan untuk ‘Pengesahan Pendaftaran’.

5
5. Klik di sini untuk mengaktifkan akaun Rakan Niaga Affiliate.

6. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan

6
7. Kini anda telah berada di Home Page RNA.

Bagaimana Untuk Saya Mendapatkan Kod/URL Affiliate?

Dapatkan pautan RNA seperti di bawah:

7
Bagaimana Untuk Mempromosikan SSPN-i Plus melalui link affiliate?

Untuk memulakan promosi link affiliate, lihat pada ruangan Link Pemasaran di bahagian Menu.
Link diberikan dalam tiga (3) format iaitu Banner Link, Text Link dan Emel Link.

Buat pilihan dan copy & paste link tersebut ke tempat-tempat yang ingin anda promosikan.
Contohnya, seperti di blog, laman web, forum, Facebook dan sebagainya.

Untuk panduan, klik Manual Publish di Facebook.

Anda disarankan menguji terlebih dahulu link yang dipasarkan untuk memastikan ia menuju ke
laman web yang ingin dipromosikan.

8
Soalan Lazim Mengenai Ejen Online PTPTN

S : Siapakah Ejen Online PTPTN?

J : Ejen Online PTPTN terdiri daripada Rakan Niaga Affliate (RNA) dan Ejen Pemasaran
Online (EPO) yang berdaftar dengan PTPTN untuk mempromosikan dan memasarkan
produk SSPN-i Plus.

Setiap pendaftaran baharu sebagai Ejen Online PTPTN akan dilantik menjadi RNA. RNA
boleh dinaik taraf kepada EPO sekiranya menghadiri kursus yang ditetapkan oleh PTPTN.
RNA yang telah memiliki kelulusan PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL (TBE) akan dilantik
secara terus menjadi EPO.

RNA yang telah dilantik menjadi EPO akan memperolehi pelbagai keistimewaan seperti
kadar komisen yang lebih tinggi dan komisen berterusan sehingga 24 bulan.

S : Apakah syarat asas untuk menjadi Ejen Online PTPTN?

J : Syarat asas untuk menjadi Ejen Online PTPTN adalah seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia
b) Berumur 18 tahun ke atas
c) Tidak berstatus muflis

S : Apakah kelebihan menjadi Ejen Online PTPTN?

J : Antara kelebihan menjadi Ejen Online PTPTN adalah seperti berikut:

a) Berpeluang menikmati komisen yang lumayan


b) Tiada modal diperlukan
c) Waktu bekerja yang fleksibel
d) Pendaftaran PERCUMA

S : Bagaimanakah kaedah pemasaran bagi EPO dan RNA?

J : Kaedah pemasaran EPO adalah melalui:

a) Online dan,
b) Bersemuka dengan pelanggan.

Manakala kaedah pemasaran RNA hanya melalui online sahaja.

Setiap pemasaran melalui online mesti menggunakan link yang telah disediakan pada
menu “LINK PEMASARAN” pada laman utama akaun EPO atau RNA.

9
S : Adakah Ejen Online PTPTN dibenarkan menerima tunai daripada pelanggan?

J : Tidak, semua transaksi pembukaan akaun baharu dan penambahan akaun mestilah
dilakukan secara online.

S : Apakah perbezaan EPO dan RNA?

J : Berikut adalah perbezaan antara EPO dan RNA:-

Ejen Pemasaran Online


Bil Perkara Rakan Niaga Affliate (RNA)
(EPO)

Dinaiktaraf setelah menghadiri Pendaftaran online melalui


1. Pendaftaran
kursus. Sistem EPO

a) Lantikan daripada PTPTN


melalui kursus yang
disediakan.
Hanya perlu mendaftar secara
b) Bagi ejen yang telah
2. Lantikan Ejen online sahaja.
memiliki sijil/10essen
Takaful tidak perlu
menghadiri latihan dan akan
dilantik secara terus sebagai
EPO.

Kaedah pemasaran melalui


Kaedah Kaedah pemasaran melalui
3. online dan secara terus
Pemasaran online sahaja.
dengan pelanggan.

a) 25% untuk pembukaan


15% untuk pembukaan akaun
akaun baru SSPN-i Plus
4. Komisen baharu SSPN-i Plus sahaja.
b) 0.25% dari amaun simpanan
bulanan selama 24 bulan.

Memberi khidmat susulan


Khidmat kepada pelanggan untuk
5. Selepas menguruskan penambahan Tidak perlu.
Jualan deposit, pengeluaran dan
tuntutan.

10
S : Bagaimana RNA ingin naiktaraf kepada EPO?

J : Setiap pendaftaran baharu Ejen Online PTPTN akan menjadi RNA. Setiap RNA boleh
menjadi EPO dengan syarat perlu menghadiri kursus yang ditetapkan oleh pihak PTPTN.

Bagi RNA yang mempunyai kelulusan PEPERIKSAAN ASAS TAKAFUL (TBE) tidak
perlu menghadiri kursus, hanya perlu mengemukakan dokumen TBE kepada pihak
PTPTN melalui e-mel: epo@ptptn.gov.my dan RNA akan dinaik taraf kepada EPO dalam
tempoh 24 jam.

S : Bagaimanakah caranya untuk menghadiri kursus lantikan EPO?

J : Sekiranya anda berminat untuk menaik taraf kepada EPO dan menikmati komisen yang
lebih lumayan sebanyak 25%, RNA perlu menghadiri kursus yang ditetapkan oleh PTPTN.
Sila klik pada menu “JADUAL LATIHAN EPO” pada laman utama akaun RNA untuk
maklumat lanjut berkenaan kursus yang akan diadakan.

S : Berapakah kadar komisen EPO dan RNA?

J : Kadar komisen bagi EPO dan RNA adalah seperti berikut:

Ejen Pemasaran Online (EPO) Rakan Niaga Affliate (RNA)

a) 25% untuk pembukaan akaun baharu


SSPN-i Plus 15% untuk pembukaan akaun baharu
SSPN-i Plus.
b) 0.25% dari amaun simpanan bulanan
selama 24 bulan.

Sila ke menu “NAIK TARAF EPO” pada laman utama untuk maklumat lanjut berkenaan
jumlah komisen bagi setiap harga pakej SSPN-i Plus.

S : Bilakah komisen akan dibayar dan bagaimanakah kaedah pembayaran dibuat?

J : Bagi setiap transaksi yang berjaya, Ejen Online PTPTN akan menerima bayaran komisen
pada setiap 15 haribulan bulan berikutnya dengan minimum sebanyak RM10.00.
Sekiranya jumlah keseluruhan komisen kurang daripada amaun tersebut, ianya akan
dibawa ke bulan berikutnya.

Amaun komisen akan dimasukkan terus ke akaun bank yang telah dinyatakan dalam
semasa permohonan EPO.

Amaun komisen yang dibayar adalah berdasarkan jumlah komisen yang diterima bermula
1hb sehingga hari terakhir pada bulan sebelumnya.
11

Anda mungkin juga menyukai