Anda di halaman 1dari 27

13 STEP KEJUT

EJEN Krik krik


Puan Hadjar Arshad
HAK CIPTA TERPELIHARA MOMPRENEUR MASTERMIND SDN BHD

TIDAK DIBENARKAN DIEDAR, DIULANG SIAR MANA MANA


BAHAGIAN DALAM EBOOK INI TANPA KEBENARAN PUAN HADJAR
ARSHAD

WWW.THEMOMPRENEURMASTERMIND.COM
Bismillahirrahmanirahim..
Daripada satu survey yang kami lakukan keatas leader-leader
mahupun ejen kami dapati antara masalah utama semua
adalah miliki ejen yang krik-krik. Sampai ada yang tanya pada
saya :

Ejen saya ramai tapi yang komited sikit je. Betul ke teori 20%
je yg akan aktif tu?

Baik, memang kebiasaan 10-20% sahaja ejen yang datang ke


kita akan aktif. Jadi jika anda sedang berdepan isu ni,
berbahagialah sebab anda tak keseorangan. Hee.. Yelah,
para ejen tak di'ikat' dengan apa-apa komitmen pun sebelum
join kita kan? Jadi mereka bebas buat pilihan dan keputusan.

Cuma berita baiknya, ada cara yang boleh diusahakan untuk


kita kembalikan ejen yang krik-krik ini untuk aktif semula
dengan kita. Step by Step yang saya rangkakan untuk anda.

Dah ready nak belajar ? Here we gooo..

Hadjar Arshad 2
STEP 1

SORTING DATABASE
Perkara pertama yang kita kena buat adalah,
sortingkan database ejen-ejen (afiiliate, dropship,
ejen).

Buat secara manual je ok

Letak dalam satu sheet dan bahagikan kan kepada


senarai yang aktif dengan yang tak aktif macam
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

dalam gambar kat bawah..

Fungsi kita buat ke dalam sheet macam kat bawah ni


adalah untuk senang nampak. Bila kita nampak, kita
boleh tahu berapa ramai kita nak follow up dan boleh
rekod siapa yang dah atau belum kita follow up.
Seterusnya..
STEP 2

FOLLOW UP
Dari list database tu, 'rajinkan diri' untuk follow up.

Bagi yang tak jelas, follow up ni adalah dengan kita


hubungi mereka seorang demi seorang dan tanyakan
khabar, ambil tahu pasal mereka personally ok?

Allocate lah sikit masa, contoh sehari 1 jam khas untuk


HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

follow up ejen krik-krik ni. Anda boleh set kan sehari nak
follow up berapa ramai. Percayalah, perkara ni berimpak
tau. Mereka akan nampak anda ambil berat mengenai
mereka.

Follow up boleh dibuat dengan 2 cara dan terpulang


anda nak guna cara mana.
1. Mesej
2. Telefon

Ingat :
FOLLOW UP INI JANGAN SESEKALI TANYAKAN PASAL SALES
ok !

Tapi tanyakan khabar mereka, khabar keluarga mereka.


Seterusnya tanyakan kehidupan mereka.
Dan paling kita nak tahu sebenarnya apa yang buatkan
mereka tak aktif berbisnes dengan kita.

Lain orang pasti keluar dengan lain jawapan kenapa


mereka krik-krik. Ni yang kita nak tahu
STEP 3

MASUK 'KASUT' MEREKA


Kesilapan ramai leader adalah, suka sama rata kan
kemampuan tiap orang.

"Saya boleh, kenapa awak tak boleh? "


" Orang lain boleh, awak jer asyik nak beralasan.. "

No noo..
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Nak tahu tak, dari kajian yang kami lakukan.. Ramai yang
stop berhenti jadi ejen bila asyik kena push oleh leader.
Meh baca ni:
Wahai leader sekalian, setiap orang kan ada background
kehidupan berbeza. Ada yang anak-anak kecilnya mudah
diurus, ada yang tidak.

Ada yang PJJ dengan suami, ada yang tidak.

Ada yang otak speed macam Ferrary, sekali cakap dah


faham. Ada yang macam Vespa kena cakap ulang kali
baru faham.

Ada yang anak masya'ALLAH hyperaktif, habis satu rumah


diporak perandakan haiii laa..
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Jadi meletakkan semua orang pada satu kemampuan


sama pastinya tak adil untuk semua.

Orang akan rasa down, rasa tak difahami dan akhirnya


mereka buat keputusan, aku tak layak ! Mereka pilih jalan
lain.

Yang rugi nanti kita..


STEP 4
ANALISIS
Selepas dah follow up mereka seterusnya kita kena analisis
apa masalah 'kebiasaan' yan berlaku antara yang krik-krik
ni.

Sekiranya ejen kita yang krik-krik tu ramai, pasti kita akan


jumpa pelbagai jawapan masalah kan?

Jadi saya cadang kita letakkan senarai masalah mereka kat


dalam satu tempat.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Saya cadang kita guna google doc dan google sheet


macam di bawah :
Seterusnya masukkan dalam google sheet common isu tu
dan kira frekuensi kelaziman masalah tu dikalangan ejen
kita yang krik-krik :
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Dari analisis kat atas kita nampak isu besar ejen krik-krik ni
adalah masa kedua tak pandai buat marketing.

Jadi step seterusnya yang kita boleh buat adalah :


STEP 5

TUNJUK KITA AMBIL


BERAT PASAL MEREKA
DENGAN BANTU SELESAIKAN ..
Antara yang kita mampu adalah sediakan training untuk
mereka atas isu besar ni.

Contoh, jika masalah utama adalah masa, buatkan kelas


urus masa yang mesra dengan suri rumah.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Jika masalah utama adalah marketinf, buatkan kelas


marketing mesra newbie.

Dan nanti boleh mesej personal kepada mereka yang krik-


krik ni, beritahu mereka yang kita dah sediakan kesemua
training ni khas untuk bantu mereka.

Dengan ni mereka akan rasa lagi dihargai dan diambil


berat.

Insya'ALLAH
STEP 6

SELALU
INVOLVEKAN
MEREKA
Ingat, bila kita selalu involvekan mereka dalam buat
perancangan dan keputusan, mereka akan lagi rasa
dihargai dan makin bersemangat nak join sama.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND
STEP 7

WIN OF THE DAY


Jadikan budaya untuk minta ejen raikan sekecil-kecil
kejaan hari itu kedalam group. Pastikan setiap kejaan dirai
bersama. Dengan ini group kita akan semakin 'meriah' dan
positif, yang krik-krik pun pasti teruja nak join semula.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND
STEP 8

REWARD
Semua orang teruja dengan hadiah !
Orang yang menerima hadiah pasti akan rasa seperti
'berhutang' sesuatu kepada yang memberi.
Kebiasaan mewujudkan rasa setia, menaikkan semangat
penerima.

Sama lah macam ejen yang krik-krik ni.


HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Kalau kita tawarkan offer yang mereka suka, pasti


mereka ada sebab lebih kuat untuk kembali aktif
bersama kita kan?

Jadi kat sini penting untuk kita offer reward yang menarik,
yang digilai mereka supaya mereka 'melting' dengan
tawaran kita.

Tapi step pertama pasti kita kena sediakan beberapa


level target sales yang mudah dicapai. Yelah, mereka
yang krik-krik ni kebanyakan pasti tak ada 'rentak' lagi
macam mana nak jual produk kita kan?
Antara beberapa kategori reward yang kita boleh beri :

1.Reward harian
Nilai lebih rendah bertujuan bakar semangat ejen-
ejen yang krik-krik ni
Contoh reward cash RM 10 jika capai 5 unit jualan
sehari.

2. Reward mingguan
Nilai sederhana dan boleh mengekalkan momentum
ejen
Contoh reward cash RM 50 (atau hadiah bernilai RM
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

50) jika capai 20 unit seminggu.

3. Reward bulanan
Nilai lebih besar yang bertujuan capai target sales
kumpulan kita
Contoh reward Loket Emas bernilai RM 500 jika capai
jualan 130 unit sebulan.

Buat kira-kira bajet anda ya !


HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND
STEP 9

KONGSI
MARKETING TEAM
Bila kita dah buat challenge reward, jangan
tinggalkan macamtu je.

Bimbing mereka.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Buatlah marketing training disusuli challenge 7 hari


ke. Atau paling simple kongsikan contoh marketing-
marketing yang dibuat oleh team lain untuk di
tiruvasikan saja.

Percayalah, cara ini boleh minda dan paling best


'buka jalan' ejen-ejen yang stuck , krik krik sebab tak
pandai buat marketing.

4
4
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND
4
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND
STEP 10

HOT SEAT SESSION

Boleh jadikan aktiviti mingguan untuk naikkan hot seat.

Hot seat ni bukan saja dari kalangan ejen atau stokis


yang buat jualan besar. Tapi mereka yang baru berjaya
'pecah telur' jualan pun kita boleh bawakan untuk
kongsi pengalaman.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Ikut pengalaman saya, sesi hot seat ni boleh beri


inspirasi dan 'bakar' ejen yang krik-krik untuk mula
muncul.

4
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND
STEP 11

LANTIK 'TUKANG
KEPOH'
Ini adalah idea yang saya dapat dari seorang TOP
LEADER pada brand besar kat negara kita ni.
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Nasihat nya, lantik PIC untuk jadi 'tukang kepoh' kat group
ejen kita.

Bila kita post, tukang kepohlah yang akan jadi 'booster'


untuk orang lain masuk kepoh.

Bila orang lain post, tukang kepoh nilah yang bantu


'kepoh'kan group tu. Dan kalau group sepi tukang
kepohlah yang bantu naikkan enggagement group
supaya group kita boleh terus nampak aktif.

Group yang tak krik-krik ni akan buatkan ejen yang krik-


krik boleh selalu nampak group kita di handphone
seterusnya masuk ke minda separa sedar. Hee

Lama kelamaan mereka akan masuk juga dan 'tonton'


dan join apa yang sedang berlaku dalam group.

4
STEP 12

JANGAN JADIKAN
GROUP MACAM
TEMPAT KERJA
Group tempat kerja ni selalu bincang hal kerja je. Dan
biasa ada boss sekali. Pagi ke petang cakap pasal kerja
jer.. Stress kan?
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

Takkan kita nak jadikan group kita stress macamtu.


Orang takut dan tak minat nak masuk nanti.

Jadinya.. Santai je kat group .

Jadikan group kita untuk bina engaggement,


bersilaturrahim, saling memahami, beri inspirasi dan
motivasi jika ada yang tengah down.

Barulah seronok dan orang suka nak buka group kita ..

Kalau ada kelas atau training, boleh lah buat di group


khas atau saya suka kata sebagai bilik training.

Antara topik santai yang kita boleh buat kat group;


kongsi pengalaman, tips-tips harian, behind the scene
masing-masing, bincang isu bisnes, sembang topik
makanan, hadiahkan doa, hadiahkan pujian bagi yang
dapat sekecil kejayaan, morning booster dll.

4
STEP 13
Terakhir sekali,

MEREKA SETIA
DENGAN KITA
BUKAN SEBAB
HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

PRODUK BAGUS,
TAPI KEPERIBADIAN
KITA..
Saya ingat lagi, antara perkara pertama yang saya
tulis dikertas dan tampal didinding masa nak jadi
leader dulu adalah,

Settlekan diri sendiri dulu !

4
Settlekan diri dari segi kebolehan saya jadi ketua, kebolehan
saya menjual, kebolehan saya latih anak-anak team buat
macam saya buat. Waktu ni saya tak letakkan 'perfectionist
sebagai benchmark. Tapi saya nak diri saya settle at least
saya ada sikit kemahiran pun dah cukup.

Sebab saya tahu, untuk jadi seorang leader tu tak mudah.

Orang datang ke saya mungkin at the first place kerana


HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

produk. Tapi orang setia dengan saya kerana peribadi saya.

Pandai ke tak saya lead mereka, pandai ke tak saya 'jaga'


mereka, pandai ke tak saya train mereka, layan mereka
lebih dari sekadar ejen jualan semata.

Ya, its a process dan tak boleh tunggu perfect !

At least saya ada sedikit ilmu dan kekuatan pun dah cukup.

Macam tu juga anda.

Nak jadi leader perlu persiapkan diri dulu.

Sebab kita kan nak berurusan dengan manusia.


Jadi keperibadian kita, kemahiran kita jadi seorang leader tu
penting sangat.

Jadi berusahalah !
ALHAMDULILLAH

Akhirnya anda berjaya habiskan ebook 13 Step Kejut Ejen Krik-


Krik. Lakukanlah tindakan mengikut kreativiti anda, sesuaikan
dengan keadaan dalam team sekarang.

Pasak dalam jiwa, dalam proses belajar, kita akan lalui fasa try
& adjust. Teruskan berusaha untuk bina kejayaan bisnes anda
menggunakan sistem ejen ini.

Saya teringat kata-kata orang berjaya:


HAKCIPTA TERPELIHARA 2021 - MOMPRENEUR MASTERMIND

“Ilmu Yang Ada, Kalau Tidak


Diamalkan, Ianya Akan Jadi Sia-Sia. Ibarat pasir yang ditiup
angin”

SEKARANG, TIBA MASANYA UNTUK ANDA BERTINDAK!

Akhir kalam, saya doakan anda terus kuat mental, emosi, fizikal
dalam mengharungi dunia
perniagaan dan mompreneur yang penuh dengan cabaran.
Ameenn

Yang benar,

Puan Hadjar Arshad


CEO Mompreneur Mastermind Sdn Bhd

Follow saya di Facebook Personal :


https://www.facebook.com/sitihadjar.mdarshad
APA YANG ANDA AKAN

DAPAT DALAM MGA?

1 FUNDAMENTAL OF BIZ & MARKETING

2 4 TEKNIK MARKETING GENIUS

3 DATABASE FUNNEL

TIME MANAGEMENT MASTERY


4

5 BUSINESS PLANNING

SISTEM-SISTEM SMART MENJIMATKAN MASA


6

7 BUSINESS COSTING

UNTUK INFO LANJUT

KLIK

SINI

Anda mungkin juga menyukai