Anda di halaman 1dari 67

3O STRATEGY

MARKETING
UNTUK LAUNCHING
PRODUCT
sehingga
JUALAN 6 ANGKA

Copyright © FunnelEvo 2021


Hak Cipta Terpelihara © SIFOO INTERNATIONAL SDN BHD.

Hak Cipta Terpelihara © SIFOO INTERNATIONAL SDN BHD.


Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa jua bentuk dan format tanpa
kebenaran pihak penulis dan pernerbitan. Tindakan undang-undang akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi sesetengah individu dan tiada jaminan
dikeluarkan bagi menghasilkan sesuatu keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan
asas dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah tepat. Penulis dan pihak penerbitan
secara khusus tidak bertanggungjawab tentang apa-apa kerugian dan risiko secaran langsung atau tidak langsung
akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan merupakan pengalaman penulis
semata-mata dan maklumatnya mungkin berbeza dari semasa ke semasa.
PENGENALAN

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan buat anda yang sudah berjaya
dapatkan Ebook 30 Strategy Marketing untuk Launching Product
sehingga Jualan 6 Angka.

Tapi, jangan download je. Pastikan baca sampai habis. Strategi yang
saya kongsikan ini adalah berdasarkan strategi launching yang telah
kami lakukan bermula dari tahun 2016. Kami kumpulkan kesemua
strategi yang pernah kami jalankan sebelum ini, dan senaraikan kepada
anda strategi paling terbaik pernah kami jalankan.

Harapan saya menulis ebook ini adalah untuk pastikan anda boleh
dapatkan idea bagaimana kami di FunnelEvo dan syarikat-syarikat di
bawah FunnelEvo menjana jualan sehingga 6 angka dengan
menggunakan Strategy Launching.

Ok. Cukup dah pengenalan, jom kita mulakan.

3O STRATEGY
MARKETING
UNTUK LAUNCHING
PRODUCT
sehingga
JUALAN 6 ANGKA

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#1
SENARAI DATABASE
YANG BERKUALITI
1) SENARAI DATABASE YANG BERKUALITI

Tahukah anda, Database yang berkualiti dapat bantu anda turunkan kos marketing
dengan sangat rendah?

Kenapa?

Database adalah prospek yang anda miliki maklumat mereka seperti nama, emel dan
nombor telefon. Anda boleh hubungi mereka pada bila-bila masa sahaja yang anda
mahukan. Tapi janganlah anda spam Database anda sehingga mereka rasa serabut
dengan anda. Dalam ebook ini, saya tak ceritakan berkenaan strategi membina
Database.

Saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana Database boleh turunkan kos
marketing sekiranya anda ingin jalan apa-apa launching produk atau servis.

Saya nak tanya anda 1 soalan. Sekiranya anda ingin menjual produk atau servis yang
baru siap, kepada siapa anda akan jual? Adakah anda akan buat iklan? Buat iklan
bermaksud anda akan keluarkan kos. Produk belum terjual. Kos dah keluar. Oppss.

Ok.Cuba anda bayangkan anda ada 1 senarai Database. Paling ramai dan biasa
usahawan ada adalah senarai nombor whatsapp. Nak blast whatsapp percuma atau
berbayar?

Percuma sahaja kan?

Sekiranya anda memiliki Database yang berkualiti, anda sudah boleh lancarkan
product launching anda tanpa perlu keluarkan kos apa-apa. Apa yang perlu anda
buat?

Susun database yang anda ada. Susun dimana itu terserah kepada anda. Excel boleh,
Google Sheet boleh atau Saleskip pun boleh. Saleskip? Nanti saya ceritakan Saleskip
tu apa.

Anda susun Database yang anda ada, kemudian hantar 1 mesej untuk maklumkan
anda akan lancarkan 1 produk atau servis yang baru. Jadi sekali lagi, hantar kepada
Database sedia ada adalah percuma sahaja. Tanpa perlu jalankan apa-apa iklan yang
berbayar. Tiada kos yang perlu anda keluarkan.

Jelas strategi 1?

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#2
FLOW STRATEGI
YANG MEMUKAU
2) FLOW STRATEGI YANG MEMUKAU

Selamat datang ke strategi yang kedua. Di strategi 1 saya kongsikan bagaimana kos
marketing boleh dikurangkan dengan menggunakan Database. Untuk strategi kedua
pula, saya nak kongsikan dengan anda flow strategi yang memukau yang akan
memberi impak ketika hari pelancaran produk atau servis baru anda.

Untuk pastikan proses launching berjalan lancar, anda perlukan flow yang lengkap.
Apa yang perlu dilakukan dari awal sehingga ke akhir. Awal bermaksud sebelum jualan
dibuka, akhir bermaksud selepas launching apa yang perlu anda buat.

Jadi untuk flow yang memukau, ada 4 Strategi yang perlu anda hadamkan.

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#3
FLOW STRATEGI
YANG MEMUKAU -
PRE PRE LAUNCH
3) FLOW STRATEGI YANG MEMUKAU - PRE PRE LAUNCH

Flow pertama yang perlu anda jalankan adalah pre pre launch. Pre Pre launch
dijalankan di fasa awal anda ingin promosikan produk atau servis anda. Pre pre launch
adalah langkah dimana anda maklumkan buat kali pertama anda sesuatu yang anda
ingin lancarkan. Anda tidak perlu maklumkan apakah produk atau servis yang anda
akan lancarkan. Cukup hanya memberitahu ada sesuatu yang bakal berlaku.

Pre pre launch ini adalah untuk anda dapatkan minat sebelum launching produk atau
servis anda. Dari langkah ini, anda akan dapat maklum balas dari bakal pembeli. Apa
yang mereka suka, offer macam mana mereka nak atau adakah mereka berminat nak
dapatkan produk atau servis baru anda.

Pre Pre dimulakan dengan bertanya soalan kepada Database anda.

“Siapa dekat sini ada masalah rambut gugur?”


“Ada tak dalam ni yang masih jalankan perniagaan secara manual?”
“Siapa dekat sini yang ada masalah nak cari makanan waktu PKPD?”

Dari soalan-soalan ini, anda akan peroleh data yang penting. Kesan dari respon dari
prospek anda, ada kemungkinan strategi launching anda juga perlu diubah.

Kenapa?
Anda tidak boleh launching secara syok sendiri. Sekiranya feedback dari prospek
anda tidak seperti yang anda jangkakan, anda perlu ubah strategi launching anda
secara keseluruhan.

Contoh Pre Pre Launch

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#4
FLOW STRATEGI
YANG MEMUKAU -
PRE LAUNCH
4) FLOW STRATEGI YANG MEMUKAU - PRE LAUNCH

Di fasa pre pre launch anda tidak war-warkan apa yang anda bakal launch. Tapi di fasa
pre launch ini, anda sudah mula maklumkan apakah produk atau servis baru anda.

Apa yang bakal anda keluarkan. Bila akan dilancarkan (Pastikan letak waktu, tarikh).

Fasa ini penting untuk pastikan prospek anda tahu dan jelas apa yang bakal anda
launch. Dan ingat, launching produk bukan sekadar ‘launch’ sahaja. Anda perlu
pastikan produk atau servis yang anda akan lancarkan itu menyelesaikan masalah
prospek anda.

Elakkan menggunakan strategi ‘what is it for me’, gunakan strategi ‘what is it for them’.
Apa faedah atau kebaikkan yang akan mereka peroleh dari produk atau servis yang
anda bakal jalankan.

Contoh paling mudah. Cuba anda tengok Shopee.

Apa yang mereka berikan kepada pelanggan mereka setiap kali mereka jalankan
launching. Biasanya kalau tak postage free, anda akan dapat coins yang banyak. Atau
paling best, potong harga kaw kaw punya.

Contoh Pre Launch - Kelas Percuma FunnelEvo

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#5
FLOW STRATEGI
YANG MEMUKAU -
LAUNCHING DAY
5) FLOW STRATEGI YANG MEMUKAU - LAUNCHING DAY

Fasa ketiga adalah fasa yang paling mendebarkan. Biasanya malam sebelum fasa ini,
ramai tidur tak lena. Maklumkan, disinilah salah satu penentu launching anda berjaya
atau tidak. Fasa ini adalah hari pelancaran produk atau servis baru anda.

Fasa ini anda akan mula buka jualan kepada pelanggan anda.

Senarai checklist anda yang perlukan pastikan sebelum launching. Ini penting.
Pastikan anda ikut senarai checklist ini.
1. Sekiranya anda menggunakan website, pastikan server mencukupi
2. Pasukan sokongan bersedia untuk bantu mereka yang mengalami masalah
untuk membeli
3. Laporan jualan dikeluarkan setiap jam untuk dapatkan performance launching
anda. Sekiranya tidak seperti yang disasarkan, pastikan anda ubah strategi
secepat mungkin.

Contoh Launch - e-Course Tiktok Ads Mastery

Flow masih belum tamat ye. Walaupun produk atau servis anda sudah dilancarkan,
ada 1 lagi fasa yang perlu anda jalankan.

Fasa ini akan dapat bantu untuk anda naikkan lagi jualan anda.

11

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#6
FLOW STRATEGI
YANG MEMUKAU -
POST LAUNCH
6) FLOW STRATEGI YANG MEMUKAU - POST LAUNCH

Fasa ini dijalankan selepas fasa Launching tamat. Ketika fasa Launching dijalankan,
akan ada prospek anda yang berminat untuk membeli namun mereka menghadapi
masalah mungkin dari segi teknikal sistem dan bermacam-macam lagi.

Fasa Post Launch ini adalah untuk membantu mereka yang menghadapi masalah
untuk membeli produk atau servis baru anda. Jadi bagaimana fasa ini dijalankan.

Sekali lagi. Fasa ini dijalankan selepas sahaja fasa launching tamat. Apa yang perlu
anda buat?

Anda boleh maklumkan kepada Database anda jumlah pembelian yang sudah berjaya
dilakukan. Sampaikan kepada Database anda apa impaknya kepada mereka sekiranya
mereka tidak dapatkan produk atau servis anda ketika pelancaran.

Untuk pastikan ada ‘scarcity’ atau ‘panic buying’ anda boleh buatkan kempen naik
harga sekiranya mereka tidak membeli dalam tempoh pelancaran.

Antara strategi post launch yang boleh anda jalankan;


1. Naikkan harga
2. Kurangkan bonus
3. Tiada gift diberikan
4. Offer dikurangkan

Izinkan untuk saya berikan contoh Shopee sekali lagi. Siapa perasan bagaimana
Shopee jalankan fasa Post Launch? Siapa tahu biasanya Shopee lancarkan promosi
mereka pada jam berapa?

Untuk mereka yang tak biasa dengan Shopee, jangan risau. Saya ceritakan sedikit.
Kebiasaannya Shopee akan jalankan pelancaran pada jam 12am-2am. Sesiapa yang
nak dapatkan promosi perlu bersedia dan memberi pada waktu tersebut.
Sekiranya anda tidak membuat pembelian pada ketika itu, harga akan dinaikkan. Tiada
kupon akan diberikan. Selepas dari tempoh 2 jam tersebut (12am-2am), apa yang
Shopee akan lakukan adalah dengan memberikan promosi yang berlainan.

Harga mungkin sudah dinaikkan, tapi promosi yang baru akan berjalankan
menggantikan promosi yang dilakukan ketika launching. Jadi mereka yang terlepas
untuk membeli ketika launching, masih boleh membeli ketika fasa post launch.

Jelas?

13

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


Harga mungkin sudah dinaikkan, tapi promosi yang baru akan berjalankan
menggantikan promosi yang dilakukan ketika launching. Jadi mereka yang terlepas
untuk membeli ketika launching, masih boleh membeli ketika fasa post launch.

Jelas?

Sebelum anda menyusun plan untuk lancarkan produk anda, pastikan anda sediakan
4 flow diatas terlebih dahulu. Pastikan anda bersedia dengan semua material yang
diperlukan untuk pastikan 4 flow ini boleh berjalan dengan lancar.

Antara senarai material yang perlu disediakan;


1. Poster
2. Mockup produk atau servis
3. Copywriting
4. Website
5. Harga pelancaran

Jom kita teruskan ke strategi seterusnya. Boleh minum kopi dulu sebelum sambung.
Kita ada lagi 28 STRATEGI!

14

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#7
SEDIAKAN OFFER
YANG MUSTAHIL
UNTUK DITOLAK
7) SEDIAKAN OFFER YANG MUSTAHIL UNTUK DITOLAK

Bila berbicara berkaitan launching, semestinya ada kelainan yang perlu disediakan.
Apa kelebihan dan kelainan yang ada berbanding jualan ketika hari-hari biasa.

Salah satu kelainan yang boleh disediakan adalah offer yang menarik. Anda perlu
dapatkan 1 offer yang sangat sukar untuk Database anda tolak. Offer ini akan menjadi
salah satu faktor untuk mereka bersedia untuk membeli dengan ketika hari pelancaran.
Offer yang disediakan perlu berkait dengan produk atau servis yang anda jual.

Antara senarai offer yang boleh digunakan;


� FREE Consultation
� Coupons
� Checklists
� Videos
� Video course
� Calendar
� Podcast
� PDF Download
� Webinar
� E - Course
� Free Tickets
� Email Course
� Physical Products
� Custom Pricing
� White Paper
� Ebook
� T-shirt
� Industry statistics
� Case study

16

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#8
SEDIAKAN WEBSITE
YANG CONVERT
8) SEDIAKAN WEBSITE YANG CONVERT

Untuk strategi launching yang berjaya, anda tidak digalakkan untuk mengunakan cara
pemasaran tradisional. Untuk memastikan semua berjalan lancar anda perlu pastikan
proses launching berlaku secara automatik.

Bermula dari mengumpulkan Database yang berminat untuk dapatkan produk atau
servis baru anda sehinggalah bagaimana proses untuk mereka membeli dengan anda.
Kesemuanya perlu bergerak secara automatik.

Bagaimana untuk pastikan semua bergerak secara automatik?

Anda perlukan satu website untuk uruskan jualan. Website tersebut bukan sekadar
untuk ada sahaja tapi perlukan memberikan impak dari segi conversion. Alamak apa
pula conversion ni?

Conversion bermaksud, berapa peratus mereka yang masuk ke website anda akan
membeli. Adakah mereka masuk dan membeli atau masuk dan pergi. Dari peratus
yang anda peroleh, anda boleh lihat adakah anda perlu perbetulkan website anda atau
perlu naikkan lagi bilangan yang sampai ke website anda.

Antara tips penting untuk pastikan website anda convert adalah;


1. Pastikan design yang tersusun
2. Gunakan warna button CTA yang jelas (merah, kuning, hitam)
3. Copywriting di website jelas
4. Flow pembelian yang mudah
5. Sediakan pembelian secara online
Sekiranya anda tiada pengalaman untuk membina website, saya nak kongsikan
dengan anda 1 sistem yang boleh bantu ada wujudkan website perniagaan anda
dalam masa 10 minit sahaja.

Saya nak kenalkan anda dengan Saleskip. Ingat saya sebut Saleskip di awal ebook ini
tadi?

Jadi apakah Saleskip? Saleskip adalah 1 sistem yang dibangunkan oleh salah satu anak
syarikat FunnelEvo. Sistem ini di bina untuk membantu usahawan untuk automasikan
perniagaan mereka. Untuk lebih jelas anda boleh cuba dapatkan sistem Saleskip
secara percuma sahaja di https://saleskip.com/

Gunakan Saleskip untuk sediakan 1 website yang convert dan gunakan website
tersebut untuk lancarkan produk atau servis baru anda.

18

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#9
MENGGUNAKAN
PLATFORM MEDIA
SOSIAL
9) MENGGUNAKAN PLATFORM MEDIA SOSIAL

Anda sebagai usahawan semestinya memiliki platform media sosial anda sendiri
betul? Tidak kira Facebook, Instagram, Tiktok atau mungkin Telegram.

Platform media sosial akan memudahkan anda untuk sampaikan berita mengenai
launching yang bakal anda jalankan, dengan syarat anda memiliki followers yang
ramai di salah 1 platform media sosial. Reach mereka yang follow anda di media sosial
juga adalah salah satu langkah yang tidak memerlukan apa-apa kos.

Yang anda perlu sediakan adalah 1 poster yang menarik, copywriting yang memukau
dan engagement dari followers anda. Selepas anda siapkan plan strategy launching
mengikut strategy 3 - 7, anda boleh mula maklumkan launching yang bakal anda
jalankan di platform media sosial anda.

Mereka yang follow anda di media sosial adalah mereka yang sudah mengenali
produk atau servis anda. Jadi untuk dapatkan engagement itu lebih mudah jika
dibandingkan dengan anda jalankan iklan atau menggunakan pemasaran melalui
emel.

20

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#10
MENGGUNAKAN
CONTENT YANG
VIRAL
10) MENGGUNAKAN CONTENT YANG VIRAL

Saya ada satu soalan untuk anda. Kalau saya tanya anda, ada tak saya video viral yang
baru sahaja anda tengok hari ini? Ingat lagi video mana yang anda tengok?

Video viral sangat mudah untuk mencapai ramai orang dalam jangka masa yang
pendek. Ada sesetengah video mampu mencapai 1,000,000 dalam tempoh kurang 24
jam. Apa impak video viral kepada strategy launching?

Video viral dapat membantu perniagaan anda dari segi branding. Semakin tinggi
jumlah mereka yang tonton video anda, semakin ramai yang akan mengenali produk
anda. Hipotesisnya begitulah.

Tapi.. Nak dapatkan video viral tidaklah semudah menyediakan video. Yang paling
menarik, anda tidak akan tahu video yang mana akan viral sehinggalah video tersebut
viral dengan sendirinya.

Apa yang boleh anda lakukan adalah, sediakan video content yang menarik untuk
ditonton. Video yang menarik bermaksud, video tersebut tidaklah terlalu dull atau
bosan. Sense of humor perlu diterapkan bagi memastikan video itu seronok dan fun.

22

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#11
SAMPAIKAN HANYA 1
MESEJ BRANDING
11) SAMPAIKAN HANYA 1 MESEJ BRANDING

Siapa pernah dengar formula ini? CLARITY = POWER

Kalau ada pernah join mana-mana seminar FunnelEvo, Tuan Fahdi biasanya akan
terangkan kepentingan clarity setiap kali anda jalankan kempen pemasaran.

Kenapa Clarity penting?

Setiap kali anda jalankan kempen pemasaran, elakkan dari prospek membakar banyak
kalori untuk faham apa yang anda cuba sampai. Kalori bukan berkaitan nak kurus je
tau. Dalam pemasaran pun ada kalori.

Semakin banyak kalori yang perlu dibakar, semakin tidak jelas kempen yang anda
jalankan. Maksudnya, sekiranya kempen pemasaran yang anda jalankan itu
memerlukan Database untuk hadam dan faham dalam jangka masa yang panjang, itu
bermaksud kempen anda TIDAK CLEAR.

Anda ada beberapa saat sahaja untuk menarik perhatian prospek. Ibaratnya sekelip
mata melihat poster, sudah boleh bantu prospek anda faham apa yang bakal anda
launch. Untuk memudahkan prospek jelas apa yang anda cuba sampaikan, gunakan
hanya 1 mesej untuk branding.

Contoh: FunnelEvo ingin lancarkan tiket Seminar Evolusi. Pada hari launching, kami
tekankan untuk jualan tiket VVIP dan pendaftaran telah dibuka. Fokus 1 sahaja. Untuk
jualan tiket VVIP.

24

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#12
NAIKKAN KEKERAPAN
KOMUNIKASI -
MENGGUNAKAN
PLATFORM FACEBOOK
12) NAIKKAN KEKERAPAN KOMUNIKASI - MENGGUNAKAN PLATFORM
FACEBOOK

Platform paling mudah untuk anda berinteraksi dengan Database anda adalah melalui
platform Facebook. Anda boleh gunakan platform ini sebagai platform utama untuk
menarik trafik mereka yang berminat untuk dapatkan produk atau servis yang bakal
anda lancarkan.

War-warkan kepada mereka sekerap yang boleh berkenaan pelancaran yang akan
berlangsung. Pesanan saya, pastikan anda gunakan poster yang menarik. Facebook
adalah salah satu platform media sosial yang sibuk di dunia.

Tanpa sesuatu yang dapat menarik mata, agak sukar untuk anda dapatkan perhatian
mereka yang berada di Facebook. Yang bagusnya dengan platform Facebook ini,
bukan hanya follower anda sahaja boleh melihat posting anda, pengguna yang tidak
mengenali anda juga boleh dapatkan makluman berkenaan pelancaran anda.

Bagaimana caranya?

Anda perlu gunakan kekuatan followers anda dengan cara dapatkan sebanyak ‘share’
yang boleh. Nak dapatkan share bukan hanya berharap prospek anda akan share
dengan rela hati. Anda perlu dapatkan bantuan mereka untuk ‘share’ posting
berkaitan pelancaran yang anda akan jalankan.

Contoh..

“Jangan lupa SHARE untuk pastikan lebih ramai yang dapat manfaat”
“Pastikan anda SHARE untuk pastikan ramai tahu ada
promosi dari kami, ok?”

26

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#13
NAIKKAN KEKERAPAN
KOMUNIKASI -
MENGGUNAKAN
PLATFORM TELEGRAM
13) NAIKKAN KEKERAPAN KOMUNIKASI - MENGGUNAKAN PLATFORM
TELEGRAM

Kalau saya bercerita menggunakan Facebook mesti ramai yang faham betul? Tapi saya
yakin tidak ramai yang gunakan platform Telegram. Tahukah anda, Telegram sangat
sesuai dijadikan sebagai platform untuk anda kumpulkan Database anda.

Kelebihan mengumpulkan Database di satu tempat adalah untuk memudahkan anda


berkomunikasi dengan Database anda. Anda mungkin rasa bosan di siang hari, dan
rasa nak berkomunikasi dengan Database anda?

Haa tiada masalah. Letak sahaja mesej di channel Telegram anda. Dengan syarat
adalah subscribers. Kalau tiada subscribers nanti tak menjadi.

Kembali kepada platform Telegram. Telegram memiliki berapa fungsi yang sangat
sesuai digunakan untuk strategy launching. Sekiranya baru ingin bermula untuk
gunakan Telegram sebagai platform pemasaran anda, pastikan anda bina 1 Channel
Telegram khas yang membawa nama jenama perniagaan anda.

Anda boleh gunakan nama Channel dengan nama personal anda (Personal branding)
atau menggunakan nama produk atau servis anda.

Sebagai contoh, kami memiliki beberapa Channel Telegram yang berbeza. Setiap
channel ini membawa objektif branding yang berbeza.

Senarai Telegram Channel dibawah Syarikat FunnelEvo;


1. Fahdi Ghazali - Channel Telegram personal branding Tuan Fahdi Ghazali
2. FunnelEvo - Channel Telegram untuk brand FunnelEvo
3. MentorHack - Channel Telegram untuk brand MentorHack
4. SaleSkip - Channel Telegram untuk brand Saleskip

Contoh komunikasi yang kami lakukan menggunakan platform Telegram

28

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#14
NAIKKAN KEKERAPAN
KOMUNIKASI -
MENGGUNAKAN
PLATFORM FACEBOOK
MESSENGER
14) NAIKKAN KEKERAPAN KOMUNIKASI - MENGGUNAKAN PLATFORM
FACEBOOK MESSENGER

Siapa dekat sini pernah guna Facebook Messenger sebagai platform pemasaran? Saya
tak galakkan anda untuk guna dengan kerap dan cara yang salah. Tapi platform ini
sesuai untuk anda gunakan sebagai platform untuk anda berkomunikasi dengan
Database anda.

Anda boleh hantar chat message secara automatik dengan menggunakan Facebook
Messenger. Ada beberapa sistem yang boleh bantu anda untuk dapatkan fungsi
menghantar chat message melalui Facebook Messenger.

Antaranya adalah:
1. Manychat
2. Chatfuel
3. ZoConvert

Sistem yang saya senaraikan diatas, boleh bantu anda untuk gunakan Facebook
Messenger sebagai platform untuk berkomunikasi dengan Database anda.

Gunakan fungsi ini untuk sampaikan mesej berkenaan pelancaran yang anda akan
lakukan. Untuk makluman anda, platform Facebook Messenger memberikan open
rate yang tinggi berbanding dengan platform-platform yang lain.

Contoh komunikasi yang kami lakukan menggunakan platform Facebook Messenger

30

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#15
SEDIAKAN FAQ
SEBELUM LAUNCHING
BERMULA
15) SEDIAKAN FAQ SEBELUM LAUNCHING BERMULA

Masih ingat STRATEGI #11?

Clarity = power

FAQ akan bantu untuk membantu mereka yang kurang jelas dengan kempen
launching yang anda lakukan. Apa yang perlu anda sediakan adalah, senarai isu atau
pertanyaan yang sering ditanya oleh prospek anda.

Senaraikan kesemua isu dan pertanyaan tersebut, letakkan di 1 website page yang
boleh dijadikan sebagai rujukan buat prospek anda. Mengikut pengalaman kami di
FunnelEvo, ada beberapa persoalan yang sering ditanya oleh bakal pembeli kami.

Antaranya;
1. Bila launching?
2. Berapa harga launching?
3. Apa saya akan kalau saya dapatkan promosi tersebut?
4. Lepas beli, apa saya kena buat?

Soalan nampak biasa, tapi soalan-soalan ini jika dijawab dengan pantas, mereka tidak
akan fikir panjang dan terus membeli. Prospek yang mempunyai persoalan seperti
diatas kebiasaannya sudah berminat untuk dapatkan produk atau servis anda. Isunya
mereka hanya perlukan maklumat-maklumat tersebut sebelum membuat apa-apa
keputusan.

Jadi macam mana cara untuk anda berikan FAQ ini kepada prospek anda?

Paling mudah adalah dengan letakkan di website jualan anda. Di bahagian pembelian
produk atau servis yang anda sediakan, anda letakkan FAQ ini.

Contoh FAQ di website jualan

32

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#16
LAUNCHING
MENGGUNAKAN
PLATFORM EMAIL
16) LAUNCHING MENGGUNAKAN PLATFORM EMAIL

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa banyak sangat platform kena guna?

Facebook, Telegram, Facebook Messenger. Sekarang emel pula. Jangan risau. Semakin
banyak platform yang anda gunakan, semakin cepat anda dapat mencapai Database
anda. Dan yang menariknya, ada antara platform-platform yang saya sebutkan ini tidak
mengenakan bayaran yang tinggi untuk digunakan.

Dengan bayaran yang murah, anda boleh naikkan jumlah mereka yang bersedia dan
berminat untuk membeli ketika launching produk atau servis anda.Makin ramai yang
alert dengan hari launching anda, makin tinggi jualan yang anda bakal peroleh.

Kelebihan menggunakan emel adalah anda boleh setkan automasi yang memudahkan
proses closing anda. Sebagai contoh, anda boleh hantar 1 emel untuk maklumkan
bahawa anda bakal lancarkan 1 produk atau servis baru. Sekiranya mereka buka emel
tersebut, anda boleh hantarkan emel terima kasih kerana berminat.

Tapi bagaimana jika mereka tidak buka emel tersebut?

Bagusnya dengan platform emel ini adalah, anda boleh menghantar 1 lagi emel kepada
mereka yang tidak membuka emel pelancaran yang anda hantar.

Contoh:
“Saya sedih. Saya dapati Syahirah tak buka emel yang saya hantar sebentar tadi. Tapi
takpe, saya faham. Mungkin Syahirah agak sibuk untuk melihat emel saya tadi. Nanti
kalau FREE buka ye. Jangan dibiarkan tak dibaca emel saya ok? Terima kasih”

34

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


Masih ingat 4 STRATEGY LAUNCHING? Pre pre launch, pre launch, launch dan post
launch?

Untuk pastikan keempat-empat fasa ini disampaikan kepada lebih ramai Database,
gunakan platform emel untuk sampai mesej pelancarana tersebut. Akan ada mereka yang
tidak memiliki Facebook dan Telegram. Mereka ini akan kerap membuka emel. Jadi
gunakan emel untuk maklumkan berkenaan pelancaran yang bakal anda lancarkan.

Nak tips open rate emel yang tinggi?

Pastikan anda bagi gift yang menarik untuk mereka yang bersedia untuk hari pelancaran
anda. Prospek anda akan sangat suka dengan gift yang FREE. Tak percaya? Cuba buat..

Saya akan ceritakan bahagian FREE GIFT ini di strategi seterusnya. Teruskan membaca.
Jangan mengalah lagi. Saya nampak macam ada yang mengantuk tu. Boleh berhenti
kejap, basuh muka. Lepas tu sambung balik ok?

Jom kita teruskan.

35

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#17
SEDIAKAN
GIFT/GIVEAWAY
YANG MENARIK
17) SEDIAKAN GIFT/GIVEAWAY YANG MENARIK

Saya nak tanya anda. Siapa dekat sini suka hadiah? Dengar sahaja hadiah, saya jamin
semua orang akan jawab ya. Sebab tu bila tiba hari lahir kita, makin banyak hadiah kita
dapat makin kita gembira. Betul? Kalau ada yang hari lahirnya hari ini, selamat hari lahir
ye. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

Sambung balik..

Untuk pastikan, prospek anda excited dengan pelancaran yang bakal anda jalankan,
berikan mereka gift mereka yang menarik.

Contoh mudah adalah

“Siapa yang membeli produk atau servis saya pada hari pelancaran nanti, saya akan
hadiah anda sebuah kereta PROTON”

Haa. Rasa-rasa anda, ada yang nak tolak ke?

Tapi nak pilih gift tengok kemampuan ye. Kereta PROTON tu contohnya sahaja. Jangan
betul-betul buat pula. Sekiranya anda tidak memiliki bajet yang besar untuk sediakan gift,
cari satu gift yang anda tidak perlu keluarkan apa-apa kos. Berikan sesuatu yang
bermakna tapi berkualiti dan bermanfaat buat prospek anda.

Contoh. Anda dapat ebook ini secara PERCUMA betul? Ebook ini ditulis dengan harapan
anda akan dapat belajar bagaimana untuk anda lancarkan produk atau servis anda
dengan kempen yang lebih tersusun. Ramai yang ada produk atau servis yang sangat
menarik.

Namun atas faktor, ada yang tidak tahu bagaimana cara launching yang betul, launching
tidak berjaya seperti yang disasarkan.

Kos untuk menulis ebook ini adalah RM0. Tanpa kos. Yang ada adalah pengalaman kami
di FunnelEvo yang sudah lama jalankan kempen Strategy Launching. Daripada
pengalaman tersebut, kami tuliskan 1 ebook buat anda.

Anda juga boleh lakukan mungkin perkara yang sama. Sediakan satu ebook berkaitan
dengan kepakaran yang anda ada. Tulis satu ebook, dan berikan ebook tersebut secara
percuma kepada prospek anda.

Lagi sekali, pastikan anda berikan sesuatu yang bermanfaat. Bukan sekadar tangkap
muat sahaja. Jika mereka tidak membeli dengan anda sekali pun, sekurang-kurangnya
ada saham anda dengan memberi manfaat kepada orang lain.

37

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#18
SEDIAKAN JADUAL
PEMASARAN
18) SEDIAKAN JADUAL PEMASARAN

Sekarang anda sudah jelas berkenaan fasa untuk launching, platform mana yang sesuai
untuk komunikasi dan banyak lagi. Sekarang saya nak kongsikan dengan anda 1 lagi
STRATEGY LAUNCHING yang boleh bantu anda mencapai jualan sehingga 6 angka.

Pernah dengar kata-kata ini,

“A goal without a plan is just a wish”


“Sasaran tanpa plan adalah hanya sekadar hajat”
Untuk pastikan kempen launching anda berjalan lancar, pastikan anda sediakan jadual
pemasaran yang lengkap. Pastikan anda dan pasukan anda jelas apa tujuan dan sasaran
untuk launching yang anda bakal lakukan.

Bila tarikh untuk anda mulakan fasa pre pre launch? Bila anda akan launch? Apa FREE
GIFT yang anda akan berikan kepada prospek anda?

Semua persoalan ini perlu dirancang terlebih dahulu. Sediakan 1 jadual lengkap yang
menampakkan flow yang akan berlaku sepanjang proses launching yang anda akan
jalankan.

Contoh jadual pemasaran strategy launching.

Dari jadual pemasaran ini, anda boleh tengok sama ada proses hari launching anda on
track atau tidak. Sekiranya ada perubahan, pastikan anda betulkan dengan pantas.

39

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#19
HYPE - KAN
DATABASE ANDA
19) HYPE -KAN DATABASE ANDA

Untuk bina satu situasi yang menarik sebelum hari launching, anda perlu pastikan
Database anda excited. Semakin ramai yang tidak sabar menantikan hari launching
produk atau servis anda, semakin tinggi jualan yang anda akan peroleh.

Kita kembali kepada contoh Shopee. Siapa dekat sini membeli ketika Shopee jalankan
promosi 11.11? Kalau anda perhatikan apa yang dilakukan oleh Shopee untuk hype -kan
Database mereka adalah dengan mengadakan konsert pendek sebelum jam 12am.

Sama seperti sambutan tahun baru, begitulah yang dilakukan oleh Shopee. Ramai
sungguh rakyat Malaysia yang akan tidur lambat malam 10.11.

Kenapa?

Untuk makluman anda, 11.11 adalah hari sales terbesar yang dijalankan oleh Shopee.
Shopee naikkan semangat para Database mereka dengan kongsikan berapa banyak sales
yang mereka akan lakukan.

Untuk hype -kan Database anda, naikkan kekerapan komunikasi antara anda dan
Database anda. Gunakan posting dengan style engagement.

Contoh “ SIAPA DAH SEDIA? SHARE LIKE KALAU ANDA SUDAH SEDIA!”

41

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#20
STRATEGY
LAUNCHING
MENGGUNAKAN LIVE
WEBINARJAM
20) STRATEGY LAUNCHING MENGGUNAKAN LIVE WEBINARJAM

Kita sudah mencapai 20 STRATEGI! Bermula dari strategi 20 saya akan kongsikan
bahagian teknikal yang boleh anda gunakan untuk strategy launching produk atau servis
anda.

Launching tidak semestinya dijalankan secara broadcast sahaja. Anda juga boleh launch
produk atau servis anda menggunakan cara yang berbeza. Khas untuk ebook ini, saya
akan kongsikan beberapa platform yang anda boleh gunakan untuk launch produk atau
servis baru anda.

Saya akan kongsikan kelebihan untuk setiap platform-platform ini. Jadi pastikan anda
baca sampai habis, supaya anda boleh pilih yang mana paling terbaik dan sesuai dengan
hari launching produk dan servis baru anda.

Baik. Jom kita mulakan.

Platform pertama yang saya nak kongsikan adalah Webinarjam. Webinarjam adalah salah
1 platform yang sesuai sekiranya anda ingin menggunakan strategy launching secara live.

Kelebihan Webinarjam selain dari live adalah, anda boleh bina everwebinar anda sendiri.

Apa itu Everwebinar?

Everwebinar adalah live yang berlaku setiap malam. Ianya adalah rakaman yang
ditayangkan dan kelihatan seperti sebuah live. Kebiasaannya anda tidak dapat kenal pasti
sama ada seseorang itu sedang live atau ianya adalah rakaman.

Menggunakan fungsi ini, anda boleh jalankan kempen launching setiap hari. Wow! Setiap
hari? Ya. Fokus pemasaran anda adalah untuk membawa masuk mereka yang berminat
dengan database anda. Dalam webinar tersebut anda akan lancarkan produk atau servis
baru anda.

Menggunakan fungsi ini, jualan akan berlaku pada setiap hari.

43

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#21
STRATEGY
LAUNCHING
MENGGUNAKAN LIVE
ZOOM WEBINAR
21) STRATEGY LAUNCHING MENGGUNAKAN LIVE ZOOM WEBINAR

Platform Zoom memiliki pengguna yang ramai atas beberapa faktor yang memudahkan
pengguna menggunakan platform mereka.

Kelebihan paling ketara apabila menggunakan Zoom pada pandangan kami adalah,
bandwidth yang digunakan adalah rendah dibandingkan dengan Webinarjam. Bandwidth
ni apa pula?

Bandwidth bermaksud keupayaan internet yang diperlukan untuk sertai live di platform
Zoom adalah lebih rendah. Bahasa lagi mudah, internet biasa-biasa pun boleh sertai live
Zoom. Tapi kalau line nya teruk sangat, tak dapat join juga.

Sepanjang kami jalankan kempen launching melalui live di Zoom Webinar, dari respon
mereka yang sertai live kami, tidak ramai yang menghadapi masalah atas sebab mereka
sudah terbiasa menggunakan platform Zoom. Ini bagus untuk pastikan mereka yang
masuk ke webinar anda lebih ramai.

Sekiranya ramai yang menghadapi masalah untuk masuk ke live sesebuah platform itu,
anda akan dapat lihat penurunan dari segi mereka yang hadir ke live anda.

Jadi untuk elakkan ada isu teknikal yang besar, anda boleh gunakan platform Zoom
sebagai platform untuk lancarkan produk atau servis baru anda.

45

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#22
STRATEGY LAUNCHING
MENGGUNAKAN
LIVE - FACEBOOK
22) STRATEGY LAUNCHING MENGGUNAKAN LIVE - FACEBOOK

Antara Webinarjam, Zoom webinar dan Facebook Live, Facebook Live adalah platform
yang anda boleh gunakan secara percuma. Untuk menggunakan Webinarjam atau Zoom
webinar ada bayaran yang dikenakan.

Sekiranya ada mempunyai bajet yang diperuntukkan untuk menjalankan kempen


launching secara live, saya cadangkan anda untuk mulakan dengan platform Zoom. Opss.
Bukan bermaksud Facebook Live tidak bagus.

Ketiga-tiga platform ini, mempunyai kelebihan yang berbeza. Sekiranya anda masih baru
dengan kempen launching, saya cadangkan anda untuk guna Facebook Live. Dapatkan
rentak bagaimana launching boleh berlaku secara live.

Kelebihan live di Facebook adalah, anda boleh dapat trafik yang tinggi. Di Facebook anda
boleh mencapai reach melalui mereka yang share live anda, makin ramai yang share,
makin tinggi mereka yang akan sertai live anda.

Anda juga boleh kongsikan live anda, di page-page atau group berkaitan dengan produk
atau servis yang anda sediakan.

Kekurangan yang ada di Facebook Live pula adalah anda tidak akan dapat Database
mereka yang sertai live anda. Anda boleh dapatkan view yang tinggi tanpa Database
mereka. Penting ke Database mereka?

Database penting untuk kempen launching anda yang seterusnya. Ingat STRATEGI 1?
Database yang berkualiti akan turunkan kos marketing anda.

47

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#23
STRATEGY LAUNCHING
MENGGUNAKAN
LIVE - FACEBOOK
(CASE STUDY)
23) STRATEGY LAUNCHING MENGGUNAKAN LIVE - FACEBOOK (CASE STUDY)

Tahukah anda, anda boleh jalankan launching melalui live menggunakan content Case
Study? Maksud content case study adalah anda kongsikan testimoni mereka yang pernah
menggunakan produk status servis anda.

Kongsikan kejayaan testimoni tersebut secara live, dan dihujung live anda boleh
lancarkan produk atau servis yang sama yang diceritakan dalam case study tersebut.
Content case study boleh tingkat kepercayaan untuk menggunakan produk anda.

Berapa lama nak live kalau guna case study?

Apa yang perlu anda lakukan adalah, pada 30 minit pertama anda ceritakan bagaimana
pengguna produk atau servis yang anda sediakan mendapat kesan yang baik. Ceritakan
sebelum dan selepas menggunakan produk atau servis anda. Bagaimana produk atau
servis anda membantu mereka, adakah hidup mereka berubah selepas menggunakan
produk atau servis anda.

Kemudian, pada 30 minit seterusnya anda boleh jemput pengguna tersebut untuk live
bersama anda dan ceritakan semula kelebihan menggunakan produk anda secara live.
Dari live ini, anda dapat mencipta trust dengan lebih mudah dan boleh tingkatkan rasa
ingin membeli dengan cepat.

Pastikan anda gunakan testimoni yang betul. Jangan reka cerita pula semata-mata nak
dapatkan content untuk live. Dapatkan testimoni pelanggan anda sekarang dan plan
untuk launching produk atau servis anda secepat mungkin.

49

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#24
STRATEGY
MARKETING -
FACEBOOK ADS
24) STRATEGY MARKETING - FACEBOOK ADS

Facebook ads bukan sahaja bolv eh digunakan untuk menjual produk atau servis secara
direct, anda juga boleh jalankan strategy launching menggunakan pengiklanan di
Facebook?

Kenapa kena guna Facebook Ads?

Sekiranya anda memiliki Database yang besar, anda masih perlu dapatkan Database yang
baru untuk pastikan launching anda juga berlaku kepada mereka yang belum mengenali
jenama produk atau servis anda.

Database baru ini akan menambahkan jumlah Database yang anda miliki dan boleh
digunakan untuk hari launching yang seterusnya. Untuk mencari Database baru, anda
perlu mencari mereka yang berminat dengan produk atau servis yang anda sediakan.

Facebook ads akan bantu anda untuk mencari lebih ramai prospek dan anda boleh
tukarkan prospek tersebut kepada Database. Dari Database ini, gunakan strategy
launching yang saya kongsikan diatas tadi untuk promosikan hari pelancaran yang bakal
anda jalankan.

51

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#25
STRATEGY
MARKETING -
GOOGLE ADS
25) STRATEGY MARKETING - GOOGLE ADS

Selain Facebook Ads, anda juga boleh jalan pengiklanan menggunakan platform Google
Ads. Apa beza 2 platforma ads ini?

Tidak ada perbezaan yang besar. Kedua-duanya memberikan anda peluang untuk
mencari prospek baru yang berminat dengan produk atau servis yang anda sediakan.
Untuk strategy launching menggunakan platform Google Ads anda boleh gunakan
platform Youtube Ads.

Kenapa Youtube Ads?

Platform Youtube memiliki pengguna yang tertinggi di Malaysia. Disebabkan itu, anda
dapat mencapai lebih ramai prospek menggunakan platform ini. Kenapa Youtube
dikatakan platform yang memiliki pengguna yang paling tinggi? Hari ini anda ada masuk
Youtube?

Youtube adalah satu platform entertainment. Manusia itu cenderung untuk menyukai
sesuatu yang menarik. Mengikut statistik, pengguna Youtube menggunakan Youtube
untuk mendengar lagu berbanding dari kandungan Youtube yang lain.

Dengan menggunakan Youtube Ads, anda akan dapat mencapai mereka dengan kadar
yang cepat.

53

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#26
GUNAKAN PAKAR
UNTUK LAUNCH
PRODUK ANDA
26) GUNAKAN PAKAR UNTUK LAUNCH PRODUK ANDA

Strategi launching sudah hampir ke penamat. Kita sudah berada pada nombor yang ke 25!

Bagaimana setakat ini? Masih ok untuk teruskan?

Dalam dunia yang maju sekarang ini, setiap perniagaan itu memiliki pesaing
masing-masing. Sama juga dengan prospek kita, mereka melihat beribu-ribu produk
berlainan selain dari jenama anda. Disebabkan itu, cara mereka untuk memilih produk
atau servis anda adalah berdasarkan kepercayaan dan research.

Mereka akan mendapatkan maklumat yang lengkap sebelum membuat keputusan untuk
memilih produk atau servis anda. Cara paling senang untuk anda naikkan kepercayaan
prospek anda adalah dengan memberikan mereka maklumat berkenaan produk atau
servis dan berikan mereka jawapan kepada carian mereka tentang kenapa mereka perlu
dapatkan produk atau servis anda.

Untuk bantu mereka, dapatkan seorang pakar untuk bercerita berkenaan kelebihan
produk atau servis yang anda sediakan. Pakar ini boleh kongsikan maklumat tersebut
melalui LIVE atau anda boleh sediakan 1 poster yang lengkap.

Kongsikan maklumat ini pada fasa PRE LAUNCH untuk naikkan lagi jumlah mereka yang
berminat untuk dapatkan produk atau servis baru anda.

55

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#27
GUNAKAN
NFLUENCER UNTUK
PROMOSIKAN
LAUNCHING
27) GUNAKAN INFLUENCER UNTUK PROMOSIKAN LAUNCHING

Antara faktor penting untuk anda lancarkan produk atau servis baru anda adalah dengan
dapatkan seramai prospek yang berminat seramai yang boleh. Bilangan mereka yang
berminat ini akan memberikan impak besar kepada jualan ketika launching.

Anda tahu Sambal Nyet Khairul Aming?

Produk sambal nyet licin dalam tempoh 5 minit. Itu menunjukkan jumlah prospek yang
bersedia dan berminat untuk membeli. Mereka yang menantikan hari untuk launching.
Bila buka sahaja, mereka akan membeli secara serentak.

Antara cara untuk anda naikkan jumlah mereka yang berminat dengan produk atau servis
anda ketika launching adalah dengan menggunakan influencer yang memiliki ramai
followers. Tadi saya ceritakan berkenaan sambal nyet, sekarang kalau anda perasan apa
sahaja produk yang digunakan oleh Khairul Aming didalam video-video beliau,
produk-produk tersebut akan sold out.

Begitulah umpamanya sekiranya anda menggunakan influencer untuk promosikan produk


atau servis anda sebelum hari launching. Influencer akan bantu untuk naikkan prospek
yang berminat dengan produk anda.

57

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#28
KEPENTINGAN WORD
OF MOUTH
28) KEPENTINGAN WORD OF MOUTH

Word of mouth sangat penting bukan sahaja sebagai salah satu strategy launching, malah
untuk memastikan produk atau servis anda kekal di pasaran. Mengikut kajian 74%
pelanggan terpengaruh untuk membeli atas sebab word of mouth.

Kajian tersebut menunjukkan bagaimana word of mouth menjadi faktor penting prospek
memilih untuk membeli sesebuah produk atau servis yang mereka nampak. Word of mouth
tidak dapat dicipta melalui apa sahaja cara kempen pemasaran kerana anda tidak dapat
mengawal faktor tersebut.

Apa yang boleh kita lakukan adalah dengan memberikan servis yang terbaik kepada
pelanggan. Pastikan mereka berpuas hati dengan cara kita menjual kepada mereka.
Kesannya mereka akan bercakap berkenaan anda tanpa mengharapkan apa-apa dari anda.

Untuk strategy launching, pastikan kempen yang anda jalankan meninggalkan kesan
kepada pembeli supaya mereka melalui pengalaman yang menarik sehingga mereka
bercerita mengenai produk atau servis anda kepada mungkin keluarga atau kawan-kawan
mereka.

Sebagai contoh, anda bercadang untuk melancarkan baju kurung dengan corak yang
terbaru. Apa yang anda boleh lakukan untuk memastikan word of mouth berlaku, selain
dari menghantar baju kurung yang anda jual kepada pembeli, anda oleh sediakan satu
surat berterima kasih kepada pembeli tersebut. Di surat tersebut anda boleh letakkan satu
contest untuk mereka kongsikan pembelian tersebut di media sosial.

Secara tidak langsung, sekiranya pembeli tersebut kongsikan pembeliannya di media


sosial, rakan-rakan pembeli tersebut akan tertarik dengan produk yang mereka.

Senang kan? Pembeli suka pada kejutan. Walaupun hanya sekeping surat terima kasih,
cara itu akan menyebabkan mereka gembira dan akan kongsikan kegembiraan tersebut di
media sosial.

Jadi anda dah tahu kepentingan word of mouth. Jangan lupa share cara untuk dapatkan
ebook ini di media sosial ok..

59

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#29
KEMPEN
REMARKETING
29) KEMPEN REMARKETING

Tarik nafas.. Anda sudah hampir tamatkan bacaan Ebook 30 Strategy Marketing untuk
Launching Product sehingga Jualan 6 Angka. Tinggal 2 sahaja lagi strategi yang saya nak
kongsikan dengan anda.

Kebanyakkan dari anda, mungkin sudah biasa jalankan iklan secara direct. Kali ini saya nak
kongsikan bagaimana kempen remarketing boleh bantu anda tingkatkan jualan ketika hari
pelancaran produk atau servis. Sekiranya anda ingin naikkan jualan ketika launching,
remarketing adalah strategy paling tepat.

Tapi sebelum itu, apa itu remarketing?

Remarketing adalah kempen dimana anda jalankan pengiklanan secara spesifik yang
fokuskan kepada beberapa behaviour berbeza. Contoh, anda boleh jalankan 1 kempen
khas kepada mereka yang pernah masuk ke website anda atau jalankan kempen kepada
mereka yang pernah engage dengan mana-mana posting anda di Facebook.

Tujuan utama kempen remarketing dijalankan adalah untuk mereka masih tidak membeli
untuk membeli dengan anda. Selain dari membeli, anda juga boleh memastikan mereka
yang masih tidak memberikan Database mereka kepada anda untuk melakukan tindakan
secepat mungkin.

Kempen remarketing akan dijalankan kepada mereka yang sudah mengenali produk atau
servis anda. Mereka hanya perlukan sedikit tolakkan dari anda untuk membuat tindakan
seterusnya. Mengikut kajian, kempen remarketing akan tingkatkan conversion jualan
sebanyak 43%.

Anda boleh gunakan strategi kempen marketing ketika di fasa pre launch. Sebelum tarikh
launching, dapatkan prospek yang berminat dengan produk atau servis anda seramai
yang boleh. Dari situ, anda akan nampak bagaimana jualan meningkat berbanding dengan
kempen-kempen yang pernah ada jalankan sebelum ini.

61

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


#30
DIGITAL MARKETING
AUTOMATION
30) DIGITAL MARKETING AUTOMATION

Dan akhirnya. Anda sudah sampai ke penghujung 30 Strategy Marketing untuk Launching
Product sehingga Jualan 6 Angka. Strategi terakhir yang saya nak kongsikan dengan anda
adalah kepentingan Digital Marketing Automation. Bagaimana Digital Marketing dapat
bantu anda untuk launch produk atau servis anda dengan lancar.

Saya nak tanya anda satu soalan. Bayangkan sekarang adalah waktu launching produk
atau servis anda. Adakah anda ingin fokus pada launching dan pastikan target jualan anda
mencapai jumlah yang anda tetapkan atau anda ingin fokus pada soalan-soalan prospek
berkenaan produk atau servis yang mereka berminat untuk dapatkan?

Yang mana? Kalau kurang faham soalan saya, ulang sekali lagi.

Untuk pastikan launching anda berjalan lancar, pastikan keseluruhan proses pembelian
berlaku secara automatik. Anda perlu sediakan 1 pengalaman yang terbaik buat prospek
anda untuk pastikan mereka senang untuk membeli dengan anda.

Sekiranya pembelian sudah berlaku secara automatik, sekurang-kurangnya anda tidak


perlu fokus pada bahagian bantuan pembelian. Ketika launching energi anda perlu
disalurkan pada bahagian marketing. Apa nak buat sekiranya tak ramai masuk ke website?
Apa tindakan yang perlu dibuat sekiranya emel tak dapat dihantar?

Digital marketing akan bantu anda untuk kurangkan human error. Kurangkan peratusan
kerja-kerja manual ketika langsung.

Contoh kerja-kerja manual ketika launching:


1. Pembelian secara manual (Whatsapp/call/etc)
2. Pasukan bantuan secara manual (Whatsapp/call/etc)

2 contoh di atas sudah cukup untuk makan masa anda dengan kerja-kerja yang tidak
sepatutnya anda fokuskan. Salurkan energi ke tempat yang tepat iaitu naikkan jualan
dengan ramaikan jumlah mereka yang berminat untuk dapatkan produk atau servis anda
ketika launching.

63

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


PENUTUP

Alhamdulillah. Tamat perjalanan kita semua untuk sama-sama belajar 30 Strategy


Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka. Saya menulis ebook ini
dengan harapan saya dapat kongsikan sedikit ilmu yang saya ada berkaitan strategy
launching. Semoga sedikit sebanyak perkongsian saya ini dapat membantu anda naikkan
jualan mungkin lebih dari 6 angka. Saya doakan dipermudahkan segala urusan kita semua
dunia dan akhirat.

Sekiranya ada lagi rezeki di lain hari, insyaAllah saya akan teruskan menulis untuk
memberi manfaat kepada anda. Jumpa anda di kelas anjuran FunnelEvo atau di ebook
yang lain.

~~Tamat~~

64

30 Strategy Marketing untuk Launching Product sehingga Jualan 6 Angka


3O STRATEGY
MARKETING
UNTUK LAUNCHING
PRODUCT
sehingga
JUALAN 6 ANGKA

Copyright © FunnelEvo 2021

Anda mungkin juga menyukai