Anda di halaman 1dari 11

AKADEMI CIKGU KECANTIKAN

Wujudkah marketing
percuma?
Kaedah menguruskan sistem dropship untuk
newbie bisnes online.
Suhaila
9/19/2016

BAGAIMANAKAH CARA PALING MUDAH UNTUK MENCARI DROPSHIP DAN BAKAL DROPSHIP?
BAGAIMANAKAH CARA PALING MUDAH UNTUK MENCARI DROPSHIP DAN

BAKAL DROPSHIP?

Sebelum memulakan sistem ini, anda perlu kaji terlebih dahulu apakah ciri-ciri dropship

yang anda ingini. Jika tidak, anda tidak mungkin mampu

mendapatkan agent yang benar-benar berkualiti. Seperti yang

kita tahu, dropshiping adalah satu bisnes tanpa memerlukan

modal dan membeli stok. Jadi dari sini, kita dapat kenal pasti

siapa yang sebenarnya kita cari.

1. Mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan.

2. Mereka yang tidak bekerja atau surirumah

3. Mereka yang masih belajar dan memerlukan duit poket atau belanja di universiti,

kolej dan lain-lain.


Anda mesti nak buat semua ini tanpa memerlukan FB ads bukan? Cara biasa yang ramai

orang guna adalah, promosi iklan mencari dropship di wall peribadi. Tetapi berapa ramai

mereka yang ada 3 ciri itu wujud dalam friendlist kita?

Oleh itu, sangat penting untuk kita wujudkan mereka dalam friendlist terlebih dahulu.

Pencarian ini dikenali sebagai, berkawan-kawan dahulu. Baik, adakah anda tahu di mana

orang yang ada 3 ciri di atas berkumpul?

Semak individu yang ada 3 ciri itu di sini:

1. Mereka yang komen page university tempatan. Contoh USM confession, UPSI

confession.

2. Mereka yang komen page kisah rumah tangga berkenaan kisah suri rumah.

3. Mereka yang komen page iklan jawatan kosong, mereka yang sedang mencari

kerja.

Langkah pertama, search terlebih dahulu page berkaitan. Tengok post terkini pada page

berkenaan dan lihat siapa yang menulis komen. Untuk page universiti, pilih jantina yang

sama dengan anda supaya mudah untuk anda add friend. Memang anda perlu masukkan

mereka ke dalam senarai friendlist terlebih dahulu bagi memudahkan proses selanjutnya.

Jangan risau, walaupun proses ni lambat tapi, jika anda terus bermula akan lebih cepat anda

Berjaya mengumpul agent dropship dan team yang hebat. Ulangi langkah itu untuk 2 page

yang berikutnya. Pilih mereka yang ada mutual friend dengan anda supaya mereka mudah

untuk terima permintaan anda menjadi rakan mereka .Berapa jumlah rakan yang anda perlu

add friend untuk sehari? Mesti lebih dari 10 orang tetapi jangan melebihi 30 orang supaya

anda boleh melakukan aktiviti lain pula. Add friend dan removed friend sedia ada jika perlu

dari masa ke semasa.


SKRIP ATAU COPYWRITING UNTUK PENCARIAN AGENT

Langkah seterusnya selepas anda add mereka yang berpontensi menjadi dropship, anda perlu

mempromosi atau iklankan pencarian dropship. Ada 2 jenis skrip yang saya akan kongsikan.

1. Storytelling

2. Copywriting

Skrip yang diberi adalah universal, anda boleh edit dan tambahkan nama produk, jumlah

komisyen dan maklumat lain yang diperlukan.

STORYTELLING

Iaitu teknik penceritaan tentang situasi sebenar yang berlaku. Teknik ini lebih mudah

dipraktikkan jika anda mengenali seseorang yang pernah mengalami situasi yang anda ingin

ceritakan. Hanya tukarkan nama individu itu sahaja. Saya sertakan 3 contoh story yang anda

boleh cuba. Story 1 sesuai untuk mereka yang bekerja tetapi ingin pendapatan sampingan.

Story 2 adalah untuk surirumah. Dan story 3 untuk pelajar. Anda boleh pilih hari tertentu

untuk tentukan siapa target anda. Satu hari cari 1 target dari 3 kumpulan ini sahaja.

Sila ke muka surat seterusnya untuk contoh storytelling yang saya maksudkan. Gambar-

gambar itu hanya contoh, anda boleh cari dan edir gambar lain mengikut idea masing-masing.
Story 1

AHMAD MERUPAKAN SEORANG SUAMI DAN AYAH KEPADA 3 ORANG ANAK.

Kehidupan Ahmad sangat selesa dan mempunyai perkerjaan tetap. Tetapi, disebabkan kos

sara hidup di bandar yang tinggi, setiap bulan Ahmad mengalami masalah untuk membayar

bil, hutang dan keperluan keluarga.

Ahmad nak berniaga, tapi tiada modal dan masa untuk pos barang. Ahmad berjumpa dengan

kawan lamnya yang memperkenalkan sistem dropship iaitu berniaga tanpa memerlukan

modal dan tak perlu simpan stok.

Kini Ahmad sudah mampu membayar semua bilnya tanpa perlu risau. Hasil komisyen

dropship Ahmad cukup untuk settlekan bil dan keperluan lain. Langsung tak mengganggu

masa kerja Ahmad kerana hanya copy and paste dan tunggu order masuk sahaja.

Anda nak jadi seperti Ahmad? Jom sertai dropship kami. 1 produk untung rm20. Sehari jual 5

barang sahaja dah boleh dapat rm100. Kalau sebulan Rm3000?? Dah macam gaji 1 bulan.
Yang penting jika anda newbie, saya akan guide anda dalam group khas. HANYA untuk 100

orang ter awal sahaja. Whatsapp 019202008

Story 2

SIAPA KATA SURIRUMAH TAK BOLEH ADA GAJI SENDIRI?

Akak dah setahun berhenti kerja tapi duduk rumah jaga anak-anak. Mulanya tak percaya

betul ke ada bisnes tanpa modal ni. Tapi bila dah rasa sendiri gaji setiap bulan tu baru akak

percaya. Memang happy boleh ringankan beban suami.

Anda surirumah? Nak jana pendapatan sambil baring-baring je?

Jom sertai team saya. Saya akan guide anda dari zero to hero.

1. Bagaimana nak menjual dan pasarkan produk?

2. Bagaimana nak handle customer hingg mereka jadi beli.

3. Bagaimana nak yakinkan customer yang kita bukan dropship biasa-biasa


Semua ni saya akan ajar dala group khas. PERCUMA untuk 10 orang pertama yang whatsapp

01009190902.

Story 3

masuk universiti banyak nak pakai duit, tak boleh harapkan Ptptn saja. Saya nak bekerja part

time tapi perlu komitment tinggi. Apa yang patut saya buat?

Inlah rungutan dari kebanyakan pelajar hari ni. Saya tak mampu tolong awak semua dengan

beri duit tapi saya ada satu medium percuma yang awak boleh guna untuk buat duit. Iaitu

berniaga online. MODAL? Zero modal. Pulangan lumayan ikut kerajinan. Jom whatsapp

028329 kita sembang-sembang . jom cari duit poket,mula cepat lagi cepat awak dapat kumpul

duit belanja. Yang penting langsung tak ganggu pelajaran.


COPYWRITING

SKRIP 1:

Nak berniaga?

Boleh terus mulakan dengan apa yang ada di tangan. Tak perlu modal pun, hanya guna

handphone, kita mulakan bisnes secara DROPSHIP.

Hari ni boleh boleh mula. Whatsapp 0190280020

Skrip 2

Syukur sangat-sangat. Dah ramai yang berkongsi rezeki dengan menjadi dropship Nurraysa
ni. Dropship tiada komitmen untuk simpan stok. Nak berjaya sebagai dropship cuma perlu
rajin promote.

Dan jangan risau, mulai bulan ni saya akan buka group whatsapp baru khas untuk dropship
produk xxx. Yang tiada basic berniaga semuanya akan saya guide dalam group ni ya.
PERCUMA UNTUK 100 ORANG YANG PERTAMA SAHAJA

Di sini saya nak beritahu keuntungan untuk produk tanpa perlu bayar apa-apa yuran pun.
(contoh)
1. Sabun collagen Nurraysa komisyen rm10 sekotak. 3 kotak rm30

2. Collagen powder Nurraysa komisyen Rm10 sekotak. 3 kotak rm20

3. Set besar komisyen rm10

Saya akan ajar


1. Cara buat fanpage
2. Cara menulis dengan baik
3. personal branding di Facebook
Ayat dan gambar diberikan dalam group fb. Tak beratkan phone kerana lepas post di wall
sendiri boleh terus delete. Tak perlu simpan banyak gambar.

Mudah dan senang. A-Z hanya di hujung jari saja.

Sila whatsapp nama, lokasi ke xxx. Jangan lupa tinggalkan juga komen di sini supaya saya
boleh kenal profile fb anda.

Skrip 3:

Nak cari duit extra dari rm300-rm500 sebulan? Jom sertai dropship produk X.
Kelebihannya:

ada group support fb & whatsapp

Testimoni, ayat promosi diberikan, hanya copy and paste

Jika dapat sales tertinggi dapat reward CASH.(contoh kelebihan team anda)

Produk bakal masuk tv, billboard sepanjang highway memang orang tengah cari. (contoh
kelebihan produk)

free tanpa yuran

whatsapp xxx
SEDIAKAN GROUP BERASINGAN ANTARA GROUP SUPPORT DAN
GROUP UNTUK MAKLUMAT PRODUK

Cadangan saya, untuk group support gunakan medium whatsapp. Tetapi untuk group
maklumat produk, gunakan group di facebook.

Sebab utama adalah untuk memastikan dropship mudah mendapatkan maklumat


produk dan tidak bercampur aduk. Selain itu gambar-gambar yang dihantar tak terus
di save ke memori telefon. Selain group Facebook, boleh guna menggunakan group
telegram atau telegram channel.

Dalam group info, hanya untuk maklumat sahaja. Manakala group guide adalah untuk
kita berbual-bual dengan dropship dan guide mereka.

Manakala, group guide pula mestilah diasingkan antara dropship yang baru dengan
dropship yang telah berjaya buat sale.

Maksudnya ada 2 group whatsapp, 1 group FB (bank info).

DALAM GROUP DROPSHIP BARU APA YANG PERLU ANDA SHARE.

1. Skrip untuk reply mesej customer.


2. Cara follow up untuk customer bank in
3. Waktu paling sesuai post iklan di facebook.
Selain itu anda mesti beri sokongan kepada mereka untuk lebih komited dan berithau
kelebihan jika mereka buat sales dan dipindahkan ke group dropship aktif.

DALAM GROUP DROPSHIP AKTIF ANDA PERLU SHARE (untuk elak


dropship tidur)
1. Kata-kata semangat dan ilmu bisnes yang lebih banyak
2. Beri reward kepada mereka yang buat sales tertinggi
3. Beri free postage jika mereka dapat buat sales melebih rm200 atau rm300
mengikut pilihan anda
4. Buat contest dalam group untuk aktifkan mereka.
5. Sering bertanya khabar dan update perkembangan mereka.
6. Buat clearance setiap 3 bulan. Jika 3 bulan tiada sales, hantar mesej peringatan
dan beritahu, jika dalam masa seminggu tiada sales, mereka akan dikeluarkan dari
group.
UNTUK INFO PRODUK, MESTI UPDATE SEKURANG-KURANGNYA 1
MINGGU SEKALI. ADALAH LEBIH BAIK UPDATE SETIAP HARI.

Saya akan beri link untuk posting baru ke group guide supaya mereka tak terlepas
pandang. Tetapi jika mereka ada dalam friendlist anda, mereka akan dapat
notification untuk post terkini. Penting untuk sediakan copywriting kepada
dropship jika mahu mereka buat sales untuk anda.

PANTANG LARANG SEMASA MENGENDALIKAN DROPSHIP

1. Jangan mudah marah


2. Jangan tinggalkan satu pun persoalan mereka tanpa jawapan. Berusaha bantu
mereka jika ada apa-apa persoalan
3. Jangan buat mereka macam expert, mesti niat untuk bantu apa sahaja yang
mereka tidak tahu.
4. Beri peluang jangan terus removed tanpa notis terlebih dahulu.
5. Mesti cepat update tracking number dan apa jua soalan mereka
6. Jangan putus asa untuk terus cari dropship baru jika ada yang keluar
7. Jumlah dropship dalam group aktif mesti lebih daripada 20 orang dan jumlah
keseluruhan dropship mesti 50 orang jika kita mahu guna sistem ni untuk buat
duit.

Semoga anda dapat praktikan apa yang saya kongsikan. Sebarang review boleh hubungi saya
di whatsapp 018 463 1804 .

Anda mungkin juga menyukai