Anda di halaman 1dari 4

MINIT CURAI

MESYUARAT PROFESIONALISME LATIHAN PENTAKSIR BAHARU


PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR) TAHUN 2018

Tarikh : 14 MEI 2018 ( ISNIN ).


Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang.
Tempat : Auditorium JPNS Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Pengisian / Slot :

1. Taklimat Urus Setia dan Prosedur Pentaksiran Oleh Lembaga


Peperiksaan
- Tujuan mesyuarat adalah untuk melatih pentaksir baharu. Ini adalah bagi
memastikan pemeriksaan skrip jawapan peperiksaan dilakukan dengan
betul, adil dan saksama untuk menjamin kesahan dan kebolehpercayaan
skor pemeriksaan yang dijalankan.
- Pengisian Surat Akuan Sumpah Janji Kerahsiaan Untuk Semua Pentaksir
- Jadual berikut merupakan komponen pentaksiran yang akan dilakukan
oleh pentaksir:-

- PROKHAS 1 - PROKHAS 2

- Gabungjalin hasil pembelajaran 3 - Gabungjalin hasil pembelajaran


mata pelajaran:
2 mata pelajaran:
- Bahasa Melayu
- Matematik - Pendidikan Sains, Sosial dan
- Kemahiran Hidup Asas*
Alam Sekitar
- * Calon boleh memilih satu
daripada empat komponen - Bahasa Inggeris
Kemahiran Hidup yang
ditawarkan iaitu:
- Masakan
- Penternakan
- Perkebunan
- Jahitan
2. Pembentangan Panduan Penskoran Oleh Fasilitator
- Semua pentaksir diberikan Instrumen dan Panduan Penskoran sebagai bahan
rujukan

- penerangan peranan dan peringkat penskoran

- Personel Pentaksiran bertanggungjawab untuk melaksanakan pentaksiran,


menjalankan pemeriksaan, memberi skor dan membuat verifikasi skor
calon PASR.

PERSONEL SINGKATAN

KETUA PENTAKSIR SEKOLAH (Guru Besar) KPS

KETUA PENTAKSIR MATA PELAJARAN


(Penolong Kanan Pendidikan Khas/Penyelaras KPMP

Pendidikan Khas/guru lantikan Guru Besar)


PENTAKSIR MATA PELAJARAN PMP
(Guru Mengajar Mata Pelajaran Pendidikan Khas)
KETUA PENTAKSIR KEBANGSAAN KPK
(dilantik oleh LP)
KETUA PENTAKSIR NEGERI KPN
(dilantik oleh LP)

- Prosedur keselamatan
i. Semua Personel Pentadbiran & Pentaksiran PASR yang menguruskan
pengendalian pentaksiran, Panduan Pentadbiran, evidens calon dan
penyimpanan skor calon hendaklah dilantik dan menandatangani Akta
Rahsia Rasmi 1972.
ii. Akta Rahsia Rasmi hendaklah ditandatangani sekali sahaja dalam tahun
semasa.
iii. Akta Rahsia Rasmi yang telah ditandatangani hendaklah disimpan oleh
Guru Besar sehingga enam bulan dari tarikh pengeluaran pelaporan
PASR.
- Pengendalian dokumen

BIL AKTIVITI TINDAKAN

1 Memuat turun instrumen pentaksiran dan panduan


penskoran mengikut mata pelajaran menggunakan SUP / GLGB
komputer yang dikhaskan di premis sekolah / kerajaan
serta menyimpannya dalam media storan.

2 Mencetak dan memperbanyak instrumen pentaksiran dan SUP / GLGB


panduan penskoran. Semua instrumen PASR adalah
dokumen terperingkat (TERHAD).
Petugas Pentaksiran bertanggungjawab terhadap
kerahsiaan instrumen PASR.

3 Menyediakan almari berkunci dan diletakkan di bilik GB


berkunci di premis sekolah.
Menyimpan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran
di dalam almari berkunci dan diletakkan di bilik berkunci.

4. Menyerahkan instrumen pentaksiran dan panduan PKPK / PPK


penskoran kepada Pentaksir pada hari pertama bermulanya
tempoh tugasan bagi setiap instrumen bersepadu.

3. Perbincangan Panduan Penskoran Serta Pemeriksaan Skrip Contoh

- Semua pentaksir diberi satu salinan skrip contoh dan diberi penerangan oleh
fasilitator dengan menggunakan skrin paparan untuk menunjukkan
bagaimana cara semakan skrip dilakukan.

4. Pemeriksaan Skrip Contoh (PROKHAS 1)


- Pentaksir PROKHAS 1 diberi satu skrip contoh calon belum bertanda.

- Dalam kumpulan terdiri dari 2 hjngga 3 orang pentaksir dikehendaki


membuat pemeriksaan dan menyemak skrip jawapan yang diberikan.

- Membuat pembentangan hasil semakan yang dibuat

5. Pemeriksaan Skrip Contoh (PROKHAS 2)

- Pentaksir PROKHAS 2 diberi satu skrip contoh calon belum bertanda.

- Dalam kumpulan terdiri dari 2 hjngga 3 orang pentaksir dikehendaki


membuat pemeriksaan dan menyemak skrip jawapan yang diberikan.

- Membuat pembentangan hasil semakan yang dibuat

Penutup

- Taklimat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.


- Segala maklumat PASR boleh dimuat turun di portal Lembaga peperiksaan

Disediakan oleh, Disemak oleh

(SITI FAIRUS BT ISHAK) (Noriman Bin Zainni)


Pentaksir PROKHAS 1, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Serian Sekolah Kebangsaan Serian

Anda mungkin juga menyukai