Anda di halaman 1dari 19

Tahniah kerana anda dah selangkah ke hadapan untuk

kembangkan bisnes anda! Semoga ebook ini membantu anda


untuk lebih bersemangat automate dan grow kan bisnes anda.

Ketua Research & Development


Zulfadhli Talib (zul.byondsuccess@gmail.com)

Penulis
Abdul Basit

Editor
Norshahirah binti Zahimi

Reka Bentuk Grafik


Amirul Hafis

Hak Cipta Terpelihara. Namun andai mahu kongsikan ilmu di


media sosial, sila gunakan #ByondSuccess

Ebook ini diterbitkan oleh:

Byond Success Sdn Bhd (1113174-U)


85-1 & 85-2, Dataran DwiTasik,
Jalan Dwitasik 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
RAHSIA HIRE STAF BERKUALITI
SUPAYA BISNES GROW 3-5X
LEBIH PANTAS

Ramai owner bisnes menghadapi masalah yang hampir


sama, apabila saya bercakap berkenaan dengan isu
pekerja. Kebanyakan owner bisnes, mereka ada
masalah dalam mencari staf yang berkualiti untuk
menjadi team mereka.

Apa yang terjadi kebiasaannya adalah, mereka hire


orang yang salah. Kesudahannya, staf tak perform,
berhenti, dan majikan terpaksa cari staf baru.

Setiap kesilapan, ada kos tersendiri. Jangan merasa


selesa apabila staf berhenti, kerana ada kos
tersembunyi yang telah membuatkan bisnes anda rugi.

Apabila anda salah pilih staf, staf berhenti, kemudian


anda perlu buat iklan balik untuk cari pekerja baru.

Jika anda memang menggunakan portal pekerjaan yang


berbayar, memang jelas kos pembaziran yang anda
sudah leburkan atas hire orang salah.

Persoalannya, adakah anda betul-betul hire orang yang


salah, atau sebenarnya anda sendiri yang bermasalah
dalam menguruskan staf?

Di dalam ebook ini, saya akan bantu anda bagaimana


nak urus, bentuk dan kekalkan staf yang berkualiti,
untuk bantu anda bangunkan bisnes.
Sepanjang saya membantu ribuan owner bisnes di luar sana, saya dapati
hampir semua di antara mereka mempunyai masalah dengan staf yang
sedia ada, baik yang bisnes masih kecil, atau besar.

Mempunyai konflik dengan staf itu adalah normal, sebab kita berurusan
dengan manusia. Jika anda ada 1,000 orang staf, maka 1,000 jenis
perangai anda akan jumpa.  

Tidak kurang juga, masih ada segelintir owner bisnes yang masih selesa
buat bisnes sorang-sorang, dengan alasan tak mampu nak hire staf.

Sebelum saya teruskan pengisian utama dalam ebook ini, adakah anda..

Dah serik nak tambah staf, asalkan ambik yang baru, kerja sekejap,
dah berhenti.

Terlalu sibuk buat kerja, walaupun dah ada staf. Anda ada banyak kerja
kena buat, tapi anda tak tahu nak bagi kerja apa dekat staf, sebab takut
mereka tak boleh buat.

Dah penat nak hire dan train staf baru. Nanti staf dah pandai, cari kerja
lain yang boleh dapat gaji lagi tinggi.

Sakit hati dengan kerja staf, lain mintak, lain yang anda dapat. Staf ada
masalah disiplin, selalu datang lambat, ambil cuti, kerja tak siap-siap.

Kecewa, staf yang bagus pergi ke syarikat lain, anda kecewa kerana tak
tahu nak buat apa untuk kekalkan mereka.

Jika anda berhadapan dengan masalah di atas, atau lebih dari itu,
insyaAllah sedikit sebanyak, ebook ini akan bantu anda selesaikan
masalah anda uruskan bisnes dan staf.
1. Urus team
Selepas anda hire, tambah team baru, jangan lupa untuk urus mereka.
Majikan yang hebat bukan diukur pada besar mana syarikat anda, atau
berapa banyak sales yang bisnes anda dah buat.

Seorang majikan yang hebat, mereka ada team yang hebat. Senang kata,
seorang bos yang hebat adalah bos yang disayangi oleh team.

Kenapa saya cakap bos hebat, adalah mereka yang mempunyai team yang
hebat? Tugas hakiki pemilik bisnes adalah bangunkan pekerja anda.

Tugas pekerja adalah bangunkan bisnes anda. Tetapi, ramai yang kata:

“Syarikat saya punya, kenapa staf pulak yang kena bangunkan?”

“Nak bangunkan staf? Dah pandai nanti cari kerja lain jugak”

Jangan jadi majikan hanya sibuk bangunkan diri sendiri, pergi kelas sana
sini, tambah ilmu untuk upgrade bisnes.

Tapi, staf dari dulu masuk, sampai sekarang, susah nak dapat pergi belajar
untuk improve skill dan mutu kerja mereka.

Staf berhenti ada kalanya bukan semata-mata sebab mereka nak gaji yang
lebih tinggi, tetapi mereka tak nampak yang mereka ada “masa depan”
dengan syarikat anda.

Ada majikan yang pening, ada staf yang ada hasil kerja yang bagus, tetapi
bermasalah dari segi tingkah laku dan disiplin.

Sebab itu anda perlu kawal staf dengan perkara ini..


a. Kawal staf dengan kualiti
Polisi syarikat adalah dokumen yang penting untuk menjaga hak anda sebagai
owner bisnes, mahupun majikan.

Di antara masalah majikan dengan staf apabila tiada polisi adalah, masalah cuti
dan gaji pekerja.

Bukan semua cuti perayaan/peristiwa, anda perlu bag cutii kepada staf, klik sini
untuk tahu lebih detail hak anda dalam kawal cuti staf.

Selain daripada isu cuti perayaan/peristiwa, terdapat staf yang akan


mempertikaikan jenis-jenis cuti yang mereka dapat, seperti berapa cuti tahunan,
cuti sakit, ada emergency leave atau tidak.

Anda boleh rujuk perkongsian saya sebelum ini, untuk tahu jenis cuti yang biasa
staf akan persoalkan kepada majikan.

2. Urus performance staf dengan sistem


SOP tugas
Jika anda nak staf lebih serious menyiapkan tugasan, kualiti hasil kerja yang anda lebih
yakin dan puas hati, uruskan kerja-kerja staf dengan sistem.

Wujudkan Standard Operating Procedures (SOP) untuk kerja-kerja, terutamanya kerja


di bahagian operasi.

Kenapa perlu ada SOP? Dengan adanya SOP, anda tak perlu risau, jika anda tak datang
kedai atau pejabat untuk ajar staf, bagaimana nak siapkan tugasan mereka.

Jika ada staf baru masuk sekalipun, anda tak perlu nak ajar semua dari mula.
Anda dah ada SOP yang lengkap, anda hanya perlu berikan SOP tersebut kepada team
baru, untuk ikut step-by-step.

Kemudian, anda perlu monitor, sama ada staf anda mengikut SOP dalam tugasan
mereka atau tidak. Namun, anda perlu maklum bahawa, SOP boleh berubah-ubah.

Salah satu cara nak tahu SOP kita perlu diubah adalah apabila ada kesilapan atau isu
yang berlaku dalam satu tugasan, walaupun anda dah guna SOP ini dah berkali-kali
sebelum ini.
Contoh SOP
Sistem task management

Jika sekarang anda masih datang hari-hari ke kedai/pejabat, untuk pastikan staf
buat kerja atau tidak, itu bermakna bsines anda masih belum bersedia untuk grow
lebih jauh lagi.

Salah satu alternatif untuk anda tak perlu masuk kedai hari-hari adalah
menggunakan sistem task management.

Dengan sistem task management, anda bebas untuk buat aktiviti di luar, tetapi dalam
masa yang sama, anda masih boleh monitor staf buat kerja atau tidak.

Ataupun, untuk lebih memudahkan anda, hire seorang supervisor, atau head of
department, untuk membantu anda jaga team anda yang lain.

Apabila anda dah ada ketua di kedai atau pejabat yang bantu anda urus team, kerja
anda lebih mudah. Anda hanya perlu berurusan dengan mereka, berkenaan operasi
bisnes dan team yang lain.

Di antara sistem task management yang anda boleh gunakan untuk urus team
secara online adalah Monday.com, Trello, Dingtalk dan banyak lagi.

Contoh,
bagaimana staf
update dan
susun kerja
mereka di
dalam Trello
Nak hire staf untuk pertama kali atau tambah team baru..

Apabila anda dalam proses hiring, anda perlu fikir, tiada calon yang sempurna,
yang ada hanya calon yang berpotensi dan berkualiti.

Jangan menilai calon yang pandai buat kerja sahaja, tetapi tidak pandai untuk
bekerjasama.

Terdapat 3 proses hiring anda perlu ambil berat iaitu pre-interview, interview,
dan post interview.

Pre-interview
Untuk fasa pre-interview, pastikan anda clear siapa yang anda perlukan, skill
apa yang anda perlu tengok pada calon, dan apakah job description & job
scope, untuk position yang anda buka.

Daripada banyak-banyak permohonan yang anda dapat, jangan panggil


semua calon, walaupun anda terdesak nak pakai staf dengan cepat. Tapis
resume calon, panggil mereka yang berpotensi saja untuk ke proses temuduga.
Interview
Manakala di fasa interview, sediakan soalan interview yang bertetapan dengan posisi
yang dimohon oleh calon.
Namun, anda boleh klik sini untuk 10 soalan interview yang anda wajib tanya kepada
semua calon yang hadir temuduga di syarikat anda.

Fasa interview memainkan peranan penting untuk anda menilai calon yang hadir.
Jangan sia-siakan masa interview, tanpa anda menilai calon sepenuhnya. Nilai calon yang
datang,  baik dari segi kemahiran mahupun pengalaman mereka.

Sediakan test untuk calon, bagi mengenalpasti calon benar-benar mempunyai skill yang
anda cari atau tidak.

Contohnya anda nak cari Digital Marketer anda boleh klik sini untuk contoh test.

Selain itu, sediakan juga borang penilaian, untuk anda check calon yang hadir itu
memenuhi kriteria yang baik, untuk jadi team anda.

Klik sini untuk dapatkan contoh borang penilaian calon pekerja.

contoh
Post interview
Akhir sekali, untuk fasa post interview (selepas interview), anda perlu check
rujukan yang diberikan oleh calon yang anda rasa berpotensi untuk di-hire.

Hubungi rujukan untuk pastikan maklumat yang anda dapat dari calon
adalah betul. Jika anda dapati semua info yang diberikan oleh calon
adalah betul, anda boleh pilih calon tersebut untuk menjadi team anda.

Sesudah anda melepasi fasa hire pekerja, anda perlu tahu bagaimana nak
bentuk team, supaya mereka ada mindset yang anda mahukan.

3. Bentuk mentaliti staf


Lain staf, memang lain cara mereka bekerja dan berfikir. Oleh sebab itu, anda
sebagai majikan, perlu kenal mereka, supaya apabila anda nak bagi tugasan,
anda tahu bagaimana nak berkomunikasi dengan mereka.

Kenal personaliti untuk gaya kerja

Secara tidak langsung, saya dapati masalah yang paling banyak berlaku
dalam syarikat, selalunya berpunca daripada masalah komunikasi.

Solusi paling berkesan adalah anda perlu tahu, bagaimana nak


berkomunikasi dengan staf, dengan mengenali personaliti mereka.

Dengan mengenali personaliti staf, anda tahu bagaimana seseorang staf


memahami sesuatu arahan.

Ada staf, anda perlu demo depan-depan, ada yang kena tunjuk gambar,
tunjuk data, ataupun cakap je, mereka dah faham apa yang mereka perlu
buat.

Anda boleh cari atau beli template personaliti test, kemudian berikan kepada
semua staf untuk buat personaliti test mereka.
anda.
Untuk result personaliti test, pastikan bukan anda yang majikan saja yang perlu
tengok result personaliti tersebut, biarlah semua yang berada dalam team anda juga
tahu.

Setiap team dalam syarikat, berhak untuk mengenali antara satu sama lain.

Sekurang-kurangnya mereka tahu, cara nak berkomunikasi sesama mereka, untuk


siapkan tugasan bersama.

Mungkin anda rasa leceh nak kenal seorang demi seorang, tetapi percayalah, untuk
produktiviti staf ia sangat membantu.

Daripada anda pening staf asyik buat salah, walaupun anda dah ajar banyak kali,
lebih baik anda belajar bagaimana nak bagi arahan yang efektif kepada mereka.

5 jenis personaliti test popular untuk anda kenal staf.

Jelaskan hala tuju syarikat dan kerjaya

Seperti apa yang saya pernah kongsikan, staf berhenti kerana mereka tak nampak
masa depan mereka dengan syarikat anda.

Malah, ada juga staf yang meragui masa depan syarikat mereka bekerja, dan untuk
lebih selamat, mereka memilih “jalan keluar”, dari apa-apa perkara yang boleh
berlaku.

Saya percaya, visi, misi, dan objektif (VMO), bukan hanya untuk majikan dan top
management syarikat. Tetapi, staf juga perlu maklum dan sentiasa ingat VMO
syarikat.

VMO akan pegang staf anda untuk setia, sebab mereka tahu apa mereka akan
dapat jika syarikat capai VMO.

VMO akan “paksa” staf untuk perform, supaya mereka dapat apa yang mereka
mahukan.

Perasan atau tidak, ada staf yang kerja tak jalan, kalau kita tak beritahu apa kerja
mereka hari itu.

Bagaimana jika anda nak ambil cuti seminggu? Sanggup anda nak biarkan bisnes
anda tergendala seminggu tanpa sales masuk?
Contoh Visi Syarikat Gergasi Dunia
Budaya syarikat

Rahsia nak bentuk, atau nak jadikan staf macam apa yang anda “bayangkan”, adalah
dengan budaya. Anda nak staf datang awal, buat kerja cepat, boleh bergerak sendiri, anda
kenalah “install” budaya dalam syarikat.

Macam nak setup budaya syarikat ni?

Ketika staf baru masuk, masa tulah anda kena briefing, jelaskan apakah budaya yang
diterapkan oleh syarikat.

Kalau dah masuk lama, lepastu baru nak terap budaya, ia akan menjadi sedikit sukar dan
mengambil masa untuk biasakan staf anda dengan benda baru.

Ada juga yang mungkin tak boleh terima, perubahan budaya yang anda nak, dan mengambil
tindakan untuk berhenti.

That’s why anda perlu bangunkan orang yang betul-betul berkualiti, yang bersungguh nak
membina kerjaya dengan anda. Mereka ini akan sentiasa bersedia, untuk apa-apa perubahan
yang boleh menambah baik kualiti kerja mereka.

Contohnya, di antara budaya yang boleh anda terapkan adalah:


Speed
Speed bermaksud, staf perlu laju dalam menyiapkan tugasan mereka. Bukan sekadar
tugasan, malah jika terdapat apa-apa masalah yang terjadi, team anda perlu cepat cari
solusi untuk menyelesaikannya.

Communication
Komunikasi adalah perkara terpenting untuk memastikan setiap arahan dalam tugasan
dapat disiapkan, sama seperti apa yang anda mahukan. Kenal dan belajar, cara dan gaya
komunikasi team anda untuk menghasilkan kerja yang lebih efektif dan efisien.

Problem solving
Didik dan bentuk staf untuk bijak dalam menyelesaikan masalah. Sekurang-kurangnya,
mereka tak perlu tunggu anda, untuk settlekan semua benda, walaupun sekecil-kecil
masalah. Mereka boleh selesaikan sendiri, untuk pastikan bisnes anda dalam keadaan baik.

Ketahui cara setup budaya syarikat disini.

Setiap syarikat mempunyai budaya yang berlainan. Bentuk staf dengan budaya yang akan
menjadikan mereka seorang team yang hebat dan berkualiti untuk bangunkan bisnes anda.

Setelah anda berjaya bentuk budaya syarikat, anda perlu tahu bagaimana nak kekalkan
team..
4. Cara kekalkan team

Reward

Yes, bila anda reward pada pencapaian team, ia akan


membuatkan team anda untuk buat kerja
yang lebih baik, untuk mendapatkan reward yang lebih baik dari
anda.

Masalahnya, ada majikan yang kedekut nak reward team, hanya


tahu reward diri sendiri.

Kalau mereka dah bantu anda bawak masuk duit lebih banyak
syarikat, kenapa tidak anda reward team, atas usaha dan ucapan
terima kasih, betul?

Sekali sekala belanja makan, bawa staf bercuti atau lakukan


aktiviti luar, apa salahnya jika anda ada untung lebih.

Tapi, kalau bisnes tiada duit, macam mana nak reward staf?

Di antara reward yang boleh anda bagi tetapi tidak memakan kos
adalah..
Best award
Award akan meletakkan staf yang terpilih rasa usaha mereka sangat dihargai oleh
majikan.

Apa yang anda boleh buat adalah, seperti “Best Employee Of The Month”.

Kalau anda pergi McD, mungkin ada perasan mereka letak “Best Worker Of The Month”
dengan gambar staff tu sekali, sebagai iktiraf mereka adalah pekerja yang terbaik pada
bulan itu.

Royalty
Royalty adalah inisiatif yang baik untuk “galakkan team” propose idea untuk produk baru,
program atau servis baru, yang mana boleh bawak masuk lebih banyak nilai dan jualan
dalam syarikat.

Tetapi, apa yang selalu berlaku hakikatnya, idea staf diguna pakai, dah jana jualan, tetapi
staf langsung tidak diberi penghargaan atas sumbangan mereka dalam syarikat.

Apa yang anda boleh buat adalah, berikan peratus komisyen daripada profit projek yang
dibangunkan oleh staf anda.

Jika ini yang staf dapat, tak mustahil staf yang lain juga akan berkejar dan usaha keras,
cari idea untuk bantu bisnes anda dapat lebih income.

Klik sini untuk bantu anda bagi royalti kepada hasil innovasi staf anda.
Workspace
1/3 daripada kehidupan staf anda adalah di tempat kerja. Nak team perform anda
perlu ada persekitaran yang selesa.

Kalau tempat kerja sempit, kebersihan tak terjaga, kekurangan fasiliti, tak mustahil
produktiviti staf juga terganggu.

Perubahan dari segi workspace yang lebih selesa, tambah fasiliti seperti leisure
room, sedikit sebanyak akan membuatkan staf rasa anda kisah tentang kebajikan
mereka.

Career path
Staf akan pergi jika mereka rasa tiada harapan untuk mereka grow di syarikat
anda. Ramai majikan lupa nak tunjuk jalan kerjaya staf, selepas staf sudah di-hire.

Ini adalah trick untuk anda jaga dan kawal mindset staf, dengan menunjukkan
kepada staf jika mereka perform pada posisi mereka sekarang, apa yang mereka
boleh jadi selepas ini, berapakah anggaran kenaikan gaji yang mereka boleh
capai.

Bangunkan staf anda, hantar mereka ke kelas atau seminar untuk tambah baik
skill mereka dalam kerja.

Klik sini untuk bina career path staf anda.


Akhir kata, anda nak bisnes anda automated, boleh grow dengan cepat, anda
perlukan staf untuk bantu. Jangan takut untuk tambah staf.

Lagi banyak staf yang bagus masuk dalam bisnes anda, lagi banyak jualan
mampu bisnes anda jana.

Ingat, pastikan anda hire staf yang berpotensi, bentuk mereka dan kekalkan
mereka yang high performance untuk terus menjadi tulang belakang kejayaan
bisnes anda.

Jika anda ingin mendalami lebih banyak ilmu hire, urus dan kekalkan staf yang
lebih tepat untuk bisnes anda, saya menjemput anda untuk hadir ke Seminar My
Human!

Lihat apa kata pemilik bisnes yang telah berjaya menguruskan bisnes mereka
dengan perkongsian kami di SMH di page seterusnya..
“Saya mempunyai syarikat consultant ini hampir 6 tahun
sebenarnya. Ketika itu saya beroperasi bersama isteri
sahaja.
Sampai satu masa..bila banyak permintaan, kami ada masalah
untuk layan client sampai tidak sempat hantar proposal dan
kami susah nak berkembang.

Di seminar ini, banyak sangat benda yang saya belajar,


antaranya tips untuk memilih pekerja dengan betul, kaedah
mengiklankan kerja kosong dan bagaimana cara untuk kawal
manusia dalam syarikat”

ZUHARI NOPIAH
Attractive Learning Sdn Bhd

“Selepas menghadiri program Byond Success, banyak perkara


yang saya belajar. HR ini sebenarnya tentang manusia and
how we are dealing with people.

Bila kita berurusan dengan manusia ini kita perlu faham


psikologinya.

Selama ini kita masuk ke pejabat dan hanya membayar gaji


mereka tetapi sebenarnya kita perlu memahami bahawa setiap
pekerja itu mempunyai keperluan yang berbeza.

Ini sebenarnya yang menentukan bagaimana untuk kita kawal


team di pejabat.”

HANISAH NORIZAN
Hair Crafter International Sdn Bhd
GAGAL HIRE STAF YANG
"BOLEH DIHARAP"?
Anda wajib hadir ke SMH jika anda benar-benar serious untuk
mendapatkan team yang berkualiti dan mampu melonjakkan
sales dan profit bisnes anda ke tahap yang lebih tinggi.

Tempat sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat.

Klik sini untuk mendaftar.

Anda mungkin juga menyukai