Anda di halaman 1dari 10

15 TIPS MUDAH

ROKETKAN SALES
MAKANAN DARI
RUMAH

MINIMA RM500 SALES


SEHARI

By NAJAH FARAHIN
FOUNDER OLALA COOKIES
Makanan ni sebenarnya sangat mudah dijual jika kena dengan caranya.
Semua orang makan dan suka makan.
Kat Malaysia ni paling orang suka membeli adalah makanan laaa.
Jika sedaaapp sesangat, mesti akan jadi VIRAL tau!
Tidak kira lapisan umur.
Tidak kira pagi atau petang.
Siang atau malam.
Makan. Makan. Makan.
Rakyat Malaysia ni.

1 IKLANKAN PRODUK DI FB GROUPS KAWASAN KITA


Sebagai contoh, Najah menetap di Perlis. Najah selalu war-warkan produk Najah ni

di Group FB SAYA ANAK PERLIS. Jumlah ahli group di dalamnya adalah melebihi

200k ahli. Selalu juga Najah terima tempahan hasil dari iklan digroup tersebut

setiap kali Najah iklan order. Iklan ni perlu dibuat secara berkala contohnya jam

8.00 pagi, 10.00 pagi, 1.00 petang, 5.00 petang, 9.00 malam. Anda juga boleh pilih

waktu yang anda rasa sesuai untuk iklan secara konsisten.

Iklan perlu dibuat secara kreatif, menarik perhatian serta gambar yang cantik. Buat

orang terliur bila lihat gambar produk anda tu. Hari-hari diorang tengok iklan anda.

Satu hari nanti mereka tersangkut juga order tanpa sedar. Hehe.

Biasanya mereka yang lihat iklan anda yang cantik dan menyelerakan tu, mereka

akan save nombor anda. Niat mereka, "nanti bila ada jamuan or potluck, nak

orderlah. Save je nombor ni dulu".

Jika produk anda boleh courier ke seluruh Malaysia. Lagi bagus. Iklankan saja ke FB

groups yang mempunyai ahli yang ramai.

Jadinya jangan give up jika anda baru saja iklan. Tapi tiada tempahan. Jangan

putus asa. Baru sekali iklan takkan dah give up kaannnn?


"MARKETING NI
KENA SELALU
BUAT HINGAQ
BARU SEMUA
ORANG DENGAQ"

SELALU BAWA PRODUK KITA TU


2 KE MAJLIS YANG KITA HADIR

Seperti pot luck di pejabat. Majlis-majlis ilmu yang kita hadir, majlis usrah,

jemputan jamuan harijadi anak jiran, jamuan kelas anak-anak kita. Kita

bawakan aje.

Apabila kita beri makan. Orang makan bila sedap, mereka akan tanya.

“Wah sedapnyaaa. Beli kat mana ni?” Masani peluang anda, “Saya ambil

tempahan majlis-majlis”. Percayalah, mereka akan tempah pula di majlis

masa akan datang di rumah mereka nanti.

Najah bermula dengan cara ini juga. Sangat berkesan. Najah bawa

sewaktu usrah (group diskusi keci) kami. Group usrah Najah ada 8 orang.

Ahli-ahli usrah ada yang berjawatan guru sekolah, pensyarah IPT,

pensyarah matrik, doktor hospital, doktor klinik kesihatan dan ahli farmasi.

Wahhh prospek bagus-bagus semuanya. Mereka adalah  pelanggan

pertama yang menempah set sandwich untuk jamuan pot luck mereka di

tempat kerja masing-masing. Sehingga contact nombor Najah tersebar di

kalangan rakan-rakan sekerja mereka pula.

Rakan-rakan sekerja mereka pula menempah untuk majlis jamuan sekolah

anak-anak mereka. Bayangkan mereka masing-masing sudah ada 2-3

orang anak setiap kelas. Sekolah berbeza. Memang tak cukup tangan

Najah. Semua jamuan anak mereka, perlu Najah penuhi. Samada sekolah

menengah, sekolah rendah, mahu pun tadika. Bestkan!

Inilah dikatakan strategi marketing ‘MOUTH TO MOUTH”


LETAKKAN BUNTING DI PAGAR RUMAH
3 Paling mudah gantung je bunting depan pagar

rumah anda. Supaya semua orang tahu apa yang

sedang anda jual tu. Jika tinggal di kawasan

perumahan lagi mudah. Ataupun di kawasan flat.

Sekejap aje laku dan cepat jer viral.

Contoh bunting: “ESKREM MALAYSIA TERLARIS”  atau

“SANDWICH VIRAL” kompem orang datang rumah

anda. Alaaa berapa hengget jer harga bunting saiz

kecil ja. Hehehe

CAR BOOT SALES


4 Ada beberapa kenalan Najah diorang rajin join

carboot sales setiap hujung minggu di kawasan

perumahan mereka. Di Perlis tiada event sebegini.

Tapi di sebelah Selangor dan KL memang banyak

event car boot sales.

Anda boleh buat sesiap pek combo di rumah atau

jika anda rajin boleh set up cupcakes atau dessert di

tempat car boot sales supaya kastemer akan pilih

jenis mana diorang nak. So nampakla keriangan

pilihan di situ. Jangan lupa buat bunting sekali masa

berniaga atau buka booth ya!!

HANTAR FLYERS KAT SEMUA


TADIKA DI TEMPAT ANDA
5 Jika anda menjual makanan untuk kanak-kanak.

Tempat ini yang paling Najah suka. Setiap awal

tahun Najah setkan tadika mana yang Najah nak

pergi promote atau tadika mana yang Najah belum

terjah. Najah akan hantar flyers serta sekotak

sandwich sebagai sample hadiah untuk guru-guru

tadika tersebut untuk mereka mencuba sandwich

Najah.

Najah akan minta guru-guru sampaikan flyers

tersebut pada ibu bapa tadika mereka. Sebab

sandwich ni makanan paling disukai oleh anak-anak

tadika. Jadi setiap kali majlis hari jadi pada setiap

bulan. Mereka akan order sandwich dari Najah.


SUPPLY STESEN MINYAK
6 Jika ditempat anda ada stesen minyak yang

merupakan laluan untuk orang pergi balik kerja. Apa

kata anda minta izin tuan kedai stesen minyak untuk

letak jualan anda. Lumayannnn

Jika ke Alor Setar, Najah suka singgah Stesen

Petronas Jalan Tunku Bendahara. Banyak makanan

yang sedap-sedap dijual kat sana. Packaging pun

menarik.

SUPPLY KANTIN/KAFE
7
Ada beberapa orang students Najah supply

sandwich mereka di kafe hospital, kafe IPT dan kafe

jabatan kerajaan. Kena rajin pergi bertanya dan rajin

cari kastemer untuk permulaan bisnes ni. Selepas

mereka semua mengenali kita dan merasai

kesedapan jualan kita. Insyallah bisnes anda akan

terus berkembang maju.

SHARING DI FACEBOOK DAN INSTA


8
Membina personal branding di FB dan IG pada

zaman sekarang ni adalah sangat penting untuk

mendapatkan pelanggan secara free cost

marketing.

Ini merupakan salah satu medium tempat orang

berkumpul. Jika di IG, gambar-gambar yang cantik

sangat membantu bisnes Najah. Untuk di FB, Najah

guna personal FB saja untuk menjual. Tapi perlu ada

sedikit strategi, supaya jangan hardsell di FB.

Banyakkan content sharing kita bersama kastemer,

aktiviti delivery kita, aktiviti packaging, keriangan

anak-anak sekolah/tadika makan produk kita,

suasana majlis dan banyak lagi sharing yang boleh

kita muatkan.

Insyallah, bisnes makanan ni jika pandai sharing dan

pandai buat copywriting menarik. Cepat saja dapat

pelanggan.
MENGAJAK RAKAN DI JABATAN
KERAJAAN JADI AGENT
9 Sangatlaaa bertuah jika kita mempunyai ramai

kenalan.

Terutamanya di kalangan para jururawat, guru-

guru, para pensyarah, staf majlis bandaran, staf

LHDN dan pelbagai pejabat kerajaan di luar

sana.

Komisen akan diberikan berdasarkan bilangan

order. Mereka sangat gembira. Hanya tolong

ambil order saja dah dapat income. Menarik

bukan.

MEMBANTU STUDENTS IPT


10 MENJANA INCOME MEREKA

Teknik yang sama Najah gunakan pada rakan-

rakan di jabatan kerajaan. Jika di IPT, Najah

melantik seorang student setiap blok/kolej

kediaman mereka untuk mereka berjualan di

dalam kolej.

Komisen adalah berdasarkan bilangan produk

yang terjual. Selalunya berjualan waktu malam,

waktu mereka lapar. Jadinya sedikit sebanyak

dapat membantu student menjana income

mereka.

Jual produk yang simple-simple pun ok. Eskrem

Malaysia, nasi lemak, sandwich, burger, kerepek,

kekacang, jeruk.
JIKA BUAT POSTAGE MINTA
ALAMAT OFIS KASTEMER
11 Jika anda buat bisnes online. Sebaiknya anda

minta saja alamat tempat kastemer bekerja.

Supaya bila kastemer anda dapat barang tu.

Rakan-rakan sepejabat akan nampak.

Lebih untung jika kastemer anda share makanan

yang dia terima tu bersama rakan-rakan

sepejabat.

Pengalaman Najah bila pos cookies. Najah biasa

minta alamat ofis saja. Next order akan dapat

wassap, "saya pernah makan cookies yang kawan

saya pernah beli last week. Sedap pula. Saya nak

beli jugaklah"

Itu namanya 'social hack'.

MANIS MULUT UNTUK REFERRAL


12
Setiap kastemer yang dapat Cookies. Najah

selalu bertanya pada mereka.

” Sis, cookies ok ker? Ada apa yang terkurang

bagitau ya ?”

Bila mereka beri maklum balas.

” Sedap giler sis! ”

Kita kena cepat cakap,

” Kalau sedap boleh bagitau kawan-kawan naa ”

Berikan insentif untuk kastemer sedia ada yang

memperkenalkan kita kepada orang lain. 

Referral menjimatkan kos dan peratusan untuk

pelanggan baru membeli lebih tinggi. Kena rajin

buat follow up kepada pelanggan sedia ada, ”

"Sis, kalau ada kawan-kawan yang nak beli

cookies, sis kumpul order pun takpa. Ada hadiah

spesel untuk sis nanti”.


KENALI BETUL-BETUL SIAPA
KASTEMER ANDA
13
Kita sebenarnya nak jual produk kita ni kat siapa?

Siapa pembeli kita?

Jawab dahulu soalan ini baru mudah untuk kita

buat kerja pemasaran.

Sebagai contoh, anda jual kek buah. Mesti sesuai

untuk golongan kastemer berumur 30 tahun dan

ke atas. Anak remaja tak berapa minat nak kek

buah ni. Mereka lebih gemar kek coklat.

Ataupun untuk mereka yang ingin hadiahkan

pada ibu ayah atau keluarga mertua mereka.

boleh juga hadiah untuk guru-guru atau jamu

saudara mara yang bertandang ke rumah.

LIBATKAN DIRI DALAM AKTIVITI


MASYARAKAT SETEMPAT
14
Orang berniaga kena bijak bersosial. Perlu juga

berkawan dan 'make contact'. Bukan asyik duduk

dalam dunia kita sahaja. Keluar dan beraktiviti

bersama masyarakat, di mana ramai orang

beraktiviti, di situ kita mesti wujud dan boleh

dilihat.

Sebagai contoh, cari mana-mana badan sosial

yang selalu buat aktiviti, hubungi mereka untuk

turut serta dan bekerjasama. Cari ruang untuk

menaja apa sahaja asalkan jenama kita boleh

dilihat oleh semua.

Network dapat, pahala dapat, branding pun

dapat. Orang makan pun sedaaappp.


BERI YANG TERBAIK

15 Mungkin kedengaran terlalu 'cliche'

tetapi sebenarnya ia sangat penting. Dalam apa

jua yang anda buat dalam bisnes makanan

online/offline anda. Berikan yang terbaik

daripada sekecil-kecil perkara sehinggalah ke

perkara yang besar dan penting.

Bagi memastikan perniagaan anda itu tetap terus

berkembang, anda perlu konsisten dalam

memberikan yang terbaik kepada kastemer anda.

Jangan hanya sekadar membuat kerja ala kadar,

kerana hasilnya nanti akan nampak pada produk

yang anda jual kelak.

Buat yang terbaik!!

Alhamdulillah.
Najah doakan semoga anda semua berjaya di dalam setiap
bidang bisnes yang anda ceburi. Bidang makanan ni sangat
luas.

Insyallah dengan adanya kesungguhan, kerajinan dan ilmu.


Pasti anda akan berhasil. Sentiasalah berusaha dan bertawakal
adalah kunci kejayaan.
Follow & See First FB Personal Najah
Farahin untuk mengetahui info terkini dan
hadiah istimewa untuk followers
Najah:
https://www.facebook.com/najahfarahin

Anda mungkin juga menyukai