Anda di halaman 1dari 22

www.mantrapersuasion.

com
(Penyebaran maklumat dalam ebook ini tanpa keizinan pemiliknya
adalah 100% haram dan salah di sisi undang-undang harta intelek)
Takluk Manfaat Produk
Dar: Meja hitam, Macbook Air insan yang bernama
Aqif Azizan.

Apabila pembeli bertanya, "Kamu jual produk apa?"
Biasanya jawapan si penjual yang jahil adalah, "Saya
jual produk kesihatan ABC."
... Lebih sedih, apabila pembeli memberikan respon
negatif seperti:
Oh,
Hmm,
Baik, terima kasih,
Dan sebagainya.
Kita meradang. Kita marah dengan respon mereka.
Hakikat yang sebenarnya adalah skrip jualan yang
kita gunakan 100% SALAH dan RUGI.
Rugi kerana gagal menarik perhatian pembelian untuk
jadi ghairah dan teruja.
Rugi kerana gagal membuatkan pembeli mahu cepat-
cepat berikan duit itu kepada kita.
... Ini tabiat si penjual jahiliah. Yakni penjual yang
tidak berilmu.
Untuk mengatasi masalah ini. Formulanya adalah
TAKLUK KEBAIKAN PRODUK.
Kita tahu, kenal pasti dan mempunyai skrip yang jelas
untuk menakluk perhatian pembeli dalam tempoh 3
saat pertama.
... Persoalannya. Kenapa 3 saat?
Sebab ia adalah jangka masa yang pembeli kita akan
berikan perhatian. Selepas 3 saat, kita sudah tahu
keputusannya ada dua sahaja:
Gagal jual.
Berjaya jual dan dapat WANG BESAR.
Gagal menjual bermakna gagal dapatkan duit. Lebih
teruk, kita gagal selesaikan masalah yang pelanggan
hadapi.
Jadi, bagaimana untuk takluk kebaikan produk?
Ini bukan teknik sebarangan. Ia bakal ubahsuai skrip
kita apabila bercakap dengan pelanggan, dalam
tempoh kurang 10 saat.
Pecahan teknik-tekniknya adalah seperti berikut:
1. Produk ajaib.
2. Kenal pasti peluru manfaat.
3. Hidangkan perkataan kurang 9 patah kata.
Teknik #1 - Produk Ajaib
Ini adalah peraturan keramat dalam segala teknik
jualan yang berkesan. Produk ajaib bermaksud:
"Produk yang kita yakin dan percaya, bahawa ia pasti
berikan manfaat serta selesaikan masalah pengguna."
Jika produk yang kita jual berlandaskan mahu kaut
untung semata-mata, tanpa mempunyai elemen
keramat seperti di atas, maka teknik ini dijamin tidak
akan berjaya.
Kerana teknik ini tertumpu pada dua jenis duit:
Duit dunia - Kita mahu vakum kekayaan di
dunia menerusi duit yang pelanggan berikan.
Duit akhirat - Kita mahu vakum kekayaan di
akhirat menerusi pahala yang diperoleh, apabila
kita berjaya membantu pelanggan selesaikan
masalah yang mereka hadapi..
Jangan baca teknik kedua sekiranya langkah pertama
masih belum selesai.
Kaji dan pastikan produk kita benar-benar dapat
membantu para pelanggan, untuk selesaikan masalah
mereka.
Baru hidup tenang, jualan senang dan rezeki cepat
masuk berkali-kali.
Teknik #2 - Kenal Pasti
Peluru Manfaat
TAHNIAH.
Kerana sudah berjaya mempunyai produk yang jelas
manfaatnya. Kini tiba masanya untuk kita kenal pasti
peluru-peluru kebaikan, yang dapat ditembak kepada
para bakal pelanggan.
Teknik kedua ini menjurus kepada teknik untuk
membuatkan mereka respon dengan segera, terhadap
produk yang kita jual.
Namun begitu, tidak semestinya SEMUA orang akan
respon. Kerana tidak semua orang mahu beli produk
kita. Justeru itu, pastikan kita jawab soalan berikut
terlebih dahulu:
Pembeli produk saya adalah
___________________________.
(Contoh: Pembeli produk saya adalah wanita yang
berusia lingkungan 21 hingga 25 tahun, yang ingin
mendapatkan pertolongan untuk turunkan berat badan
mereka sehingga 5 kg dalam tempoh kurang 30 hari).
Lebih spesifik, lebih langsi. Kerana setiap olahan
perkataan akan jadi terjemahan skrip jualan yang
bombastik dan responsif menerusi teknik yang ketiga.
Selepas selesai kenal pasti siapa pembeli produk,
langkah seterusnya adalah:
"Kenal pasti peluru-peluru manfaat yang terkandung
dalam produk itu."
... Caranya mudah. Pecahkan dua maklumat yang
tidak seimbang iaitu:
1. Ciri (Features).
2. Peluru manfaat (Benefits-Bullet).
Sebagai contoh, kita jual produk kesihatan ABC. Dua
pecahan maklumat adalah seperti berikut:
Ciri Peluru Manfaat
33 jenis multi-vitamin
yang ditanam di tempat
yang dijamin bersih.
Membantu meningkatkan
tenaga dalam tempoh
kurang 5 minit, menerusi
33 bahan campuran yang
halal dan selamat.
Mempunyai 17 jenis
tanaman daripada acerola
cherry, alfalfa, citrus
bioflavonoids dan
sebagainya.
Membantu kenyangkan
perut sepanjang hari,
tanpa perlu seksakan diri
untuk diet.
... Perbezaan besar di antara ciri dan peluru manfaat
adalah indeks kefahaman pembeli. Jurujual jahil
sentiasa gunakan pendekatan sembang-sembang ciri.
Yang membuatkan si pembeli jelik dan bosan terhadap
mesejnya.
Pilih peluru manfaat yang benar-benar dapat
membuatkan pembeli faham. Lagi cepat mereka faham,
lagi cepat mereka berikan duit kepada kita.
Terangkan ciri sebenarnya cara sembang jurujual yang
suka buang masa.
Kerana mereka sanggup berpenat lelah semata-mata
untuk membuatkan si pembeli terus menerus tidak
faham, tentang produk yang kita mahu jual.
Teknik #3 - Hidangkan
Perkataan Kurang 9
Patah Kata
Buat pelanggan terbeliak mata dan tertanya-tanya. Ini
fungsi teknik ketiga.
... Apa yang kita mahu lakukan adalah menghidangkan
skrip jualan yang berulang-ulang, supaya jualan
berlaku berkali-kali tanpa perlu sebarang paksaan.
Kita tidak mahu paksa mereka. Tetapi kita mahu si
pembeli atau pelanggan yang sibuk-sibuk mahu kita
terangkan tentang produk yang kita mahu jual. Cara
untuk laksanakan skrip ini adalah seperti berikut:
Tulis skrip kurang 9 perkataan.
Tulis 3 skrip jualan.
Tulis Skrip Kurang 9
Perkataan
Lagi pendek skrip, lebih baik. Seperti kata pakar
pengiklanan iaitu David Ogilvy, "Apabila kita berjaya
kuasai si pemerhati iklan dalam tempoh yang singkat,
ini bermakna kempen iklan kita berjaya secara total."
Maka strukturkan skrip jualan kita kurang dari 9
patah kata mulai hari ini. Kita ambil contoh produk
kesihatan ABC.
Skrip yang boleh kita hasilkan untuk dicerita kepada
pelanggan adalah seperti berikut:
"Saya bantu orang untuk turun berat 5 kg kurang 30
hari."
"Saya bantu orang untuk hidup lebih bertenaga setiap
pagi."
"Saya bantu orang untuk hidup kenyang dengan pil
ajaib."
Tulis 3 Skrip Jualan
... Kenapa tiga? Sebab tidak semua skrip berkesan
untuk semua orang. Kita hasilkan tiga skrip untuk
tatapan pelbagai jenis pembeli yang kita jumpa.
Jurujual yang hebat sentiasa mempunyai skrip jualan
berpengaruh yang pelbagai.
Oleh yang demikian, sila isi skrip jualan di sini:
Skrip Jualan Berpengaruh #1
Saya bantu
__________________________________________.
Skrip Jualan Berpengaruh #2
Saya bantu
___________________________________________.
Skrip Jualan Berpengaruh #3
Saya bantu
__________________________________________.
Bonus Halimunan
Teknik SMTW
Jurujual-jurujual jahil jarang ketahui teknik ini. Ia
adalah teknik yang meningkatkan prestasi dan potensi,
supaya pelanggan berkata,
"Ya. Ini duitnya. Saya suka mahu berikan kepada
kamu."
Ia adalah simbolik kepada teknik SMTW.
Yang membawa maksud:
S - Show.
M - Me.
T - The.
W -Way.
Prinsip teknik ini adalah menunjukkan jalan atau
langkah demi langkah untuk pembeli memberikan duit
kepada kita.
Caranya adalah semudah:
"Tuan ______. Sila lakukan pembayaran sebanyak
RM__ ke akaun bank __________. Selepas itu hubungi
saya di __________. Untuk saya hantarkan produk itu
kepada tuan."
Seorang jurujual yang hebat berkongsi,
"Apabila pelanggan tidak mempunyai sebarang arahan
pembelian. Maka besar kemungkinan mereka akan
totak tawaran."
Oleh yang demikian, strukturkan langkah demi
langkah sebaik sahaja pelanggan menunjukkan minat
untuk membeli produk kita.
LANGKAH #1
_____________________________________________
LANGKAH #2
_____________________________________________
LANGKAH #3
_____________________________________________
Tiga langkah sudah memadaikan. Jika lebih,
pelanggan akan rasa susah untuk melakukan
pembelian.
Emosi 'susah' ini akan membuatkan pembelian mereka
terbatal.
Sumpah! Teknik Ini
Tidak Berkesan
Selesai sudah menuntut ilmu.
Jangan buang masa. Pergi selesaikan tanggungjawab
serta merta. Jika sekadar mahu baca, duduk diam dan
tunggu jualan masuk...
Jelas sekali situasi itu tidak akan berlaku. Untuk ubah
nasib daripada jurujual jahil menjadi jurujual yang
bijak seru rezeki, berikut adalah ciri-cirinya:
Belajar teknik yang betul (Ebook ini satu
daripadanya).
Praktis dan BERTINDAK gila-gila.
Rasai nikmatnya sendiri.
Tetapi, jika perlukan bantuan sokongan untuk
membuatkan diri panas punggung, dan bertindak
sehingga berjaya meledakkan jualan, maka...
Baca TAWARAN COACHING PREMIUM pada
muka surat seterusnya.
ONLINE COACHING
SALES MASTERY
"Aqif Azizan telah bantu saya naikkan jualan dari
RM10 sehari menjadi RM100 sehari." - Pelanggan
Bahagia.
Ringkasnya, coaching ini membantu anda untuk:
Tingkatkan jualan produk dan servis dalam
tempoh kurang 7 hari.
Hasilkan skrip jualan berpengaruh, untuk
memperoleh respon berimpak tinggi dan berduit
daripada pelanggan.
Tukarkan setiap perkataan murahan menjadi
perkataan yang MAHAL. Supaya setiap perkataan
tukar jadi DUIT.
Tahu bagaimana untuk aplikasikan skrip jualan
di medium-medium lubuk duit, seperti Facebook,
blog, forum dan sebagainya.
Kenapa coaching dengan Aqif Azizan?
Insan yang bertanggungjawab tukarkan setiap
pelanggan menjadi duit, untuk syarikat-syarikat
besar menerusi kempen iklan, pemasaran dan
jualan.
Insan yang komited untuk membantu orang
seperti anda, supaya mahir menjadi jurujual yang
berjaya tukarkan pelanggan menjadi DUIT.
Berapa cajnya?
RM1, 997
RM997
RM697
RM397 SAHAJA
(Jimat RM1, 600!)
Dengan syarat, SMS KOD:
<SM01> KE <017 649 1442>
SMS SEKARANG!
(Tawaran ini hanya muncul sekali sahaja.)
Bagaimana kita akan bercoaching?
2 jam pada minggu pertama (waktu malam).
2 jam pada minggu kedua (waktu malam).
Coaching secara perseorangan (1 orang sahaja).
Saya (Aqif Azizan) tetapkan harinya.
Coaching online guna SKYPE.
Selepas coaching, ada bantuan EKSKLUSIF
menerusi Facebook Group.
Syarat kelayakan?
Minda terbuka untuk belajar.
Dengar arahan yang diberikan sepanjang
coaching.
Sudah ada produk atau servis.
Sudah berjaya buat duit di Internet. Walaupun 1
kupang.
Jika tidak puas hati?
30 hari pulang wang semula.
Dengan syarat, sudah bertindak seperti yang
diarahkan.
Coaching online ini terhad untuk:
10 3 orang terawal sahaja.
Harga RM397 adalah harga pengenalan. Selepas 3
orang sertai, harga naik kepada RM597.
Tawaran ini tutup dalam tempoh 8 jam selepas
anda baca ayat ini.
RM397 SAHAJA
(Jimat RM1, 700!)
Dengan syarat, SMS KOD:
<SM01> KE <017 649 1442>
SEKARANG!
* Kami akan SMS arahan seterusnya.
Tingkatkan Keyakinan Diri
150% Ketika Berjumpa
Pelanggan
Psst! Walaupun di hadapan laptop!
TAWARAN
100%
PERCUMA*
* Tanggung kos penghantaran
sahaja.
Tawaran hanya sah dalam
tempoh 60 minit selepas
anda baca maklumat ini.
Spray mulut ini membantu tingkatkan keyakinan,
hilangkan mengantuk, dan hilangkan nafas berbau
dalam tempoh kurang 10 saat.
SMS KOD: <GS00> KE <017 649 1442>
Arahan seterusnya akan diberikan dalam SMS.
SMS SEKARANG.

Mantra Persuasion
Organisasi ini tugasnya menukarkan setiap perkataan
menjadi duit. Organisasi ini tugasnya sebagai medium
untuk melariskan bisnes-bisnes sedia ada di Malaysia.
Teknik-teknik pelaris jualan 100% PERCUMA boleh
diambil di: http://www.mantrapersuasion.com.

Anda mungkin juga menyukai