Anda di halaman 1dari 17

PENDAHULUAN

Assalamualaikum,

Saya Aiman Ismail.


Penulis ebook “Manipulasi Copywriting”.
Ilmu copywriting ini adalah berdasarkan kajian kes
saya dan bukan teori semata-mata.

Apa Bakal Anda Belajar?

1.0 Hakikat Copywriting


2.0 Kenal Pelanggan Dahulu
3.0 Headline Paling Memukau
4.0 3 Lagi Jenis Headline
5.0 Subheadline- Penyelesaian Masalah
6.0 Cara Asas Tulis Tawaran
7.0 Teknik Buat Pelanggan Terliur
8.0 Rahsia Pelanggan Bertindak Segera
1.0 HAKIKAT COPYWRITING

HAKIKAT COPYWRITING

Copywriting adalah satu bentuk penulisan bertujuan


memujuk pelanggan supaya dapatkan produk dengan
segera.

Untuk memujuk pelanggan, ada teknik yang betul


supaya proses mantera copywriting menjadi. Itu
hakikat copywriting.
2.0 KENAL PELANGGAN DAHULU

Untuk kenal pelanggan, ada cara mudah iaitu jawab 3


soalan khas.

3 soalan itu ialah:

i) Apa masalah pelanggan?


ii) Apa ketakutan pelanggan?
iii) Apa impian pelanggan?

Contoh, saya jual suplemen workout.

i) Apa masalah pelanggan?

- Cepat penat.

- Baru 15 minit workout dah tercungap cungap.

- Dah 2 bulan workout tapi otot tak naik naik.


ii) Apa ketakutan pelanggan?

- Takut ambil suplemen.

- Takut tiada masa.

- Takut kena tipu.

- Takut tak berkesan.

iii) Apa impian pelanggan?

- Workout 45 minit tak penat.

- Otot naik dengan cepat.

- Nak kelihatan segak dan sado.


3.0 HEADLINE PALING MEMUKAU

Headline sangat penting. Saya ulang, sangat penting.


Kalau ada RM1. Kita kena laburkan 80 sen untuk
headline.

Den Kennedy kata,

'Dengan headline, jualan boleh naik sehingga 2-3


kali ganda'

Kita terus masuk cara tulis headline. Mentor saya,


Tuan Suffian kata headline jenis S.O.A.L.A.N adalah
antara yang terbaik.

Saya akan berkongsi tentang tulis headline jenis


soalan. Bagaimana caranya?
Ada cara iaitu:

i) Minimum 2 soalan.

ii) Soalan ketakutan dan impian pelanggan.

Contohnya,

Stress 15 minit workout dah pancit?


Mahu workout tanpa penat yang melampau?

Soalan pertama saya adalah ketakutan pelanggan.


Soalan kedua adalah impian pelanggan.
4.0 3 LAGI JENIS HEADLINE

Kali ini, saya nak berikan pendedahan kepada


beberapa jenis headline yang lain.

Saya nak kongsikan 3 jenis headline beserta contoh:

i) Headline Jenis Bagaimana

Contoh: Bagaimana anda boleh hasilkan minimum


RM2000 tanpa modal yang besar.

ii) Headline Jenis Nombor

Contoh: 15,648 Pengguna Krim Sufi Berjaya Hilangkan


Jerawat di Muka Kurang 7 Hari.

iii) Headline Jenis Masa

Contoh: Berikan saya 7 minit 15 saat, saya tunjukkan


secara live bagaimana anda boleh tambah duit gaji
anda sehingga 218% dengan halal dan sah.
5.0 SUBHEADLINE – PENYELESAIAN
MASALAH

Subheadline adalah jawapan bagi kepada headline


jenis soalan.

Contohnya:

Dengan 2 pil IEB sehari, stamina anda bertambah


sehingga 200% dan otot naik kurang 14 hari.

Biasanya, kita letakkan keunikan produk sebagai


subheadline.

Antara contoh keunikan:

1) Cara penggunaan- Sapu, Hidu, Minum.

2) Kesan- Cepat sembuh 7 hari, Lutut kembali kuat.

3) Jaminan- Tempoh masa berkesan, jaminan wang


kembali.
Bonus- Formula Tulis Keunikan Produk.

Formula ini untuk mereka yang masih tiada idea tulis


subheadline.

Formula ini berdasarkan kajian saya sendiri. Jadi,


guna dengan betul.

Formula adalah:

Cara guna + Kesan + Jaminan.

Sebagai contoh,

"Sembuhkan sakit lutut kurang 7 hari (Kesan) dengan


hanya 3 kali sapu setiap hari (Cara guna)atau wang
anda dikembalikan 2 kali ganda(Jaminan)"
6.0 CARA ASAS TULIS TAWARAN

Tawaran merupakan teras kekuatan copywriting


selepas headline. Tawaran yang menyebabkan
pelanggan buat keputusan beli.

Tawaran yang baik adalah menyelesaikan masalah


pelanggan dengan mudah atau/dan pantas.

Saya ada kongsikan tentang kenal pelanggan. Mohon


rujuk nota 2.0

Soalan yang perlu dijawab adalah:

1) Apakah masalah pelanggan?


2) Apakah ketakutan pelanggan?
Senaraikan jawapan atas kertas. Kemudian, ekstrak
dan bina ayat tawaran bersesuaian.

Sebagai contoh:

- Masalah Ali adalah selalu cepat penat apabila


workout.

- Ali juga takut kena tipu dengan pelbagai ubat yang


tidak berkesan.

Oleh itu, tawaran yang boleh kita bawa adalah:

i) Jaminan tidak penat selepas pengambilan 2 biji Pil


XYZ selama 7 hari.

ii) Hubungi kami terus di 01x-xxx-xxxx untuk dapatkn


nasihat percuma selama 60 minit yang bernilai RM200.
7.0 Teknik Buat Pelanggan Terliur

Saya akui Cara Tulis Tawaran yang saya kongsikan


dalam nota 6.0 sangat berkesan kerana saya kaji
sendiri dan terbakar ratusan ringgit.

Tapi, hujung nota ini akan letupkan minda anda


bagaimana hasilkan tawaran dengan 1 formula ajaib
yang semua orang boleh guna dengan mudah.

3 Trik Berhantu:

i) Promotion 50% atau Jimat RM100.

ii) Beli 3 Percuma 2

iii) Firesales produk

Semua ini akan menjadi kalau kita sertakan had masa.


Sebagai contoh, sah sehingga 25 Disember 2014.

Apa Formula Yang Mind Blowing Sangat Tu?


*Jeling-Jeling
Ya, sangat mind blowing sebab senang sangat
sehingga semua orang boleh buat.

Formulanya ialah,

Bagaimana anda (Manfaat) Dengan/Tanpa (Ciri)

Sebagai contoh:

1) Bagaimana anda boleh buat duit tambahan RM2000


dengan hanya tonton dan tiru semua langkah yang
saya buat.

2) Bagaimana anda boleh sembuh gastrik tanpa perlu


habiskan ribuan ringgit dengan hanya secawan susu
XYZ setiap pagi.

3) Bagaimana anda boleh dapatkan bentuk badan


tanpa perlu diet dan senaman yang memenatkan.

Itu lah formulanya. Anda boleh guna formula ini


untuk penulisan ayat tawaran dalam iklan.
8.0 Rahsia Pelanggan Bertindak Segera

"Call to action makes people paid" - Anonymous.

Call to action buat pelanggan bayar. Pentingnya call to


action mudahkan pelanggan beli produk.

Call to action yang baik adalah:

1) No telefon

2) Insentif

3) Masa terhad

Contoh:

Untuk diskaun RM50, (Insentif)

Wassap 'KLK' ke 01x-xxx-xxxx (No Telefon)

Tawaran sah sehingga 31/12/2014. (Masa Terhad)


Tips penting adalah hanya satu jenis call to action.
Kalau Sms, Sms sahaja. Tak perlu berikan pilihan
banyak seperti emel, wassap dan alamat.

Risau nanti pelanggan pening dan rasa membebankan


untuk menghubungi kita.
PENUTUP

Alhamdulillah.

Saya harap anda betul-betul menghadam ilmu dalam


ebook ini. Sangat mudah.

Jaminan saya, anda sudah mahir hasilkan copywriting


dalam tempoh 7 hari.

Selain itu, saya ada 1 amanah untuk anda:

1. Untuk pertanyaan, Wassap saya 013-405-9229.

Okay, kalau rasa kandungan ebook ini sangat sampah


dan tak layak dijual. Boleh mesej saya untuk refund.

Terima kasih.

- EBOOK TAMAT-

Anda mungkin juga menyukai