Anda di halaman 1dari 63

MINDSET SEBENAR UNTUK

BINA BISNES BERKEMBANG


REALITI BISNES
YANG PAHIT
Bisnes A:
Jual baju & tudung dari rumah. Tak reti marketing.
Sekadar jual pada kawan-kawan. Kemudian, takde jualan.
Letak iklan di group Facebook, group Whatsapp.
Main tabur-tabur, masih takde jualan. Termenung berbulan-bulan.

Dalam panduan ini, kita tak bercerita pasal Bisnes A.

Bisnes B:
Buat servis pertukangan rumah — plumbing, elektrik & kerja pembaikan
lain. Mula-mula buat untuk kawan & jiran.
Marketing sekadar beritahu orang terdekat.
Kemudian, takde job. Buat posting, buat itu ini sikit, masih takde hasil.
Termenung berbulan-bulan.

Dalam panduan ini, kita juga tak bercerita pasal Bisnes B.

“Macam mana kalau saya dalam kategori macam Bisnes A & B ni?”
Teruskan juga baca.
Sebab saya tak mahu anda tersangkut macam Bisnes C & D ini…

brc.my 1
REALITI BISNES
YANG LEBIH PAHIT
Bisnes C:
Jual baju & tudung dari rumah. Mula-mula jual pada kawan-kawan.
Kemudian, ada modal sikit, belajar marketing & keluar bajet marketing
untuk buat iklan berbayar.

Jualan sudah mencapai RM40-60 ribu sebulan.


Ada staf bahagian pembungkusan & penghantaran. Tapi kadang-kadang,
buat juga kerja-kerja itu sebab tak berapa percaya pada staf.

Marketing menjadi, prospek makin ramai masuk bertanya di Whatsapp.


Semua layan sendiri.

“Tak jumpa salesperson yang bagus,” katanya.

Jarang-jarang cuti. Kerja beli stok, pastikan stok cukup, sampailah ke layan
pertanyaan prospek & soalan perkhidmatan pelanggan, semua buat sendiri.

Itu belum masuk cerita buat iklan & fikir pasal marketing.

brc.my 2
Bisnes masih tersangkut di tahap sama walaupun dah masuk tahun kedua.
Jualan boleh tahan, cuma dah mula rasa penat. Rasa terperangkap dalam
bisnes sendiri. Rasa berpusing di tempat sama.

C sedar, bila-bila masa bisnes ini boleh jatuh sebab takde tiang asas yang
kukuh. Dia yang menjadi tiang & menanggung semuanya sendiri.

Bisnes D:
Buat servis pertukangan rumah — plumbing, elektrik & kerja pembaikan lain.
Mula-mula buat untuk kawan & jiran. Kemudian, pos di group-group
kejiranan & lokasi setempat.

Kemudian, belajar marketing & jalankan marketing iklan berbayar target


kawasan berhampiran.

Marketing menjadi, makin hari makin bertambah job. Setiap hari ada saja job,
sampaikan terpaksa tolak job kadang-kadang. Dalam masa yang sama,
banyak prospek bertanya.

Cuma, disebabkan sibuk dengan buat job, banyak juga yang terlepas.

Jualan bisnes boleh cecah RM8,000 ke RM12,000 sebulan.


Tolak kos marketing, semua masuk poket sendiri.
Cukuplah untuk tampung belanja diri & keluarga.

brc.my 3
Masuk tahun kelima, D mula rasa tak puas hati.
Aturan kerja sama setiap hari.

Memang ada rasa kebebasan, sendiri jadi bos, urus masa sendiri bila-bila
boleh cuti. Tapi, kalau cuti, tiada pendapatan yang masuk.

Nak kata ada kebebasan kewangan pun tidak!


Pendapatan sama je bertahun-tahun.
Makin lama rasa makin mencabar buat bisnes, bila mula ada saingan.
Pelanggan nak pilih yang paling murah.

D rasa bengang sebab sepatutnya rasa boleh buat lebih lagi.


Tapi kenapa dia sangkut kat sini?

brc.my 4
MARKETING & SALES
SAJA TAK CUKUP
Dalam panduan ini, kita tak cerita pasal bisnes yang takde jualan,
marketing tak berkesan & hidup segan mati pun segan disebabkan tiada
pelanggan.

Kita mahu cerita pasal bisnes yang marketing berjaya, dah ada jualan &
berpotensi untuk dikembangkan.
Tapi masih tersangkut di tempat yang sama.

Bukan sebab takde pelanggan. Bukan sebab marketing tak menjadi.

Sangkut disebabkan mindset pemilik bisnes yang berjiwa kecil.


Bisnes tersepit dalam jiwa pemilik bisnes yang kecil.

Bertahun berbisnes, masih tahap yang sama.


Bertahun berbisnes, masih semuanya mahu buat sendiri seorang diri.
Bertahun berbisnes, masih tidak bertambah cash reserve syarikat.
Bertahun berbisnes, masih dalam jiwa ‘buat duit tepi’ & ‘geli-geli’.
Bertahun berbisnes, masih takut dengan audit, cukai & pengurusan
syarikat.

brc.my 5
Itu yang buatkan realiti Bisnes C & D lebih pahit.
Mereka tahu ada masalah, mereka cuba menyelesaikan masalah.
Mereka berterusan keluar masuk kelas marketing atau kelas sales.
Sesekali masuk kelas motivasi.
Tapi itu bukanlah masalah sebenar mereka.

Itu yang buatkan realiti Bisnes C & D lebih pahit.


Berpotensi, tapi tersangkut.
Dekat, tapi jauh.

brc.my 6
WAJIB KE
KEMBANGKAN BISNES?
Ini bisnes kita. Terpulang pada kita. Tak wajib pun untuk besarkan bisnes.

Ye, tak semua orang mahu bina bisnes besar sangat.

Cuma kita mahu pilihan ini dibuat secara sedar.


Bukan disebabkan tersangkut.

Kita nak ubah dari: “Aku tersangkut dalam bisnes, nak besarkan tak tahu
cara, padahal marketing & sales dah ok bukannya takde jualan, simpanan
tak bertambah, kerja buat sendiri, makin lama makin penat & stress.”

Kepada: “Aku dah susun bisnes, dah bersedia untuk tambah modal &
gandakan 10X ganda. Dalam masa sama, aku ada pilihan untuk pilih tahap
yang aku rasa selesa.”

Pilihlah tahap bisnes yang kita selesa.

Mungkin ada orang selesa di tahap jualan bisnes RM100,000 sebulan


sebab rasa cukup dapat ambil gaji RM8,000 sebulan.

brc.my 7
Silakan.
Pilih dengan sedar.
Bukan dengan tersangkut.

Sampai satu masa rasa gaji RM8,000 sebulan dah tak cukup, bila-bila masa
boleh kembangkan & pulas tombol scale.
Susunan kerja dalam bisnes SUDAH SEDIA BERKEMBANG.

Tuang sikit bahan api, boleh bertambah jualan.


Boleh ambil gaji lebih!

Seronok kan macam ni?

Apa itu scale?


Apa maksudnya tuang bahan api?

Nanti kita tengok…

brc.my 8
KENAPA BISNES PERLU
BERKEMBANG?
Supaya kita ada pilihan.
Hidup lebih bebas kalau ada pilihan.
Tak rasa tersangkut.

Bisnes berkembang, buat lebih banyak jualan.


Ada lebih banyak sumber. Ada cash reserve yang lebih banyak.

Kita ada lebih, kita boleh buat lebih.


Nak ambil gaji lebih.
Nak gajikan lebih ramai orang.
Nak bekalkan lebih banyak produk & servis bermanfaat.
Nak buat kerja amal atas nama syarikat.

Macam-macam kita boleh buat.


Kita ada lebih sumber. Kita boleh buat lebih!

Besarkan syarikat sebagai payung yang melindungi kita.


Lebih besar payung, lebih besar perlindungan kepada kita.
Lebih besar payung, lebih ramai kita boleh bawa sama berlindung sekali.

brc.my 9
Tim yang bersama kita, mereka juga ada kemahuan peribadi untuk diri
sendiri & keluarga. Takkan mereka kerja 5-10 tahun, tak mahu naik gaji?

Macam mana kita mahu bayar kenaikan gaji setiap tahun kalau bisnes
masih di tahap sama dengan jualan yang sama?

Secara peribadi pula, kita sendiri mahu majukan diri.


Dari tak mampu kepada mampu.
Dari B40 ke M40.
Dari M40 ke T20.

Mahu pergi sampai tahap mana?


Tak semestinya besar berkembang tanpa tujuan!
Pilihan di tangan kita sendiri.

brc.my 10
BESARKAN JIWA
BESARKAN BISNES
Bayi > prasekolah > sekolah rendah > remaja > dewasa > warga emas

Ini tahap kasar kehidupan seorang manusia. Seseorang manusia yang tak
mengikut tahap perkembangan ini akan tersangkut.

Usia bertambah, saiz bertambah. Jiwanya masih kanak-kanak.


Bisnes juga begitu. Ada tahap perkembangan.

Kalau kita tak sedar tahap perkembangan bisnes, kita akan tersangkut.
Usia bisnes bertambah, jiwanya masih lagi macam bisnes baru mula.

Buat bisnes 10 tahun. Cuma bukan pengalaman bisnes 10 tahun pun.


Sekadar pengalaman bisnes bulan pertama diulang selama 10 tahun.
Masih berjiwa mula-mula.

Usia bisnes bukan penentu perkembangan bisnes.


Bisnes berkembang apabila jiwa bisnes berkembang.

Maknanya, besarkan jiwa dulu, baru bisnes membesar. Bukan sebaliknya.

brc.my 11
3 TAHAP
PERKEMBANGAN
BISNES
Ada banyak versi pasal tahap perkembangan bisnes ni.
Setiap pemikir boleh keluarkan versi sendiri.
Tak perlu pening. Kita ambil yang mudah.

BRC berpegang kepada:


Start
Systemise
Scale

Start:
Fasa memulakan untuk mencari model bisnes menguntungkan.
Sahkan permintaan sampai jumpa apa mahu dijual & kepada siapa.
Jual kepada 1 orang, jual kepada 10 orang & jual kepada 100 orang.
Sampai yakin proses marketing & menjual boleh diteruskan berulang
kali, bukan sebab nasib-nasib je dapat jualan.

brc.my 13
Systemise:
Fasa menyusun bisnes supaya bersedia untuk dikembangkan.
Kenalpasti aturan kerja dalam bisnes & menyusun organisasi bisnes
untuk melaksanakan aturan kerja.
Memastikan jualan boleh berganda 2X, 5X, 10X tanpa operasi syarikat
jadi kucar-kacir.

Scale:
Fasa membesarkan & mengembangkan bisnes.
Tambah pelaburan: gandakan bajet marketing, bina infrastruktur &
bawa masuk lebih ramai ahli ke dalam organisasi bisnes.
Menjalankan operasi bisnes & aturan kerja dengan lebih banyak
pusingan & lebih laju.

brc.my 14
APAKAH MAKSUD
BISNES SEDIA
BERKEMBANG?
Bisnes sedia berkembang apabila sesuatu bisnes itu dikatakan ada
keupayaan untuk scale.

Apa maksud SCALE?

SCALE bermaksud:
Bisnes boleh menjual 1,000 unit produk sesenang macam menjual 1
unit produk.
Bisnes boleh berkembang untuk menerima kenaikan jualan tanpa
operasi bisnes jadi kucar-kacir

Bayangkan SCALE macam pusing tombol volume radio.

Kita boleh pusing tombol untuk menampung kenaikan jualan 2X, 5X, 10X
semudah ubah volume radio.

brc.my 15
Tak berguna marketing & sales boleh beri kenaikan 10X ganda jualan
kalau operasi syarikat tidak boleh menampung kenaikan jualan ini.

Betul tak?

Sudah jelas kan macam mana bisnes yang ada marketing & sales yang elok
pun tidak boleh berkembang?

Disebabkan tak mampu menampung kenaikan jualan.

brc.my 16
DI MANA TAHAP
BISNES KITA?
Kita boleh jawab soalan ni mengikut nilai jualan:
“Bisnes saya di tahap jualan RM50,000 sebulan.”

Cuma, tak lengkap pandangan ni.

Ada banyak bisnes yang berada di tahap lingkungan RM50,000 sebulan


TAPI masih beroperasi macam bisnes RM5,000 sebulan.

Kita bukan saja nak tingkatkan nilai jualan…

Kita juga nak ubah CARA BERFIKIR.


Supaya cara bisnes kita beroperasi ikut berubah.

Selain dari menilai tahap bisnes ikut jumlah jualan, nilaikan bisnes kita
mengikut tahap START, SYSTEMISE & SCALE tadi.

Beza tahap berlainan ini bukan saja pada nilai jualan.


Bisnes besar bukanlah bisnes kecil yang lebih besar.
Bisnes besar menjalankan bisnes dengan CARA FIKIR yang berbeza.

brc.my 17
KE TAHAP MANA
KITA MAHU PERGI?
Kita ambil contoh, katakan…

START: RM0 hingga RM2,000 sebulan

SYSTEMISE: RM2,000 hingga RM20,000 sebulan

SCALE: RM200,000 sebulan dan ke atas

Ini sekadar contoh.


Lain bisnes, lain kiraannya.
Kiraan bisnes jual tudung berharga RM30 seunit , tak sama dengan kiraan
bisnes jual rumah RM300,000 seunit.

Tengok setiap tahap ini.


Tanamkan niat untuk melangkah ke tahap seterusnya.
Usaha untuk naik ke tahap seterusnya.

Kita mahu naik tahap!


Kita tak mahu...

brc.my 18
TERSANGKUT DI
TAHAP YANG SAMA
Nampak macam mudah je tahap perkembangan bisnes ni kan?

Tapi…

Kalau kita tak masukkan betul-betul dalam kepala otak kita, besar
kemungkinan kita duduk fasa START je sampai bila-bila.
Tersangkut tak berkesudahan.

Sebab kita tak tahu ada wujudnya ‘tahap seterusnya’ dalam bisnes.
Jadi kita pun tak boleh nak bergerak ke tahap seterusnya tu.

5 tahun, 10 tahun masih sangkut dalam fasa START.

Mahu begitu?

(Ataupun anda sedang mengalaminya sekarang!)

brc.my 19
BOLEHKAH BISNES
KITA DIJUAL?
Ini satu eksperimen mental:
Apa yang patut kita buat kepada bisnes kita supaya ia boleh dijual?

Ini sekadar eksperimen mental, tak semestinya kita mahu & akan jual bisnes
kita pun. Ini salah satu indikator bisnes sedia berkembang.

Cuba fikir…

Apabila bisnes kita dibeli, pemilik baru pastinya mahu dapatkan pulangan
berbaloi. Pastinya mereka datang dengan suntikan modal baru untuk
pastikan bisnes ini boleh hasilkan jualan lebih.

Dan, ini satu perkara penting yang akan mereka pertimbangkan…

Bolehkah bisnes itu terus berjalan tanpa kehadiran kita (sebab kita dah exit
& jual)?

Apakah tahap kesediaan bisnes kita untuk berjalan terus di tangan pemilik
baru tanpa kehadiran kita.

brc.my 20
Walaupun kita takkan jual, buat eksperimen mental ini supaya bisnes kita
lebih bersedia untuk dikembangkan.

Eksperimen mental ini sebagai satu ‘paksaan’ untuk kita susun operasi bisnes
supaya boleh berjalan tanpa kita.

Dari situ, kita juga sebenarnya tanya soalan:


Apakah tahap kesediaan bisnes kita untuk terima lebih modal &
dikembangkan?

Yang membawa kita kepada...

brc.my 21
ADAKAH BISNES KITA
'INVESTMENT-READY?'
Tak semestinya kita mahu mengadap & ‘pitch’ minta dana dari pelabur luar.
Kadang kita lupa, pelabur terbesar dalam bisnes kita ialah: KITA SENDIRI.

Kita melaburkan masa, tenaga, duit, titik peluh, air mata darah...
Ke dalam bisnes kita.

Adakah bisnes kita sedia menerima lebih modal pelaburan?

Ini satu lagi indikator bisnes sedia berkembang.

Kalau tiba-tiba kita sendiri ada duit lebihan, katakan RM100,000, adakah kita
bersedia untuk ‘campak’ semua RM100,000 itu sebagai dana perkembangan
bisnes kita?

RM100,000 ini ialah bahan api.


Kalau dituang kepada kenderaan bisnes yang bersedia, ia boleh pergi lebih
jauh & bakal bawa pulangan yang lebih besar daripada kos bahan apinya.

brc.my 22
Adakah bisnes kita bersedia?
Tahukah kita apa kita nak buat dengan dana sebanyak itu?
Ke mana kita akan halakan dana itu?

Kalau tambah tim, untuk buat kerja apa?

Kalau tambah bajet marketing, sudah ada ‘winning campaign’ yang sedia?

Kalau tambah alat & gajet, untuk tujuan apa?

Adakah pelaburan kita bakal bawa pulangan lebih berganda — disebabkan


kita sudah bersedia & tahu apa patut dibuat dengan dana tambahan?

Atau adakah pelaburan itu bakal melebur — disebabkan kita sendiri tak tahu
apa kita nak buat dengan duit pelaburan itu?

brc.my 23
JIWA BESAR #1:
TETAPKAN TARGET
BISNES
Gila apa buat kerja takde target!

Macam zombie jadinya, hari-hari hanya fikir menjual menjual menjual.


Tanpa tahu apa target jangka pendek, sederhana & panjang.

Sekadar berfikir geli-geli: “Aku nak naikkan jualan!”

Tapi tak jelas:


1. Naik jualan daripada berapa RM kepada berapa RM?
2. Bila tarikh akhir untuk capai target ini (deadline)?
3. Apakah pecahan masa & target dari sekarang sampai ke tarikh akhir
(milestone)?

Nampak macam mudah je kan?

Jangan terkejut! RAMAI yang tak boleh jawab soalan mudah ini.
Walaupun bisnes yang sudah capai jualan RM50,000 atau RM100,000.

brc.my 25
Dalam sesi private consultation bersama BRC, meletakkan target inilah
antara agenda pertama yang mesti JELAS dalam perancangan.

Kalau takde target, buatlah apa pun…


TAKKAN capai target. Sebab targetnya tak wujud pun.

Target yang jelas akan dipecahkan kepada target-target lebih kecil,


contohnya:
Berapa unit perlu dijual?
Berapa pelanggan diperlukan?
Berapa prospek diperlukan?
Berapa harga jualan seunit?
Berapa purata pembelian seorang pelanggan?

Kalau kita takde target jelas seperti di atas…


Kita sendiri tak tahu apa kita patut buat.
Kita rasa semua benda penting.
Kita mudah gelabah dengan ilmu terbaru & teknik terhebat.
Kita senang terikut-ikut apa yang orang lain buat.
Kita takde fokus.

Akhirnya kita letih lemau lesu.

brc.my 26
JIWA BESAR #2:
MEMAHAMI BISNES
SEBAGAI PROSES
YANG BERULANG
Katakan…
A. Target jualan kita: RM50,000 sebulan
B. Harga seunit jualan: RM100 seunit

Untuk capai RM50,000 sebulan, kita perlu jual 500 unit produk.
Ini kiraan aritmetik mudah. Anak darjah 1 pun boleh buat.
Cuma, ramai yang terlepas pandang kiraan mudah ni.

Biasanya, kita tak jual terus 500 unit sekaligus.


Apa yang berlaku ialah kita jual 1 unit setiap kali.
Ini 1 pusingan proses.

Dan proses ini perlu dijalankan sebanyak 500 kali pusingan.


Barulah boleh capai target yang ditetapkan.

Nampak kan? Ini pun ramai terlepas pandang.

brc.my 27
Saya ulang sekali lagi supaya lebih faham jelas:
Kita jual 1 unit dalam 1 pusingan proses.
Proses ini kita mahu jalankan berkali-kali pusingan.
Sehingga 500 kali.

Organisasi bisnes ialah satu organisasi yang menjalankan proses berulang:


Proses yang rutin & stabil.
Proses yang boleh dikira & diukur.
Proses yang boleh diramal hasilnya.

Cuba fikir:
Apakah 1 proses jualan 1 unit yang anda perlu jalankan banyak kali
pusingan secara berulang dalam bisnes kita?

Kalau kita tak jumpa jawapannya dengan jelas, mungkin itulah punca
bisnes kita tersangkut & tak boleh dikembangkan.

Kita tak jumpa 1 proses.


Kita tak dapat jalankan proses iu berulang kali.
Bisnes kita tersangkut & tergendala.

brc.my 28
Bayangkan…

Kalau bisnes kita sekejap jual sabun, sekejap jual baju, sekejap jual rumah…
Senang tak rasanya untuk kita besarkan bisnes kita?

Mesti pening kepala kita dengan proses yang berubah-ubah, tak stabil dan
tak tetap macam tu!

Proses tak tetap = bisnes yang tak stabil.

Esok kita tak tahu nak buat apa.


Minggu depan kita tak tahu nak buat apa.
Bulan depan kita tak tahu nak buat apa.
Sebab proses selalu berubah.

Bisnes yang sedia dikembangkan, ada proses yang rutin & berulang.
Proses ini boleh ditambah bahan api sebagai pelaburan untuk dijalankan
lebih banyak pusingan lagi berkali-kali.

Untuk sampai tahap ini, kita perlulah...

brc.my 29
JIWA BESAR #3:
MEMASTIKAN
KELANCARAN PROSES
Bila kita dah tahu bisnes ialah menjalankan proses yang berulang kali, kita
mesti pastikan kelancaran proses itu.

Supaya senang proses yang 1 kali pusing itu mahu dijalankan berkali-kali
banyak kali pusingan.

Proses yang sama tidak boleh berlaku berulang kali kalau:


Ada gangguan.
Terlalu banyak variasi — kejap ubah itu kejap ubah ini.
Terlalu perlahan.

Kita tengok contoh…

Berapa biji Big Mac agaknya dijual setiap tahun di seluruh dunia?
Ada laporan menyatakan lebih 500 juta!

Maknanya, McDonald’s perlu mengulang proses membuat & menjual 1 biji


Big Mac sebanyak 500 juta kali setiap tahun!

brc.my 30
Soalan:
Boleh ke Big Mac dijual sebanyak itu kalau prosesnya tak lancar, banyak
kali tersangkut & bergerak terlalu perlahan?

Mestilah tak!

Kekuatan McDonald’s ialah:


Memastikan kelancaran proses penghasilan & penjualan setiap menu.

Ye, kita rasa McDonald’s buat Big Mac...


Tapi sebenarnya yang buat Big Mac ialah pekerja dapur.

Apa yang McDonald’s sebagai sebuah organisasi bisnes ialah:


Menetapkan proses yang seragam untuk menghasilkan Big Mac.
Mencari operator / francaisi untuk mengendalikan 1 lokasi restoran.
Mencari pekerja dapur untuk buat Big Mac.
Melatih mereka buat Big Mac mengikut proses yang ditetapkan.
Memastikan setiap detik setiap jam setiap hari proses ini dijalankan
mengikut ketetapan, tiada perubahan.

brc.my 31
Beribu-ribu pekerja dapur, semuanya ikut proses yang sama untuk buat
Big Mac. Berapa lama daging dimasak. Berapa picitan sos. Berapa keping
sayur & timun jeruk.

Semua ikut proses yang sama.


Supaya prosesnya lancar & laju.
Boleh dijalankan berulang kali.

Itu yang membolehkan outlet McDonald’s beranak sampai ada hampir


40,000 lokasi seluruh dunia.

1 lokasi jual banyak Big Mac.


Jumlah semua lokasi jual 500 juta Big Mac.

Cuba bayangkan:
Bolehkah Big Mac dijual sehingga 500 juta biji kalau proses pembuatan
berbeza bagi setiap pekerja dapur di setiap lokasi?

Kejayaan McDonald’s bukan sekadar pada marketing.


Kejayaan McDonald’s juga bergantung kepada kelancaran proses.
Yang boleh menampung jumlah jualan yang besar.

brc.my 32
JIWA BESAR #4:
MELABUR UNTUK
MARKETING BERBAYAR
Bagaimana nak buat jualan 1 unit sebanyak 500 kali?

Kita perlu pastikan kita ada bekalan prospek yang berterusan untuk
ditukarkan jadi pelanggan.

Awal-awal biasanya ramai yang guna trafik percuma untuk sebarkan mesej
marketing. Beritahu pada kawan-kawan terdekat, buat posting media
sosial & sebarkan di group-group.

Sampai satu masa, trafik percuma ada hadnya & bekalan prospek
berterusan ini akan terhenti. Kalau proses marketing menghasilkan
prospek terhenti, proses jualan yang perlu dijalankan banyak kali itu pun
akan terhenti.

Itu yang biasa terjadi.


Orang terdekat sudah membeli.
Posting pun dah tak boleh mencapai trafik baru.
Akhirnya tepu & terhenti.

brc.my 34
Bisnes berjiwa besar ada mindset melabur untuk buat marketing berbayar.

Contoh:
Bayar bajet marketing RM1, dapat pulangan jualan RM10.

Kalau bajet marketing RM1 boleh dapat pulangan jualan RM10,


berapa banyak RM1 yang kita akan laburkan?

Laburlah sebanyak mungkin, selagi menguntungkan.

brc.my 35
JIWA BESAR #5:
MELABUR UNTUK BINA
PASUKAN BISNES
Bisnes ialah proses yang berulang.
Proses berulang ini takkan berlaku kalau tak dikerjakan.

Mula-mula, memang kita sendiri sebagai pemilik bisnes sendiri yang


mulakan & buat semua kerja yang penting-penting dalam operasi bisnes.
Kemudian, cepat-cepat agihkan kerja kepada orang lain supaya:

Kerja-kerja menjalankan proses berulang dijalankan dengan lancar. Ada


seseorang yang spesifik untuk memastikan kelancaran proses. Bukan
lagi kita yang kejap kena buat kerja itu, kejap kena buat kerja ini
sampaikan ada yang terlepas pandang.

Melapangkan masa pemilik bisnes untuk menjalankan kerja-kerja yang


lebih berimpak & bernilai tinggi.

Melapangkan masa pemilik bisnes untuk bertenang & berfikir strategi


yang membawa pulangan yang lebih besar.

brc.my 36
“Saya belum mampu gajikan pekerja sebab bisnes saya masih kecil.”

Ye, kalau fikir balik, logik ayat ni.

Tapi…

Kita renungkan:
A: Adakah kita tak mampu gajikan pekerja sebab bisnes kita masih kecil?
ATAU…
B: Bisnes kita sangkut tahap kecil sebab kita tak gajikan pekerja?

Kita rasa macam kita dalam situasi A.

Sebenarnya, mungkin kita dalam situasi B:

Banyak kerja-kerja terbiar sebab semuanya menunggu kita untuk buat.


Banyak kerja kerja dibuat sampai ada yang terlepas pandangan.

Kita sibuk buat kerja-kerja yang renyah & berulang, seperti kerja-kerja
pembungkusan. Sedangkan kerja ini boleh dijalankan oleh pekerja dengan
upah, katakan 50 sen atau RM1 setiap bungkusan. Kita pula boleh mula
buat kerja bernilai tinggi seperti kerja merancang marketing.

brc.my 37
Kita terlalu sibuk menyelesaikan kerja yang bertimbun dalam urusan
seharian, kita bergerak saja macam zombie yang reaktif.
Buat saja semua kerja tanpa fikir.
Sampai sentiasa rasa serabut & tiada masa bertenang untuk fikir strategi
bisnes untuk jangka masa lebih panjang.

Sibuk buat kerja sehari sehari sampai lupa melihat perancangan sebulan,
satu suku tahunan, setengah tahun, setahun dan 3 tahun.
Sudahnya, bertahun-tahun masih lagi buat kerja sehari sehari berulang kali.
Tak sedar masa dah bertahun berlalu.

brc.my 38
JIWA BESAR #6:
BAYAR GAJI IKUT KADAR
PASARAN
Untuk memastikan kelancaran proses yang berulang dalam bisnes, kita
letakkan orang yang layak & berkebolehan di tempat sepatutnya.
Orang yang betul melakukan kerja yang betul dengan cara yang betul.

Apakah amalan biasa yang berlaku dalam bisnes?


Ye, betul. Membayar gaji seminima mungkin. Inilah punca kepada masalah
tidak berjaya meletakkan orang yang betul untuk menjalankan kerja yang
betul dengan cara yang betul.

Sumber: JobStreet.com

brc.my 40
Dalam pasaran produk, ada tangga harga yang normal di pasaran.
Dalam pasaran pekerjaan (job market) juga, ada kadar pasaran bagi gaji untuk
setiap posisi & tugas. Untuk sesuatu posisi, ada gaji yang dikira tinggi,
sederhana & rendah.

Kalau kita sentiasa menawarkan gaji terendah dalam skala bayaran gaji, kita
akan sentiasa menerima calon yang terendah dalam skala kemahiran &
pengalaman kerja.

Contoh:
Katakan kita mahu isi jawatan pengurus pemasaran (marketing manager).
Rujuk graf ringkas di halaman sebelum ini.

Terus sahaja kita nampak:


Kalau kita tawarkan gaji RM2,000 sebulan, tawaran kita DI BAWAH
harga pasaran.
Kalau kita tawarkan gaji RM2,500 sebulan, tawaran kita berada di paras
rendah berbanding harga pasaran.

Tiada jawapan tepat untuk nilai gaji yang sepatutnya kita tawarkan.
Cuma kita sedar, setiap gaji yang ditawarkan, ada posisi tersendiri.
Posisi tersendiri membawa jenis-jenis calon yang tersendiri.

brc.my 41
JIWA BESAR #7:
MEMASTIKAN BISNES
UNTUNG
Dari mana datang semua duit untuk pelaburan-pelaburan yang kita mahu
buat? Pastinya datang dari untung bisnes.

Sebuah organisasi bisnes bagaikan satu makhluk. Makhluk yang mahu


membesar perlukan makanan untuk tumbesaran yang sihat & tidak
terencat.

Makanan ini ialah kos. Semua organisasi bisnes memerlukan kos untuk
terus hidup. Kos gaji, kos pengurusan, kos utiliti, kos marketing dan
sebagainya.

Uniknya tentang bisnes ialah makanan untuk tumbesaran ini datang dari
dirinya sendiri. Sesuatu bisnes mesti berada dalam keadaan untung sebagai
satu justifikasi untuk terus hidup.

Terutamanya untuk bisnes kecil yang tiada sokongan dana luaran yang
besar.

brc.my 42
"Dah namanya bisnes, mestilah kena untung kan?"

Memang disebut begini dengar macam terang lagi bersuluh.


Realitinya, banyak bisnes yang tak sedar keadaan bisnes sendiri.
Realitinya, banyak bisnes yang terlepas pandang perkara begini.

Tak mampu buat marketing berbayar?


Ini terjadi disebabkan kita tak masukkan kos marketing berbayar dalam
harga produk.

Tak mampu bayar gaji pasukan bisnes?


Ini terjadi disebabkan kita tak masukkan kos gaji dalam harga produk.

Tak mampu membina organisasi bisnes?


Ini terjadi disebabkan kita tak masukkan kos pengurusan bisnes dalam
harga produk.

Dari mana patut datang kos marketing berbayar, kos gaji pasukan bisnes,
kos pengurusan bisnes dan semua kos lain kalau bukan dari untung bisnes
itu sendiri?

Betul tak?

brc.my 43
Inilah beza bisnes yang sedia berkembang sebagai organisasi bisnes yang
menjadi aset menghasilkan jualan berterusan VS bisnes duit tepi untuk
pendapatan geli-geli.

Ye, memang kita semua bermula dengan projek buat duit tepi.
Takde salah di situ. Semua orang bermula kecil.

Bermulalah kecil dengan mengambil kira perancangan jangka panjang


untuk membina bisnes berkembang.

Maknanya dari awal, kita dah masukkan semua kos-kos yang diperlukan
oleh sebuah bisnes dalam penetapan harga produk. Kita tak mahu sekadar
ada untung kecil yang cukup-cukup untuk makan sendiri.

Dari awal, berdisiplin untuk pastikan jualan bisnes mampu tampung kos
operasi bisnes walaupun masa awalnya kos operasi masih kecil.
Kita berpandangan jauh & sudah merancang untuk bayar kos operasi yang
lebih besar.

Kalau untung cukup sekadar makan sendiri, macam mana nak membayar
semua kos untuk kembangkan bisnes?

brc.my 44
JIWA BESAR #8:
MENGURUS
KEWANGAN BISNES
Ada untung saja tak cukup.
Untung ini perlu disimpan dalam kantung bisnes supaya sedia untuk
digunakan dalam rancangan perkembangan bisnes.

Kalau kita perasan, peruntukan kos-kos lain dah siap dikira dalam harga
produk kita sejak dari bisnes kita di tahap kecil baru bermula.

Masa baru bermula di waktu kecil ini, banyak kos-kos ini belum perlu
dibayar lagi.

Contoh:
Kita dah siapkan peruntukan kos sewa premis, walaupun kita masih
beroperasi dari rumah. Katakan dengan hasil jualan, peratusan yang
diperuntukkan untuk sewa berjumlah RM300...

Kita belum lagi membayar sewa ini.


Apa yang patut kita buat dengan duit lebihan ini?

brc.my 45
Kalau kita berjoli sendiri, habislah duitnya.
Hujung bulan, lesap.
Hujung bulan, lesap.

Kalau kita simpan dalam kantung bisnes:


Kita boleh guna sekarang, jadikan kos modal membeli bahan mentah
atau kos marketing untuk capai lebih ramai prospek.
Kita boleh guna akan datang, simpan untuk bayar deposit 3+1 masa
mahu menyewa premis atau beli mesin yang berkapasiti lebih besar.

Jadi, penting untuk kita mengurus kewangan & simpan keuntungan bisnes.

Yang paling penting:


ASINGKAN DUIT PERIBADI DENGAN DUIT BISNES.

Ini bukan saja pasal pengasingan duit.


Ini soal pembentukan mindset. Kita mahu tanam dalam diri sendiri,
organisasi bisnes & diri sendiri adalah entiti berasingan.

Jadi langkah pertama ialah (untuk hantar signal kepada diri kita tentang
pengasingan entiti):
Ambil gaji sendiri.
Selebihnya tinggalkan dalam kantung bisnes.

brc.my 46
Jangan ambil duit bisnes untuk belanja peribadi.
Segala perbelanjaan peribadi kita hanya gunakan duit gaji yang kita dapat.

Ramai yang kononnya berkorban tak ambil gaji, tapi merompak duit bisnes
untuk bayar belanja sendiri & membeli-belah kononnya ganjaran diri
sendiri.

Sebenarnya, tanpa sedar ambil duit untuk belanja peribadi LEBIH BANYAK
daripada gaji sepatutnya. Berkorban apa bendanya itu?
Ini namanya PECAH AMANAH!

Duit bisnes, duit bisnes.


Duit peribadi, duit peribadi.
Salah ambil duit, kita merompak & pecah amanah.

Jadi...

Ambil gaji untuk diri sendiri yang berkadaran dengan kerja yang dibuat &
kemampuan bisnes.

Biarkan duit selebihnya dalam kantung bisnes.


Tetapkan prosedur ketat untuk pengurusan duit bisnes.
Termasuklah urusan pemilik bisnes mahu keluarkan duit bisnes.

brc.my 47
Langkah kedua:
Buat catitan duit keluar masuk.

Disiplin ini bermula dari awal.


Awal-awal secara ringkas je.
Untuk pastikan disiplin itu ada.

Macam mana caranya?


1. Catit tarikh & berapa jumlah duit masuk atau keluar.
3. Catit untuk tujuan apa.
3. Simpan dokumen sokongan sebagai bukti.

Itu je.

Bermula mudah supaya disiplin ini terbina awal.


Tak perlu komplikated.
Tak perlu app akaun canggih.
Tulis di buku latihan sekolah pun cukup.
Tampal dokumen sokongan guna stapler.

Yang penting, rutin & disiplin bermula dari awal.


Dah berkembang nanti, bolehlah buat dengan lebih teratur.
Kalau masa kecil tak buat, masa dah besar lagilah susah untuk buat!

brc.my 48
JIWA BESAR #9:
MEMAHAMI
PERBELANJAAN VS
PELABURAN
Semua duit yang keluar ialah perbelanjaan.
Ye, duit keluar, itu kira belanjalah.

Cuma…
Adakah ia semata-mata belanja.
Atau ia pelaburan yang bakal mendatangkan pulangan yang lebih?

Lihatlah pelaburan bukan dalam jumlah mutlak yang dikeluarkan.


Lihatlah pelaburan dalam jumlah pulangan yang boleh dihasilkan.

Contoh:
Bayar gaji akauntan RM2,500.

Besarnya RM2,500!
Itu kalau kita melihat dari segi nilai mutlak duit yang dikeluarkan.

brc.my 50
Lebih bijak untuk kita lihat dari segi perbandingan, apa akan jadi jika kita
tak gajikan akauntan dengan gaji RM2,500?

Tanpa pengurusan akaun, duit bisnes makin berterabur.


Tanpa akauntan, akan ambil masa lebih lama untuk kita buat sendiri,
kita tak boleh buat kerja lain & mungkin kerja akaun tu pun salah
membahayakan duit bisnes.
Lebih berganda-ganda kerugiannya!

Kita bukan membandingkan keluar duit bayar gaji akauntan RM2,500


sebulan dengan tidak keluar duit apa-apa:
RM2,500 vs RM0.

Kita membandingkan melabur duit bayar gaji akauntan RM2,500 sebulan


dengan apa akibatnya jika tidak menggajikan akauntan:
RM2,500 vs kerugian lebih besar!

Contoh:
Melabur kos marketing sebulan RM300,000.

OMG besarnya RM300,000 untuk bajet marketing!

Memang besar jumlahnya kalau kita berfikir dari segi nilai mutlak.

brc.my 51
Lihatlah dari sudut pandangan relatif.

Katakan kos untuk dapatkan seorang pelanggan ialah RM30.


Bisnes ini mahu dapatkan 10 ribu pelanggan sebulan.

RM30 x 10,000 = RM300,000.


Nampak tak?
Jumlah RM300,000 tadi berkadaran.

Kalau kita masih kecil, kita mungkin mahu 10 pelanggan.


RM30 x 10 = RM300

Beza antara keduanya hanyalah pekali (multiplier) yang digunakan.


Kita taklah terkejut sangat dah.
Kita dah boleh nampak logiknya angka RM300,000 itu.

Betul tak?

brc.my 52
JANGAN TAKUT!
Semuanya nombor.
Semuanya matematik.
Semuanya logik.

Nombor yang kecil boleh digandakan apabila didarabkan dengan pekali.

Ye, awal tadi saya cakap bezanya bukan hanya dari segi saiz.

Dalam bisnes, yang menyekat bisnes kecil berkembang bukannya nombor.

Bisnes tersekat perkembangan kerana cara berfikir.


Sebab takut.

Takut pula, yang tak logik, selalunya.

Takut cukai.
Takut audit.
Takut gajikan pekerja.

brc.my 55
Bisnes berkembang & dapat hasil jualan banyak, pasti kena cukai.

Jadi, bila kita takut cukai, maknanya kita takut bisnes dapat jualan banyak?
Kita mahu bisnes kita terus kecil & dapat jualan di bawah tahap kelayakan
cukai?

Bisnes yang bagus perlu diurus kewangan dengan audit yang tersusun.

Jadi, bila kita takut audit, maknanya kita tak nak ada laporan kewangan?
Kita tak nak tahu untung atau rugi, bisnes sihat atau sakit?

Operasi bisnes dijalankan oleh pekerja dalam bisnes.

Jadi, bila kita takut gajikan pekerja, maknanya kita mahu buat semua kerja?
Kita tak nak letakkan orang yang lebih layak untuk kerjakan proses bisnes?

Cuba semak semula:


Ketakutan yang kita simpan dalam diri, logik atau tidak.

brc.my 56

Anda mungkin juga menyukai