Anda di halaman 1dari 7

10 LANGKAH PRAKTIKAL.

Ikuti satu persatu cara yang betul untuk membeli rumah pertama melalui
duit bisnes enterprise
Hafizi Zain merupakan seorang pemilik bisnes printing. Beliau hanya melakukan
bisnes melalui syarikat enterprise sahaja. Daripada bisnesnya ini, beliau membuat
banyak duit melalui pinjaman bank untuk membeli rumah.

Bagaimana Hafizi Zain melakukannya?

Ikuti 10 langkah di bawah ini untuk membeli rumah pertama menggunakan duit
bisnes enterprise:

1) Langkah #1 - Pastikan pinjaman pertama adalah pinjaman rumah.

Untuk berjaya membeli rumah pertama melalui duit bisnes enterprise, pastikan
pinjaman pertama adalah pinjaman untuk membeli rumah.

Semakin tinggi komitmen kita untuk menjelaskan pinjaman bank (misalnya


membuat pinjaman kereta dahulu), semakin berkurangan kelayakan untuk
membuat pinjaman rumah.

Cara terbaik adalah menangguh kepuasan dan membina aset dahulu.

2) Langkah #2 - Pastikan duit masuk ke dalam akaun bisnes, bukan


peribadi.

Bagi yang menjalankan bisnes enterprise, pastikan setiap aliran tunai yang masuk
ke dalam bisnes kita adalah melalui akaun bank syarikat. Jangan guna akaun bank
peribadi.

Kerana, kita mahu duit yang masuk ke dalam akaun bank syarikat kita dikira
sebagai income (pendapatan).

Jika berlaku pelanggan terbayar melalui akaun bank peribadi kita, transfer duit
tersebut ke akaun bank syarikat sebagai nota "Cash Sales". Apa yang paling
penting, pihak bank mahu melihat income di dalam akaun bank syarikat kita.

3) Langkah #3 - Bayar gaji untuk diri sendiri.

Bayar gaji untuk diri sendiri dan bayar KWSP untuk diri sendiri juga. Bagi peniaga
enterprise, tetapkan gaji bulanan untuk dibayar kepada diri sendiri.

Apabila kita mahu membuat pinjaman bank untuk membeli rumah, bank akan lihat
kita mempunyai 2 jenis income. 1 pendapatan datangnya dari bisnes, dan 1 lagi
pendapatan datangnya dari duit gaji.

Elakkan membayar gaji melalui online transfer. Sebaliknya, gunakan cek syarikat
untuk membayar gaji kita. Siapkan Payslip berserta cop sekali.

4) Langkah #4 - Jangan terpengaruh dengan loan ASB.

Jangan mudah terpengaruh untuk membuat pinjaman ASB atau pinjaman peribadi.
Kerana, ditakuti pinjaman jenis ini boleh menyebabkan kita terjejas dan tidak layak
untuk membuat pinjaman rumah pertama.

Cara yang betul jika mahu membuat pinjaman ASB atau pinjaman peribadi, pastikan
kita lulus dahulu pinjaman rumah pertama, baru buat pinjaman baru (ASB atau
peribadi).

Tetapi, jika kita mahu membeli rumah kedua pula, tangguhkan hasrat untuk
membuat pinjaman ASB atau peribadi.

Kerana, kita tidak mahu DSR bulanan memberi impak yang besar kepada pinjaman
rumah kedua. Dengan kata lain, bank tidak meluluskan pinjaman rumah kedua kita.

5) Langkah #5 - Rumah pertama adalah rumah pelaburan.

Rumah pertama yang kita beli adalah rumah untuk pelaburan. Jangan beli rumah
pertama kerana mahu diduduki. Sebaliknya, beli rumah pertama untuk disewakan
kepada orang lain.

Kenapa kita perlu jadikan rumah pertama sebagai pelaburan? Kerana, kita mahu
menjana pendapatan melalui rumah tersebut, bukan menjadi beban untuk
membayar hutang pinjaman rumah setiap bulan.

Pendapatan yang boleh kita peroleh melalui pelaburan ini adalah aliran tunai atau
keuntungan modal. Jika kita sewakan rumah kepada orang lain, kita akan mendapat
duit setiap bulan (aliran tunai) secara konsisten.

Cara ini akan menjadi kita bertambah kaya.

Manakala, jika kita membeli rumah kemudian menjualnya pada harga yang tinggi di
kemudian hari (seperti selepas 3-5 tahun kemudian), kita berjaya menjana
pendapatan keuntungan modal. Di mana, kita beli rumah dengan harga murah dan
menjualnya dengan harga mahal.

6) Langkah #6 - Jangan beli rumah atas dua nama suami dan isteri.

Jangan beli rumah atas dua nama suami dan isteri. Kerana, kelayakan pinjaman
rumah sebanyak 90% hanya untuk dua buah rumah setiap seorang. Apabila mahu
membeli rumah ketiga, bank hanya meluluskan pinjaman sebanyak 70% sahaja.

Ini bermakna, bagi pasangan suami-isteri, mereka boleh mendapat pinjaman rumah
sebanyak 90% untuk membeli 4 buah rumah. Rumah kelima dan seterusnya, bank
hanya meluluskan 70% sahaja.

Rugi rasanya apabila membeli rumah, kita gabungkan nama suami dan isteri. Kita
hanya boleh membeli dua buah rumah dengan pinjaman sebanyak 90% sahaja.

Jika mahu untung, rumah pertama sehingga ketiga, kita sewakan kepada orang lain.
Duit aliran tunai setiap bulan (hasil sewaan ketiga-tiga rumah), kita bayar hutang
pinjaman rumah keempat.

Hasilnya, seperti kita duduk rumah sendiri secara percuma kerana tidak perlu
mengeluarkan duit walaupun sesen untuk membayar pinjaman rumah.

7) Langkah #7 - Buat semakan CCRIS.

Pastikan kita tiada masalah dengan rekod CCRIS. Rekod CCRIS adalah rekod hutang
yang disenaraikan melalui Bank Negara. Untuk memudahkan urusan membuat
pinjaman membeli rumah, semak dahulu rekod hutang kita di CCRIS.

Apabila kita semak nanti, kita boleh lihat senarai hutang berserta senarai bayaran
bulanan. Jika kita mempunyai tunggakan hutang, CCRIS akan merekodkan nombor
berdasarkan berapa banyak tunggakan yang telah kita lakukan.

Jika 1, bermaksud kita mempunyai tunggakan sebanyak 1 bulan.

Begitu juga dengan nombor seterusnya. Jika CCRIS merekodkan nombor kosong (0),
ini bermakna rekod kita bersih.

8) Langkah #8 - 3 cara untuk membeli rumah pertama kita.

Kita boleh beli rumah dengan cara:

a) Beli rumah undercons.

Rumah undercons adalah rumah under construction. Ia bermaksud, rumah yang


sedang dibina. Rumah undercons sesuai dibuat flipping (menjual semula dengan
harga tinggi) apabila siap nanti.

b) Beli rumah subsale.

Rumah yang sudah siap dan ada pemilik rumah. Rumah jenis ini kita boleh beli
kerana pemilik asalnya mahu menjual rumah tersebut.

c) Beli rumah lelong.

Rumah lelong adalah rumah yang dilelongkan oleh pihak bank kerana pemilik asal
sudah tidak mampu untuk membayar komitmen bulanan rumah tersebut.

Di antara ketiga-tiga cara membeli rumah ini, rumah lelong adalah rumah berisiko
tinggi, tetapi mempunyai pulangan yang tinggi juga. Kerana, jika kita berjaya di
dalam bidaan rumah lelong, kita boleh membeli rumah tersebut dengan harga di
bawah nilai pasaran.

9) Langkah #9 - Tip penting untuk beli rumah under construction?

Nasihat untuk peniaga enterprise yang mahu membeli rumah undercons. Pilih
rumah undercons yang mempunyai nama-nama pemaju yang besar seperti SP
Setia, IJM Land, Sime Darby, Worldwide dan banyak lagi.

Sebab utamanya, risiko untuk projek perumahan ini terbengkalai adalah rendah. Jika
kita beli melalui pemaju yang kurang dikenali, risiko untuk projek perumahan
terbengkalai adalah sangat tinggi.

Kerana, mereka tidak mempunyai modal yang cukup atau masalah-masalah lain
yang boleh menyumbang kepada terbengkalai. Berbanding dengan pemaju-pemaju
besar, mereka mempunyai modal yang cukup untuk menyiapkan projek perumahan.

Tambahan lagi, pemaju besar biasanya menyediakan banyak kelebihan kepada


pembeli rumah undercons. Seperti diskaun sehingga 10%, percuma alarm, percuma
air-cond dan banyak lagi.

10) Langkah #10 - Beli kerana mampu, bukan kerana nafsu.

Akhir sekali, beli rumah mengikut kemampuan, bukan nafsu.

Kita mungkin mudah terpengaruh apabila ramai kawan-kawan kita membeli rumah
besar. Kita pun mahu membeli rumah besar juga. Mungkin pinjaman rumah mudah
diluluskan kerana kita tidak mempunyai masalah untuk meminjam.

Tetapi, kesannya komitmen kita sangat tinggi sehingga boleh membebankan kita
setiap hujung bulan. Ditakuti, komitmen membayar pinjaman rumah sangat tinggi
sehingga melebihi pendapatan yang kita dapat. Akhirnya, bayar bulanan pinjaman
rumah tertunggak!

Sebelum membuat keputusan membeli rumah, buat kira-kira terlebih dahulu untuk
memastikan kita mampu untuk membayar pinjaman rumah tersebut setiap bulan.
BONUS! 2 Cara buat pinjaman cepat lulus sebab CCRIS bersih
11) Langkah #11 - Ini yang anda boleh buat jika CCRIS anda bersih.

Jika bank tidak dapat melihat disiplin kita membayar pinjaman bank (kerana CCRIS
kita bersih dan kosong), kita boleh buat 2 cara berikut:

a) Apply kad kredit dan guna.

Caranya, kita swipe pada siang hari, dan membayarnya balik pada malam hari. Hal
ini kerana, kita tidak mahu terlupa membayar balik duit kad kredit.

b) Buat pinjaman Easy RHB.

Buat pinjaman Easy RHB dengan nilai paling rendah sekali.

Kenapa kita pinjam dengan nilai paling rendah sekali? Kerana, kita mahu
menunjukkan komitmen kita mampu membayar hutang pinjaman kepada bank,
bukan menambah hutang dengan lebih banyak lagi.
Apabila bank melihat kita disiplin semasa membayar hutang, mudah untuk bank
meluluskan pinjaman rumah pertama kita menggunakan duit bisnes.
Buat banyak duit dengan pinjaman rumah

11 langkah yang dikongsikan ini sedikit-sebanyak membantu kita untuk membeli


rumah pertama dengan mudah menggunakan duit bisnes enterprise.
Jadi, tiada masalah lagi untuk peniaga kecil seperti syarikat enterprise untuk
membeli rumah.
Hadam 11 langkah ini.

Anda mungkin juga menyukai