Anda di halaman 1dari 15

6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Search

PENJAWAT AWAM? KLIK SINI TIP PELABURAN HARTANAH KISAH INSPIRASI PROJEK HARTANAH EBOOK
ADVERTISE
CONTACT US
LIKE Facebook Page GilaHartanah

Klik Sini Sekarang!


CONTACT US

Gila Hartanah
110,573 likes

Like Page

Be the first of your friends to like this

Home Tip beli rumah 6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

TIP BELI RUMAH

6 langkah mudah beli rumah


pertama dengan pemaju
By Tok Penghulu - Feb 17, 2017 11448 1

SHARE
Facebook Twitter

Artikel Paling Popular

Rumah sendiri: Sewa atau Beli? Jangan


kesilapan ini.
Tok Penghulu - Jun 22, 2015

Tahu tak? Anda boleh gunakan simpan


KWSP untuk 4 perkara ini
Tok Penghulu - Dec 20, 2015

Banyak sangat hutang sampai susah na


loan rumah? Baca kisah wanita yang be
Tok Penghulu - Jul 1, 2015

Rumah 600 kaki persegi semurah RM20


Sumber gambar: The Star Online
boleh siap tak sampai sebulan.
Tok Penghulu - Jul 20, 2016
Bukan satu perkara mudah kalau korang nak membeli rumah.

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Ada banyak benda yang korang perlu sediakan dulu. Dan salah
satu yang utama adalah ilmu.

Korang takkan berani bertindak selagi tak ambil tau tentang


proses membeli rumah. Mesti korang suka baca apa yang bakal
Tok kongsikan kejap lagi.

Bagi yang tengah planning nak beli unit undercon, hadamkan


dulu perkongsian Cikpuan Nurhayaty Jalil (Aty Fared)
yangmantapni.

Lagipun, Tok memang saja nak bakar line. Bagi korang tak
senang duduk selagi tak beli rumah cepat-cepat. Haha.

PS: Artikel ni agak panjang sikit. Tok tak nak pecahkan kepada
siri sebab ini topik yang penting. Jangan cakap Tok tak pesan
awal-awal ya.

Beli rumah lebih kurang sama macam beli


pisang goreng?
Proses membeli rumah pasti akan memakan sedikit masa korang.

Kalau takde sebarang masalah, boleh settle awal. Tapi kalau


nasib korang tak baik, boleh makan hampir setahun jugak la.

Bukan takde kes beli rumah yang memakan masa bertahun, baru
selesai.

Beli rumah bukan macam beli pisang goreng. Dah beli, boleh
korang makan terus (lagipun, tak best makan bila dah sejuk.
Eh!).

Sejurus korang decide nak beli rumah daripada pemaju, korang


perlu sediakan diri dengan banyak perkara. Lagi-lagi kalau ini
pembelian rumah pertama korang.

Apa yang perlu andabuat sebelum beli


rumah undercon pertama?

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Saya kongsikan satu persatu langkah-langkah mengikut


pengalaman sendiri:

Langkah #1: Tempah dulu siap-siap


sebelum dikebas orang
Mula-mula, mesti la korang kena cari rumah yang sesuai dengan
kapasiti kewangan korang.

Maksud saya, kaji dulu kemampuan korang. Kalau gaji bersih


korang (katakan) RM2,500 sebulan, takkan korang nak henjut
beli rumah harga RM700,000?

Alamat sampai ke sudah korang tak lepas nak beli rumah tu.

Bila dah jumpa yang berkenan, pergi ke showroom projek tu dan


jumpa ejen jualan dekat sana untuk letak duit booking.

Duit booking ini sebagai pengeras awal supaya rumah tu tak


dibeli oleh orang lain. Dan kos booking ni akan berbeza antara
developer yang ada.

Dalam kes saya, hanya perlu bayar RM500 je. Tapi dengan
developer lain, ada yang kena bayar RM1,000. Ada juga yang
kena sampai RM5,000.

Duit booking ni pulak, developer akan tolak daripada keseluruhan


loan rumah yang pinjam daripada bank tu.

Maksudnya, kalau rumah tu harga RM300,000 dan korang dapat


margin pembiayaan 90%, loan yang korang akan dapat adalah
sebanyak RM270,000.

RM270,000 ni, korang tolak dengan duit booking yang korang


bayar dekat developer tadi.

RM270,000 RM500 =
RM269,500

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Apa lagi yang you mahu bagi saya?


Ini jumlah loan rumah yang korang kena servis sampai tamat
tempoh pembiayaan.

Saja nak tambah. Korang jugak boleh tanya developer (atau ejen
mereka) sama ada pembelian korang tu ada sebarang hadiah
percuma atau tak.

Kalau ikut pengalaman saya masa beli rumah dulu, saya dapat:

Kabinet dapur,
Pemasangan tiles sampai ke car porch,
Dekor bilik air secara penuh (full decoration). Siap boleh pilih
warna dan design lagi.

Oh, ada satu perkara paling penting yang korang kena ingat
selalu.

KALAU LOAN KORANG BANK


TAK KASI LEPAS, APA AKAN
JADI DENGAN DUIT BOOKING
TU?

Okay. Saya nak korang fahamkan betul-betul apa yang saya


kongsikan sekarang ni.

KLIK LINK DAN BACA SEKARANG: Sebelum sign SPA untuk


beli rumah undercon, buat 4 perkara ini dulu.

Cara senang ini elak duit deposit anda


daripada melebur
Sebelum korang sign LO (Letter Offer) daripada bank untuk
dapatkan loan rumah, elakkan bayar duit booking tu dulu.

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Kalau refer balik perkongsian Tuan Salkukhairi Abd Sukor


sebelum ini, hampir 90% pembeli takkan dapat balik duit booking
yang dah dibayar.

Siapa yang suka? Kita bukan letak seringgit dua. Kalau ya, kita
pun tak kisah sangat duit tu hangus. Tapi kalau RM500 ke atas,
senang ke hati korang nak burn duit macam tu je?

Nak jalan paling selamat? Korang pergi dulu ke bank dan kaji
dulu kemampuan korang untuk dapatkan pinjaman.

Kalau confirm loan korang boleh lulus, baru bayar duit booking
tanpa ragu-ragu.

Langkah #2: Dokumen yang pastikan loan


rumah anda senang lulus
Lepas korang dah bayar booking dan isi form semua, tiba masa
untuk korang sediakan dokumen untuk permohonan loan pulak.

Kalau korang buat joint housing loan dengan pasangan,


bermakna korang berdua kena sediakan dokumen berikut:

Salinan kad pengenalan,


Slip gaji untuk tempoh 3 bulan (ada bank yang minta sampai
6 bulan),
Bank statement,
Penyata KWSP yang terkini.

Kalau bujang pulak, korang buat single copy je la. Tak payah la
bazirkan kertas tu.

Dan kalau nak cerita pasal loan, kita semua ada banyak pillihan.

Siapa yang kerja dalam sektor kerajaan, boleh la apply loan


kerajaan bahagian perumahan. Selain tu, kita jugak boleh pilih
sama ada nak gunakan loan jenis konvensional atau Islamik.

Dan korang boleh apply dekat semua bank yang ada dalam
Malaysia ni. Tapi sebelum nak pilih tu, bandingkan dulu mana

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

yang terbaik.

Dan yang paling penting, pastikan korang mampu nak servis loan
tu tanpa sebarang masalah. Ini komitmen jangka masa panjang
tau. Elakkan kecundang bayar loan ditengah jalan.

Nak senangkan lagi kerja korang? Gunakan khidmat ejen


hartanah berdaftar.

Langkah #3: Al-kisah loan dan lawyer


Untuk dapatkan loan, memang tak senang.

Benda ni bergantung banyak dekat prestasi kredit peribadi


korang. Kalau CCRIS rabak sangat, memang susah loan rumah
bank nak kasi lepas.

Alhamdulillah, saya bernasib baik. Sebab semua cun melecun,


dalam masa seminggu je dah dapat Offer Letter.

Ada banyak je kes orang apply loan ambil masa yang agak lama
(1 hingga 2 bulan, atau lebih) untuk dapatkan kelulusan bank.

Setiap bank pulak, berikan peratus faedah dan cara pembayaran


yang berbeza. Jadi. tawaran memang takkan sama. Dan ada
banyak pro and cons jugak.

Korang boleh cari loan mana yang paling tinggi supaya


pembayaran deposit dan kos guaman dapat dikurangkan, sambil
nikmati kadar faedah yang rendah.

Lepas bank dah bagi offer pinjaman tu, korang ada masa sebulan
je untuk buat pertimbangan. Kalau terlambat, korang kena la
buat permohonan baru daripada awal.

Dan kalau korang dah bersetuju, baru la perjanjian beli rumah


dan hal guaman akan menyusul pulak.

Oh, kalau korang senyap je tanpa bagi sebarang respon kepada


bank, secara automatik, bank akan batalkan tawaran tadi tu.

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Langkah #4: Masuk pula bab Sales &


Purchase Agreement
Bila dah selesai pilih bank mana yang korang nak buat loan, bank
tu akan sediakan S&P (Sales and Purchase Agreement) untuk
korang tandatangan.

Proses ini akan mula melibatkan peguam. Bab ni pula, korang


boleh cari sendiri atau gunakan khidmat lawyer bank tu sendiri.

Macam kes saya, saya pakai je peguam yang bank sediakan.

Cuma saya nak pesan awal-awal. Urusan ni kena ada 2 peguam


yang berbeza. Lepas dah siap dokumen S&P tu nanti, orang bank
akan call korang untuk datang dan turunkan tandatangan surat
perjanjian.

Dan sila bersedia masa ni. Korang akan go through setiap helaian
muka surat S&P tu sampai tangan korang terasa kebas. Paling
kurang, ada dalam 100 helai jugak tu.

Boleh claim dengan pemaju tak kalau ada


sebarang kerosakan?
Lepas tu, mereka (pihak bank) akan buat salinan dan duti setem
yang disediakan oleh peguam jugak.

Korang juga akan terima kunjungan daripada peguam belah


pemaju lepas dah selesai tandatangan dokumen dengan bank
tadi.

Peguam bank akan uruskan bahagian pinjaman perjanjian jual


beli rumah, dan peguam belah developer pulak akan uruskan hal-
hal berkaitan rumah yang korang beli tu.

Kira jugak semua benda yang korang boleh claim dekat developer
atau tak (kalau ada berlaku apa-apa sepanjang tempoh waranti
rumah tu), dan apa yang korang boleh buat dengan rumah tu.

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Betul, memang korang yang beli rumah tu. Tapi belum tentu
korang boleh sesuka hati nak buat rumah tu sebagai bengkel
kereta atau kedai makan.

Jaga-jaga dengan kos peguam


Korang juga tak boleh suka-suka nak tambah atau pecah rumah.
Korang boleh kena saman tau.

Jalan selamat? Sebelum buat apa-apa, tanya dan sahkan dulu


perkara tu dengan pemaju.

Urusan agreement ni pulak, tetap perlukan duit korang. Untuk


bayar kos peguam pemaju, takde la mahal sangat. Stamping,
salinan agreement tu mungkin akan makan dalam RM200 hingga
RM300.

Yang ni, korang kena bayar cash. Tapi tanya dulu dengan pemaju
sebab ada yang cover kos ni.

Tapi untuk peguam belah bank, kos yang korang kena tanggung
agak mahal. Boleh cecah harga RM3,000 hingga RM4,000.

Langkah #5: Semua yang anda wajib tahu


tentang loan dan yuran guaman
Ada pemaju yang cover sampai 100% loan. Tapi ramai yang
cover takat 90% je.

Kalau yang cover 90%, baki 10% lagi tu, korang kena tanggung
dulu guna duit sendiri.

Korang boleh je gunakan KWSP untuk buat benda ni. Cuma,


korang kena ada dokumen S&P tu untuk keluarkan duit.

Kalau cepat orang tu buat, cepat la korang dapat.

Macam saya, S&P tu siap sebelum saya apply loan lagi. Punya
konfiden pemaju tu cakap yang loan saya 100% akan lulus.

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Alhamdulillah, rezeki. Nasib baik loan cepat lepas.

KLIK LINK DAN BACA SEKARANG: Cara guna KWSP dan beli
paling kurang 2 biji rumah tahun ini.

Ada yang bank akan tanggung, dan ada


yang anda kena tanggung?
Lagi satu (yang saya rasa korang pun dah tau), lebih tinggi
deposit yang korang letak, lebih rendah bayaran bulanan. Macam
tu jugak la sebaliknya.

Yuran guaman pulak, ada yang bank tanggung dengan masukkan


sekali dalam loan rumah korang.

Sedap je telinga korang dengar, kan?

Tapi hakikatnya, loan korang akan bertambah. Selalunya yuran


peguam ada dalam RM2,000 hingga RM3,000 jugak, dan mungkin
lebih.

Yuran ni juga bergantung dekat jumlah loan rumah yang korang


pinjam dekat bank. Lebih mahal rumah korang, lebih tinggi la kos
peguam yang korang kena tanggung.

Dan ada jugak yang korang kena tanggung guna duit sendiri.

Korang kena tanya betul-betul dulu pada pihak bank (yang


korang buat loan rumah), mereka masukkan sekali kos guaman
tu dalam loan atau tak.

Bila dah selesai bayar semua benda dan S&P, korang akan dapat
salinan dokumen tu. Dan sekarang, korang hanya perlu tunggu
surat untuk pembayaran sampai dalam postbox.

Langkah #6: Tiba masa bayar segala yang


perlu
Ada sesetengah bank, kita hanya perlu mula bayar bila rumah
dah siap dan dapat kunci. Jadi tak la terbeban sangat.

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Dan selalunya orang kerajaan akan dapat benefit macam ni. Atau
jangka masa loan yang singkat (contohnya 20 tahun).

Dulu pun, ada DIBS. Seronok orang yang beli rumah masa tu.
Sekarang dah takde dah.

Kalau secara biasa, kita akan mula bayar loan rumah tu dari mula
rumah tu dibina mengikut fasa yang dah siap. Setiap fasa ni
pulak, kita yang kena tanggung bayar interest.

Bermakna, kerja pasang tiling, naik tiang, letak bumbung, pasang


tingkap, masuk api air, sampai la siap sepenuhnya semua ni
kita yang tanggung.

Bayangkan. Bila projek siap 10%, waktu ni korang dah kena mula
bayar loan. Tapi bukan secara penuh. Mungkin dalam RM200
hingga RM300 je.

Tapi kena ingat. Itu baru permulaan.

Wajib tahu ini kalau anda beli rumah


undercon
Setiap kali rumah tu siap mengikut peratus, bayaran bulanan ni
akan meningkat. Sampai la rumah tu siap sepenuhnya, baru
korang akan mula bayar secara full.

Contohnya, kalau rumah korang harga RM250,000, jumlah


bayaran permulaan mungkin sekitar RM450 atau RM600 (bawah
RM1,000 sebulan, bergantung kat harga rumah).

Tapi setiap kali projek siap setiap fasa pembinaan, bayaran ni


akan meningkat setiap bulan antara RM50 hingga RM100,
sampai la rumah korang siap sepenuhnya.

Waktu tu, mungkin korang kena bayar RM1,000 lebih sebulan dan
kekal sampai sampai 3 tahun (mengikut perjanjian bank), dan
akan bertambah mengikut interest.

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Tapi kalau harga rumah rendah (harga kurang RM200,000),


bulanan takkan cecah RM1,000 pun.

KLIK LINK DAN BACA SEKARANG: Step-by-step beli rumah


second hand Semua yang anda perlu buat sampai dapat
kunci.

Wajib ada disiplin kalau tak nak ke laut


Kalau semua proses ni berjalan dengan lancar, boleh settle
sebelum rumah baru korang tu naik, bagus.

Sebab susah nanti kalau korang bertangguh. Sampai masa nanti,


sedebuk korang kena bayar ansuran tinggi. Kalau mampu, takpe.
Kalau tak mampu?

Contohnya, rumah dah naik sampai 60%. Tapi korang baru bayar
lebih kurang 5% daripada jumlah loan. Memang jadi beribu la
yang korang nak kena bayar.

Lepas tu, korang takkan dapat kunci daripada developer.


Melopong la korang nanti.

Ingat ya. Jumlah ansuran yang korang kena bayar setiap bulan,
bergantung kat interest bank (kadar faedah) dan perjanjian yang
korang dah buat sebelum ini.

Jadi sebelum nak tandatangan loan tu, pastikan dulu betul-betul


berapa ansuran bulanan yang korang kena bayar, dan bila nak
start bayar.

Dah habis baca? Masih rasa susah lagi nak beli rumah dengan
developer?

Korang tak boleh pakai alasan tu dah. Sebab korang dah tau apa
patut korang buat sekarang.

Lepas ni, cari dan belajar dengan orang yang dah ada

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

pengalaman beli rumah undercon. Dapatkan tunjuk ajar mereka


dan mula beli rumah pertama korang.

Bank tengok apa dekat anda supaya


senang lulus loan rumah?
Yang ramai orang tau, bank hanya nak tengok CCRIS dan CTOS
cun je.

Betul, ini tak salah. Tapi tanggapan ni tak berapa tepat. Ada lagi
benda lain yang bank tengok dekat korang yang layakkan korang
pinjam duit mereka.

Klik link bawah ni sekarang kalau serius nak tau.

>>> KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK STRATEGI


CONFIRM LULUS LOAN RUMAH <<<

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

KITAB HARTANAH MUKADIMAH

Pening kepala? Tak tahu mana nak


mula?
Ini eBook untuk anda

Email Name Download


Download

TAGS BELI RUMAH BELI RUMAH DUDUK SENDIRI BELI RUMAH PERTAMA

PELABURAN HARTANAH TIP BELI RUMAH PELABURAN TIPS BELI RUMAH

TIPS BELI RUMAH PERTAMA

SHARE
Suka 7.1R Tweet

Previous article Next article

5 perkara anda wajib kaji Semak 6 perkara penting ini


sebelum beli mana-mana dulu sebelum anda beli
projek undercon rumah second hand

Tok Penghulu

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

http://gilahartanah.com

Orang tua yang sayangkan anak cucunya.


Berpengalaman luas dalam bidang hartanah.

RELATED ARTICLES MORE FROM AUTHOR

Celah mana nak cari Anda di Kota Bharu Senang gila bayar
rumah harga bawah dan takde plan hari hutang PTPTN guna
RM100K? Sabtu ini? KWSP Akaun 2
Meran

1 COMMENT

amni Feb 18, 2017 at 3:08 pm

Salam,
Nak tanya, keluaran buku buku gila hartanah boleh
dapatkan di mana mana kedai buku tak?
terima kasih
Reply

LEAVE A REPLY

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]


6 langkah mudah beli rumah pertama dengan pemaju

Name:

Email:

Website:

Post Comment

EVEN MORE NEWS POPULAR CATEGORY

Tip pelaburan hartanah 226


7 tip pelaburan
hartanah sempoi Tips Kewangan 158
untuk newbie. Ikut
Berita Terkini 109
Website Hartanah Yang Gila cara wanita ini

Best! Dapatkan info terkini Aug 25, 2017 Projek Hartanah 72


mengenai industri hartanah 44
Kisah Inspirasi
Malaysia, dan tips-tips pelaburan Celah mana nak cari
rumah harga bawah Tip beli rumah 43
hartanah dari pakar pelaburan
hartanah yang terbukti RM100K?
Tip simpan duit untuk melabur
berkesan. Semuanya di Aug 24, 2017
33
GilaHartanah.com.
Anda di Kota Bharu
Contact us: dan takde plan hari
gilahartanah@gmail.com Sabtu ini?
Aug 23, 2017

COPYRIGHT GH MEDIA PLT Disclaimer Privacy Advertisement Contact us

http://gilahartanah.com/6-langkah-mudah-beli-rumah-pertama-dengan-pemaju/[25/8/2017 4:07:42 PM]

Anda mungkin juga menyukai