Anda di halaman 1dari 69

PORTAL PELABURAN

HARTANAH NO.1* DI
MALAYSIA

05

SEBELUM ANDA MENYEWA


DI MANA-MANA TEMPAT
"Biar betul anda boleh
dapat duduk kondo
mewah FREE selama
setahun dengan
membaca ebook ini?"

Anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang tawaran ni? Jom hadir
ke sesi LIVE sharing kami. Klik link di bawah sekarang!

SESI SHARING DUDUK KONDO FREE SETAHUN


Ini antara respon yang kami dapat bila kami cakap anda
berpeluang untuk duduk kondo mewah secara percuma selama
setahun. Dah lah kondo mewah, fully furnish, fasiliti dekat kondo
boleh guna, siap ada aktiviti mingguan khas untuk penyewa.

Bagi yang baru mulakan kerjaya, mestilah memilih untuk menyewa


dulu sebelum beli rumah. Cuma, ada diantara kita yang tak tahu
macam mana nak cari rumah sewa yang betul. Ada yang kena tipu
dengan tuan rumah dan ejen. Ada yang kena game siap duit
hilang.

Jadi, ebook ini bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan anda yang
sedang mencari bilik sewa yang sesuai dan tak mencekik poket
anda di hujung bulan. Siapa yang habis baca ebook ini akan dapat
ilmu padu berikut :

1. Macam mana nak pilih lokasi rumah sewa yang paling betul ikut
budget kita?
2. Apa hak kita sebagai penyewa supaya tuan rumah tak boleh
scam kita dan songlap deposit kita?
3. Macam mana nak pilih bilik yang akan bantu kita jimat duit dan
tiada kos tersembunyi yang lain
4. Apa hak kita sebagai penyewa supaya tuan rumah tidak boleh
buli kita?
5. Bagaimana kita boleh memiliki dan membeli rumah tanpa modal
sambil menyewa supaya kita tak perlu menyewa sampai mati.
5. Kalau anda baca ebook ini sampai habis, anda akan dapat tahu
rahsia bagaimana kita boleh duduk di kondo mewah PERCUMA
selama setahun!

Selamat membaca dan menjadi penyewa rumah yang bijak :)

#GilaHartanah #bijakmenyewa

WWW.GILAHARTANAH.COM
APA YANG ANDA KENA
TENGOK SEMASA
SURVEY RUMAH SEWA?
Nak pilih bilik untuk disewa ni, bukannya boleh main
pilih. Silap pilih, memang tak best nak menyewa. Ramai
orang lebih suka menyewa berbanding dengan beli
rumah kerana bagi mereka, menyewa lebih fleksible dan
mereka boleh pilih kat mana mereka tinggal.

Dalam memilih bilik / rumah untuk disewa, ada beberapa


perkara yang anda boleh tengok.

WWW.GILAHARTANAH.COM
1. LOKASI SEWAAN
Perkara pertama yang anda perlu tengok sebelum buat
keputusan untuk menyewa adalah lokasi unit yang bakal
anda sewa. Bagi yang sedang bekerja, rumah sewa tak
terlalu jauh dari tempat kerja. Anda tentu tak mahu
habiskan berjam lamanya semata - mata untuk ulang alik
ke tempat kerja.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Bagi yang masih belajar pula, anda patut memilih rumah
sewa yang dekat dengan kampus pengajian.

Selain itu, anda juga boleh membuat kajian berkenaan


lokasi rumah sewa anda tu. Adakah ianya dekat dengan
pengangkutan awam contohnya LRT, MRT, Monorel
dan bas? Adakah wujud kemudahan awam yang
berdekatan? Adakah wujud kedai di kawasan sekitar?

WWW.GILAHARTANAH.COM
2. APA NAK BUAT BILA
SURVEY RUMAH SEWA?
Dah survey rumah sewa, tiba masanya untuk anda pergi
melawat rumah sewa anda tu. Anda boleh pergi waktu
petang dan tengok sama ada unit tersebut mengadap
matahari ataupun tidak. Ini bagi memberi gambaran sama
ada unit anda akan panas atapun tidak.

Kalau anda jenis telinga lintah dan mudah terjaga bila


dengar bunyi, lawat rumah sewa tersebut pada waktu
malam dan tengok jiran sekeliling anda bising ataupun
tidak.

Tengok rumah sewa waktu


Petang : untuk tahu unit
menghadap matahari ataupun tidak
Malam : tengok jiran sekeliling
bising atau tak

WWW.GILAHARTANAH.COM
3. KAWASAN KEJIRANAN
SEKURITI

Semasa lawat rumah sewa tu juga, cuba anda semak


adakah ianya selamat jika anda berjalan sendirian pada
waktu malam. Adakah di kawasan tu cerah ataupun
gelap? Sangat penting untuk anda semak tambah lagi
kalau anda perempuan. Anda tentu tak mahu pulang
pada waktu malam berjalan dalam gelap kan? Selain itu
juga, anda boleh tengok di kawasan tersebut sesak
ataupun tidak. Traffic jam di sesetengah tempat memang
dah menjadi perkara biasa. Jadi pastikan anda alert juga.

WWW.GILAHARTANAH.COM
ADAKAH DI
KAWASAN TU CERAH
ATAUPUN GELAP?
Sangat penting untuk anda semak
tambah lagi kalau anda perempuan.
Anda tentu tak mahu pulang pada
waktu malam berjalan dalam
4. TAWARAN SEWA
Sebelum bersetuju dengan harga sewa yang ditetapkan,
tengok dulu adakah harga sewa tersebut munasabah
ataupun tidak. Anda boleh semak purata kadar sewa
yang sepatutnya anda bayar supaya anda tak bayar
terlalu tinggi daripada harga yang sepatutnya.

WWW.GILAHARTANAH.COM
SEMAK PURATA
KADAR SEWA YANG
SEPATUTNYA
Supaya anda tak bayar terlalu
tinggi daripada harga yang
sepatutnya.
5. CAJ LAIN YANG PERLU
DIBAYAR
Semasa lawat rumah sewa, anda juga boleh bertanya
bayaran lain yang perlu anda bayar selain daripada sewa
bulanan. Bil elektrik, bil air, dan tempat parking kereta
adakah akan dikenakan caj yang berbeza daripada sewa
bulanan? Ada pemilik rumah yang dah masukkan
sekaligus dalam sewa yang anda perlu bayar. Ada pemilik
rumah yang asingkan. Pastikan anda betul - betul jelas
dengan apa yang anda perlu bayar untuk elakkan salah
faham bila dah bersetuju untuk sewa rumah nanti.

Bill Air
Bill Api
Tempat Parking
Asing ke,
sekali
bayar?

WWW.GILAHARTANAH.COM
Selain itu juga, anda juga bakal dikenakan duti setem.
Pastikan anda tanya berapa yang anda perlu dibayar. Di
Malaysia, duti setem untuk perjanjian sewa adalah:

Duti bagi setiap RM250 bagi sewa yang melebihi


RM2,400 (tahunan)

RM250 (TAHUNAN)
BAGI SEWA YANG MELEBIHI RM2,400

KURANG DARI 1 TAHUN: RM1.00

ANTARA 1-3 TAHUN: RM2.00

MELEBIHI 3 TAHUN: RM3.00

WWW.GILAHARTANAH.COM
CONTOH :

Ini anda

Sewa bulanan : RM2,500.00

Jumlah tahunan : RM30,000.00

Duti setem bagi tempoh sewaan setahun adalah:

(Yuran tahunan - RM2,400) / 250 x RM1.00


(RM30,000 – RM2,400) / RM250 X RM1.00

Jumlah yang anda kena bayar :

RM110.40
6. DEPOSIT JAMINAN

JADI MENYEWA, KAN?


NANTI BAYAR 2 + 1 KAT
SAYA SEBAGAI DUIT
DEPOSIT YA

Anda tahu tak apa kegunaannya ni?

Ini adalah duit yang disimpan oleh pemilik rumah


sebagai jaminan jika penyewa langgar perjanjian sewa
(contohnya dah keluar dari rumah sewa dan merosakkan
barang dalam rumah). Kalau tak ada apa - apa kerosakan
(rumah elok dan normal macam sebelum penyewa
masuk), duit deposit akan dipulangkan kepada penyewa
selepas perjanjian sewaan tamat.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Setiap rumah sewa berbeza berapa jumlah deposit yang
perlu dibayar. Jadi pastikan anda tanya berapa deposit
yang dikenakan. Biasanya deposit yang dikenakan
adalah 2 + 1. Ada yang hanya minta 1 + 1.

PASTIKAN ANDA TANYA


BERAPA DEPOSIT YANG
DIKENAKAN

WWW.GILAHARTANAH.COM
7. RUMAH SEWA
Kalau anda dah berkenan dengan rumah sewa tersebut,
pastikan anda alert dengan dengan apa yang ada dalam
rumah sewa tersebut. Tengok perabot yang ada dalam
rumah tak rosak. Contohnya kipas, peti sejuk, mesin
basuh berfungsi dengan elok. Jika masa anda view
rumah bersama tuan rumah dan anda dapati ada barang
tak boleh guna, tanyakan sama ada barang tersebut
boleh dibaiki ataupun tidak.

Anda mestilah tak nak berhabis wang yang banyak masa


masuk pindah rumah kan.

WWW.GILAHARTANAH.COM
8. BARANG RUMAH
ROSAK, SIAPA YANG
AKAN TOLONG?
Encik, barang rosak saya
yang perlu baiki
atau encik ya?

Semasa view rumah sewa juga anda boleh tanyakan


soalan ini. Jika barang seperti peralatan dan paip tidak
berfungsi, adakah tuan rumah akan baiki atau penyewa
perlu baiki sendiri? Pastikan anda tahu apa yang perlu
anda bayar sendiri jika rosak dan apa yang tuan rumah
akan tolong baiki. Hal ini sangat penting supaya jika
berlaku kerosakan di masa hadapan, anda boleh
bersedia.

Yelah bukan semua orang reti baiki peralatan rumah dan


tahu mana nak cari orang untuk baiki.

WWW.GILAHARTANAH.COM
9. PERJANJIAN SEWA
Ini yang paling penting. Pastikan anda tandatangan
perjanjian sewa bertulis. Jangan hanya berjanji mulut je.
Perjanjian sewa ini sangat penting supaya penyewa dan
tuan rumah jelas dengan syarat perjanjian. Jika terjadi
apa - apa yang tidak diingini, kedua - dua pihak boleh
rujuk balik perjanjian sewa ini.

WWW.GILAHARTANAH.COM
PASTIKAN ANDA
TANDATANGAN
PERJANJIAN SEWA
BERTULIS!
Jangan hanya berjanji mulut je.
Encik, ini apa ya

Encik, salah ni.

Jika anda ingin menyewa, pastikan anda baca perjanjian


sewa dengan teliti sebelum anda tandatangan. Ada
details yang anda tak jelas, tanya terus semasa anda baca
perjanjian sewa tu. Nampak macam tak penting je baca
perjanjian sewa ni namun percayalah bila anda sendiri
baca dan jelas dengan apa yang anda sign, anda akan
lebih alert dengan hak sebagai penyewa.

WWW.GILAHARTANAH.COM
10. PERATURAN RUMAH
SEWA
Selain itu juga, tanyakan juga apa peraturan rumah sewa
yang anda kena ikut dan tak boleh langgar. Boleh tak
anda masak? Boleh tak anda letakkan barang peribadi di
ruang tamu? Adakah haiwan dibenarkan dalam rumah
sewa? Contohnya boleh ke pelihara kucing dalam
rumah? Sesetengah pemilik rumah tidak benarkan
pelihara haiwan dalam rumah sewa.

WWW.GILAHARTANAH.COM
ADA BEBERAPA PERKARA
YANG BIASANYA
MENJADI PERATURAN
RUMAH SEWA

Jaga kebersihan rumah sewa

Hormat privasi penyewa rumah yang lain

Jaga barang - barang peribadi anda. Jika barang rumah


rosak, boleh hubungi tuan rumah.

Jangan ambil barang penyewa lain

Jangan parti dalam rumah sewa sehingga mengganggu


penyewa lain

Pastikan bayar sewa bulanan on-time.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Jadi, sebelum anda bersetuju untuk sewa rumah,
pastikan anda tengok dulu mengikut cadangan kami ni.
Tak semestinya anda wajib kena buat semua cadangan.
Yang penting, anda pilih betul - betul rumah sewa yang
anda ingin duduki dan tahu hak anda sebagai penyewa.

Kami harap anda mendapat serba sedikit maklumat yang


bermanfaat dengan topik. Jemput habiskan ebook ini.
Ada banyak lagi yang kami akan kongsikan.

Teruskan membaca!

WWW.GILAHARTANAH.COM
KLAUSA PERJANJIAN
SEWA - APA YANG ANDA
KENA TAHU SUPAYA TAK
KENA TIPU DENGAN
OWNER RUMAH SEWA?
Dah berkenan dengan rumah sewa, jangan terus main
tandatangan je. Tahu lah kita dah puas hati masa view
rumah tersebut. Namun tunggu dulu. Perjanjian sewa
bukan sesuatu yang kita boleh buat main. Kena teliti dulu
segala terma dan syarat. Ini untuk membantu kita sebagai
penyewa juga. Bila anda dapat perjanjian sewa, tengok
ada tak terma dan syarat yang anda keliru dan tak berapa
faham.
Sebelum tu, perjanjian sewa rumah ni apa?
Perjanjian sewa rumah adalah kontrak antara tuan rumah
dan penyewa. Tanggungjawab tuan rumah dan penyewa
ada di dalam perjanjian sewa rumah. Kebiasaanya,
perjanjian sewa rumah akan disediakan oleh tuan rumah.
Penyewa tinggal tandatangan je.

Jadi, anda sebagai penyewa perlulah membaca apa yang


terkandung dalam perjanjian sewa tersebut supaya anda
sedar apa yang anda tandatangan.

Apa yang perlu anda ambil serius?

WWW.GILAHARTANAH.COM
1. BILA SEWA
DITAMATKAN?
Anda perlu teliti tentang penamatan sewa. Contohnya
kalau anda berhasrat nak tamatkan sewa awal dari
tempoh, ada tak apa - apa kesan? Kalau ada syarat
tambahan yang menyebabkan perjanjian sewa tersebut
tamat, tuan rumah perlulah menulis secara jelas dalam
perjanjian sewaan supaya tak timbul masalah kelak.
Mana - mana pihak boleh tamatkan perjanjian lebih awal
jika salah satu pihak melanggar syarat.

Keluar awal macam


mana?
Ada syarat tambahan?
Kena bayar deposit
untuk sambung sewa?

WWW.GILAHARTANAH.COM
2. BOLEH PILIH NAK
PERBAHARUI KONTRAK
ATAUPUN TAK?
Perhatikan ada tak syarat ini di dalam perjanjian sewaan
anda. Klausa ini membolehkan tuan rumah dan anda
meneliti kembali perjanjian sewaan semasa tempoh
penyewaan dah nak tamat tempoh nanti. Jika anda ingin
tinggal lagi lama, anda boleh cuba untuk nego perkara -
perkara tambahan (jika berkenaan).

WWW.GILAHARTANAH.COM
3. BOLEH KE ANDA NAK
SEWAKAN UNIT KEPADA
ORANG LAIN?
Katakan anda menyewa rumah sewa yang ada 3 bilik
daripada tuan rumah. Satu bilik anda sewa. Lagi 2 bilik
anda berniat nak sewakan kepada orang lain. Tanya dulu
adakah tuan rumah setuju ataupun tidak. Ini dinamakan
sebagai sublet. Ada tuan rumah yang benarkan. Ada
yang tak benarkan. Jadi sebelum anda kantoi buat kerja
belakang dan kena halau dari rumah sewa, baik anda
tanya dulu tuan rumah.

Boleh saya sewa


kan bilik lain?

WWW.GILAHARTANAH.COM
4. BOLEH BAWA HAIWAN
PELIHARAAN KE DALAM
RUMAH SEWA?
Klausa untuk pelihara haiwan perlu jelas dalam perjanjian
sewa sebab ada tuan rumah tidak benarkan haiwan
dalam rumah sewa. Untuk mengelakkan masalah dengan
penyewa yang lain, pastikan anda jelas dengan syarat
boleh bawa haiwan masuk ataupun tidak.

WWW.GILAHARTANAH.COM
5. KALAU TUAN RUMAH
BERTUKAR, ADAKAH
PERJANJIAN SEWA MASIH
SAH?
Anda tak tahu berapa lama tuan rumah akan miliki rumah
yang anda sewa tu. jadi, pastikan anda tanya terus kalau
dia nak jual kepada tuan rumah yang baru, adakah
perjanjian sewaan anda itu sah. Jika tidak, pastikan tuan
rumah beritahu anda cepat - cepat supaya anda pun
boleh bersedia.

WWW.GILAHARTANAH.COM
6. KALAU BARANG
DALAM RUMAH ROSAK,
SIAPA YANG AKAN BAIKI?
Dalam surat perjanjian, anda perlu teliti syarat siapa yang
baiki kerosakan dalam rumah sewa. Contohnya rosak grill
pintu rumah, tingkap, kipas, biasanya tuan rumah akan
bertanggungjawab. Kalau penyewa yang menyebabkan
kerosakan tu maka penyewa yang akan
bertanggungjawab.

WWW.GILAHARTANAH.COM
7. BOLEH KE TUAN
RUMAH HALAU SAYA
KELUAR TANPA ALASAN
KUKUH?
Jawapannya tak boleh. Tuan rumah tidak boleh
menghalau anda tanpa sebarang alasan kukuh. Malah,
tuan rumah juga tidak boleh menukar kunci tanpa sebab.

Namun, kalau anda sendiri buat jenayah sehingga


membahayakan penyewa yang lain, tuan rumah berhak
untuk membatalkan perjanjian sewa dan halau anda.

WWW.GILAHARTANAH.COM
7 perkara ini antara klausa yang anda harus teliti semasa
baca perjanjian sewa rumah. Kami nasihatkan anda
supaya tidak gopoh - gapah tandatangan perjanjian sewa
rumah walaupun anda suka gila dengan rumah tersebut.
Sabar dulu. Baca perjanjian sewa dan buatlah keputusan
yang terbaik untuk anda.

1. Bila sewa ditamatkan?


2. Boleh pilih nak perbaharui kontrak
ataupun tak?
3. Boleh ke anda nak sewakan unit kepada
orang lain?
4. Boleh bawa haiwan peliharaan ke dalam
rumah sewa?
5. Kalau tuan rumah bertukar, adakah
perjanjian sewa masih sah?
6. Kalau barang dalam rumah rosak, siapa
yang akan baiki?
7. Boleh ke tuan rumah halau saya keluar
tanpa alasan kukuh?

WWW.GILAHARTANAH.COM
APA PERBEZAAN ANTARA
UNIT SEWA KOSONG,
PARTIALLY FURNISHED,
FULLY FURNISHED DAN
CO - LIVING?
Bagi anda yang masih blur tentang perbezaan unit sewa
kosong, partially furnished dan juga fully furnished, kami
akan kongsikan apa perbezaannya.
UNIT SEWA KOSONG
Ini bermaksud anda sewa dalam keadaan asas tanpa
sebarang perabot. Tuan rumah tidak letakkan perabot
extra contohnya sofa, meja makan dan sebagainya. Unit
seperti ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga atau
anda yang tak kisah tak ada perabot dalam rumah sewa.

Kosong je.
WWW.GILAHARTANAH.COM
UNIT SEWA PARTIALLY
FURNISHED
Bagi unit sewa seperti ini, tuan rumah kebiasaannya dah
sediakan kemudahan separa lengkap yang diperlukan
oleh penyewa. Kemudahan yang disediakan oleh tuan
rumah adalah berdasarkan faktor permintaan oleh
penyewa serta untuk menarik perhatian bakal penyewa.

Separa lengkap
WWW.GILAHARTANAH.COM
UNIT FULLY FURNISHED
Untuk unit ini, tuan rumah dah sediakan rumah sewa
lengkap dengan perabot seperti sofa, TV, meja makan,
dapur, peti ais, mesin basuh dan jeriji keselamatan. Unit
seperti ini biasanya sewa lagi tinggi berbanding unit sewa
partially furnished dan unit sewa kosong. Penyewa cuma
perlu bawa baju dan barang - barang peribadi je. Kadang
- kadang siap ada seterika, microwave, meja study dan
cermin. Serba lengkap.

Lengkap semuanya
WWW.GILAHARTANAH.COM
UNIT CO - LIVING
Anda pernah dengar konsep co - living? Apa perbezaan di
antara menyewa biasa dengan coliving dan menyewa
biasa? Bagi anda yang pertama kali mendengar konsep
ini, boleh baca sampai habis. Co - living merupakan satu
konsep di mana para penyewa berkongsi ruang komunal
contohnya ruang makan komuniti, ruang aktiviti sebagai
satu komuniti. Bilik tidur masih lagi milik penyewa kerana
ianya privasi. .

Co-living
WWW.GILAHARTANAH.COM
Konsep co - living ini boleh dikatakan ala - ala asrama
universiti yang berkongsi ruang komunal bersama
penyewa yang lain.

Namun, co - living adalah untuk mereka yang dah bekerja


dan tinggal di dalam satu bangunan. Mereka boleh buat
aktiviti bersama - sama. Malah ada ruang bekerja yang
mereka boleh digunakan. Ala - ala konsep co-working
space.

WWW.GILAHARTANAH.COM
APA PERBEZAAN DI
ANTARA CO - LIVING
DENGAN SEWA BILIK
BIASA?
Co-living mengetengahkan konsep perkongsian dalam
komuniti penyewa namun ianya setaraf hotel. Manakala
sewa bilik hanyalah anda sewa bilik je tanpa kelebihan
ada common area dan aktiviti bersama penyewa yang
lain. Jika anda sukakan aktiviti bersosial atau mungkin
anda keseorangan di tengah - tengah bandar, co - living
sesuai untuk anda.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Komponen kemasyarakatan yang ditawarkan melalui
konsep co-living ini merupakan wow factor yang
membezakan ia daripada sewaan bilik kebanyakan di luar
sana.

Ada co - living yang menawarkan perkhidmatan


bersihkan unit rumah sewa setiap minggu. Ini bergantung
kepada tawaran co - living yang anda pilih.

WWW.GILAHARTANAH.COM
BETUL KE ADA KONSEP
CO - LIVING KAT
MALAYSIA?
Jawapannya ya, ada. Konsep co-living kini kian
bercambah walaupun masih belum meluas. Di kawasan
Lembah Klang, anda boleh jumpa dengan unit sewaan
yang menawarkan konsep co - living. Kebiasaannya co -
living hanya terhad kepada orang yang masih single dan
sedang bekerja. Kalau untuk mereka yang dah
berkahwin, itu terpulang kepada perbincangan pihak co -
living sama ada mereka benarkan ataupun tidak.

WWW.GILAHARTANAH.COM
PERBEZAAN ANTARA UNIT SEWA KOSONG, PARTIALLY
FURNISHED, FULLY FURNISHED DAN CO - LIVING

KONDOMINUM Y
UNIT KOSONG UNIT PARTIAL UNIT FULLY
PERBEZAAN (CO-LIVING)
FURNISH

1+1
DEPOSIT 2+1 2+1 2+1
(ZERO DEPOSIT)

ANGGARAN RM 400 RM500


RM 700 RM 260
HARGA SEWA (BILIK KONGSI) (BILIK SINGLE

APA YANG ADA LENGKAP DENGAN LENGKAP DENGAN


UNIT RUMAH SEWA HANYA ADA
DALAM RUMAH PERABOT TINGGAL PERABOT TINGGAL
KOSONG PERABOT ASAS
SEWA? NAK BAWA DIRI DAN NAK BAWA DIRI DAN
DALAM RUMAH
PAKAIAN PAKAIAN
SEWA

KELEBIHAN TAK PERLU 1.TAK PERLU FIKIR


BOLEH HIAS RUMAH SESUAI UNTUK
KELUARKAN DUIT NAK BELI PERABOT
IKUT KESESUAIAN MEREKA YANG BARU
UNTUK BELI APA DAN BOLEH
DAN SELERA NAK MULAKAN
PERABOT
INDIVIDU HIDUP BUAT AKTIVITI
DENGAN PENYEWA
YANG LAIN.
2. DAPAT SERVIS
BERSIHKAN RUMAH
SEWA SETIAP BULAN
3. AKTIVITI
BERSAMA PENYEWA
SETIAP MINGGU
4. AKSES EKSLUSIF
KEPADA COMMON
AREA DAN FASILITI
DI UNIT SEWA

KEKURANGAN HANYA DAPAT TAK DAPAT PILIH


HANYA DAPAT UNIT HANYA DAPAT UNIT
RUMAH SEWA YANG HOUSEMATE
RUMAH SEWA YANG RUMAH SEWA
LENGKAP YANG KECUALI MASUK
KOSONG
PERABOT BERSAMA.

WWW.GILAHARTANAH.COM
MACAM MANA NAK
CARI RUMAH SEWA
YANG SESUAI?
Nak cari rumah sewa ni boleh jadi nightmare untuk
sesetengah orang. Mungkin ada yang first time nak cari
rumah sewa. Mungkin juga ada yang dah ada
pengalaman tak best menyewa sebelum ni. Jadi nak cari
rumah sewa ni boleh jadi perkara yang renyah untuk
sesetengah orang.

Tak kira lah anda pertama kali nak menyewa atau tengah
nak cari rumah sewa baru, anda boleh buat langkah -
langkah ni. Jom baca lebih lanjut.

WWW.GILAHARTANAH.COM
1. LOKASI BEKERJA
ANDA KAT MANA?
Katakan anda bekerja di KL Sentral. Rumah sewa yang
anda bakal cari mestilah berdekatan dengan kawasan KL
Sentral supaya anda boleh pergi ke tempat kerja dengan
mudah. Perjalanan dari rumah sewa ke tempat kerja
mestilah kurang daripada sejam perjalanan. Anda
mestilah tak nak terlalu lama spend masa dalam
perjalanan ke tempat kerja kan? Lama - kelamaan, anda
bakal penat dan burnout jika rumah sewa jauh dari
tempat kerja.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Pilih lokasi rumah sewa yang buatkan anda rasa selamat
dan mudah ke mana - mana. Ini sangat penting untuk
anda yang masih bujang. Ye lah katakan anda terpaksa
balik malam daripada tempat kerja, anda tak nak lalu
kawasan yang merbahaya kan. Buat survey di kawasan
yang bakal anda tinggal dan tengok apa kemudahan
yang ada, akses jalan raya, sekolah, kawasan kejiranan
dan keselamatan.

WWW.GILAHARTANAH.COM
2. BERAPA BAJET
SEWAAN ANDA?
Sebelum nak cari bilik atau rumah sewa, pastikan anda
tahu dulu berapa bajet yang anda sanggup letakkan
untuk bayar bulanan sewa. Katakan bajet yang anda ada
hanyalah RM500, jadi cari bilik sewa yang tawarkan ikut
bajet anda. Sewa ikut kemampuan kewangan anda. Ada
je bilik sewa yang berharga RM500 sebulan siap ada
fasiliti gym, aktiviti setiap minggu lagi.

WWW.GILAHARTANAH.COM
SEWA IKUT
KEMAMPUAN
KEWANGAN ANDA
Ada je bilik sewa yang berharga
RM500 sebulan siap ada fasiliti
gym, aktiviti setiap minggu lagi.
Anda juga perlu pastikan sewa yang anda bayar tidak
terlalu tinggi sehingga menelan 50% daripada
pendapatan bulanan anda. Contohnya gaji RM3,000.
Jangan pula sewa bulanan anda RM1,500. Tinggi sangat
tu. Buat bajet dulu berapa yang anda bayar setiap bulan
untuk sewa bulanan, bil elektrik, bil air, bulanan kereta
dan komitmen lain. Dari sini sebenarnya anda dah boleh
tengok berapa banyak duit anda habis setiap bulan.

WWW.GILAHARTANAH.COM
PILIH DENGAN BIJAK
Selain itu juga, lebih baik anda memilih
unit yang dah fully furnished
berbanding dengan unit kosong.
Walaupun unit kosong lebih murah
sewa bulanannya, namun perbelanjaan
untuk membeli perabot dan hias
rumah boleh tahan besar jumlahnya.
Katakan anda ada pilihan di antara unit kosong sewa
RM400 sebulan dengan unit fully furnish RM600 sebulan,
yang mana satu patut anda pilih? Lebih baik anda pilih
unit fully furnish RM600 sebulan. Nampak macam mahal
RM200 berbanding dengan unit kosong. Namun anda
perlu mengambil kira kos yang diperlukan untuk beli
perabot asas. Kebiasaannya kos untuk beli perabot dan
hias rumah boleh menelan sehingga RM5,000.
+ kOS PRERABOT
: RM5,000

RM400

RM600

WWW.GILAHARTANAH.COM
Bila anda menyewa unit yang dah fully furnish, anda
boleh pindah bila - bila masa tanpa perlu bersusah
payah cari jalan macam mana nak angkut perabot
sekali dengan anda.

WWW.GILAHARTANAH.COM
3. GAYA HIDUP ANDA
MACAM MANA?
Adakah anda sukakan shopping atau makan di luar? Atau
anda merupakan seorang yang suka bersendiri dan buat
hal sendiri? Ataupun anda merupakan seorang yang
aktif?

Kenapa gaya hidup ni sangat penting? Supaya anda


boleh memilih unit rumah yang ada ciri - ciri yang anda
nak. Contohnya katakan anda seorang yang suka makan
luar, anda perlulah mencari unit rumah sewa yang
berdekatan dengan pusat membeli - belah (senang nak
cari tempat makan dan beli barang). Malah cari juga yang
berdekatan dengan stesen LRT atau MRT.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Katakan anda merupakan seorang yang bersendiri dan
tak ramai kawan. Mungkin anda tak tahu nak buat apa di
hujung minggu. Nak ajak kawan keluar pun tak tahu nak
buat apa. Jadi, cari rumah sewa yang menawarkan aktiviti
hujung minggu bersama penyewa.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Untuk orang yang aktif dan fitness person, kemudahan
seperti gym dan kolam renang memang antara ciri yang
perlu di ambil kira. Kalau anda jumpa rumah sewa yang
ada gym dan kolam renang, tanyakan sama ada anda
boleh guna tak kemudahan tersebut atau perlu di bayar.
Ada rumah sewa yang berikan akses ekslusif kepada
penyewa untuk gunakan kemudahan yang ada di
bangunan rumah sewa (gym dan kolam renang). Tak
payah dah anda bayar yuran gym kat luar.

WWW.GILAHARTANAH.COM
CARI SEWA BILIK
YANG BOLEH BAYAR
BIL DAN MEMPUNYAI
PERABOT LENGKAP
Bonus kalau ada yang boleh
bagi sekali dengan kolam renang dan
juga gym tanpa bayaran lebih
4. JENIS RUMAH SEWA
Ada banyak jenis rumah sewa yang anda boleh pilih. High
rise dan juga landed. Adakah anda nak menyewa di flat,
apartment, semiD ataupun teres? Setiap jenis rumah ni
berbeza berapa kadar sewa yang ditetapkan. Ada tuan
rumah yang tetapkan harga tinggi untuk flat A, dan ada
tuan rumah yang tetapkan harga biasa untuk flat B.
Walaupun masuk dalam kategori flat, harga masih
bergantung kepada tuan rumah untuk tetapkan.

Tak kisahlah rumah high rise ataupun landed, setiap


rumah sewa ada kebaikan dan keburukan masing -
masing. Sebelum bersetuju untuk menyewa, tengok betul
- betul tau!

WWW.GILAHARTANAH.COM
4 tips ini anda boleh gunakan dalam mencari bilik sewa
yang bersesuaian dengan kewangan anda. Jangan main
setuju je dengan tawaran bilik sewa sehingga anda
tengok sendiri bilik tu sama ada melalui online (view
melalui zoom) ataupun pergi sendiri ke unit rumah sewa
tersebut. Selain itu, carilah rumah sewa yang dekat
dengan tempat kerja anda supaya anda dapat jimat masa
perjalanan ke sana. Ada banyak rumah sewa yang
berdekatan dengan stesen LRT dan MRT sesuai untuk
anda yang menggunakan kemudahan pengangkutan
awam.

WWW.GILAHARTANAH.COM
Ada orang menyewa sampai mati. Ada orang boleh
menyewa sambil dapat miliki rumah yang tengah disewa.
Untuk miliki rumah sendiri ni kalau tak ada ilmu dan
strategi yang betul, memang nampak impossible je nak
dapat. Namun, bagi orang yang dah belajar macam mana
nak dapatkan rumah sambil menyewa, possible je.

Anda nak tahu lebih lanjut? Teruskan baca ebook ni


sampai habis.

WWW.GILAHARTANAH.COM
PERBEZAAN ANTARA
MENYEWA DEKAT
APARTMENT MEDIUM
COST DENGAN
KONDOMINIUM Y
YANG ADA KONSEP
CO - LIVING
Anda dah baca tentang apa yang anda kena buat bila
survey rumah dan apa yang kena tengok sebelum
bersetuju menyewa.

Kali ni kami nak kongsikan pula perbezaan antara jika


anda ada 2 pilihan rumah sewa iaitu:
Apartmen medium cost
Kondominium Y yang ada konsep co - living
JOM TENGOK JADUAL INI DAN LIHAT APA KELEBIHAN
DAN KEKURANGAN SETIAP JENIS RUMAH SEWA.

APARTMENT
PERBEZAAN KONDOMINUM Y
MEDIUM COST
(CO-LIVING)

DEPOSIT 2+1 1+1

BAWAH RM500 BILIK


KADAR SEWA RM550 (BILIK SINGLE) SINGLE
(tak kongsi dengan orang
lain)

TEMPOH
MENYEWA 6 BULAN
MINIMUM SETAHUN
(kalau tak nak (Sambung sewa tanpa
kehilangan deposit) kos tambahan)

BIL UTILITI
EXTRA (BAYAR ASING)
(ELEKTRIK, AIR) TERMASUK

INTERNET KENA BAYAR SENDIRI FREE INTERNET

TIADA
SERVIS CUCI ADA
Kena bayar extra RM 80 /
RUMAH (2 (tak perlu bayar. Dah
sejam jika nak ambil
MINGGU SEKALI) termasuk dalam kadar
servis cleaning rumah
sewa)

WWW.GILAHARTANAH.COM
APARTMENT KONDOMINUM Y
PERBEZAAN
MEDIUM COST (CO-LIVING)

TIADA
GYM Kena bayar extra RM80 ADA DAN PERCUMA
- RM140 jika nak ambil (khas untuk penyewa saja)
keahlian gym

TIADA
KOLAM RENANG ADA DAN PERCUMA
Kena bayar RM20 untuk
(khas untuk penyewa saja)
sekali masuk

TIADA
Kena bayar extra RM80 -
FITNESS ADA DAN PERCUMA
RM100 sejam jika nak
INSTRUCTOR (khas untuk penyewa saja)
ambil servis fitness
instructor

ADA DAN PERCUMA


TIADA AKTIVITI SETIAP
AKTIVITI
Buatlah aktiviti sendiri MINGGU
MINGGUAN
(khas untuk penyewa saja)

ADA COMMUNITY
TIADA
PENGURUS MANAGER JAGA.
Pandai - pandailah urus
KOMUNITI Jika ada sebarang
sendiri jika berlaku apa -
khas untuk jaga masalah kat unit sewa,
apa
penyewa dia tolong setelkan

WWW.GILAHARTANAH.COM
APARTMENT KONDOMINUM Y
PERBEZAAN
MEDIUM COST (CO-LIVING)

BOLEH BUAT
BOLEH
HUSTLE INCOME
TIADA Minimum RM500 sebulan
(sambil duduk
kalau betul - betul fokus
menyewa boleh
buat.
jana pendapatan
sampingan)

CO - WORKING
ADA DAN PERCUMA
SPACE TIADA
(siap dengan printer boleh
(tempat untuk Kena bayar RM20 untuk
guna secara percuma)
bekerja dengan wifi sekali masuk
free)

BAYAR SEWA
KOSONG / TIDAK BOLEH BOLEH
SAMBIL MILIKI
RUMAH

ADA DAN PERCUMA


BILIK UNTUK
TIADA (siap dengan printer boleh
BUAT TIKTOK /
guna secara percuma)
CONTENT

BOLEH
BOLEH TUKAR jika ada masalah dengan
TIDAK BOLEH
BILIK / RUMAH roomate (tak ada kos
tambahan pun)

WWW.GILAHARTANAH.COM
APARTMENT KONDOMINUM Y
PERBEZAAN
MEDIUM COST (CO-LIVING)

ADA
PELUANG
TIADA Penyewa mendapat
UNTUK BINA
peluang untuk bina
NETWORKING
networking

BOLEH KE TAHAP
RM 900
BAWAH RM500
JUMLAH BAYAR - Bilik kosong minimum
Termasuk dengan semua
SETIAP BULAN RM300
sekali
- Internet RM100
- Servis cleaning
RM80/jam

PENJIMATAN
RM 0 JIMAT RM400 SEBULAN
SEBULAN

Anda berminat nak tahu lebih lanjut tentang kondominium Y


ni? Jom hadir ke sesi LIVE sharing. Klik link di bawah sekarang!

SESI SHARING MENYEWA KONDO CO-LIVING

WWW.GILAHARTANAH.COM
Kalau boleh, semua orang nak untung bila menyewa ni.
Dari pihak penyewa, mestilah nak rasa berbaloi bayar
dengan bilik yang mereka dapat.

Dan pasti ramai yang nak tahu cara untuk dapatkan


rumah sewa yang harga okay kan. Tapi, macam mana nak
buat semua ini? Tak payah tengok jauh-jauh.

WWW.GILAHARTANAH.COM
SEMUANYA ADALAH PERCUMA JE
KHAS UNTUK PENYEWA DI
KONDOMINIUM Y. CO - LIVING

BILIK SENDIRI (TIDAK BERKONGSI)

BILIK PERABOT LENGKAP

BIL API DAN AIR TAK PERLU BAYAR ASING

INTERNET PERCUMA

SERVIS CUCI RUMAH TANPA CAJ TAMBAHAN

PENGURUS KOMUNITI DISEDIAKAN

CO-WORKING SPACE PERCUMA

GYM DAN KOLAM RENANG

FITNESS INSTRUCTOR

AKTIVITI MINGGUAN

Berdasarkan jadual di atas, anda boleh tengok yang


duduk dekat kondominium Y yang ada konsep co - living
lebih berbaloi untuk menyewa. Ada macam - macam
kemudahan yang ada. Gym, kolam renang, fitness
instructor, aktiviti setiap hujung minggu, dan banyak lagi
lah.
ANDA BERMINAT NAK DUDUK DI KONDOMINIUM
BARU FULLY FURNISH SECARA PERCUMA SELAMA
SETAHUN?

Kalau jawapan anda YA, kami ada tawaran khas untuk


anda. Anda boleh datang join sesi Zoom kami dan tengok
sendiri tawaran yang kami ada.
(tertakluk terma dan syarat)

KLIK LINK NI
SEKARANG UNTUK
TAHU LEBIH LANJUT

SESI SHARING MENYEWA KONDO CO-LIVING

WWW.GILAHARTANAH.COM
Kami harap anda dapat manfaat daripada ebook ini. Oh
ya, jika anda rasa ebook ini sangat membantu, boleh
forwardkan juga kepada kawan - kawan dan kenalan
yang anda ada supaya mereka pun boleh belajar macam
mana nak menyewa dengan betul. Takpe kami benarkan
anda sebarkan ebook yang awesome ni. SIlakan SHARE
ebook ni.

Take care and stay safe!

#GilaHartanah #bijakmenyewa

WWW.GILAHARTANAH.COM

Anda mungkin juga menyukai