Anda di halaman 1dari 65

INE

ONL NES
BIS UK
UNTBIES
NEW

7
TEKNIK
ASAS GUNA
HANDPHONE
BUAT BISNES

Budak darjah tiga pun boleh buat


INE
ONL NES
BIS UK
UNTBIES
NEW

Konten Page

1. Cara Buat Link Whatsapp 3

2. Cara Pendekkan Link Jadi Menarik 18

3. Cara Susun Gambar dalam Album 24


Fon

4. Cara Simpan Info Whatsapp Tanpa 32


Beratkan Fon

5. Cara Edit Testimoni Dengan 37


Format yang Betul

6. Cara Guna Function Story di FB/ 46


IG dan Whatsapp Status

7. Cara Post Iklan Percuma di FB 56


Group & Marketplace
1.
CARA BUAT LINK WHATSAPP
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

Objektif buat link whatsapp:

Prospek yang berminat dengan produk @


servis senang terus tekan link dapat chat
dengan kita.
Prospek tak perlu lagi salin no hp kita,
kemudian kena save as contact pulak, baru
dapat whatsapp kita. Leceh oi!
Mudahkan prospek yang jenis pemalas atau
yang atas pagar untuk whatsapp kita.
Mudahkan kawan-kawan, saudara mara
atau prospek sendiri untuk forward contact
kita pada orang lain. Dah dapat iklan free!

Cara Pertama (Paling mudah!) - Taip nombor je

1. Taipkan link di bawah ini dan tambahkan


nombor fon anda selepas nombor 6.

http://www.wasap.my/6

Penting : nombor pangkal 6 wajib ada sebagai area code


Malaysia.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

2. Contoh link wasap yang dah siap seperti ini :


  http://www.wasap.my/60123456789

3. Dah siap! Nak send link macam ni pada


prospek pun dah boleh. Cuba test dulu pada
kawan-kawan. Berjaya?

4. Sekarang kita cuba buat link wasap beserta


pre-filled text. Pre-filled text ni bermaksud
mesej yang kita taipkan siap-siap untuk
prospek hantar pada kita sebagai mukadimah.

Tujuannya :
supaya prospek tahu, dia tekan link untuk
tujuan apa. Kita dah tolong taip siap-siap
mesej untuk dia send pada kita.
untuk kita mudah bezakan prospek nak beli
produk apa. Ini kalau kite jual banyak
produk. 
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

Caranya :
Tambah saja mesej di hujung nombor fon link
wasap tadi. Contoh :

http://www.wasap.my/60123456789/TeamSampulRaya

  Penting : tak boleh ada jarak di antara text.

Contoh mesej yang diterima bila prospek tekan


link wasap kita yang disertakan pre-filled text.
Prospek cuma tekan SEND. Tak perlu pikir nak
taip apa.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

Tips tambahan : 
Jika mahu ada jarak antara perkataan pada pre-
filled text, letakkan simbol (+) pada setiap
perkataan. Contoh :

http://www.wasap.my/60123456789/Team+Sampul+Raya

Contoh mesej yang diterima bila pre-filled


text menggunakan simbol (+).
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

Cara Kedua - Menggunakan website wasap.my

Cara ni untuk elak dari nombor fon kita


terpapar pada link. Nampak lebih profesional.
Contoh:

http://TeamSampulRaya.wasap.my

Caranya :
Daftar di website ni : http://manage.wasap.my
Untuk pakej percuma, kita dibenarkan buat
lima link je. Cukup lah kot. Baru-baru nak
bisnes, kan...
Kalau nak lebih lima link , kena register
banyak akaun atau terus sign up pakej
premium dengan wasap.my.

Refer gambar step by step di sebelah, cara


untuk menggunakan website wasap.my
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

1. Tekan link ni : http://www.wasap.my

2. Paparan ini akan keluar. Tekan pada link pada


anak panah merah.

3. Daftar akaun. Rujuk gambar di sebelah.


1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

4. Tekan button 'CREATE AN ACCOUNT'.

5. Lepas create akaun baru, kita akan terus


dibawa masuk ke dalam dashboard wasap.my.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

6. Tekan button 'Activate Now' untuk aktifkan


dulu akaun kita.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

7. Selepas activate, sila check email untuk


aktifkan akaun. Tekan link yang diberi di email
anda.

8. Bila berjaya aktifkan akaun, Login dan boleh


mula create link wasap.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

9. Tekan button 'ADD LINK' untuk mula create


link pertama. Rujuk gambar di bawah.

10. Taipkan nama (subdomain) pilihan anda. Nama


ini yang akan tertera pada link wasap. Biasanya
kita letak nama produk/ servis.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

11. Terus isikan petak bertanda *wajib. Isi


nombor fon yang hendak dijadikan link. Pre-filled
text adalah optional, tetapi digalakkan.

Pre-filled text adalah mesej yang prospek akan


hantar bila tekan link wasap.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

12. Kosongkan bahagian yang tidak wajib diisi.

13. Tekan 'Submit'. Siap!


1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

Semua link yang telah di create akan disenaraikan


di 'LIST LINKS' bersama dengan detail nombor fon
dan pre-filled text.

Penting : Cara nak guna link yang dah dibuat, cuma


highlight link dari senarai LIST LINKS ni dan copy
paste sahaja.
1. CARA BUAT LINK WHATSAPP

Bahagian 'Clicks' menunjukkan bilangan klik yang


telah diterima menggunakan link.
Tekan 'Edit' jika nak betulkan link wasap pada
bila-bila masa.

Setting yang lain adalah advance. Tak perlu lagi


digunakan untuk kita, newbies.
2 .
CARA PENDEKKAN
LINK JADI MENARIK
2. CARA PENDEKKAN
LINK JADI MENARIK

Apa maksud pendekkan link?


Baik, kita tengok contoh ni. Katakan kita nak
hantar link group pada customer kita. Link
group tu adalah ini :
https://t.me/joinchat/GXVmWxWQiVDm9plyvjPvQw

Kita boleh pendek kan link tersebut supaya


nampak lebih kemas jadi begini :
bit.ly/GroupBisnesOnline

Objektif pendek kan link :


Supaya nampak lebih profesional
Supaya prospek tak takut nak tekan link
bila baca coding yang panjang
Boleh jadi iklan percuma! Gunakan ayat
menarik , pancing prospek untuk tekan link
Mudahkan kawan-kawan, saudara mara
atau prospek sendiri untuk forward link
kita pada orang lain.

Cara pendekkan link.

1. Gunakan website bitly secara percuma.


Tekan link ni: https://bitly.com
2. CARA PENDEKKAN
LINK JADI MENARIK

2. Tiba di homepage, pilih 'Get Started for Free'.


3. Create akaun secara percuma. Untuk mudah,
sign up je guna akaun Facebook anda.

1. 2.

3.

4. Bila log in dan masuk ke dashboard.


Tekan 'CREATE'
2. CARA PENDEKKAN
LINK JADI MENARIK

5. Paste kan link URL panjang yang anda nak


pendek kan ke dalam petak yang berwarna.

6. Tekan 'CREATE'.
2. CARA PENDEK KAN
LINK JADI MENARIK

7. Skrin akan paparkan link pendek yang telah


dicipta untuk kita. Tapi link default ni masih
dalam bentuk kod.
8. Edit kod yang diberi, letakkan nama link
baru yang menarik.
2. CARA PENDEK KAN
LINK JADI MENARIK

9. Pada bahagian 'TITLE' taipkan tajuk link. Tajuk ni


hanya untuk rekod kita sendiri, ia bukan
sebahagian daripada link.
10. Pada bahagian 'CUSTOMIZE BACK-HALF' taipkan
nama link baru. Ini barulah nama link kita.
11. Tekan 'SAVE' dan siap! 'LINK HAS BEEN EDITED'
12. Tekan pangkah untuk keluar dari page edit.

Penting : Pastikan nama link yang


kita pilih adalah unik, dan belum
digunakan oleh pengguna lain.
2. CARA PENDEK KAN
LINK JADI MENARIK

13. Skrin akan paparkan detail link yang kita


baru cipta tadi. Link ni sudah sedia untuk
digunakan.
14. Caranya cuma select link, copy dan paste
sahaja.

List link yang


pernah dibuat
akan dipapar di
dashboard
bersama detail
berapa klik.
Link boleh di-
edit bila-bila
masa
3.
CARA SUSUN GAMBAR
DALAM ALBUM FON
3. CARA SUSUN GAMBAR
DALAM ALBUM FON

Objektif :
Jadi seperti filing, setiap album ada
gambar-gambar yang berkaitan sahaja
Mudah apabila nak cari gambar/ video
untuk send pada customer
Supaya gerak kerja bisnes lebih tersusun
dan kemas
Jimat masa nak mencari gambar dalam
gallery fon

Cara Menggunakan Fon - ANDROID

1. Buka media gallery, tekan 3 dot di penjuru


atas kanan. Pilih 'Create album'.
3. CARA SUSUN GAMBAR
DALAM ALBUM FON

2. Beri nama album dengan nama yang anda


mudah cari dan tekan 'CREATE'.

3. ✔ tick gambar dipilih. Lepas tu pilih 'MOVE'


untuk pindahkan masuk ke dalam album.
3. CARA SUSUN GAMBAR
DALAM ALBUM FON

4. Siap! Album gambar yang dah siap tersusun


akan terpapar begini. Kemas, kan? 
3. CARA SUSUN GAMBAR
DALAM ALBUM FON

Cara menggunakan iOS (iPHONE) 


1. Buka album 'Photos'. Tekan tanda tambah (+)
di penjuru atas belah kiri.
3. CARA SUSUN GAMBAR
DALAM ALBUM FON

2. Pilih 'New Album'.

3. Taipkan nama untuk album. Tekan 'Save'.


3. CARA SUSUN GAMBAR
DALAM ALBUM FON

4. ✔ Tick kan gambar-gambar yang hendak di


masukkan ke dalam album. Tekan 'Done' bila
selesai. Siap!

Bila nak send gambar pada customer, kita


cuma perlu search nama album sahaja. Senang!
4.
CARA SIMPAN INFO
WHATSAPP TANPA
BERATKAN FON
4.
CARA SIMPAN INFO WHATSAPP
TANPA BERATKAN FON

Objektif :
Elakkan fon dan aplikasi wasap jadi berat
Jimat masa nak carik balik info penting.
Chat history tak serabut
Boleh cari media/ dokumen penting dari
wasap je tak perlu buka gallery

1. Star kan mesej supaya senang nak cari.


1. Buka conversation wasap.
2. Pilih dan 'tap' pada chat atau gambar yang
penting. 'Tap' sampai keluar highlight biru.
Boleh select satu-satu, atau nak select
banyak-banyak sekaligus.
4.
CARA SIMPAN INFO WHATSAPP
TANPA BERATKAN FON

Mesej yang dah di star kan akan bertanda

Untuk pengguna iOS (iphone), cuma tekan pada


chat hingga keluar menu
4.
CARA SIMPAN INFO WHATSAPP
TANPA BERATKAN FON

Cara cari semula info yang bertanda star


1. Tekan pada info chat. Atau tap saja pada nama
chat/ group.

2. Pilih 'Starred messages'. Dan semua info yang


telah kita   akan terpapar. Jadi tak perlu nak
scroll conversation untuk cari info penting. Boleh
terus copy paste dari sini send pada customer.
4.
CARA SIMPAN INFO WHATSAPP
TANPA BERATKAN FON

Cara clear chat yang tak penting.


Bila kita dah star kan semua info, kita boleh
delete semua chat dan media yg tak perlu.
1. Tekan 3 dot di penjuru atas kanan wasap.
2. Pilih 'More' dan 'Clear chat'.

Penting : Ada dua


pilihan, JANGAN DELETE
STARRED MESSAGES
sebab mesej
adalah info penting

3. Tekan 'CLEAR MESSAGES'. Siap!


5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG
BETUL
5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL

Testimoni yang terbaik adalah testimoni yang


raw, tanpa grafik yang di-edit. Maksudnya cuma
screenshot conversation customer sahaja.
Objektif :
Lebih nampak real, sahih dan lebih dipercayai
Mudah dibaca, mesej sampai
Caranya :
1. Screenshot perbualan customer yang boleh
dijadikan testimoni.

Cara Edit Guna iOS (iPHONE)

2. Buka gallery gambar 3. Tekan 3 dot di


dan tekan 'Edit' di penjuru kanan atas
penjuru kanan atas untuk buka menu edit
5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL

4. Tekan menu 'Markup'

5. Tekan (+) dan pilih


bentuk petak
5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL

6. Pilih warna merah


dan petak kan ayat
yang penting sahaja.

7. Tap pada petak


untuk paparkan
menu 'Delete' dan
'Duplicate'.

8. Pilih 'Duplicate'
untuk tambah petak
kedua.

9. Pilih jenis petak


berwarna penuh.

10. Susun di bawah


gambar
5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL

11. Tekan (+) semula


untuk pilih tool 'Text'

12. Tekan tool font


untuk pilih jenis
tulisan dan susunan
paragraph yang
sesuai.

13. Slide tombol bulat


ke kini dan kanan
untuk besar/kecil kan
saiz tulisan.
5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL

14. Tekan color


palette untuk pilih
warna tulisan yang
striking supaya
menarik perhatian
dan jelas untuk di
baca.

15. Tekan tool font


untuk pilih jenis
tulisan dan susunan
text align kiri atau
kanan.

16. Slide tombol bulat


ke kiri dan kanan
untuk pilih saiz
tulisan.
5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL

17. Tekan color palette


untuk pilih warna
tulisan yang striking
supaya menarik
perhatian dan jelas
untuk di baca.

18. Taipkan semula


ayat testimoni. Pilih
ayat yang paling
penting sahaja.

 Tips : Ayat yang dipilih


mestilah punching dan
merupakan KILLER WORDS
yang meyakinkan customer

19. Tekan 'Done'


apabila selesai.
5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL
Cara Edit untuk Fon Android
Sesetengah model fon tak ada features yang
sama. Jadi jangan risau sekiranya gambar
testimoni anda tidak prefect. Asalkan format
testimoni yang digunakan adalah betul, sudah
memadai.
Screenshot conversation sahaja.
Taip semula ayat yang penting secara ringkas.

1. Pilih tool 'Pencil'


untuk buka menu edit.

2. Pilih tool 'Draw'


untuk lakarkan petak
pada ayat yang
penting. (sekadar
gariskan ayat penting
je pun takpe)

3. Kemudian pilih 'Text'.


5.
CARA EDIT TESTIMONI
DENGAN FORMAT YANG BETUL

4. Dalam menu ini,


contengkan sahaja
warna merah saiz
besar sebagai highlight.
Ini kalau model fon
anda tak ada pilihan
untuk bentuk petak.
(boleh juga pilih style text
yang ada background)

Tekan 'Done'.

5. 'Add text' dan mula


tuliskan ayat testimoni.
Susunkan di atas
highlight merah tadi.
Pilih warna tulisan yang
mudah dibaca.

6. Tekan 'Save' apabila


selesai.
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY
DI FB/ IG DAN WHATSAPP
STATUS
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

Fungsi 'Story' dan 'Status' di aplikasi media


sosial sebenarnya adalah tools FREE
marketing untuk peniaga online. Dengan FREE
marketing macam ni je pun dah boleh buat
duit tau. Tak kena bayar pun. Kuncinya sedikit
rajin je untuk up post yang power-power kat
3 tempat ni.

Penting : Untuk bisnes, kalau boleh jangan


lah 'private' kan akaun sosial media anda.
Pastikan setting FB dan IG anda 'Public'

Cara Guna Function Story di FB (Facebook)

1. Buka Facebook pada bahagian 'home'. Tekan


tanda tambah (+) 'Add to story'
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

2. Pilih gambar yang hendak dipromo. Bole pilih satu


atau banyak-banyak sekaligus 'Select Multipule'.

3. Pilih 'Text' untuk tulis apa-apa info atas gambar.


6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

4. 'Pinch' dengan dua jari untuk kecil/ besarkan saiz


tulisan. Apabila selesai, tekan 'Share to Story'.

Penting : 'Story' akan tertera selama 24 jam


sahaja. Sebab tu kena rajin post hari-hari !

Cara Guna Function Story di (IG) Instagram


Fungsi 'Story' untuk FB dan IG lebih kurang
sama. Cara step by step pun sama. Bezanya
story di FB hanya live untuk 24 jam sahaja.
Tapi di IG kita boleh save story di bahagian
highlight untuk terus terpapar melebihi 24
jam. (archive)
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

1. Buka IG bahagian home.


Tekan ikon kamera di
penjuru atas kanan.

2. Tekan button 'Text'


atau 'Sticker' untuk hias
post anda.

3. Bila dah puas hati,


tekan 'Send to' untuk up
post.
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

4. Pilih 'Share' di bahagian


'Your story' untuk
paparan ke public.

bahagian 'Close Friends'


hanya untuk audiens terhad.
Jadi bahagian ini tak sesuai
untuk post bisnes. Kita nak
semua orang nampak post
kita.

5. Tekan button 'Done'


apabila selesai.
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

6. Post anda akan


keluar di bahagian 'Your
story'. Tekan di sini
untuk lihat berapa view.

7. Anda dapat lihat


siapa yang view story
anda di bahagian 'Seen
by'. Tekan saja di situ
untuk tengok list
audiens yang view Story
anda.
Perhatikan ada button
'Highlight' di sebelah kanan.
Tekan di sini untuk save
story ini ke dalam folder
'Highlight'
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

Selepas tekan 'Highlight'


tadi, tekan (+) 'New', dan
create tajuk highlight
untuk post tersebut. 

Simpanan story highlight


anda akan tersusun begini
di page utama akaun IG
anda untuk customer view
pada bila-bila masa.
'Highlight' adalah album
simpanan story anda yang
telah di post lebih 24 jam.
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

Cara Guna Function Whatsapp Status.

Whatsapp Status ni fungsinya adalah seperti


Story juga. Hanya akan terpapar selama 24 jam.
Dan tak boleh disimpan lebih dari masa
tersebut. Jadi, rajin-rajin lah post ya.

1. Klik pada 'Status' di


bahagian home
whatsapp.

2. Tekan ikon kamera


untuk pilih post
bergambar. Atau ikon
pensel untuk post
status text sahaja.
6.
CARA GUNA FUNCTION STORY DI
FB/ IG DAN WHATSAPP STATUS

3. Pilih gambar, atau


video. Jangan lupa taip
CTA untuk galakkan
prospek bertindak.
Gunakan tools 'text',
'emoji' dan 'color palette'
untuk jadikan post lebih
menarik.

4. Tekan 'Send' bila selesai.

5. Post story anda akan


terpapar begini.
Perhatikan di bahagian
bawah sekali ada ikon
menandakan jumlah
audiens yang view
status anda.

6. Untuk lihat siapa yang


view status anda, tekan
pada ikon  tersebut.
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA
DI FB GROUP DAN
MARKETPLACE
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE

Di FB ada banyak group iklan percuma yang


benarkan seller untuk post apa-apa jualan
produk/ servis. Tapi, penting untuk kita pastikan
syarat untuk post di group tersebut. Ada group
yang mengenakan syarat untuk join dan up
posting. Sebagai newbie, kita pilih group yang tak
ada kenakan syarat dahulu.

Marketplace pula merupakan tempat percuma


yang FB sediakan untuk kita menjual. Macam
Shopee, Lazada, etc. Customer akan search
produk yang mereka nak beli di Marketplace. Jadi
kita boleh jadi pembeli dan penjual di platform
ini.

Ikut langkah step by step bergambar di sebelah.


Untuk belajar cara post iklan di Group FB dan
Marketplace.

: Oleh kerana platform ini percuma, jadi memang ramai


yang post iklan setiap hari. Anda perlu rajin post supaya
iklan anda menonjol.
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE

Cara Post Menggunakan iOS (iPHONE)

1. Cari menu 'Group' di


bahagian home FB
anda.

2. Taipkan 'iklan
percuma' di bahagian
'Search'.
FB akan list kan semua
group percuma yang
anda boleh join untuk
jadi ahli dan beriklan di
dalam group tersebut
Tekan tanda (+) untuk
join dahulu group. Dah
join baru boleh post
iklan dalam group
tersebut.

3. Bila dah join group,


boleh mula menjual.
Tekan ruang up
status untuk mula
taip iklan. 'What are
you selling'
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE
4. Isi detail produk/
servis anda. Pada
bahagian lokasi, pilih
kawasan yang paling
tepat supaya mudah
untuk customer yang nak
datang walk-in. (COD) 

5. Pilih gambar produk


yang ingin anda iklankan
dan tekan next.

6. Sebelum post, tick kan


'Marketplace' dan tick
pada semua group
suggested di bawah.
Join dahulu sebanyak
mungkin group percuma di
FB.

7. Bila selesai tekan


'Post' dan iklan anda akan
tertera begini.

 Tips : Untuk iOS, post ke group dan Marketplace boleh


dibuat serentak.
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE

Cara Post Menggunakan fon Android

1. Buka menu pada ikon


garis di penjuru atas
kanan

2. Pilih 'Groups'

3. Pada bahagian
Iklan Percuma
'Search' cari group
'Iklan Percuma'. Klik
'Join' sebanyak
mungkin group
percuma ini.

 Tips : Group percuma yang sesuai untuk newbies


pilih group taman perumahan anda, group bisnes, group
yang sesuai dengan produk/ servis anda.
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE

4. Apabila selesai join,


buka mana-mana
group dan mula post
iklan. Post dalam
group sama macam
post status biasa.

5. Tekan 'Write
something'.

6. Taip ayat iklan di


ruang posting. Pilih
gambar produk di
bahagian 'Photo/Video'.
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE

7. Apabila selesai,
tekan 'Post' dan iklan
akan keluar seperti
ini di dalam group.

Cara Post Iklan di Marketplace

1. Pilih ikon
'Marketplace'.
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE

2. Tekan 'Sell'
untuk menjual.

3. Pilih 'Item for


Sale', paling sesuai
untuk semua jenis
produk.

4. Tekan 'Add
Photos' untuk up
gambar produk
yang anda ingin
iklankan.

5. Isikan detail
produk yang anda
jual.
7.
CARA POST IKLAN PERCUMA DI
FB GROUP DAN MARKETPLACE

6. Isikan harga
produk/ servis anda.
isikan bahagian
kategori produk dan
lokasi untuk
memudahkan prospek
search produk anda
semasa mereka
shopping di Marketplace

7. Tekan 'NEXT' untuk


ke bahagian
seterusnya.

8. Tick semua group


yang anda ingin
paparkan iklan anda.

9. Tekan 'POST'
apabila selesai.
Iklan anda akan
terpapar di semua
group serentak.

 Tips : Untuk Android, post ke Marketplace & Group boleh


dibuat serentak (terbalik dengan step iOS)
INE
ONL NES
BIS UK
UNT IES
B
NEW

SELESAI...
GUNAKAN SMARTFON ANDA
SEBAIKNYA. SEMOGA BISNES
ANDA TERUS MEROKET KE BULAN !

Anda mungkin juga menyukai