Anda di halaman 1dari 57

01

PEMASARAN
ZERO KOS!
Bagaimana saya capai 300K Followers di TikTok?

Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.

Tercapai salah satu impian saya untuk ada 300K followers di TikTok. Kenapa
Followers penting? Sebab bagi saya, Platform TikTok adalah medium yang
saya gunakan untuk memberi manfaat dan berkongsi ilmu. Jadi setiap satu
followers ini adalah peluang untuk menyebarkan kebaikan. Jadi saya harap
lebih ramai yang mendapat manfaat, Insya Allah.

Dan bila tercapainya angka ini, saya boleh berkongsi strategi ini dengan
semua orang terutamanya peniaga-peniaga bagaimana mereka juga boleh
lakukan perkara yang sama dan mungkin boleh bantu untuk mereka capai
lebih cepat lagi.

Dalam ebook ini saya akan kongsikan bukan saja penting untuk naikkan
followers, tapi bagaimana anda boleh mula buat duit melalui platform- plat-
form ini.

Ayuh kita mulakan!

Fahdi Ghazali
-Life & Business Growth Mentor-
02

“TikTok tak boleh up video 1 minit.


Kalau lebih confirm tak jadi.”
Apa pendapat anda tentang kenyataan ni?

Tuan-puan, jawapannya adalah auta! TikTok sendiri dah sediakan had masa
video sehingga 10 minit.

Ya bila anda scroll anda akan lebih banyak nampak content bawah 1 minit, tapi
anda kena faham, itu bila anda scroll. Tapi dalam bisnes atau personal branding,
anda nak orang follow dan membeli dengan anda.

Banyak orang yang berjaya buat content FYP, tapi belum tentu duit masuk!

Jawapannya anda sendiri kena rajin buat content yang berkualiti dan
buat orang jatuh cinta dengan penyampaian anda.

Tak kisahlah video anda bawah 1 minit, 3 minit lebih atau sampai 10
minit.

Asalkan orang suka content yang anda kongsikan mereka akan tonton
sampai habis.
03

“Ada timing posting untuk Viral?”


Fakta atau auta?

Ini pun antara paling banyak soalan yang saya


dan FunnelEvo banyak terima.

Ada dua situasi berbeza dalam soal timing ini.

SITUASI PERTAMA :

Adakah video tersebut dimaksudkan


untuk posting rutin?

SITUASI KEDUA :

Adakah video tersebut dimaksudkan


untuk sampai kepada lebih ramai orang
dan viral FYP?

Jawapan saya adalah, rata-rata content creator pasti tahu dan ada timing post
mereka sendiri. Kerana apa? Sebab posting itu mereka cipta dan olah sendiri.

Di sini anda kena tahu dua perkara. Jenis-jenis content dan bila followers anda
aktif di platform TikTok. Anda boleh rujuk maklumat ni di bahagian
analytics.
04

“Kena belanja banyak untuk nak


ramai followers dan viewers
naik cepat?”

Fakta atau auta?

Jawapannya tidak. Apa yang anda


perlu buat adalah buat content yang
orang perlu dan suka. Bukan apa
yang anda suka.

Majoriti akaun TikTok


popular yang anda lihat
sekarang menggunakan
strategi zero kos!
05

ZERO
KOS!
Bagaimana saya capai 300K Followers di TikTok?

Pertama anda perlu


01 buang kepercayaan
karut di TikTok!
TikTok bukan platform tarian atau
berjoget semata-mata. Ia ber-
gantung kepada penggunaan atau
algorithm pencarian. Jika anda
pandai manfaatkan untuk memberi
manfaat, Insya Allah ini adalah
platform yang relevan dan paling
cepat mendatangkan hasil.

02 TikTok melalaikan. Berubah atau


03 pupus.
TikTok melalaikan jika anda tak
pandai bahagikan masa dan terlalu Jika dulu semua orang berpusu-
fokus kepada nak jadi viral macam pusu di platform seperti Face-
orang lain. Fokus kepada diri anda book dan kemudiannya Insta-
dan bisnes, serta manfaat yang anda gram. Sekarang TikTok menjadi
nak kongsikan. Ini hanyalah sebuah kegilaan dan lubuk duit! Ambil
PLATFORM untuk anda menyebar- peluang ini untuk bina pendapa-
kan dan berkongsi tan anda di TikTok.
maklumat.
06

1. DON’T CREATE,
DOCUMENT IT.
Tips terbesar dalam proses saya
capai angka 300K followers ini
dalam membuat content adalah…

Jangan Create,
Dokumenkan!
"Don’t create, document it" lebih kepada memudahkan kerja anda untuk
membuat content baru di platform sosial media anda. Saya panggil sebagai
‘short cut’

Jadi, tak perlulah setiap kali nak buat content baru, anda kena mulakan
daripada kosong yang merumitkan lagi kerja seharian anda.
07

Apa yang anda perlu buat adalah, rekod apa sahaja yang sedang berlaku di
sekeliling anda. Contoh, berjumpa dengan orang. Rekod sahaja video anda
sedang bersembang dengan orang tersebut. Daripada situ, cut video
terbebut mengikut ‘timing’ yang sesuai dan letak subtitle beserta background
music untuk jadikan video itu lebih menarik.

Konsep ‘dokumenkan’ berbanding ‘mencipta’ ni sebenarnya ramai orang tak


tahu. Sebab mereka fikir, setiap kali nak buat content kena fikirkan jalan
cerita, skrip, dan baru rekod.

Sebenarnya, anda hanya perlu rekod apa sahaja yang anda buat setiap hari
apabila berjumpa dengan orang ataupun anda sedang lakukan aktiviti harian
anda. Lebih mudah, lebih cepat dan lebih efektif kerja anda dalam membuat
content baru.

Senang kan?

Pendekatan ini orang lebih suka sebab penghasilan content ini nampak
lebih menarik dan asli daripada content yang terlalu banyak skrip dan
editing. Daripada bermula dari kosong setiap kali anda nak buat
sesuatu, anda boleh gunakan cara ini untuk dokumenkan segala
content yang anda nak buat pada masa akan datang.
08

2. QUANTITY
OVER QUALITY.

Topik ini anda perlu baca sehingga habis agar


anda tidak salah faham dengan apa yang saya
kongsikan.

Menjaga kuantiti video yang dihasilkan


menjadi perkara utama berbanding kualiti
pada peringkat awal permulaan perjalanan
anda ingin menghasilkan video content.

Jangan tunggu sempurna,


baru nak buat!

Tujuannya adalah untuk memastikan konsistensi dalam menghasilkan


content video yang untuk menarik audience pada peringkat awal.
09

Saya faham masalah usahawan adalah masa, masa untuk buat content di
TikTok. Pada peringkat awal, memang saya buat 100% sendiri.

Sampai satu tahap mendapat rentak dan momentum, strategi seterusnya


adalah menghasilkan video di TikTok dengan bantuan team saya.

Saya membuat video selama hampir


30 minit sehingga 1 jam kemudian
team saya akan potong video itu
menjadikan beberapa topik dan ia
berhasil menghasilkan beberapa
video pendek hasil daripada sebuah
video panjang.
10

CARA MENGHASILKAN VIDEO


QUANTITY OVER QUALITY.

1. Rakam Aktiviti Routine/


Bisnes Anda.
Jika anda seorang usahawan bisnes bakery
anda hanya perlu letak tripod dan smartphone
anda serta record aktiviti anda. Sepanjang
aktiviti anda akan berlaku beberapa aktiviti
seperti perkongsian resepi, rahsia dough
kembang dengan baik atau teknik
presentation yang menarik.

Satu video panjang ini lah akan menghasilkan beberapa video yang pendek.
11

2. Simpan Live Video Anda.


Tahukah anda selepas Live di platform seperti Tiktok,
anda masih boleh dapatkan video itu semula?

Caranya pergi ke creator Tools, click LIVE


Centre, kemudian anda akan nampak
bahagian Replays. Anda boleh download
video live sebelum ini dalam masa 90
hari sebelum ia dipadamkan oleh
TikTok!
Apa yang anda boleh buat dengan
bahan ini? reupload di dalam TikTok
anda semula dalam bentuk yang lebih
pendek.

Saya dapati teknik ini bukan sahaja berjaya untuk saya namun ramai
usahawan lain juga yang menghasilkan video menggunakan teknik ini dan
mereka berjaya. Kadang-kadang video ini tidak diupload oleh anda sendiri
tetapi ia juga kegunaan untuk team ejen jika anda mempunyai ejen.

Apa formula untuk cut video ini?

Teruskan membaca, saya akan kongsikan di bawah nanti.


12

3. Buat Video Bersiri


Mula untuk record video bersiri yang
berkait antara satu sama lain dengan
topik yang sama. Dengan membuat
video bersiri, anda dapat menghasilkan
banyak video dalam satu topik atau
NICHE yang sama.

Strategi ini berjaya, kebanyakan video


TikTok saya yang viral dan mendapat
tontonan yang mencecah Million views
adalah hasil video yang dipotong
daripada sebuah video yang panjang.

Namun kaedah:1 dan kaedah:2 anda


perlu berhati-hati agar content yang
dihasilkan itu tidak tergantung
ataupun tidak difahami melainkan
anda berniat untuk menghasilkan
video Part 1, Part 2 dan seterusnya.
13

Jika anda telah melepasi ‘level beginner’


anda perlu mula untuk menjaga kualiti
untuk memastikan crowd atau
followers yang anda berjaya
kumpulkan di peringkat awal tidak
bosan menonton video anda.

Ada beberapa cara untuk menjaga


kualiti video yang dihasilkan adalah
dengan membuat perancangan content
serta menjaga kuantiti video agar ia
masih konsisten agar audience anda
setia dengan content anda.

Nasihat saya, walau apa jua content


yang anda ingin hasilkan pastikan ia
memberi manfaat kepada penonton
yang menonton. Insya Allah jika
mereka mendapat manfaat itu pasti
mereka juga akan berkongsi kepada
orang-orang sekeliling mereka.
14

3. GUNAKAN
FORMULA A.I.D.A
Formula AIDA adalah
pendekatan marketing yang
digunakan untuk menarik
perhatian pelanggan dan
memotivasi mereka untuk
bertindak (membeli).

Formula ini terdiri dari empat langkah:


Attention (perhatian), Interest (ketertarikan), Desire (keinginan), dan
Action (tindakan).

Anda dapat menggunakan pendekatan ini untuk membuat video yang


menarik dan efektif. Berikut adalah bagaimana cara menghasilkan video
menggunakan formula AIDA:

01 Attention (perhatian) 02 Interest (ketertarikan)


Anda perlu menarik perhatian Apabila anda berjaya menarik
audiens anda di awal video. Anda perhatian audiens, langkah
boleh mulakan dengan pengenalan seterusnya adalah buat mereka
yang menarik atau pertanyaan tonton video anda sampai habis
yang menarik perhatian sebagai dengan memberikan content yang
hook 3 saat terawal. menarik dan bermanfaat kepada
audience anda.
15

03 Desire (keinginan)

Setelah anda menarik perhatian dan berjaya buat mereka tonton video anda
sampai habis, tugas anda seterusnya adalah membangkitkan keinginan
untuk mereka membeli produk atau servis yang anda tawarkan.
Tetapi ia anda kena faham yang orang tidak membeli dengan hanya sekali
lihat video anda.

Jika ada itu pelanggan dari syurga. Biasanya prospek akan membeli selepas
tengok video anda lebih daripada 7 kali. Jadi jika hanya sekali video anda
FYP ia masih belum cukup untuk buat orang membeli.

04 Action (tindakan)

Akhirnya, Anda perlu tinggalkan call to action untuk mendorong audience


anda untuk melakukan tindakan seterusnya iaitu membeli atau
menggunakan perkhidmatan yang anda tawarkan. Kaedah menghubungi ini
termasuk dengan menyediakan saluran untuk mereka berhubung dengan
anda secara terus.
Dengan menggunakan video formula AIDA ini, anda dapat menghasilkan
video yang efektif untuk mempromosikan produk atau layanan anda
seterusnya memotivasi mereka untuk bertindak.

Pastikan untuk menyediakan content dengan jelas dan menarik, serta


menjaga kualiti video.
16

4. PALING CEPAT DAN


MUDAH GUNAKAN
APPS, CAPCUT.
Bahagian ni adalah bab yang paling ramai orang takut.

‘’Aku manalah pandai nak edit-edit video ni. Kena tunggu ada video
editor, baru boleh buat. Nak cari pekerja mahal pula tu!’’

Saya faham ketakutan ini, tapi skills


editing mudah ini boleh dilatih dan
saya sangat sarankan anda mula
gunakan apps CapCut kerana apps ini
memang mesra platform TikTok itu
sendiri. Dan paling penting, dua-tiga
hari cuba confirm dah boleh jadi mahir
edit video!
17

Kenapa saya sarankan anda gunakan CapCut?

MUDAH DIGUNAKAN
01 DAN CEPAT.
CapCut adalah aplikasi pengeditan
video yang mesra pengguna
terutama untuk platform TikTok.
Untuk mereka yang baru atau
kurang mahir edit video, ini adalah
antara yang paling mudah dan
cepat.

Sekiranya mahir, video boleh siap


dalam masa hanya 30 minit atau
kurang daripada itu berbanding
cara lama sebelum ini yang makan
masa berhari-hari atau pun
berminggu.

02 AUTO-CAPTION.

Mungkin ada antara anda


yang ada masalah ini atau
teringin nak tiru video-video
luar negara. Yang mana ada
subtitle (sari-kata) dalam
video.

Dengan gunakan CapCut,


anda boleh terus auto-caption
dan dapat video ini dalam
masa 2 minit sahaja dah siap!
18

03 PERCUMA. `
CapCut adalah aplikasi percuma yang tidak
memerlukan yuran langganan atau kos
tambahan untuk menggunakan ciri-cirinya
melainkan anda mahu menggunakan
bahagian edit yang lebih teknikal dan akses
yang lebih premium.

Anda ada pilihan untuk UPGRADE ke CapCut


pro dengan langganan RM44.90 sebulan atau
RM349.90 setahun.

04 ADA PELBAGAI
CIRI PENGEDITAN.
CapCut mempunyai pelbagai ciri pengeditan
video mudah seperti potong video, transisi
mudah, masukkan audio dari apps itu sendiri
atau dapat dari platform luar, dan pilihan
mengedit video dalam pelbagai format ter-
masuk MP4, AVI, MOV, dan banyak lagi.

Selepas video yang diedit selesai, CapCut


menyediakan pilihan untuk berkongsi video
terus ke platform media sosial seperti
Instagram, Facebook, atau TikTok! Segalanya
di hujung jari anda.

Bukan itu sahaja, kualiti video yang diedit dari


TikTok juga berkualiti tanpa perlu apa-apa
bayaran berbanding apps lain!
19

5. LIVE SECARA
KONSISTEN.
Buat Live secara konsisten ni dapat bagi banyak manfaat kepada platform
sosial media anda dan audiens anda sendiri.

Kenapa? Sebab anda selaku content creator itu sendiri yang membuatkan
orang lebih suka kepada diri sebenar anda.
20

Jadi, dekat bawah ini adalah antara kelebihan dan sebab kenapa anda perlu
buat Live secara konsisten.

01 MENARIK LEBIH RAMAI PENGIKUT BARU :

Kalau kita tengok, ramai influencer baru sekarang ni terhasil daripada Live
yang mereka buat. Sebab masyarakat kita sekarang ini sangat suka kepada
jenis content yang asli berbanding content yang dah direka. Contoh, Banana
Dibs yang viral haritu. Bermula daripada Live dan kemudiannya terviral
dengan gelagat ‘Biasa, maksudnya?’.

MENINGKATKAN VIEW PLATFORM


02 SOSIAL MEDIA ANDA :

Live akan muncul dibahagian atas sekali di setiap platform sosial media. Jadi,
semakin kerap anda membuat Live, semakin tinggi kebarangkalian orang lain
untuk tengok Live anda dan boleh menarik followers baru setiap kali anda
Live.
21

03 MENINGKATKAN ENGAGEMENT :

Live paling berkesan untuk menaikkan engagement platform sosial media


anda dengan cepat. Sebab orang boleh terus berinteraksi secara langsung
dengan soalan dan jawapan yang anda berikan. Sebab tu kebanyakan Live
yang dibuat adalah dengan menjawab soalan daripada orang yang tengok
Live tersebut.

04 MENINGKATKAN KUALITI CONTENT :

Ramai yang stuck nak buat content setiap hari. Daripada asyik fikir nak buat
apa, apa kata buat Live sahaja pun dah boleh jadikan content harian anda.
Senang, cepat dan paling penting, content anda dapat lebih banyak
engagement dan Like dengan cepat berbanding content harian biasa yang
dibuat.

Mungkin ramai orang taknak buat Live sebab malu. Tapi yakinlah, Live yang
anda buat ini yang akan menaikkan lagi platform sosial media anda dan pada
masa yang sama dapat meningkatkan personal branding anda.
22

6. TOOLS &
EQUIPMENT.
Video dah cantik tapi suara pula tenggelam. Suara dah clear tapi video pula
blur? Ada masalah ni? Kalau ada, ini nasihat untuk anda yang baru nak
berjinak dalam pembikinan video-video di sosial media.

Jika ada bajet lebih, saya


sarankan anda guna iPhone
13 pro max kerana storage
01 KAMERA : dan kapasiti untuk edit
video yang lebih berkualiti.
Pemilihan kamera juga penting untuk
menghasilkan video yang berkualiti. Atau bermula dengan
Tak kira anda nak gunakan kamera dig- iPhone 11. Sekarang jika
ital ataupun menggunakan hand- pandai cari , iPhone 11
phone. Terpulang kepada anda. Keban- second-hand anda boleh
yakan content creator sekarang ini pun dapat sekitar RM2000.
hanya menggunakan handphone
sahaja untuk menghasilkan video.
23

02 MIKROFON :
Kualiti suara sangat penting dalam
menghasilkan satu video yang berkualiti.

Ini antara ciri penting. SUARA PERLU


JELAS.

Anda boleh dapatkan mikrofon dengan


harga yang sangat murah sekarang ni.
Dekat Tiktok, Shopee dan platform lain
pun ada jual dengan harga yang murah
dengan kualiti suara yang baik. Contoh,
Amgrass Wireless Microphone yang
tengah hot sekarang ni, bawah RM100
pun dah boleh dapat.

03 LAMPU :
Pencahayaan yang baik sangat penting
dalam pembuatan video yang berkualiti.

Anda boleh gunakan cahaya outdoor atau


lampu studio untuk pastikan objek
dalam video anda cukup terang dan clear
untuk orang tengok.
24

04 TRIPOD :
Tripod dapat bantu untuk memastikan
video anda stabil dan terhindar dari
goyangan yang tak diinginkan. Ini juga
membantu anda untuk posisikan kamera
dengan baik tanpa memenatkan anda
untuk pegang sepanjang masa.

05 APLIKASI EDITING:
Setelah merakam video, anda perlu
mengeditnya untuk menjadikan lebih
profesional. Ada beberapa aplikasi
editing yang tersedia, seperti CapCut
dan InShot. aplikasi ini dapat bantu anda
untuk menyusun klip, menambahkan
efek, dan memperbaiki audio dan
pencahayaan.

Secara keseluruhan, alat-alat ini dapat membantu anda membuat video yang
lebih profesional dan berkualiti tinggi. Namun, seiring dengan
berkembangnya teknologi, banyak alat baru yang terus muncul dan dapat
membantu mempermudah proses pembuatan video.
25

7. 7 TOPIK YANG AKAN


BUATKAN ANDA
FYP 2023.
1) KESIHATAN DAN
KESEJAHTERAAN
(HEALTH AND WELLNESS)
Tahukah anda content tentang Jadi jika anda usahawan
kesihatan antara yang paling banyak pastikan anda rebut peluang
carian di TikTok? untuk gunakan NICHE ini.
Paling penting pastikan
Apa contoh content ini? persembahan anda menarik.
Cara untuk turunkan berat badan. Tak perlu cipta sesuatu yang
baru, tiruvasi sahaja video-
Bahaya pengambilan gula yang video lain yang dah berjaya
terlalu banyak. sebelum ini, cuma tukarkan
kepada citarasa dan cara anda.
Cara untuk dapatkan badan yang
‘cantik’.

Dan banyak lagi!


26

7 TOPIK YANG AKAN


BUATKAN ANDA FYP 2023.

2) PERNIAGAAN DAN TIPS


KEWANGAN
(BUSINESS & FINANCE)

Ini juga antara yang paling banyak


carian di TikTok. Perniagaan dan Tips
kewangan.

Ini termasuk content seperti tips per-


niagaan, saham, bisnes takaful, pinja-
man Bank dan banyak lagi.

Jika dahulu ramai orang mencari


maklumat-maklumat ini di YouTube,
tapi kini mereka lebih aktif di TikTok
dan algorithm pencarian TikTok juga
telah dikemaskini untuk memudahkan
anda carian mengikut topik yang anda
cari.
27

Antara topik perniagaan dan kewangan yang popular di


TikTok Malaysia.

Tips Pengurusan Kewangan


01 Video yang memberikan tips pengurusan kewangan, seperti
bagaimana menggunakan wang dengan cara berhemah, mem-
perbaiki kredit, atau membuat anggaran belanja yang berkesan.

Idea Perniagaan
02 Video yang memberikan idea perniagaan yang kreatif dan in-
ovatif, termasuk cara memulakan perniagaan kecil atau syari-
kat baru.

Pengiklanan Produk
03 Pengguna TikTok boleh memanfaatkan platform ini untuk
mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka dengan
cara yang kreatif dan menarik.

Strategi Pemasaran
04 Video yang membincangkan strategi pemasaran dalam talian,
termasuk cara meningkatkan jangkauan media sosial dan
membuat kempen pemasaran yang berkesan.
28

Strategi Pelaburan
05 Video yang memberikan tips dan strategi pelaburan, termasuk
jenis-jenis pelaburan dan cara memilih pelaburan yang sesuai.

Analisis Pasaran dan Saham


06 Video yang membincangkan analisis pasaran dan saham, ter-
masuk ulasan mengenai pergerakan pasaran dan strategi
dagangan.

Nilai Keusahawanan
07 Video yang memberikan tips dan motivasi untuk keus-
ahawanan, termasuk bagaimana memulakan perniagaan dan
mencapai kejayaan dalam bidang keusahawanan.
29

7 TOPIK YANG AKAN


BUATKAN ANDA FYP 2023.

3) DO IT YOURSELF
Mesti ramai yang ingat MR. DIY kan?
Kategori ini berada di tangga yang
ketiga.

DIY merupakan singkatan bagi "Do It

DIY
Yourself", yang bermaksud "Buat
Sendiri". Penerangan DIY merujuk
kepada cara untuk membuat atau
membaiki sesuatu secara sendiri tanpa
memerlukan bantuan orang lain atau
pihak profesional.

Ia melibatkan kreativiti, kemahiran dan


kebolehan untuk membuat atau
membaiki barang atau perkara dengan
menggunakan alat dan bahan yang
sedia ada.

Pernah tak anda tengok video orang


memasak contohnya macam Khairul
Aming, pasti anda fokus dan tengok
video tu sampai habis kan?

Ada emosi nak rasa, ada emosi rasa nak


cuba buat.
30

Paling popular adalah makanan, selain dari


tu DIY boleh dilakukan dalam pelbagai
bidang termasuk rekaan, dekorasi, per-
kakasan, perabot, pakaian, dan banyak
lagi.

Kebiasaan DIY ini mengurangkan kos dan


DIY juga dapat meningkatkan kreativiti
dan memberikan kepuasan apabila dapat
menyelesaikan projek dengan berjaya.
31

Berikut adalah 3 contoh DIY yang boleh dilakukan:

Menghasilkan Kabinet
Dapur Sendiri:

Anda boleh membuat kabinet


dapur sendiri dengan meng-
gunakan papan kayu, pemutar
skru, dan alat-alat yang diperlu-
kan. Ini bukan hanya jimat kos,
tetapi juga membolehkan anda
menyesuaikan kabinet dengan
keperluan dan gaya dapur anda.

Membuat Bunga
Membuat Tempat Kertas:
Penyimpanan dari
Kotak Kadbod: Anda boleh membuat bunga
kertas sendiri dengan kertas
Anda boleh mengambil kotak warna-warni, jarum, dan benang.
kadbod yang tidak digunakan dan Bunga kertas ini boleh digunakan
menukarnya menjadi tempat untuk hiasan dinding, hiasan
penyimpanan yang berguna. meja, atau hadiah yang di-
Dengan menambahkan beberapa bungkus dengan indah. Anda
rak, cat dan aksesori, anda boleh boleh mencari tutorial dalam
mempunyai tempat penyimpanan talian untuk menghasilkan bunga
yang unik dan berguna. kertas yang pelbagai bentuk dan
saiz.
32

Apa yang anda perlu buat dengan segala aktiviti ini?

Rekod dengan cara yang menarik dan


kongsikan di dalam TikTok! Pasti anda
mendapat perhatian dan engagement
yang tinggi.

Dan paling penting jika anda usahawan,


jangan lah lupa pula letak link product
atau CTA bagaimana orang boleh
membeli dengan anda.
33

7 TOPIK YANG AKAN


BUATKAN ANDA FYP 2023.
4) SENI GRAFIK
Tahukah anda seni grafik juga dapat permintaan yang tinggi di TikTok?

Nak dapatkan engagement yang tinggi dan followers dengan cepat di TikTok
anda oleh rujuk topik seni grafik dibawah.

Ini antara 10 bahan grafik yang boleh dicari di TikTok!

01
Tutorial Reka Bentuk Grafik:
Tutorial tentang cara membuat reka bentuk
grafik menggunakan perisian seperti Adobe
Photoshop atau Illustrator.

Animasi Grafik:
Video animasi yang menunjukkan proses
pembuatan grafik animasi, baik 2D atau 3D.
02
Rekaan Tipografi:
Tutorial tentang bagaimana untuk membuat
rekaan tipografi yang menarik dan kreatif.
03
Rekaan Logo:
Video tutorial tentang cara membuat logo
dan bagaimana untuk menghasilkan rekaan
logo yang kreatif.
04
34

Lukisan Digital:
Video yang menunjukkan proses membuat
lukisan digital menggunakan perisian
05
seperti Procreate atau Adobe Photoshop.

Grafik Bergerak:
Video yang menunjukkan bagaimana untuk
membuat rekaan grafik yang bergerak dan
06
animasi dalam video.

Tip Rekaan Grafik:


Tip dan panduan untuk membantu
meningkatkan kemahiran dalam reka
07
bentuk grafik.

Rekaan Poster:
Video tutorial tentang cara membuat rekaan
poster yang menarik untuk mengiklankan
acara atau promosi.
08
35

Rekaan Kartun:
Video yang menunjukkan bagaimana untuk
membuat rekaan kartun dan karakter
menggunakan apps/software atau cara
09
tadisional.

10
Rekaan Grafik Sosial Media:
Tutorial tentang cara membuat rekaan
grafik yang menarik untuk media sosial
seperti Instagram, Facebook atau Twitter.

Dan banyak lagi!


36

7 TOPIK YANG AKAN


BUATKAN ANDA FYP 2023.

5) INFORMASI TEKNOLOGI
TERKINI

Gadget terkini
Ini antara yang paling top di TikTok. Carian ni akan membawa anda pencarian
seperti Iphone yang terbaru, handphone gaming yang akan keluar tak lama
lagi, dan teknologi yang membuatkan orang rasa teruja.

"Augmented Reality di TikTok"

Carian ini akan membawa hasil tentang


bagaimana Teknologi Realiti
Peningkatan (AR) digunakan di TikTok
untuk menambahkan efek visual dan
filter wajah pada video. Memberi
pengalaman yang lebih realistik kepada
mereka yang melihat melalui online.
37

"Artificial Intelligence di TikTok"


Carian ini akan menghasilkan kandungan tentang bagaimana Teknologi
Kecerdasan Buatan (AI) digunakan di TikTok untuk menapis dan
menunjukkan kandungan yang sesuai dengan minat dan kegemaran
pengguna.

"Live Streaming di TikTok"


Carian ini akan membawa hasil tentang bagaimana Teknologi Penyiaran
Langsung digunakan di TikTok, memberikan pengguna peluang untuk
menyiarkan secara langsung dan berinteraksi dengan pengikut mereka
dalam masa sebenar.

Gaming
Carian ini rata-rata dari anak muda. Apa permainan video yang terkini?
Contohnya Mobile Legend atau PUBG mobile. Trick dan juga tips.

Macam mana? Dah boleh bayangkan apa


yang anda boleh mula buat dengan topik ni?
38

7 TOPIK YANG AKAN


BUATKAN ANDA FYP 2023.

6) KEMANUSIAAN
Kandungan kemanusian juga antara yang hit di TikTok. Dibawah adalah
beberapa jenis contoh kandungan kemanusian di TikTok:

Pengumpulan Dana:
Terdapat kandungan di TikTok yang
mempromosikan pengumpulan dana
untuk membantu mereka yang
memerlukan, seperti mangsa bencana
alam atau yang memerlukan bantuan
perubatan.

Kepedulian Sosial:
Ada juga kandungan yang bertujuan
untuk meningkatkan kesedaran dan
memberi inspirasi kepada pengguna
TikTok mengenai isu-isu sosial seperti
pembuangan sampah, kesihatan
mental dan kemiskinan.
39

Cerita Inspirasi:
Siapa saja yang tak suka tengok
content begini kan? Kandungan ini
mengenai cerita kejayaan atau
inspirasi yang memberi motivasi
kepada pengguna TikTok.

Aktiviti Kebajikan:
Kandungan ini mengenai aktiviti ke-
bajikan yang boleh dilakukan oleh
pengguna TikTok seperti memberi
sumbangan darah, membantu
komuniti setempat dan
mempromosikan amalan sihat

Penghasilan Kandungan
Berkaitan Sosial:
Terdapat pengguna TikTok yang
menghasilkan kandungan yang mem-
beri fokus kepada isu-isu sosial seperti
kesedaran LGBT dan hak asasi manu-
sia.

Kandungan Pendidikan:
Terdapat kandungan di TikTok yang
bertujuan untuk membantu pengguna
meningkatkan pengetahuan dan
memahami isu-isu penting seperti
kesihatan dan keselamatan, kitar
semula dan banyak lagi.
40

Kandungan Pemulihan:
Terdapat kandungan di TikTok yang
memberikan inspirasi dan motivasi
kepada mereka yang sedang berjuang
untuk memulihkan diri dari cabaran
kehidupan seperti penyakit kronik
atau kehilangan seorang yang
tersayang.

Kandungan Kesedaran:

Terdapat kandungan di TikTok yang


memberi kesedaran kepada pengguna
mengenai isu-isu yang berlaku di
sekitar mereka seperti keselamatan
jalan raya dan isu-isu kesihatan.

Kandungan Motivasi:
Terdapat kandungan di TikTok yang
memberikan motivasi kepada
pengguna untuk mencapai matlamat
dan cita-cita mereka.

Kandungan Kreatif:
Terdapat kandungan di TikTok yang
menggunakan elemen kreativiti
seperti seni dan muzik untuk memberi
inspirasi dan motivasi kepada
pengguna.
41
7 TOPIK YANG AKAN
BUATKAN ANDA FYP 2023.

7) PERSONAL GROWTH
AND DEVELOPMENT
Personal growth and development adalah topik yang popular di kalangan
pengguna TikTok. Berikut adalah beberapa jenis kandungan personal growth
and development yang biasa ditemui di TikTok:

01 Motivasi:
Video motivasi merupakan salah
satu jenis kandungan personal
growth and development yang
biasa ditemui di TikTok. Video ini
mengandungi kata-kata yang
memberi semangat dan inspirasi
kepada pengguna untuk
02 Produktiviti:
mencapai matlamat mereka. Kandungan ini bertujuan untuk
membantu pengguna meningkatkan
produktiviti mereka dalam
kehidupan seharian. Contohnya,
tips untuk menguruskan masa atau
cara untuk memaksimumkan
kebolehan otak.
03 Kesihatan Mental:
Pengguna TikTok juga
memperbincangkan topik kesihatan
mental dalam kandungan personal
growth and development. Video ini
memberi nasihat dan tips untuk
meningkatkan kesihatan mental dan
mengatasi tekanan dalam hidup.
42

04 Kepimpinan:
Video berkaitan kepimpinan di
TikTok memberi nasihat dan tips
tentang bagaimana menjadi seo-
rang pemimpin yang baik dan berke-
san.
05 Kreativiti:
Pengguna TikTok turut berkongsi
kandungan tentang kreativiti
yang memberi inspirasi kepada
pengguna untuk mencipta dan
menghasilkan karya kreatif
mereka sendiri.
06 Pembangunan Kerjaya:
Kandungan ini memberi nasihat dan tips
tentang bagaimana membangunkan
kerjaya dan mencapai matlamat kerjaya.

07 Kesihatan Fizikal:
Video tentang kesihatan fizikal di
TikTok memberi nasihat dan tips
tentang bagaimana menjaga
kesihatan tubuh dan mencapai
kecergasan fizikal yang optimum.
43

08 Pembelajaran:
Pengguna TikTok juga berkongsi
kandungan yang berkaitan
dengan pembelajaran dan
peningkatan pengetahuan
seperti membaca buku atau
menonton video pendidikan.
09 Kemandirian:
Video ini memberi nasihat dan tips
tentang bagaimana menjadi lebih
berdikari dan menguruskan hidup
sendiri.
10 Perniagaan:
Pengguna TikTok juga berkongsi
kandungan tentang bagaimana
membangunkan perniagaan dan
menjana pendapatan dari rumah.
44

8. CASE STUDY.
Orang yang berjaya tinggalkan klu, tugas anda follow saja klu-klu yang diber-
ikan!

Selain saya, ini adalah speakers dan trainers di FunnelEvo yang dah berjaya
lakukan.

Saya buktikan apa yang saya kongsikan ini dengan hasil dari team saya sendi-
ri yang telah cuba proses ini dan alhamdulillah, ia menunjukkan hasil yang
baik.

Tuan Shafiq Supenah merupakan


CEO EjenPro, salah sebuah anak
syarikat di bawah FunnelEvo dan
salah seorang speaker di FunnelEvo.

Perkongsian beliau lebih niche dan


fokus kepada pembangunan Sistem
Ejen.
45

Tuan Pudin (Mr. Pudin) merupakan


CEO FunnelEvo. Mula aktif di
TikTok pada Februari 2023.

Beliau fokus kepada ilmu dan


strategi untuk majikan yang mahu
kembangkan perniagaan.

Principal Consultant Wan Fahmi


merupakan speaker program
KUASA yang merupakan salah
sebuah syarikat FunnelEvo.

Fokus beliau di TikTok merupakan


niche fokus ke arah informasi
teknologi.
46

Apa yang kita boleh belajar dari mereka?

MEMBERI MANFAAT!
Tak kira anda nak buat content apa sekali pun,
fikir begini adakah content yang anda buat
akan memberi manfaat kepada orang lain?

Selain itu mereka juga ada NICHE fokus


dan kepakaran masing-masing yang
memudahkan algorithm TikTok untuk
menyusun dan memudahkan carian
kepada content anda.

Jika tidak, jangan post!


47

KONSISTEN.
Pada permulaan , mereka mulakan dengan 1 video sehari. Setelah kenalpasti
rentak dan kemampuan, barulah jumlah video ditingkatkan kepada 2 atau 3
sehari.

Persembahan video sangat penting!

Hook 3-5 saat pertama capture the attention


of the audience. Watch Time Completion
(WTC) / durasi orang menonton video kita
mempengaruhi engagement & tiers FYP.
(Tajuk dalam video juga boleh dijadikan
sebagai hook).

Content : Merangsang ‘Engagement Variety


*Kepelbagaian (View, like, favourite, save,
comment). Contoh content favourite story
telling & case study.

Call To Action:

Apa tindakan yang anda mahukan dari


mereka yang sudah menonton?
Contoh : Cuba komen apa pendapat anda?
Contoh : Belajar sesuatu? Tag rakan-rakan
anda yang perlukan ilmu ni!
48

9. MONITIZE
GUNAKAN TIKTOK.
Terdapat beberapa cara untuk menjana pendapatan melalui TikTok,
antaranya ialah:

Menjual produk anda


sendiri :
Jika anda mempunyai produk atau
perkhidmatan yang ingin
dipromosikan, anda boleh
menggunakannya dalam kandungan
video TikTok anda dan menjualnya
kepada pengikut anda

Menjadi influencer TikTok:


Anda boleh menjana pendapatan
melalui pengiklanan atau
endorsement dengan syarikat-
syarikat yang ingin mempromosikan
produk mereka. Untuk menjadi
influencer TikTok, anda perlu
mempunyai jumlah pengikut yang
banyak dan interaksi yang tinggi
dengan pengikut anda.
49

Menjadi affiliate
marketer :
Anda boleh mengambil bahagian
dalam program affiliate dengan
syarikat-syarikat yang menawarkan
produk atau perkhidmatan yang
berkaitan dengan kandungan video
TikTok anda. Anda akan mendapat
komisen apabila seseorang membeli
produk atau perkhidmatan melalui
pautan affiliate anda.

Menjadi TikTok
Live Streamer :

Anda boleh menghasilkan


pendapatan dengan menjadi penyiar
langsung di TikTok dan menarik
perhatian pengikut anda. Anda boleh
menerima sumbangan dalam bentuk
wang dari pengikut anda semasa
penyiaran langsung.

Memperoleh
hadiah TikTok :

TikTok menyediakan pelbagai hadiah


yang boleh ditebus dengan wang
tunai. Anda boleh mengumpul hadiah
TikTok dengan menjana jumlah
pengikut dan interaksi yang tinggi di
platform TikTok.
50

Harap maklumat ini membantu. Walau bagaimanapun, penting untuk


diingat bahawa membangunkan jenama dan pengaruh yang berjaya di
TikTok memerlukan masa dan usaha yang berterusan.

Saya percaya sebanyak mana pun saya berkongsi dengan penulisan, cara
penyampaian maklumat yang lebih berkesan adalah belajar dengan lebih
dekat.

Kenapa lahirnya ebook ini adalah kerana FunnelEvo terima limpahan private
message di platform Sosial Media kami yang rata-rata usahawan mengeluh
kesukaran buat jualan berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Jadi saya dan FunnelEvo komited untuk lahirkan ebook ini dan ingin
menjemput anda untuk bersama-sama dalam program khas hujung bulan ini
iaitu Amazing Founder.

Apa yang anda belajar secara bacaan dan jumpa secara berdepan mungkin
berbeza. Jadi saya nak jemput anda terutamanya usahawan dimana dalam
program ini kami akan dedahkan lebih detail topik tentang jualan dan
pemasaran, pembinaan sistem ejen dan pengurusan bisnes.
51

Ini adalah 3 Mentor bisnes di FunnelEvo :

Kalau Nak Buat Sesuatu, Buat


sungguh-sungguh! Inilah kata-
kata keramat dari Life Business
Mentor Tuan Fahdi Ghazali.

Kepakaran beliau adalah mengenalpasti potensi bisnes dan strategi yang


terbukti berkesan untuk kembangkan bisnes ketahap luar biasa, sama ada
bisnes produk ataupun perkhidmatan.

Beliau juga merupakan pakar strategi Marketing Funnel yang bukan saja
membuka jalan untuk usahawan buat jualan malah bertahan lama dalam
pasaran.

Beliau mula aktif dalam perniagaan dan pemasaran menggunakan internet


sejak tahun 2008 sehinggalah sekarang. Sejak FunnelEvo ditubuhkan pada
tahun 2016 sehingga hari ini lebih 160,000 peserta telah hadir ke program
latihan usahawan yang telah dijalankan.

Beliau juga merupakan pengasas sistem KUASA. KUASA adalah platform


yang akan membantu usahawan mempermudah, mempercepat &
memperkasakan jualan bisnes usahawan hanya dengan SATU KLIK.

Jika anda serius nak dibimbing kembangkan bisnes dan sediakan exit-plan
bisnes yang boleh bertukar menjadi legasi , ini lah mentor anda!
52

Jika bab pengurusan bisnes dan


pengurusan manusia, inilah ikon
di FunnelEvo. Tuan Shariffudin
Sahedan yang merupakan CEO
FunnelEvo dan ada program
khas untuk majikan iaitu
Amazing CEO.

Kepakaran beliau adalah membantu kakitangan dan pengurusan tertinggi


dalam memberi latihan pembangunan modal insan, kepimpinan, strategi
perlaksanaan dan pengurusan bisnes kepada IKS (Industri Kecil Sederhana),
Syarikat Swasta, GLC (Government Link Companies) dan juga Agensi
Kerajaan.

Beliau juga merupakan pakar dalam pengurusan kewangan perniagaan,


menyusun atur strategi bisnes dengan baik dan pastikan bisnes terus
berkembang.

Senang cerita tentang pengurusan bisnes, pengurusan pasukan dalam


bisnes dan pengurusan kewangan, inilah Mentor yang boleh membimbing
anda untuk ke jalan yang benar.

Majikan tersakiti! Jika anda nak seronok berniaga tanpa perlu pening fikir-
kan tentang operasi harian dan pengurusan team, Mr.CEO Urus Orang
adalah Mentor anda!

Kurangkan risiko dan tingkatkan hasil!


53

Yang paling agresif, results


oriented, pakar tingkatkan
jualan dan pakar pengurusan
bisnes sistem ejen, inilah
orangnya Tuan Shafiq Supenah
yang merupakan Founder
kepada EjenPro. EjenPro
merupakan salah satu anak
syarikat di bawah FunnelEvo
yang khusus untuk
menguruskan sistem ejen.

Kepakaran beliau termasuk strategi kempen jualan, mengeluarkan potensi


sebenar pasukan dan membina bisnes luar biasa dengan menggunakan
sistem ejen.

Formula yang digunakan terbukti dan kini lebih 30 anak didik beliau berjaya
hasilkan jualan ratusan ribu dan jutaan ringgit sebulan menggunakan sistem
ejen!

Anda founder yang nak grow jualan jutaan ringgit tanpa pening kepala dan
bina team ejen yang luar biasa dengan bersistem? Inilah orangnya.
54

Apa itu Program Amazing Founder : Grow Bisnes Lebih Laju?

(AF) adalah program 2 hari yang akan bantu anda tentang kembangkan
bisnes anda ke tahap yang seterusnya. Anda akan bersama 3 Mentor bisnes
dengan topik khas Pemasaran dan Business Growth, Pecutan jualan dengan
sistem ejen dan strategi urus bisnes untuk berkembang lebih laju.
55

Amazing Founder
Tarikh : 27 & 28 Mei 2023
Lokasi : Shaftsbury Asteria Cyberjaya
Masa : 8 pagi - 5 petang

Jika anda kenal rakan-rakan anda yang berniaga sudah bertahun-tahun,


tapi masih di tahap yang sama.

Jika anda kenal saudara mara anda yang serius nak dirikan bisnes, tapi
stuck dan tak nampak arah tuju.

Jika anda betul-betul nak dibimbing Formula Khas Untuk Founder capai
jualan 1 juta pertama dalam masa 6 bulan hingga 1 tahun.

Gunakan code : NAK TAWARAN AWAL AF

Dan Whatsapp Team FunnelEvo » https://wa.me/60184092766

Atau terus dapatkan slot di » https://funnelevo.my/3971

Sebarkan kepada kenalan anda yang nak dibantu juga ya?

Anda mungkin juga menyukai