Anda di halaman 1dari 9

Blueprint Facebook Ads Untuk Pastikan

Kempen Anda Hit ROI Yang Tinggi

Facebook Ads boleh buat anda untung besar


ataupun rugi besar.

Dalam ebook ni saya akan kongsikan blueprint


Facebook Ads untuk bina iklan yang boleh convert
lebih ramai prospek jadi pelanggan dengan efektif.

Blueprint ni juga telah bantu saya untuk jana 500%


ROI on average untuk bisnes saya dan juga klien.

© BIG FUNNELS ENTERPRISE 2


1. Facebook Ads Targeting

Anda kena betul – betul spesifik dengan target


audience untuk kempen Facebook Ads anda.

katakan saya seorang penjual produk kosmetik.


Step pertama, saya akan pilih (at least) 3 kategori
yang relevant dengan niche saya.

Kategori ni juga digunakan untuk define ciri – ciri


target audience saya.

Contoh: untuk jual produk kosmetik, saya nak


target wanita berumur 25 – 44.

Audience ni suka shopping online, cosmetic


products dan follow public figure yang related to
beauty.

Jadi saya akan pilih:

• Cosmetic brand = Simply Siti


• Shopping site = Fashionvalet.com
• Public Figure = Neelofa

© BIG FUNNELS ENTERPRISE 3


1. Facebook Ads Targeting

Berdasarkan targeting diatas tadi, anda boleh lihat


yang audience saya ada interest pada cosmetic,
suka shopping dan suka pada public figure yang
related dengan beauty.

Selain interest dan sektor pekerjaan, target secara


spesifik dengan menggunakan behaviour, lokasi,
dan juga umur.

Kalau kempen anda baru dan conversions kurang


dari 1000 (leads + sales).

Bina target audience yang saiznya diantara 200 –


500k.

Kalau susah nak cari interest yang boleh hit angka


tersebut, saiz minima yang anda boleh gunakan
ialah 100k.

© BIG FUNNELS ENTERPRISE 4


2. Metrik & Bajet Iklan

Mulakan iklan dengan bajet 3 – 5 x target kos per


lead anda.

Track dan tengok results iklan tu. Iklan tu produce


leads yang dah lebih dari target CPL? Turn it off.

Lagi satu metrik penting ialah Cost Per Acquisition


dan berapa anda sanggup bayar untuk acquire
satu pelanggan.

Katakan CPA anda RM20 (max) dan iklan X anda


jana 10 leads pada RM3/lead.

Anda masih tak buat jualan dan amount yang anda


spent dah lebih dari target CPA, maka tutup iklan
tu.

Contoh: Kalau target CPL RM5, target CPA RM20.

Pastikan results CPL dan CPA iklan anda sentiasa


di bawah angka RM5 untuk CPL dan RM20 untuk
CPA.

© BIG FUNNELS ENTERPRISE 5


2. Metrik & Bajet Iklan

Dalam Game Plan, ada satu chapter yang kita


panggil ‘Big Metrics’, secara general ianya adalah
angka untuk target CPL dan CPA.

Tapi ianya lebih tepat instead of main tembak suka


hati untuk target CPL dan pengiraannya juga
melibatkan customer, leads dan revenue.

Ia juga beri kesan kepada untung dan rugi. Big


metrics juga digunakan untuk pastikan kita
sentiasa on the green line dan tidak rugi.

Lagi satu, kalau daily bajet anda untuk spend pada


FB Ads ialah RM100. Jangan buat 1 adset dengan
RM100 atau pun 2 adset dengan bajet RM50 each.

Buat 5 adsets dengan bajet RM20 each atau 10


adsets dengan RM10 each. Ini akan berikan results
yang lebih baik pada iklan anda.

Apa pun mulakan setiap adset tu dengan 3 – 5x


angka big metrik ataupun target CPL dan CPA
anda.

© BIG FUNNELS ENTERPRISE 5


3. Facebook Ads Scaling

Ada 2 teknik untuk scaling iaitu vertical dan


horizontal. Vertical ialah tambah bajet pada
winning adset. Horizontal pula duplicate the exact
winning adset.

Tapi tak boleh buat ikut suka hati. Scale sesuatu


adset tu hanya kalau ianya dah berikan results
yang positif kepada anda.

Tambah 15 – 20% sekali setiap 72 jam. Kalau Isnin


anda scale, hari seterusnya ialah hari Rabu
kemudian Jumaat.

So itu adalah asas untuk scaling.Tengok angka big


metric atau pun target CPL dan CPA anda.

Kalau dapat leads bawah target kos tapi jumlah


yang anda dah spent lebih dari target CPA, maka
tutup adset tersebut.

Duit yang di bazirkan memang takkan boleh dapat


balik jadi jangan attached dengan sesuatu ads tu
sebab kita sentiasa boleh buat ads yang baru.

© BIG FUNNELS ENTERPRISE 6


Blueprint Facebook Ads Untuk Pastikan
Kempen Anda Hit ROI Yang Tinggi

Berikut adalah blueprint dan teknik Facebook Ads


yang saya gunakan untuk jana 500% ROI on
average untuk business saya dan juga klien.

Ia juga telah membantu ramai Game Plan


members untuk hit ROI yang lebih tinggi untuk
business mereka.

Itu saja perkongsian dari saya dalam ebook ni,


semoga bermanfaat dan terima kasih kerana
meluangkan masa.

Ikhlas dari saya,


Baem Ashrawi

© BIG FUNNELS ENTERPRISE 7

Anda mungkin juga menyukai