Anda di halaman 1dari 20

Panduan Mula Bisnes

Dropship E-commerce
Dengan Cara Paling Simple
Disediakan oleh : HAFIZ AZMAN
PENDAHULUAN
Panduan ini telah diringkaskan, dan ia dihasilkan semuanya
melalui pengalaman saya.

Oleh itu, ia bersifat praktikal dan disusun mengikut langkah


demi langkah untuk bermula.

Saya sarankan anda baca sampai habis dan cuba praktikkan


apa yang saya kongsikan.

Semoga ia memberi manfaat pada anda untuk buat duit online


secara dropshipping menggunakan platform e-commerce
anda sendiri.

Ikhlas,

Hafiz Azman
"E-commerce market in Malaysia
will grow from RM 3.6b, to RM
5.5b by year 2023."

STATISTA.COM
Dropship e-commerce
memang best!
Bisnes dropship e-commerce memang best terutamanya kalau anda
baru nak mula cari side income di internet. 

Sebab dalam masa tak sampai sehari pun, anda dah boleh ada satu
bisnes online yang berpotensi.

Dan kalau nak tahu, dah ramai saya lihat usahawan online yang jana
ratusan ribu ringgit dengan model bisnes dropship online je.

Gilakan?
Ini Beberapa Result Saya Sendiri
Yang Saya Sempat Screenshot!
Bukan saya sahaja, student-student saya
pun dapat result hasil dari ilmu yang
bakal saya kongsikan dengan anda!
Amacam?

Terbakar tak?

It's okay. Apa perlu anda buat hanya follow dan


habiskan baca ebook yang saya sediakan ini untuk
anda :)
Apa yang anda akan
belajar dalam panduan ini?
Apakah itu bisnes e-commerce dropshipping?
Kelebihan bisnes model ini?
6 step mudah untuk mula bina bisnes ecommerce
dropshipping anda sendiri.
Kesimpulan & cadangan
Apakah itu
bisnes dropship
e-commerce?
Secara umumnya, bisnes dropship
ini melibatkan tiga pihak:

Penjual (anda)
Pembekal
Pembeli
Senang cerita, bila ada order, supplier anda yang akan
uruskan penghantaran kepada pelanggan anda.

Manakala pembeli hanya akan berurusan dengan penjual


(anda), bukan dengan pembekal.

Pendek kata anda dah kira macam promoter online


untuk produk tersebut.

Boleh faham ke ni?


Kelebihan bisnes model
dropship e-commerce
Modal permulaan yang minima
Kebiasaannya, bila anda nak buat dropship, modal
permulaan sikit je. Sebab anda tak perlu simpan stok
pun.

Sangat sesuai jika anda masih bekerja atau terlalu sibuk


Anda tak perlu risau pasal nak buat produk, nak simpan
stok, dan juga penghantaran tempahan pelanggan.

Boleh buat dimana saja


Anda juga boleh jual pada mana-mana pelanggan
dalam dunia selagi mereka ada akses kepada internet.

Hanya fokus pada aktiviti pemasaran dan jualan sahaja


Sebagai dropshipper online, anda hanya perlu fokus
pada cara untuk cari dan jual produk.
6 Langkah Mudah
Untuk Mulakan Bisnes
Dropship E-commerce
HARI NI PUN BOLEH TERUS MULA!
Step 1 : Tentukan Niche
Niche ni dalam bahasa mudahnya kita boleh
anggap sebagai ‘bidang’, ‘kategori’, atau
‘market’.

Contoh, kalau anda cakap niche baby,


maksudnya anda nak masuk bidang yang serve
market dan produk berkenaan baby. Begitulah
lebih kurang.

Sebab kalau niche yang anda pilih itu tepat,


sangat mudah untuk anda run bisnes anda
nanti.

Sebagai panduan, cadangan saya cari niche


yang anda minat, ada kepakaran, pengalaman,
dan paling penting, ada demand
Step 2 : Cari Produk 'Hot'
Dalam Niche Anda
Selepas anda dah tentukan niche anda, apa
yang perlu anda buat seterusnya adalah cari
produk yang ‘hot’ dan berpotensi dalam niche
tersebut.

Anda boleh cari secara percuma, atau untuk


jimatkan masa, anda boleh gunakan tools
berbayar seperti EcomHunt, Niche Scraper atau
Sales Source

Kalau nak cari secara percuma, anda boleh


browse di dalam marketplace Malaysia seperti
Lazada, Shopee, atau Lelong.

Kebiasaannya, saya akan pilih produk mengikut


jualan terbanyak dalam kategori niche yang
saya pilih..
Step 3 : Cari Supplier
Produk Anda
Jika di Malaysia, anda boleh cari supplier dalam
marketplace terkenal seperti Shopee, Lazada,
Lelong, Kumoten etc.

Cuba berhubung dengan supplier tersebut.


Katakan yang anda berminat untuk jual produk
tersebut sebagai dropshipper.

Jika di pasaran antarabangsa pula, saya lebih


gemar gunakan supplier dari AliExpress.

Senaraikan sekurang-kurangnya tiga pembekal


berbeza dan bina hubungan baik dengan
mereka untuk menjamin kelangsungan bisnes
anda kelak.
Step 4 : Bina Web
E-commerce Anda
Anda perlu website yang direka
khas untuk menjual, dan
mempunyai fungsi pengurusan
jualan online. Website jenis ini
orang panggil web e-commerce.

Bagi anda yang tiada kemahiran


untuk buat web e-commerce,
saya cadangkan anda guna
platform berbayar seperti Shopify.

Dalam masa 30 minit pun anda


boleh siapkan satu web e-
commerce yang professional.
Lengkap dengan sistem
pengurusan jualan dan pemasaran
online.
Step 5 : Promote Kedai
& Produk Anda!
Sekarang dah tiba masa untuk anda ‘tarik’
orang masuk kedai anda.

Anda pelbagai strategi dan taktik


pemasaran yang anda boleh guna secara
online. Tapi sebagai permulaan, saya nak
anda fokus kepada platform pengiklanan
berbayar dari Facebook.

Kenapa Facebook? Sebab kemudahan


pengiklanan dari Facebook sangat efektif
dan mesra pengguna. Dengan pangkalan
data pengguna yang sangat besar, boleh
dikatakan hampir semua jenis manusia ada
disitu.

Dan dari situ, anda boleh paparkan iklan


kepada orang-orang yang anda inginkan
dengan lebih tepat, pantas, dan jika anda
mahir, sangat menguntungkan.
Step 6 : Mudahkan Pelanggan
Untuk Berhubung Dengan
Anda!
Last but not least, pastikan anda sediakan tempat
untuk bakal pelanggan, ataupun pelanggan
berhubung dengan anda.

Saya tengok di Malaysia, kebanyakan pembeli lebih


gemar untuk chat dahulu dengan penjual sebelum
buat keputusan membeli.

Sebenarnya, mereka bukan tak faham atau tak baca


apa yang anda tulis, tapi mereka sebenarnya tak
percaya lagi dengan anda. Oleh sebab itu, anda perlu
mudahkan mereka untuk berhubung dengan anda.

Jika anda buat web e-commerce, anda pastikan ada


fungsi chatting. Jika anda guna Shopify, anda hanya
perlu aktifkan fungsi Messenger dalam store anda.
Mudah bukan?
Amacam?
MINAT TAK NAK BELAJAR LEBIH DETAIL CAMNE NAK
BUAT BISNES DROPSHIP E-COMMERCE DENGAN LEBIH
EFEKTIF DAN MUDAH MENGGUNAKAN CARA SAYA?
Camne Nak Belajar Lebih Detail
Tentang Bisnes Dropship E-commerce?
Mudah saja. Pastikan anda buka SEMUA EMAIL-EMAIL yang bakal saya hantar
dalam beberapa hari ini.

Dalam email tersebut saya akan keep-in-touch dengan anda, dan berikan
pendedahan dan konten berkaitan.

Doa saya adalah supaya anda semua dapat buat side income secara berterusan
melalui bisnes dropship e-commerce dan setelkan semua hutang-hutang anda
dengan cepat.

Kita jumpa lagi dalam email ya?

Assalamualaikum.

Ikhlas,

Hafiz Azman

Anda mungkin juga menyukai