Anda di halaman 1dari 6

Assalamualaikum, dalam ebook ini saya akan bongkarkan rahsia jana extra income

melalui website.

Jika anda dah ada perniagaan tetap atau pekerja tetap, itu sangat bagus. Jangan
tinggalkan. Ebook ini hanya untuk cari extra income lagi.
Untuk process ini, ia dipanggil passive income atau multiple source of income.
Target 1 tahun, bina 2 business online yang baru. Jika anda dah tahu nak bina
website, anda boleh save cost untuk upah orang bina website.

Bina 1 business online lengkap dengan website dan payment gateway.


Jika anda tidak ada product, anda boleh buat digital product anda sendiri. Tidak
perlu susah-susah, lihat apa kepakaran yang ada dalam diri anda.

Contoh: Anda sedang menjual tudung, buat ebook cara menjual tudung.
Contoh tajuk, Jana 5 angka dengan menjual tudung online.
Contoh lain, jika anda pandai jana pendapatan melalui shopee, buat panduan cara
jana pendapatan melalui shopee. Dah banyak anda nampak iklan panduan shopee ni
kan?

Walaupun banyak terjual dipasaran, tidak mengapa. Market di Malaysia masih luas.
Buat sahaja dan jual murah2 sahaja

Jika panduan itu berharga RM50, anda letak iklan sehari RM50. Kalau seorang beli,
dah cover kos iklan, dan product digital ini 100% keuntungan adalah milik anda.

Contoh lagi, jika anda pandai edit gambar menggunakan Canva atau Adobe
Illustration, anda buat video atau ebook dan jual menggunakan website. ‘CARA
BASIC EDIT GAMBAR MENGGUNAKAN A.I’ Contoh tajuk product digital anda. Jangan
pening kalau anda kata banyak ja dekat youtube dan boleh ja google.

Memang banyak tapi ia bergantung cara kita promote product tersebut dan
bagaimana customer tahu kewujudan product kita. Dengan content dalam bahasa
Malaysia, customer lagi mudah faham, insyallah customer akan beli product digital
anda
Waktu PKP, ada seorang founder telah membeli satu product di shopee dan dia
borong dekat semua seller yang jual dia shopee. Selepas itu dia jual kembali product
tersebut dengan harga yang tinggi.
Customer sanggup bayar harga yang sedikit mahal disebabkan product tersebut ship
from Malaysia dan ianya ready stock

Ada founder fashion ni, dia pandai buat website. Dia cari product di shopee dan buat
satu website siap payment gateway, ayat content dalam bahasa inggeris dan jual di
website. Dia dah buat sales melebihi RM20,000 dengan product shopee tersebut.

Lagi best, dia tak beli pun product tersebut. Dia hanya jadi dropship sahaja. Macam
mana nak jadi dropship? Chat dan tanya seller shopee, adakah mereka buka
dropship atau tidak.

Untuk product shopee, saya sarankan anda jangan jual product yang banyak size
seperti fashion. Cari single product sahaja. Single product tapi beberapa warna pun
boleh.
Iklan yang akan dibuat nanti jangan buat iklan yang ada whatsapp, tujuan kita
adalah untuk create multiple source of income dengan tanpa sales team. Ini ibarat
passive income kita. Jika ambil order menggunakan whatsapp, kita tak dapat nak
bukak banyak website nanti.
1) Cari product di shopee
2) Cari nama brand anda atau nama domain anda
3) Check availability nama anda itu dah ada orang pakai di Facebook Page atau
Instagram, dah ada orang register di MyIpo atau tidak
4) Jika nama dah check di Myipo tak ada orang pakai, baru anda beli domain
tersebut.

Untuk check trademark di MyIpo: klik di link ini,


http://www.myipo.gov.my/en/search-trade-marks/

dan klik di IP ONLINE SEARCH. Masukkan nama syarikat atau nama brand di
ruang trademark. kalau tak jumpa maksudnya kena register atau login dahulu
website MyIpo
5) Create Facebook dan Instagram yang baru untuk product tersebut.

Bina 1 website dahulu dan biarkan ia run selama 3-6 bulan. Bila dah sampai 6 bulan.
Maksudnya anda tahu perniagaan tersebut dah boleh bergerak sendiri. Perniagaan
ini tidak perlukan skill yang tinggi, kita sendiri dah lalui process sehingga barang
tersebut berjaya sampai ke tangan pembeli.

Anda boleh ambil pekerja dan pass kan segala tugas website pertama kepada dia.
Selepas itu anda bina website ke 2 dan seterusnya

Konsep perniagaan ini sangat mudah:


Target setahun ada 2 business online, jika dah buat selama 3 tahun? Anda dah ada 6
business online yang auto run

Contoh dari Jutawan Irfan Khairi, beliau buat business A iaitu import Kurma dan
seterus buat business B iaitu Abaya juga dari Arab Saudi. Seterusnya beliau buat
business C iaitu sejadah Go, iaitu sejadah poket yang boleh lipat dan letak dalam
poket.

Kesemua niche business tersebut tidak jauh beza, iaitu product orang muslim. Dari
situ, anda dapat guna kembali kesemua database 3 business ini untuk upsell nanti.

Kelebihan mempunyai banyak business online yang auto run adalah:

1) Jika berlaku seperti peristiwa Covid19 ini lagi, mungkin ada beberapa
perniagaan yang terjejas. Contoh kalau anda ada 6 business online, jika 2
terjejas waktu PKP, anda ada lagi 4 business yang menjana income untuk
anda

2) Business seperti ini tidak perlu buka kedai, anda jalankan perniagaan
dirumah sahaja. Jimat banyak disitu

Saya harap ebook ini dapat membantu anda menjana extra income melalui website

Terima Kasih,
HOMEWEB

Anda mungkin juga menyukai