Anda di halaman 1dari 21

16 RAHSIA

KUASAI BISNES
Hak Cipta © Richworks International Sdn Bhd.

Hak Cipta Terpelihara


© RICHWORKS INTERNATIONAL SDN BHD.

Tiada bahagian penerbitan ini boleh dicipta semula atau diedarkan dalam apa
jua bentuk dan format tanpa kebenaran pihak penulis dan pernerbitan.
Tindakan undang-undang akan diambil.

Segala strategi yang digariskan dalam buku ini mungkin tidak sesuai bagi
sesetengah individu dan tiada jaminan dikeluarkan bagi menghasilkansesuatu
keputusan. Segala nasihat, idea dan cadangan adalah sebagai panduan asas
dan nasihat professional mungkin diperlukan.

Tiada jaminan bahawa kandungan dan maklumat di dalam buku ini adalah
tepat. Penulis dan pihak penerbitan secara khusus tidak bertanggungjawab
tentang apa-apa kerugian dan risiko secaran langsung atau tidak langsung
akibat penggunaan atau aplikasi daripada kandungan buku ini.

Semua kandungan di dalam buku ini adalah benar semasa ianya ditulis dan
merupakan pengalaman penulis semata-mata dan maklumatnya
mungkin berbeza dari semasa ke semasa.
Isi Kandungan
TIPS TAJUK
Buat Secara Part-Time Terlebih
1 Dahulu
2 Yang Anda Mahir, Buat Jer
Belajar Menjual Apa Yang Ada Di
3 Tangan

4 Cari Pelabur, Bukan Pelebur

5 Matlamat Mesti Jelas

6 Tidak Pentingkan Diri Sendiri

7 Ambil Tindakan

8 Jangan Ada Perasaan Takut

9 Bijak Mencari Peluang

10 Berfikiran Jauh Dan Unik

11 Anggap Cabaran Sebagai Kawan

12 Jangan Cepat Mengalah

13 Sentiasa Mendengar
YouTube – Memukau Pelanggan
14 Secara Visual
Facebook – 23 Juta Pelanggan
15 Untuk Anda

16 Instagram Jadi Platform Berniaga


Nak mulakan perniagaan bukanlah satu kerja
yang mudah. Bukan semudah membaca ABC
atau menghafal Alif Ba Ta. Lagi-lagi nak mulakan
perniagaan sambil bekerja separuh masa? Lagilah
memerlukan komitmen dan fokus yang amat tinggi!
Kalau tak memang hancur bisnes dan juga kerja yang
anda sedang hadap sekarang ni.

Kata Dr Azizan Osman, orang yang baru nak


berniaga, dia tak ada ‘awareness’, tak tahu nak
mulakan sesuatu. Orang yang bekerja pula, dia
cuba nak buka bisnes tanpa ‘experience’ dan
banyak habiskan duit yang banyak untuk buka
perniagaan. Memang betul hentam kromo nih. Macam
mana perniagaan nak berjaya kalau main hentam jer?
Buat Secara Part-Time
1 Terlebih Dahulu
Ini cara yang paling mudah dan selamat untuk
anda jalankan bisnes dalam keadaan tak ada duit.
Anda tak perlu berhenti kerja, cuma berikan
tumpuan sepenuhnya untuk bisnes yang nak
dijalankan. Buat sahaja terlebih dahulu secara
‘part-time’. Gunakan gaji yang anda terima setiap
bulan untuk sara hidup, beli keperluan lain dan
perbelanjaan untuk menjayakan idea bisnes anda.

“Bagi anda yang sedang bekerja


sekarang, nasihat saya adalah jangan
berhenti kerja buat bisnes, kalau anda
takde ilmu, sistem, mentor yang betul.
Sebenarnya, anda patut bekerja
dengan apa anda kerja sekarang dan
jadikan peluang bekerja itu untuk
belajar.”

- Dr Azizan Osman -
Apa Yang Anda
2 Mahir, Buat Jer
Fikirkan apa kemahiran peribadi yang anda ada?
Jenis kemahiran yang boleh membantu orang lain
yang memerlukan. Ada banyak kemahiran yang
ada permintaan dalam pasaran. Biasanya ia
berkait rapat dengan aktiviti perkhidmatan dan
bukannya produk fizikal.

Mungkin anda ada kemahiran menguruskan


akaun bisnes. Banyak syarikat kecil yang tak
mampu gajikan pekerja tetap untuk urusan
kemas kini maklumat kewangan bisnes mereka.
Cuba fikirkan satu kemahiran yang dah ada dalam
diri dan fikirkan siapa yang memerlukan
kemahiran itu sekarang. Jika ada, anda boleh
segera mulakan bisnes tersebut.

“Buat pun belum, dah kata tak berjaya.


Korang buat jer dulu, ada usaha, kalau
tuhan izinkan, korang akan berjaya.
Jangan asyik salah orang lain asbab
kita yang tak berjaya ni”

- Dr Azizan Osman -
Belajar Menjual Apa
3 Yang Ada Di Tangan
Cuba lihat sekeliling rumah, barang-barang yang
masih boleh digunakan tapi anda dah tak perlu.
Kumpulkan semua barang tersebut atau anda
boleh war-warkan pada semua kawan, jiran dan
satu kampung anda sanggup pergi kutip semua
barangan yang mereka tak perlukan dan nak
buang.

Ambil semua barang tersebut dan mula cari


pelanggan yang sanggup membelinya. Untuk
pastikan lepas ini orang akan cari anda setiap kali
ada barang yang nak dibuang, berikan sedikit
ganjaran pada pemilik asalnya setelah barangnya
berjaya dijual.

“Fokus pada satu produk, guna apa


yang ada di tangan, buat sehabis baik,
buat 10X ganda, 100X ganda,
maksimumkan resources.”

- Dr Azizan Osman -
Cari Pelabur,
4 Bukan Pelebur
Cari pelabur. Pastikan mereka sanggup melabur
untuk idea bisnes anda itu. Buat persediaan yang
mantap untuk persembahkan idea bisnes anda
sampai mereka rasa rugi kalau tak melabur.
5 Matlamat Mesti Jelas
Apakah matlamat yang anda hendak capai untuk
sepanjang hari ini? Tentukan dan sediakan
perancangan untuk memastikan setiap kerja ada
proses yang tepat perlu dilakukan.

Selain itu, letakkan jangka waktu yang


membolehkan anda fokus terhadap
perkara-perkara rutin yang lain juga.

“Matlamat akan capai bila kita


start tulis besar-besar apa yang
kita nak capai dan letakkan di
tempat senang nampak’’

- Dr Azizan Osman -
Tidak Pentingkan
6 Diri Sendiri
Anda pentingkan kesempurnaan? Ia adalah ciri
yang bagus, tetapi tidak semua tugas
memerlukan anda mengerahkan kemampuan
anda semaksimum mungkin. Ada tugasan yang
perlukan ketelitian dan ada tugasan yang mudah
serta ringkas untuk dilaksanakan.

"Dengan bersedekah, kita


sedang mensucikan kolam jiwa
dari sifat ‘ananiyah’ atau bahasa
mudahnya, pentingkan diri
sendiri."

- Dr Azizan Osman -
7 Ambil Tindakan
Seorang usahawan harus mempunyai mentaliti
yang sentiasa mengambil tindakan dengan
keadaan di sekelilingnya. Cuba bayangkan
sekiranya anda sebagai usahawan mempunyai
mentaliti yang malas dan tak mampu untuk
mengambil tindakan dengan apa jua perkara yang
akan anda lakukan. Adakah anda rasa bisnes
anda akan berkembang? Mungkin anda antara
usahawan yang akan gulung tikar terlebih dahulu
berbanding dengan usahawan-usahawan lain.

“Impian boleh dicapai jika anda


tulis dan baca setiap hari. Tapi
setakat tulis dan baca tak guna
jugak. Perlu selari dengan
tindakan.”

- Dr Azizan Osman -
Jangan Ada
8 Perasaan Takut
Bukan takut nak ambil tindakan, tapi anda takut
untuk tidak mengambil tindakan dan tak buat
apa-apa dengan bisnes. Ramai usahawan
bercita-cita tinggi tapi masih takut-takut untuk
bergerak ke hadapan. Ada usahawan yang tak
‘takut mati’ dan tak takutkan kegagalan. Malah
mereka sanggup lakukan apa saja untuk berjaya.
Jika anda merasa tidak selamat, gunakan emosi
itu untuk memandu anda untuk mencapai
matlamat bisnes anda.

“Jangan takut kepada


kegagalan. Pelajari dari
kegagalan tersebut dan
gunakannya sebagai proses
kejayaan anda. Kegagalan itu
adalah kejayaan.”

- Dr Azizan Osman -
9 Bijak Mencari Peluang
Usahawan harus bijak mencari peluang untuk
mengembangkan lagi perniagaan yang
diusahakan. Perniagaan yang mempunyai
masalah besar sebenarnya ia menunjukkan
mereka mencari peluang untuk memperbaiki diri
dan operasi syarikat.

“Bila ada problem, dia stuck dengan


problem, dia fokus problem itu je.
Dia tidak melihat, kalau problem ni
aku boleh solve, apa benda yang aku
boleh capai, apa benda lain yang
aku boleh buat.

So, cara saya fikir dan saya diajar


adalah untuk setiap masalah adalah
peluang.”

- Dr Azizan Osman -
Berfikiran Jauh
10 Dan Unik
Usahawan yang unik dan berinovasi, sanggup
mengambil risiko dan menghasilkan idea-idea
baru untuk mencipta penyelesaian masalah masa
hadapan. Mereka juga mampu membantu
organisasi yang telah matang dan menubuhkan
pertubuhan-pertubuhan baru dalam mengambil
peluang yang ada.

“Keep moving forward.


Trust the process”

- Dr Azizan Osman -
Anggap Cabaran
11 Sebagai Kawan
Jika tiada cabaran, bagaimana anda nak belajar?
Sekiranya anda ada satu produk tapi menerima
banyak kritikan daripada pelanggan anda
berkenaan dengan produk yang anda keluarkan
itu, pasti peluang anda untuk mengembangkan
syarikat tipis disebabkan oleh kerana pelanggan
tak suka akan produk anda, tetapi, apa yang anda
harus lakukan? Adakah anda hanya menerima
kritikan itu sebagai pematah semangat anda?
Anda perlu bersedia dan anggap cabaran ini yang
membantu anda untuk memperbaiki lagi
perniagaan anda di masa hadapan.

“Nak berjaya tuan-tuan dan


puan-puan, dia punya keperitan tu
banyak, pengorbanan yang nak
diberi, sebab you nak dapat benda
you tak pernah nak dapat. Mestilah
you kena buat benda yang you tak
pernah buat, kalau tak you takkan
berada di level lain”

- Dr Azizan Osman -
12 Jangan Cepat Mengalah
Jatuh bangun dalam bisnes adalah normal. Jadi
anda jangan cepat mengalah, malah jadikan ia
sebagai salah satu pembakar semangat untuk
kembali membina bisnes yang baik.

“Kita boleh pilih nak mengalah


dengan tekanan atau nak give
up atau kita boleh cepat-cepat
bangun, dan berusaha lebih
baik.”

- Dr Azizan Osman -
13 Sentiasa Mendengar
Pelakon Jessica Alba, pengasas dan presiden
Santa Monica, Calif – The Honest Company, yang
menjual produk bayi, rumah dan penjagaan diri,
menyatakan bahawa pentingnya seseorang
usahawan itu untuk berada dalam kalangan orang
yang lebih pintar dari anda untuk mendengar idea
dari mereka. Kerana baginya, kejayaan itu
bermula dari komunikasi, kerjasama dan
kadang-kadang kegagalan itu yang akan
merubah bisnes menjadi yang terbaik.
YouTube – Memukau
14 Pelanggan Secara Visual
Satu kaedah turun temurun, tetapi yang pasti
masih lagi relevan sehingga kini. Ambil contoh,
dalam seminggu berapa kali anda tonton video
YouTube? Dalam sehari berapa kali? Dan jangan
lupa, penggunaan smartphone dan komputer
ringan seperti iPad, serta tablet lain.

Semua ini mempunyai akses terus kepada


YouTube. Sekaligus ini adalah faktor YouTube
mendapat paparan yang tinggi setiap masa.
Menurut buku Social Nomics, terdapat hampir 3
bilion video dimuat naik setiap hari. Ini
menunjukkan permintaan amat tinggi di dalam
YouTube terutamanya dalam perkara ‘how-to’.
Facebook – 23 Juta
15 Pelanggan Untuk Anda
Di Malaysia terdapat hampir 23 juta pengguna
Facebook daripada 28.7 juta pengguna Internet
seluruh Malaysia. Kekuatan utama Facebook ialah
mempunyai demografik dan psikografik yang
lengkap. Demografik bermaksud anda tahu di
mana lokasi mereka pada asasnya. Sekaligus ini
membolehkan anda tahu di mana kumpulan
sasaran anda berada. Di Facebook, anda boleh
masukkan video-video yang telah anda buat di
Youtube, dan biasanya video yang mendidik,
memberi inspirasi, kelakar atau pelik akan
dikongsikan. Jadi jenama anda lebih viral
(merebak) kepada bakal pelanggan baru.
Instagram Jadi
16 Platform Berniaga
Instagram tidak terlalu sukar seperti di platform
media sosial yang lain. Ia hanya memerlukan
ulasan daripada kalangan rakan kita, artis,
ataupun ‘instafamous’ terhadap produk yang kita
pasarkan.

Malah kini Instagram telah menyediakan


pemasaran berbayar iaitu IG sponsored dan cara
penggunaannya juga tidak terlalu sukar.

Instagram juga adalah platform media sosial yang


menggunakan kos yang rendah berbanding
media sosial yang lain. Selain itu, ia juga boleh
mendapatkan pembeli yang berpotensi tinggi
dengan kos sifar jika tahu caranya yang betul.
Semoga dengan adanya E-book ini dapat
membantu sedikit sebanyak untuk anda yang
bekerja untuk memulakan bisnes. Ikut je tips ini,
kalau tak boleh ikut semua, ambil satu tips dan
fokus serta bertindak dan lakukan
berganda-ganda kali sehingga dapat hasilkan
result.

Anda mungkin juga menyukai