Anda di halaman 1dari 126

Teknik Split Testing Cara

Anda dapat ebook ni tanpa beli di


www.boldrare.com?
Kami haramkan untuk anda.
Selamat menimba ilmu yang tidak berkat.
Semoga anda kaya dan berjaya!
Objektif.
Ebook ini dibuat dalam format yang sangat mudah difahami dan
straightforward. Ianya lebih kepada praktikal dan bukan teori semata-mata.

Objektif ebook ini adalah untuk:

1. Pastikan anda tak lagi main hentam saja siapa target market anda.

2. Pastikan anda dapat tahu di mana silapnya iklan FB anda.

3. Pastikan anda dapat target mereka yang benar-benar laparkan


penyelesaian yang produk anda cuba tawarkan.

4. Pastikan anda dapat optimasikan iklan supaya kos lebih rendah dan
respon serta sales lebih tinggi.

5. Pastikan anda faham flow jualan yang sebenar dan tidak bakar duit
tanpa ada arah tuju yang jelas.

Dalam bahasa mudahnya, kita nak minimakan KOS dan maksimakan


UNTUNG melalui FB Ads yang berkesan dan tidak main tembak saja,
kemudian salahkan Mark Zuckerberg dan Najib.
FB Ads bukan
Pertamanya, rezeki memang datang dari Allah swt semata-mata.

Tapi kita kena ingat yang Allah swt juga nak kita buat sesuatu berdasarkan
ilmu.

FB Ads bukan seperti berjudi.


FB Ads bukan semata-mata tentang algorithm.
FB Ads bukan pasal teknikal saja.

Ramai buat FB Ads dengan hanya hentam setiap masa dan bergantung
harap pada nasib.

Ramai juga sentiasa anggap FB Ads ni lebih kepada algorithm semata-


mata, seolah apa yang menentukan kejayaan iklan kita berdasarkan sistem
FB saja.

Ramai yang sentiasa cari teknik-teknik rahsia dan anggap FB Ads adalah
tentang teknikal.
INGAT! FB Ads adalah platform yang didiami oleh manusia yang punya
emosi, personaliti, keinginan dan keperluan yang berbeza-beza.

Terlalu banyak faktor yang mempengaruhi tahap kejayaan FB Ads anda dan
ebook ini akan mengajar anda untuk mencari apakah faktor-faktor itu.
Setiap orang itu berbeza.
Setiap orang yang pernah buat FB Ads berbeza masalahnya. Kenapa?

Sebab produk kita juga berbeza, baik dari segi fungsi, USP, design ataupun
bahan-bahannya.

Fungsi sama tapi design produk berbeza, mungkin satunya akan nampak
sangat menarik pada mata golongan muda tapi satu lagi lebih menarik
perhatian orang berumur.

Sebab tu jika anda buat iklan FB Ads hanya ikut setting sifu-sifu, memang
akan ke laut.

Pada ketika golongan pelajar universiti baru mula semester dan tengah kaya
dengan PTPTN, kawan anda buat iklan masa tu guna setting dia, mungkin
dia akan dapat respon gila-gila.

Tapi setting yang sama anda gunakan pada masa hujung semester
mungkin tidak akan sama responnya seperti rakan anda.

Nampak? Sehingga masa juga boleh menjadi faktor.


Fahamkan, FB Ads bukan tentang mencari setting terbaik, tapi ia tentang
adaptasikan iklan dengan keadaan semasa.

Kita perlu jadi sesumpah.


Ya, sesumpah.
Berhenti aku rasa.
Untuk berjaya dalam FB Ads, tolong berhenti buat andaian sendiri.

Berhenti dengar cakap kawan.


Berhenti dengar cakap sifu.
Bahkan berhenti dengar naluri hati kita sendiri.

FB Ads hanya membenarkan andaian pada awal kita ingin buat iklan.

Kita bermula dengan satu andaian berdasarkan pengalaman kita atau


pengalaman sifu kita, tapi kita tidak berpegang pada andaian itu selamanya.

Kita akan cuba sendiri, kita split test. Satu perkataan yang kerap kita dengar
tapi boleh kira dengan jari orang yang benar-benar split test ni.

Split test akan jadi boring bila anda tak pandai cara yang betul.

Tapi akan jadi perkara yang sangat menggembirakan bila anda dah tahu
caranya.
Split test yang betul akan buat anda sentiasa ada panduan dari pasaran itu
sendiri, bukan daripada naluri mahupun kata-kata kawan.
Prospek Bukan Haiwan.
Sungguh, mereka bukan haiwan yang anda boleh umpan sama seperti anda
baling dedak kepada ayam.

Selagi mana anda fikir dengan sekali anda iklan, buat ayat umpan yang hype
meleleh-leleh mampu buat mereka terus beli, selagi tu anda akan kecewa.

Manusia adalah makhluk yang sangat kompleks, satu-satu keputusan untuk


membeli tu tak datang dengan hanya nampak iklan hype anda sekali.

Berhenti melayan FB Ads seperti cuba mengumpan seekor lembu dengan


rumput.

Prospek ini perlu melalui satu fasa yang rumit hanya untuk membeli.

Selagi anda anggap prospek itu mudah dijangka sifatnya, anda akan ambil
ringan dengan banyak faktor-faktor lain yang jauh lebih penting dari sekadar
ayat hype.

Sebab tu ramai tak suka split test.


Mereka buat SATU iklan dalam SATU ad set dalam SATU kempen dan harap
umpan mereka mengena dan jadi kaya dalam masa sebulan.

Iklan tak jadi, mereka DELETE kempen lama, tak ambil pengajaran langsung
dari duit yang dah mereka bakar tu, dan mulakan kempen baru. Yang juga
hanya hentam dan cuba-cuba.

Kitaran ni akan berulang-ulang sampai modal habis, lalu dia salahkan


ekonomi negara jatuh merundum adalah sebab kenapa iklan yang dia
hentam tu tak untung.

Sounds familiar?
Anda Bukan Jack Ma.
Anda tiada duit berbillion seperti Jack Ma mahupun Ros Ma.

Jadi berhenti berlagak seperti duit anda berlori-lori dengan buat iklan yang
sangat tak logik.

Contoh, anda ada bajet RM500, anda cuba buat iklan yang target 1,200,000
orang. Apa akan jadi pada iklan ni?

Dapat lah beberapa ribu orang yang nampak iklan anda SEKALI seorang.

Si Aminah nampak sekali iklan anda sipi-sipi time dia tengah syok tengok
video kambing menari.

Si Normala nampak juga iklan time dia tengah layan gossip Nora Danish.

Dan ada beribu lagi yang sama seperti si Aminah dan Normala ni. Di mana
logik nya anda nak harapkan sales beratus unit dari iklan tadi tu?

Iklan yang terbaik adalah gunakan RM500 yang digunakan hanya untuk
katakan 300 orang yang berkualiti. Dimana setiap 300 orang yang laparkan
penyelesaian anda tu dapat lihat pelbagai jenis iklan anda katakan sebanyak
10 kali selama 2 3 minggu.

Baru lah ada logiknya yang dari 300 orang itu, mungkin akan terhasil
berpuluh dan mencecah seratus sales yang ROI nya pun berganda-ganda.

Okay, kami dah habis membebel. Jom teruskan ke tutorial langkah demi
langkah.
Bab 1 Buat Fake Blog.
Apa itu Fake blog?

Dalam bahasa mudahnya, blog yang bukanlah blog sangat. Jika blog biasa
ada banyak posts, blog ini hanya nampak seperti blog tapi hanya ada satu
post.

Apa tujuan buat Fake blog?

Pengguna FB biasanya jadi imun pada iklan berkenaan produk. Tapi jika
ianya perkongsian post dari blog, majoriti akan lebih selesa untuk klik dan
baca.

Situasi A:

Anda sedang scroll FB, keluar iklan tentang produk, dengan ayat iklan hype
dan panjang. Semua ke arah suruh kita BELI, BELI dan BELI.

Majoriti akan rasa kurang minat nak klik dan baca di website jika ianya
semata-mata produk dan nak menjual. CTR akan rendah, iklan jadi mahal.
Situasi B:

Anda sedang scroll FB, keluar sponsored post tapi ianya seperti di bawah :
Post ini adalah post yang kami sendiri buat. Ianya dari fake blog kami.
Tiada langsung ayat dalam iklan yang menunjukkan kami nak menjual
sesuatu.

Ianya hanya petua dari sebuah blog. Hasilnya? CTR tinggi, CPC lebih rendah,
CPA lebih rendah.

Orang tidak rasa dipaksa untuk klik tapi ianya reaksi normal untuk klik bila
nampak perkongsian seperti petua-petua dari blog.

Itulah dia apa yang kami gelar sebagai fake blog.

KENAPA PERLU TARIK PROSPEK KE DALAM FAKE BLOG?

1. Anda boleh lihat, dalam post itu kami kongsikan petua untuk hilangkan
JERAGAT.
2. Saat ini memang kami sedang menjual produk hilangkan JERAGAT.
3. Iklan ni dibuat bagi MENAPIS prospek yang berkualiti dari beratus ribu
prospek yang tiada masalah jeragat.
4. Hanya mereka yang ada masalah ini akan terdorong untuk klik ke
website untuk baca tentang petua hilangkan jeragat.
5. Bila mereka ni klik masuk, kami telahpun pasang Facebook Pixel untuk
track mereka.

*Bagi yang tak tahu, track tu maksudnya kita boleh tahu si Ali ni masuk blog
kita dan kita boleh iklankan balik lepas ni pada si Ali.

TUJUAN UTAMA : Untuk MENAPIS prospek yang betul-betul ada masalah ni


dan sedang mencari penyelesaian.

TUJUAN MENAPIS DENGAN BLOG DAN BUKAN IKLAN PRODUK TERUS?


Supaya kita tidak hilang prospek yang sebenarnya ada masalah tersebut
tapi tidak suka klik pada iklan yang menjual. Hasilnya, kita dapat tapis
dengan berkesan.

ADAKAH DALAM BLOG DILETAKKAN IKLAN PRODUK?


Tidak sama sekali. Blog itu dibuat hanya untuk perkongsian petua yang
betul saja. Kami taknak mereka fikir blog ini juga dibuat hanya untuk
menjual dan berselindung disebalik istilah petua.

Kita tak mahukan persepsi begitu.


PROSPEK TIDAK TAHU MEREKA DI TRACK DAN MEREKA TIDAK TAHU
PUN BLOG ITU DIBUAT OLEH PENIAGA YANG MENJUAL PRODUK
HILANGKAN JERAGAT.

Apa bezanya bila anda buat begini dengan anda iklankan membuta tuli?

Ramai yang buat iklan dan target ikut rasa sedap hati saja dan terus
menerus ikut naluri tanpa tengok data yang masuk.

Mereka ada bajet RM1000, tapi dihabiskan untuk iklan kepada 2,000,000
orang kononnya. Yang akhirnya bajet habis tapi hanya sekumpulan kecil
prospek yang dapat tengok iklan SEKALI saja dan mereka terus terlupa.

Dengan cara tapis seperti ini, kita TEKA dan buat andaian di awal tu saja.
Sambil tu kita akan buat SPLIT TEST dan tengok data yang masuk,
kemudian kita buat analisis.

Dari data tu, baru kita tahu siapa sebenarnya prospek terbaik kita.
Bagaimana nak lihat data dan analisis hasil SPLIT TEST ni akan kami
ajarkan dalam bab seterusnya.
KAMI RUMUSKAN FLOW ITU DI BAWAH:

1. Kami buat andaian yang logik dan cuba target prospek dengan
andaian.
2. Kami buat SPLIT TEST, pelawat masuk dalam blog, kami dapat data
yang berkualiti dan pada masa sama kami dapat track prospek yang
berkualiti.
3. Hasil dari analisis SPLIT TEST, kami akan tune balik iklan untuk tarik
prospek ke blog tadi agar lebih efektif berdasarkan hasil analisis.
4. Pada masa yang sama, kami habiskan sebahagian besar bajet kami
untuk iklankan kembali pada prospek yang berkualiti ni saja lepas tu.
5. Setiap prospek berkualiti ni akan dapat lihat pelbagai iklan kita
berulang-ulang kali.
6. Dari situ potensi untuk menukar mereka menjadi pembeli adalah
sangat tinggi berbanding cara yang membuta tuli tadi.

Jadi ada DUA jenis iklan yang kita buat:

1. Iklan tarik prospek ke fake blog Iklan ni kita akan tune dari semasa
ke semasa berdasarkan hasil dari SPLIT TEST.
2. Iklan untuk target prospek berkualiti yang dah kita track di blog Iklan
ni kita buat beberapa kempen agar prospek sama dapat lihat banyak
jenis iklan dari kita sampai mereka rasa nak beli.

LANGKAH DEMI LANGKAH UNTUK BUAT FAKE BLOG.

Jom ikut tutorial yang dah kami sediakan ni. Kita akan buat satu Fake Blog
untuk anda gunakan. Ini contoh fake blog - http://blogpetuaterbaik.blogspot.my/

Langkah 1: Sila ke www.blogger.com


- Kita gunakan Blogger sebab senang dah free.
Langkah 2 : Sila pilih akaun Google anda. Jika masih tiada, sila buat dulu.
Langkah 3 : Sila login akaun Google anda.
Langkah 4 : Title boleh letak nama Blog anda dan isikan juga Address.

Pastikan pilih Dynamic Views. Nak buat blog pasal apa?

- Pastikan blog anda sesuatu yang berkongsi tips atau petua atau
apa saja yang boleh bantu selesaikan masalah yang produk anda
cuba selesaikan.
- Jika dalam contoh ni, kami buat untuk produk Jeragat, kami buat
blog yang general iaitu berkaitan petua terbaik.
Langkah 5 : Klik pada Layout.
Langkah 6 : Lihat pada bahagian kanan, klik pada edit seperti di bawah.

Langkah 7 : Klik Remove.


Langkah 8 : Ulang proses sama untuk yang bawah ni pula. Edit dan delete.
Langkah 9 : Sekarang kita akan edit untuk bahagian yang satu lagi iaitu Blog
Posts seperti di bawah.
Langkah 10 : Sekarang ubah ikut yang dah dibulatkan seperti gambar belah
kanan.
Langkah 11 : Klik pada Layout.
Langkah 12 : Sekarang klik pada Background.
Langkah 13 : Di bahagian ni sebenarnya kita nak tukar theme warna blog
supaya nampak cantik sikit. Anda pilih lah mana-mana warna yang anda
suka.

Langkah 14 : Sekarang klik di bahagian Layout, pilih seperti di bawah.


Langkah 15 : Klik Apply to Blog.

Langkah 16 : Klik New Post.


Langkah 17 : Inilah bahagian content yang kita nak letak dalam blog kita.
Dalam contoh ni, kami jual produk hilangkan Jeragat.

Jadi saya nak tarik mereka yang berkemungkinan besar ada masalah ni.
Sebab tu kami buat post bertajuk PETUA HILANGKAN JERAGAT DENGAN
HABBATUS SAUDA

Kenapa Habbatus Sauda?

Kerana itulah antara bahan utama dalam produk hilangkan jeragat kami. Ini
ibarat memberikan gambaran awal kepada prospek, tanpa mereka sedar,
yang Habbatus Sauda mampu bantu hilangkan jeragat.
Kata kunci di sini adalah Berkongsi penyelesaian kepada MASALAH yang
produk anda cuba selesaikan di mana PENYELESAIAN itu pastikan yang ada
kaitan dengan produk anda.

Syarat utama dalam blog ini adalah jangan ada selitkan apa-apa tentang
produk ataupun promosi, walaupun hanya sekadar nama produk.

Klik PUBLISH apabila telah selesai.

Langkah 18 : Sekarang anda boleh klik View Blog untuk lihat hasil blog yang
dah anda buat. Mudah kan?
Bawah ini adalah contoh yang kami dah buat tadi :
Langkah 19 : Siap! Sekarang anda boleh pergi ke depan cermin dan kata
You are the best!.

Anda dah pun siapkan fake blog yang pertama. Dalam tutorial lepas ni
kami akan ajarkan bagaimana nak setting Google Analytics dalam blog ini.
Bab 2 Set up Google
Analytics pada Fake Blog.
Apa itu Google Analytics?
Tujuan kita setup Google Analytics ni hanya satu iaitu kita nak tahu ada tak
pelawat yang masuk dalam blog kita.

Sebabnya kita boleh lihat Live Traffic, jadi syok sikit bila kita tahu di satu-
satu masa tu, ada berapa ramai yang masuk.

Ya, guna Facebook Pixel pun boleh track tapi biasanya ada ketika agak
lambat update di FB. Jadi kita guna Google Analytics juga.

Langkah 1 : Masuk ke https://analytics.google.com


Langkah 2 : Lengkapkan borang di bawah.
Langkah 3 : Klik I Accept.
Langkah 4 : Copy nombor Tracking ID anda.
Langkah 5 : Masuk kembali ke laman Blog anda tadi dan klik Settings.
Langkah 6 : Klik Other.
Langkah 7 : Paste Tracking ID tadi di bahagian bawah page Other.

Langkah 8 : Klik Save Settings.


Langkah 9 : Selesai! Anda perlu tunggu sejam dua sebelum Google
Analytics ni berfungsi. Sekarang abaikan dulu bahagian ini, kita ke langkah
seterusnya iaitu buat FB Page yang khas untuk kita gunakan bagi tujuan
tarik prospek ke fake blog kita.
Bab 3 Set up FB Page khas.
Kenapa perlu setup FB Page khas?
Sebab kita nak gunakan page tu untuk kita iklankan blog kita tadi di
Facebook.

Kenapa tak guna FB Page produk kita?


Sebab kita nak pastikan prospek tak rasa kita nak menjual dan pastikan ia
benar-benar nampak macam post perkongsian yang tidak menjual.

Page yang bagaimana kita nak buat?


Lihat tutorial di bawah.
Langkah 1 : Sila ke https://www.facebook.com/pages/create/

Langkah 2 : Pilih Website dan letak nama yang nampak real seperti Blog.
Langkah 3 : Masukkan ayat yang sesuai untuk terangkan page kepada Blog
anda ini.

Masukkan sekali alamat blog anda. Nak skip pun boleh, bahagian ini tak
berapa penting.
Langkah 4 : Masukkan gambar yang sesuai.
Langkah 5 : Skip saja bahagian ni.
Langkah 6 : Masukkan gambar Timeline Cover yang sesuai.

Dah siap. Sampai sini saja anda perlu setting. Tak perlu buat apa-apa post
lagi. Kita hanya nak gunakan page ni untuk buat iklan di Platform
seterusnya.

Jom kita ke bahagian seterusnya di mana kami akan ajarkan untuk setting
Facebook Pixel dalam fake blog anda.
Bab 4 Set up FB Pixels.
Apa itu FB Pixels?
Ni adalah kod yang perlu kita masukkan dalam blog kita untuk kita track
pelawat yang masuk blog kita.

Dalam bahasa mudahnya, orang masuk dalam blog kita, kita boleh iklankan
balik iklan-iklan seterusnya pada mereka ini saja.

Mereka inilah prospek paling berkualiti yang kita nak, jadi kita track dengan
FB Pixels.
Langkah 1 : Masukkan dalam Ads Manager anda. Klik Pixels.

Langkah 2 : Klik pada View Pixel Code.


Langkah 3 : Copy kod Pixel anda.
Langkah 4 : Sekarang masuk link ini -
http://www.blogcrowds.com/resources/parse_html.php

Kemudian paste kod tadi dalam ruangan di bawah dan klik Parse.
Langkah 5 : Copy balik kod yang baru ni.
Langkah 6 : Masuk balik di bahagian Blog anda tadi. Klik Template.
Langkah 7 : Klik pada Edit HTML.
Langkah 8 : Di bahagian kod ini, cari </head> seperti di bawah.

Langkah 9 : Klik di sebelum </head> dan Enter agar ada ruang seperti di
bawah.
Langkah 10 : Paste kod kita copy tadi kat situ.

Langkah 11 : Klik Save Template.


Langkah 12 : Sekarang sila guna browser Google Chrome dan klik link ini :
https://chrome.google.com/webstore/detail/facebook-pixel-
helper/fdgfkebogiimcoedlicjlajpkdmockpc?hl=en

Ini adalah satu plugin yang kita boleh guna nak tengok sama ada betul tak
kita dah setting FB Pixels tadi. Sebab kalau tersilap, FB tak track dan buat
rugi kita saja iklankan tapi FB tak track.

Sebab tu kita perlu semak terlebih dahulu.


Langkah 13 : Sekarang anda masuk blog anda. Taip alamat blog anda di
browser Google Chrome.

Lepas dah siap loading, dah masuk blog anda, anda lihat icon seperti di
bawah. Sekiranya ianya hijau tandanya anda telah install FB Pixels dengan
jayanya.

Jika ada error, sila mulakan semula tutorial setup FB Pixels ini, mesti anda
ada tersilap di mana-mana.

Yes! Selesai lagi satu bahagian. Kini FB dah pun track blog anda. Bermakna
sesiapa yang masuk blog anda, kita dapat track mereka dan iklankan
semula pada mereka di Facebook.

Kita akan teruskan ke tutorial seterusnya dimana kami akan ajarkan


bagaimana nak Split Testing cara mudah dan terbaik dari ladang gandum!
Bab 5 Set up Adespresso.
Apa itu Adespresso?
Ini adalah platform yang paling best, paling mudah, paling cool dan
segalanya paling untuk anda Split Testing!

Kenapa ianya mudah?


Katakan anda nak Split Testing umur audience iklan anda.

Anda nak test, range umur berapa yang paling memerlukan produk anda.
Jadi anda kena buat iklan yang berbeza untuk setiap umur.

Contoh:
Iklan 1 Umur 20
Iklan 2 Umur 21
Iklan 3 Umur 22
Sampai Iklan XX Umur 50.

Dah berapa puluh iklan anda kena buat satu-satu?


Itu kalau anda nak test umur saja. Bagaimana kalau nak lagi details Umur vs
Negeri?

Pahang Umur 20
Pahang Umur 21
Pahang Umur 22
Sampai Pahang Umur 50

Kedah Umur 20
Kedah Umur 21
Sampai Kedah Umur 50

Buat semua iklan sampai habis negeri di Malaysia. Berapa ratus iklan anda
kena buat?

Dan soalan paling logik, lepas buat beratus iklan, bagaimana anda nak
analisis data iklan anda? Confirm akan huru hara, anda hanya buat kerja sia-
sia.

Apa fungsi Adepresso dalam hal Split Testing ni?

Kami rumuskan dalam satu ayat mudah semua yang kami ceritakan di
atas, anda boleh buat dengan beberapa klik dalam beberapa minit!
Ya, buat beratus iklan untuk split testing dalam masa beberapa minit saja,
tidak perlu buat manual satu-satu.

Dan yang paling best, anda akan dapat analisis data dari beratus iklan tu
dengan mudah.

1. Anda buat iklan dari dalam platform Adespresso.


2. Anda analisis data dari dalam platform Adespresso.
3. Anda ubah dan perbaiki iklan dari dalam platform Adespresso.

Kami akan ajarkan cara mudah nak buat Split Testing terbaik dari dalam
Adespresso ini.

Anda pasti akan teruja! Jom kita teruskan tutorial ini.


Langkah 1 : Sila masuk ke www.adespresso.com dan klik seperti di bawah.
Langkah 2 : Sila lengkapkan borang dan klik button seperti di bawah.
Langkah 3 : Skip saja bahagian ini.

Langkah 4 : Klik Add Facebook Account.


Langkah 5 : Klik seperti button di bawah.

Langkah 6 : Klik OK dan kemudian sila pilih akaun Ads anda.


Langkah 7 : Pastikan anda sampai ke bahagian ini. Di New Campaign.
Lengkapkan Campaign Name, Pilih akaun Ads anda dan pilih External
Website. Kemudian Proceed.
Langkah 8 : Di bahagian Ads Design,

Ad Format Normal

Page Pilih page yang dah kita buat sebelum ni.

Headlines Letakkan headline yang melambangkan ini hanya perkongsian,


tiada ayat yang terlalu hype.

Ad Texts Letak juga ayat yang menarik untuk orang baca dan klik ke blog
kita tapi pastikan tidak terlalu hype sehingga nampak tidak selamat dan
seperti sebuah blog scam.

Image/Video Sila upload gambar yang juga nampak selamat dan menarik
untuk orang klik.

Kata kunci di bahagian ini adalah SELAMAT. Jangan sesekali buat seperti ini
blog yang tidak selamat untuk di klik.
Contoh seperti di bawah:
URLs Letakkan URL blog anda.

Display link Letakkan URL dan juga nama blog seperti dalam contoh di
bawah.

Link Description Buat ayat yang menarik untuk orang klik tapi seperti tadi,
pastikan ianya nampak dipercayai dan selamat.

Call To Action Pilih Learn More.


Pilih Mobile Feed saja dulu buat masa ni.
Di bahagian Goal Tracking, sila tick seperti di bawah. Kemudian letakkan

Source Facebook
Medium FB Ads
Name Letak nama kempen iklan anda.
Contoh Klik pada Insert Placeholder dan pilih age, country, placement dan
gender.

Kenapa kena letak ni? Ini sebenarnya nak bagi data ke Google Analytics kita,
supaya kita tahu dengan jelas dari kempen iklan mana trafik yang masuk tu.
Kemudian klik PROCEED.
Langkah 9 : Di bahagian Audience Location, letak semua negeri di
Malaysia dan Exclude kan negara Indonesia dan Thailand.
Di bahagian Languages, anda boleh letak Malay dan English (All).

Di bahagian Gender, anda boleh pilih ikut produk anda, jika ianya lebih
kepada lelaki dan wanita, pilih saja All.

Untuk Age, set kan range umur yang anda nak test.
Di bahagian ini anda boleh abaikan dulu buat masa ni.
Di bahagian Interest, anda boleh letak ataupun boleh abaikan dulu. Abaikan
Custom Audiences dan Mobile Devices.

Klik Proceed.
PENTING!
Anda kena faham, apa yang anda isikan di bahagian Audience ini, tidak perlu
100% betul pun.

Seperti yang kami ada kongsikan sebelum ni, di peringkat awal ini kita buat
andaian berdasarkan pengalaman dan pengetahuan kita dulu.

Jadi tak semestinya anda ikut apa yang kami tunjukkan di atas ni, ini hanya
test awal. Anda boleh letak apa saja dan semua yang anda letak tu boleh
kita Split Test kan.

Contoh jika anda nak abaikan umur dulu, letak saja satu range umur, tidak
perlu bahagikan umur kepada banyak peringkat.

Anda boleh letak Interest apa saja yang anda nak dan apa saja bahagian lain
semua anda boleh set kan ikut apa yang anda nak test.

Pokoknya, setiap yang dipilih tu, boleh anda Split Test kan dalam
Adespresso. Sama seperti di bahagian Ads Design, anda boleh saja letak
banyak headlines untuk anda test, letak banyak gambar dan semua
bahagian yang boleh letak banyak, anda boleh test semua. Tapi untuk
permulaan, kami sarankan buat seperti yang diajar dulu hanya untuk anda
fahamkan flow untuk Split Testing dalam Adespresso ni.
Langkah 10 : Di bahagian ini, anda boleh pilih anda nak Split Test yang
mana. Contoh, jika anda pilih Locations, Adespresso akan auto buatkan
berpuluh ads yang mana setiap negeri ada satu ads.

Jika anda pilih Locations dan Age, Adespresso akan buat semua ads seperti
contoh:

Pahang Umur 20
Pahang Umur 21
Pahang Umur 22
Sampai Pahang Umur 50
Kedah Umur 20
Kedah Umur 21
Sampai Kedah Umur 50

Sehingga habis semua negeri.

Dan ya, semua berpuluh malah lebih seratus ads ini dibuat secara auto oleh
Adespresso. Anda boleh pilih anda nak Split Test yang mana.

Tapi ada limit yang perlu anda tahu, setiap kempen hanya dibenarkan 250
maksima ads saja.

Jadi jika dah sampai limit, anda tak boleh pilih lagi untuk Split Test dalam
kempen ni.

Penyelesaian dia, jika anda ingin split test yang lain, copy saja campaign
sama, dan hanya ubah pada apa yang anda nak Split Test itu saja.

Jadi anda ada limit 250 iklan lagi untuk test perkara lain. Tapi itu jika anda
memang hardcore dan bajet sangat tinggi lah. Untuk permulaan, test saja
perkara yang penting. Jangan gopoh.
Langkah 11 : Di bahagian Budget & Bidding, anda boleh letak bajet yang
anda nak, tapi satu yang anda kena ingat, semakin banyak iklan yang anda
buat untuk split test, semakin tinggi bajet yang diperlukan untuk bagi iklan tu
jalan.

Jika anda tidak ada bajet yang besar, hanya test perkara penting saja, tidak
perlu sampai beratus iklan.

Pilih Automatic Optimization, ini kita nak Adespresso tolong tengokkan juga
iklan kita, yang mana tidak perform, sistem akan auto pause kan iklan ikut
rules dalam algorithm Adespresso sendiri.
Letakkan Spend Cap iaitu limit bajet dalam kempen anda. Semakin banyak
iklan anda split test, semakin tinggi Spend Cap yang perlu di letak.

Tapi satu yang anda kena faham, tidak bermakna jika bajet yang perlu anda
set dalam ni tinggi, anda kena habiskan semua.

Anda sendiri boleh manually pantau iklan-iklan anda, kerana apabila iklan
dah mula berjalan, data dah mula masuk, dari situ anda dah pun boleh
analisis data iklan anda. Walaupun bajet baru jalan sikit.

Anda tidak wajib habiskan semua bajet, apabila anda dah belajar sesuatu
dari iklan-iklan anda, anda dah boleh mula pause kan secara manual.
Di bahagian Dayparting, anda buat seperti dalam contoh di bawah. Ini
supaya iklan akan auto pause pada waktu tengah pagi dimana iklan
memang slow.

Dah setting, klik Proceed.


Langkah 12 : Semak semula semua setting anda dan klik Publish to
Facebook apabila dah confirm.

Adespresso akan auto buatkan iklan dalam Ads Manager anda tanpa perlu
anda sentuh di FB pun.
Langkah 13 : Tunggu notifikasi dalam Adespresso sendiri, sekiranya iklan
dah selesai di published dan di approved, anda boleh lihat di bahagian ini.

Apabila iklan dah approved, anda hanya perlu tunggu iklan anda jalan saja.
Masa inilah kita akan dapat analisis data dari iklan-iklan yang dah kita buat.

Masa ini masa yang paling seronok sebab anda boleh lihat dengan jelas
pattern target market anda.

Anda tidak lagi tertanya-tanya kenapa iklan anda slow, mahal, dan
sebagainya. Bagaimana cara nak analisis?

Jom ke bahagian tutorial yang seterusnya!


Bab 6 Analisis Split Test di
Adespresso.
Kenapa perlu analisis Splite Testing yang dah kita buat?

Jika tak analisis, sia-sia saja lah kan. Buat FB Ads bukan soal sentiasa
untung, bukan soal sentiasa betul, bukan soal sentiasa tepat.

Apa yang jauh lagi penting dari semua tu adalah setiap dari kesilapan kita,
setiap dari apa yang kita buat betul dalam iklan, semua sepatutnya
membawa kita semakin dekat untuk lebih memahami target market kita.

Silap target? Kita analisis dan dapat tahu dimana silapnya. Kita belajar.
Betul target? Kita analisis dan dapat tahu dimana betulnya. Kita belajar.

Itu yang utama.

Apa yang salah adalah bila anda buat banyak iklan dan anda jadi semakin
buntu, semakin sesat, semakin tak faham, semakin nak putus asa.
Sebab apa?

Sebab anda buat iklan tapi tak pernah nak analisis data dan belajar sesuatu
darinya.

Jadi dalam bab ini, kami akan ajarkan bagaimana nak analisis cara mudah
dalam Adespresso.

Adespresso ni pun sebenarnya banyak fungsi dia sampai boleh buat kita
pening nak tengok yang mana.

Jadi kami akan ajarkan apa yang paling penting saja untuk anda agar anda
tak perlu pening nak analisis. Okay jom kita mulakan.
Langkah 1 : Klik pada Your Campaigns.

Langkah 2 : Klik pada Ads Reporting.


Langkah 3 : Dalam ni anda akan jumpa satu fungsi yang paling best untuk
analisis data Split Testing kita.

Adespresso akan auto analisis kan untuk kita sebenarnya, sistem yang lihat
data dari beratus iklan kita dan mereka paparkan dalam cara yang paling
mudah untuk kita.

Anda tak perlu nak masuk Ads Manager, baca satu-satu, buat-buat macam
faham apa data yang ada dan akhirnya sebenarnya anda tak faham apa
pun.
Dalam bahagian ini, apa yang anda dah set kan ketika setting iklan sebelum
ni, contoh anda letak 5 headlines, dalam ni anda boleh lihat perbezaan
performance antara 5 headlines tu.

Ayat headline mana yang paling menarik perhatian prospek, mana yang
buat iklan kita mahal dan sebagainya.

Jika anda letak 10 negeri dalam Malaysia, anda boleh lihat data yang boleh
anda bandingkan negeri mana yang terbaik dan negeri mana yang buat iklan
anda mahal dan tak berbaloi untuk anda target.

Jika anda letak lelaki dan wanita, anda boleh lihat antara lelaki dan wanita,
mana yang berikan lebih respon.

Pokoknya, apa saja yang anda nak Split Testing, anda boleh lihat dengan
mudah, apa yang silap, apa yang betul.

Sebab tu kami kata, jika silap pun, kita patut rasa teruja juga sebab kita
belajar.
Langkah 4 : Lihat data contoh di bawah. Ini adalah senarai negeri yang kami
target. Kami iklankan fake blog dengan post PETUA HILANGKAN JERAGAT
DENGAN HABBATUS SAUDA & MADU.

Apa hasil yang kami dapat? Negeri yang paling mahal adalah Sabah, Melaka,
Penang dan Sarawak. Reach semua lebih kurang tapi hasilnya jauh berbeza.

Negeri Sembilan dan Sabah, perbezaan CPC adalah dalam RM1.50!


Inilah yang kita kata, kita belajar dari kesilapan. Kita lagi teruja. Sebab kami
dapat belajar dan buat hipotesis awal yang mungkin 4 negeri tadi kurang
respon kerana ramai penduduk non-muslims yang mungkin tak tertarik
pada herba seperti Habbatus Sauda.

Jadi apa perlu kita buat lepas kita tahu data seperti ini?

1. Pertamanya kita dapat lebih belajar tentang target market kita.


2. Keduanya kita boleh pause kan semua iklan yang berkait dengan
negeri-negeri yang mahal tadi.

Ya, dalam Adespresso, anda dengan mudah boleh pause iklan yang
berkaitan dengan data yang negatif ni.

Anda tak perlu masuk dalam Ads Manager dan pause satu-satu, dalam
Adespresso ia semudah seperti di bawah.
Langkah 5 : Pause iklan yang menjadi barah dalam kempen kita. Jika anda
hentam target Malaysia saja, bagaimana agaknya anda nak tahu negeri
mana yang buatkan iklan anda jadi mahal? Yang tak berbaloi untuk anda
target? Bagaimana?

Sebab tu makin lama anda buat iklan, anda makin pening. Anda tak Split
Testing! Jadi dengan cara ni, bila kita buang barah ni, sebenarnya kita
biarkan negeri yang laju saja untuk jalan. Iklan seterusnya akan jadi lebih
murah!

Kenapa perlu sakit kepala target sesuatu yang tidak berbaloi? Okay, untuk
pause, semudah klik saja button seperti di bawah. Adespresso akan auto
cari semua iklan yang berkait dengan negeri-negeri tu dan akan pause
semua. Kini tiada lagi barah dalam kempen iklan anda.
Langkah 6 : Sekarang kita lihat data lain pula, klik pada Primary Stat dan
pilih data Age.

Sekarang kita nak tengok, berdasarkan umur yang kita letak, umur mana
yang paling murah dan tinggi respon?

Kami iklankan fake blog kami untuk tarik mereka yang tertarik dengan petua
hilangkan jeragat. Teka golongan mana yang paling tinggi respon?
Umur 41 hingga 45 dan umur 45 hingga 50!

Ya, lihat reach semua lebih kurang sama dan CPC antara 45-50 dengan 25-
30 adalah hampir RM1 bezanya!

Dari sini saja anda dapat tahu yang sangat tak berbaloi target golongan
bawah 36 tahun.

Dan dari sini anda dapat belajar mereka yang paling ramai ada masalah
jeragat adalah dari golongan antara 45 hingga 50!

Kalau anda hanya teka-teka umur, bagaimana agaknya anda nak belajar
semua ni?

Dari kita membazir target pada yang mahal dan kurang respon, kita buat
perkara sama seperti tadi, pause kan saja iklan barah ni.

Biar iklan run hanya pada golongan yang paling ramai, paling tinggi
responnya!

Seronok kan bila dah dapat belajar macam ni?


Langkah 7 : Sekarang anda lihat pula data lain, dalam contoh ni kita lihat
Language pula. Adakah bahasa main peranan dalam kempen kita?

Antara Malay dan English (All), data hampir sama!

Apa yang kita belajar dari sini? Abaikan soal bahasa kerana sama saja. Tak
perlu kita pening nak fikir pasal bahasa lagi.

Nampak tak? Kita bukan saja belajar untuk ubah sesuatu tapi kita juga
belajar untuk abaikan data yang tak mempengaruhi iklan kita.

Sebelum ni selalu tertanya-tanya yang bahasa mana akan bagi respon


tinggi? Pernah target Malay saja kerana kononnya respon lagi tinggi?

Itu kata hati anda, jika lihat data, dalam contoh ini, tiada beza rupanya!

Jika anda tak Split Testing, bagaimana anda nak belajar semua ni?
Langkah 8 : Nak data yang lebih kompleks? Sila pilih Primary stat dan
Secondary stat. Anda akan dapat data yang lebih mendalam.
Sekarang anda dapat lihat dalam range umur kita set tu, negeri mana yang
mahal dan negeri mana yang murah?

Maksudnya, contoh untuk umur 25 30, anda dapat lihat negeri mana yang
paling mahal. Dalam contoh atas, graf biru adalah negeri Selangor, anda
boleh lihat dalam range umur tu, mereka di Selangor paling kurang respon
dan buatkan iklan mahal.

Perlu tak anda kaji sedalam ni? Jika anda seorang yang passion dan suka
mengkaji, teruskan!

Contoh ni nak tunjukkan yang anda boleh dapat data yang lebih mendalam
dan best bila anda gabungkan dua data dan lihat data tu dalam satu
perbandingan yang mudah anda faham.

Best kan Adespresso?


Langkah 9 : Anda bukan boleh lihat data CPC saja, tapi banyak lagi data
untuk anda bandingkan! Pilih saja dari senarai seperti di bawah.

Anda nak lihat mana yang paling ramai like? Mana yang paling ramai share?
Mana yang paling ramai klik? Semua boleh!
Langkah 10 : Bandingkan Ads Design, yang ni fungsi yang paling seronok
juga.

Semasa anda setting iklan di bahagian Ads Design, jika anda letak banyak
gambar, banyak headlines, banyak ayat, semua anda boleh lihat prestasi
iklan tu di sini dan bandingkan seperti kita buat sebelum ni tadi.
Dalam contoh ni anda boleh lihat, hanya berbeza pada gambar saja, di mana
satu gambar tiada gambar wanita tu, satu lagi ada. Itu saja bezanya.

Tapi perbezaan kecil ni pun, membawa kepada perbezaan CPC hampir RM1!
Anda boleh kata iklan di atas ni mahal, anda boleh dapat CPC yang lebih
murah. Ya, memang iklan di atas bukan yang terbaik, tapi even mahal kita
dah belajar sesuatu.

Seperti kami katakan sebelum ni, setiap kesilapan, setiap apa yang betul,
sepatutnya buat kita jadi lebih faham kehendak pasaran.

Kita bukan nak mahal atau murah semata-mata, tapi kita nak belajar setiap
masa dari semua yang kita laburkan.

Jadi tidaklah anda membakar duit tapi anda tidak peroleh apa-apa manfaat
lain. Apa yang anda nak lihat hanya CPC, hanya untung tapi anda tak
peroleh kefahaman yang lebih mendalam.
Langkah 11 : Anda juga boleh bandingkan headline yang anda buat.

Selalu tak buat headline tapi tak tahu mana sebenarnya yang berikan impak
besar?

Anda boleh teka ikut naluri tapi ianya takkan sama dengan data yang betul
dari respon pasaran itu sendiri.

Ada ketika anda begitu yakin dengan satu headline sampai anda taknak
buat headline lain, sedangkan jika anda Split Test baru anda sedar yang
anda hanya syok sendiri.

Dengan Split Testing, kita bukan saja boleh kenal pasaran, kita juga boleh
tingkatkan skill Copywriting kita. Nampak?
Anda boleh lihat yang reach lebih kurang sama, tapi ada beza antara CTR
setiap dari ayat tu. Jadi dari sini anda dapat tahu ayat mana sebenarnya
yang paling menarik perhatian pasaran.

Anda tidak lagi hanya ikut kata hati, tapi anda buat berdasarkan data.

Langkah 12 : Pernah teka placement mana yang paling tinggi respon?


Dalam Adespresso, anda boleh lihat sendiri dengan jelas perbezaan antara
placement ni, bukan lagi ikut apa sifu kata, apa hati anda kata.

Dari sini kita dapat lihat, mobile yang berikan CTR yang paling tinggi dan
CPC paling rendah.

Gabungkan Placement dan lihat data lain seperti Shares, Engagement, Page
Likes dan sebagainya. Anda dapat lihat dalam Placement mana paling ramai
yang like page, Placement mana paling ramai Shares dan sebagainya.
Dari situ anda akan belajar dengan lebih mendalam behaviors target market
anda dalam setiap Placements.

Data yang anda boleh dapat dari semua ni hampir unlimited! Sama ada
anda rajin atau tidak saja sebenarnya untuk kaji dan analisis data anda.
Anda tertanya-tanya di mana nak buat banyak headlines, gambar dan
sebagainya?

Kami recap balik di bawah. Ketika anda setting ads di bahagian Ads Design,
klik saja button [+] untuk tambah headlines, gambar dan lain-lain tu.
Sekarang anda dah tahu bagaimana nak analisis data.

Apa yang kami tunjukkan hanya contoh saja untuk demo kan bagaimana
untuk analisis data.

Kata kunci yang anda kena ingat adalah

1. Cari di mana lemahnya iklan anda masa tu berdasarkan setiap data.


2. Pause iklan yang lemah tu. Biarkan yang power tu run.
3. Jika anda langsung tak puas hati dengan semua data, pause saja
semua. Belajar sesuatu dan mulakan kempen baru dengan data yang
dapat bantu anda untuk buat tekaan yang lebih tepat dari sebelumnya.
4. Tuliskan dalam satu kertas atau di words, rekodkan apa yang anda
belajar dari iklan anda. Agar semakin lama anda buat, anda semakin
faham market anda. Tiada lagi istilah rugi dalam beriklan.
Langkah 12 : Masuk semula dalam https://analytics.google.com

Kami akan ajar bagaimana nak tahu berapa ramai pelawat yang masuk
dalam blog anda secara live. Maksudnya, jika ada 5 pelawat tengah dalam
blog anda sekarang, anda boleh tahu saat tu juga ada 5 orang.

Kenapa perlu tahu?

Untuk rasa seronok saja sebenarnya. Bila kita buat iklan, dapat lihat data
trafik secara live, rasa teruja tu lebih. Itu saja sebenarnya.
Langkah 13 : Klik pada Real-Time.

Langkah 14 : Klik pada Overview.


Langkah 15 : Dari sini anda boleh lihat Real Time Traffic dalam blog anda.
Dalam Google Analytics ni, sebenarnya anda boleh lihat macam-macam
data tambahan lagi dari sini.

Kami takkan explain lebih untuk ni sebab buat masa ni, ia tak berapa
penting. Apa yang lebih penting adalah apa yang berlaku di Adespresso.

Tapi jika anda seorang yang memang suka lihat data, Google Analytics
adalah tempatnya. Bukan untuk fake blog saja sebenarnya, kami ajarkan
cara setup Google Analytics ni sebab jika anda kreatif, anda boleh buat blog
untuk menjual juga. Dan Google Analytics memang akan membantu.
Bab 7 Retargeting Iklan.
Kita dah belajar dari iklan dalam Split Testing yang kita buat. Tapi kita buat
Split Testing bukan untuk belajar saja.

Dari kita tarik prospek melalui fake blog, kita dah pun tapis prospek yang
berkualiti. Mereka ini adalah prospek yang paling berpotensi untuk kita
educate menjadi pembeli.

Jadi kita perlu buat semula iklan kepada prospek yang dah melawat blog
kita.

Tapi bezanya dari sebelum ni, dulu anda buat iklan retargeting di Ads
Manager. Kali ni anda buat iklan retargeting guna Adespresso juga.

Kenapa guna Adespresso lagi?

Sebab kita kena Split Test lagi untuk buat post untuk educate prospek
menjadi pembeli. Bukan ketika nak tapis prospek saja.
- Post yang bagaimana paling prospek kita suka?
- Gambar yang bagaimana prospek kita suka?
- Ayat yang bagaimana yang mereka suka?

Ini semua kita perlu Split Testing juga. Dari situ kita akan lebih belajar
tentang prospek kita agar kita dapat maksimakan jualan.

Tahap 1 Split Testing untuk tapis prospek berkualiti dari beratus ribu
orang. (DONE)

Tahap 2 Split Testing untuk educate prospek sampai menjadi pembeli.


(INI ANDA KENA BUAT LEPAS NI)
Langkah 1 : Masuk Adespresso dan klik seperti di bawah.
Langkah 2 : Pilih Custom Audience from your website.
Langkah 3 : Letak Name, Description dan Website traffic seperti di bawah.

Untuk bahagian Retention anda boleh set kan lebih dari 30 hari. Tapi kami
lebih sukakan 30 hari, maksudnya kita hanya track yang fresh saja.

Pelawat yang melawat katakan 40 hari lepas dah tak termasuk. Kenapa?

Sebab jika lepas kita educate selama 30 hari dan mereka masih taknak beli,
most probably memang mereka takkan beli dan agak tak berbaloi untuk kita
habiskan bajet untuk mereka. Kemudian klik Create.
Langkah 4 : Anda buat New Campaign sama seperti tadi, setting lah iklan
macam mana yang anda nak cuba untuk Split Testing.

Tapi kali ni anda tak semestinya buat iklan tarik ke External Website, boleh
saja anda iklankan post dan sebagainya.

Cuma setiap jenis iklan tu, ada limitnya. Sebagai contoh jika anda nak
iklankan post di Page, anda buat post di Page seperti biasa dan apabila
dalam Adespresso, anda tidak lagi boleh tukar ayat di post tu.

Tidak seperti untuk iklan ke External Website dimana anda boleh split test
headline dan sebagainya dari dalam Adespresso tu sendiri.

Jadi apa yang anda boleh buat, buat beberapa post dalam Page dan
iklankan semua. Kemudian anda boleh bandingkan data antara iklan semua
posts tu.
Anda buat sampai ke bahagian Audience dan scroll ke bawah anda akan
jumpa seperti di bawah ni.

Pilih saja custom audience yang dah anda buat tadi. Iklan tadi akan target
hanya pada prospek yang dah melawat blog anda itu saja.

Mudah saja kan nak retargeting?


Bab 8 Flow Terbaik Split
Testing.
Kita dah belajar semua dah, baik dari setup fake blog sampai lah ke
retargeting. Tapi kali ni kami ingin tambah sedikit berkenaan flow untuk Split
Testing.

Apa itu flow untuk Split Testing?

Untuk Split Test, perlu ada satu flow yang teratur agar anda dapat
optimasikan apa yang anda belajar dari Split Testing. Berikut adalah flow
yang terbaik berdasarkan pengalaman kami.

FASA 1 : Split Testing untuk cari target market yang terbaik.

Ramai sebenarnya suka ubah-ubah headline, gambar, copywriting dan


sebagainya dulu. Pada kami cara ni agak tidak optimum. Kenapa?
Sebab sebagai contoh, anda nak tarik orang ke fake blog anda. Anda pun
cuba test 10 headlines, 10 gambar hanya semata-mata nak tarik orang ke
blog.

Anda rugi, sebab apa? Sebab anda kena faham, mereka yang benar-benar
ada masalah tu dan inginkan penyelesaian, mereka sebenarnya tak perlu
disuap dengan ayat yang power pun.

Ayat yang biasa, untuk tarik mereka dengan berkongsi petua biasa, dah
cukup baik kerana itu tandanya mereka betul-betul terdesak.

Sampaikan ayat biasa pun boleh buat mereka nak klik iklan kita.

Dari sini sebenarnya kita dapat tapis prospek yang betul-betul berkualiti.

Sebab tu jangan bazirkan masa ubah perkara macam headline dan gambar
bila nak tarik prospek ke fake blog kita. Tujuan utama kita masa ni adalah
untuk tahu siapa target market terbaik dulu. Bukan untuk test mana
headline terbaik.

Faham?
FASA 2 : Split Testing untuk cari design, copywriting atau apa saja berkaitan
ayat dan gambar.

Lepas anda dah jumpa target market terbaik, masa tu baru anda habiskan
masa untuk faham tentang behaviors prospek terbaik tu.

Bagaimana reaksi mereka pada lain-lain ayat, gambar dan sebagainya.

Masa ni baru anda sibuk test banyak headlines dan sebagainya.

Jadi anda dah optimumkan penggunaan bajet anda. Buat apa anda test
banyak headlines hanya untuk habiskan duit anda kepada orang yang
sebenarnya tiada pun masalah anda tu?

Fokuskan split testing berkaitan itu pada fasa kedua ini.

Jadi kita benar-benar dapat kaji behaviors target market yang berkualiti
saja. Bajet dapat digunakan dengan terbaik.

Nampak tak?
Bab 9 Rumusan.
Dalam bab ni kami nak buat sedikit rumusan agar anda benar-benar faham
flow dari awal kita belajar.

1. Buat fake blog.


- Untuk tapis prospek yang berkualiti.
- Blog untuk share penyelesaian yang berkait dengan masalah yang
produk kita cuba bantu.
- Kaitkan penyelesaian itu dengan fungsi produk kita juga.
- Jangan cerita tentang produk langsung.

2. Setup Google Analytics.


- Fungsinya hanya nak tengok live traffic ke blog kita.
- Untuk kita rasa seronok sendiri bila tahu berapa ramai jumlah
orang masuk dalam blog kita secara live.
- Untuk kita lihat banyak data lain bila kita nak buat blog yang
mungkin boleh menjual. Contoh, tarik prospek berkualiti ke blog lagi
tapi kali ni bukan petua, tapi menjual? Be creative.
3. Setup FB Page khas.
- Tak perlu buat over-over.
- Page ni bukan digunakan untuk perkara lain, hanya untuk kita
iklankan fake blog saja.
- Tapi pastikan buat agar nama page tu nampak dipercayai.
- Jangan cuba jadi hype pada nama page, buat page yang nampak
seperti page normal yang berkaitan blog.

4. Setup Facebook Pixels.


- FB Pixels untuk track prospek yang masuk dalam fake blog.
- Untuk kita iklankan balik pada prospek berkualiti.
- Ingat, prospek takkan terus beli dengan sekali tengok iklan, sebab
tu kita akan sediakan banyak lagi kempen dengan cara retargeting
guna FB Pixels.

5. Buat iklan guna Adespresso.


- Fungsi utama untuk buat iklan banyak dengan mudah.
- Split testing apa yang penting dulu.
- Jangan terlalu teruja dengan nak split testing semua serentak.

6. Analisis iklan guna Adespresso.


- Fungsi utama untuk tahu mana bahagian iklan yang lemah.
- Pause iklan yang lemah.
- Kaji data dan rekodkan data, contohnya di words.
- Belajar sesuatu walaupun lepas buat silap dalam setting.
- Semakin lama buat iklan, pastikan anda semakin faham dengan
market.
- Jangan malas nak baca data.

7. Retargeting iklan.
- Kita iklankan kempen-kempen baru pada prospek berkualiti.
- Pastikan split testing juga agar dapat tahu behaviors prospek
berkualiti kita.
- Saat ni anda dah boleh mula buat iklan untuk menjual.
- Kata kunci adalah EDUCATE, bukan HYPE semata-mata.

8. Flow split testing.


- Split test untuk cari target market terbaik dulu.
- Kemudian baru split test untuk perkara seperti copywriting, design
dan sebagainya.
Alhamdulillah.
Selesai sudah ebook ni.
Kami harap anda dapat belajar sesuatu dari dalam ebook ni.
Ingat, buat FB Ads bukan seperti berjudi.
Mulalah menjadi pengiklan yang bertindak mengikut data.
Lupakan soal naluri hati, andaian dan juga setting terbaik.

Tiada setting terbaik.


Apa yang akan membawa anda kepada kejayaan adalah dengan belajar dari data yang
market sendiri berikan kepada anda.
Apa yang menjadi hari ni, mungkin takkan menjadi bulan depan.
Sentiasa Split Testing apabila anda dapat lihat perubahan dalam market.

Test, Learn, Adapt & Adjust.


Jika anda buat ini, anda dah pun 10 langkah ke depan dari pesaing-pesaing yang
sehingga kini masih blur dan mencari setting emas dari sifu-sifu mereka.

Selamat berjaya dari kami,


Nak website power bernilai RM1500
secara PERCUMA?

Anda nak website cantik seperti

www.magicturbomalaysia.com

www.mqtouchmalaysia.com

bernilai RM1500 ni? Website atas ni dibuat oleh kami di Bold & Rare Agency.

Jom sertai contest dari Bold & Rare!

Tulis review ebook ini di wall Facebook anda dan letakkan #reviewboldrare

- Pastikan letak link www.boldrare.com untuk mereka yang berminat


untuk beli ebook ini.
- Pastikan post itu di set kepada Public.

Review terbaik dan ikhlas akan kami pilih sebagai pemenang. Pemenang
akan dapat sebuah website terbaik seperti di atas untuk 1 produk anda!

Pemenang akan diumumkan di page FB Bold & Rare Agency pada 20hb
November 2016 ini!

*Psstt. Ramai yang malas tulis review, jadi peluang nak menang tu tinggi!

Anda mungkin juga menyukai