Anda di halaman 1dari 33

MOHD ASRI AHMAD | WAN FARAH ABDUL JALAL

2020
RAHSIA
JUTAWAN LAHIR
KETIKA GAWAT

MOHD ASRI AHMAD | WAN FARAH ABDUL JALAL


2020
HAK CIPTA ASRI AHMAD ACADEMY SDN BHD
TERBITAN 2020

Hak cipta terpelihara �dak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian ar�kel,
ilustrasi dan isi kandungan e-book dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara sekalipun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
izin bertulis Asri Ahmad Academy Sdn. Bhd.

Penerbitan sedaya upaya memas�kan e-book yang diterbitkan ini berautori� dari segi
topik yang dibincangkan. Penerbit dan penulis e-book �dak boleh menganggap
memberikan khidmat nasihat perundangan, atau professional yang lain kepada pembaca.
Sekiranya memerlukan khidmat dan bantuan pakar, sila dapatkan nasihat bertauliah dan
berkelayakan.

Diterbit/Diedar Asri Ahmad Academy Sdn Bhd


13-1 Prima Samudera, Jalan Samudera Utara 11,
68100 Batu Caves,
Selangor Darul Ehsan
Tel: 0361777950
www.asriahmadacadem y.com

Penulis Mohd Asri Ahmad & Wan Farah Abdul Jalal


KENYATAAN PENAFIAN
E-book ini disediakan sebagai rujukan umum sahaja. Maklumat yang terkandung
di dalamnya bukan merupakan sebarang nasihat perundangan, kewangan,
dagangan atau pelaburan serta ia juga �dak menyarankan atau menyokong
mana-mana produk yang disebutkan di sini.
Walaupun pelbagai langkah telah diambil untuk memas�kan ketepatan
maklumat di dalam buku ini, pengarang �dak memberi jaminan sama ada secara
nyata atau tersirat, terhadap ketepatan & kesempurnaan maklumat yang
terkandung di dalamnya.
Pengarang �dak akan menanggung sebarang liabili� ke atas mana-mana
keputusan dagangan/pelaburan yang dibuat berdasarkan maklumat ini. Anda
adalah dinasihatkan agar mendapatkan khidmat nasihat profesional dan/atau
merujuk undang-undang, syarat & peraturan yang berkaitan sebelum
melakukan dagangan/pelaburan.

| ASRI AHMAD ACADEMY i


ISI KANDUNGAN

1. PENDAHULUAN 1
2. BAGAIMANA BERMULA 2
3. ANALISIS FUNDAMENTAL 8
4. ANALISIS TEKNIKAL 14
5. BAGAIMANA MELABUR 20
6. JUTAWAN LAHIR KETIKA KRISIS 24

| ASRI AHMAD ACADEMY


PENDAHULUAN
Bismillahirahmanirrahim,
Tahniah diucapkan kepada anda kerana bermula dengan mencari
ilmu. Insya-Allah dalam e-book yang penuh dengan informasi ini khas
buat mereka yang baru nak kenal tentang saham.
Pada zaman sekarang, segala maklumat semuanya boleh kita peroleh
dihujung jari. Ada yang berbayar dan ada yang percuma.
Carilah guru yang boleh mengambil kita sebagai anak murid. Nak
pandai memandu, bergurulah dengan guru yang ajar memandu. Nak
pandai melabur saham, bergurulah dengan guru yang mengajar
saham dan telah terbukti berjaya mendidik anak-anak muridnya.
Semoga Allah berikan kefahaman. Selamat membaca! স


| ASRI AHMAD ACADEMY 1


BAGAIMANA
BERMULA

| ASRI AHMAD ACADEMY 2


PEMBUKAAN AKAUN CDS DAN AKAUN DAGANGAN

Untuk melabur atau berdagang saham di Bursa Malaysia, anda perlu


memiliki akaun saham atau dikenali dengan CDS (Central Depository
System) dan akaun dagangan saham. Akaun-akaun tersebut boleh
dibuka di mana-mana bank pelaburan atau syarikat broker seperti
RHB Investment Bank, UOB Kay Hian (M) Securities, Hong Leong
Investment Bank, Maybank Investment Bank, CIMB Investment Bank,
Malacca Securities, Rakuten Trade dan sebagainya. Berikut adalah
bank pelaburan dan broker patuh syariah.

| ASRI AHMAD ACADEMY 3


Syarat wajib untuk membuka akaun dagangan saham dan CDS, anda
mestilah berumur 18 tahun dan ke atas, tidak diisytiharkan muflis dan
menyediakan tiga jenis dokumen bagi pembukaan akaun dagangan
saham dan CDS.

Tiga jenis dokumen yang diperlukan adalah salinan kad pengenalan,


salinan 3 bulan penyata bank terkini, salinan penyata gaji terkini
(diperlukan oleh sesetengah broker) dan RM10.60 untuk yuran proses
pembukaan akaun. Ada sesetengah broker menawarkan pembukaan
secara percuma.

Selepas akaun dagangan dan CDS diperoleh, anda bolehlah


mendepositkan dana ke dalam akaun dagangan. Ya, mudah sajakan?

Tapi INGAT, pastikan dana pelaburan yang hendak didepositkan ke


dalam akaun dagangan saham adalah daripada lebihan simpanan yang
anda ada.

Lebih wang simpanan (idle fund) di sini bermaksud, lebihan wang


simpanan yang anda tidak akan gunakannya dalam masa terdekat.

Untuk pengetahuan anda, akaun dagangan adalah akaun untuk


membeli dan menjual saham. Manakala, akaun CDS adalah akaun
yang menyimpan saham-saham yang dibeli.

| ASRI AHMAD ACADEMY 4


| ASRI AHMAD ACADEMY 5
Sebelum terlibat dengan
sebarang pelaburan, ada
tiga perkara yang perlu
anda tahu.

Pertama, pastikan anda


bermula dengan
MENYIMPAN. Belajar
untuk menyimpan dahulu
duit lebihan dan belajar
ilmu pelaburan agar anda
lebih bersedia membina
kekayaan apabila tiba
masanya.

Kedua, anda perlu faham bahawa setiap pelaburan perlukan masa.


Ramai orang gagal dalam dunia pelaburan adalah disebabkan oleh
mindset mereka yang tidak sabar, nak cepat kaya.

Betulkan mindset, insya-Allah dengan pelaburan yang betul, sah dan


patuh syariah akan memberikan keuntungan yang sangat lumayan.

Ketiga, pelaburan yang anda perlu buat sebelum mula melabur adalah
pelaburan ilmu. Jangan semborono terus melabur di pasaran saham
tanpa ilmu. Belajarlah, ramai guru pelaburan berlesen yang ada di luar
sana.

Pelaburan saham tidak semudah yang anda sangkakan tanpa ilmu dan
guru yang betul. Kita bukan membeli nombor, tetapi kita sebenarnya
memiliki pegangan saham dalam syarikat tersebut.

| ASRI AHMAD ACADEMY 6


Selain daripada kita perlu mempunyai kuasa pegangan melalui wang
lebihan (holding power) dan mengawal emosi dengan baik, kita
perlukan kaedah menganalisis saham dari segi Fundamental Analysis
dan Technical Analysis yang tepat untuk mendapat keuntungan.

| ASRI AHMAD ACADEMY 7


ANALISIS
FUNDAMENTAL

| ASRI AHMAD ACADEMY 8


ANALISIS FUNDAMENTAL

Analisis Fundamental (FA) digunakan untuk mengenalpasti saham


yang boleh dibeli (what to buy?) menggunakan kaedah menganalisis
nilai syarikat dengan melihat kedudukan kewangan syarikat sama ada
untung atau rugi dari segi bisnes modelnya seperti siapakah
pengurusannya dan apakah harga saham syarikat tersebut di bawah
nilai sebenar jika dibandingkan dengan harga semasa. Bak kata
pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Saya akan kongsikan bagaimana anda boleh menentukan samada


saham sesebuah syarikat itu ‘bagus’ untuk dibeli atau pun tidak
menggunakan formula pelabur tersohor.

| ASRI AHMAD ACADEMY 9


Kita bahagikan kepada 3 bahagian iaitu:

FORMULA 3M

 MANAGEMENT: Melihat siapakah yang menerajui syarikat


tersebut dan siapakah pemegang utama saham syarikat tersebut.
Pastikan syarikat diuruskan oleh mereka yang mempunyai
kelayakan dan berpengalaman

 MODEL BUSINESS: Kenali apakah model perniagaan syarikat


tersebut. Jika syarikat tersebut merupakan monopoli bagi sesuatu
industri seperti Tenaga Nasional Berhad; ini menunjukkan lebih
bagus kerana syarikat ini tidak perlu bersaing

 MARKET PRICE: Kaji adakah harga saham syarikat di bawah nilai


ataupun tidak

PRESTASI KEWANGAN
 Profit & Loss (Untung & Rugi): Syarikat yang bagus akan
menghasilkan untung

 Income Statement (Penyata Pendapatan): Syarikat yang bagus


akan menghasilkan pendapatan yang tinggi

 Cash Flow (Aliran Tunai): Syarikat yang bagus mempunyai aliran


tunai yang positif

 Balance Sheet (Kunci Kira-kira): Syarikat yang bagus mempunyai


aset yang banyak berbanding liabiliti

| ASRI AHMAD ACADEMY 10


Maklumat dan data berkaitan Analisis Fundamental ini boleh
diperolehi dari sumber-sumber seperti berikut:

BURSAMKTPLC MALAYSIASTOCKBIZ STOCKHUNTER

TRADING PLATFORM KLSE SCREENER BURSA STATION

| ASRI AHMAD ACADEMY 11


BEZA BEAR MARKET DAN KEGAWATAN (RECESSION)

Bear market yang terjadi apabila pasaran saham jatuh 20% atau lebih
daripada All Time High yang ada.

Manakala kegawatan (recession) berlaku apabila ekonomi secara


keseluruhannya dilihat berkembang secara negatif untuk satu tempoh
masa yang berterusan.

Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur melalui pertumbuhan


Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kadar pengangguran dan kadar
inflasi.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah menjangkakan KDNK berada


antara -2.0% hingga +0.5% pada tahun 2020 ketika menerbitkan
Laporan Tahunan 2019, Tinjauan Ekonomi dan Monetari 2019, dan
Tinjauan Kestabilan Kewangan Separuh Kedua Tahun 2019.

Keadaan ini berpunca daripada permintaan global yang lemah,


gangguan rantaian bekalan dan langkah-langkah untuk membendung
virus COVID-19 di dalam dan di luar negara.

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 dan Pakej Rangsangan Ekonomi


Prihatin Rakyat serta langkah-langkah kewangan bank dilaksanakan
bagi membantu mengurangkan kesan negatif ke atas ekonomi.

Pelabur bijak perlu sentiasa peka dan faham data-data yang ada.

Jangan risau dengan krisis yang berlaku kerana pelabur yang BERILMU
mereka sentiasa melihat peluang dalam krisis.

| ASRI AHMAD ACADEMY 12


| ASRI AHMAD ACADEMY 13
ANALISIS
TEKNIKAL

| ASRI AHMAD ACADEMY 14


ANALISIS TEKNIKAL

Analisis Teknikal (TA) pula digunakan untuk menentukan bila masa


yang sesuai untuk membeli dan menjual saham tersebut (when to
buy/sell?) menggunakan kaedah menganalisis pergerakan harga
saham melalui carta.

TA boleh menjangkakan hala tuju pergerakan harganya di masa


hadapan. Perkara yang paling penting adalah mengenalpasti sama ada
pergerakan harga berada di dalam aliran menurun (downtrend),
menaik (uptrend) atau mendatar (sideway).

Ada pelbagai jenis carta dalam TA, antaranya:

1. Candlestick Chart

| ASRI AHMAD ACADEMY 15


2. Line Chart

3. Bar Chart

| ASRI AHMAD ACADEMY 16


4. Heikin Ashi Chart

5. Hollow Solid Candlestick Chart

Setiap orang mempunyai selera yang berbeza. Begitu juga dengan cara
pilihan pengunaan carta.

| ASRI AHMAD ACADEMY 17


Apa yang pasti, kita hanya akan membeli saham yang berada dalam
aliran menaik (uptrend).

Contoh carta saham uptrend:

Kredit: RHB Tradesmart

| ASRI AHMAD ACADEMY 18


Contoh carta saham yang patah trendline. Jual apabila saham telah
patah uptrend line:

Kredit: RHB Tradesmart

| ASRI AHMAD ACADEMY 19


BAGAIMANA
MELABUR

| ASRI AHMAD ACADEMY 20


PERSEDIAAN + PELUANG = KEJAYAAN

Peluang selalu hadir di saat ramai orang tidak bersedia.

Orang yang berjaya sentiasa bersedia supaya apabila peluang tiba,


mereka akan terus bertindak. Mereka tidak tunggu.

Jadi, jika anda ingin berjaya seperti orang yang telah berjaya, anda
juga perlu membuat persediaan.

Cari ilmu dan buat kajian saham yang bagus, tingkatkan simpanan
sehingga anda betul-betul mempunyai wang lebihan, kemudian buat
keputusan sama ada pelaburan jangka masa sederhana atau panjang.

Anda boleh mula mengkaji saham-saham yang membuat keuntungan


tahun demi tahun (growth).

Melalui laman sesawang malaysiastock.biz, kita boleh mengkaji


syarikat-syarikat yang membuat keuntungan sejak tahun 2017, 2018
dan 2019.

Namun, anda perlu tahu ada di antara syarikat yang tersenarai tidak
patuh syariah.

Pastikan anda membuat kajian analisis fundamental, analisis teknikal


dan faham perniagaan sebelum membuat sebarang pelaburan.

| ASRI AHMAD ACADEMY 21


Syarikat-Syarikat Yang Membuat Keuntungan Sejak Tahun 2017,
2018 Dan 2019

Kredit: Laman sesawang Malaysiastockbiz.com

| ASRI AHMAD ACADEMY 22


TIPS
TIPS PELABUR
PELABUR BARU
BARUNAK up
NAK UP

1. Sebelum Beli Saham


 Faham syarikat
buat apa 2. Pilih Value Investing
3.
 Pelaburan jangka
 Faham risiko yang
bakal kita ambil sederhana atau
panjang
3. Tips Pilih Syarikat  Cari saham di bawah
 Fundamental nilai
kukuh  Pilih syarikat yang
 P/E ratio satu digit mempunyai
kewangan yang
 Keuntungan yang kukuh
konsisten
 NTA & NAV bagus
4. Hindari Syarikat Bermasalah

 Ada Cash Reserve  Saham PN17


yang banyak
 Warrant yang
hampir tamat
5. Pilih Yang Rendah Risiko tempoh (expired)
 Saham yang risiko  Saham syarikat
rendah bergerak dalam
 REITS downtrend

 ETF 6. Update Ilmu


 ETBS
 Buat kajian
 Ingat, saham
bergerak dahulu
sebelum data
ekonomi

| ASRI AHMAD ACADEMY 23


JUTAWAN
LAHIR KETIKA
KRISIS

| ASRI AHMAD ACADEMY 24


JUTAWAN LAHIR KETIKA KRISIS

Ramai jutawan yang lahir ketika krisis.

Antaranya Warren Buffett, Sir John Templeton dan Andrew Krieger.


Berdasarkan pengalaman, ekonomi akan pulih semula dalam masa 18
hingga 24 bulan.

Warren Buffett

Pasti ramai yang mengenali beliau. Warren Buffett dahulunya hanya


menjual Coca-cola dan surat khabar, kini beliau merupakan orang
yang ke empat terkaya di dunia selepas Jeff Bezos hari ini.

Warren Buffett mula melabur ketika beliau berusia 11 tahun dengan


membeli saham Cities Services Preferred. Beliau membeli saham
tersebut ketika harganya $38 dan jatuh $27 tidak lama kemudian.
Warren Buffett masih bertahan untuk tidak menjual saham tersebut
dan menjual saham itu ketika ianya naik ke paras $40.

Setelah beliau mendapati bahawa saham yang pernah dimilikinya itu


naik ke paras $200, beliau ubah gaya pelaburannya kepada labur dan
pegang (holding power).

Kisah pelaburannya tidak berakhir di situ.

Selepas beliau mendapat segulung ijazah, beliau menuntut ilmu Value


Investing di Columbia School of Business pula dan pada tahun 2008,
Warren Buffett menjadi orang terkaya di dunia.

| ASRI AHMAD ACADEMY 25


Sir John Templeton

Sir John Templeton dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin


tetapi beliau mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi daripada
Yale University dan seterusnya menyambung sarjana undang-undang
di Oxford.

Sebagai seorang Chartered Financial Analyst (CFA), beliau percaya


bahawa Value Investing adalah pelaburan yang patut diamalkan.

Value Investing merupakan strategi memilih saham-saham yang


berada di bawah nilai (undervalued) ataupun harga semasa saham
yang lebih rendah berbanding intrinsic value.

Sir John Templeton dan isteri, Judith Folk menyimpan 50 peratus


daripada setiap pendapatan mereka. Mereka sangat berjimat dan
hanya membeli-belah ketika pasaraya sedang membuat promosi
diskaun.

Ketika krisis Great Depression menimpa dunia, Sir John Templeton


membuat watchlist saham-saham yang didagangkan di bawah nilai $1.
Beliau membeli ke semua 104 saham tersebut dengan bermodalkan
$100 setiap syarikat. Jumlah pelaburan beliau ketika itu ialah $10,400.

Pelaburan hadir dengan risiko. 37 syarikat daripada 104 syarikat yang


beliau miliki telah bankrap. Namun begitu, beliau masih tenang kerana
beliau masih ada 67 pegangan saham syarikat.

Empat tahun kemudian, jumlah pelaburan beliau $10,400 telah


memberikan keuntungan sebanyak empat kali ganda.

| ASRI AHMAD ACADEMY 26


Pada tahun 1954, beliau menubuhkan Templeton Fund dan menjual
fund management tersebut kepada Franklin Group. Beliau tersenarai
dikalangan jutawan menjelang usia 80 tahun.

Andrew Krieger

Andrew Krieger merupakan graduan University Wharton School of


Business, Pennsylvania dan kemudian bekerja sebagai pedagang di
sebuah bank pelaburan, Salomon Brothers sebelum berpindah ke
Bankers Trust.

Ketika Black Monday 1987, ramai pelabur Wall Street panik dan
menjual kesemua saham mereka akibat Indeks Dow Jones jatuh lebih
daripada 20 peratus dalam masa sehari. Melihat pada peluang
keemasan tersebut, Andrew Krieger mula membuat persediaan untuk
bertindak ketika masa yang sesuai.

Beliau akhirnya bertindak dengan ilmu dan menggunakan strategi


Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal sehingga berjaya meraih
keuntungan sebanyak $300 juta.

KESIMPULAN

Pelaburan saham merupakan lubuk ‘emas’ yang semua orang harus


tahu dan ambil peluang darinya.

Terdapat lebih 700 syarikat patuh syariah tersenarai di Bursa Malaysia


yang berpotensi untuk memberikan keuntungan kepada para pelabur.

Anda hanya perlu memilih syarikat yang betul, pada masa yang betul
untuk mendapatkan hasil keuntungannya.

| ASRI AHMAD ACADEMY 27


Maklumat dan data juga sangat mudah diperoleh secara percuma.

Rujuk laman sesawang seper� Bursa Marketplace, malaysiastock.biz,


Wall Street Journal mahupun laman sesawang akhbar tempatan di
ruangan perniagaan untuk mendapatkan segala maklumat dan data.

Carta-carta untuk kajian pergerakan harga pula boleh diperoleh dari


pelantar dagangan (trading platform) yang disediakan oleh broker dan
bank pelaburan yang berdaftar dengan Bursa Malaysia.

Namun begitu, untuk menggunakan pelantar dagangan dari bank


pelaburan, pelabur perlu membuka ataupun memiliki akaun CDS
terlebih dahulu.

Pesanan kami, jangan lupa untuk mengeluarkan zakat daripada


keuntungan yang diterima. Selain ia merupakan tuntutan agama, ia
juga untuk memas�kan keberkatan pada rezeki yang diterima.
Semoga lebih ramai yang memperoleh manfaat dari pelaburan saham
yang betul, sah dan patuh Syariah.

Semoga anda berjaya merebut peluang dan meraih pulangan luar


biasa dari syarikat yang dilaburkan nan�. Didoakan supaya anda kaya,
berjaya dan bahagia dunia akhirat, menjadi hartawan dan dermawan,
di rahma� dan di bawah lindungan Allah swt.

| ASRI AHMAD ACADEMY 28

Anda mungkin juga menyukai